• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kertas kerja gejala sosial makalah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kertas kerja gejala sosial makalah "

Copied!
87
0
0

Teks penuh

(1)

KAJIAN GEJALA SOSIAL DI KALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI YANG MENETAP DI KOLEJ SEMBILAN (K9), KOLEJ

SEPULUH (K10), DAN KOLEJ PERDANA (KP) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MOHAMMAD ABU BAKAR BIN SHIS

(2)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: KAJIAN GEJALA SOSIAL DIKALANGAN PELAJAR INSTITUSI

PENGAJIAN TINGGI YANG MENETAP DIKOLEJ SEMBILAN (K9), KOLEJ SEPULUH (K10) , DAN KOLEJ PERDANA (KP) UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya : MOHAMMAD ABU BAKAR SHIS

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah san Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

(3)

PENGAKUAN

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan :………..

Nama Penyelia :EN HASSAN BIN HUSHIN

(4)

KAJIAN GEJALA SOSIAL DIKALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI YANG MENETAP DIKOLEJ SEMBILAN (K9), KOLEJ SEPULUH (K10) DAN KOLEJ PERDANA (KP) DI UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA

MOHAMMAD ABU BAKAR BIN SHIS

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

(5)

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali mukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah say jelaskan sumbernya”

Tandatangan : __________________________________

Nama penulis :

(6)

DEDIKASI

Setulus Ikhlas Buat;

U

ntuk ibu bapa yang tersayang

U

ntuk kakak dan keluarga, serta rakan - rakan tersayang

T

erima kasih atas sokongan dan dorongan yang diberikan

(7)

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi yang telah member saya peluang dan kekuatan untuk

menyiapkan projek ini. Semoga Allah s.w.t mencurahkan rahmat ke atas kita semua.

Di kesempatan ini sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan

terutamanya kepada En Hassan Bin Hushin, selaku penyelia tesis yang telah banyak

memberi bimbingan, nasihat, pendapat serta tunjuk ajar kepada saya dalam

menyiapkan projek ini. Segala teguran, nasihat dan tunjuk ajar serta kata-kata

semangat akan tetap saya ingati dan amatlah dihargai.

Tidak dilupakan juga kepada ibubapa Shis Bin Baharon dan Ainan Bte Mohd

Yunus, rakan-rakan, dan lain-lain yang telah membantu secara langsung atau tidak

langsung dalam menyiapkan kajian projek ini. Akhir sekali, terima kasih kepada

semua pihak yang terlibat yang telah memberi kerjasama dan sokongan dalam

menyiapkan projek ini. Jasa dan pengorbanan anda semua tidak dilupakan.

(8)

ABSTRAK

Gejala sosial dilihat sebagai satu perlakuan manusia yang terkeluar dari

batas-batas normal dan diterima umum, baik dari aspek agama, sosial serta budaya

kehidupan masyarakat. Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengkaji gejala

sosial dikalangan pelajar institusi pengajian tingg (IPT) di tiga kolej kediaman

pelajar UTM. Persoalan kajian adalah untuk mengenalpasti pengaruh yang wujud

dari ibubapa dan rakan, internet, didikan agama dan masa lapang untuk pelajar

terjebak dengan gejala sosial. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah

mengunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik

deskriptif perbandingan min. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik

yang menpunyai 4 bahagian iaitu bahagian A adalah latar belakang responden,

bahagian B pemahaman am tentang gejala sosial, bahagian C, menjawap persoalan

kajian berbentuk pengaruh dan bahagian D cadangan menangani masalah gejala

sosial. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik

yang mengandungi 35 item soalan dan menggunakan skala Likert. Dalam kajian

rintis, nilai alpha yang diperolehi adalah 0.775. Seramai 298 pelajar terlibat dalam

kajian ini dan data yang diperolehi dianalisis mengunakan perisian SPSS 15.0.

Kajian mendapati pengaruh utama adalah pengaruh internet dan pengawalan

pengunaan internet perlu dilakukan, pengaruh ibubapa dan rakan, didikan agama dan

masa lapang juga menpengaruhi pelajar tetapi tidak ketara merujuk kepada gejala

sosial. Pencegahan perlu dilakukan untuk mencegah berlakunya gejala sosial

(9)

ABSTRACT

Social problem is a social phenomenon of human behavior that come out of

the bounds of normal and widely accepted, both in terms of religious, social and

cultural life of society. This study is a survey to identify social problems among

students of institutions of higher learning. The question of the study was to determine

the effect of parents and friends, internet, religious education and free time for

students to caught with social ills. Design of the study was descriptive using a survey

method by using descriptive statistical comparison of the mean. The instrument used

was a questionnaire that consist of 4 parts. Part A describe the background of the

respondents. Part B is general understanding of social ills and part C, to answer the

research questions. Part D is the proposal on how to deal with social ills. The

instrument used consisted of a questionnaire containing 35 items and using the Likert

scale. In the pilot study, alpha value is 0775. A total of 298 students participated in

this study and the data were analyzed using SPSS 15.0. The study found that the

main effect is the effect of controlling the use of internet and internet needs to be

done, effect from parent and friends, religous learning and student free time also

need to be monitor but its not highly show that contribute to student caught with

social ills. Prevention needs to be done to prevent social problems among students of

(10)

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

TAJUK KAJIAN iii

HALAMAN PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PERHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

(11)

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.1.1 Definasi Gejala Sosial di Universiti 6

1.2 Latar Belakang Masalah 7

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 12

1.7 Skop dan Batasan Kajian 13

1.8 Definasi Istilah 13

1.8.1 Kolej Lingkaran Luar 13

1.8.2 Etika 13

1.8.3 Konsep Kendiri 14

1.8.4 Pengaruh 14

1.8.5 Ibu Bapa 14

1.8.6 Internet 14

1.8.7 Didikan 14

1.8.8 Agama 14

(12)

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Faktor Hubungan Antara Pelajar Dengan Ibu Bapa 16

dan Rakan Sebaya

2.3 Faktor Pengaruh Internet dan Kelebihan Mengakses internet 18

2.4 Faktor Didikan Agama 19

2.5 Faktor Masa Lapang Pelajar 21

2.6 Kolej Kediaman 22

2.7 Kesimpulan 23

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Reka Bentuk Kajian 24

3.3 Tempat Kajian 25

3.4 Sampel Kajian 25

3.5 Intrumentasi Kajian 26

3.5.1 Soal Selidik 26

3.5.1.1 Bahagian A 26

3.5.1.2 Bahagian B 26

3.5.1.3 Bahagian C 27

3.5.1.4 Bahagian D 27

3.6 Prosedur Kajian 28

3.7 Analisis Data 28

(13)

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 30

4.2 Analisis Data 30

4.3 Analisis Bahagian A 31

4.3.1 Taburan Reponden Berdasarkan Jantina 31

4.3.2 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan 32

Kolej Penempatan.

4.3.3 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan 32

Bangsa.

4.4 Analisis Bahagian B: Dapatan Persoalan Kajian 1 33

4.5 Analisis Bahagian C: 35

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 48

5.2 Perbincangan 49

5.2.1 Pemahaman Am Tentang Gejala Sosial 49

5.2.2 Pengaruh Ibubapa dan Rakan 51

5.2.3 Pengaruh Internet 53

5.2.4 Pengaruh Didikan Agama. 55

5.2.5 Pengaruh Masa Lapang 57

5.2.6 Cadangan Menangani Gejala Sosial 58

5.3 Rumusan 60

(14)

SENARAI JADUAL.

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Taburan tahap masalah sosial secara keseluruhan 8

1.2 Taburan tahap Masalah sosial berdasarkan jantina 9

3.1 Kandungan instrument kajian 29

4.1 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina. 31

4.2 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan 32

Kolej Penempatan.

4.3 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan 32

Bangsa.

4.4 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan 33

Permahamana Am

4.5 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan 35

Pengaruh Ibubapa dan Rakan

4.6 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan 38

Pengaruh Internet.

4.7 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan 40

Didikan Agama Kepada Pelajar

4.8 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan 42

Masa Lapang Pelajar.

4.9 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan 43

Cadangan Menangani Gejala Sosial.

(15)

SENARAI RAJAH

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Rajah 5.1 Pemahaman Am 49

Rajah 5.2 Pengaruh Ibubapa dan Rakan 51

Rajah 5.3 Pengaruh Internet. 53

Rajah 5.4 Pengaruh Didikan Agama 55

Rajah 5.5 Pengaruh Masa Lapang 57

(16)

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Kemajuan pembangunan dan teknologi menberikan banyak manfaat untuk

manusia sejagat. Kemajuan dalam bidang pengangkutan, perhubungan dan pendidikan

banyak memainkan aspek penting dalam kehidupan manusia. Kemajuan bidang-bidang

tersebut banyak menbantu masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian kini yang

memerlukan kita untuk bertindak lebih pantas dan cekap. Melalui kemajuan bidang

pengangkutan menberikan kita kaedah untuk bergerak dalam jarak yang lebih jauh

dalam masa yang lebih singkat dan selamat, melalui kemajuan bidang perhubungan pula

menbolehkan kita untuk berhubung antara satu sama lain walaupun dalam jarak yang

agak jauh. Kemajuan dari segi perhubungan menbuatkan manusia seperti menjelajah

keseluruh dunia tanpa perlu bergerak disamping itu menberikan kita kemudahan untuk

penyebaran ilmu. Kemajuan dari segi pendidikan pula menjurus kepada penemuan

tentang fenomena baru dan pemahaman tentang fenomena yang masih belum diketahui

manusia. Contoh perkembangan pendidikan ialah kita kini mampu memahami

bagaimana aspek perhubungan antara bumi dan bulan.

Perkembangan pesat teknologi dan kemajuan ini menbuatkan nilai etika dan

moral dalam masyarakat berubah mengikut perkembangan semasa dan keadaan. Ini

menbuatkan nilai etika dan moral kini adalah suatu yang abstrak. Disamping itu gaya

(17)

dan sistem perundangan yang kompleks merupakan salah satu faktor pebuatan yang

tidak beretika (Mohd Janib Johari 2009). Perkembangan teknologi dan kemajuan tidak

hanya menbawa perkembangan positif dalam kehidupan manusia namun terdapat impak

negatif yang wujud, contohnya seperti penyalahgunaan teknologi seperti internet,

pergaulan tanpa batasan, interaksi sosial yang kini luar batasan masyarakat.

Pembendungan kesan-kesan negatif ini dapat dilakukan dengan mendedahkan para

remaja kita dengan nilai-nilai etika yang sewajarnya. Pendedahan terhadap nilai-nilai

etika dan moral yang baik akan menbentuk sebuah masyarakat yang memahami tentang

keburukan dan kebaikan yang wujud daripada kesan perkembangan kemajuan disamping

bertindak untuk menjadi penghakis daripada melakukan perbuatan yang tidak beretika

Etika ialah ilmu yang menyelidiki mana yang baik dan mana yang buruk dengan

memperhatikan amal perbuatan manusia sejauh yang dapat diketahui oleh akal fikiran,

(H. Hamzah Ya’ qub, 1983). Moral ialah tingkat laku yang telah atau sedang dilakukan

oleh individu, penentuan baik dan buruk moral dilakukan oleh seseorang bergantung

kepada dasar etika yang dipegang, dipatuhi dan dijadikan garis panduan, (Abdul

Rahman Abdul Aziz, 2002). Etika dan moral adalah sesuatu yang abstrak bergantung

kepada tahap pemikiran seseorang. Nilai-nilai etika yang dimilikinya akan menentukan

tingkah-laku beliau. Nilai-nilai etika diperolehi melalui pembelajaran secara formal dan

juga tidak formal, pembelajaran formal seperti pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas dan kelas-kelas agama. Pembelajaran formal akan melibatkan guru ataupun

pengajar untuk menberikan tunjuk ajar kepada para pelajar. Pembelajaran yang tidak

formal pula seperti pengalaman dan juga pemerhatian oleh seseorang itu. Pembentukan

nilai etika ini perlu dimulakan dari usia muda untuk memudahkan pengisian

nilai-nilai etika dalam diri dan pembentukan sahsiah yang baik.

Para remaja perlu mengenal pasti sifat-sifat baik (mahmudah) dan sifat-sifat

buruk (mazmumah) yang ada pada hati mereka, sifat mazmudah dan mahmudah berkait

rapat dengan nafsu (Md Uqbah An-Nafiq, 2002). Remaja ialah anak muda yang berumur

yang sekitar 13 tahun hingga 25 tahun. Peringkat umur ini amat mudah terpengaruh

(18)

segala-galanya serba ideal dan sesegala-galanya tertulis indah. Kehidupan yang berwajah glamor

sering menjadi inspirasi remaja, oleh itu mereka cenderung untuk mencuba melakukan

sesuatu yang baru dan mudah untuk terpengaruh dengan hiburan dan keseronokan atas

dorongan oleh nafsu mereka. Nafsu, naluri, keinginan dan kemahuan merupakan

pendorong untuk remaja melakukan sesuatu perkara. Penerapan nilai-nilai etika dapat

membantu mereka dalam menilai baik buruk sesuatu tingkah laku tersebut. Selain itu ia

juga dapat bertindak sebagai pendinding untuk para remaja agar tidak terpengaruh

dengan perbuatan yang tidak beretika. Tumbesaran remaja seiring dengan pengisian

nilai-nilai etika dapat menbentuk masyarakat yang baik dan menpunyai sahsiah yang

terpuji.

Nilai-nilai etika dan moral adalah garis panduan untuk seseorang itu menilai baik

dan buruk tindakan yang dilakukan individu tersebut. Pertimbangan akal yang logik juga

diperlukan untuk seseorang itu menilai sama ada tingkah laku tersebut adalah wajar atau

pun tidak bergantung kepada situasi yang dialami. Sebagai contoh, seorang pelajar

dikehendaki untuk mengikuti satu perkhemahan yang diwajibkan oleh sekolah namun

tidak dibenarkan oleh ibubapa pelajar tersebut. Dalam kes ini, pelajar tersebut

menpunyai 2 pilihan samaada mengikuti perkhemahan itu ataupun tidak, kedua-dua

keputusan boleh diterima dengan alasan yang logik. Maka setiap keputusan yang

dilakukan tidak hanya bergantung kepada nilai-nilai etika, namun ia juga bergantung

kepada kebijaksanaan individu untuk menbuat keputusan.

Kejadian jenayah tidak menampakan penurunan sebaliknya semakin

menjadi-jadi, di mana saban hari ada berita mengenai kejadian bunuh, rogol, rompak dan ragut

yang sekarang hangat diperkatakan (Utusan Malaysia, 23 Ogos 2004). Kebanyakan dari

salah laku remaja kini memungkinkan mereka untuk terjebak dengan kes-kes yang lebih

berat lagi seperti yang dilaporkan di dalam akhbar. Punca utama remaja kita terjebak

dengan kes-kes ini ialah kerana mereka telah terjebak dengan gejala sosial sejak dari

muda lagi. Mereka mudah terpengaruh dengan perkara yang dapat memenuhi nafsu

mereka. Mereka mengangapkan bahawa tingkahlaku tersebut dapat memuaskan rasa

(19)

Melalui kajian-kajian lepas, dikenal pasti golongan terbesar yang terjerumus di

dalam gejala yang tidak sihat ini, ialah golongan remaja. Golongan ini ialah satu

golongan yang dianggap masih mentah, punya akar yang masih belum tunjang dan

masih tercari-cari arah matlamat yang boleh dijadikan pedoman dan panduan didalam

membina jati diri. Dalam mengarap usaha untuk menangani permasalahan ini, kita tidak

boleh lari dari perlu mengenal-pasti punca-punca dan faktor-faktor penyumbang kepada

tompok-tompok hitam yang tidak menguntungkan mana-mana pihak lebih-lebih lagi

tidak menguntungan dari segi pembangunan negara.

Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara

baru dan trendy, yakni bukan dari budaya ketimuran. Tidak mustahil kita akan jatuh terpengaruh dan mengikut arah aliran kebaratan, terutama sekali golongan belia.

Contohnya seperti mewarnakan rambut, memakai anting-anting atau tattoo bahkan sampai kepada perkara yang lebih teruk seperti pengambilan minuman keras dan

pergaulan seks bebas yang boleh menjurus kepada masalah – masalah gejala sosial yang

lebih serius. Mungkin sesetengah orang menganggap ini merupakan satu fenomena yang

biasa namun di negara yang masih berpegang teguh pada falsafah Melayu Islam Beraja

(MIB) seperti Brunei Darussalam dan Malaysia, ia merupakan satu perkara yang

keterlaluan dan perlu dielakkan. Masalah gejala sosial ini bukan sahaja mencemarkan

martabat sesuatu bangsa tetapi juga boleh merendahkan lagi martabat sesebuah bangsa

itu.

Kehidupan di institusi pengajian tinggi dan kolej memberi ruang dan peluang

kepada pelajar untuk menjadi individu yang berdikari. Pelajar univesiti dan kolej berada

dalam posisi awal dewasa dalam mendapat kebebasan untuk bertindak dan perlu

bertanggungjawab dalam banyak aspek kehidupan. Antara tanggungjawab ini

termasuklah menbuat keputusan kerjaya, memilih rakan, menbina hubungan intim yang

berlainan jantina, menjaga keselamatan diri dan kesihatan diri, menguruskan masa dan

kewangan, serta melakukan inisiatif-inisiatif yang menentukan masa depan kerjaya

meraka (Sigelman & Rider, 2003). Pencapaian akademik bukan ukuran untuk

(20)

yang dinyatakan dalam falsafah pendidikan Malaysia. Pelajar akan dibentuk supaya

mempunyai 5 sifat yang baik dalam segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sahsiah

(JERIS). Pelajar diajar agar berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayana mencapai kesejahteran diri serta member

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pada peringkat remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat

pesat sekali dari segi fizikal dan rohani. Pada waktu ini remaja mula terdedah kepada

alam luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka.

Remaja juga akan belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa

tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada

tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai,

malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang

dan dewasa (Bettelheim, 1950). Pada tahap ini remaja mempunyai beberapa sifat seperti

suka pergaulan dengan rakan-rakan berbanding ibubapa, suka berangan-angan dan

senang terpengaruh oleh emosi. Pengawasan yang sesuai seharusnya diberikan kepada

para pelajar dan remaja, tanpa pengawasan yang betul, remaja dan pelajar ini juga

mungkin terjebak dengan gejala sosial ini.

Stanley Hall (1904) berpendapat perkembangan seseorang individu ditentukan

oleh naluri iaitu tenaga-tenaga biologi dan faktor genetik dan bukannya persekitaran.

Beliau mengatakan zaman remaja sebagai zaman ‘storm and stress’ yang bersifat biologikal yang terhasil daripada perubahan-perubahan yang berlaku semasa baligh yang

tidak dapat dielakkan. Mencapai akil baligh merupakan satu masa apabila emosi menjadi

tidak stabil dan tergugat. Hall percaya bahawa hasil daripada tekanan-tekanan dan

perubahan tersebut, remaja akhirnya akan menjadi individu yang matang dan bermoral.

Untuk sesetengah remaja, tekanan-tekanan dan juga perubahan ini tidak dapat diterima

dan remaja ini memerlukan bantuan daripada pihak luar untuk mereka menilai dan

menentukan cara bagaimana penerimaan perubahan yang terdapat dalam hidup mereka.

Pihak luar akan bertindak sebagai pemantau dan mengawasi tingkahlaku mereka dan

(21)

juga daripada guru, jiran-jiran dan juga pihak berkuasa jika perlu. Ini menunjukan

banyak pihak bertanggungjawab dalam penbentukan sahsiah seseorang remaja.

Kerjasama adalah penting supaya remaja kini akan menbentuk dengan lebih baik lagi.

1.1.1 Definasi Gejala Sosial di Universiti

Gejala sosial dilihat sebagai satu perlakuan manusia yang terkeluar dari

batas-batas normal dan diterima umum, baik dari aspek agama, sosial serta budaya kehidupan

masyarakat (Hamzah, 2003). Gejala sosial adalah perlakuan yang dilihat tidak menbawa

sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan

dalam sesuatu masyarakat ataupun Negara. Gejala sosial wujud disetiap peringkat umur

manusia, seperti remaja, dewasa dan juga orang tua. Gejala sosial tidak terbatas dengan

hanya perilaku seseorang sahaja, ia mungkin menglibatkan sekumpulan orang. Sebagai

contohnya seperti pelajar sekolah beramai-ramai ponteng sekolah untuk pergi kepusat

hiburan.

Gejala sosial melalui perspektif seseorang adalah berbeza, ini melalui contoh

gejala seks bebas dikalangan dewasa. Jika kedua-dua pihak bersetuju ia adalah

perbuatan yang tidak salah melalui persepktif sesetengah agama, namun dalam islam

telah mengariskan bahawa seks bebas tanpa sebarang ikatan hukumnya adalah haram.

Seperti juga dengan gejala sosial, mengikut pandangan seseorang ia adalah berbeza.

Dalam kajian ini bentuk gejala sosial yang dilihat sebagai gejala sosial oleh pengkaji

ialah seperti seks bebas dikalangan pelajar, minum arak, menghisap dadah, menonton

video lucah, vandalisme, melepak,pergaulan tanpa batas dan berhibur di kelab-kelab

malam.

Kini terdapat berbagai-bagai kajian yang cuba untuk mencari punca wujud gejala

sosial kalangan masyakat kini. Berbagai-bagai faktor, punca dan teori juga telah

(22)

pernah dikemukakan ialah seperti pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya, pengaruh

internet, tahap didikan agama dan masa lapang individu. Faktor-faktor ini menpunyai

perkaitan dengan kehidupan seseorang individu, sebagai contohnya ibubapa dan rakan

sebaya banyak menberikan pengaruh mereka dalam menbentuk sahsiah seseorang itu.

1.2 Latar belakang masalah

Kajian mengenai gejala sosial ini telah banyak dilakukan oleh pengkaji-pengkaji

terdahulu dan mengikut daripada kajian-kajian yang terdahulu mendapati golongan

remaja melayu mendominasi gejala sosial dan dilihat kian tahun kadar tangkapan yang

dilakukan semakin hari semakin meningkat. Gejala sosial yang dicatatkan seperti kes

buang bayi, sumbang mahram, maksiat, kehamilan remaja, keganasan rumah tangga,

penangihan dadah, dan juga jangkitan HIV. Negara ini turut di gemparkan dengan

masalah black metal yang semakin teruk menular dikalangan remaja islam pada akhir

tahun 2001.

Daripada kajian-kajian yang telah dijalankan keatas pelajar-pelajar di instituti

pengajian tinggi didapati mereka lebih mudah berhadapan dengan penyesuaian

akademik berbanding penyesuaian sosial dan emosi. Keupayaan remaja menangani

isu-isu penyesuaian sosial dan emosi, dan seterusnya membina hubungan melalui pergaulan

yang sihat banyak dipengaruhi pengaruh-pengaruh luar seperti hubungan dengan

ibubapa, rakan sebaya, guru dan juga laman sosial yang semakin canggih kian hari.

Ibubapa, guru, dan rakan sebaya merupakan orang yang rapat dengan pelajar dalam

membentuk sifat dan gaya hidup seorang pelajar itu.

Masalah gejala sosial yang melibatkan pelajar IPT sering mendapat perhatian

daripada pihak media massa. Terdapat berbagai-bagai laporan yang berjaya dilaporkan

contohnya seperti isu gambar aksi lucah tersebar di internet yang pernah hangat sekitar

(23)

Laporan media mengenai masalah gejala sosial pelajar IPTA sedikit sebanyak memberi

gambaran buruk terhadap institusi berkenaan. Antara kes lain yang berjaya dicatatkan

ialah seperti kes buang bayi, maksiat, kes rogol dan yang terbaru ialah kes kematian

semasa melahirkan anak.

Universiti Teknologi Malaysia merupakan antara universiti yang terbesar di

Malaysia dan mempunyai pelajar yang agak ramai. Oleh dengan itu UTM terpaksa

menbina lebih penempatan untuk menbolehkan pelajar menginap di dalam universiti.

Namun terdapatnya kolej yang berkedudukan di luar lingkaran yang bermaksud jauh

daripada bahagian pengurusan dan fakulti. Para pelajar yang menginap di kolej ini

kurang mendapat pengawalan daripada pihak pengurusan atau bahagian kawalan

universiti. Pelajar-pelajar yang berada diluar lingkaran ini lebih bebas berbanding

dengan pelajar di dalam lingkaran dan perjalanan untuk ke kolej luar juga terdapat

banyak melalui kawasan gelap.

Mohd Nasir Mansor (Persepsi pelajar terhadap isu-isu sosial: satu tinjauan di

Universiti Teknologi Malaysia, 2004) mendapati responden kes kajianya menyatakan

bahawa gejala sosial di kalangan pelajar IPT berada pada tahap yang tinggi. Daripada

52.0% pelajar yang tersebut 120 orang merupakan pelajar siswi manakala 76 responden

lagi merupakan pelajar siswa yang menyatakan gejala sosial dikalangan pelajar adalah

tinggi.

Jadual 1.1: Taburan tahap masalah sosial secara keseluruhan

Tahap Kekerapan Peratusan

Tinggi 196 52.0%

Sederhana 178 47.2%

Rendah 3 0.8%

(24)

Berdasarkan daripada taburan taburan responden berdasarkan jantina dilakukan

dan keputusan yang didapati bahawa responden perempuan hanya menyatakan bahawa

gejala sosial berada pada tahap yang agak tinggi dan sederhana manakala responden

lelaki terdapat responden yang menyatakan gejala sosial pada tahap rendah.

Jadual 1.2 : Taburan tahap Masalah sosial berdasarkan jantina

Tahap Lelaki Perempuan

Tinggi 76 120

Sederhana 66 112

Rendah 3 0

Jumlah 145 232

Berdasarkan maklumat dan gambaran umum berkenaan masalah sosial yang

terdapat dikalang remaja masa kini, tidak dapat dinafikan bahawa masalah sosial ini

berlaku dimana-mana jua. Masalah gejala sosial ini turut juga melibatkan pelajar yang

bijak pandai seperti pelajar IPT. Persoalannya sekarang ialah apakah faktor yang

menyebabakan pelajar terdorong untuk melakukan gejala sosial ini dan mencari jalan

penyelesaian agar gejala sosial dikalangan remaja IPT dapat dibendung.

1.3 Penyataan masalah

Menurut Kenny dan Rice (1995). Pelajar yang menpunyai pertautan yang baik

dengan ibubapa menpunyai konsep kendiri yang jelas, estim kendiri yang tinggi,

keupayaan sosial yang tinggi dan penyesuaian yang lebih berkesan. Melaui daripada

nilai-nilai yang telah diterapkan oleh ibubapa ini menbuatkan remaja tersebut lebih bijak

dalam menbuat keputusan. walaupun remaja banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya

namun dengan pertautan yang baik remaja pastinya dapat menbuat keputusan dengan

(25)

Sebagai seorang pelajar, mereka seharusnya tahu untuk mencari maklumat dalam

internet. Namun tidak kesemua maklumat yang boleh diperolehi itu adalah maklumat

yang berguna, terdapat juga maklumat yang mangarah pelajar kita kearah

tindakan-tindakan negatif seperti laman web lucah, laman web yang memaparkan aksi-aksi yang

merosakan akidah dan juga cerita-cerita yang banyak menayangkan aksi-aksi yang tidak

sesuai untuk tontonan umum. Kesan negatif wujud daripada penyalahguna internet,

disini pengkaji ingin melihat internet sebagai faktor gejala sosial.

Setiap kelakuan manusia lahir dari suatu kehendak yang digerakan oleh naluri.

Naluri bertindak sebagai permangkin untuk manusia melakukan sesuatu. Naluri dapat

menberi kita banyak manfaat dan juga naluri boleh menbwa kita ke lembah yang hina.

untuk mengelakan kita daripada terjebak ke arah jalan yang salan didikan agama yang

sepatutnya harus diberikan. Dalam hal ini, kita ingin melihat bagaimana corak didikan

agama dalam menbendung gajala sosial dikalangan pelajar IPT. Mereka merupakan

pelajar yang cermerlang dalam bidang akademik, namun adakah ini termasuk dalam

bidang ilmu agama.

Masa untuk seorang pelajar tidaklah hanya tertumpu dengan pembelajaran

sahaja, mereka terlibat dengan aktiviti lain seperti majlis, persatuan, kokurikulum. Ini

menunjukan yang bahawa pelajar terdapat masa lapang. Bagi pelajar yang aktif, ia tidak

menjadi masalah. Tetapi bagaimana dengan pelajar yang kurang aktif dalam kerja-kerja

persatuan mahupun kokurikulum. Masa lapang yang tidak digunakan dengan bijak akan

mengundang masalah buat pelajar.

Dalam konteks ini masalah yang dipertengahkan oleh pengkaji adalah

faktor-faktor yang dapat dilihat pengkaji sebagai pemangkin gejala sosial dan bagaimana untuk

meminimakan faktor-faktor ini. Pengkaji juga ingin melihat bagaimana gejala sosial ini

wujud dikalangan pelajar UTM. Terdapat pelbagai faktor yang boleh dikaitkan dengan

gejala sosial kerana gejala sosial merupakan salah satu akibat daripada perkembangan

(26)

internet, tahap didikan agama dan juga pengaruh masa lapang yang cuba dilihat sebagai

faktor kepada gejala sosial bagi pelajar di Kolej 10, Kolej 9 dan juga Kolej Perdana

Universiti Teknologi Malaysia Skudai.

1.4 Objektif kajian

1.4.1 Menentukan tahap pemahaman pelajar tentang gejala sosial di Kolej 9, Kolej 10,

dan Kolej Perdana.

1.4.2 Menentukan pengaruh ibu bapa, dan rakan-rakan dalam penglibatan pelajar

dalam gejala sosial di Kolej 9, Kolej 10, dan Kolej Perdana.

1.4.3 Menentukan pengaruh internet sebagai salah satu faktor berlakunya gejala sosial

di Kolej 9, Kolej 10, dan Kolej Perdana.

1.4.4 Menentukan kaitan antara didikan agama dengan gejala sosial di Kolej 9, Kolej

10, dan Kolej Perdana.

1.4.5 Menentukan pengaruh aktiviti masa lapang dalam aktiviti kokurikulum dengan

gejala sosial di Kolej 9, Kolej 10, dan Kolej Perdana..

1.4.6 Cadangan menangani gejala sosial di Kolej 9, Kolej 10, dan Kolej Perdana.

1.5 Persoalan kajian

1.5.1 Adakah pelajar memahami maksud gejala sosial dikalangan pelajar IPTA?

1.5.2 Adakah hubungan antara ibu-bapa dan rakan sebaya dengan pelajar dapat

mendorong pelajar untuk terjebak dengan gejala sosial?

1.5.3 Adakah kebolehan pelajar untuk mengakses internet menjadi pengaruh untuk

terjebak dengan gejal sosial?

(27)

1.5.5 Apakah yang dilakukan oleh pelajar semasa masa lapang mereka menjadi faktor

untuk pelajar terjebak dengan gejala sosial?

1.5.6 Apakah cadangan yang sesuai untuk mengatasi gejala sosial di kalangan pelajar

IPTA?

1.6 Kepentingan kajian

Kajian ini merangkumi pelbagai faktor yang dapat menyumbang kepada

penglibatan para pelajar ke dalam masalah gejala sosial di universiti. Faktor yang

menjadi permasalahan ini ialah ibu bapa, rakan sebaya, pensyarah, media massa,

teknologi, tahap didikan agama dan masa lapang pelajar. Melalui daripada kajian ini

pelbagai pihak akan mendapat manfaat bersama sepertinya pelajar tersebut, pihak

ibubapa, rakan-rakan,dan juga pensyarah, pihak universiti dan yang lebih penting lagi

Negara ini. Melalui dari kajian ini manfaat yang akan didapati adalah seperti:-

1.6.1 Menjadi panduan untuk pelajar memahami permasalah sosial serta kesanya pada

diri pelajar, dan memahami faktor-faktor untuk terjebak dengan gejala sosial

serta mengambil langkah untuk mengelakan masalah.

1.6.2 Meneyedarkan ibubapa dan pensyarah bagaimana bentuk pengaruh yang

menbolehkan para pelajar ini terjebak dengan gejala sosial dan hubungan yang

bagaiaman seharusnya antara pelajar dengan ibubapa dan pensyarah.

1.6.3 Menjadi panduan untuk pihak universiti dalam menetapkan peraturan keatas

pelajar untuk mengelakan gejala sosial ini terjadi.

1.6.4 Kajian ini boleh digunakan oleh pihak kawalan dan keselamatan universiti dalam

menguatkuasakan peraturan universiti.

1.6.5 Melalui kajian ini, diharapkan masalah gejala sosial akan dapat dibendung dan

para pelajar yang dikeluarkan adalah para pelajar yang cemerlang dalam aspek

(28)

1.7 Skop dan Batasan Kajian

Skop kajian ini menfokuskan pelajar yang menetap di kolej lingkaran luar seperti

Kolej Sepuluh (K10), Kolej Sembilan (K9), dan Kolej Perdana (KP). Batasan kajian ini

meliputi faktor-faktor yang menjadi punca kepada masalah sosial dikalangan pelajar.

Kebanyakan pelajar di kolej lingkaran luar mendapat perhatian yang kurang berbanding

dengan pelajar di kolej lingkaran dalam kerana lebih hampir dengan fakulti. Disepanjang

kajian ini dijalankan, ada beberapa limitasi dan batasan terhadap beberapa perkara .

Diantaranya ialah:

1.7.1 Kajian ini hanya mengambil responden daripada setiap kolej yang dikelaskan

sebagai kolej lingkaran luar dan dalam bilangan yang sama untuk setiap kolej.

1.7.2 Kajian ini melibatkan semua kaum namun akan lebih tertumpu kepada pelajar

islam kerana seperti yang dilihat kebanyakan gejala sosial ini merupakan salah

satu masalah pelajar islam

1.7.3 Kajian ini tidak akan melibatkan pelajar antarabangsa kerana item soalan yang

berbahasa melayu. Pelajar antarabangsa berkemungkinan besar tidak biasa

dengan bahasa melayu.

1.8 Definasi kajian

1.8.1 Kolej Lingkaran Luar

Kolej penempatan pelajar yang berada diluar lingkaran ilmu. Kolej-kolej ini

terletak agak jauh daripada persekitan fakulti.

1.8.2 Etika

Peraturan sosial iaitu peraturan-peraturan yang dikenakan oleh lingkungan sosial

(29)

1.8.3 Konsep Kendiri

Penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap dirinya secara

posititf atau negatif, menurut Staats (1963) konsep kendiri turut menpunyai

proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu.

1.8.4 Pengaruh

Kuasa yang terbit daripada orang lain, kekuatan batin, meninggalkan kesan

kepada orang lain.

1.8.5 Ibubapa

Orang tua yakni emak dan ayah yang telah melahirkan seseorang itu.

1.8.6 Internet

Rangkaian computer antarabangsa yang menbolehkan penguna komputer di

seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat

pengkalan data dari seluruh dunia.

1.8.7 Didikan

Kaedah mendidik atau menjaga dan melatih seseorang

1.8.8 Agama

Kepercayaan kepada tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan tuhan dan penerimaan

ajaran dan perintah-NYA, kepercayaan kepada Maha Kuasa.

1.8.9 Masa lapang

(30)

BAB II

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

Krisis keruntuhan moral, akhlak dan displin dikalangan remaja kita merupakan

fenomena biasa kala kini. Remaja yang sebahagianya merupakan pelajar IPT juga tidak

terlepas daripada masalah sosial yang kini semakin tenat dikalangan remaja kini.

Masalah sosial menbabitkan pelajar IPT kebanyakanya hanya diketahui oleh pihak

pentadbiran IPT sahaja. Mengikut daripada temubual bersama Unit Displin Universiti

Teknologi Malaysia perkara ini merupakan perkara yang akan mengaibkan sesebuah

institusi pengajian tinggi dan kebanyakan maklumat terpaksa disimpan daripada

pengetahuan umum. Hal ini menyebabkan banyak perkara yang berkaitan dengan

masalah sosial perlajar tidak dapat diketahui oleh pihak awam untuk dijadikan sebagai

petunjuk dalam mendidik anak-anak mereka ataupun sebagai pengajaran bagi para

pelajar baru yang akan memasuki alam baru di IPT.

Kajian-kajian berkenaan dengan gejala sosial telah banyak dilakukan untuk

mencari punca terjadi masalah gejala sosial dikalangan pelajar IPTA. Pelbagai teori,

faktor dan punca telah dibentuk atas sebab psikologi manusia yang berbeza-beza antara

satu sama lain. Sesebuah masyarakat terdiri dari berbagai-bagai jenis peringkat umur

dan ragam masing-masing. Antara teori dan faktor yang telah diguna pakai adalah

seperti hubungan remaja dengan ibubapa, guru, dan rakan sebaya, faktor ekonomi, faktor

(31)

dikemukakan adalah berkait rapat dengan kehidupan seseorang remaja itu ataupun disini

berkait rapat dengan pelajar tersebut.

Melalui daripada kajian ini pengkaji hanya akan mengambil empat daripada

faktor yang pernah dikemukakan untuk dijadikan objektif. Bab ini akan menbincangkan

tentang teori dan kajian-kajian lepas yang telah dijalankan berkenaan dengan

faktor-faktor masalah gejala sosial dikalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Dalam bab ini

faktor-faktor yang akan dibincangkan adalah seperti faktor hubungan antara pelajar

dengan ibu bapa, dan rakan sebaya, faktor internet, faktor didikan agama dan juga faktor

masa lapang.

2.2 Faktor Hubungan Antara Pelajar Dengan Ibu Bapa dan Rakan Sebaya

Institusi kekeluargaan merupakan tunjang dalam pembentukan sahsiah dalam diri

seseorang remaja. Keluarga merupakan pihak yang banyak mepengaruhi sikap, tutur

kata, dan personaliti seseorang itu. Kebanyakan perilaku seseorang itu adalah wujud

daripada latihan dan tingkah laku yang biasa dirumah mereka. Pembelajaran secara tidak

formal boleh berlaku tanpa mengira tempat dan waktu, dengan melalui pengalaman dan

juga pemerhatian seseorang itu telah menjalani pembelajaran yang tidak formal.

Contoh-contoh terladan dan nilai-nilai murni seharusnya di tunjukan oleh orang tua di dalam

rumah agar nilai-nilai ini dapat diterapkan dari rumah lagi.

Kurangnya tumpuan kepada para remaja akan menimbulkan konflik dalam diri

mereka. Kekecewaan terhadap keluarga ataupun persekitaran menyumbang kepada

tingkah laku devian bagi mencapai maksud luahan perasaan (Nor Ba’yah 2004). Sara

hidup yang tinggi masa kini menbuatkan ibu bapa menberi lebih komitmen terhadap

kerja. Ibubapa cenderung dalam melepaskan tanggungjawab terhadap pihak sekolah

ataupun pihak penjaga. Ibubapa beranggapan bahawa faktor kewangan yang stabil perlu

(32)

penjaga pula, ibubapa beranggapan bahawa remaja adalah masa untuk seseorang itu

berdikari, namun tanpa tunjuk ajar dan pengawasan yang sesuai mereka mudah lalai

dengan hiburan dan keseronokan. Tumpuan yang kurang keatas remaja ini menbuatkan

mereka mencari alternatif lain untuk mengisi kasih sayang ataupun tumpuan dari

sesebuah pihak. Selain daripada ibu bapa yang sibuk dengan kerja, contoh lain bagi

keluarga yang bermasalah ialah perceraian dan kerap berlaku pergaduhan antara ibu

bapa.

Pengawasan yang terlalu ketat terhadap remaja akan menbuatkan mereka merasa

terkongkong. Remaja yang terkongkong agak lemah dalam menilai sesuatu situasi itu.

Remaja seperti ini mudah untuk terlibat dalam gejala sosial yang banyak menberikan

kebebasan dan keseronokan kepada remaja. Sungguhpun kekuatan ikatan kekeluargaan

dan penguatkuasaan undang-undang adalah begitu rapat persamaannya dan perlu, apa

yang lebih penting ialah kebolehan kita memastikan supaya rumah, tempat kerja atau

sekolah serta persekitarannya bebas daripada pelbagai gejala sosial. (Lee Lam Thye 2

Ogos 2002). Pihak lain seperti pihak sekolah, pihak polis dan juga masyarakat haruslah

berkerjasama dalam mengawal persekitan para remaja. Persekitaran yang terkawal akan

menbuatkan para pembesaran remaja yang terkawal.

Menurut Fadhilah Kamsah (1997) terdapat 3 proses komunikasi, pertama

komunikasi dengan pencipta, kedua komunikasi dengan diri sendiri dan ketiga

komunikasi dengan alam dan makhluk. Proses yang ketiga menerangkan hubungan

antara manusia dengan manusia lain. Dalam pendidikan pula menerangkan tentang

pembelajaran tidak hanya terbatas kepada sekolah dan juga institusi pendidikan sahaja,

malahan setiap waktu kita akan belajar akan perkara baru secara formal mahupun tidak

formal. Pembelajaran tidak formal ini seperti pemerhatian seseorang dan juga

pengalaman beliau. Penilaian yang tidak diawasi oleh orang yang lebih matang akan

membuatkan remaja salah dalam menilai sesuatu tingkah laku, sebagai contohnya seperti

jika pelajar tersebut menyatakan yang bahawa menghisap rokok adalah tidak salah

padanya maka ia akan ditetapkan sebagai tidak salah. Oleh itu pengawasan yang sesuai

(33)

contoh lain bagi pembelajaran tidak formal yang baik seperti, pergaduhan antara ibu

bapa, bapa ataupun rakan yang menhisap rokok, video lucah, dan sebagainya. Hal ini

mungkin menbentuk pemangkin untuk pelajar terlibat dalam gejala sosial.

Peringkat remaja merupakan peringkat dimana pelajar lebih cenderung untuk

bersosial dan berkawan. Di peringkat ini remaja lebih banyak menghabiskan masa

bersama dengan rakan sebaya berbanding dengan keluarga mereka. Perkembangan

sosial banyak berlaku dalam peringkat ini dan perhatian daripada pihak tertentu adalah

amat penting. Perkembangan sosial yang baik datang daripada pemilihan rakan yang

bijak dan akan menbentuk pelajar yang lebih baik. Masalah sosial dikalangan pelajar

adalah banyak berkait rapat dengan faktor hubungan antara rakan sebaya dengan pelajar.

Ini kerana kebanyakan kes yang diketahui bahawa rakan sebaya merupakan pengaruh

untuk mereka terjebak dalam gejala sosial. Selain daripada itu pelajar lebih mudah untuk

mengunakan rakan sebaya dalam mengisi kasih sayang yang kurang diberikan oleh ibu

bapa. Keperluan untuk disayangi menyebabkan individu risau ditinggalkan dan sanggup

melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kasih sayang (Bartholomew & Horowitz,

1991). Dengan adanya rakan sebagai tempat penganti tentunya pelajar akan lebih mudah

terpengaruh dengan rakan sebaya berbanding dengan mengikut ajaran yang telah

diberikan oleh ibu bapa.

2.3 Faktor Pengaruh Internet

“Dunia tanpa sempadan”, “Maklumat hanya dihujung jari”, berdasarkan

kenyataan tersebut, maklumat kini mudah untuk diperolehi. Tidak terbatas dengan jarak

dan masa. Pelajar IPT sering kali mengunakan komputer dalam menyelesaikan tugasan

yang telah diserahkan oleh pensyarah dan ini termasuk dalam pencarian maklumat.

Terdapat berbagai bentuk maklumat dan media yang disediakan didalam internet tetapi

tidak semuanya adalah bersesuaian dengan tugasan yang diberikan. Maklumat dapat

(34)

video dan gambar lucah, filem-filem yang memaparkan keganasan dan perlakuan

menghisap dadah dan sebagainya lagi. Perkembangan teknologi merupakan suatu

anugerah kepada kita manusia namun masyarakat perlu bersedia dengan ledakan

kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang turut membawa

pengaruh-pengaruh negatif yang boleh diperoleh oleh sesiapa saja (Utusan Malaysia, Isnin, 23

Ogos, 2004). Penapisan bentuk maklumat seperti yang dilakukan jabatan penapisan

maklumat dan media Negara merupakan satu tindakan yang baik. Penapisan maklumat

dapat mengurangkan bentuk-bentuk maklumat yang tidak berguna atau tidak sepatutnya

sampai kepada orang ramai. Penapisan dari segi maklumat internet seharusnya menjadi

perkara penting dalam menangani masalah ini. Namun penapisan maklumat melalui

internet adalah amat sukar untuk dilakukan dan ia agak mustahil untuk dilakukan dalam

lingkungan masyarakat yang besar.

Noor Azam Abdul Rahman (2003) menerangkan remaja melayu kini telah

dijangkiti ketagihan internet yang agak teruk ( cybermania). Golongan ini mengunakan

internet bukan sahaja untuk tujuan pendidikan. Tetapi sebagai sumber untuk

mendapatkan hiburan yang lebih bebas tanpa kongkongan keluarga seperti games, laman

pronografi, berkenalan (chatting). Penyalahgunaan internet bukan sahaja merugikan

masa seseorang itu, ia juga akan menberi kesan kepada persekitaran disekeliling mereka.

Contoh kesan yang wujud seperti kerja yang tidak menentu, pandangan serong dari

orang ramai, dan macam-macam lagi.

2.4 Faktor Didikan Agama

Tugas mendidik anak beragama itu adalah wajib hukumnya, bukan setakat

pendidikan untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah

Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Rasid Rahaman Berita Minggu,

Ahad, 23 Dis. 2007). Setiap agama akan mengajar kita untuk menjadi seorang yang

(35)

peranan dalam menentukan sikap seseorang samada betul mahupun salah. Setiap

peraturan yang telah ditetapkan menpunyai sebab-sebab yang tertentu agar kita dapat

menjalani hidup kita dengan lebih baik lagi. Dalam agama sendiri telah menyatakan

bahawa kita seharusnya menpunyai kepercayaan kepada tuhan dan perintah-NYA.

Peraturan dan perintah yang telah diwujudkan-NYA adalah bertujuan untuk kebaikan

manusia sejagat.

Masalah sosial kini wujud adalah juga disebabkan dengan kekurangan ilmu

agama di kalangan para remaja kita masa kini. Melalui daripada Sidek Baba , Berita

Harian, Sabtu, 13 Dis. 2008, pelajar kini hanya diajar untuk menghafal bukan untuk

memahami ajaran agama, ini menyebabkan pelajar yang mendapat markah yang baik

dalam peperiksaan namun terjebak dalam gejala dadah. Tidak mustahil juga para pelajar

ini akan terlibat dengan gejala sosial lain tidak hanya gejala dadah. Beliau turut

menyebut bahawa mata pelajaran agama dapat digunakan secara berkesan dengan

mengaplikasikanya kedalam kehidupan seharian. Dengan cara ini pelajar akan lebih

memahami akan fungsi ilmu agama dalam kehidupan seharian dan dapat terus

mengaplikasikanya kedalam kehidupan seharian mereka.

Noor Azam Abdul Rahman (2003), dalam Islam telah mengariskan prisip

hubungan antara ibu bapa dan anak-anak berdasarkan peranan masing-masing. Peranan

dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak dapat dibahagikan kepada tiga

bahagian utama iaitu, pertama tanggungjawab pendidikan iman yang menerangkan

tentang dasar-dasar Iman, rukun Islam dan dasar-dasar Syariah. Kedua tanggungjawab

pendidikan moral, iaitu pendidikan mengenai dasar-dasar moral dan keutamaan perangai

atau tabiat yang harus dimiliki. Ketiga tanggungjawab pendidikan fisik iaitu

merangkumi perkara-perkara seperti mejaga kebajikan anak-anak dan mengalakan

mereka untuk berbuat baik. Prinsip yang pertama telah menyatakan bahawa ibu bapa

adalah wajib untuk menberi pendidikan agama kepada anak-anak mereka. Pendidikan

agama adalah penting untuk pelajar tidak terpengaruh dengan perkara-perkara yang

(36)

2.5 Faktor Masa Lapang Pelajar

Pelajar di insitusi pengajian tinggi adalah berbeza berbanding dengan pelajar di

sekolah. Disini mereka lebih bebas untuk merancang corak pembelajaran mereka

sendiri. Bagi pelajar yang bijak, mereka akan dapat menyusun dengan baik dan teratur.

Penyusunan masa yang baik akan menbantu pelajar dalam pelajaran dan juga aktiviti

yang melibatkan mereka. Penglibatan pelajar adalah berdasarkan pilihan mereka sendiri,

namun pihak universiti telah menetapkan bahawa setiap pelajar diwajibkan untuk

mengikuti dua aktiviti kokurikulum sepanjang mereka mengikuti pengajian.

Tempoh pembelajaran yang melibatkan pihak fakulti adalah daripada hari isnin

hingga jumaat yang memakan masa lebih kurang 45 hingga 50 jam. Namun bagi setiap

pelajar UTM mereka hanya dibenarkan untuk mengambil hanya 20 jam kredit sahaja. Ini

bermakna mereka hanya perlu untuk kekelas 20 hingga 25jam sahaja. Selain daripada

masa pembelajaran, pelajar juga turut terlibat dengan aktiviti kokurikulum dan persatuan

dengan waktu yang ada selain waktu pembelajaran mereka.

Bagi pelajar yang aktif mereka akan banyak menghabiskan masa dengan

melakukan aktiviti persatuan dan kokurikulum. Namun bagaimana dengan pelajar lain

yang kurang aktif? Mereka menpunyai kemungkinan untuk melakukan aktiviti lain

seperti melepak, bergaul dengan kawan, dan juga keluar bersiar-siar. Pengawasan yang

bersesuaian harusdiberikan bagi mengelaknya perkara ini dati berlaku kerana

(37)

2.6 Kolej Kediaman

Kolej kediaman adalah asrama untuk para pelajar Universiti tinggal atau pun

menetap. Setiap kolej merupakan bangunan yang terletak didalam kawasan Universiti

Matlamat dan falsafah penubuhan kolej kediaman adalah untuk menberikan penempatan

yang lebih baik dan selamat untuk para pelajar Universiti semasa mereka berada didalam

Universiti ini.

Universiti Teknologi Malaysia merupakan salah satu Universiti terbesar di

Malaysia. Setiap tahun pengambilan para pelajar adalah melebihi daripada 10,000

pelajar. Untuk menampung bilangan pelajar yang begitu banyak, pihak Universiti

terpaksa menbina kolej kediaman tambahan. Hal ini di selaraskan dengan wujudnya

kolej-kolej lingkaran luar dan dengan adanya kolej ini bilangan pelajar yang ramai tidak

menjadi masalah untuk para pelajar menetap didalam Universiti ini.

Seperti juga dengan asrama sekolah biasa, seseorang akan

dipertanggung-jawabkan untuk menjaga dan mengawal tingkah laku para pelajar bagi sesetiap kolej.

Tanggungjawab ini diletakan kepada pengetua kolej dan dibantuk oleh staf-staf lain

seperti penolong pengetua kolej, felo-felo, ketua aras dan juga staf-staf lain. Mereka

berperanan untuk memastikan para pelajar mengikut setiap peraturan yang ditetapkan.

Mereka turut bertanggungjawab untuk memantau para pelajar daripada melakukan

perbuatan yang tidak baik dan bertanggungjawag untuk menentukan aktiviti yang

(38)

2.7 Kesimpulan

Berdasarkan kajian Mohd Nasir Mansor (2003) gejala sosial dikalangan pelajar

di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berada di tahap yang tinggi. Noor Azam Abdul

Rahman (2003) menyatakan yang bahawa pelajar sekarang adalah mudah untuk

terpengaruh dengan hiburan. Hamdan Abd Kadir (2005) pula menyatakan pelajar

sekarang mudah untuk terlibat dengan dilema antara cinta dengan cita-cita. Berdasarkan

daripada kajian yang ada ini, gajala sosial dikalangan pelajar merupakan satu topik yang

bukan lagi asing. Banyak faktor yang telah dikemukakan untuk mengatasi masalah ini,

namun masih lagi wujud masalah gejala sosial di kalangan pelajar. Dalam kajian ini,

faktor ibu bapa, rakan, faktor internet dan kebolehan mengakses internet, faktor

pendidikan agama dan faktor masa lapang pelajar diketengahkan dalam mengenalpasti

(39)

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Menurut Kerlinger (1986), penyelidikan adalah satu usaha menganalisa data

melalui kaedah saintifik dengan bertujuan mencari jawapan kepada persoalan masalah

kajian yang dijalankan. Kaedah merupakan salah satu faktor penting dalam memastikan

kesahihan dan kebolehpercayaan kajian yang dilakukan. Bab ini akan menerangkan

tentang metadologi kajian yang dijalankan dari segi reka bentuk kajian, tempat kajian,

sampel kajian, instrument kajian, prosedur kajian, kajian rintis dan kaedah menganalisis

data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah deskriptif iaitu kajian berbentuk

tinjauan yang diolah untuk mendapatkan maklum balas mengenai faktor-faktor yang

menpengaruhi pelajar untuk terjebak dalam gejala sosial. Van Dalen (1979) di dalam Ng

B.G. (1996), kajian berbentuk deskriptif dapat menerangkan fenomena dengan

menganalisis data deskriptif yang diperolehi daripada soal selidik dan media-media lain

dan menurut daripada Mohd Majid (1993), menjelaskan kajian berbentuk tinjauan

(40)

matlamatnya ialah untuk mengumpul maklumat-maklumat tetang sesuatu peristiwa yang

sedang berlaku. Tinjauan merupakan salah satu kaedah yang mana pengkaji akan

melihat persekitaran kajian yang hendak dilakukan keatas sampel kajian.

3.3 Tempat Kajian

Kajian ini telah dilakukan di kolej penempatan pelajar Universiti Teknologi

Malaysia UTM. Kolej-kolej yang dimaksudkan adalah seperti Kolej Perdana (KP),

Kolej Sepuluh (K10), dan Kolej Sembilan (K9). Pemilihan tempat ini adalah kerana

pihak Universiti Teknologi Malaysia mengkelaskan kolej-kolej tersebut sebagai kolej

luar lingkaran ilmu berdasarkan jarak kolej terbabit dengan fakulti dan juga pernghuni

kolej-kolej ini terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi.

3.4 Sampel Kajian

Sampel sasaran kajian ini adalah merupakan pelajar yang menetap di kolej

lingkaran luar penempatan pelajar. Seperti yang dinyatakan di dalam tempat kajian

terdapat 3 kolej yang dikelasifikasikan sebagai kolej lingkaran luar. Jumlah pelajar yang

menetap bagi ketiga-tiga kolej ini ialah seramai 2600 orang. Respoden dipilih secara

rawak kelompok memandangkan populasi yang agak besar dan terdiri daripada

berbilang bangsa, agama dan juga jantina. Persampelan mengunakan Jadual Krejcie,

R.V and Morgan D.W. menunjukan jumlah responden untuk kajian ini telah di tetapkan

(41)

3.5 Intrumentasi Kajian

Jenis intrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal

selidik. Menurut Tuckman (1988), cara soal selidik mudah mendapat kerjasama dari

responden dan menurut Mohd Majid (1994), soal selidik merupakan alat ukur yang

digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Penyelidik memilih cara ini kerana

responden tidak akan berasa takut atau serba salah untuk menberikan jawapan kerana

nama responden tidak perlu dikemukakan dan jawapan mereka dirahsiakan. Disamping

itu soal selidik menberikan kebebasan kepada responden untuk menberi respon dan

menjimatkan masa selain tidak menganggu responden dalam tugas harian mereka. Set

soal selidik ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu

3.5.1 Soal Selidik

3.5.1.1 Bahagian A

Maklumat am seperti umur, jantina, bangsa, agama, dan tahun pengajian

merupakan item yang akan ditanyakan dalam bahagian ini. Bahagian ini bertujuan untuk

memudahkan pengelasan dan mengenalpasti subjek semasa penganalisa dijalankan.

3.5.1.2 Bahagian B

Soalan yang dikemukakan adalah berbentuk soalan yang berkaitan dengan

objektif kajian didalam Bab 1. Soalan adalah berkisar tentang pengetahuan am pelajar

terhadap gejala sosial. Dalam set soal selidik ini, Skala Likert digunakan untuk

mengukur darjah persetujuan dan pandangan responden terhadap sesuatu kenyataan.

Tanggapan responden dalam bahagian ini diukur dengan mengunakan Skala Likert yang

(42)

1 - Sangat Tidak Setuju (STS)

2 - Tidak Setuju (TS)

3 - Tidak Pasti (TP)

4 - Setuju (S)

5 - Sangat Setuju (SS)

3.5.1.3 Bahagian C

Soalan yang dikemukakan adalah berbentuk soalan yang berkenaan faktor-faktor

yang difikirkan pengkaji untuk pelajar terlibat dengan gejala sosial seperti faktor

hubungan ibubapa dan rakan sebaya dengan pelajar, faktor internet dan keboleh

mengakses internet, faktor tahap didikan agama, dan faktor masa lapang. Skala likert

digunakan untuk mengukur darjah persetujuan dan pandangn responden terhadap

sesuatu kenyataan.

3.5.1.4 Bahagian D

Soalan yang dikemukakan adalah berbentuk cadangan dalam menangani gejala

sosial dikalangan pelajar IPT. Cadangan diberikan berdasarkan aktiviti yang pernah

dilakukan dan juga mencuba aktiviti baru,Skala likert digunakan untuk mengukur darjah

(43)

3.6 Prosedur Kajian

Dalam melakukan kajian ini, terdapat beberapa prosedur yang dilakukan oleh

pengkaji. Prosedur tersebut adalah seperti:-

1. Perbincangan dengan penyelia mengenai tajuk dan permasalah yang

dihadapi.

2. Pencarian sumber-sumber yang boleh digunakan dalam kajian ini.

3. Menyediakan kertas cadangan.

4. Mendapatkan kelulusan penyelia setelah kertas cadangan diterima.

5. Menjalankan kajian rintis untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan soal

selidik.

6. Menjalankan kajian sebenar.

7. Mengumpul set edaran soal selidik dan menganalisis data.

3.7 Analisis Data

Penganalisisan data adalah bahagian yang penting dalam sesuatu kajian yang

dibuat. Data yang diperolehi akan dianalisis dan diproses menggunakan komputer

dengan perisian Statistical Pakage For Social Science (SPSS) For WINDOWS. Program SPSS ini digunakan kerana ia perisian ini memudahkan penganalisaan data,

mampu memanipulasikan data bagi bilangan sampel yang banyak dan data yang

dianalisis adalah tepat. Dengan bantuan program ini setiap data yang diperolehi dapat

(44)

Jadual 3.1 Kandungan instrument kajian

Item Bentuk soalan

i – iii Maklumat am responden

1 – 6 Permahaman tentang gejala sosial

7 – 10 Faktor pengaruh ibubapa

11 – 14 Faktor pengaruh rakan

15 – 19 Faktor pengaruh internet

20 -23 Faktor tahap didikan agama

24 -27 Faktor masa lapang

28 -37 Cadangan mengatasi gejala sosial dikalangan pelajar IPT

3.8 Kajian Rintis

Kajian rintis ini dijalankan bertujuan menguji kesahan dan kebolehpercayaan

item-item dalam soal selidik yang dipilih sebelum kajian sebenar dijalankan. Selain itu

juga, kajian rintis ini digunakan untuk mengkaji masalah-masalah yang akan timbul

sewaktu proses soal selidik berjalan.

Kajian rintis telah dijalankan ke atas 20 orang responden yang tidak termasuk

dalam sampel kajian. Soal selidik telah disemak untuk menentukan kejelasan item.Ujian

kebolehpercayaan ataupun reliability analysis telah dijalankan dengan menggunakan Program SPSS dan Alpha Cronbach yang diperolehi ialah 0.775. Nilai menunjukkan

item-item dalam soal selidik mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi

dan boleh digunakan.

Jadual 3.2: Reliability Statistics

Cronbach's Alpha N of Items

(45)

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini, perbincangan ditumpukan kepada dapatan yang telah diperolehi

hasil daripada kajian yang telah dijalankan. Sebanyak 298 set soal selidik telah

dianalisis. Penganalisisan data dilakukan terhadap setiap item soalan yang terdapat di

dalam set soal selidik dengan bantuan komputer menggunakan perisian SPSS 15.00 for Windows.

4.2 Analisis Data

Analisis data dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian A meliputi analisis

data yang berkaitan dengan maklumat am responden seperti jantina,, kolej penempatan

dan bangsa. Bahagian B pula merupakan analisis data yang diperolehi daripada

soalan-soalan yang berkaitan dengan permahaman pelajar tentang gejala sosial. Bahagian C

akan menganalisis soalan-soalan yang berkaiatan dengan persoalan kajian yang

melibatkan pengaruh ibubapa dan rakan sebaya, kebolehan mengakses internet, didikan

agama dan akhir sekali faktor masa lapang terhadap penglibatan pelajar dalam gejala

sosial. Bahagian D pula merupakan analisis data yang diperolehi daripada soalan-soalan

(46)

Analisis setiap item dilakukan untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min yang

mana item dikumpulkan mengikut persoalan kajian.

4.3 Analisis Bahagian A : Biodata Responden.

Analisis bahagian A iaitu maklumat am respoden melibatkan soalan yang

meliputi aspek jantina, kolej penempatan dan bangsa. Nilai kekerapan dan peratusan

bagi setiap aspek adalah dinyatakan. Data dan maklumat berkenaan responden

ditunjukkan dalam jadual – jadua l di bawah :

4.3.1 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina

Jadual 4.1 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina.

Jantina Kekerapan Peratus

Lelaki 175 58.7

Perempuan 123 41.3

Berdasarkan kepada jadual 4.1, responden yang terlibat dalam kajian adalah

terdiri dari 175 orang pelajar lelaki (58.7%) dan 123 orang pelajar perempuan (41.3%).

Ini menunjukkan majoriti responden adalah pelajar lelaki. Perbezaan sebanyak 52 orang

(47)

4.3.2 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Kolej Penempatan.

Jadual 4.2 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Kolej Penempatan.

Kolej Penempatan Kekerapan Peratus

Kolej 10 143 48.0

Kolej 9 89 28.9

Kolej Perdana 66 22.1

Taburan dan peratusan responden berdasarkan kolej penempatan dinyatakan

dalam Jadual 4.1. Seramai 143 orang responden menetap di Kolej 10 (48.0%), 89 orang

responden menetap di Kolej 9 (28.9%) dan 66 orang reponden menetap di Kolej Perdana

(22.1%).

4.3.3 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Bangsa.

Jadual 4.3 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Bangsa.

Kaum Kekerapan Peratus

Melayu 201 67.4

Cina 79 26.5

India 11 3.7

Lain-lain 7 2.3

Jadual 4.3 menunjukan taburan dan peratusan responden berdasarkan bangsa.

Seramai 201 orang responden berbangsa Melayu (67.4%). 79 orang responden

berbangsa Cina (26.5%). 11 orangresponden berbangsa India (3.7%) dan 7 orang

responden lain-lain bangsa seperti Iban, Bumiputera Sarawak, Kadazan Dusun, dan

(48)

4.4 Analisis Bahagian B: Analisa Setiap Item Mengikut Pemahaman Am.

Bahagian ini akan menganalisis item yang berkaitan dengan permahaman pelajar

tentang gejals sosial dikalangan pelajar IPTA. Sebanyak lima item soalan digunakan

untuk mengukur tahap pemahaman pelajar tentang gejala sosial.

Jadual 4.4 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Permahamana Am

No.

S1 Saya memahami maksud gejala

sosial.

S2 Saya mengetahui faktor gejala

sosial.

S3 Saya mengetahui kesan gejala

sosial.

S4 Saya berpendapat gejala sosial

wujud dikalangan pelajar IPT.

11

S5 Saya sering mengambil tahu

tentang gejala sosial dikalangan

pelajar.

Analisis item 1 menunjukan responden bersetuju adalah 91.6 peratus. Responden

tidak pasti adalah 7.4 peratus dan responden tidak setuju adalah 1.0 peratus. Min item

(49)

Analisis item 2 menunjukan responden setuju adalah 90 peratus. Responden

tidak pasti adalah 9.7 peratus dan responden tidak setuju adalah 0.3 peratus. Min item

ialah 4.27.

Analisis item 3 menunjukan responden setuju adalah 92.3 peratus. Responden

tidak pasti adalah 7.4 peratus dan responden tidak setuju adalah 0.3 peratus. Min item

ialah 4.31.

Analisis item 4 menunjukan responden setuju adalah 81.9 peratus. Responden

tidak pasti adalah 13.4 peratus dan responden tidak setuju adalah 3.7 peratus. Min item

ialah 4.19.

Analisis item 5 menunjukan responden setuju adalah 56.8 peratus. Responden

tidak pasti adalah 32.6 peratus dan responden tidak setuju adalah 10.7 peratus. Min item

ialah 3.60.

Min keseluruhan adalah 4.16 daripada ini dapat dibuat kesimpulan bahawa

responden menpunyai pengetahuan am tentang gejala sosial. Responden memahami

akan faktor dan kesan gejala sosial, disamping itu bersetuju wujudnya gejala sosial

dikalangan mahasiswa IPT. Dapatan daripada item 5 menunjukan responden tidak minat

(50)

4.5 Analisis Bahagian C: Analisa Setiap Item Mengikut Pengaruh Ibubapa dan

Rakan, Pengaruh Internet, Pengaruh Didikan Aama dan Pengaruh Masa

Lapang.

Analasis bahagian C akan melihat bagaimana faktor mendorong pelajar untuk

terlibat dengan gejala sosial. Persoalan kajian yang diukur dalam bahagian C ialah

pengaruh ibubapa dan rakan sebaya, pengaruh internet, pengaruh didikan agama dan

pengaruh masa lapang.

4.5.1 Pengaruh Ibubapa dan Rakan

Persoalan kedua kajian ialah tentang pengaruh ibubapa dan rakan adalah untuk

mengetahui bagaimana pengaruh pihak luar yang rapat dengan pelajar dalam kehidupan

seharian. Dibawah persoalan kajian ini terdapat lapan item dikemukakan dan jadual 4.5

dibawah adalah analisis item-item tersebut.

Jadual 4.5:Taburan Dan Peratusan Responden Pengaruh Ibubapa dan Rakan

No.

S6 Saya mempunyai hubungan

kekeluargaan yang rapat.

S7 Saya kerap berhubung dengan

keluarga.

S8 Ibubapa saya merupakan idola saya 7

(2.3%)

S9 Saya sering mendapatkan

pandangan ibu bapa untuk menbuat

(51)

S10 Saya menpunyai rakan karib 4

S11 Saya sering mendapatkan

pandangan rakan-rakan saya.

S12 Saya sering melakukan aktiviti

bersama dengan rakan saya.

7

S13 Saya mempunyai keinginan untuk

melakukan perkara yang dilakukan

rakan saya

Analisis item 6 menunjukan responden bersetuju adalah 93.3 peratus. Responden

tidak pasti adalah 6.0 peratus dan responden tidak setuju adalah 0.7 peratus. Min item

ialah 4.45.

Analisis item 7 menunjukan responden bersetuju adalah 89.2 peratus. Responden

tidak pasti adalah 9.1 peratus dan responden tidak setuju adalah 1.7 peratus. Min item

ialah 4.37.

Analisis item 8 menunjukan responden bersetuju adalah 88.9 peratus. Responden

tidak pasti adalah 8.7 peratus dan responden tidak setuju adalah 2.3 peratus. Min item

ialah 4.30.

Analisis item 9 menunjukan responden bersetuju adalah 77.5 peratus. Responden

tidak pasti adalah 17.8 peratus dan responden tidak setuju adalah 4.4 peratus. Min item

(52)

Analisis item 10 menunjukan responden bersetuju adalah 86.9 peratus.

Responden tidak pasti adalah 11.7 peratus dan responden tidak setuju adalah 0.4 peratus.

Min item ialah 4.26.

Analisis item 11 menunjukan responden bersetuju adalah 83.6 peratus.

Responden tidak pasti adalah 13.4 peratus dan responden tidak setuju adalah 3.0 peratus.

Min item ialah 4.09.

Analisis item 12 menunjukan responden bersetuju adalah 87.0 peratus.

Responden tidak pasti adalah 10.7 peratus dan responden tidak setuju adalah 2.4 peratus.

Min item ialah 4.12.

Analisis item 13 menunjukan responden bersetuju adalah 60.1 peratus.

Responden tidak pasti adalah 29.2 peratus dan responden tidak setuju adalah 10.7

peratus. Min item ialah 3.60.

Secara keseluruhan dapat dibuat kesimpulan bahawa kehidupan responden

semasa berada di IPTA banyak dipengaruhi oleh pihak luar seperti ibubapa dan rakan.

Responden mempunyai hubungan rapat dengan pihak keluarga dan juga rakan.dan

sesetangah responden untuk meminta pendapat dari ibubapa dan rakan dalam menbuat

keputusan. Daripada item 13 pula menunjukan responden kurang tertarik untuk

melakukan sesuatu berdasarkan pengamatan mereka keatas rakan mereka, ini

(53)

4.5.2 Pengaruh Internet

Persoalan ketiga kajian menfokuskan pengaruh internet kepada pelajar. Terdapat

lima item dikemukakan dalam kajian ini tentang pengaruh internet dan jadual 4.6

dibawah adalah analisis item-item tersebut.

Jadual 4.6:Taburan Dan Peratusan Responden Pengaruh Internet.

No.

S14 Saya mudah untuk mengakses

internet

S15 Saya mengakses internet untuk

mandapatkan maklumat pelajaran

S16 Saya memahami etika semasa

mengakses internet.

S17 Saya dapat menbezakan jenis

maklumat yang terdapat dalam

internet.

S18 Saya mengetahui akibat

penyalahgunaan internet.

Analisis item 14 menunjukan responden bersetuju adalah 67.8 peratus.

Responden tidak pasti adalah 17.4 peratus dan responden tidak setuju adalah 14.8

Referensi

Dokumen terkait

(Almh) selaku dosen pembimbing tugas akhir saya yang membimbing mulai dari awal penelitian saya hingga pada pertengahan perjuangan dari penelitian saya, Terimakasih

Dengan menerapkan prinsip pengembangan program seperti yang diformulasikan oleh Douglas, pengembangan materi kuliah terstruktur dalam bentuk Modul-modul, pengelolaan kelas dengan

Namun yang menjadi permasalahan adalah tidak sedikit manusia yang melupakan Alquran ketika mereka mendapat duka,padahal mereka mengatakan mengimaninya bahkan

Hasil penelitian menemukan bahwa secara umum fluktuasi harga ikan laut segar (gabungan jenis ikan kembung, lemuru, dan layang) di Sulawesi Selatan dipengaruhi secara

Ada 2 persen responden yang menyatakan sangat tidak setuju bahwa produk pelayanan yang diberikan oleh BPMP2T Kota Padang sesuai dengan harapan masyarakat pengguna jasa, 9

Vincentius a Paulo yang telah memberikan izin untuk melaksanakan Praktek Kerja Profesi di Instalasi Farmasi.. selaku Manager Instalasi Farmasi Rumah Sakit

Hasil penelitian menunjukkan bahwa setelah mengikuti perkuliahan dengan pendekatan Reciprocal Teaching, 80,3% mahasiswa telah mengalami kemandirian belajar baik secara

Jika dibandingkan dengan periode yang sama tahun sebelumnya, kinerja ekspor produk logam tumbuh 44,3% (y.o.y) pada triwulan laporan, lebih tinggi dari periode sebelumnya