• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERAJAAN YESUS YANG TERBALIK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KERAJAAN YESUS YANG TERBALIK"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

P A N D U A N R E N U N G A N P E K A N S U C I 2 0 2 1

KERAJAAN

YESUS

YANG

TERBALIK

PENERBITAN KRISTIAN

24-7

DOA ASIA

DOA | MISI | KEADILAN

▸ Baca selengkapnya: menjadi warga kerajaan surga bukanlah sekedar berbuat baik saja tetapi tuhan yesus menyebutkan ciri-ciri kehidupan warga kerajaan surga itu dalam

(2)

K E

R A J A A N

YA

N G

T E

R B A L I K

Apabila mereka tidak menemui Paulus dan Silas, mereka menyeret Yason dan

beberapa orang lagi murid Yesus ke hadapan pegawai-pegawai yang berkuasa

sambil berseru, "Orang ini telah

menimbulkan kekacauan di dunia dan

sekarang mereka datang pula ke sini lalu dialu-alukan oleh Yason ke rumahnya.

Mereka ini melanggar undang-undang Kaisar Roma dengan mengatakan

ada

orang lain yang menjadi raja, bernama Yesus."

– Kisah Para Rasul 17:6-7

AVB

2 | KERAJAAN YESUS YANG TERBALIK

24-7

DOA ASIA

DOA | MISI | KEADILAN

(3)

P A G E T H R E E | J O U R N E Y

KERAJAAN-KU

BUKANLAH

DARI SINI

KIRANYA

KERAJAAN-KU

DARI DUNIA INI,

TENTULAH PARA

MURID-KU

BERJUANG

MEMPERTAHAN-KU DARIPADA

DISERAHKAN

KEPADA ORANG

YAHUDI. TETAPI

KERAJAAN-KU

BUKANLAH DARI

SINI.

-

YOHANES 18:36 AVB

3 | KERAJAAN YESUS YANG TERBALIK

24-7

DOA ASIA

DOA | MISI | KEADILAN

(4)

KANDUNGAN

HAMBA ALLAH

1. HARI MINGGU PALMA

Kerajaan Yesus nyata berbeza

daripada nilai-nilai duniawi

DALAM ROH & KEBENARAN

2. ISNIN KUDUS

Allah mencari mereka yang

menyembah dalam kebenaran

KESETIAAN YANG UNGGUL

3. SELASA KUDUS

Yang miskin sebenarnya kaya

MENYANGKAL CITA-CITA SENDIRI

4. RABU KUDUS

Mereka yang melayan merupakan

yang terutama

KESATUAN YANG SEMPURNA

5. KHAMIS SUCI

Kesatuan menyenangkan hati Allah

MENYANGKAL DIRI

6. JUMAAT AGUNG

Kekalahan sementara membawa

kemenangan yang kekal.

KENYATAAN YANG BERBEZA

7. SABTU KUDUS

Kesenyapan Allah tidak bermakna Dia

tidak berada di kalangan kita

YESUS TELAH BANGKIT

8. HARI PASKAH

Kemenangan diperoleh!

4 | KERAJAAN YESUS YANG TERBALIK

24-7

DOA ASIA

DOA | MISI | KEADILAN

(5)

HAMBA ALLAH

Sebagaimana orang ramai menyorak, "Hosana!

Diberkatilah Dia yang datang dengan nama Tuhan”, mereka mempunyai gambaran Yesus

sebagai Raja dalam segala kemuliaan yang akan menyelamatkan bangsa mereka daripada pemerintahan Roma.

Namun demikian, Yesus tidak menampilkan diri dengan perarakan yang megah, disertai kumpulan tentera yang besar. Di sebaliknya, Yesus menunggang seekor keldai sewaktu memasuki Yerusalem, bukan sebagai seorang wira peperangan, tetapi sebagai Hamba Allah. Rupa-rupanya pengikut Yesus terdiri daripada nelayan dan pemungut cukai!

Pengisytiharan kerajaan Allah oleh Putera Damai merupakan kerajaan terbalik yang bertentangan dengan pemikiran kerajaan duniawi. Allah ingin memerintah melalui contoh Anak-Nya, Yesus Kristus, melalui kedamaian, pengorbanan, dan kerendahan hati-Nya. Dia bekerja melalui golongan yang ditindas, yang lemah, dan yang miskin, untuk menubuhkan kerajaan-Nya.

PERKARA DOA:

• Sebagai duta kerajaan Allah, semoga kita setia, patuh, dan tidak mengalah, untuk rindu melihat umat Allah menumpukan usaha dalam mengisytiharkan kerajaan Allah di bumi; • Untuk api membara dalam membawa

perubahan di kalangan keluarga, kawasan kediaman, dan kota kita menjadi “Taman Eden baru”, di mana Allah dimuliakan dan umat-Nya diberkati dengan berlimpah-limpah; • Sebagai pendamai manusia, untuk mengisytiharkan kerajaan Allah, agar dunia dapat melihat kasih dan kemuliaan-Nya; • Mengubah nilai-nilai duniawi dengan

mencontohi Kristus melalui kasih, kerendahan hati dan kedamaian, sepertimana Dia melayan dan rela mengorbankan nyawa-Nya untuk menyelamatkan manusia sejagat.

Yesus tidak mengikut gambaran

duniawi seorang raja

HARI MINGGU PALMA

“Aku berkata kepadamu bahawa jika mereka

diam, batu-batu pula akan bersorak”

-Lukas 19:40AVB

Bapa Syurgawi, langkah pertama untuk

membawa perubahan yang kekal ke dunia

ini adalah perkhabaran Berita Baik yang

dibawa oleh Yesus Kristus. Kuatkan kita

melalui Roh Kudus-Mu, supaya kita

mengasihi musuh kita, berbuat baik

kepada mereka yang menganiayai kita,

dan berikan kita roh pengampunan yang

luarbiasa sewaktu ditindas. Dalam nama

Yesus kita berdoa, AMIN.

5 | KERAJAAN YESUS YANG TERBALIK

24-7

DOA ASIA

DOA | MISI | KEADILAN

(6)

DALAM ROH DAN

KEBENARAN

Yesus masuk ke dalam Bait Suci lalu mengusir semua pedagang di situ. Dia berkata kepada mereka, "Telah tersurat, 'Rumah-Ku akan dipanggil rumah doa'; tetapi kamu telah menjadikannya 'sarang

pencuri.’” - Lukas 19:45-46 AVB

ISNIN KUDUS

PERKARA DOA:

• Untuk menyembah secara ikhlas melalui perbuatan dan kasih yang tulen untuk Allah; • Untuk mengasihi Allah, keluarga rohani, jiran-jiran, dan musuh kita melalui perbuatan baik dan doa;

• Jangan saling menghakimi, ataupun menjadi batu sandungan terhadap seorang yang mungkin tersinggung oleh hal pemakanan can cara pakaian kita;

• Agar gereja-gereja rindu akan pergerakan Roh Kudus yang baru, supaya semua umat akan patuh dan tidak bergantung kepada tradisi lama;

• Untuk kekuatan dalam hal disiplin rohani seperti membaca Firman Tuhan, berdoa syafaat, dan pemberian – serta menyiapkan diri untuk menyambut hadirat Roh Kudus..

Bapa yang Kudus, semoga kita hidup secara ikhlas dalam iman sebagai korban yang hidup, mencontohi Kristus dalam kasih, iman, dan doa, agar orang lain boleh melihat perbuatan Engkau dan memuliakan-Mu. Penuhi kita dengan Roh Kudus-Mu, agar kita suci sepertimana Engkau suci. Dalam nama Yesus, AMIN.

Bait Allah merupakan tempat di mana pengorbanan dibuat (2 Tawarikh 7:12) dan juga merupakan rumah doa (Yesaya 56:7). Tuhan Yesus sendiri menjadi Korban yang Teragung untuk selamanya. Jadi, tujuan Bait Allah telah dipenuhi apabila Korban yang Teragung berlaku. Sekarang, tubuh kita merupakan bait suci di mana Roh Kudus tinggal.

Kita mampu berdepan dengan Allah oleh kerana darah Tuhan Yesus Kristus yang menebus nyawa kita sebagai Domba Allah. Bait Allah pada waktu itu sudah dicemari oleh sikap keagamaan dan tradisi peraturan ketat.

Tuhan Yesus berkata bahawa mereka yang menyembah Bapa dalam roh dan kebenaran adalah murid yang benar, kerana Bapa inginkan pengikut yang sedemikian. Agama yang benar bermula dari hati dan bukan secara luaran sahaja; dari kepatuhan dan bukan dari pengorbanan.

Hendaklah kita suci

kerana Allah suci

6 | KERAJAAN YESUS YANG TERBALIK

24-7

DOA ASIA

DOA | MISI | KEADILAN

(7)

KESETIAAN YANG

UNGGUL

Yesus memandang di sekeliling lalu nampak orang kaya memasukkan wang persembahan mereka ke dalam peti persembahan. Dia nampak juga seorang balu yang sangat miskin memasukkan dua keping wang tembaga. Lalu Yesus berkata, "Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, balu yang miskin ini telah memasukkan lebih banyak daripada semua yang lain, kerana yang lain memasukkan persembahan daripada kemewahan masing-masing tetapi perempuan ini walaupun

sangat miskin, telah memasukkan seluruh

nafkahnya."- Lukas 21:1-4 AVB

SELASA KUDUS

PERKARA DOA:

• Untuk hidup sedemikian agar Allah mengambil tempat yang terutama dalam hidup kita, tidak resah tentang keperluan sendiri, tetapi bergantung kepada-Nya secara keseluruhan untuk segala sesuatu; • Untuk menjadi hamba Allah yang dipercayai

dalam pengelolaan segala berkat dan harta yang diberi demi Kerajaan Allah;

• Untuk memberi secara sukacita dan murah hati terhadap mereka yang kekurangan oleh kerana pandemik, walaupun kita sendiri serba kekurangan;

• Belajar hidup dengan iman, dan bukan dengan penglihatan.

Bapa Syurgawi, ampuni hati kita yang tidak taat kepada-Mu serta kemiskinan iman. Ampuni kita kerana tidak mengenali sumbangan golongan miskin yang telah memberi seluruh nafkah mereka, tetapi hanya mengutamakan golongan kaya. Ajar kami untuk memberi dengan murah hati sepertimana Engkau memberkati kita dengan semua perkara baik dan tidak pernah membiarkan kita kekurangan dalam apa-apa pun.

Beri kita ketaatan yang tidak terbahagi, tujuan dan fokus yang tertumpu pada-Mu sahaja, serta tangan yang sedia bekerja sebagai warganegara Kerajaan Allah. Dalam nama Yesus kita berdoa, AMIN.

Tuhan Yesus kita suka memerhatikan orang ramai. Dia peka terhadap golongan miskin papa, budak-budak, dan ibu yang meratap. Dia tahu segala isi hati kita serta memberi amaran bahawa kita tidak boleh melayan dua tuan serentak. Kita akan melayan Allah ataupun melayan kekayaan. Melabur dalam syurga merupakan pelaburan yang paling selamat kerana hasilnya tidak terhingga dan pasti.

Allah tidak mahu kita ketepikan Dia pada apa jua masa pun. Dia tahu kita tidak percaya dengan sepenuh hati bahawa Dia mampu memenuhi segala keperluan kita secara berkelimpahan, dan ini menghalang kita daripada mengamanahkan segala yang kita ada ke dalam jagaan Allah. Allah sedang mencari hamba yang setia kepada-Nya dan sedia mati untuk-Nya.

7 | KERAJAAN YESUS YANG TERBALIK

Mencari Kerajaan Allah

24-7

DOA ASIA

DOA | MISI | KEADILAN

(8)

MENGORBANKAN

KEPENTINGAN DIRI

Yesus berkata kepada mereka, "Raja-raja bangsa asing memerintah rakyat dengan kuku besi, dan mereka yang melaksanakan kekuasaan digelar pembawa kebajikan kepada rakyat. Tetapi kamu tidak sama seperti mereka. Orang yang terbesar dalam kalanganmu hendaklah menjadi seperti yang terkecil, dan seorang ketua haruslah melayan yang lain.- Lukas 22:25-26 AVB

RABU KUDUS

PERKARA DOA:

• Mencontohi hati hamba Kristus dari segi kepatuhan, kerendahan hati, dan keindahan-Nya;

• Untuk sentiasa mengingati bahawa kita adalah anak yang disayangi oleh Bapa Syurgawi, dan diselamatkan oleh rahmat Allah yang besar melalui pengorbanan Tuhan Yesus Kristus kita, sebagai Tuhan, Abang, dan Kawan kita;

• Berada dalam Kristus kerana tanpa Dia, kita tidak mampu melakukan apa-apa, dan tidak dapat berjaya jika tidak bergantung kepada-Nya;

• Untuk berehat dalam pengetahuan bahawa kita tidak perlu mengejar sebarang tanda penghargaan di dunia ini berdasarkan nilai-nilai duniawi untuk menjadi terkenal, tetapi tahu bahawa kita sudah mempunyai segalanya dalam Kristus.

N O M A D I C | 2 4

Bapa Syurgawi, walaupun dunia ini mengajar kita untuk mempertahankan harta benda kepunyaan kita, tolonglah kita ingat bahawa kita sudah ada segala sesuatu keperluan untuk hidup. Dalam dunia ini di mana cita-cita dan kejayaan merupakan tanda-tanda kebesaran seseorang, ingatkanlah kita bahawa kita sudah mempunyai harta syurgawi yang tidak ternilai. Engkau telah memberkati kita dengan murah hati, dan kita mempunyai segala sesuatu oleh kerana Yesus Kristus. AMIN.

Dalam Kerajaan Allah yang terbalik, Yesus mengajar bahawa orang yang terbesar adalah hamba. Di bawah pemerintahan Raja Yesus, kerendahan hati diutamakan, dan yang termuda adalah yang terbesar. Untuk memasuki kerajaan syurga, kita mesti seperti kanak-kanak. Yang pertama akan menjadi yang terakhir, sesiapa yang salah perlu diampuni, golongan miskin papa dan sakit sentiasa dijemput. Di dalam kerajaan Allah, umat yang tertindas menjaga mereka yang sakit dan dianiaya walaupun tidak dikenali. Musuh juga dikasihi dengan cara yang sama seperti jiran sendiri, dan balu miskin memberi setengah daripada harta mereka untuk pekerjaan kerajaan Allah.

Melayan dengan rendah hati merupakan tanda pemimpin contoh di dalam kerajaan Allah. Adakan kita sedia mengorbankan cita-cita peribadi untuk berjaya demi melayan sebagai hamba dengan penuh rendah hati?

8 | KERAJAAN YESUS YANG TERBALIK

24-7

DOA ASIA

DOA | MISI | KEADILAN

(9)

PERPADUAN

SEMPURNA

Aku memberi mereka kemuliaan yang Kau berikan

kepada-Ku, supaya mereka menjadi satu

sebagaimana Kita adalah satu. Aku di dalam mereka dan Engkau di dalam-Ku, supaya mereka bersatu sepenuhnya. Dengan demikian dunia akan tahu bahawa Engkau sebenarnya telah mengutus-Ku, dan Engkau mengasihi mereka sebagaimana

Engkau mengasihi-Ku. - Yohanes 17:22-23 AVB

KHAMIS KUDUS

PERKARA DOA:

• Untuk memuliakan Allah di bumi dan melaksanakan misi yang Tuhan Yesus kita telah utuskan, dalam hal mencontohi-Nya. Sepertimana Yesus memuliakan Bapa Allah di bumi, dan melakukan segala yang Dia telah diamanahkan secara sempurna;

• Doakan kekuatan, kebijaksanaan, dan daya ketahanan di mana setiap detik hidup kita mencontohi Kristus kerana dunia ini membenci kita sepertimana dunia membenci Yesus dahulu. Doakan perlindungan daripada Si Jahat;

• Untuk menjadi agen perdamaian, agar kita dikenali sebagai anak Allah – dan sentiasa bekerja untuk menyatukan umat Allah dalam kesempurnaan, agar dunia akan tahu bahawa Allah telah mengutuskan Yesus serta mengalami kasih Allah;

• Untuk saling mengasihi secara ikhlas supaya semua orang boleh melihat kesatuan kita dalam Kristus.

Allah Bapa, Engkau tidak menciptakan masyarakat serba sama sahaja, tetapi berlainan pula. Pulihkan Eden Baru Engkau, di mana setiap bunga, daun, dan emping salji mengandungi gambaran Engkau yang istimewa. Semoga kita bersatu dalam jalinan kasih-Mu di dalam persiapan untuk meraikan jutaan bangsa, suku, dan bahasa sewaktu mereka bersatu dalam Kristus. AMIN.

Yesus membesar di dunia yang penuh dengan keganasan, di mana peperangan mencetus di antara bangsa-bangsa; golongan memerintah memanipulasikan orang awam melalui dasar berat sebelah dan politik pecah dan perintah. Kerajaan Allah tidak sedemikian, kerana umat Allah adalah satu. Kita diseru untuk bersatu secara sempurna, sepertimana Bapa, Anak, dan Roh Kudus adalah satu. Pada malam di mana Yesus menyiapkan diri untuk disalibkan, Dia memperingati kita dalam doa, agar kita bersatu dan saling mengasihi. Dalam doa Yesus yang terkandung dalam Yohanes 17, kita diingati bahawa perpaduan kita memuliakan Allah. Dengan demikian, dunia akan tahu bahawa kita adalah murid Yesus kerana kita saling mengasihi. Ini akan membuka hati pintu mereka terhadap kasih Allah akan ciptaan-Nya.

9 | KERAJAAN YESUS YANG TERBALIK

24-7

DOA ASIA

DOA | MISI | KEADILAN

(10)

MENYANGKAL DIRI

UNTUK HIDUP

Setelah Yesus menerima air anggur masam itu, Dia berkata, "Sudah selesai." Dia menundukkan kepala lalu menyerahkan roh-Nya.

- Yohanes 19:30 AVB

JUMAAT AGUNG

PERKARA DOA:

• Kristus mati untuk kita oleh kerana KASIH. Doakan agar kita boleh mengasihi orang lain dan mereka yang sesat secara tulus sepertimana Yesus mengasihi;

• Doakan agar kita bersama-sama Yesus dan menghayati hadirat-Nya setiap waktu, agar kita boleh menyatakan bahawa kehidupan lama telah mati, dan Kristus hidup dalam kita sekarang dengan penuh keyakinan;

• Doakan agar kita menyerahkan diri dengan sepenuhnya kepada Anak Allah, dalam pengetahuan bahawa Dia mengasihi kita dan mengorbankan diri untuk kita, setelah mengalami kehidupan di dunia ini dan inginkan yang terbaik untuk kita;

• Dalam segala yang kita lakukan, semoga kita mempunyai minda Kristus serta didorong oleh kasih.

Bapa Syurgawi, pada Jumaat Agung ini, kita memperingati penderitaan yang Tuhan Yesus alami untuk menyelamatkan kita. Berikan kita keberanian agar Kristus akan ditinggikan senantiasa dalam semua hal, walaupun hidup atau mati. Agar kita boleh mempercayai kata-kata sendiri “Kerana bagiku, hidup ialah Kristus, dan mati ialah keuntungan,” dan pada akhir perjalanan hidup, untuk berkata “Sudah selesai.” AMIN.

Cara Yesus merupakan cara kasih. Cara tersebut bagai diterbalikkan dan bertentangan dengan cara duniawi – ia adalah kerajaan yang kekal, di mana kelemah-lembutan berkuasa, kuasa merupakan kelemahan, dan penderitaan seketika akan berhasil dalam sukacita dan kemuliaan yang kekal. Kerja Tuhan adalah kerja yang sudah selesai. Penyelamatan kita merupakan perkara yang sudah diselesaikan dengan sempurna. Di dalam kerajaan Allah yang terbalik, kita perlu menyangkal diri untuk hidup, dan mengorbankan nyawa sendiri untuk mengasihi kawan-kawan lain. Yesus Kristus adalah Gembala yang Baik, di mana Dia meninggalkan 99 ekor domba lain dan sanggup mengorbankan nyawa Sendiri untuk mencari satu-satunya domba yang sesat. Walaupun Dia sempurna dan tidak mengenal dosa, dia menanggung dosa untuk kita. Dia menderita dan tidak takut akan kematian kerana kasih-Nya tidak terhingga.

Kasih Yesus Kristus yang Dikasihi merupakan kasih yang menyelamatkan kita daripada penghakiman Hari Terakhir. Seperti Paulus, kita boleh berkata bahawa, “Kerana bagiku, hidup ialah Kristus, dan mati ialah keuntungan.” (Filipi 1:21)

10 |KERAJAAN YESUS YANG TERBALIK

Aku disalibkan dengan Kristus

24-7

DOA ASIA

DOA | MISI | KEADILAN

(11)

HIKMAH DI

SEBALIKNYA

Mereka pun pergi melakukannya. Mereka

memperkukuh makam itu dengan

memateraikannya supaya tidak dapat dibuka langsung, dan mereka menugaskan pengawal berjaga di situ.- Matius 27:66 AVB

SABTU KUDUS

PERKARA DOA: Untuk mempercayai kehendak Allah akan

terjadi dan Dia akan mengabulkan semua janji-janji-Nya kerana kita tahu bahawa Dia berkuasa atas segala bangsa;

• Jangan berasa resah bila melihat musuh-musuh Allah memperoleh ‘kemenangan’ kerana kita tahu bahawa Allah masih bekerja; • Untuk belajar berdiam dan melalui segala

pengalaman dalam pengetahuan bahawa Allah akan memulihkan segala sesuatu berdasarkan masa-Nya, walaupun situasi tidak menggalakkan;

• Bersedia menjadi bejana-Nya dan melakukan kehendak-Nya agar Kerajaan Allah dialu-alukan.

Bapa Syurgawi, pada Sabtu Kudus ini, kami memperingati kesepian dan kepiluan yang Engkau alami sewaktu berpisah dari Anak Tunggal-Mu. Penderitaan yang Tuhan Yesus kita mengalami selama 2 hari tersebut merupakan sesuatu beban yang terlalu berat untuk murid-murid-Nya.

Kami tahu bahawa akhirnya, Engkau ingin menguatkan dan menyucikan kami untuk menguji iman kami, agar kami cemerlang seperti emas yang tulen. Ajarlah kami untuk terus percaya walaupun Engkau tidak menjawab dan kami tidak memahami situasinya. Ajarlah kami berdiam dan belajar menantikan masa Allah, sambil berehat dalam-Mu.

Tolonglah kami melalui detik-detik di mana kami dianiaya dan beragu-ragu. Ajarlah kita untuk bertetap dalam-Mu dan terus berharap dalam kasih-Mu yang tidak pernah gagal. AMIN.

Pada zaman ini, musuh-musuh kerajaan Allah tidak pernah berhenti dalam menyekat kebenaran Allah daripada disampaikan kepada jiwa-jiwa sesat. Seperti pengikut Yesus, pengalaman seperti penderitaan, dukacita, dan ratapan adalah sesuatu perkara biasa, dan kerapkali pengalaman tersebut disertai titisan air mata. Kita juga mempunyai persoalan yang masih belum dijawab. Namun demikian, di dalam kerajaan Allah, walaupun kita mungkin mengalami kekalahan dari segi duniawi dan mengalami tamparan yang hebat, Yesus telah memperoleh kemenangan atas alam maut dan akan memerintah untuk selama-lamanya.

Jika Allah tidak menjawab doa kita, ini tidak bermaksud bahawa Dia telah melupakan kita. Walaupun kita tidak nampak Allah bekerja, ini tidak bermaksud Dia tidak peduli. Setelah kita menderita untuk sementara waktu, Allah yang menyelamatkan kita akan memulih dan menguatkan kita. Kita berada di ambing kemenangan. Kita hanya perlu berdiam dan

ketahui bahawa Dia adalah Allah. 11 |KERAJAAN YESUS YANG TERBALIK

24-7

DOA ASIA

DOA | MISI | KEADILAN

(12)

YESUS TELAH

BANGKIT!

Tetapi Yesus berkata kepada mereka, "Apakah sebabnya kamu takut? Mengapakah hatimu ragu-ragu? Tengoklah tangan dan kaki-Ku. Inilah Aku. Sentuhlah Aku dan tengok. Hantu tidak berdaging dan bertulang sebagaimana yang kamu lihat ada pada-Ku." Setelah Dia berkata demikian, Dia

menunjukkan tangan dan kaki-Nya kepada

mereka. Mereka masih tidak dapat percaya kerana terlalu gembira dan takjub. Yesus pun bertanya kepada mereka, "Adakah kamu mempunyai makanan di sini?" Mereka memberi Dia sepotong ikan yang telah dimasak, lalu Dia mengambilnya

dan makan di hadapan mereka semua. - Lukas

24:38-43 AVB

HARI PASKAH

PERKARA DOA:

• Berterima kasih untuk kemenangan di atas salib! Bersyukur atas kepercayaan kita yang berdasarkan Penyelamat yang telah bangkit dari maut, dan akan kembali untuk memerintah. Kita rindu akan hari kemenangan yang akan datang, di mana Kristus akan kembali sebagai Pemerintah di bumi dan langit baru. Tiada lagi air mata ataupun tangisan di bumi baru tersebut, tetapi kita akan tinggal dalam suasana yang penuh sukacita.

• Sembah Tuhan Yesus Kristus kita, kerana Allah telah memuliakan Dia dan memberi Dia nama atas segala nama, agar setiap lidah mengaku dan lutut bertelut, di syurga, di bumi dan di bawah bumi, bahawa Yesus Kristus adalah Tuhan, dan Allah Bapa dimuliakan.

Bapa Syurgawi, kita memuji Engkau oleh kerana detik ini yang penting dan bersejarah di dunia! Tuhan, terima kasih atas segala yang Engkau lakukan untuk menghancurkan kuasa dosa dan maut! Ia sudah selesai! Pada hari ini, kita raikan dan rehat dalam pengetahuan bahawa Tuhan Yesus Kristus mengasihi kita, di mana Dia merendahkan Diri dan menyangkal Diri untuk kita. Semoga kita hidup sebagai korban yang hidup, mencontohi Tuhan Yesus Kristus kita. AMIN.

Dalam kerajaan Allah yang terbalik, Allah memilih yang bodoh di dunia untuk memalukan yang bijak; dan Allah memilih yang lemah di dunia untuk memalukan yang kuat (1 Korintus 1:27). Kekalahan secara duniawi merupakan kemenangan untuk alam syurgawi.

Kebangkitan Yesus amat nyata kerana jika Yesus tidak bangkit, kita telah hilang segala harapan. Roh ataupun hantu tidak dapat makan ikan! Tetapi Yesus Kristus nyata bangkit dari maut, di mana kuasa dosa dan maut telah dihancurkan untuk selamanya. Pada hari ini, kuasa kebangkitan ini boleh diperoleh oleh barangsiapa yang percaya dalam Anak Allah. Hallelujah! KRISTUS TELAH BANGKIT, KRISTUS

TERNYATA TELAH BANGKIT! 12 |KERAJAAN YESUS YANG TERBALIK

24-7

DOA ASIA

DOA | MISI | KEADILAN

(13)

Hanya Kristus harapanku,

Dia terang dan kuatku.

Batu penjuru yang teguh,

di kala badai menderu.

Kasih dan damai-Nya besar,

kalahkan takut dan gentar.

Penghiburku, naunganku,

dalam kasih-Nya 'ku teduh.

Hanya Kristus yang bersedia,

turun menjadi manusia.

Datang s'lamatkan umat-Nya,

walau dihina dicerca.

Sampai Dia mati di salib,

menanggung murka Ilahi.

Semua dosaku ditebus.

Kar'na mati-Nya ku hidup.

Dalam hidupku tak sesal,

dalam mati ku tak gentar.

Kuasa-Nya tinggal dalamku,

memandu hingga ajalku.

Tiada yang dapat pisahkan,

'ku dari tangan kasih-Nya.

Hingga Dia panggilku pulang,

dalam kuasa-Nya 'ku teguh.

Stuart Townend & Keith Getty Copyright © 2001 Thankyou Music (Adm. By

CapitolCMGPublishing.com excl. UK & Europe, adm. by Integrity Music, part of the David C Cook family, songs@integritymusic.com)

Diterjemahkan oleh Pdt. Juswantori Ichwan

Kristus bangkit, soraklah: Haleluya!

Dari kematian-Nya, Haleluya!

Wahai langit pujilah, Haleluya!

S’luruh bumi nyanyilah, Haleluya!

Karya s’lamat-Nya genap, Haleluya!

Kemenangan-Nya kekal, Haleluya!

Sinar kes’lamatan-Nya, Haleluya!

T’rangi jalan umat-Nya, Haleluya!

Kuasa maut berakhirlah, Haleluya!

Dan neraka takluklah, Haleluya!

Kuasa Kristus t’lah menang, Haleluya!

Surga pun terbukalah, Haleluya!

Tuhan Yesus t’lah menang, Haleluya!

Iblis t’lah dikalahkan, Haleluya!

Kubur mana kuasamu? Haleluya!

Hai maut, mana sengatmu? Haleluya!

Muliakan Tuhanmu, Haleluya!

Puji Jurus’lamatmu, Haleluya!

Pakai kuasa Tuhanmu, Haleluya!

Menerangi jalanmu, Haleluya!

Yesus Tuhan Rajaku, Haleluya!

Tiada tara kuasamu, Haleluya!

T’rima hormat syukurku, Haleluya!

Dan kasih setiaku, Haleluya!

Charles Wesley, 1739

HANYA KRISTUS

HARAPANKU

KRISTUS BANGKIT,

SORAKLAH!

LAGU CADANGAN

13 | KERAJAAN YESUS YANG TERBALIK PENERBITAN KRISTIAN

24-7

DOA ASIA

DOA | MISI | KEADILAN

Referensi

Dokumen terkait

2015 2016 2017 2018 2019 Meningkatkan keselarasan perencanaan pembangunan Meningkatnya keselarasan perencanaan pembangunan daerah Persentase keselarasan antara

Hasil analisis untuk melihat dampak kredit terhadap perilaku ekonomi rumah tangga nelayan tradisional menunjukkan nilai koefisien determinasi (R 2 ) masing- masing

Laporan praktikum yang akan saudara buat secara berkelompok merupakan salah satu bentuk pertanggungjawaban personal yang terkait dengan cara-cara pengamatan,

√ Dengan jumlah penghuni 1932 jiwa tidak diharuskan ada, tetapi disediakan di Rusunawa Cingised √ Pelayanan lengkap Jarak : Mudah dicapai dengan radius pencapaian

Dalam upaya percepatan pelepasan varietas unggul baru gandum yang adaptif pada dataran rendah maka pada tahun 2009 Badan Litbang Pertanian merintis konsorsium penelitian gandum

Seianjutnya beliau diangkat menjadi Direktur RSHS periode 1989-1995, Selama menduduki jabatan Direktur, pada tahun 1992 RSHS ditetapkan sebagai rumah sakit Swadana,

Jika ukuran huruf/angka dari teks/note terlalu kecil, maka kita dapat mengeditnya dengan cara meng click teks/note dan kemudian click bagian kanan mouse sehingga

Sedangkan makna konotasi yang didapat adalah Dani Sebagai lelaki Madura yang mempunyai Saudara laki laki yang terbunuh namun tidak bisa membalaskan atas kematian saudaranya