• Tidak ada hasil yang ditemukan

2.0 Fokus Kajian. - PROSIDING NIK ARRAFI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2019

Membagikan "2.0 Fokus Kajian. - PROSIDING NIK ARRAFI"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Majmuk Dalam Kalangan Murid

Tahun Lima Takwa di Sekolah Kebangsaan Sri Bemban

Kota Bharu, Kelantan

Oleh :

NIK ARRAFI BIN MAT

ABSTRACT

This study aims to enhance students' skills to build compound sentences. This skills also be tested in the UPSR in Malay writing paper division A. Researchers are aware of the weak students to construct compound sentences based

on the work sheet provided during the process of teaching and learning (P & P). An action research was conducted on students to find and prove an effective method that students can more easily build compound sentences. Researchers have chosen technique Four Wifes And One Husband (4W1H) and the Technic Mentor-Mentee using Power Point to help improve their skills to build sentences. The study was conducted on 12 students in Lima Takwa in the Sekolah Kebangsaan Sri Bemban. All the information needed for analysis in this study were collected through interviews, diagnostic tests, pre and post test. Based on the comparative pre and post tests, researchers found that the achievement of pupils has increased by using techniques that have been introduced. The results of the interviews also confirmed the students agreed that the technique was introduced to help to facilitate them to build sentences and

provide benefits to them.

1.0 Pengenalan.

Pengalaman mengajar di kelas lima Takwa memberikan pelbagai kesan kepada saya sebagai guru pelatih. Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa Melayu banyak kemahiran yang telah dipraktikkan . Pengajaran bahasa Melayu melibatkan tiga kemahiran utama iaitu kemahiran lisan,membaca dan menulis. Walaupun begitu, saya mendapati beberapa orang murid tergolong dalam kategori sederhana dan lemah dalam membina ayat. Saya mengesan perkara ini melalui lembaran kerja yang diberikan sewaktu P&P berlangsung. Setelah meneliti masalah yang dihadapi, saya merasakan masalah utama yang perlu diberi penekanan ialah meningkatkan kemahiran murid membina ayat. Kemahiran membina ayat merupakan aspek yang perlu dikuasai oleh murid kerana selain ia diuji dalam ujian dan peperiksaan, ia digunakan dalam kehidupan seharian murid.

2.0 Fokus Kajian.

Saya mendapati terdapat beberapa orang murid yang lemah dalam membina ayat majmuk.. Wujudnya masalah ini disokong berdasarkan keputusan Ujian Bulanan Berkala Februari ( UBB) terutamanya bahagian A iaitu bahagian membina ayat berdasarkan gambar. Berdasarkan pemerhatian dalam P&P, saya mengenal pasti beberapa punca murid – murid lemah dalam aspek membina ayat, antaranya ialah seperti murid tidak mahir untuk mengembangkan bahagian subjek dan predikat dengan menggunakan kata keterangan ataupun adjektif. Ayat-ayat yang dibina terlalu mudah dan murid kekurangan idea untuk mengembangkannya.

(2)

latar belakang pendidikan dan latar belakang keluarga murid – murid kelas ini. Kolaborasi bersama guru kelas banyak membantu saya dalam usaha mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid. Hal ini dapat membantu saya merancang tindakan dan teknik yang bersesuaian dengan murid – murid dalam usaha meningkatkan kemahiran murid membina ayat majmuk Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid-murid, saya hanya memfokuskan kajian ini kepada masalah membantu murid meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk.Hasil kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada guru – guru lain terutamanya guru – guru bahasa Melayu dalam usaha mengurangkan masalah penggunaan huruf besar dalam kalangan murid – murid.

3.0 Objektif kajian

Kajian ini cuba menjawab beberapa objektif kajian di bawah : a) Meningkatkan kemahiran murid membina ayat majmuk.

b) Menilai keberkesanan tindakan – tindakan yang dijalankan bagi membantu murid meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk.

c) Melihat perubahan pencapaian murid terhadap kemahiran membina ayat majmuk setelah tindakan dilakukan.

4.0 Kumpulan sasaran

Kajian ini dijalankan ke atas 12 orang murid tahun 5 Takwa Sekolah Kebangsaan Sri Bemban.

Murid-murid ini telah dikenalpasti mempunyai masalah dalam membina ayat majmuk.melalui

ujian diagnostik yang diberikan.

5.0 Pelaksanaan tindakan

5.1 Tinjauan masalah

Tinjaun awal kajian ini telah diadakan pada bulan Februari sewaktu saya menjalani praktikum Fasa III. Saya telah diberikan tanggungjawab untuk mengajar matapelajaran bahasa Melayu bagi Kelas 5 Takwa. Permasalahan ini telah dikesan dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya mengedarkan satu gambar tunggal sebagai latihan untuk murid membina ayat. Hasil semakan lembaran kerja yang diberikan, saya mendapati terdapat murid yang boleh digolongkan dalam kategori murid sederhana dan lemah dalam membina ayat majmuk. Tinjauan masalah ini juga dilakukan melalui pemerhatian sewaktu PNP, buku latihan murid sertaperbincangan bersama guru mata pelajaran dan melihat rekod pencapaian murid.

5.2 Pelaksanaan Tindakan.

5.2.1 Teknik Four Wife One Husband

(3)

+ +

+ +

Adik menangis kerana demam

Rajah 5.0: Kad formula

Selepas murid sudah menghafal dan mengetahui formula ini, saya akan memperkenalkan konsep memperluaskan ayat dengan menggunakan teknik 5W 1H. Konsep memperluaskan ayat ini melibatkan subjek dan predikat dalam sesuatu ayat. Penggunaan kata hubung pada lokasi yang sesuai pada ayat turut diterangkan kepada murid supaya ayat yang dibina menjadi lebih gramatis. Sebagai contoh ayat yang akan dibina adalah seperti berikut:

Adik menangis kerana demam

Adik menangis kerana demam campak

Adik menangis teresak-esak kerana demam campak

Adik menangis teresak-esak kerana demam campak sejak semalam

5.2.2 Teknik Bantu – Bimbing Menggunakan Perisian Power Point

Bagi memastikan kemahiran membina ayat dapat ditingkatkan, saya telah menyediakan latihan yang disertakan dengan bimbingan maksimum secara berterusan kepada murid. Teknik bantu - bimbing ialah latihan yang diberikan kepada responden dengan pengawasan dan bimbingan daripada saya. Tugas membimbing dijalankan dengan bantuan aplikasi Power Point Setiap kesalahan yang dilakukan murid ketika menjawab soalan latihan akan diperbetul terus oleh saya agar responden dapat mengetahui kesalahan yang mereka lakukan dan seterusnya membetulkan jawapan tersebut. saya telah menyediakan 10 set latihan yang merangkumi pelbagai jenis gambar tunggal untuk disiapkan murid. Saya menggunakan gambar tunggal sebagai medium untuk murid membina ayat majmuk.

6.0 Dapatan Kajian

Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan memberi hasil seperti berikut :

Jadual 6.0: Bandingan Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos

UJIAN PRA UJIAN POS PERATUS PENINGKATAN

Bil Peratus(%) Bil Peratus(%)

CEMERLANG 0 0 2 17 17%

BAIK 0 0 9 75 75%

SEDERHANA 3 25 1 8 Menurun 17 %

LEMAH 9 75 0 0 Menurun 75 %

Kata nama Kata kerja Kata nama+

keterangan/ kata adjektif

Aktiviti

(4)

Jadual 6.0 menunjukkan tahap pen dibahagikan kepada empat kategor markah, tahap pencapaian Baik di dan pencapaian Lemah di antara 0-cemerlang dalam ujian pos (peningk mendapat cemerlang dalam ujian meningkat kepada 9 orang berband seorang responden yang mencapai ta tidak terdapat lagi responden yang orang dalam ujian pra. Dapatan meningkatkan kemahiran murid m ditunjukkan responden dalam ujian pos

Rajah 6.1: Graf Perband

Jadual 6.2 menunjukkan perbeza

min . Didapati terdapat peningka

markah. Dapatan peningkatan m

pencapaian markah ujian pra dan ujian pos. Tahap pe ori iaitu tahap pencapaian Cemerlang iaitu markah di antara 60-79, tahap pencapaian Memuaskan di ant -39 markah. Seramai dua orang murid telah mempe ngkatan sebanyak 17 %) berbanding tiada seorang pun an pra. Peningkatan turut ditunjukkan pada penca

nding tiada responden yang mencapai tahap ini pada i tahap sederhana dalam ujian pos yang telah dijalanka ng memperolehi tahap pencapaian lemah dalam ujian

an ini menunjukkan keberkesanan strategi yang membina ayat majmuk berdasarkan peningkatan n pos.

bandingan Ujian Pra dan Pos Mengikut Tahap Penc

Jadual 6.2 : Min ujian pra/pos

bezaan keputusan ujian pra dan ujian pos dalam be

gkatan min ujian pra dengan ujian pos iaitu se

min purata dalam ujian pos telah membuktikan

urid dalam penguasaan kemahiran.membina ayat

PERKARA

MIN

rbandingan Ujian Pra Dan Pos

(5)

7.0 PERBINCANGAN

7.1 Refleksi Dapatan Kajian

Daripada dapatan kajian, saya berpandangan bahawa tindakan yang dilaksananakan dalam kajian ini telah berjaya meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk. Walaubagaimanapun, kajian yang dijalankan saya ini mempunyai kelemahan dan kekuatan yang tersendiri. Aspek kelemahan yang dikenalpasti oleh saya adalah dari aspek kesediaan responden. Semasa menjalankan kajian, responden kelihatan kurang bersedia dan menunjukkan sifat tidak berminat dengan latihan yang diberikan ekoran terlalu banyak latihan dalam bentuk yang sama. Namun begitu, saya mendapati terdapat kekuatan di sebalik kajian yang dijalankan ini. Teknik Four Wife One Husband berjaya membuatkan murid untuk mengembangkan idea sewaktu membina ayat berdasarkan gambar tunggal. Peningkatan markah responden pada ujian pos menunjukkan bahawa saya berjaya meningkatkan kemahiran murid membina ayat majmuk di samping membuktikan keberkesanan teknik yang digunakan.

8.0 Cadangan Kajian Seterusnya.

Saya boleh melanjutkan kajian ini ke kitaran kedua dengan menumpukan kepada fokus kajian yang sama . Saya percaya tindakan yang dilaksanakan dalam kajian ini boleh dibaiki dengan menambah beberapa teknik belajar contohnya belajar secara berkumpulan. Murid-murid diminta membina ayat di dalam kumpulan dan membentangkannya di dalam kelas. Selain itu, saya juga berpendapat murid-murid juga haruslah dibimbing supaya menguasai ejaan untuk membina ayat dengan betul. Penggunaan imbuhan juga memainkan peranan penting kerana didapati kadang - kala murid keliru dengan penggunaannya.

Saya mendapati latihan yang kerap dan latih tubi yang banyak memberikan kesan terhadap penguasaan murid-murid untuk membina ayat. Walaupun begitu, saya harus bijak memberikan peneguhan kepada murid agar mereka tidak bosan dengan latihan diberikan. Hasil daripada penyelidikan ini saya berasa lebih yakin untuk membaiki mutu pengajaran yang dijalankan semasa P&P.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil dari sintesis terhadap alternatif ini mengindikasikan bahwa seluruh sub-elemen yang ada, memiliki potensi yang cukup besar untuk diberikan penalty dalam pelaksanaan

Sebagai suatu unit dan bagian dari Instalasi Rehabilitasi Medis Rumah Sakit Kanker “Dharmais”, Unit Layanan Paliatif memiliki tujuan untuk mewujudkan pelayanan dan

Hal ini mendorong penulis untuk melakukan penelitian lebih lanjut mengenai metode Viola Jones dan Eigenface untuk dapat mendeteksi dan mengenali seberapa banyak

Wadah dan pembungkus yang digunakan untuk makanan dan minuman harus memenuhi persyaratan antara lain harus dapat melindungi dan mempertahankan mutu isinya terhadap pengaruh dari

Pencapaian tujuan ini menyangkut aspek masukan, proses, keluaran serta nilai derajat kebaikan, keutamaan, dan kesempurnaan (degree of excellence). Pencapaian tujuan

Gambar 7 menunjukkan tampilan menu untuk petugas lapangan. Terdapat tombol-tombol untuk melakukan pencatatan barang sesuai transaksi yang akan dilakukan. Tombol

Magnesium (Mg) saat ini merupakan salah satu jenis logam ringan yang dianggap sebagai salah satu kandidat potensial material hydrogen storage karena, secara teoritis,

untuk menyimpan berita acara rekapitulasi hasil penghitungan perolehan suara di tingkat kecamatan, sertifikat hasil dan rincian penghitungan perolehan suara dari