• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAYA AZAM UNTUK. Nordin Abdul Malek (N.A.M.) Airil Haimi Mohd Adnan PhD Riza Emifazura Jaafar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KAYA AZAM UNTUK. Nordin Abdul Malek (N.A.M.) Airil Haimi Mohd Adnan PhD Riza Emifazura Jaafar"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Model K

eusahaw

anan N.A

.M. dan

Inventor

i Psikom

etrik IKR

A-Azam

Nordin Ab

dul Malek (

N.A.M.)

Airil Haimi

Mohd Adn

an

PhD

Riza Emif

azura Jaa

far

AZAM

UNTUK

KAYA

AZAM

UNTUK

(3)

Azam Untuk Kaya:

Model Keusahawanan N.A.M. dan

Inventori Psikometrik IKRA-Azam

©

Disember 2014. Hak Cipta Terpelihara.

Nordin Abdul Malek (N.A.M.)

Airil Haimi Mohd Adnan

PhD

Riza Emifazura Jaafar

Hak cipta penerbitan ini dan kandungannya ialah

kepunyaan penulis-penulis kecuali dinyatakan

sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian penerbitan

ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula,

disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan,

dipindah, dijual atau diuruskan dalam apa-apa

bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran

secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada

penulis-penulis di alamat:

Institut Agro Usahawan,

Jalan Tanjong Tualang,

36800 Kampung Gajah,

Perak, Malaysia.

Tel: 05-6318983 Faks: 05-6311980

Emel: info@igrow.com.my

ISBN: 978-967-13118-0-6

Diterbitkan oleh Institut Agro Usahawan (iGROW)

Layari http://www.azamkaya.com

(4)

KANDUNGAN

Pendahuluan 2 Model (Daya) Keusahawanan N.A.M. 4 Inventori Psikometrik IKRA-Azam 7

(5)

2 ~ A ZAM UNTUK K AYA

Nordin, Airil Haimi & Riza Emifazura

PENDAHULUAN

(demi memantapkan daya psikologi keusahawanan ANDA)

Azam Untuk Kaya: Model Keusahawanan N.A.M. dan Inventori Psikometrik IKRA-Azam ialah buku kedua dan yang terakhir dalam siri buku ‘Azam Untuk Kaya’ tulisan kami bertiga. Buku ini meneruskan perbincangan yang bermula dalam buku pertama iaitu Azam Untuk Kaya: Model Psikologi Keusahawanan.

Walau bagaimanapun, ANDA wajiblah membaca serta memahami Azam Untuk Kaya: Model Psikologi Keusahawanan terlebih dahulu kerana tiga sebab utama seperti di bawah.

Pertama, Azam Untuk Kaya: Model Keusahawanan N.A.M. dan Inventori Psikometrik IKRA-Azam memberi penjelasan mengenai isu-isu penting yang telah kami bangkitkan dan kupaskan secara kritis dalam buku Azam Untuk Kaya: Model Psikologi Keusahawanan.

Kedua, Azam Untuk Kaya: Model Keusahawanan N.A.M. dan Inventori Psikometrik IKRA-Azam menerangkan tentang Model Keusahawanan N.A.M. dengan lebih mendalam. Model pembinaan usahawan ini menjadi pengisian utama siri buku ini di samping inventori psikometrik keusahawanan yang dibangunkan.

Kesemua ‘model usahawan’ (atau kajian kes) yang ditampilkan dalam siri buku ini telah dilatih dan dipantau oleh pakar pembangunan usahawan Malaysia, Saudara Nordin Abdul Malek. Ribuan pelatih sudah menyertai program berterusan penjanaan usahawan Saudara Nordin. Mereka bukan sekadar dapat bertapak di alam perniagaan tetapi ramai pula yang sudah menjadi usahawan yang berjaya (serta dapat mengecapi kekayaan). Usaha berterusan Saudara Nordin untuk melahirkan para usahawan baru sudah jelas menampakkan hasil dan terbukti memberi kesan yang amat positif berdasarkan Model Keusahawanan N.A.M. Sebagai sebahagian daripada inisiatif 1Azam kerajaan Malaysia, tidak dapat disangkal lagi bahawa rahsia untuk melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan hanyalah satu iaitu menjana pendapatan sebanyak yang mungkin.

(6)

Oleh itu, ANDA akan lebih faham Model Keusahawanan N.A.M. hanya selepas anda membaca dan mencuba semua ‘latihan berfikir’ dalam Azam Untuk Kaya: Model Psikologi Keusahawanan.

Sebab ketiga dan terakhir, Azam Untuk Kaya: Model Keusahawanan N.A.M. dan Inventori Psikometrik IKRA-Azam menjelaskan tentang Inventori Psikometrik IKRA-Azam yang telah kami bina sebagai cara yang sahih dan saintifik agar ANDA juga dapat melihat, mengukur serta menilai daya psikologi keusahawanan ANDA... menuju kekayaan!

Atas dasar itu, siri buku ini bukanlah sekadar penceritaan kisah suka-duka kehidupan atau buku ‘motivasi kosong’ semata-mata. Berdasarkan kajian lapangan jangka panjang Puan Riza Emifazura dan Dr. Airil Haimi, dibangunkan pula Inventori Psikometrik Keusahawanan Riza-Airil atau IKRA-Azam dengan 270 item yang melihat, mengukur serta menilai kecenderungan serta potensi ANDA sebagai seorang usahawan.

Inventori Psikometrik IKRA-Azam berkonsepkan inventori lapor kendiri (self report inventory) telah dibangunkan dengan begitu cermat dan teliti berdasarkan prinsip-prinsip sains sosial kontemporari berkaitan ilmu psikometrik(s). Tiga komponen psikometri yang dilihat, diukur serta dinilai melalui 18 ciri psikologi dalam Inventori Psikometrik IKRA-Azam merangkumi kebolehan, kecenderungan serta personaliti ANDA.

ANDA wajib melengkapkan keseluruhan Inventori Psikometrik IKRA-Azam dengan 18 ciri psikologi model usahawan yang berjaya (dengan 270 item berbeza) sebelum membaca penerangan dalam buku ini.

Akhir kata, siapa yang tidak mahu kaya? Siri buku ‘Azam Untuk Kaya’ adalah cerita dan kisah insan-insan biasa, manusia seperti ANDA yang biasa lagi sederhana. Namun, kekuatan psikologi mereka serta usaha tanpa mengenal penat lelah telah menjadikan mereka luar biasa!

Kami ingin menjemput ANDA untuk melangkah ke masa hadapan yang cemerlang dan gemilang. Jika ANDA juga mahu kaya, baca dan fahami Azam Untuk Kaya: Model Psikologi Keusahawanan. Kemudian, dalami pula penerangan lengkap kami dalam buku kedua dan terakhir ini.

Adakah ANDA memiliki daya psikologi serta kualiti diri sebagai seorang usahawan? Adakah ANDA punya potensi untuk berjaya pada masa

(7)

4 ~ A ZAM UNTUK K AYA

Nordin, Airil Haimi & Riza Emifazura

hadapan? Kurang pasti? Teruskan membaca. Kemudian, sediakan diri untuk membina azam ANDA pula untuk menjadi kaya!

‘Sifu’ Nordin Abdul Malek

Borneo Green Resources & iGROW

Dr. Airil Haimi Mohd Adnan

UiTM (Perak), Kampus Seri Iskandar

Puan Riza Emifazura Jaafar

(8)

MODEL (DAYA)

KEUSAHAWANAN N.A.M.

(berdasarkan formula latihan usahawan hampir dua

dekad Saudara Nordin Abdul Malek yang mencatat

kejayaan demi kejayaan)

Model Keusahawanan N.A.M. (atau Formula N.A.M.) adalah suatu sistem

yang lengkap untuk membina personaliti serta memperkukuh ciri-ciri psikologi yang positif dalam diri bakal-bakal usahawan. Model atau formula ini juga memberi manfaat kepada mereka yang sudah berjinak-jinak dengan aktiviti perniagaan untuk menambah pendapatan.

Sehingga hari ini, berdasarkan model atau formula Saudara Nordin Abdul Malek, ramai pelatih sudah berjaya ‘membina’ diri mereka sebagai usahawan. Kesemua mereka sudah meraih faedah daripada penyertaan dalam program-program latihan usahawan oleh Saudara Nordin di kepulauan Borneo dan di Semenanjung Malaysia.

Malah, ada juga pelatih yang bukan sekadar dapat bertapak di alam niaga tetapi juga sudah menjadi usahawan yang berjaya serta dapat mengecapi kekayaan yang berkekalan. Semua rasa penat lelah mereka sudah jelas menampakkan hasil yang ditunggu-tunggu.

Yang pasti, usaha berterusan Saudara Nordin sudah menampakkan hasil dan terbukti memberi kesan yang amat positif kepada bakal-bakal usahawan di serata negara. Paling utama, inisiatif pembasmian kemiskinan oleh kerajaan Malaysia melalui program 1Azam yang diterajui mentor usahawan tersohor seperti Saudara Nordin sudah boleh dianggap berjaya!

(9)

6 ~ A ZAM UNTUK K AYA

Nordin, Airil Haimi & Riza Emifazura

Sebagai suatu sistem yang lengkap untuk membina personaliti serta memperkukuh ciri-ciri psikologi dalam diri bakal-bakal usahawan, Model

Keusahawanan atau Formula N.A.M. wajib didalami.

Saudara Nordin membahagikan model atau formula ini kepada tiga komponen yang berlaku secara bertahap iaitu melatih sambil memberi pendedahan (training); memimpin tangan dan menunjuk jalan (hand

holding); dan akhir sekali, memantau serta menyokong secara berterusan

(follow through). Penjelasan lanjut menyusul dalam perenggan-perenggan yang seterusnya.

TAHAP PERMULAAN

Melatih sambil memberi pendedahan (training)

Dalam Model Keusahawanan atau Formula N.A.M., latihan memainkan peranan sebagai proses pemerolehan pengetahuan, kemahiran serta kecekapan hasil daripada pengajaran kemahiran dan pengetahuan vokasional atau praktikal yang berkaitan dengan keusahawanan.

Latihan keusahawanan ini mempunyai matlamat untuk meningkatkan keupayaan, kemampuan, produktiviti serta prestasi hidup seseorang melalui pendedahan-pendedahan bermakna dan pembinaan jati diri seorang usahawan yang berjaya lagi kaya.

TAHAP PERTENGAHAN

Memimpin tangan, menunjuk jalan (hand holding)

Proses ‘memimpin tangan, menunjuk jalan’ adalah langkah yang seterusnya dalam Model Keusahawanan atau Formula N.A.M. Langkah ini memberi erti menyediakan seseorang dengan bimbingan dan bantuan untuk mengurangkan rasa resah, tidak pasti dan tidak yakin.

(10)

Hakikatnya, proses menjadi seorang usahawan penuh dengan cabaran dan juga dugaan. Oleh sebab itu, dengan memimpin tangan dan menunjuk jalan, usahawan-usahawan yang baru sahaja dibentuk akan berasa lebih pasti dan yakin dengan perjalanan hidup di hadapan mereka menuju ke arah kejayaan (dan kekayaan).

TAHAP PENGAKHIRAN

Memantau, menyokong secara berterusan

(follow through)

Memantau serta menyokong secara berterusan adalah langkah yang terakhir dalam Model Keusahawanan atau Formula N.A.M. Setiap percubaan untuk mendorong diri ke arah kejayaan hanya akan meningkatkan tekanan. Motivasi sahaja tidak cukup pada tahap ini kerana pemantauan dan sokongan wajib diberikan.

Ramai usahawan Malaysia gagal kerana mereka tidak dipantau dan disokong secara berterusan oleh pihak yang berwajib. Walaupun mereka memulakan usaha dengan penuh semangat, mereka akhirnya gagal di pertengahan jalan kerana hilang pedoman dan tidak dapat meneruskan usaha-usaha baik mereka.

Atas dasar itu, Model Keusahawanan atau Formula N.A.M. amat bersifat praktikal. Dalam erti kata lain, usahawan-usahawan baharu tidak akan dibiar dan terbiar begitu sahaja. Visi dan misi mereka menuju kejayaan serta kekayaan sentiasa diperbaharui melalui sokongan komuniti usahawan. Mereka juga diberi bantuan teknikal oleh mentor-mentor usahawan dan para jurulatih di bawah seliaan Saudara Nordin.

(11)

8 ~ A ZAM UNTUK K AYA

Nordin, Airil Haimi & Riza Emifazura

INVENTORI PSIKOMETRIK

IKRA-AZAM

(berdasarkan kajian lapangan jangka panjang

Dr. Airil Haimi dan Puan Riza Emifazura di negeri Sabah,

Malaysia dengan bantuan logistik serta teknikal oleh

Saudara Nordin Abdul Malek)

IKRA-Azam mengandungi 270 item yang telah melihat, mengukur serta

menilai kecenderungan serta potensi ANDA sebagai seorang usahawan.

IKRA-Azam berkonsepkan inventori lapor kendiri (self report inventory) dan

ia telah dibangunkan dengan cermat dan teliti berdasarkan prinsip-prinsip sains sosial kontemporari berkaitan ilmu psikometrik(s). Tiga komponen psikometri yang dilihat, diukur serta dinilai melalui 18 ciri psikologi dalam

IKRA-Azam merangkumi kebolehan, kecenderungan serta personaliti diri

ANDA.

ANDA wajib melengkapkan keseluruhan IKRA-Azam dengan 18 ciri psikologi model usahawan yang berjaya (dengan 270 item berbeza) sebelum ANDA membaca penerangan penuh dalam baris-baris di bawah. Kami berdoa moga-moga ANDA akan dapat membangunkan diri sebagai seorang usahawan dan meraih kekayaan hidup demi kebahagiaan hakiki pada masa hadapan!

IKRA-Azam Inventori Psikometrik Keusahawanan Riza-Airil untuk ciri

personaliti dan daya (kemampuan serta kemantapan) psikologi model-model usahawan yang telah terbukti berjaya

Penjelasan penuh mengenai kesemua 18 ciri psikologi usahawan dalam siri buku AZAM UNTUK KAYA diberikan di bawah. Perlu diingatkan anda WAJIB memiliki kebolehan, kecenderungan DAN ciri personaliti positif SEBELUM anda dapat menjadi seorang MODEL USAHAWAN yang berjaya (dan juga kaya).

Namun, jika anda mendapat markah terkumpul yang amat tinggi sekali pun, ini TIDAK BERERTI anda pasti menjadi seorang usahawan berjaya tanpa usaha yang ikhlas dan berterusan. Oleh itu, gunakanlah skor anda

(12)

sebagai panduan. Perkukuhkan kesemua kekuatan diri anda dan perbaiki segala-gala kelemahan yang ada.

(13)

10 ~ A ZAM UNTUK K AYA

Nordin, Airil Haimi & Riza Emifazura

IKRA-Azam item #01 (kod item BP)

Adakah anda

BERCIRI PEMIMPIN

seperti

Annie?

Skor keseluruhan anda untuk item ini

*0 – 15 Anda tidak ada ciri pemimpin

16 – 30 Anda ada sedikit ciri pemimpin

31 – 45 Anda ada ciri pemimpin pada tahap biasa

46 – 60 Anda ada ciri pemimpin yang agak tinggi 61 – 75 Anda ada ciri pemimpin yang amat tinggi

IKRA-Azam item #02 (kod item MJ)

Adakah anda boleh

MEMBINA JARINGAN

seperti Annie?

Skor keseluruhan anda untuk item ini

*0 – 15 Anda tidak tahu membina jaringan

16 – 30 Anda kurang cekap membina jaringan

31 – 45 Anda boleh membina jaringan pada tahap biasa

46 – 60 Anda boleh membina jaringan pada tahap yang agak tinggi 61 – 75 Anda boleh membina jaringan pada tahap yang amat tinggi

IKRA-Azam item #03 (kod item MI)

Adakah anda cenderung

MENAMBAH ILMU

seperti Annie?

Skor keseluruhan anda untuk item ini

*0 – 15 Anda tidak cenderung menambah ilmu

16 – 30 Anda kurang cenderung menambah ilmu

31 – 45 Anda cenderung menambah ilmu pada tahap biasa

46 – 60 Anda cenderung menambah ilmu pada tahap yang agak tinggi 61 – 75 Anda cenderung menambah ilmu pada tahap yang amat tinggi

(14)

Referensi

Dokumen terkait

Dalam sajak Leiden 8/10/78 (Pagi) Mengenang patung Zadkine di Rotterdam, betapa ia telah menuangkan sesuatu pada kita yang menggelitik "yang terlempar ke sawang/adalah

lain, 2) control diri eksternal kurang, 3) menghindari tantangan dan kompetisi, 4) meminta bantuan dari orang lain, 5) takut kehilangan feminitas. Faktor yang memengaruhi

Karakteristik yang diteliti meliputi jumlah pekerja tetap, hari orang pekerja harian, balas jasa dan upah, nilai pekerjaan konstruksi yang diselesaikan, kondisi

Di beberapa lokasi banyak yang telah beralih fungsi menjadi lahan perkebunan baik kelapa sawit, akasia, karet, dan kebutuhan infrastruktur lainnya, sehingga

Kemudian pada siklus II, meningkat sebesar 10% menjadi 90% (sangat baik).. Peningkatan keaktifan peserta didik melalui penerapan model pembelajaran kooperatif tipe snowball

Dengan menjawab pertanyaan tersebut, memiliki hipotesis bahwa meskipun penerjemah adalah seorang penerjemah setia, ia mencoba untuk menerjemahkan novel dengan melakukan

Berdasarkan latar belakang diatas maka peneliti akan melakukan penelitian dengan judul “Pengaruh Return on Asset, Leverage, Ukuran Perusahaan, Kompensasi Rugi Fiskal

2011.. Centre of Advanced Study Department of Urdu Aligarh Muslim University Aligarh - 202002 E-mail: deptt.urdu@gmail.com. To WHom It