• Tidak ada hasil yang ditemukan

PPPG 3683 UNDANG UNDANG KELUARGA PERBAND

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PPPG 3683 UNDANG UNDANG KELUARGA PERBAND"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

1.1PENDAHULUAN

Anak-anak merupakan anugerah dari Allah kepada setiap pasangan yang berkahwin.

Pembubaran perkahwinan antara mana-mana pasangan tidak akan menghilangkan hak

anak-anak. Anugerah tersebut tidak boleh dipersiakan, malah perlu diraikan dan dipelihara oleh setiap

ibu bapa. Antara beberapa hak yang dimiliki oleh anak-anak ialah hak untuk mendapat kasih

sayang dan perhatian daripada kedua-dua ibu bapanya, hak untuk mendapat nafkah, hak untuk

tinggal atau memilih untuk tinggal dengan siapa dan hak untuk mendapat pendidikan, jaminan

keselamatan dan kesejahteraan hidup.1

2.1HAK ANAK-ANAK SETELAH BERLAKU PEMBUBARAN PERKAHWINAN

MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM

2.1.1 Hadhanah

Dari segi bahasa, hadhanah bermaksud mengendong sesuatu dengan tangan. Ia juga bermaksud

menjaga dan membesarkan seseorang kanak-kanak. Dari segi istilahnya, hadhanah bermaksud

perlindungan daripada bahaya atau jagaan yang diberikan kepada seseorang yang tidak boleh

menjaga dirinya sendiri seperti seorang kanak-kanak atau orang gila. Jagaan yang dimaksudkan

di sini termasuklah dari segi makan, minum dan apa-apa sahaja yang memberi kebaikan dan

kemaslahatan kepada mereka.2

Al-Sayyid Sabiq dalam bukunya Fiqh al-Sunnah mendefinisikan hadhanah sebagai

pemeliharaan atau perlindungan yang diberikan kepada kanak-kanak atau orang gila yang masih

belum boleh berdikari dengan menyempurnakan keperluannya, melindunginya daripada bahaya

dan menyuburkan tubuh badan, roh dan mindanya. Semua ini dilakukan dalam rangka untuk

1

Mohd Radzuan Ibrahim, 2006, Munakahat: Undang-undang & Prosedur, Hlm. 209.

2

(2)

memperelok masa hadapannya dan dengan ini kanak-kanak ini akan menjadi seorang yang

bertanggungjawab untuk diri mereka sendiri di kemudian hari.3

2.1.2 Tempoh Hadhanah

Tempoh hadhanah dapat dibahagikan kepada dua tahap:4

i. Tahap sebelum mumayyiz.

Tahap sebelum mumayyiz ialah bermula daripada kelahirannya sehingga kanak-kanak tersebut

mencapai usia tujuh tahun.

ii. Tahap selepas mumayyiz.

Tahap selepas mumayyiz menjangkau sehingga mencapai usia baligh bagi kanak-kanak lelaki.

Manakala bagi kanak-kanak perempuan, sehingga dia berkahwin.

2.1.3 Orang Yang Berhak Mendapat Hak Hadhanah

Para ulama’ telah membincangkan secara panjang lebar siapakah yang lebih berhak untuk

mendapat hadhanah. Para ulama’ sepakat mengatakan bahawa ibu adalah orang yang paling

berhak untuk mendapat hak hadhanah kanak-kanak yang masih kecil. Ini adalah berdasarkan

sebuah hadith yang bermaksud:5

Seorang perempuan telah diceraikan oleh suaminya dan dating berjumpa Rasulullah SAW dan

berkata: Wahai Rasulullah SAW, rahimku inilah yang mengandungkan anakku ini, susukulah

3

Najibah Mohd Zin et al, 2007, Undang-undang Keluarga (Islam), Hlm. 178.

4

Siti Zalikhah Md. Nor, 2008, Anakku Anakmu, Hlm. 114.

5

(3)

yang dihisapnya dan pangkuankulah yang melindunginya, malangnya ayahnya mahu

merampasnya daripadaku. Rasulullah kemudiannya berkata: engkau lebih berhak terhadapnya

selagi engkau belum berkahwin.

Prinsip di atas juga adalah berdasarkan keputusan yang telah dibuat oleh Sayyidina Abu

Bakar dalam kes antara Sayyidina Umar dan isterinya. Dalam kes ini, hak hadhanah telah

diberikan kepada isteri Sayyidina Umar, iaitu ibu kepada anak tersebut. Semasa membuat

keputusan tersebut, Sayyidina Abu Bakar telah berkata kepada Sayyidina Umar: baunya dan

kebaikannya (isteri) lebih baik untuk anak ini daripada kamu. Daripada penerangan di atas,

dapatlah kita simpulkan bahawa ibu lebih berhak untuk mendapatkan hak hadhanah anak yang

kecil kerana pada ghalibnya ibu lebih penyayang, lebih rapat dan lebih memahami selok belok

penjagaan anak kecil, lebih-lebih lagi jika si anak masih menyusu susu ibunya.6

Dalam kes Zawiyah lwn Ruslan, hak hadhanah ke atas seorang budak berusia tiga tahun

telah dipertikaikan oleh kedua-dua ibu bapanya. Mahkamah telah memutuskan hak hadhanah

diberikan kepada ibunya memandangkan usia kanak-kanak ini belum mencapai tujuh tahun.

Dalam kes Rosna lwn Mohamed Nor, pertikaian tentang hak hadhanah telah berlaku antara Dalam undang-undang di Malaysia, contohnya di Wilayah Persekutuan memperuntukkan

perkara yang sama. Seksyen 81 (1) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan)

1984 mengatakan bahawa:

Tertakluk kepada seksyen 82, ibu adalah yang paling berhak daripada segala orang bagi

menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas

perkahwinannya dibubarkan.

6

(4)

seorang ibu dengan bapa saudara sebelah bapa. Bapa saudara mendakwa bahawa dia telah

dilantik menjadi penjaga kanak-kanak itu oleh bapa kanak-kanak itu sebelum dia meninggal

dunia. Mahkamah memutuskan bahawa ibu lebih berhak untuk mendapatkan hak hadhanah

memandangkan usia kanak-kanak itu yang masih kecil.7

Dalam kes Wan Abdul Aziz lwn Siti Aishah, fakta-fakta kes adalah seperti yang berikut.

Ibu dan bapa dalam kes ini telah berkahwin pada tahun 1965. Pada tahun 1972, terdapat

perselisihan faham antara mereka dan mereka mula tinggal berasingan dan kedua-dua anak

mereka tinggal bersama-sama bapa. Pada tahun 1973, anak pertama mereka mula tinggal dengan

ibunya manakala anak yang kedua tetap tinggal bersama-sama bapa. Pada tahun 1974, pasangan

ini bercerai dan ibu kanak-kanak ini memohon hak hadhanah anak yang kedua. Mahkamah Qadi

telah membenarkan permohonan ini berdasarkan fakta kes yang menunjukkan bahawa

kanak-kanak itu berumur empat tahun pada waktu itu. Bapa kanak-kanak-kanak-kanak ini tidak berpuas hati dan

membuat permohonan rayuan. Dalam pengadilan mahkamah rayuan memutuskan bahawa anak

tersebut telah berada dalam pemeliharaan dan asuhan neneknya yang sebelah bapa selama

setahun setengah sebelum dituntut oleh ibunya. Dalam tempoh tersebut dipercayai menjadikan

anak tersebut bermesraan penuh dengan neneknya. Mahkamah berpendapat bahawa akan

tersentuh jiwa anak tersebut jika dipisahkan daripada neneknya.8

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa walaupun seorang ibu lebih berhak terhadap

hadhanah anak kecilnya, apabila hak ini bertembung dengan kepentingan dan kebajikan anak itu,

maka kebajikan anak itulah yang diutamakan. Sekiranya ibu telah tiada, jumhur fuqaha’

memberikan hak ini kepada nenek sebelah ibu dan kemudian barulah hak ini diberikan kepada

bapa. Ini berdasarkan keputusan yang telah dibuat oleh Saiyyidina Abu Bakar dalam

memutuskan kes antara Saiyyidina Umar dan bekas ibu mertuanya.

9

7

Ahmad Ibrahim, 1999, Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia, Hlm. 266.

8

Mohd. Radzuan Ibrahim, 2006, Munakahat: Undang-undang dan Prosedur, Hlm. 196.

9

(5)

Diriwayatkan daripada Qasim bin Muhammad bahawa Saiyyidina Umar telah

mengahwini seorang perempuan Ansar. Dia telah melahirkan seorang anak lelaki yang bernama

Asim bin Umar. Sayyidina Umar kemudiannya menceraikan wanita ini. Suatu hari semasa

Sayyidina Umar sedang dalam perjalanan menuju Quba’, beliau mendapati anaknya sedang

bermain-main di halaman masjid. Beliau terus mendapatkan budak itu dan meletakkannya di atas

kuda yang ditungganginya. Mereka kemudiannya terserempak dengan nenek sebelah ibu kepada

Asim. Pertikaian berlaku antara Sayyidina Umar dan nenek tersebut tentang siapakah yang lebih

berhak mendapatkan hadhanah. Mereka kemudiannya pergi berjumpa Sayyidina Abu Bakar yang

menjadi khalifah pada waktu itu. Sayyidina Umar berkata: Dia adalah anak saya. Nenek tersebut

juga berkata: Dia adalah anak saya. Kemudian Sayyidina Abu Bakar berkata: Biarkanlah nenek

ini dengan anaknya. Mendengarkan keputusan yang dibuat oleh Sayyidina Abu Bakar,

Saiyyidina Umar hanya mendiamkan diri (yakni akur dengan keputusan itu).10

Seksyen 81 (2) memperuntukkan perkara yang sama, iaitu hak hadhanah selepas ibu

adalah nenek sebelah ibu dan selepas itu barulah bapa dan seterusnya mengikut susunan

keutamaan yang berikut:11

1. Nenek sebelah ibu hingga ke atas.

2. Bapa.

3. Nenek sebelah bapa hingga ke atas.

4. Saudara perempuan seibu sebapa.

5. Saudara perempuan seibu.

6. Saudara perempuan sebapa.

7. Anak perempuan bagi saudara perempuan seibu sebapa.

8. Anak perempuan bagi saudara perempuan seibu.

9. Anak perempuan bagi saudara perempuan sebapa.

10.Emak saudara sebelah ibu.

10

Mohd. Radzuan Ibrahim, 2006, Munakahat: Undang-undang dan Prosedur, Hlm. 193.

11

(6)

11.Emak saudara bapa.

12.Waris lelaki yang menjadi asabah.

2.1.4 Hak Untuk Membuat Pilihan

Mengikut pendapat ulama’ Syafie, apabila seorang kanak-kanak telah mencapai usia mumaiyyiz

atau tujuh tahun, kanak-kanak ini akan diberi pilihan sama ada untuk tinggal bersama-sama

ibunya, bapanya atau dengan mana-mana ahl al-hadhanah (orang-orang yang berhak

mendapatkan hak hadhanah) yang lain. Hak untuk membuat pilihan ini boleh terjadi dalam dua

keadaan. Keadaan pertama ialah apabila terjadinya perceraian dan kanak-kanak yang

dipertikaikan telah mencapai usia tujuh tahun dan ke atas. Dalam keadaan ini, mahkamah akan

memberi peluang kepada kanak-kanak yang dipertikaikan untuk membuat pilihan. Keadaan

kedua berlaku apabila kanak-kanak yang dipertikaikan tinggal dengan salah seorang daripada

kedua-dua ibu bapanya semenjak masih kecil setelah berlakunya perceraian antara kedua-dua ibu

bapanya. Apabila usia kanak-kanak ini mencapai umur tujuh tahun dan pihak yang tidak

mendapat hak hadhanah memohon untuk mendapatkan hak itu, pada waktu ini kanak-kanak

tersebut akan diberi pilihan untuk menentukan dengan siapakah dia lebih selesa untuk tinggal

bersama-sama.12

Hak yang diberikan kepada seseorang kanak-kanak untuk membuat pilihan adalah

berdasarkan sebuah hadith yang bermaksud:13

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa seorang wanita datang berjumpa Rasulullah

SAW dan bertanya: wahai Rasulullah, suami (bekas) saya mahu mengambil anak saya

sedangkan dia telah mampu membawa air untuk saya daripada telaga Abu ‘Inabah dan ianya

sangat berguna untuk saya. Rasulullah SAW bersabda kepada kanak-kanak itu: ini bapa kamu

12

Siti Zalikhah Md. Nor, 2005, Jika Sudah Habis Jodoh, Hlm. 93.

13

(7)

dan ini pula ibu kamu, pilihlah salah satu daripada kedua-duanya. Anak itu memilih ibunya dan

mereka pergi dari situ.

Mengikut Ibn Qudamah, apabila seseorang kanak-kanak itu masih kecil, keperluannya

kepada ibu atau seorang penjaga perempuan lebih ketara berbanding apabila kanak-kanak ini

mencapai umur yang lebih besar. Oleh itu, dalam keadaan ini, wajarlah kanak-kanak itu

diberikan pilihan untuk membuat keputusan. Rasionalnya, kanak-kanak ini diberi pilihan adalah

kerana berpegang pada prinsip bahawa kebajikan kanak-kanak ini lebih terpelihara jika dia

tinggal dengan seseorang yang lebih menyayangi dan mengambil berat tentang dirinya dan

anggapan yang boleh dibuat di sini adalah orang yang dipilih oleh kanak-kanak tersebut lebih

menyayangi dan mengambil berat terhadapnya.14

2.1.5 Syarat Hadhanah

Untuk mendapatkan hak penjagaan hadhanah, syarat-syarat berikut perlu dipatuhi:15

i. Berakal

Hak hadhanah tidak diberikan kepada orang gila, kerana ia merupakan hak kekuasaan

(wilayah), sedangkan orang gila bukan daripada golongan yang layak berkuasa disebabkan tidak

mampu menjaga dan mengawal, bahkan dirinya sendiri memerlukan penjagaan dan pengawasan

orang lain.

14

Najibah Mohd Zin et al, 2007, Undang-undang Keluarga (Islam), Hlm. 184 & 185.

15

(8)

ii. Islam

Orang kafir tidak berhak menjaga kanak-kanak Islam kerana hadhanah merupakan hak

kekuasaan (wilayah), sedangkan orang kafir tidak berkuasa ke atas orang Islam. Hal ini adalah

kerana orang kafir mungkin mempengaruhi anak jagaannya dengan pelbagai cara supaya

meninggalkan Islam. Walau bagaimanapun, jika kanak-kanak itu seorang kafir, maka dia boleh

dipelihara sama ada oleh orang Islam atau orang kafir.

iii. ‘Iffah dan amanah

Ia bermaksud penjaga kanak-kanak, bukan seorang yang fasiq. Hal ini adalah kerana

orang yang fasiq tidak boleh diberi kepercayaan untuk menjaga sesuatu amanah. Oleh itu,

penjaga kanak-kanak seharusnya bersifat adil, menjaga maruah diri dan kuat pegangan

agamanya.

iv. Bermuqim

Orang yang berhak menjaga kanak-kanak hendaklah bermuqim di tempat kanak-kanak

tersebut menetap. Jika ibu yang menjaga anaknya keluar bermusafir kerana sesuatu keperluan,

seperti menunaikan haji, berniaga dan sebagainya dan tidak mampu membawa anaknya

bersama-sama, maka orang yang tinggal di tempat anaknya menetap lebih berhak menjaga anak tersebut

sehinggalah dia pulang. Oleh itu, dia hendaklah menyerahkan anak tersebut kepada neneknya

semasa ketiadaannya.

v. Ibu tidak berkahwin lain

Hak penjagaan anak gugur jika ibunya berkahwin lain, sekalipun belum disetubuhi oleh

suaminya atau suami itu redha anak tersebut tinggal bersama-samanya. Hal ini berdasakan

hadith, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

(9)

vi. Tidak menghidap penyakit yang berpanjangan dan yang menjejaskan penjagaan

Jika seseorang ibu menghidap penyakit yang sukar sembuh seperti batuk kering, lumpuh separuh

anggota badan, dia tidak berhak menjaga anaknya. Hal ini demikian kerana keuzuran dirinya

menjejaskan penjagaan terhadap anaknya.

2.1.6 Sebab-sebab Yang Menjadikan Seseorang Hilang Hak Hadhanah16

i. Jika seorang perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai

pertalian dengan kanak-kanak itu.

ii. Jika seorang perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka.

iii. Jika seorang perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk

mencegah bapa kanak-kanak itu daripada menjalankan pengawasan yang perlu ke

atas kanak-kanak itu.

iv. Jika seorang perempuan itu murtad.

v. Jika seorang perempuan itu menganiaya kanak-kanak itu.

2.2.1 Nafkah

Menurut bahasa, nafkah bermaksud mengeluarkan atau menghabiskan sesuatu. Perkataan nafkah

digunakan kepada perkara baik-baik sahaja. Sementara menurut istilah pula, ianya bermaksud

semua keperluan asas manusia seperti makanan, minuman, pakaian dan juga tempat tinggal. Ia

dinamakan nafkah kerana ia dikeluarkan atau dihabiskan untuk tujuan keperluan asas tersebut.17

16

Mahmood Zuhdi Abdul Majid, 1993, Kursus Perkahwinan dan Undang-undang Keluarga Islam, Hlm. 141.

17

(10)

2.2.2 Bentuk Nafkah

i. Belanja Penyusuan

Belanja penyusuan merangkumi belanja membeli susu dan upah menyusu, jika bayi disusui oleh

wanita yang bukan ibunya, atau jika ibu enggan menyusukan atau terdapat halangan bagi ibu

menyusukan bayi sedangkan bapa masih mahukan anaknya disusukan dengan susu badan.

Penyusuan menjadi tanggungjawab ibu sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran.18

Menurut para fuqaha mazhab Syafi’e, ibu diwajibkan menyusui bayinya pada awal

kelahiran kerana susu awal ibu yang dikenali sebagai laba’ itu amat diperlukan oleh bayi pada

awal kehidupannya. Jika selepas tempoh laba’, tidak terdapat orang lain yang boleh menyusukan

bayi berkenaan kecuali ibunya, maka tanggungjawab tersebut hendaklah diteruskan oleh ibunya

jika dia rela berbuat demikian. Sebaliknya, jika ibu tidak rela dan terdapat orang lain yang boleh

menyusukan bayi tersebut, maka bapa hendaklah mengupah orang lain. Jangka masa penyusuan

adalah sehingga bayi berkenaan mencapai usia 2 tahun bagi ibu yang mampu menyempurnakan

penyusuan.19

ii. Makanan

Makanan dan minuman merangkumi makanan asasi (keperluan utama) dan minuman yang lazim

diminum oleh orang yang mendiami sesuatu negara. Misalnya di Malaysia, makanan asasi ialah

nasi. Adalah tidak mencukupi jika disediakan nasi semata-mata kerana pada kebiasaannya nasi

dimakan bersama lauk-pauknya. Kewajipan menyediakan nafkah makanan dan minuman terletak

ke atas bapa. Jika bapa tinggal bersama dengan anaknya, maka amat mudah baginya membiayai

atau mengawasi urusan makan dan minum anak-anaknya. Sebaliknya jika dia tinggal berasingan

18

Siti Zalikhah Md Nor, 2008, Anakku Anakmu, Hlm. 31.

19

(11)

daripada anak-anaknya, maka dia perlu menyediakan pembiayaan nafkah bagi anak-aanaknya

sama ada secara mingguan, bulanan atau tahunan. Sekiranya bapa gagal menunaikan pembiayaan

nafkah, maka ibu boleh memfailkan tuntutan nafkah tertunggak supaya Mahkamah dapat

memutuskannya sebagai hutang yang mesti dibayar.20

iii. Pakaian

Pakaian bermaksud apa yang mencukupi sebagai pelindung kepada kehormatan seorang manusia

dan pelindung badan daripada panas dan sejuk. Jika seorang kanak-kanak masih belum baligh,

maka pakaiannya tidaklah terlalu menutup aurat sehingga sukar baginya bermain atau bergerak.

Cukup sekadar melatihnya mengenali batasan aurat yang mesti ditutup demi menjaga

kehormatannya daripada ditontoni ramai. Sebaliknya, seorang anak yang sudah baligh, mestilah

menutup auratnya. Oleh itu, nafkah pakaian yang perlu disediakan oleh seorang bapa mestilah

pakaian yang secukupnya menutup aurat.

Keperluan tidur seperti bantal,selimut dan tilam juga merupakan sebahagian daripada

pakaian kerana ia berfungsi melindungi badan daripada kedinginan malam. Oleh itu, keperluan

pakaian harus dilihat daripada tiga aspek. Pertama, pakaian asasi iaitu pakaian harian dan

keperluan untuk tidur. Kedua, pakaian rasmi seperti pakaian seragam sekolah. Ketiga, pakaian

pada musim perayaan.21

iv. Tempat tinggal

Tempat tinggal yang mesti disediakan untuk seorang kanak-kanak ialah tempat sesuai untuk dia

membesar seperti ada ruang untuk bermain. Persekitarannya pula tidak mencemarkan

20

Siti Zalikhah Md Nor, 2008, Anakku Anakmu, Hlm. 32.

21

(12)

perkembangan sosial dan mental kanak-kanak berkenaan. Misalnya amatlah tidak sesuai bagi

seorang kanak-kanak tinggal bersama ibunya di kawasan pelacuran.22

v. Pembiayaan perubatan

Pembiayaan perubatan bagi seorang kanak-kanak bermula dari pembiayaan melahirkannya lagi.

Selepas itu, diikuti dengan skim rawatan yang lazim bagi kanak-kanak seperti rawatan imunisasi.

Kemudian barulah timbul rawatan yang tidak lazim seperti demam atau selesema yang tiba-tiba

menyerang kanak-kanak berkenaan. Menurut pendapat al-Sharbiniy, seorang anak berhak

mendapat upah doktor dan belanja membeli ubat. Tetapi dalam konteks semasa, terdapat juga

penyakit yang memerlukan pesakit dimasukkan ke wad. Oleh itu, perbelanjaan tersebut juga

perlu diambil kira.23

vi. Pendidikan dan persekolahan

Pendidikan dan persekolahan merupakan suatu keperluan bagi seorang kanak-kanak masa kini.

Malahan ia menjadi suatu keutamaan. Pendidikan secara formal lazimnya memerlukan

pembiayaan seperti yuran persekolahan, buku teks dan keperluan pembelajaran lain. Apa yang

harus diberi perhatian ialah tahap pendidikan yang mesti dicapai oleh seorang kanak-kanak

sering berubah mengikut keperluan semasa.24

22

Siti Zalikhah Md Nor, 2008, Anakku Anakmu, Hlm. 35.

23

Siti Zalikhah Md Nor, 2008, Anakku Anakmu, Hlm. 36. 24

(13)

2.2.3 Syarat Nafkah

Seorang bapa wajib memberi nafkah untuk anak-anaknya dengan syarat25

i. Bahawa anak itu belum boleh berdikari. Bagi anak perempuan sehingga ia berkahwin

atau sehingga ia ada pekerjaan.

:

ii. Bahawa anak itu miskin dan tidak mempunyai harta sendiri untuk menafkahkannya.

iii. Bapa itu mampu memberi nafkah.

Apabila anak itu telah baligh dan boleh berdikari, maka bapa tidak wajib lagi memberi

nafkah untuk anak itu sekalipun anaknya tidak bekerja. Begitu juga jika anak itu mempunyai

harta sendiri meskipun dia masih kecil maka bapa tidak wajib memberi nafkah kepadanya. Jika

anak itu tidak bekerja kerana masih belajar, hendaklah melihat pula kepada ilmu yang

dipelajarinya. Jika ilmu itu berkaitan dengan kewajipan dirinya seperti ilmu aqidah dan ilmu

ibadat, ia dianggap tidak mampu bekerja dan wajib memberi nafkah kepadanya.26

Jika ilmu yang dipelajarinya ialah ilmu fardu kifayah yang diperlukan oleh masyarakat

seperti ilmu perubatan, perindustrian dan sebagainya, dan dia tidak bekerja, sedangkan dia

mampu berbuat demikian, maka bapa mempunyai pilihan sama ada membenarkan anak tersebut

terus belajar dan memberi nafkahnya atau bapa tidak memberi nafkahnya yang menyebabkan

anak tersebut bekerja27

Menurut undang-undang keluarga Islam, nafkah seorang anak perempuan ialah sehingga

dia berkahwin. Manakala anak lelaki, sehingga dia mencapai usia 18 tahun. Tetapi Mahkamah

boleh atas permohonan anak atau seseorang lain melanjutkan perintah nafkah itu meliputi

(14)

apa tempoh tambahan yang difikirkan munasabah bagi membolehkan anak itu mengikuti

pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi.28

Dalam kes Faridah binti Sulaiman lwn Mohd Noh bin Othman, Mahkamah telah

memutuskan bahawa apa sahaja pembayaran yang menjadi keperluan untuk kemajuan kerjaya

anak-anak hendaklah ditanggung oleh bapa. Dalam kes ini ia menjadi mudah kerana bapa adalah

seorang berkemampuan.29

2.2.4 Orang Yang Wajib Memberi Nafkah

Nafkah seorang anak sama ada sudah besar atau masih kecil diwajibkan ke atas bapa walaupun

ketika ibu masih ada. Terdapat pendapat yang mengatakan jika sudah baligh, maka diwajibkan

ke atas ibu dan bapa secara bersama. Diutamakan bapa semasa anak masih kecil kerana hak

perwalian terserah kepada bapa. Satu pendapat lagi mengatakan bahawa sumbangan ibu satu per

tiga sahaja. Kadar tersebut berdasarkan kadar ibu dalam hukum perwarisan. Seterusnya,

kewajipan nafkah tertanggung ke atas kaum kerabat yang terdekat menurut susunan perwarisan

dan kemudiannya mengikut perhubungan darah.

Kewajipan memberi nafkah kepada seorang anak tak sah taraf tertanggung ke atas

ibunya30

28

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003, s 80. Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah- wilayah Persekutuan) 1984, s 79.

29

Siti Zalikhah Md Nor, 2008, Anakku Anakmu, Hlm. 47.

30

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor, s.80 (1).

, jika dia mampu. Jika dia tidak mampu, tanggungan tersebut berpindah kepada bapa

ibunya (datuk anak tersebut) dan seterusnya ahli waris terdekat sebelah ibu kanak-kanak

(15)

kepada Baitulmal.31 Oleh itu, jika tuntutan nafkah dibuat terhadap bekas suami bagi seorang

anak yang tak saraf, maka dia berhak mengemukakan pembelaan.32

Kewajipan menanggung nafkah seorang anak yang telah diambil sebagai anak angkat

tertanggung ke atas bapa angkatnya. Kewajipan ini bukan berdasarkan asas kewajipan yang

ditetapkan oleh syarak iaitu nikah, nasab dan pemilikan tetapi berdasarkan kerelaannya untuk

menjaga kanak-kanak tersebut. Oleh itu, jika kanak-kanak tersebut diambil kembali oleh ibu

bapa kandungnya, maka perbelanjaan saraannya boleh dituntut sebagai hutang oleh bapa

angkat.33

Dalam seksyen 74(1), Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan seorang

lelaki membayar nafkah untuk anaknya34

a) Jika dia telah enggan atau cuai mengadakan peruntukan dengan munasabah bagi

anaknya itu.

:

b) Jika dia meninggalkan langsung isterinya dan anaknya itu adalah di bawah jagaan

isterinya.

c) Dalam masa menanti keputusan sesuatu prosiding hal ehwal suami isteri.

d) Apabila membuat atau selepas daripada membuat satu perintah meletakkan anak

itu dalam jagaan seseorang lain atau

e) Apabila memberi kebenaran kepada lelaki itu untuk berpoligami di bawah

seksyen 23.

31

Siti Zalikhah Md Nor, 2008, Anakku Anakmu, Hlm. 39-40.

32

Siti Zalikhah Md Nor, 2005, Jika Sudah Habis Jodoh, Hlm. 94.

33

Siti Zalikhah Md Nor, 2005, Anakmu, Hlm. 40.

34

(16)

2.2.5 Nafkah Anak Tak Sah Taraf

Undang-undang keluarga Islam di Malaysia memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah hanya

boleh memerintahkan seseorang perempuan yang cuai atau enggan menanggung nafkah anaknya

yang tak sah taraf sahaja (bukan yang dilahirkan akibat rogol)35

Setelah menerima pakai undang-undang yang seragam, maka peruntukan tersebut tidak

terpakai lagi. Satu perkara yang mesti diberi perhatian ialah setiap negeri di Malaysia Barat telah

meluluskan undang-undang yang memperuntukkan bahawa Akta tahun 1950 tidak diterima pakai

dalam kes melibatkan seorang Islam terhadap seorang Islam yang lain, jika menurut

undang-undang yang berkuatkuasa di negeri tersebut, terdapat peruntukan yang membolehkan perintah

nafkah isteri dan anak, sah taraf dan tak sah taraf. Undang-undang tersebut ialah Enakmen Johor

No.14/1978, s 132(1), Enakmen Kedah No.9/1962, s 132(1), Enakmen Kelantan No.1/1966, s

82(1), Enakmen Melaka No.1/1959, s 131(1), Enakmen Negeri Sembilan No.15/1960, s 132(1),

Enakmen Pahang No.5/1956, s 137, Enakmen Pulau Pinang No.3/1959, s 133(1), Enakmen

Perak No.11/1965, s 137(1), Enakmen Perlis No.3/1964, s 103(2), Enakmen Selangor

No.3/1952, s 138(1), Enakmen Terengganu No.4/1955, s 116(1) dan di Wilayah-wilayah

Persekutuan terdapat Enakmen Selangor No.3/1952 (PU(A)44/1974, s 136(1).

. Jika dia tidak mampu, maka

kewajipan itu berpindah kepada Baitulmal. Di Sarawak, tidak terdapat kewajipan Baitulmal.

Sebelum tahun 1980-an, terdapat peruntukan dalam Undang-undang Mahkamah Syariah dan Hal

Ehwal Perkahwinan Islam Kelantan yang memperuntukkan pemakaian Undang-undang

Perempuan Bersuami dan Kanak-kanak (Nafkah) 1980 kepada anak luar nikah sahaja. Jika

tuntutan dibuat terhadap bapa yang diduga, maka hendaklah dibuat di Mahkamah Pengadil.

Manakala di Perak dan Terengganu (1980-an), terdapat peruntukan yang membolehkan bapa

yang diduga apabila dibuktikan, diperintahkan oleh Mahkamah memberi elaun bulanan yang

difikirkan munasabah oleh Mahkamah.

36

35

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003, s 81 (1)

36

(17)

2.3.1 Pemilikan Harta

Seorang anak boleh memiliki harta daripada kedua ibu bapanya. Walaubagaimanapun, hak untuk

memiliki harta daripada ibu bapa kandung tidak sama dengan ibu bapa angkat. Seorang anak

kandung boleh memiliki harta daripada ibu bapa kandung sama ada melalui sistem pusaka

(fara’id) atau hibah. Manakala anak angkat atau anak tiri boleh memiliki harta daripada ibu bapa

angkat atau ibu bapa tiri melalui hibah atau wasiat.37

2.3.2 Hak Melalui Pusaka

Hak melalui pusaka hanya terpakai kepada anak kandung. Seorang anak yang sah taraf berhak

mewarisi harta kedua-dua ibu bapanya. Manakala anak yang tak sah taraf hanya berhak mewarisi

harta ibunya. Jika seorang lelaki meninggal dunia, meninggalkan seorang isteri dan anak-anak,

maka isterinya mendapat 1/8 daripada harta peninggalannya. Sebaliknya jika seorang isteri

meninggal dunia, meninggalkan anak-anak dan suami, maka suami berhak mendapat 1/4

daripada harta peninggalannya.

Hak seorang anak lelaki adalah berdasarkan asabah, maksudnya dia menghabisi harta

pusaka tersebut setelah dibahagikan hak-hak ashab al-Furud. Manakala anak perempuan pula

apabila dia berseorangan (tiada saudara lelaki), maka dia berhak mendapat 1/2 daripada harta

peninggalan ibu atau bapanya. Jika si mati meninggalkan dua anak perempuan atau lebih, maka

mereka berhak mendapat 2/3 daripada harta tersebut. Cucu perempuan berhak mendapat 1/2 jika

dia berseorangan. Sebaliknya jika dia berdua atau lebih, maka bahagiannya ialah 2/3.38

37

Siti Zalikhah Md. Nor, 2008, Anakku Anakmu, Hlm. 103.

38

(18)

2.3.3 Peruntukan Harta Melalui Hibah

Seorang anak boleh memperoleh harta daripada ibu bapanya melalui hibah. Hibah tidak

dibataskan kadarnya kerana ia merupakan pemberian semasa hayat pemberi dan ia berkuatkuasa

serta merta. Jika terdapat halangan di sisi undang-undang tentang urusan pertukaran hak milik

kerana penerima masih kecil, hibah tetap sah. Misalnya, undang-undang negara mensyaratkan

pemindahan hak milik hanya boleh berlaku jika penerima berusia 18 tahun ke atas.

Hibah boleh diberi kepada anak kandung dan juga bukan kandung. Sebaik-baiknya jika

seseorang hendak menghibahkan harta kepada beberapa orang anaknya, maka hendaklah

dibahagikan secara sama rata, berdasarkan sebuah hadis yang menggalakkan layanan sama rata

terhadap anak-anak. Menurut pendapat jumhur fuqaha’ hadis tersebut menjadi dalil bagi hukum

sunat menyamaratakan pemberian kepada anak-anak. Sebaliknya, jika dilebihkurangkan, maka

hukumnya makruh.

Hibah juga boleh dilakukan antara kedua-dua ibu bapa yang memeluk Islam dengan

anaknya yang masih belum memeluk Islam atau sebaliknya.39

2.3.4 Wasiat

Wasiat ialah peruntukan harta yang dibuat kepada bukan ahli waris yang tidak melebihi 1/3

daripada harta peninggalan pewasiat yang berkuatkuasa selepas kematian pewasiat. Wasiat

bukan kepada waris kerana wasiat kepada waris adalah tidak sah. Oleh itu, anak tiri dan anak

39

(19)

angkat boleh diwasiatkan harta untuk mereka. Harta yang telah diwasiatkan tidak termasuk

dalam harta yang difaraidkan kepada ahli waris.40

2.3.5 Wasiat Wajibah

Wasiat wajibah boleh diterima pakai apabila seorang anak telah meninggal dunia terlebih dahulu

daripada bapanya (pewaris). Maka apabila bapa (pewaris) meninggal dunia, cucu kepada pewaris

boleh mendapat bahagian pusaka yang sepatutnya diperoleh oleh bapanya. Misalnya di Selangor,

terdapat peruntukan dalam Enakmen Wasiat Orang Islam tahun 1999 yang menyatakan41

i. Jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucunya daripada anak

lelakinya yang telah mati terlebih dahulu daripadanya atau mati serentak dengannya,

maka cucunya itu hendaklah berhak terhadap 1/3 wasiat dan, sekiranya cucu itu diberi

dengan kadar yang kurang daripada 1/3, haknya hendaklah disempurnakan mengikut

kadar wasiat wajibah yang diperuntukkan di bawah seksyen ini.

:

ii. Kadar wasiat wajibah untuk kanak-kanak yang disebut dalam subseksyen (1)

hendaklah setakat kadar di mana ayahnya berhak daripada harta pusaka datuknya

sekiranya diandaikan ayahnya itu mati selepas kematian datuknya, dengan syarat

wasiat itu tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka si mati.

Undang-undang di Selangor ini menetapkan cucu daripada anak lelaki sahaja. Cucu

daripada anak lelaki boleh mewarisi jika tidak didinding oleh bapa saudara. Peruntukan ini tidak

membuka peluang kepada cucu daripada anak perempuan. Oleh itu, bagi cucu yang terdinding

dan cucu daripada anak perempuan, ada baiknya jika diperuntukkan wasiat untuk mereka.

40

Mimi Kamariah Majid, 1992, Undang-undang Keluarga di Malaysia, Hlm. 198.

41

(20)

2.3.6 Amanah

Salah satu cara untuk memperuntukkan harta kepada keturunan adalah melalui amanah kepada

mereka. Amanah tidak berkuatkuasa selepas berlakunya kematian. Jika wasiat berkuatkuasa

selepas kematian pewasiat, amanah berkuatkuasa semasa pengamanah masih hidup.

Bagaimanapun, pengurusan harta tersebut boleh diuruskan oleh pemegang amanah.42

3.1PENUTUP

Kesimpulannya, masyarakat khususnya ibu bapa perlu memahami hak dan tanggungjawab

mereka terhadap anak-anak sama ada yang melibatkan harta atau sebaliknya. anak-anak tidak

sepatutnya menjadi korban pertikaian antara ibu dan bapa lantaran jodoh tidak berpanjangan.

Hukum Islam amat menitikberatkan kebajikan setiap anak-anak. Oleh itu, seorang anak sama ada

yang sah taraf atau tidak tetap diberi perlindungan. Kebajikan seorang kanak-kanak menurut

perspektif Islam mempunyai skop yang luas. Ia merangkumi segala keperluan dan manfaat dari

segi fizikal, mental, spiritual dan agama. Dengan itu seorang kanak-kanak akan membesar

dengan sempurna.

42

(21)

RUJUKAN

Al-Quran.

Abdul Monir Yaacob. 1999. Undang-undang Keluarga Islam dan Wanita Di Negara-negara

Asean. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Ahmad Ibrahim. 1999. Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia. Malayan Law Journal Sdn

Bhd.

Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1998.

Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003.

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Kelantan) 2002.

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.

Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999.

Engku Ahmad Zaki. 2010. Aku Nikah Akan Dikau. Kuala Lumpur: Must Read Sdn Bhd.

Mahmood Zuhdi Abdul Majid. 1993. Kursus Perkahwinan dan Undang-undang Keluarga Islam.

Kuala Lumpur: Dasar Padu (M) Sdn. Bhd.

Mimi Kamariah Majid. 1992. Undang-undang Keluarga di Malaysia. Butterworths Asia.

Mohd. Radzuan Ibrahim. 2006. Munakahat: Undang-undang dan Prosedur. Selangor: DRI

Publishing House.

Najibah Mohd Zin et al. 2007. Undang-undang Keluarga (Islam). Jil. 14. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Peunoh Daly. 2003. Hukum Perkahwinan Islam: Suatu Kajian Perbandingan Di Kalangan

(22)

Siti Zalikhah Md. Nor. 2008. Anakku Anakmu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Zalikhah Md. Nor. 2005. Jika Sudah Habis Jodoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2010. Sistem Kekeluargaan Dalam Islam. Selangor: Darul Syakir

Referensi

Dokumen terkait

Dari beberapa pendapat di atas dapat disimpulkan bahasa sebagai alat komunikasi bermakna bahwa bahasa merupakan deretan bunyi yang bersistem, berbentuk

Pengertian keluarga dalam undang-undang tentang perlindungan anak adalah unit terkecil dalam masyarakat yang terdiri dari suami isteri atau suami isteri dan anaknya atau ayah

Kan ini juga salah satu media, ga munafik kami juga publikasi produk disini, tapi kembali lagi kami fokus ke konsep kami back to herbal yang kemudian kami susun website yang

Augmented Reality juga dapat diimplementasikan pada media pengenalan sebuah objek seperti pengenalan macam-macam buah-buahan dalam suatu bentuk informasi dengan menggunakan

Pada Tugas Akhir ini digunakan metode kontrol Robust Fuzzy untuk mengendalikan kestabilan sistem pembangkit listrik mesin tunggal apabila terjadi gangguan yang

Hasil sebaran sedimen mineral non- magnetik yang terdapat pada Gambar 11, Gambar 13, Gambar 15 menunjukan kandungan mineral non- magnetik dominan terdapat pada daerah

Harapan saya semoga rancangan media pembelajaran fisika dalam pembuatan alat peraga sederhana termoskop ini dapat memberikan kemudahan bagi mahasiswa Pendidikan

“Belajar adalah suatu proses usaha yang dilakukan seseorang, suatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan, sebagai hasil pengalamannya sendiri dalan