• Tidak ada hasil yang ditemukan

3.Menggariskan Fungsi Kesatuan Sekerja T

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "3.Menggariskan Fungsi Kesatuan Sekerja T"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

3.Menggariskan Fungsi Kesatuan Sekerja Termasuk Keperluan Undang- undang Untuk Membentuk Dan Bergabung Dengan Kesatuan.

3.1Apakah Kesatuan Sekerja ?

Kesatuan sekerja adalah sebuah persatuan pekerja yang bekerjasama untuk

memperbaiki keadaan kerja dan kepentingan ahlinya. Kebanyakkan pekerja menyertai kesatuan ini kerana mereka sedar secara kolektif mereka berada di dalam kedudukan yang membolehkan mereka menuntut gaji yang tinggi dan syarat-syarat pekerjaan yang lebih baik.

Seseorang pekerja mungkin berani untuk memohon atau menuntut gaji yang tinggi dan faedah yang lebih baik daripada majikannya, akan tetapi jika tuntutannya ditolak, seseorang pekerja tidak mempunyai pilihan kecuali mendesak majikannya bagi mencapai matlamat yang dikehendaki. Hal ini boleh meyebabkan kemarahan dari pihak majikan dan pekerja tersebut mungkin akan dipecat.

Oleh demikian, seseorang pekerja yang menjadi ahli kesatuan sekerja boleh menggunakan jentera dan prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh kesatuan sekerjanya bagi menuntut kenaikan gaji mahupun faedah yang lebih baik.

Kesatuan sekerja sentiasa mengambil langkah-langkah untuk melindungi hak dan kepentingan ahlinya. Tindakan akan diambil oleh pihak kesatuan sekerja jika terdapat majikan yang cuba menindas atau diskriminasi terhadap sesebuah kumpulan pekerja.

(2)

dianiaya oleh pihak majikan. Pihak kesatuan sekerja akan melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap majikan.

3.2. Kepentingan kesatuan Sekerja.

Ada sesetengah majikan dan individu berpendapat bahawa kewujudan kesatuan sekerja adalah ketinggalan zaman kerana kita kini berada di zaman moden. Ada sesetengah majikan berpendapat bahawa pekerja yang menyetai kesatuan sekerja adalah salah satu tindakan ketidaksetiaan terhadap organisasi.

Mungkin sesetengah majikan tidak suka pekerja menyertai kesatuan sekerja kerana mahu mendiskriminasi hak-hak seseorang pekerja. Oleh itu, bagi megelakkan dari majikan menindas pekerja, kesatuan pekerja amat penting bagi menjaga dan membantu ahli-ahlinya.

3.3. Penubuhan Kesatuan Sekerja.

(3)

Selepas keputusan dibuat, satu permohonan perlu dilakukan untuk mendaftar kesatuan tersebut di dalam tempoh masa sebulan selepas tarikh persetujuan tersebut dicapai.

Persatuan yang diwujudkan perlu didaftar kepada Hal Ehwal Kesatuan Sekerja bagi membolehkan kesatua ini dapat beroperasi secara sah. Borang permohonan yang telah siap diisi dan ditandatangani oleh tujuh orang ahli perlu diserahkan bersama-sama satu salinan bercetak perlembagaan kesatuan sekerja yang baru kepada Ketua PengarahHal Ehwal Kesatuan Sekerja.

Ketua pengarah berhak menerima mahupu menolak permohonan pendaftaran yang mana pada pendapatnya berkemungkinan digunakan untuk aktiviti-aktiviti haram.

3.4. Keanggotaan Kesatuan Sekerja

Syarat bagi menyertai kesatuan sekerja ini adalah mereka yang berumur 16 tahun dan keatas iaitu kesatuan sekerja yang mewakili pekerja dalam perdagangan, pekerjaan atau industri yang sama dan meliputi pekerja yang bekerja di semenanjung Malaysia atau sabah dan sarawak. Pekerja yang berumur dari 16 hingga 21 tahun mempunyai had yang terhad bagi menyertai sebarang aktiviti- aktiviti yang dilakukan oleh kesatuan.

(4)

menyertai kesatuan kerja misalnya polis, pasukan tentera dan mereka yang berkhidmat di dalam penjara. Mereka hanya boleh menyertai jika mendapat kebenaran dari Ketua Setiusaha Kerajaan.

3.5. Jenis-Jenis Kesatuan Kerja.

Pada masa kini, wujud tiga jenis kesatuan kerja yang ada di negara kita, iaitu :

1. Kesatuan sekerja kebangsaan dan daerah.

2. Kesatuan kerja dalam syarikat.

3. Persatuan majikan.

3.5.(1). Kesatuan Sekerja Kebangsaan Dan Daerah.

Ahli kesatuan sekerja kebangsaan terdiri daripada pekerja yang bekerja di dalam organisasi yang berlainan tetapi dalam industri yang sama atau pekerja yang bekerja dalam perdagangan atau pekerjaan yang sama. Ahli kesatuan sekerja dari sabah dan sarawak juga boleh menyertai kesatuan- kesatuan sekerja di semenanjung malaysia. Antara contoh kesatuan sekerja yang wujud di negara kita :

1. Kesatuan Sekerja Kebangsaan Pekerja- pekerja Telekom.

2. Kesatuan Sekerja Kebangsaan Pekerja- Pekerja Bank.

3. Kesatuan Sekerja Kebangsaan Pekerja- Pekerja Ladang.

(5)

Kesatuan ini ditubuhkan oleh pekerja-pekerja yang bekerja di syarikat atau organisasi itu sendiri. Keahliannya juga terhad kepada pekerja- pekerja yang bekerja di dalam syarikat dan organisasi tersebut sahaja. Kesatuan ini hanya dibenarkan ditubuh kepada pekerja-pekerja yang di dalam bidang badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan. Di dalam sekstor swasta pula, sejak 20 tahun dahulu telah wujud banyak kesatuan sekerja seperti Kesatuan Sekerja Kebangsaan Pekerja- Pekerja Cold Storage dan Kesatuan Sekerja Syarikat Bateri Eveready.

3.5 (3). Persatuan Majikan.

Terdapat juga kesatuan yang diwujudkan atau ditubuhkan oleh majikan-majikan yang biasa dikenali sebagai Persatuan. Dalam industri-industri di mana kesatuan sekerja pekerja wujud secara teratur , para majikan juga mengambil anisiatif untuk

menubuhkan persatuan mereka sendiri. Antara contoh persatuan majikan adalah :

1.Persatuan Bank-Bank Komersial Tanah Melayu

2.Persatuan Pengeluar- Pengeluar Pertanian Tanah Melayu.

Kesatuan-kesatuan sekerja akan cuba mempengaruhi polisi dan perundangan kerajaan dengan menganggotai Majlis Penasihat Buruh Kebangsaaan dan Tiga Pihak

(6)

4. Membincangkan Proses Perundingan Kolektif Atau Perundingan Bersama.

4.1. Apakah Perundingan Kolektif Atau Perundingan Bersama.

Perundingan bersama merujuk kepada proses perundingan antara majikan dengan pekerja mengenai terma- terma dan syarat-syarat perkhidmatan. Sebelum kesatuan sekerja boleh berunding dengan majikan bagi pihak pekerja sesebuah organisasi atau syarikat, kesatuan sekerja terlebih dahulu perlu mendapat pengiktirafan dari majikan.

4.2 . Pengiktirafan.

Apabila kesatuan sekerja itu telah diiktiraf oleh majikan, kesatuan tersebut mendapat hak- hak tertentu termasuk hak yang paling penting iaitu hak mewakili pekerjanya. Hal ini bermaksud jika seseorang pekerja merasakan ketidakpuasannya terhadap majikan akan tetapi majikan tidak menemui jalan penyelesaian , pekerja tersebut berhak meminta pihak kesatuan sekerjanya bercakap bagi pihaknya dengan

(7)

Selain itu juga, jika seseorang pekerja terlibat di dalam pertikain atau peselisihan faham dengan majikan , meraka juga boleh menggunakan jentera kesatuan sekerja bagi mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyelesaikan yang timbul.

Kesatuan sekerja yang mewakili kumpulan pekerja di dalam sesebuah organisasi atau syarikat boleh memohon pengiktirafan dengan memohon secara bertulis kepada majikan. Majikan perlu memberi keputusan samada mengiktiraf atau menolak permohonan di dala tempoh 21 hari. Pihak majikan juga boleh menghubungi Jabatan Perhubungan Perusahaan bagi mendapatkan penjelasan sama ada kesatuan sekerja tersebut layak untuk diiktiraf atau sebaliknya.

Sekiranya pihak majikan enggan mengiktiraf atau gagal membuat keputusan status permohonan tersebut, kesatuan sekerja boleh melaporkan kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan yang akan menjalankan siasatan keatas keahlian kesatuan sekerja tersebut dengan bantuan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.

4.3 Proses Perundingan Bersama .

Kesatuan sekerja yang telah mendapat pengiktirafan daripada majikan boleh

memulakan proses perundingan dengan majikan bagi memperbaiki terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan pekerja di dalam organisasi dan syarikat. Perlu juga diingatkan , tidak wujud diskriminasi antara ahli kesatuan sekerja dengan bukan ahli dalam terma-terma yang diberikan. Oleh demikian, kesatuan sekerja bukan hanya mewakili pihak ahlinya bahkan mewakili semua pekerja yang layak di dalam organisasi mahupun syarikat.

(8)

Hal ini akan memastikan pemberian faedah yang seragam kepada semua pekerja dalam industri tersebut dan membantu mengelakkan pekerja daripada berpindah dari organisasi ke organisasi yang lain.

Satu set cadangan boleh dikemukakan oleh salah satu pihak iaitu samada pihak kesatuan sekerja mahupun pihak majikan bagi memohon agar perundingan

dimulakan. Di dalam tempoh 14 hari , majikan diberikan tempoh samada menerima atau sebaliknya untuk berunding.

Lazimnya perjumpaan pertama, isu-isu yang diberikan tumpuan adalah isu-isu yang ingin diselesaikan dengan kadar segera. Di dalam perjumpaan seterusnya pula, perkara-perkara yang tertinggal akan dibincangkan pula satu demi satu. Kadangkala kata sepakat dapat dicapai dengan mudah dengan hanya sekali dua perjumpaan dan ada kalanya perjumpaan akan dibuat sehingga enam ketujuh kali kerana tidak mendapat kata putus.

Jika keputusan gagal dicapai, hal yang dibincangkan boleh dibawa kepada

pengetahuan Jabatan Perhubungan Perusahaan bagi tujuaan perdamaian. Jika keadaan memaksa, Mahkamah Perusahaan akan menyelesaikan melalui proses timbang tara.

4.4 Perjanjian Bersama.

(9)

Perjanjian bersama mesti melibatkan suatu tempoh yang tetap iaitu tidak kurang dari tiga tahun. Dokumen perjanjian dihantar kepada Mahkamah Perusahaan dalam masa sebulan selepas perjanjian tersebut ditandatangani. Mahkamah Perusahaan akan menyemak dokumen perjanjian yang telah dibuat sebelom menerima atau menolak perjanjian tersebut.

Kebanyakkan perjanjian bersama mengandungi fasal tentang upah, waktu bekerja, cuti, elaun dan faedah lain yang akan diberikan kepada pekerjanya. Lazimnya

permotongan yuran kesatuan sekerja daripada gaji pekerja akan dimasukkan ke dalam perjanjian. Akan tetapi jika majikan tidak mahu memasukkannya, ianya tidak boleh dipaksa.

Proses perundingan bersama hanya boleh dipraktikan di dalam sektor swasta. Dalam sektor awam, upah dan semua terma dan syarat perkhidmatan ditetapkan oleh

Referensi

Dokumen terkait