Menghuraikan Sistem Ekonomi Feudalisme Di Jepun Dan China Abad ke 16
SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI JEPUN
Pendahuluan
Struktur muka bumi Jepun yang bergunung –ganang dipenuhi dengan banjaran gunung yang tinggi dan berbukit- bukau menyebaban kawasan tanah semulajadi untuk kegiatan pertanian hanyalah dua puluh peratus sahaja. Namun begitu, kegiatan pertanian masih menjadi tulang belakang kepada ekonomi Jepun pada abad ke 16. Bagi negara Jepun, revolusi perdagangan hanya lebih tertumpu kepada negara- negara Asia Timur dan Asia Tenggara bagi mengawal masyarakatnya, serta daimyo – daimyo dibawah kekuasaan shogun. Jepun membuka pintu negaranya kepada negara barat tetapi mengadakan perdagangan yang terhad dan mengenakan pelbagai peraturan.
Pertanian
Padazaman Kamakura, kegiatan pertanian mengalami perkembangan pesat yang telah menyebabkan pengeluaran hasil pertanian meningkat. Di samping itu, petani- petani juga terlibat dalam penanaman pelbagai jenis tanaman. Antara tanaman yang ditanam ialah padi, buah-buahan, gandum, barli, teh dan sayur-sayuran. Penanaman utama ialah padi sawah kerana Jepun beriklim sederhana dan ditanam setahun sekali iaitu ditanam pada musim bunga dan dituai pada musim luruh. Selain itu, tanaman yang paling popular di Jepun pada zaman ini ialah teh.
samping membolehkan tanah subur dan digunakan setiap tahun tanpa perlu direhatkan. Di samping itu, tanaman komersial seperti kapas dan teh juga ditanam secara meluas pada zaman ini.
Perniagaan
Kegiatan perniagaan juga berkembang pesat pada zaman kamakura. Peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian menyebabkan petani-petani menjual lebihan hasil pertanian di pasar dan kedai. Petani-petani yang tinggal di pekan atau bandar-bandar besar menjual hasil untuk mendapatkan wang.
Pertukangan
Pada zaman Kamakura, perkembangan perdagangan menyebabkan permintaan hasil pertukangan meningkat. Dengan ini, munculnya golongan tukang-tukang mahiryang menghasilkan kraf yang bermutu. Antara hasil pertukangan ialah barang perak, tembaga, tembikar, lukisan dan ukiran.
Perindustrian
Menjelang zaman Ashikaga, pengeluaran barang-barang tembikar telah meningkat dengan pesat dalam bidang perindustrian. Bandar Seto di wilayah Owari menjadi pusat pengeluaran barang-barang di Jepun dan permintaannya meningkat dengan pesat. Di samping tu, industri perlombongan emas, perak, dan tembaga juga berkembang pesat.
Perikanan
Perdagangan
Pada zaman Kamakurakegiatan perdagangan berkembang dengan pesat. Perkembangan perdagangan menyebabkan pertumbuhan ekonomi wang di Jepun. Mata wang syiling tembaga digunakan dalam urusan perniagaan dan pembayaran cukai. Di samping itu, muncul golongan pedagang yang menubuhkan persatuan-persatuan dagang.
Manakala pada zaman Ashikaga,pertumbuhan ekonomi menyebabkan kegiatan perdagangan berkembang dengan pesat. Disamping perdagangan dalam negara, wujud hubungan perdagangan dengan negara luar seperti China dan Portugal.Dimana, barangan dari China adalah seperti sutera, porselin, buku, manuskrip, lukisan dan barangan tembaga. Manakala dari Portugal, Jepun mula menerima teknologi barat, seperti teknologi kapal, teknik perang, persenjataan seperti senapang dan meriam, kesenian dan penyebaran agama Kristian.Kemajuan dalam perdagangan menyebabkan muncul sistem ekonomi wang di Jepun.Perkembangan perdagangan telah mewujudkan kesatuan-kesatuan pedagang (guild) yang memonopoli pengeluaran dan pemasaran barangan yang dihasilkan.
Sistem cukai tanah
Semasa pemerintahan Oda Nobunaga, sistem pendaftaran tanah baharu telah diperkenalkan. Sistem ini diperkenalkan untuk memudahkan pemungutan cukai. Selain itu, sistem cukai tanah yang teratur berasaskan pendaftaran tanah turut diperkenalkan.
Persatuan Kewangan
Pertumbuhan pesat dalam ekonomi menyebabkan muncul persatan-persatuan kewangan yang dikenali sebagai Tanomoshiko dan Mujinko. Pusat –pusat pertukaran wang ditubuhkan di bandar- bandar di Kuwana, sakai, Ise, dan Hakata.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Perkembangan ekonomi feudalisme yang dialami masyarakat feudalisme di Jepun wajar dicontohi oleh negara lain pada ketika itu. Perubahan pemikiran pemerintah telah menyebabkan pemodenan berlaku dalam pemerintahan dan kegiatan ekonomi demi bersaing dengan kuasa barat dan mempertahankan kedaulatan Negara. Perkembangan ini juga telah membawa aktiviti penerokaan dan penjelajahan yang menyumbang kepada perkembangan perluasan penjajahan dan pengumpulan kekayaan.
SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI CHINA ABAD KE 16
Pendahuluan
bangsawan sebagai penguasa kawasan luar bandar dan mengawal aktiviti ekonomi dikawasan luar bandar. Kemakmuran ekonomi China pada zaman pemerintahan Dinasti Ming diperlihatkan dengan pertambahan penduduk kepada 150 juta pada akhir abad ke 16.
Pertanian
Menjelang abad ke 16, sistem ekonomi bercorak feudal diamalkan di China. Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan berasaskan kepada perkembangan dalam kegiatan pertanian. Kegiatan bercucuk tanam yang dijalankan oleh masyarakat China bercorak pertanian sara diri. Antara tanaman makanan yang ditanam secara meluas ialah padi , gandum, millet, barli dan oat.
Menjelang zaman Ming, berlaku Revolusi dalam bidang pertanian. Perkembangan pesat ini disebabkan oleh penggunaan kaedah- kaedah baharu dalam pertanian. Antaranya ialah sistem penanaman padi dua musim diperkenalkan. Penanaman baharu seperti jagung india, ubi kentang manis dan kekacang juga turut di perkenalkan. Penggunaan baja secara meluas menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian. Kegiatan pertanian juga berkembang pesat kerana kemajuan dalam teknologi pertanian. Pelbagai jenis peralatan baharu dicipta seperti tenggala penabur benih, penyisir tanah, penggiling, kereta sorong beroda dua, dan kolar kuda. Selain itu, perkembangan pesat dalam pertanian disebabkan oleh kemajuan dalam teknlogi pengairan. Kolam takungan air dan empangandibina bagi kawasan pertanian. Seterusnya, perkembangan pertanian komersial. Contohnya, tembakau, kapas, mulberi dan tebu. Perkembangan pesat dalam bidang pertanian menyebabkan keluasan tanah pertanian meningkat . Pada awalnya, keluasan tanah pertanian di China ialah 422 juta mu dan bertambah maju menjadi 701 juta mu.
pengeluaran hasil pertanian dan peningkatan dalam keluasan kawasan tanah pertanian.
Industri Kecil
Bandar Nanjing dan Beijing merupakan pusat- pusat bandar yang besar dan berperanan menyumbang kepada perkembangan ekonomi. Antara hasil pengeluarannya ialah barang- barang kertas, sutera, kapas dan porselin. Pusat pengeluaran porselin yang utama di Kiangsi.Bandar Soochow pula muncul sebagai pusat industri tekstil, manakala Sungkiangpusat keluaran kain kapas. Perkembangan industri tekstil ini menjadikan kapas sebagai satu tanaman penting dalam Dinasti Ming. Seterusnya, industri kraf tangan dan tenunan turut menyumbang dalam sektor pertanian dan pembangunan negara. Usaha pertukaran dengan negara luar turut mencapai perkembangan pesat sehingga mewujudkan perdagangan dengan Jepun, Afrika Timur dan negara-negara Asia
Perdagangan
Hubungan luar dan perdagangan
Pada abad ke 16, pemerintahan Dinasti Ming, pelayar- pelayar China telah dibenarkan untuk memulakan pelayaran ke pesisir pantai di Asia Tenggara, selatan India, Sri Lanka, Hormuz dan pesisiran pantai timur Afrika. Ini mewujudkanhubungan perdagangan dengan negara luar dan membawa pedagang- pedagang luar untuk berdagang di pelabuhan. Antaranya, pedagang dari Asia Tenggara, Arab, Eropah, membolehkan China menerima banyak aspek lain daripada tamadun luar sehingga berjaya meningkatkan ekonomi China. Negara China membenarkan pedagang Portugal, Sepanyol dan Belanda berdagang di China. Pada tahun 1516, Portugal menghantar Rafeal Perestrello diikuti Tom Pires untuk menjalinkan hubungan dengan China. Walau bagaimanapun, kerajaan Ming hanya membenarkan urusan pedagang Portugal di Macau sahaja, dikawal ketat oleh pembesar China dan pedagang hanya boleh memasuki Canton pada hari tertentu sahaja. Justeru, China memperoleh barangan perak dari Portugal dan Portugal membeli sutera dari China hasil daripada hubungan tersebut.
Kesimpulan
Kesimpulannya, negara China mengalami perkembangan pesat dalam bidang ekonomi seperti pertanian dan perdagangan melalui dasar pintu terbuka oleh Dinasti Ming. Kepesatan dan kemakmuran ekonomi China telah menjadikan China sebagai sebuah negara yang mashyur dalam perkembangan ekonomi pada masa tersebut.
Sumber Rujukan:
1. Teks STPM Sejarah Penggal 1 (Pelangi)
Penulis: Mahdi Shuid, Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed
Penulis: Norizan Yusof