• Tidak ada hasil yang ditemukan

TRANSFORMASI KESATUAN SEKERJA DI SABAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TRANSFORMASI KESATUAN SEKERJA DI SABAH"

Copied!
35
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Di Malaysia, penubuhan kesatuan sekerja semakin bertambah pada masa kini khususnya

penubuhan kesatuan sekerja di Sabah. Namun demikian seperti yang kita tahu pertubuhan

kesatuan sekerja di Malaysia pada awalnya ditubuhkan pada tahun 1920 iaitu di bahagian

semenanjung Malaysia. Seterusnya mula berkembang ke pantai barat iaitu di bahagian sabah

pada awal tahun 1940. Walaupun pertubuhan kesatuan sekerja ini pada awalnya agak perlahan

tetapi Negara Malaysia berusaha untuk mewujudkan lebih banyak kesatuan sekerja dan

memastikan pekerja pada masa kini untuk menyertai kesatuan sekerja dengan tujuan

meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesatuan sekerja pada masa ini. Kesatuan

sekerja ini pada awalnya wujud adalah disebabkan oleh munculnya sekumpulan pekerja atau

lebih dikenali sebagai buruh. Institusi buruh ini bermula dengan kemasukan imigran Cina dan

india ke Tanah Melayu melalui sistem kangcu dan kangani yang dibawa masuk oleh pihak

penjajah iaitu British. Perkembangan buruh Cina dan India di Tanah Melayu majoritinya adalah

berasal dari kawasan Kwangtung, Kwangsi dan Fukien di wilayah selatan China secara

besar-besaran pada tahun 1848 iaitu selepas penemuan bijih timah di Larut, Perak. Manakala

perkembangan buruh India di tanah melayu lebih menumpukan pekerjaan industri estet-estet

seperti ladang getah, kelapa sawit dan sebagainya.

Menurut Wad (1998) dalam kajiannya mengenai kesatuan sekerja di malaysia boleh

dibahagikan kepada dua peringkat. Menurut beliau dalam peringkat yang pertama merupakan

dasar umum kesatuan sekerja dari tahun 1920-an sehingga kekalahan komunis pada tahun

1947-1948. Manakala, peringkat yang kedua dalam kajiannya ialah perkembangan kesatuan

sekerja industri dari tahun 1948 sehinggalah pada masa kini. Di Malaysia, kesatuan sekerja

pertama yang telah wujud pada tahun 1920-an bermula dengan dengan industri estet dan

perlombongan. Dalam sektor tersebut kebanyakan dipelopori oleh orang cina yang lebih terlibat

dalam industry perlombongan seperti bijih timah, melibatkan diri dalam pengeluaran bijih getah

dan sebagainya. Perkembangan bidang perindustrian ini menyebabkan bidang perindustrian di

Malaysia sangat penting dan diperlukan dalam pembinaan sebuah Negara yang maju menjelang

wawasan 2020. Kewujudan kesatuan sekerja turut tidak ketinggalan dalam arus perkembangan

(2)

pekerja. Hal ini demikian kerana pihak pekerja menyedari apa yang diperjuangkan oleh

kesatuan tersebut.

Selain daripada itu, kesatuan sekerja juga dikenali sebagai institusi pekerjaan. Situasi ini,

dapat dilihat dalam konteks hubungan industri yang menyatakan bahawa pertubuhan kesatuan

sekerja dianggotai oleh pekerja-pekerja di dalam sesuatu organisasi di tempat kerja tersebut.

Mereka iaitu pekerja-pekerja yang berada dalam organisasi bagi mencapai maktlamat dan

berkongsi tujuan yang sama demi mewujudkan produktiviti dan keuntungan kepada sesebuah

organisasi.

KONSEP KESATUAN SEKERJA

Kesatuan sekerja merupakan salah satu badan atau pertubuhan atau sekelompok

kumpulan pekerja yang ditubuhkan bertujuan untuk memperhuangkan hak-hak dan kebajikan

pekerja serta melindungi pekerja daripada tindakan majikan yang menindas pekerja. Secara

ringkasnya kesatuan sekerja merupakan asas kepada pengabungan pekerja dan majikan dalam

sesuatu industri, tred, di Malaysia. Sememangnya kewujudan kesatuan sekerja di Malaysia ini

mempunyai banyak maktlamat dan kebaikannya seperti melindungi pekerja, menjaga kebajikan

pekerja, menjamin hak dan faedah pekerja, dengan cara mengadakan rundingan kolektif dan

perjanjian kolektif bersama majikan dengan kesatuan sekerja untuk menjamin kebajikan

pekerja pada masa hadapan.

Berikutnya lagi, kesatuan sekerja yang ditubuhkan mempunyai peranannya yang

tersendiri antaranya ialah apabila seseorang pekerja mempunyai hubungan yang tegang

dengan majikan, kesatuan sekerja memainkan peranan dalam membuka ruang penyelesaian

untuk melakukan rundingan bagi mengelakkan situasi tegang ini berpanjangan dan memastikan

keharmonian dalam organisasi terus terjamin. Selain daripada itu juga, akibat dari munculnya

ketegangan ini wujudnya kesatuan sekerja dimana ianya berfungsi sebagai wakil untuk pekerja

menyampaikan suara mengenai hasrat dan maktlamat pekerja melalui kesatuan sekerja.

Keadaan ini juga untuk memastikan apa-apa suara yang disuarakan oleh pekerja sampai

kepada majikan. Apabila hubungan antara pekerja dan majikan semakin pulih masalah yang

dihadapi oleh pekerja-pekerja dapat diselesaiakan melalui rundingan bersama antara kesatuan

(3)

Kesatuan sekerja di Malaysia boleh dikatrifkan sebagai sebuah pertubuhan yang wujud

di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 di mana Akta ini menerangkan bahawa yang mana

kesatuan sekerja yang wujud di Malaysia adalah mengikut Akta yang telah termaktub dalam

Akta Kesatuan Sekerja 1959 tersebut. Pada masa yang sama, kesatuan sekerja tidak boleh

ditubuhkan sekiranya bercanggah dengan Akta yang termaktub dalam Akta Kesatuan Sekerja

1959. Hal ini kerana telah dijelaskan bahawa dalam Akta Kesatuan Sekera 1959 telah mendefinisikan kesatuan sekerja ini sebagai “apa-apa pertubuhan atau gabungan pekerja-pekerja atau majikan-majikan, yang menjadi pekerja-pekerja di mana tempat pekerja-pekerjanya adalah di Malaysia Barat termasuk Sabah dan Sarawak”. Oleh itu, sekumpulan pekerja hanya boleh

menubuhkan kesatuan sekerja mengikut tempat dimana mereka bekerja iaitu di Malaysia Barat,

Sabah ataupun Sarawak.

Menurut (Green 1994; Mankiw 2001), bependapat kesatuan sekerja merujuk kepada

sebuah pertubuhan yang berdikari, yang akan membuat perundangan kolektif dan terpisah

dengan majikan yang berperanan untuk mengekalkan dan meningkatkan keadaan, persekitaran

dan syarat pekerja serta menggunakan haknya untuk mencapai tujuan dan keperluan pekerja.

Berdasarkan situasi pada masa kini di Malaysia, kesatuan sekerja boleh diketogrikan sebagai

satu persatuan atau gabungan kelompok pekerja atau majikan yang bekerja di Malaysia dan

ahli-ahlinya terdiri daripada pekerja atau majikan dalam pertukangan, perkhidmatan dan

perindustrian yang tertentu (Akta Kesatuan Sekerja 1959). Manakala menurut (Poon 2002),

kesatuan sekerja terdiri daripada sebuah pertubuhan pekerja atau majikan yang ditubuhkan

bertujuan untuk memajukan, memelihara, dan memperbaiki kepentingan sosial, ekonomi serta

politik ahli-ahlinya melalui tindakan kolektif.

PERGERAKAN KESATUAN SEKERJA SEBELUM MERDEKA

BURUH CINA DI SABAH

Malaysia merupakan sebuah Negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, dan

bangsa. Malaysia juga dikenali sebagai sebuah Negara yang terdiri daripada masyarakat

(4)

zaman penjajahan British lagi. Etknik Cina ini merupakan salah satu etknik utama yang terdapat

di Malaysia. Hal ini boleh diikatakan setiap negeri yang terdapat di Malaysia dan tidak terkecuali

negeri sabah juga turut terdapat Etnik Cina. Penhijrahan atau kehadiran penduduk cina ke

Malaysia adalah disebabkan beberapa faktor yang telah mendorong mereka untuk berhijrah ke

Malaysia dan boleh dikatakan mereka telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1870-an lagi.

Kemasukan orang cina di Malaysia disebabkan oleh pengenalan sistem kancu oleh

pemerintahan British. Semasa pemerintahannya British telah membawa masuk buruh daripada

China untuk tujuan membangunkan dan memajukan wilayah atau kawasan yang dijajah oleh

pihak British.

Namun demikian akibat daripada kemasukan buruh daripada China ini menyebabkan

negeri Sabah turut tidak terkecuali menerima kedatangan buruh-buruh cina ini. Sememangnya

kemasukan buruh cina ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan

Sabah. Keadaan ini jelas dapat dibuktikan bahawa pada tahun 1881 Sabah menerima

kemasukan buruh cina secara besar-besaran apabila Sabah telah diambil oleh Syarikat Borneo

Utara British. Pihak Syarikat Borneo Utara British membawa masuk buruh daripada Negara

China kerana pada masa itu pihak British mengalami kekurangan tenga kerja yang tidak

mencukupi untuk membangunkan negeri Sabah. Hal ini kerana, penduduk asal yang sedia ada

di Sabah dikatakan tidak mampu untuk menampung dan memenuhi kekosongan tenaga kerja.

Selain itu, pihak Syarikat Borneo Utara British mengambil tenaga buruh dari China adalah

disebabkan oleh orang Cina lebih berkemahiran dan berpengalaman untuk membangunkan

sabah dalam pelbagai aspek. Sebagai contohnya Syarikat Borneo Utara British melihat

pembagunan yang pesat telah dicapai di Hong Kong dan Singapura hasil daripada tenaga buruh

Cina. Kemasukan buruh dari China secara besar-besaran adalah disebabkan pengenalan Tiga

Skim yang telah diperkenalkan oleh pihak Syarikat Borneo Utara British iaitu Skim Sir Walter

Medhurst, Basel Skim Persatuan Mubaligh dan Skim Laluan Bebas.

Skim pertama yang telah diperkenalkan oleh Syarikat Borneo Utara British iaitu Skim Sir

Walter Medhurst yang telah dilaksanakan pada tahun 1882 hingga 1886. Skim ini merupakan

salah satu cara yang digunakan untuk membawa masuk tenaga buruh Cina dan juga petani.

Pada tahun 1882 Medhurst telah diberikan peruntukan sebanyak $50000 untuk beliau pergi ke

Negara China bagi tujuan untuk mendapatkan buruh- buruh yang ingin datang bekerja ke

(5)

5 buah kapal. Seramai 818 orang yang berjaya dibawa masuk ke Sabah yang terdiri daripada 5

peringkat kemasukkan. Seramai 43 orang merupakan kumpulan pertama, manakala seramai

225 orang bagi kumpulan kedua, 340 orang bagi kumpulan ketiga dan 96 orang untuk

kumpulan keempat serta 114 orang buruh untuk kumpulan yang kelima. Kesemua mereka ini

dibawa masuk dengan menggunakan kapal SS Hainan, kapal Thaiess ss, kapal SS Fukkien.

Terdapat segelintir buruh dari China yang dibawa ke Sabah mendapat tajaan berupa tiket

tambang ke Sabah secara percuma. Dengan pengenalan Skim Sir Walter Medhurst telah

membuktikan bahawa pihak British sangat memerlukan buruh dari Negara China untuk

menguruskan dan membangunkan tempat jajahan mereka.

Skim kedua yang telah diperkenalkan untuk menarik buruh dari Negara China untuk

datang ke Sabah ialah melalui Skim Persatuan Mubaligh Basel. Skim Persatuan Mubaligh Basel

ini telah diperkenalkan pada tahun 1905 hingga 1914. Pada tahun 1905 pihak British telah

mengambil pekerja yang telah lama bekerja di Kudat, Sabah untuk dihantar kembali ke Negara

China bagi tujuan untuk menarik atau menggalakkan penduduk di China untuk datang bekerja

di Sabah. Antara contoh pekerja yang pernah di hantar pulang ke China iaitu Yong Ah Kit dan

Lee Ah Pin. Kedua-dua pekerja tersebut telah kembali semula ke Sabah dan berjaya membawa

sejumlah 150 buruh termasuk lelaki, wanita dan juga kanak-kanak dan mereka ditempatkan di

beberapa kawasan di Sabah antaranya, Inanam, Mengatal, dan Tuaran. Bagi buruh yang masuk

melalui Skim Persatuan Mubaligh Basel, mereka diberikan bantuan berbentuk tanah, dan

kewangan. Selain itu, pada November 1912 satu perjanjian antara Syarikat Borneo Utara British

dengan Basel Missionary Society telah diadakan. Melalui perjanjian ini setiap keluaga akan

mendapat 10 ekar tanah apabila sampainya mereka ke Sabah dan mereka hanya perlu

membayar premium $ 1 untuk seeker dan mereka juga dikecualikan cukai tanah dalam tempoh

dua pertama. Apabila mencapai tahun ketiga dan seterusnya mereka akan dikenakan cukai

tanah tahunan hanya sebanyak 50 sen seeker sahaja.

Berikutnya lagi, dalam Skim Persatuan Mubaligh Basel ini juga pihak British telah

banyak memberi kemudahan kepada buruh Cina iaitu memberi tanah untuk dijadikan Gereja,

sekolah-sekolah, tanah perkuburan, dan menyediakan geran bantuan untuk penjaga mereka.

Sememangnya Skim Persatuan Mubaligh Basel yang telah diperkenalkan oleh pihak British ini

telah bejaya menarik sebanyak 26 keluarga iaitu dengan jumlah 111 orang dan mereka

(6)

pada tahun 1913 hingga 1914 sebanyak 63 keluarga atau seramai 273 orang telah berjaya

dibawa masuk dan mereka ditempatkan di Kudat, Sabah.

Dalam usaha British membawa masuk lebih ramai buruh dari China ke Sabah adalah

melaluai skim yang tiga iaitu Skim Penumpang Percuma. Skim ini telah diperkenalkan oleh

British pada awal tahun 1921 hingga 1941. Di bawah Skim Penumpang Percuma ini, kerajaan

British tidak terlibat secara langsung seperti skim yang terdahulu seperti Skim Sir Walter

Medhurst dan Skim Persatuan Mubaligh Basel yang terdahulu. Hal ini kerana, skim ketiga ini

lebih mengutamakan kepada mereka yang benar-benar ingin behijrah ke Sabah secara

percuma. Hal ini demikian, pada tahun 1920 keperluan peneroka sangat diperlukan berbanding

dengan buruh kerana pihak British ingin membuka kawasan-kawasan baru untuk diterokai

dengan tujuan bagi mendapatkan hasil baru. Bagi menyampaikan maklumat pihak pengurus

mengedarkan risalah bagi menarik minat lebih ramai lagi peneroka untuk datang ke Sabah.

Situasi ini jelaslah menunjukkan bahawa dengan cara memperkenalkan skim telah menarik

ramai minat buruh dari China untuk meneroka kawasan baru di Sabah ini. Sebagai contoh yang

dapat dilihat, pada tahun 1924 sebanyak 800 pas percuma telah dikeluarkan oleh pihak

penyelia dan pengurusan di Sabah. Pada tahun 1927 pula, jumlah pas yang dikeluarkan

meningkat kepada 1054 pas, dan terus meningkat kepada 1665 pas pada tahun 1929. Skim ini

juga dikatakan berjaya adalah disebabkan golongan hakka yang datang ke Sabah dengan

membawa saudara mara dan keluarga mereka kerana mereka bependapat dengan cara ini

sahaja mereka mampu untuk mengusahakan kawasan yang ingin diterokai.

PEMBENTUKAN KESATUAN SEKERJA DI SABAH SEBELUM MERDEKA

Selepas kemasukan British ke Sabah pihak British telah membawa masuk sejumlah

besar buruh daripada China dan India ke Sabah untuk tujuan membangunkan Negeri Sabah.

Hal ini dapat dilihat salah satu pembangunan yang telah diwujudkan di Sabah ini dengan

membina satu landasan kereta api yang menghubungkan perjalanan dari Tanjung Aru ke

Melalap. Pihak British telah membina landasan kereta api ini sejauh 123 kilometer yang dapat

menghubungkan pelbagai daerah seperti Tanjung Aru, Kinarut, Kwang, Papar, Kimanis, Benoni,

Beufort, Weston, Saliwangan, Haligolat, Rayoh, Pangi, Tenom dan Melalap. Tujuan utama

(7)

mengangkut arang batu dari kawasan pembalakan dan perlombongan. Pihak British juga

menggangap bahawa dengan menggunakan sistem pengangkutan kereta api ini mereka dapat

mengeluarkan hasil dengan lebih banyak.

Selain daripada penggunaan memunggah hasil perlombongan dan pembalakan pihak

Biritsh juga menggunakan kereta api untuk tujuan pengangkutan kepada penduduk tempatan

dan juga pelancong yang datang ke Sabah dengan mengenakan tambang untuk setiap destinasi

yang ingin dituju. Hal ini kerana pihak British menganggap dengan bahawa membawa

penumpang boleh menjana sumber pendapatan yang lumayan kepada ekonomi pihak British. Di

samping itu juga pada tahun 1894 pengurus besar Syatikat Berpiagam Utara Borneo iaitu

Wiliam Clarke Cowie bercadang untuk memanjangkan landasan kereta api yang sedia ada bagi

tujuan untuk mehubungkan pelabuhan baru di perairan Brunie. Dalam pembinaan

memanjangkan landasan kereta api ini pihak Syarikat Berpiagam Utara Borneo menggunakan

buruh-buruh yang dibawa dari China.

Namun demikian pada tahun 1930 telah berlaku satu kemelesetan ekonomi yang amat

teruk di seluruh dunia. Kemelesetan ekonomi yang berlaku ini juga memberi banyak kesan

kepada pembinaan landasan kereta api ini. Hal ini kerana, setelah berlaku kemelesetan ekonomi

pihak Syarikat Berpiagam Utara Borneo telah melakukan pembuangan pekerja di sektor

pembinaan landasan kereta api tersebut secara besar-besaran. Pembuangan pekerja buruh

keretapi tersebut boleh memberi kesan yang negatif kepada buruh-buruh terbabit. Situasi yang

berlaku ini telah menyebabkan peningkatan pengangguran kepada buruh Cina. Di samping itu

juga akibat daripada kemelesetan ekonomi ini juga pekerja yang di buang terbabi tidak dapat

menyara diri sendiri dan keluarganya.

Dengan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati pekerja buruh landasan kereta api

akibat daripada tindakan yang diambil oleh pihak Syarikat Berpiagam Utara Borneo dalam

membuang pekerja tanpa membayar wang pampasan. Keadaan ini juga telah menimbulkan

perspektif dan tanggapan yang buruk daripada pekerja-pekerja pembinaan landasan kereta api

bahawa mereka adalah sedang ditindas oleh majikan. Tindakan yang diambil oleh pihak

Syarikat Berpiagam Borneo Utara adalah tidak wajar dan pekerja-pekerja pembinaan landasan

kereta api telah bersepakat untuk melancarkan mogok secara besar-besaran di hadapan

Syarikat Berpiagam Utara Borneo. Tidakan yang dilakukan dan diambil oleh Syarikat Berpiagam

(8)

pekerja pembinaan landasan kereta api tersebut telah berkumpul dan mereka berpendapat

bahawa mereka perlu menubuhkan sebuah kesatuan yang mampu memperjuangkan nasib dan

hak mereka ini. Pekerja-pekerja pembinaan landasan kereta api tersebut akhirnya telah berjaya

menubuhkan sebuah kesatuan yang mana dapat memberi faedah dan manfaat dari terus

ditindas oleh majikan.

Kewujudan kesatuan sekerja pada masa dahulu jelaslah dapat dibuktikan bahawa akibat

daripada berlakunya pembuangan pekerja yang dilakukan oleh Syarikat Berpiagam Utara

Borneo telah menyebabkan pekerja-pekerja pembinaan landasan kereta api menubuhkan

sebuah kesatuan untuk melindungi hak mereka. Mereka juga sedar dengan penubuhan

kesatuan ini sahajalah yang dapat memastikan hak dan kebajikan mereka terjamin. Sehingga

ke hari ini pekerja-pekerja amnya di Malaysia dan khususnya di Sabah mengenai pentingnya

kewujudan kesatuan sekerja di dalam sesebuah organisasi. ( Temubual bersama Encik Jamion,

Presiden kesatuan sekerja kereta api Sabah)

KESATUAN SEKERJA SELEPAS MERDEKA DI SABAH

Selepas Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Negara Malaysia telah

mencapai banyak kemajuan dalam pelbagai sektor termasuklah sektor perindustian,

pembinaan, pertanian, perkhidmatan dan sebagainya. Akibat daripada perubahan dan

perkembangan yang dilalui oleh Malaysia kesatuan sekerja tidak terkecuali dalam mengalami

arus perubahan. Situasi ini kita dapat lihat selepas berlaku kemerdekaan kesatuan sekerja dikatakan “bagai cendawan tumbuh selepas hujan”. Hal ini demikian kerana, kesatuan sekerja merupakan satu elemen yang sangat penting dalam sesebuah syarikat. Kesatuan sekerja juga

mengalami perubahan yang sangat drastik adalah disebabkan mulanya timbul rasa kesedaran

oleh para pekerja akan kepentingan kesatuan sekerja dalam setiap organisasi bagi melindungi

hak dan kebajikan pekerja pada masa ini. Seperti yang kita tahu, dalam sesebuah organisasi

hubungan antara pihak majikan dan pekerja tidak selalunya mempunyai maktlamat atau

pendapat yang sama. Akibat daripada perbezaan ini boleh menimbulkan situasi tegang diantara

pihak majikan dan pekerja. Oleh itu, penubuhan kesatuan sekerja memainkan peranan yang

penting dalam menjadi medium perantaraan bagi kedua-dua belah pihak untuk mewujudkan

(9)

JENIS-JENIS KESATUAN

Kesatuan-kesatuan yang terdapat di Malaysia terdiri daripada dua jenis kesatuan iaitu

pertamanya merupakan kesatuan sekerja majikan atau pada dahulu ianya lebih dikenali sebagai

kesatuan kuning dan kesatuan yang keduanya ialah kesatuan sekerja untuk pekerja atau

dahulunya lebih dipanggil sebagai kesatuan tulen. Kesatuan tulen ini terdiri daripada dua

pertubuhan dalam menjadi wakil kepada pekerja untuk menyelesaikan sesuatu isu yang timbul

dan berbangkit iaitu Malaysian Trades Union Kongress (MTUC) dan Kongres Kesatuan

Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPAC). Sememangnya kesatuan-kesatuan yang telah

diwujudkan ini memainkan peranan masing-masing dalam sesebuah kesatuan yang menjaga

dan melindungi nasib dan kebajikan ahli-ahlinya mempunyai masalah di dalam pekerja atau

organisasi.

KESATUAN SEKERJA MAJIKAN (KUNING)

Kesatuan majikan atau kesatuan kuning merupakan kesatuan yang secara tidak

langsung yang diwakili oleh pihak-pihak majikan dan kapitalis dalam menghalang perpaduan

dan gerakan pekerja yang tidak berpuas hati dengan terma dan kondusi pekerjaan yang telah

ditetapkan dalam sesebuah organisasi. Selain itu, kesatuan kuning juga memainkan agendanya

yang tersendiri untuk menghalang dan menghindarkan pekerja-pekerja untuk menyertai

kesatuan tulen atau kesatuan pekerja. Denagan cara-cara dan tindakan ini membolehkan pihak

kapitalis menidas menindas dan memberi tekanan dalam pelbagai aspek apabila pekerja tidak

bersatu padu dan lemah. Seterusnya lagi, kesatuan majikan ini mempunyai kepentingan yang

tersendiri dengan menyakinkan kepada para pekerja bahawa kepentingan kapitalis dan pekerja

tidak bertenttangan antara satu sama lain. Menurut kesatuan ini, pekerja boleh mendapatkan

apa-apa sahaja yang mereka mahukan melalui hubungan kerjasama pekerja dengan pihak

majikan dan kapitalis sendiri. Tujuan kesatuan majikan adalah bertindak untuk melemahkan

kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan pihak majikan dengan pelbagai keranah-keranah

pekerja. Melalui kesatuan ini, ianya digunakan oleh pihak kerajaan untuk menguasai dan

menghancurkan perjuangan kesatuan sekerja, dan menggalakkan harapan palsu terhadap

(10)

kerajaan seperti kewujudan kesatuan dalaman yang mempunyai peranan dalam memudahkan

pemimpin kesatuan kuning untuk menguasai pergerakan kesatuan tersebut.

KESATUAN SEKERJA PEKERJA (TULEN)

Kesatuan yang kedua ialah kesatuan tulen atau kesatuan sekerja merupakan

kesatuan-kesatuan yang terdiri daripada gabungan-gabungan pekerja. Kesatuan ini berjuang untuk

mendapatkan keadilan yang lebih baik akibat daripada perbuatan majikan yang lebih menindas

para pekerjanya seperti di kilang-kilang, atau tempat kerja yang lain. Dalam hal ini, kesatuan

sekerja lebih menekankan kepentingan pekerja dan majikan yang lebih bertentangan dengan

peraturan-peraturan yang telah wujud. Kenaikan upah dan serta faedah untuk pekerja hanya

akan berjaya apabila kesatuan sekerja berjuang untuk mendapatkan hasilnya. Tindakan yang

dilakukan secara bersungguh, teguh, bersatu padu boleh berjaya dalam usaha mencaapi

matlamat yang diinginkan oleh pekerja melalui tindakan mogok dan piket. Hal ini demikian

kerana mogok dan piket merupakan senjata yang amat berguna dalam mencapai tuntutan

pekerja.

FUNGSI KESATUAN SEKERJA

PERUNDINGAN KOLEKTIF

Menurut badan ILO ataupun Internasional Labour Organization mendefinisikan

perundingan kolektif sebagai satu kaedah untuk menentukan terma dan syarat pekerjaan

melalui perundingan di antara majikan dan kesatuan sekerja untuk mencapai matlamat

persetujuan bersama (Balakrishnan Parasuraman, 2003). Manakala, terma perundingan kolektif

yang pertama oleh Sidney dan Webb pula mendefinisikan perundingan kolektif adalah satu

kaedah, di mana kesatuan boleh mengekalkan dan memperbaiki terma dan kondisi pekerjaan di

kalangan ahlinya (Micheal Salamon: 1998).

Tujuan utama penubuhan kesatuan sekerja dalam sesebuah organisasi pada awalnya

(11)

dalam menetapkan polisi-polisi syarikat dan sebagainya. Dengan adanya kesatuan sekerja ini

ianya dapat menjamin ahli-ahlinya dari segi penjagaan hak dan kebajikan sebelum majikan

ingin melakukan sesuatu. Antara langkah yang diambil oleh kesatuan sekerja dalam

memastikan ahli-ahli kesatuannya terjamin, pihak kesatuan sekerja akan melakukan

perundingan kolektif besama-sama majikan. Perundingan kolektif adalah pertemuan antara

wakil pekerja iaitu kesatuan sekerja dengan pihak majikan dalam satu tempat di meja bulat dan

berhadapan dari mata ke mata. Keadaan ini adalah bertujuan dalam membincangkan kebaikan

dan keburukan atau juga mendapatkan pandangan sebelum majikan melaksanakan sesuatu

polisi dalam syarikat, gaji, cuti, masa bekerja dan sebaginya.

Secara amnya, perundingan kolektif ini boleh didefinisikan sebagai semua perjanjian

yang bertulis berkenaan tentang keadaan pekerjaan dan syarat pekerjaan yang menjuruskan

sekumpulan majikan, satu atau lebih majikan atau satu atau lebih kesatuan sekerja majikan

dengan satu atau lebih perwakilan pekerja iaitu kesatuan skerja untuk mewakili pekerja yang

diberi kuasa menurut undang-undang kebangsaan dan peraturan (Pertubuhan Buruh

Antarabangsa : cadangan No 91). Perundingan kolektif juga boleh dikatakan satu proses

tawar-menawar secara kolektif iaitu secara terancang di antara majikan dan kesatuan sekerja bagi

mencapai sebuah perjanjian kolektif. Proses tawar menawar ini perlu oleh mana-mana pihak

iaitu sama ada majikan atau kesatuan sekerja boleh tanpa membuat perlawaan kepada satu

pihak yang lain secara bertulis untuk mengadakan perundingan kolektif (Akta Perhubungan

Perusahaan Seksyen 13(1) (a) (b)).

Sekiranya sesuatu masalah yang timbul kesatuan sekerja memainkan peranan yang

sangat penting untuk mengadakan rundingan bersama-sama dengan majikan untuk duduk

berbincang bagi menyelesaikan masalah yang bakal dihadapi oleh pekerja sekiranya majikan

melakukan perubahan di dalam sesutu perkara sebagi contoh dalam perubahan upah pekerja,

tempoh masa bekerja, cuti, polisi syarikat dan sebaginya.

PERJANJIAN KOLEKTIF

Apabila sesuatu masalah atau pertikaian itu timbul dalam sesebuah syarikat semasa

proses rundingan damai dilakukan iaitu perundingan kolektif pihak kesatuan sekerja perlu

(12)

hitam putih iaitu bertulis mahupun dengan cara lisan sahaja. Selain daripada itu juga, majikan

tidak boleh melanggar atau mengubah perjanjian kolektif ini sesuka hati apabila kedua-dua

belah pihak besetuju. Hal ini kerana perjanjian kolektif ini mempunyai tempoh masa. Sebagai

contoh yang kita dapat lihat, apabila majikan dan pihak kesatuan sekerja bersetuju untuk

melakukan perjanjian berdasarkan perbincangan yang telah dilakukan melalui prosess

perundingan kolektif dan majikan bersetuju dengan perjanjian-perjanjian yang ingin

dilaksanakan dan majikan memandatangani perjanjian terbabit secara automatik perjanjian ini

tidak dapat pinda kembali.

Situasi ini merujuk, apabila sesuatu persetujuan ditandatangani oleh kedua-dua belah

pihak, kedua-dua belah pihak yang terbabit telah terikat dengan tempoh tertentu iaitu tidak

kurang tiga tahun atau lebih. Keadaan ini adalah bertujuan untuk memastikan perjanjian yang

di persetujuai oleh majikan dapat dilaksanakan dan juga untuk memastikan kebajikan

pekerja-pekerja terjamin. Jelaslah bahawa perjanjian kolektif ini adalah sangat penting untuk dilakukan

apabila kedua-dua belah yang bersetuju bagi memastikan sebarang tindakan perusahaan tidak

diambil oleh pekerja buat kali kedua.

Namun demikian, semasa melakukan perjanjian kolektif antara kesatuan sekerja

dengan majikan, kuasa kesatuan sekerja dalam mempertikaikan sesuatu juga mempunyai

batasannya. Hal ini kerana terma dan syarat perkhidmatan yang dilarang atau cadangan kepada

perjanjian kolektif itu adalah progratif pihak pengurusan. Terma dan syarat-syarat adalah

seperti yang berikut :

a) Kenaikan pangkat oleh majikan terhadap mana-mana dari kategori atau gred yang lebih

rendah kepada kategori atau gred yang lebih tinggi. Hal ini tidak boleh dipertikaikan

langsung bergantung kepada budi bicara pihak pengurusan syarikat tersebut.

b) Pertukaran pekerja oleh majikan dalam profesion,perdagangan atau kerja dengan syarat

apa-apa pertukaran itu tidak menyebabkan perubahan yang merugikan pekerja dengan

terma-terma pekerjaannya. Keadaan seperti biasa berlaku kepada kerja kontrak dalam

perkhidmatan apabila tempoh masa berkhidmat di suatu kawasan telah pun tamat maka

(13)

c) Perlantikan mana-mana pekerja oleh majikan sekiranya ada kekosongan dalam

organisasinya. Perlantikan ini terdiri daripada dua bahagian dimana lantikan secara

dalaman dan lantikan secara luaran. Lantikan dalaman ini lebih dikenali sebagai lantikan

di kalangan pekerja-pekerja organisasi tersebut yang sememangnya sudah berkhidmat

dan apabila berlaku kekosongan pihak pengurusan atasan akan memberi peluang

kepada mereka untuk mengisi jawatan tersebut. Manakala lantikan secara luaran

pula,pihak pengurusan akan mengiklankan jawatan kekosongan itu secara umum

samada dalam media elektronik ataupun media massa namun mengambil masa yang

agak lama.

d) Penamatan perkhidmatan pekerja oleh majikan atas sebab lebihan pekerja atau

penyusunan semula profesion, perdagangan atau kerja majikan atau sebab-sebab bagi

penamatan tersebut. Penamatan kontrak ini kebiasaanya akan dilakukan mengikut

permintaan dan penawaran kerja dimana bergantung kepada pihak pengurusan dan

tidak boleh sewenang-wenangnya menamatkan kontrak perkhidmatan tersebut tanpa

runding damai.

e) Pemecatan dan pengambilan semula seorang pekerja oleh majikan. Keadaan ini

bergantung kepada pihak pengurusan atasan sendiri yang menentukan samada pekerja

ini layak di pecat kerana mempunyai sebab yang tersendiri dan keputusan yang dibuat

oleh pihak majikan adalah muktamad dan tidak boleh di pertikaikan. Begitu juga dari

segi pengambilan pekerja, hak pengambilan kerja juga tidak boleh dipersoalkan

walaupun dasarnya kelihatan ada lebihan kerja namun pihak pembuat keputusan yang

menentukan dalam mencorakkan organisasi tersebut. Majikan juga hendaklah

mengambil aspek kebajikan pekerja dalam melakukan pemecatan pekerja dan

pemecatan itu hendaklah berdasarkan alasan yang kukuh berdasarkan bukti yang nyata

bagi mengelakkan pekerja tersebut ditindas.

f) Penyerahan hak atau peruntukan tugas-tugas atau tugas khas kepada pekerja oleh

majikan yang selaras atau sesuai dengan terma-terma pekerjaannya. Majikan

berperanan dalam mengemukakan syarat dan terma perkhidmatan yang jelas kepada

(14)

merangkumi maklumat yang lengkap agar pekerja ini mendapat maklumat yang

secukupnya namun segala terma dan syarat pekerjaan ini berlandaskan polisi dan

aturan organisasi tersebut yang sah dari sisi Akta Kerja 1955. Segala persetujuan yang

dicapai tidak boleh mempersoalkan bidang kuasa majikan kerana pihak majikan dan

pengurusan yang menentukan peruntukan kerja dan tugas khas yang diberikan

mengikut kontrak perkhidmatan tersebut.

TINDAKAN PENGURUS TERHADAP KESATUAN SEKERJA

LOCKOUT (TUTUP PINTU)

Lockout membawa maksud suatu tindakan industri yang berlaku dalam sesebuah

organisasi. Tindakan ini merujuk kepada situasi di mana pekerja ditahan oleh majikannya

daripada masuk ke tempat kerja disebabkan mogok atau piket yang telah dilakukan oleh

seseorang pekerja yang melibatkan diri dalam tindakan industri tersebut. Para pekerja akan

dilarang untuk masuk bekerja disebabkan tindakan pekerjanya yang menyertai piket dan

mogok. Keadaan yang berlaku ini di mana pekerja tidak puas hati terhadap terma dan kondisi

pekerjaan yang lebih memihak majikan dan piket dan mogok yang dilakukan sebenarnya untuk

memperjuangkan hak dan nasib pekerja yang lebih ditindas oleh pihak majikan. Oleh sebab itu

tindakan yang dilakukan oleh pekerja ini dapat mewujudkan pertikaian dan hubungan yang

renggang serta tidak elok antara pihak majikan dan pekerja.

Selain daripada itu, tindakan majikan yang tidak membenarkan seseorang pekerja

masuk ke tempat kerja telah menimbulkan keraguan pekerja terhadap kepentingan pekerja

dalam organisasi tersebut. Hak ini kerana, meningikut Akta kerja 1955, seksyen 2(1)

mengatakan bahawa setiap majikan perlu menyediakan pekerjaan kepada pekerja. Keadaan ini

amat jelas telah melanggar Akta yang telah ditetapkan iaitu dalam aspek kewajipan majikan

dalam menyediakan pekerjaan kepada pekerja dan bukanyan menghalang pekerjanya daripada

masuk ke pejabat untuk melakukan pekerjaan.

Melalui tindakan lockout yang dilakukan oleh pihak majikan dengan tidak membenarkan

(15)

organisasi. Tindakan tegas yang diambil oleh pihak majikan terhadap pekerja seperti

pembuangan kerja boleh menyebabkan pihak syarikat mengalami kerugian. Hal ini kerana pihak

pengurusan terpaksa mengeluarkan kos atau perbelanjaan untuk pengrekrutan serta pemilihan

pekerja-pekerja baru. Selain itu , tindakan majikan yang membuang pekerjanya dari organisasi

pekerjaan akan memberi impak yang besar terhadap nasib hidup pekerja serta keluarganya.

Sebagiamana yang diketahui, pekerja yang bekerja adalah untuk mendapatkan sumber

pendapatan iaitu gaji bagi menyara dari pelbagai aspek kehidupan. Bahkan tindakan majikan ini

akan meyebabkan sesuatu organisasi akan dipandang negatif oleh manusia di sekeliling.

TINDAKAN KESATUAN SEKERJA KEPADA PIHAK PENGURUS

Pertikaian industri yang berlaku telah didefinisikan oleh Akta Hubungan Industri sebagai “Apa-apa pertikaian antara majikan dengan pekerja yang berhubung dengan pekerjaan atau bukan pekerjaan atau syarat-syarat pekerjaan atau peraturan-peraturan kerja bagi mana-mana pekerja tersebut”. Oleh itu, dalam Akta Hubungan Industri 1967, mendefinisikan pihak “merujuk kepada pertikaian industri, ertinya kesatuan sekerja pekerja yang bertindak bagi semua atau

mana-mana anggotanya dalam pertikaian industri. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa

kesatuan sekerja pekerja atau majikan boleh menjadi pihak kepada pertikaian yang berlaku.

Apabila wujudnya pertikaian dalam industri antara majikan dan pekerja, maka pekerja

boleh mengambil tindakan industri berhubung dengan pertikaian yang berlaku tersebut iaitu

piket dan mogok. Sememangnya piket dan mogok merupakan sesuatu tindakan yang tidak

digalakkan oleh kerajaan tetapi dalam Akta Hubungan Industri masih membenarkan

pekerja-pekerja mengambil tindakan tersebut dengan syarat tidak melanggar undang-undang yang

terdapat dalam piket dan mogok tersebut. Dalam hal berkaitan dengan tindakan industri,

tindakan ini hanya dibenarkan apabila pihak yang berusaha memulakan telah membuktikan

bahawa tindakan industri adalah sah di sisi undang-undang negara yang termaktub.

PIKET

Piket merupakan salah satu bentuk tindakan perusahaan yang sering kali diambil oleh

(16)

pekerja atau lebih pekerja, hadir di tempat atau berhampiran dengan tempat mereka secara

aman bagi tujuan pekerja –pekerja mendapatkan atau menyampaikan sumber-sumber

maklumat. Selain itu piket juga dilancarkan adalah bertujuan untuk memujuk atau mendorong

mana-mana pekerja supaya mereka bekerja atau tidak bekerja apabila wujudnya sesuatu

pertikaian perusahaan. Dalam melakukan tindakan piket ini, ianya perlu dilakukan secara aman

dan damai dengan tidak mengancam mana-mana orang, tidak menghalang laluan jalan atau

pintu masuk keluar ke premis majikan oleh pekerja yang terlibat dalam pertikaian ini.

Piket adalah suatu alternatif yang dilakukan oleh pekerja-pekerja di luar waktu kerja

mereka iaiti waktu makan tengahari, sebelum atau selepas waktu kerja. Piket adalah salah cara

atau usaha kesatuan untuk mendesak majikan supaya menurut kehendak pekerja seperti gaji,

tempoh bekerja, cuti dan sebagainya. Walau bagaimanapun dalam melakukan tindakan

perusahaan ini terdapat beberapa syarat yang menyukarkan pekerja pekerja dalam

melancarkan tindakan mogok secara sah. Menurut seksyen 40 (3), Akta Perhubungan

Perusahaan 1967, mana-mana pekerja yang melanggar syarat-syarat piket seperti membuat

huru-hara, mnenjejaskan ketenteraman awam, menghalang laluan masuk dan keluar majikan

ke premis atau pejabat akan dikenakan tindakan undang-undang. Tindakan seperti pekerja

yang melakukan kesalahan tersebut akan dikenakan penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi

satu tahun atau denda tidak melebihi satu ribi ringgit atau kedua-duanya.

Biasanya piket dilakukan dengan cara pekerja berdiri atau berarak secara beramai-ramai

berhampiran premis perniagaan atau pejabat dengan membawa pelekat poster, sepanduk yang

menyatakan tuntutan dan permintaan pekerja bagi tujuan mendedahkan kepada orang ramai

tentang rungutan pekerja atau apa-apa bantahan yang pekerja tidak puas hati terhadap pihak

majikan. Piket, mogok dan tutup pintu perlu dibendung oleh pihak yang terbabit iaitu pihak

Jabatan Perhubungan Perusahaan dalam memastikan kejadian tindakan industri ini tidak

tercetus dalam kalangan pekerja-pekerja. Situasi yang teruk akan berlaku sekiranya tindakan

tersebut tidak dipatuhi mengikut saluran-saluran yang betul yang mampu membawa keadaan

huru-hara dan suasana atau persekitaran yang tidak kondusif. Lebih parah lagi apabila sesuatu

pertikaian antara kesatuan sekerja dan majikan tidak dapat diselesaikan secara baik. Pihak yang

bertikai akan menggunakan pelbagai cara untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap

(17)

Dalam membina dan mengekal keharmonian antara majikan dengan pekerja atau

kesatuan sekerja. Mereka perlu melakukan rundingan damai secara efisyen dan sistematik iaitu

duduk semeja bagi membincangkan masalah yang timbul dan mewujudkan jalan penyelesaian

yang terbaik bagi kepuasan semua pihak antara majikan dan pekerja. Justeru itu, suasana yang

harmoni ini akan dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara demi kebahagiaan rakyat

secara keseluruhannya serta mampu menjana produktiviti kepada organiasi apabila

pertelingkahan dapat diselesaikan. Kejayaan penyelesaian ini akan dapat mewujudkan

hubungan yang harmoni antara pihak majikan dan pekerja.

MOGOK

Tindakan industri kedua yang diambil oleh pihak kesatuan sekerja sekiranya rundingan

yang dijalankan tidak mendapat penyelesaian atau gagal ialah mogok. Mogok merupakan suatu

tindakan dimana pekerja bersatu, berpakat dengan menyekat, mengurang,melambatkan kerja

(go slow) dan enggan membuat kerja atau tugasa-tugasan yang berkaitan dengan pekerjaan

mereka. Pekerja-pekerja yang bertikai dengan majikan dan masih tidak sefaham akan

menyebabkan wujudnya perasaan tidak puas hati yang mana boleh dianggap sebagai suatu

tindakan perusahaan. Terdapat tiga jenis tindakan perusahaan yang telah dibenarkan oleh

undang-undang perusahaan iaitu mogok, piket dan juga tutup pintu.

Kini, banyak syarikat atau organisasi telah terlibat dengan mogok akibat wujudnya rasa

tidak ketidapuasan hati pekerja terhadap segelintir pekerja. Mogok yang berlaku dalam

sesebuah organisasi disebabkan pihak majikan melanggar terma dan kondisi pekerjaan yang

telah ditetapkan oleh pihak syarikat dengan majikan tidak membayar gaji yang lebih terhadap

pekerja yang bekerja melebihi masa (overtime). Situasi yang terjadi ini menimbulkan rasa tidak

puas hati dan seterusnya pekerja meluahkan perasaan tersebut melalui tindakan mogok. Teori

sistem oleh Dunlop (1958) juga telah menjelaskan bahawa dalam keadaan normal juga

wujudnya konflik atau kerjasama antara pekerja-pekerja.. oleh itu, konflik tidak dapat dielakkan

dalam sistem hubungan industri. Konflik antara majikan dan pekerja sememangnya boleh

menyebabkan terjadinya mogok kerana masalah yang timbul akan membawa kepada wujudnya

(18)

Selain itu, jenis tindakan industri yang dilakukan oleh pihak pekerja yang berkaitan

dengan mogok ialah pekerja bekerja mengikut peraturan dan mereka enggan bekerja lebih

masa sekiranya majikan memberi arahan berkenaan. Menerusi tindakan tersebut pekerja akan

bekerja seperti biasa mengikut tempoh waktu bekerja. Namun begitu tindakan pekerja bekerja

tidak melebihi masa akan mengakibatkan pengeluaran akan berkurangan dengan sengaja dan

ini dikatakan salah satu tindakan mogok yang dilakukan oleh pekerja.

Tindakan mogok yang dilakukan oleh pekerja atau kesatuan sekerja tidak boleh

dilakukan secara suka hati. Sesebuah kesatuan sekerja yang ingin melakukan mogok perlu

mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dibawah Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Kesatuan sekerja juga perlu mematuhi syarat bagi perkhidmatan yang ditakrifkan sebagai

perkhidmatan dengan mengikut peraturan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Prosedur yang perlu diikuti dalam melakukan mogok ialah kesatuan perlu mematuhi

peruntukan-peruntukan di bawah Seksyen 43 Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Prosedur-prosedur untuk mogok pihak kesatuan sekerja perlu memberi notis terlebih dahulu kepada

majikan selama 42 hari sebelum melancarkan mogok dalam tempoh 21 hari selepas memberi

notis itu dan pihak kesatuan tidak melancarkan mogok sebelum luputnya tarikh yang telah

ditetapkan dalam notis tersebut.

Mogok yang sah apabila kesatuan sekerja mengikut segala peraturan-peraturan dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta kesatuan sekerja 1959. “Wildcat Strike” merupakan suatu tindakan mogok yang dilakukan oleh pekerja-pekerja yang tidak berkesatuan

atau kesatuan dan mereka ini tidak mematuhi prosedur yang ditetapkan. Menurut Akta

Perhubungan Perusahaan 1967, mogok akan dianggap sebagai mogok haram sekiranya ianya

melanggar peruntukan Seksyen 43 Akta yang sama atau mana-mana undang bertulis ianya

mempunyai objektif lain selain kepada pertikaian perusahaan antara pekerja dengan majikan.

Oleh itu, pihak kesatuan yang ingin melakukan mogok terhadap pihak majikan perlu mengikut

syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan secara sah.

MELAMBATKAN KERJA (GO SLOW)

Tindakan yang diambil oleh pekerja dalam menentang pihak majikan akibat perasaan

(19)

kerja ini berlaku merupakan salah satu cara atau inisiatif yang diambil oleh para pekerja untuk

mewujudkan mogok. Situasi ini berlaku aapabila pekerja tidak puas hati dengan majikan

terhadap pelbagai aspek. Sebagai contohnya, majikan tidak berlaku adil dalam memberikan

tugasan kepada pekerja-pekerjanya. Hal ini mewujudkan rasa tidak senang pekerja seterusnya

menimbulkan pelbagai gelagat dalam kalangan pekerja seperti gelagat tidak puas hati dan

membawa berlakunya mogok dengan melambatkan kerja atau tugasan yang diberikan oleh

majikan terhadap pekerja-pekerjanya.

BOIKOT

Boikot pada awalnya berasal dari nama seorang pesara tentera yang bernama Kapten

Charles Cunnigham Boycott. Sikap angkuh Kapten Charles Cnningham Boycoot yang, kejam

dan tidak bertimbang rasa serta enggan bertolak ansur telah menambah perbendaharaan kata kepada perkataan “boikot” oleh penduduk pada masa dahulu. Penggunaan perkataan boikot ini juga digunakan untuk menggambarkan rasa masa atau benci terhadap sesuatu perkara

ataupun sesuatu pelaksanaan yang telah dilakukan oleh seseorang. Boikot juga dapat dibuat

bagi tujuan untuk mengambarkan perasaan marah atau tidak suka kepada sesuatu seperti

barangan, individu dan Negara. Dalam kesatuan sekerja perbuatan boikot merupakan tindakan

yang diambil oleh kesatuan sekerja sekiranya majikan enggan bertolak ansur dan juga

sekiranya perundingan kolektif yang dijalankan tidak berjaya. Perbuatan Mogok ini juga

merupakan senjata utama yang diguna pakai oleh kesatuan sekerja dalam melakukan di dalam

tindakan perusahaan.

Situasi ini dapat digambarkan apabila majikan terbabit menolak sesuatu tuntutan

daripada pekerja yang disuarakan oleh wakil pekerja iaitu kesatuan sekerja dalam perundingan

kolektif, kesatuan sekerja akan memintak ahli-ahlinya untuk melakukan mogok di tempat kerja.

Antara mogok yang kita dapat lihat adalah dimana pekerja-pekerja ini enggan untuk melakukan

sesuatu pekerjaan lebih masa sekiranya mereka diarahkan oleh majikan. Hal ini kerana para

pekerja hanya akan melakukan pekerjaannya mengikut masa pekerjaan yang ditetapkan oleh

polisi syarikat sahaja. Keadaan ini akan mengakibatkan perusahaan majikan terbabit akan

mengalami kerugian kerana pekerja-pekerjanya enggan untuk melakukan pekerjaan lebih masa.

(20)

untuk mengendalikannya dan pihak majikan juga perlu mengambil pekerja yang lebih bagi

mengelakkan perusahaan mereka dapat dijalankan dengan sempurna. Sekiranya majikan

mengambil tenaga buruh yang baru, pihak majikan perlu mengeluarkan kos yang lebih untuk

membayar upah kepada pekerja asal dan juga pekerja baru.

Dengan melakukan tindakan perusahaan seperti melakukan boikot ditempat kerja ini

terbukti dapat melemahkan majikan. Situasi ini adalah disebabkan boleh mendatangkan

kerugian yang besar kepada pihak majikan kerana perlu mengeluarkan kos yang lebih untuk

memastikan perusahaan mereka berjalan dengan lancar. Akibatnya majikan terbabit akan

melakukan rundingan semula dengan pihak kesatuan sekerja bagi mastikan tuntutan yang

disuarakan oleh pekerja bawahanya dapat dilaksanakan bagi mengelakkan perkara sebegini dari

terus berlarutan.

PERUBAHAN-PERUBAHAN KESATUAN SEKERJA DI SABAH SELEPAS MERDEKA

PERUBAHAN DARI ASPEK PERANAN KESATUAN SEKERJA

Di Malaysia, kesatuan sekerja ditakrifkan dalam Seksyen 2(1) Akta Kesatuan Sekerja

1959 sebagai sebuah satu persatuan yang terdiri daripada gabungan pekerja atau

majikan-majikan yang menjadi pekerja di mana pekerjanya adalah di Malaysia Barat, Sabah atau

Sarawak. Menurut peruntukkan yang termaktub dalam akta kesatuan sekerja, keahliannya

mesti terdiri daripada pekerja itu sendiri atau majikan dalam sesuatu bidang pekerjaan yang

diceburi seperti ketukangan, perkhidmatan, atau seakan-akan sama dengannya. Kesatuan

sekerja yang telah pekerja sertai adalah sangat penting dalam merealisasikan dan

menyelesaikan masalah yang timbul seperti pemberian gaji yang tidak sesuai dengan waktu

pekerja bekerja serta syarat-syarat pekerjaan yang lebih menindas pekerja. Dengan penglibatan

pekerja dalam kesatuan ianya membolehkan pekerja meminta gaji yang lebih sesuai dan

berbaloi dengan pekerjaan yang dilakukan. Kesatuan sekerja begitu megambil perhatian dan

cakna terhadap pekerja yang tidak bernasib baik dalam pekerjaan dan mengharapkan pihak

kerajaan meluaskan perundangan yang mampu memberi banyak faedah dan manfaat kepada

(21)

terhadap pekerja-pekerja seperti layanan majikan terhadap pekerja, mengenai isu-isu

kebangsaan yang lazim kepada majikan dan mewakili pekerja dalam memberikan bantuan

kepada pekerja yang mempunyai masalah dan memohon bantuan.

Kesatuan sekerja memainkan peranan yang agak baik dan berkesan di Malaysia dalam

membela nasib-nasib pekerja. Sebagai contohnya, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam

Perkhidmatan Awam dan Jabatan Kerajaan (CUEPACS), telah berjaya menyelaraskan

pendapatan gaji. Selain itu, pertubuhan itu juga telah mengesyorkan supaya kerajaan

mengenakan tindakan terhadap ketua-ketua jabatan yang membenarkan terlalu ramai

kakitangan yang bercuti panjang semasa perayaan. Situasi ini menyebabkan kesatuan sekerja

mengatakan bahawa pekerja-pekerja yang bercuti panjang akan mengakibatkan urusan dan

produktiviti pejabat terjejas disebabkan tiada pekerjaan dilakukan oleh pekerja-pekerja.

CUEPACS juga membuat tuntutan supaya jadual gaji matriks yang dilaksanakan dibawah skim

Sistem Saraan Baru (SSB) dimansuhkan. Sememangnya CUEPACS begitu tegas dan aktif dalam

memperjuangkan isu-isu seperti isu hak-hak sama rata pekerja-pekerja wanita yang masih

belum ditangani dengan sepenuhnya pada masa kini.

Selain itu,kesatuan sekerja lebih peka dan perlu melihat peranan wanita dalam

melibatkan diri dan kepentingannya terhadap kesatuan ini. Dalam kesatuan sekerja, wanita

dilihat masih lagi kurang dalam melibatkan diri dengan jawatan kepimpinan. Selain itu, kaun

wanita juga dipandang remeh oleh majikan sehingga tidak dibenarkan untuk membuat

sebarang keputusan terutamanya di peringkat atasan. Situasi ini dilihat amat mengecewakan

dengan adanya kesatuan sekerja ianya memainkan peranan yang penting dalam mengubah

perkara tersebut. Oleh hal yang demikian, pihak kesatuan sekerja perlu mencadangkan kepada

kerajaan dan majikan-majikan supaya mengiktiraf bahawa wanita-wanita mempunyai

kewibawaan dan hak-hak manusia. Kini ramai ibu tunggal atau wanita yang menjadi mangsa

penindasan yang terpaksa hidup dalam serba kesusahan. Kesatuan sekerja perlu menghulurkan

bantuan dengan memperkenalkan undang-undang untuk melindungi pekerja wanita dari

sebarang bentuk keganasan seperti gangguan seksual di tempat kerja, keganasan dan

sebagainya.

(22)

Kesatuan sekerja juga telah banyak berubah dan menjadi lebih baik berbanding sebelum

merdeka. Kesatuan sekerja telah membantu kerajaan untuk menangani krisis ekonomi yang

melanda negara Dimana pihak kesatuan sekerja telah menyertai Jawatankuasa Bertindak NGO

untuk Mempertahankan Kedaulatan Ekonomi Negara (Tindakan) dengan meneruskan kempen “Belanja Berhemat kita Selamat”. Dalam hal ini kesatuan telah mengadakan sendiri kempen dengan mendorong ahli-ahlinya membeli barangan yang perlu dan barang tempatan sahaja

untuk memulihkan krisis ekonomi serba sedikit.

Namun begitu, keadaan ekonomi yang berlaku menbimbingkan majikan bertindak

membuang para pekerja. Dengan ada kesatuan sekerja, ianya dapat menjadi perantaraan

untuk menolong pekerjaan yang dibuang untuk mendapatkan pampasan yang sewajarnya dan

majikan asal perlu menyediakan pekerjaan di tempat lain untuk pekerja yang malang terbabit.

Selain itu, kesatuan perlu membanteras isu penamatan pekerja asing. Sekiranya pekerja asing

dibuang tanpa sebab yang munasah ianya akan memberi kesan yang negatif terhadap negara

Malaysia dan jangan menyebabkan situasi ini Malaysia dianggap sebagai negara yang

menjemput pekerja asing memberi manfaat kepada mereka bagi mengekploitasi Sabah. Dari

itu, kesannya pihak penjajah Inggeris telah mengambil peluang atas kelemahan-kelemahan dan

akibatnya para pekerja di Sabah ketika itu telah ditindas tanpa disedari oleh mereka. Namun

begitu, setelah kemerdekaan Tanah Melayu dan kemasukan Sabah ke Malaysia telah

menyebabkan Ordinan Buruh Sabah telah dipindah dari semasa ke semasa bagi memberi

manfaat dan kebaikan terhadap pekerja dalam mengelak daripada pekerja terus ditindas.

Kesatuan sekerja di sabah telah wujud semasa penjajahan Inggeris lagi, diaman tujuan

penubuhan kesatuan sekerja adalah bermotifkan politik. ketika itu, kesatuan sekerja

sememangnya memainkan perana yang sangat penting dalam memperjuangkan negeri Sabah

dariapada ancaman pihak penjajah iaitu British seperti kesatuan sekerja di semenanjung. Ketika

itu, kesatuan sekerja kebanyakannya terdiri dariapda orang cina dan mereka telah menubuhkan

Malayan General Labour Union (MGLU). Penubuhan MGLU tersebut tidak ditentang oleh pihak

Inggeris kerana ianya boleh menyekat kedatangan pihak Jepun ke Sabah.

Manakala, selepas kemasukan Sabah ke Malaysia kesatuan sekerja ini lebih

menumpukan kepada menjaga kebajikan pekerja-pekerja. Kesatuan sekerja ini lebih

menumpukan kepada perubahan struktur, pembangunan sumber manusia, kesihatan dan

(23)

Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir mohamad telah memperkenalkan

polisi Dasar Pandang ke Timur, Dasar Pensyarikatan dan dasar Penswastaan untuk dijadikan

satu panduan atau motivasi untuk pekerja-pekerja lebih meningkat dari pelbagai. Polisi yang

telah diperkenalkan tersebut boleh diaplikasikan dalam kesatuan sekerja untuk bekerja-pekerja

lebih bermotivasi.

Melalui dasar Pandang ke Timur yang telah diperkenalkan ini boleh memberi banyak

pendedahan dan contoh yang berguna untuk pekerja meningkatkan keupayaan dalam

menghasilkan sesuatu pekerjaan. Pekerja-pekerja di Malaysia perlu melihat dan

mengaplikasikan contoh- contoh dan teladan yang baik dari negara Jepun dan Korea untuk

diamalkan di Malaysia. Pekerja-pekerja di Malaysia perlu mencontohi pekerja dari negara

tersebut. Hal ini kerana mereka telah membangun dengan pesat dari segi ekonomi di mana

para pekerja di sana begitu rajin dan berdisiplin apabila bekerja serta begitu setia terhadap

organisasi yang diceburi.

Dasar Pensyarikatan yang telah diperkenalkan pula adalah untuk mewujudkan hubungan

yang baik dan erat di antara pihak sektor awam dengan pihak swasta. Sememangnya

kerjasama yang baik antara kedua-dua sektor ini amat penting dalam menjayakan

pembangunan dan memajukan negara. Melalui pendekatan ini ianya dilihat sebagai jalan yang

terbaik apabila wujudnya kerjasama antara pihak awam dan swasta dapat memperjuangkan

hak-hak pekerja melalui kesatuan sekerja.

Seterusnya dasar yang ketiga yang telah diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad

iaitu Dasar Pengswastaan. Dasar Pengswastaan ini bermaksud syarikat awam atau kerajaan

telah ditukar kepada syarikat swasta. Melaui dasar ini, ianya mampu mempercepatkan

peningkatan dan pengukuhan ekonomi negara Malaysia. Disamping itu, dasar yang telah

diwujudkan telah memberi pengaruh terhadap kesatuan sekerja di Sabah. Sebagai contoh

syarikat awam yang telah diswastakan ialah seperti Tenaga Nasional Berhad, sabah Eelctric Sdn

Bhd yang dahulunya dikenali sebagai Electric Sabah dan Pejabat Pos sabah. Dengan

pengswastaan syarikat awam tersebut menjadi agensi swasta ianya akan menghasilkan lebih

banyak banyak atau bertambahnya pergerakan kesatuan sekerja maka kesatuan sekerja akan

menjadi lebih kuat dan seterusnya hak serta kebajikan pekerja di Sabah dapat dibela dan

(24)

CABARAN KESATUAN SEKERJA

Malaysia merupakan sebuah negara yang semakin berkembang sejajar dengan

maktlamat menjadi sebuah negara yang maju meenjelang tahun 2020 yang diilhamkan oleh

mantan perdana menteri Malaysia yang ke empat iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Dengan

perubahan yang telah dicapai Malaysia kini pelbagai sektor telah wujud dan bertapak di

Malaysia seiring dengan kemajuan pembangunan yang dicapai. Akibat daripada perkembangan

ini juga menyebabkan banyak kesatuan sekerja yang telah ditubuhkan. Sememangnya

penubuhan kesatuan sekerja yang melibatkan pihak majikan dan pekerja telah mendatangkan

pelbagai kesan positif mahupun negative. Hal ini demikian kerana, kesatuan yang ditubuhkan

merupakan satu altenatiif yang terbaik dalam memastikan hak-hak dan kebajian pekerja

terjamin serta membina hubungan yang baik antara pekerja dengan majikan.

KEGAWATAN EKONOMI

Namun demikian, dalam proses tranformasi yang dilalui oleh kesatuan sekerja pelbagai

halangan dan cabaran telah dialami oleh kesatuan sekerja terbabit terutamanya di Sabah.

Halangan dan cabaran ini dapat lihat dari pelbagai sudut iaitu politik, ekonomi dan sosial. Salah

satu cabaran yang dilalui oleh kesatuan sekerja adalah dari segi kegawatan ekonomi.

Kegawatan ekonomi merupakan satu cabaran yang paling ketara. Hal ini kerana, apabila

berlaku kegawatan ekonomi di dalam Negara ini akan mengakibatkan ahli kesatuan sekerja

berkurangan. Keadaan yang berlaku ini adalah disebabkan pihak majikan terpaksa membuang

pekerja-pekerja di dalam sesebuah syarikat terbabit bagi mengurangkan penampungan kos

untuk pengeluaran syarikat. Situasi yang berlaku ini adalah disebabkan sesebuah organisasi

akan mengalami sumber kewangan yang tidak menentu akibat daripada pendapatan syarikat

menurun. (Hazman dan Balakrishnan, 2003). Akhirnya keadaan ini akan memberi kesan yang

negatif di mana ramai pekerja-pekerja sudah lagi tidak berminat untuk menyertai kesatuan

(25)

pekerja-pekerja menganggap dengan menyertai kesatuan sekerja tidak memberi apa-apa keuntungan

dan faedah sekiranya mereka masih lagi menyertai kesatuan sekerja. Hal ini berlaku disebabkan

pekerja sudah tidak mempercayai terhadap pemimpin kesatuan sekerja yang sentiasa yang

selalu berebut kuasa dan jawatan dalam mengurus kesatuan sekerja terabit.

PERUBAHAN DALAM BENTUK PEKERJAAN

Caraban yang berikutnya yang wujud dalam kesatuan sekerja adalah perubahan dalam

bentuk pekerjaan. Perubahan dalam bentuk pekerjaan boleh dilihat telah bermula pada tahun

1990-an lagi. Hal ini kerana pada masa sekarang, majikan lebih cenderung dan berminat

mengambil pekerja-pekerja sambilan dan wanita untuk mengisi kekosongan pekerja dalam

sesebuah sektor pekerjaan. Keadaan ini dapat dilihat khususnya dalam sektor perkhidmatan

seperti industri perhotelan, insurans dan sektor pendidikan dimana mereka hanya mengambil

pekerja kontrak dan sambilan. Selain daripada ini pekerja-pekerja yang diambil tadi

kebiasaannya hanya terdiri dari kaum wanita sahaja. Majikan berpendapat bahawa dengan cara

mengambil pekerja wanita mereka kurang berminat untuk menyertai kesatuan sekerja dalam

syarikat terbabit kerana kebiasaannya pekerja wanita ini tidak bekerja tetap atau sepanjang

waktu dalam sesebuah syarikat. Hal ini kerana wanita juga perlu menguruskan rumah tangga

dan juga keluarga. Tambahan lagi pekerja kaum wanita ini juga tidak begitu memahami

dengan konsep atau peranan serta kepentingan kesatuan sekerja dalam kehidupan mereka.

(Rohaya Ariffin 1997). Tindakan yang diambil oleh majikan ini adalah bertujuan untuk

memastikan pekerja-pekerja terbabit agar tidak menyertai kesatuan sekerja kerana sekiranya

pekerja terbabit adalah perkerja sambilan mereka tidak boleh menyertai kesatuan sekerja dan

langkah yang diambil oleh majikan ini akan memberi keuntungan yang besar kepada majikan

apabila kesatuan sekerja susah lagi tidak berkuasa. Oleh itu, kesatuan sekerja tidak lagi boleh

menyuarakan suara pekerja kerana kuasa mereka telah lemah.

PENGIKTIRAFAN KESATUAN SEKERJA OLEH MAJIKAN

Seperti yang kita tahu sesebuah kesatua sekerja yang ingin menubuhkan kesatuan

(26)

mendaftar denga Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja. Hal ini juga telah termaktub dalam

Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang menyatakan bahawa setiap penubuhan kesatuan sekerja

yang ingin ditubuhakan haluslah mendapat persetujuan dan keizinan serta diiktiraf oleh pihak

majikan dalam sesebuah organisasi terlebih dahulu. Apabila pihak majikan tidak mengiktiraf

kesatuan sekerja, pekerja-pekerja tidak boleh mengadakan apa-apa perhubungan dengan

majikan mengenai tuntutan oleh pekerja seperti gaji, tempoh pekerjaan, cuti dan sebaginya.

Antara contoh yang dapat dilihat, pada tahun 2001 sebanyak 92 kes tuntuan pengiktirafan

kesatuan sekerja dibawah seksyen 9(2) Akta Hubungan Industri (1967) yang dilaporkan oleh

Jabatan Hubungan Industri, Kementrerian Sumber Manusia. Selain daripada itu, kesatuan

sekerja yang ditubuhkan oleh para pekerja boleh mencemarkan nama syarikat sekiranya pihak

pekerja melakukan mogok. Kebiasaannya tindakan mogok yang dilancarkan oleh kesatuan

sekerja boleh memberi menggangu perjalanan organisasi dalam syarikat dan seterusnya

produktiviti syarikat terbantut.

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Dalam era perubahan yang dicapai oleh Malaysia, perkembangan dalam teknologi

maklumat juga turut dirasai. Akibat daripada perkembangan teknologi maklumat ini juga sektor

pekerjaan turut merasai perkembangan teknologi maklumat yang begitu meluas. Para majikan

juga menyambut baik kedatangan perkembangan teknologi maklumat untuk diterapkan di

dalam syarikat ataupun organisasi mereka. Majikan juga berpendapat dengan adanya

perkembangan bidang teknologi ini dapat menjamin pulangan yang baik kepada syarikatnya.

Namun demikian, dalam perkembangan teknologi maklumat ini juga sedikit sebanyak memberi

kesan yang negatif kepada kesatuan sekerja dan ahli-ahlinya. Situasi ini kita dapat lihat apabila

berlakunya perkembangan teknoloogi yang begitu pesat ini majikan telah membawa masuk

teknologi perkomputeran, mesin-mesin, dan robot serta pelbagai lagi. kesan yang timbul pada

masa ini kepada kesatuan sekerja dan juga ahli-ahlinya adalah kebanyakan majikan ingin

mengurangkan bilangan pekerja disebabkan majikan berpendapat menggunakan peralatan

teknologi maklumat ini lebih banyak memberi keuntungan kepada syarikatnya kerana beliau

(27)

Malahan lagi, majikan juga berpendapat dengan menggunakan mesin dan sebagainya

ini majikan tidak lagi perlu memikiran tentang keselamantan dan kesihatan pekerja kerana

mesin yang digunakan dapat melakukan kerja-kerja yang berat tanpa perlu masa rehat. Di

samping itu juga kecelakaan yang timbul dapat dikurangkan dan majikan tidap perlu

mengeluarkan jumlah kewangan yang besar untuk membayar pampasan kepada pekerja,

sebaliknya majikan hanya perlu mengeluarkan jumlah wang yang kecil untuk membaiki

kerosakan. Kesannya daripada perkembangan teknologi maklumat ini, ramai pekerja-pekerja

diberhentikan kerana majikan lebih cenderung untuk menggunakan peralatan-peralatan seperti

mesin, robot dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan bilangan ahli kesatuan sekerja telah

berkurangan kerana ahli-ahlinya yang sebelum ini telah tiada lagi seterusnya kuasa yang dimiliki

kesatuan sekerja terbabit menjadi lemah. Selain daripada itu juga sekiranya ada pekerja yang

tidak diberhentikan kebiasaanya pekerja terbabit terdiri daripada pekerja-pekerja yang

berkemahiran untuk mengendalikan mesin, robot, dan juga pekerja dalam pentadbiran. Oleh

yang demikian bagi pekerja dalam ketegori profesional ini mereka tidak dapat menyeritai

kesatuan sekerja seterusnya kesekerja tidak lagi dapat membentuk kumpulan yang begitu kuat

dan akhirnya kesatuan sekerja terbabit akan akur akan apa yang dikehendaki oleh majikan.

KEKANGAN PERUNDANGAN DAN POLISI EKONOMI

Berikutnya lagi, cabaran yang kelima yang dialami oleh kesatuan sekerja pada masa ini

adalah disebabkan oleh kekangan perundangan oleh kerajaan dan juga polisi ekonomi. Situasi

ini adalah disebabkan kerajaan telah memperkenalkan Akta Perhubungan Perusahaan (1967).

Akta Perhubungan Perusahaan (1967) ini diperkenalkan oleh kerajaan adalah atas dasar tujuan

untuk mengawal hubungan diantara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja dalam

menjalankan penyelesaian apa-apa perselisihan atau pertikaian yang timbul diantara mereka.

Selain daripada itu juga Akta Perhubungan Perusahaan (1967) ini juga pada dasarnya adalah

juga untuk mengawal kuasa kesatuan sekerja yang ada pada masa kini daripada berkuasa

dalam memperjuangkan hak-hak dan kebajikan-kebajikan ahlinya. Situasi ini dapat dilihat pada

masa ini iaitu setiap kesatuan sekerja yang wujud di Malaysia termasuk juga di pantai barat

iaitu Sabah dah Sarawak mereka dibenarkan untuk melakukan tindakan perusahaan bagi

memastikan mereka diambil perhatian oleh majikan. Namun demikian walaupun tindakan

(28)

tindakan perusahaan sesuka hati mereka. Hal ini kerana sebelum melakukan tindakan

perusahaan seperti mogok, piket, go slow dan sebagainya mereka perlu membuat surat untuk

mendapatkan kelulusan daripada pihak majikan untuk melakukan tindakan perusahaan.

Seterusnya lagi, setiap permohonan yang dibuat untuk melakukan tindakan perusahaan

kesatuan sekerja perlu mengambil masa yang lama untuk mengetahuai sama ada permohonan

mereka untuk melakukan tindakan perusahaan itu diluluskan oleh majikan ataupun tidak.

Sekiranya pihak kesatuan sekerja mempengaruhi ahli-ahlinya untuk melakukan tindakan

perusahaan secara haram tanpa mendapat kelulusan daripada majikan, kesatuan sekerja yang

melakukan tindakan perusahaan secara haram itu boleh diambil tindakan undang-undang oleh

kerajaan. Keadaan ini adalah disebabkan sekiranya kesatuan sekerja terbabit melakukan

tindakan perusahaan secara haram mereka telah melanggar peruntukan perundangan Seksyen

43 Akta yang sama atau mana-mana undang-undang yang bertulis. Situasi ini jelaslah bahawa

dengan kewujudan Akta Perhubungan Perusahaan (1967) secara tidak langsung telah

mengekang kesatuan sekerja dan menjadi cabaran yang amat besar terutamanya dalam

menjaminkan perhubungan industi antara pekerja dengan majikan yang lebih kompleks

(Dzurizah Ibrahim 2000).

ANTI-KESATUAN SEKERJA OLEH SYARIKAT MULTINASIONAL (MNC)

Selepas Negara Malaysia mencapai kemerdekaan, Negara Malaysia tidak dapat lari dari

arus perkembangan dan kemajuan. Hal ini kerana, Negara Malaysia juga mengandakan

hubungan diplomatik dengan seluruh Negara untuk memastikan Malaysia dikenali oleh seluruh

pelusuk Negara. Negara Malaysia juga menjadi sasaran pelabur-pelabur asing yang mempunyai

syarikat dan modal yang besar untuk bertapak dan membuka perusahaannya di Malaysia.

Syarikat-syarikat mereka ini pada awalnya telah mempunyai pelbagai cawangan di seluruh

dunia. Antara contoh yang kita dapat lihat adalah syarikat yang mempunyai rangkaian dan

cawangan yang luas iaitu syarikat MacDonal, Kentucky Fried Chicken, Samung, Mitsubishi dan

pelbagai lagi. Di Malaysia, dikatakan cawangan-cawangan syarikat ini boleh dikatakan terdapat

di seluruh Semenanjung Malaysia termasuklah juga Sabah dan Sarawak.

Kemasukan syarikat-syarikat Multinational Corporations ini telah banyak memberi

(29)

pekerjaan kepada masyarakat tempatan untuk bekerja di dalam syarikat terbabit. Namun

demikian, syarikat-syarikat sebegini kebanyakan majikan-majikan syarikat ini tidak berminat

untuk mewujudkan kesatuan sekerja. Hal ini kerana mereka mengamalkan pendekatan unitarist

dimana majikan dan pekerja mempunyai satu maktlamat yang sama iaitu dalam memajukan

syarikat terbabit. Di samping itu juga, pihak majikan menganggap kewujudan kesatuan sekerja

ini hanya akan meminbulkan permasalahan kepada syarikat dan penubuhan kesatuan sekerja

ini juga boleh merenggangkan hubungan yang baik diantara pekerja dan majikan.

Situasi ini jelaslah bahawa, dalam syarikat-syarikat Multinational Corporations ini mereka

telah menghalang daripada pekerjanya menyertai kesatuan sekerja. Hal ini kerana mereka

menganggap kesatuan sekerja boleh menjejaskan keuntunggan kepada syarikat terbabit.

Beritkunya lagi pihak majikan Multinational Corporations juga, tidak mahu hubungan diantara

pekerja dan majikannya terhakis disebabkan hasutan oleh kesatuan sekerja., Oleh itu, tindakan

yang diambil oleh Syarikat Multinational Corporations dalam mengasingkan diri untuk tidak

menubuhkan kesatuan sekerja di dalam syarikatnya jelaslah menunjukan bahawa mereka ini

anti kepada kesatuan sekerja. Akibatnya pekerja perlu patuh kepada arahan daripada majikan

dan situasi sebegini merupakan cabaran yang besar kepada kesatuan sekerja untuk

menubuhkan kesatuan sekerja dalam syarikat terbabit kerana tidak mendapat sambutan dan

persetujuan daripada pekerja dan majikan mereka.

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (PSM)

Menurut Courtland (1993) Pengurusan Sumber Manusia boleh didefinisikan suatu

sistem yang komprehensif dan bersepadu bagi menguruskan tenga kerja secara elektif dalam

usaha untuk mencapai matlamat organisasi secara bersama. Tujuan utama penubuuhan

mereka adalah untuk mengendali pekerja dalam sesebuah organisasi. Majikan juga memilih

Pengurusan Sumber Manusia dalam kerana mereka menganggap pengurusan sumber manusia

boleh melahirkan pekerja yang lebh berkualiti serta berpoduktiviti tinggi.

Pengurusan Sumber Manusia juga, menjadi salah satu cabaran dalam kesatuan sekerja.

Hal ini kerana, kemunculan Pengurusan Sumber Manusia ini dapat memperkecilkan ruang untuk

mewujudkan sesebuah kesatuan sekerja. Keadaan ini adalah disebabkan oleh pihak majikan

Referensi

Dokumen terkait

Gereja Katolik mengajarkan bahwa manusia diciptakan menurut gambaran Allah, yang artinya adalah: 1) manusia dapat mengenal dan mengasihi Penciptanya; 2) manusia

Kemampuan Kinestetik Anak Melalui Pembelajaran Tari Kreasi Binatang Laut ” (Penelitian Tindakan Kelas Pada Kelompok B Tk Kebon Baru Utara Kecamatan Kesambi Kota Cirebon

Zat warna fluoresin bila menempel pada epitel kornea yang defek/luka akan menjadi hijau karena jaringan epitel yang rusak bersifat lebih

• Mual muntah juga salah satu predisposisi terjadinya aspirasi cairan asam lambung terutama pada saat induksi anestesi dan kondisi emergensi. Antiemetic dapat

In addition to gardens and animal parks, there are 19 attractions that can be used by tourists when visiting the area Agro Bina Darma, and are mostly found in the primary vehicle

Secara Konseptual; pendidikan multikultural menurut Gorsky mempunyai tujuan dan prinsip sebagai berikut: (a) setiap siswa mempunyai kesempatan untuk mengembangkan prestasi

Yaitu luka bersih yang dapat terkontaminasi, misalnya luka insisi yang.. mengenai saluran gastrointestinal, saluran kemih, genital

Selama ini sudah ada metode untuk membantu pengguna dalam mengingat akun dan password yang biasa dikenal dengan cookies.. Akan tetapi metode ini memiliki Kelemahan