• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAKRIF TAMADUN DAN CIRI docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TAKRIF TAMADUN DAN CIRI docx"

Copied!
33
0
0

Teks penuh

(1)

1.1TAKRIF TAMADUN DAN CIRI-CIRI PENTINGNYA

Perkataan 'tamadun' sering digunakan untuk menggambarkan kemajuan kebendaan

material) sesebuah masyarakat. Dari perspektif semasa pula, perkataan 'tamadun' selalunya merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi (S&T) selari dengan penonjolannya dalam tamadun Barat pada zaman ini. Sebenarnya ;-erkataan 'tamadun' dari sudut etimologi berasal daripada perkataan maddana dalam 6 ah as a Arab. Maddana yang merupakan kata kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan maddana ini diterbitkan

perkataan madani yang merupakan sifat nama. 1 Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan m iddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada deen yang bermaksud agama, iaitu

menggambarkan kehidupan beragama."

Pengertian tamadun berdasarkan etimologi seperti yang dikemukakan, secara tidak langsung menekankan dua perkara yang penting dalam memberi takrifan yang lengkap terhadap tamadun. Pentakrifan tamadun yang lengkap harus menggabungkan kedua-dua perkara tersebut yang berkaitan dengan kehalusan budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau penempatan. Secara lebih sempurna, tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan

pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan (seperti S&T, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain) yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.

Perkataan bahasa Arab lain yang turut digunakan untuk mentakrifkan tamadun ialah hadarah yang berasal daripada perkataan hadara yang merujuk kepada perbuatan duduk di bandar dan perilaku kehidupan yang tinggi.3 Tamadun juga sering disamakan pengertiannya dengan peradaban yang membawa maksud keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani dalam sesebuah bangsa dan masyarakat. Selain daripada itu, perkataan yang sering digunakan dalam bahasa Inggeris untuk memberi maksud tamadun ialah

civilization. Perkataan ini berasal daripada perkataan civitas dalam bahasa Latin ":;ang bermaksud bandar atau kota. Seperti hadarah dan peradaban, civilization iuga membawa maksud yang menekankan penggabungan antara ketinggian budaya dan kemajuan kebendaan.

Berdasarkan pengertian-pengertian yang dikemukakan, konsep ketamadunan sepatutnya dilihat dari perspektif yang meliputi pencapaian tatasusila dan moral yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna.

(2)

disempitkan lagi kepada persoalan kebendaan yang menjadi simbol kemewahan. Kemuncak kewujudan sesebuah tamadun bukanlah digambarkan oleh limpahan kemewahan tetapi suasana kemakmuran sebagaimana ungkapan umran yang digunakan oleh Ibn Khaldun.

1.1.1 Hubungan Tamadun dengan Agama

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini kehidupan yang berbudi pekerti mulia dan bermoral tinggi merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan bertamadun. Pembinaan sifat yang seperti ini pada diri seseorang begitu berkait rapat dengan kepercayaan yang diterima, manakala kepercayaan seseorang pula merujuk kepada kehidupannya sebagai manusia beragama. Peranan agama dalam membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta perilaku tindakan mereka dalam kehidupan sememangnya begitu penting. Di sini dapat diperlihatkan bagaimana agama mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan tamadun sebagaimana yang digambarkan oleh tamadun-tamadun silam.

Kemuculan tamadun-tamadun silam sebelum ini merupakan manifestasi kepada kehidupan beragama yang berperanan membentuk pandangan semesta can nilai kehidupan yang terpuji dalarn masyarakat ketika itu. Perkara ini dapat cilihat sendiri kepada peninggalan bangunan dan barangan tamadun-tamadun silam yang dapat menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan beragama. Namun begitu, bukan semua tamadun dipengaruhi dengan kuat oleh agama sebagaimana tamadun Barat kontemporari yang lebih cenderung

memencilkan nilai-nilai keagamaan dalarn kehidupan masyarakatnya. Selain daripada itu, terdapat beberapa tamadun yang turut mengumpulkan pelbagai agama yang berbeza sebagai pegangan masyarakat. Fenomena ini dapat dilihat dalarn zaman tamadun Islam yang lalu, apabila tidak semua yang bernaung di bawah tamadun itu terdiri dari kalangan masyarakat Islam.

1.12 Hubungan Tamadun dengan Budaya

Tamadun dan budaya mempunyai perhubungan yang rapat kerana budaya masyarakat yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun. Budaya kehidupan sesebuah mesyarakat merujuk kepada tatacara rnereka bertindak ke atas persekitaran rnereka (terrnasuk persekitaran sosial) dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. Masyarakat yang berbudaya tinggi sudah pasti mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang juga merupakan ciriciri kehidupan bertamadun. Bagaimanapun tamadun berbeza daripada budaya sekiranya dilihat dari dua keadaan berikut:

(3)

b. Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu. Tamadun Islam

misalnya mengandungi beberapa budaya mengikut negara atau wilayah yang berbeza. Sebagai contoh, budaya masyarakat Islam di rantau Melayu berpakaian berbeza daripada masyarakat Islam di Semenanjung Arab sungguhpun rnereka berada di bawah naungan ketamadunan Islam.

1.13 Hubungan Tamadun dengan Bangsa

Hubungan antara tamadun dengan bangsa tidaklah begitu ketara sekalipun terdapat beberapa tamadun yang sering dikaitkan dengan sesebuah bangsa seperti tamadun Cina dan tamadun India. Lazimnya sesebuah bangsa

mempunyai pertalian yang rapat dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu. Sebaliknya sifat tamadun melintasi sempadan geografi yang secara langsung melampaui batasan kebangsaan. Terdapat beberapa tamadun yang mengandungi lebih daripada satu bangsa seperti tamadun Barat yang mengandungi beberapa bangsa Eropah dan Amerika Utara. Tamadun dan bangsa sebenarnya tidaklah mempunyai kaitan yang jelas kerana selalunya tamadun melampaui batasan kebangsaan.

1.1.4 Ciri-ciri Asas Tamadun

Sepanjang sejarah telah muncul tamadun-tamadun yang besar dan masyhur seperti tamadun Mesir, tamadun India, tamadun Cina, tamadun Yunani, tamadun Islam dan lain-lain. Setiap tamadun dilihat mempunyai penonjolan yang

tersendiri seperti tamadun Yunani yang masyhur dengan falsafah dan keseniannya, manakala tamadun lslarn pula masyhur dengan perspektif kehidupan yang menyeluruh di samping perkembangan sains dan teknologi. Meskipun terdapat keistimewaan tertentu pada tamadun-tamadun yang

berbeza, kesemua tamadun yang telah muncul mempunyai ciri-ciri dasar yang sejagat seperti berikut:

a. Kewujudan penempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan atau beberapa kawasan yang disatukan membentuk kota, bandar, kepolisan atau madinah.

b. Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna berbanding sebelumnya seterusnya terhasil peningkatan jangka hayat penghidupan yang lebih stabil dan panjang.

c. Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna dan teratur.

d. Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang serumpun dengan satu sistem tulisan yang tersendiri bagi rnenjadi perantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam pelbagai bidang ilmu. e. Kewujudan sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai serta moral yang berwibawa yang dikuatkuasakan untuk mengatur perlakuan dan tindak tanduk masyarakatnya dalam segala kegiatan kehidupan.

1.3 INTERAKSI ANTARA TAMADUN

(4)

interaksi antara tamadun sama ada di peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah. Saling hubungan seperti ini dilihat telah melahirkan kesan-kesan positif meskipun terdapat juga

kesankesan negatif. Kewujudan interaksi antara tamadun lahir disebabkan oleh semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan sesebuah tamadun yang lain. Keterbukaan seperti ini

memungkinkan berlakunya percambahan pemikiran dan budaya lalu

mengelakkan kebekuan atau kejumudan yang boleh menyebabkan kemerosotan sesebuah tamadun.

Sebagai contoh, interaksi antara tamadun Hinduisme dan tamadun Buddhisme pada zaman silam pada keseluruhannya membuahkan kesan positif. Buddhisme sebagai sebuah agama yang lahir dalam masyarakat Hindu, memiliki ciri-ciri tertentu dari falsafah Hinduisme, termasuklahKanna (Rebirth), Dhamma (Righteousness) dan Mokhsa (Liberation). Selepas Buddha dan misinya, reformasi Hinduisme dipengaruhi pula oleh pemikiran-pemikiran tertentu dari Buddhisme termasuklah kritikannya terhadap sistem kasta, pemusatan kuasa rohaniah dengan golongan Brahmin, penafian hak-hak tertentu kaum wanita dan lain-lain. Situasi seperti ini menunjukkan kedua-dua pihak memperoleh manfaat daripada kewujudan interaksi antara tamadun.

Demikian juga interaksi antara Islam dengan Yahudi dan Islam dengan Kristian pada saat kelahiran Islam di Semenanjung Arab turut memperlihatkan beberapa kesan yang positif. Hak masyarakat Yahudi, Kristian dan kelompokkelompok kaum yang lain diberi jaminan perlindungan dalam Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Tempat-tempat peribadatan kedua-dua kaum ini diberi perlindungan, malah penganut agama Yahudi dan Kristian bebas mengamalkan agama mereka tanpa sebarang ketakutan. Pengiktirafan hak agama-agama bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka selagi mereka tidak mengganggu atau menceroboh Islam atau masyarakat Muslim merupakan salah satu prinsip yang penting dalam sistem keadilan Islam. Sepanjang sejarah ketamadunan Islam dari zaman pemerintahan U mayyah sehingga zaman pemerintahan Uthmaniyyah, masyarakat Yahudi dan Kristian hidup harmoni dan damai di tengah-tengah masyarakat Muslim yang merupakan majoriti. Selain bebas mengamalkan agama masing-masing, beberapa individu Yahudi dan Kristian diberi kepercayaan menduduki tempat-tempat tinggi dalam pentadbiran kerajaan Islam, terutamanya di bumi Andalusia (Sepanyol). Penulis dan sarjana dari kalangan masyarakat Yahudi dan Kristian terus memberi

sumbangan kepada perkembangan tamadun Islam.

Interaksi antara masyarakat Muslim dan Buddhisme di Asia Tenggara juga

(5)

di Pulau Jawa yang majoriti penduduknya penganut-penganut Islam merupakan lambang kepada sikap toleransi seperti ini.

Saling hubungan masyarakat Muslim dan Hindu di India sebelum zaman kolonial juga memberi manfaat kepada kedua-dua pihak meskipun hubungan ini tidak bebas daripada cabaran-cabaran tertentu. Sebagai contoh, budaya dalam berpakaian, pemakanan dan seni bina masyarakat di India Utara mengalami beberapa perubahan positif akibat daripada pertemuan dengan tamadun Islam. Manakala masyarakat Muslim di India pula menerima unsur-unsur tertentu termasuk seni bina, muzik, pemakanan dan gaya hidup masyarakat India. Lahirnya bahasa Urdu merupakan hasil daripada interaksi bahasa Parsi (Islam) dan bahasa Hindi (Hindu). Kelahiran bahasa Urdu ini merupakan contoh yang paling bermakna berhubung dengan interaksi antara dua tamadun ini.

Saling hubungan dan interaksi antara Islam dan Konfusianisme pula bermula dari kurun Masehi ketujuh lagi. Pada peringkat awal, interaksi ini berlaku dalarn bentuk perdagangan, iaitu antara saudagar-saudagar Arab dan Parsi dengan saudagar-saudagar Cina. Terdapat saudagar-saudagar Arab dan Parsi yang bermastautin di China, dan melalui proses interaksi termasuklah perkahwinan, mereka menjadi sebahagian daripada masyarakat tempatan. Dalam Dinasti Tang, Dinasti Sung, Dinasti Yuan dan Dinasti Ming, beberapa tokoh-tokoh Islam muncul memberikan sumbangan yang penting kepada perkembangan tamadun Cina. Terdapat di kalangan mereka yang dipertanggungjawabkan menjadi

gabenor wilayah dan terdapat pula di kalangan mereka yang ditugaskan menjadi panglima tentera laut seperti Zheng He.

Beberapa tokoh Islam yang lain turut memberi sumbangan kepada pemikiran Konfusianisme seperti Liu Zhi dan Ma Zhu di samping sumbangan kepada bidang astronomi, seni bina dan juga penghasilan peralatan ketenteraan. Yang lebih menarik lagi, sarjana-sarjana Cina yang beragama Islam mendapati bahawa dalam bidang etika, terdapat banyak kesejajaran antara pengajaran Islam dan pengajaran Konfusianisme. Disebabkan hal tersebut, beberapa sarjana Islam berbangsa Cina mempelajari Konfusianisme seperti juga terdapat sarjana-sarjana Konfusianisme menunjukkan minat yang sama terhadap Islam.

Kesemuanya ini dapat menggambarkan kesan yang positif daripada interaksi antara tamadun.

Bagaimanapun, tidaklah tepat sekiranya kita memberi gambaran bahawa pertembungan antara tamadun semuanya membawa kesan positif. Hubungan antara Kristian dan Yahudi kurang memuaskan sejak dari permulaan lagi. Berlaku di Eropah antara kurun Masehi kesembilan dan kelapan belas, beberapa

pembunuhan Yahudi secara beramai-ramai. Faktor-faktor yang berkaitan dengan teologi, ekonomi dan sosial bertanggungjawab terhadap keadaan seperti ini. Demikian juga, terdapat putera-putera Kristian Eropah di zaman pertengahan melancarkan beberapa siri Perang Salib (Crusades) terhadap masyarakat Islam Timur Tengah sehingga begitu ramai orang Islam dan Yahudi dibunuh. Sekali lagi, faktor-faktor yang berkaitan dengan teologi, ekonomi dan sosial

(6)

Dalam sejarah terdapat beberapa kes di India, panglima dan tentera Islam bertindak menghancurkan kuil-kuil Hindu sungguhpun perkara sebegini dilarang oleh hukum Islam sendiri. Keadaan yang sama turut berlaku apabila raja-raja Hindu bertindak membunuh rakyatnya yang beragama Islam. Sebelum

kedatangan Islam ke India, terdapat kejadian golongan Buddha memusnahkan kuil-kuil Hindu, seperti juga golongan Hindu melakukan tindakan yang sama menghancurkan kuil-kuil Buddha. Kesemua ini merupakan contoh-contoh kesan negatif yang timbul hasil daripada pertembungan tamadun.

N amun begitu secara keseluruhannya, situasi di benua Asia sebelum zaman penjajahan Barat tanpa mengambil kira hubungan Kristian dan Yahudi,

penganut-penganut Islam, Hindu, Buddha, Konfusianisme, Taoisme dan termasuklah penganut Kristian sendiri berjaya hidup harmoni dan damai.

Faktorfaktor yang dilihat dapat membawa kesan yang positif hasil pertembungan antara tamadun ialah:

a. Sifat pemerintah dan pemimpin yang bertoleransi, memerintah negara dengan penuh keadilan dan kesaksamaan.

b. Sikap golongan beragama seperti sami dan paderi yang sentiasa cuba mewujudkan suasana harmoni, memberi tafsiran yang sejagat dan cenderung kepada semangat keinsanan.

1.4 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN Disebabkan tamadun-tamadun yang pernah lahir di dunia mempunyai latar belakang yang tersendiri, maka terdapat begitu banyak perbezaan antara satu tamadun dengan satu tamadun yang lain. Namun begitu, tidak dapat dinafikan terdapat juga banyak persamaan yang dikongsi antara beberapa tamadun tersebut. Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh dilihat terutamanya dalam konteks

teologi dan etika. Sebagai contoh, persoalan teologi berhubung dengan konsep monoteisme Islam begitu berbeza daripada metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep Tuhan Pencipta (Creator God). Hinduisme pula sebaliknya, menerima konsep Tuhan walaupun manifestasi monoteismenya berbeza daripada Islam, Kristian dan Yahudi. Islam, Kristian dan Yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama monoteistik, tetapi kepercayaan monoteisme mereka berbeza antara satu sama lain.

Persoalan-persoalan teologi, sering dilihat menimbulkan percanggahan

pendapat. Percanggahan pendapat yang dimaksudkan tidak semestinya berlaku antara satu tamadun dengan satu tamadun yang lain, tetapi boleh juga berlaku dalam sesebuah tamadun, malah dalam sesebuah agama itu sendiri. Sekiranya dibandingkan dengan persoalan teologi, persoalan etika sebenarnya kurang menimbulkan kontroversi. Hakikat ini dapat menjelaskan bahawa dialog

(7)

1.4.1 Alam sekitar

Hidup secara harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima oleh kesemua agama. Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar dilihat sebagai anugerah Tuhan. Manusia pula

dipertanggungjawabkan sebagai khalifah (Custodian atau Steward) yang

berperanan sebagai penjaga alam sekitar. Bagi Islam, Buddhisme dan beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar bermakna menggunakan anugerah Tuhan secara bertanggungjawab. Tetapi dalam beberapa tamadun tertentu, memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah dan dilihat sebagai Divine Power. Sungguhpun terdapat perbezaan ini, tamadun-tamadun tradisional secara umumnya tidak memusnahkan alam

sekitar. Sesetengah pihak mempunyai tanggapan bahawa keadaan ini mungkin disebabkan tahap teknologi yang masih rendah pada zaman itu. Bagaimanapun, haruslah disedari bahawa penciptaan teknologi dan penggunaannya sangat dipengaruhi oleh pandangan semesta sesuatu tamadun atau pengamalan budaya.

1.4.2 Keluarga

Prinsip yang meletakkan keluarga sebagai asas pembentukan masyarakat begitu dihayati oleh tamadun-tamadun tradisional. Keluarga yang dimaksudkan pada lazimnya adalah keluarga extended. Dalam sesebuah keluarga wujud hierarki kuasa yang menentukan kedudukan kaum lelaki dan kedudukan kaum

perempuan. Pengamalan seperti ini telah menjadi warisan turun-temurun dalam sesebuah keluarga tradisional. Menurut konfusianisme kesetiaan dan pertalian yang erat merupakan konsep kekeluargaan yang paling penting. Pengabaian terhadap konsep kekeluargaan seperti ini merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan. Konsep kekeluargaan dalam pengajaran Islam pula begitu mementingkan kasih sayang dan hormat-menghormati. Berdasarkan hakikat tersebut, bukanlah persoalan kedudukan kaum lelaki dan kaum perempuan dalam sesebuah keluarga itu yang menjadi persoalan utama, tetapi setiap mereka harus menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam lingkungan kasih sayang dan hormat-menghormati.

1.4.3 Komuniti

Komuniti merupakan satu persoalan yang begitu penting dalam setiap tamadun tradisional. Tidak boleh dinafikan bahawa komuniti sangat berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti seseorang manusia. Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati. Di samping itu, komuniti dapat memberi sokongan moral, material dan psikologikal kepada anggota-anggotanya. Dikotomi perseorangan (individu) dan komuniti jarang wujud dalam masyarakat tradisional. Keduadua pihak berpegang pada nilai-nilai moral tertentu yang lazimnya bersumberkan agama atau kuasa transenden. Bagaimanapun, fenomena seperti ini bukanlah bermakna seseorang itu tidak mempunyai identiti tersendiri dalam komuniti tradisional. Dalam sejarah ketamadunan manusia, dapat diperhatikan

(8)

keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan Buddhisme. 1.4.4 Kerajaan

Falsafah tamadun-tamadun tradisional begitu menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun-tamadun silam. Dalam tamadun Cina, tulisan Moh-Tze, Lao- Tze, Kung Fu- Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh-tokoh yang lain sangat menekankan perkara ini. Begitu juga dalam

tamadun India, Kautilya membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil, seperti juga al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam

tamadun Islam yang turut menumpukan perhatian kepada persoalan yang sama. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun-tamadun tradisional. Namun demikian, kesetiaan yang diberikan oleh rakyat tetap berpandukan nilainilai moral. Sekiranya seseorang raja melanggar lunas-lunas keadilan, maka ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untuk membetulkannya. 1.4.5 Kegiatan Ekonomi

Dalam tamadun-tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks 'Moral Semesta' (Moral Universe). Dengan sebab itu wujud konsep hak-hak kehidupan dalam ajaran Buddhisme sebagaimana yang termaktub dalam salah satu daripada eight lold path. Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh

mempertingkatkan tahap moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan moral manusia. Konsep 'wang', 'laba', 'ganjaran', 'pasaran' dan sebagainya sangat dipengaruhi oleh

pertimbanganpertimbangan moral. Bagaimanapun, kenyataan ini bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk-bentuk penyelewengan yang lain seperti yang berlaku dalam kegiatan ekonomi moden. Perkara yang membezakan ekonomi tamadun tradisional dari ekonomi zaman moden adalah kayu pengukurnya.

1.4.6 Pendidikan

(9)

1.4.7 Kesihatan

Seperti bidang pendidikan, ekonomi, pemerintahan kerajaan dan bidang-bidang masyarakat yang lain, konsep kesihatan dalam tamadun-tamadun tradisional tidak boleh dipisahkan daripada pandangan semesta sesebuah agama. Sifat penting konsep kesihatan tamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya. Holistik di sini bermakna suatu pandangan yang

mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas dan lebih menyeluruh. Konsep holistik berdasarkan idea bahawa segala-galanya yang wujud adalah saling berhubungan. Kesan besar daripada konsep holistik bagi rawatan penyakit begitu mendalam. Mengubati penyakit bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan melalui proses ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya

keseimbangan dalam kehidupannya.

Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelas bahawa teras kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam tamadun-tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu, dalam persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan teologi wujud beberapa perbezaan yang harus kita fahami. Memahami persamaan dan perbezaan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. Kesimpulannya, mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.

TAMADUN MELAYU

(Dipetik dari Buku TITAS Penerbit UM) 10.1 KONSEP TAMADUN MELAYU

Tamadun Melayu ialah sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan

bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu (Malay A rchipelago) atau Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, Tanah Jawi dan

sebagainya. Dua elemen yang menjadi faktor utama yang mewarnai wilayah ini sebagai Melayu ialah pertama, bahasa Melayu yang menajdi lingua /ranca atau bahasa perhubungan luas di seluruh kawasan ini, dan kedua, agama Islam yang dianuti oleh majoriti penduduknya. Islam juga disampaikan dengan perantaraan bahasa Melayu dengan kitab-kitabnya tertulis di dalam tulisan Jawi.

(10)

sebagainya. Cabang Melayu-Indonesia terangkum pula di dalam Rumpun Bahasa Austronesia daripada keluarga bahasa sumbernya iaitu Keluarga Bahasa Austric.

10.2 KEMUNCULAN PUSAT-PUSAT KERAJAAN DAN TAMADUN MELAYU

Kerajaan-kerajaan pra-Islam di Alam Melayu terbahagi kepada dua bentuk. Pertama, berbentuk agraria yang menjadikan kegiatan pertanian sebagai latarbelakang ekonomi negara. Antaranya ialah empayar Funan dan kerajaan Angkor di Tanah Besar Asia Tenggara dan Majapahit di Jawa. Kerjaan Funan merupakan negeri pertama yang menerima pengaruh kebudayaan India (HinduBuddha), sejak kurun pertama Masihi.!

Seterusnya Funan telah berkembang menjadi kerajaan berbentuk maritim, iaitu bentuk kerajaan yang kedua, yang menjadikan kegiatan perdagangan laut sebagai latarbelakang ekonomi negara. Kerajaan demikian memiliki sebuah atau beberapa buah pelabuhan entrepot. Pelabuhan entrepot memainkan peranan penting sebagai pusat persinggahan pedagang-pedagang dan pengumpulan dan penyebaran barangan dari Barat ke Timur dan sebaliknya. Melalui peranan pelabuhan entrepot ini, pusat-pusat demikian menjadi pintu masuk pengaruh asing yang melahirkan interaksi antara tamadun. Antara pelabuhan-pelabuhan entrepot dan kerajaannya ialah Oe Eo di Funan (kurun ke-2), Ligor dan Singora di Langkasuka (kurun ke-2), Lembah Bujang di Kedah (kurun ke-4), Kuala Selinsing di Perak (kurun ke-S), di Sumatra Kan-t' o-li (kurun ke-S), ]ambi/Melayu (kurun ke-6/7) yang dicantumkan dengan Srivijaya di Palembang (kurun ke-7), Surabaya dan Tuban di Jawa Timur (pada zaman Airlangga kurun ke-l l dan kerajaan

Majapahit kurun ke_13).2

Srivijaya dari kurun ke-7 hingga ke-l l merupakan kerajaan maritim Melayu yang terpenting yang mendominasi seluruh pesisir laut di utara dan barat Sumatara, Semenanjung Tanah Melayu dan Jawa Barat dan juga perairan Selat Malaka dan Selat Sunda. Di Pulau]awa, empayar Majapahit di peringkat awal merupakan kerajaan berbentuk agraria di lembah Sungai Berantas, tetapi melalui dasar peluasan kuasa dan perdagangan ia bertukar menjadi kerajaan maritim terpenting dari kurun ke-13 hingga ke-15/16.3 Kemunculan dan pembinaan negara-negara kota dan kerajaan pada zaman ini telah menjadi pusat-pusat kepada pembinaan dan pembentukan tamadun Melayu seterusnya.

10.3 KEMUNCULAN PUSAT-PUSAT TAMADUN MELAYU PADA ZAMAN ISLAM

(11)

Niemann dan de Hollander 4 rang seterusnya mendapat sokongan "Seminar Masuknya Islam ke Indonesia" dan juga Prof. S. M. Naquib al-Attas.6 Pendapat ini berdasarkan antaranya, kegiatan hubungan perdagangan orang Arab dengan Alam Melayu sejak zaman sebelum munculnya Islam di Semenanjung Tanah Arab. Ini diperkukuh dengan laporan yang menyatakan hakikat bahawa telah terdapat beberapa buah perkampungan atau koloni orang Islam berketurunan Arab di kawasan pantai timur dan barat Sumatera seperti tercatat dalam dokumen kerajaan China. Selain itu, S. M. Naquib al-Attas menegaskan hakikat bahawa kandungan persuratan Melayu Islam dengan konsep dan istilah dan sistem tulisan Jawi yang digunakan menunjukkan sumber Arab atau Timur Tengah sebagai puncanya.

Teori kedua menyatakan Islam dibawa daripada China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9. Teori ini dipelopori oleh seorang penulis Sepanyol, Emanuel Godinho de Eredia. Antara bukti dan hujah rasional yang dikemukakan ialah penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei bertarikh 1048, di Laren,Jawa bertarikh 1082, dan batu bersurat di Terengganu bertarikh 1303. Kesemua bukti sejarah ini mencatatkan adanya masyarakat Islam dan menunjukkan arah kedatangan Islam ke rantau ini melalui negara China. Ini diperkukuhkan dengan hujah bahawa wujudnya hubungan perdagangan di antara Tanah Arab dengan negara China yang membawa kepada kemasukan agama Islam ke negeri China. Daripada negeri China, Islam telah dibawa ke Alam Melayu.

Teori ketiga punca kedatangan Islam adalah daripada India melalui Gujerat. Teori ini telah dikemukakan oleh seorang sarjana Belanda Pijnappel yang diperkukuh oleh Snouck Hurgronje dan J. P. Moquette.i Teori ini didasarkan pada bukti bahawa wujudnya persamaan batu nisan yang ditemui di Pasai iaitu batu nisan Sultan Malik al-Saleh bertarikh tahun 1297 dan batu nisan Maulana Malik Ibrahim di Grisek Jawa dengan yang di Gujerat India namun ini ditentang hebat oleh G. E. Marrison.8 Pendapat ini diperkukuh dengan wujudnya hubungan perdagangan di antara India dengan rantau ini sejak zaman pra-Islam lagi. Apabila agama Islam bertapak kukuh di India, pedagang-pedagang India yang telah memeluk agama Islam, datang berdagang ke Asia Tenggara dengan membawa Islam bersama-sama mereka dan menyebarkannya. Secara umumnya, ketiga-tiga teori ini telah membuktikan secara mutlak bahawa agama Islam telah dibawa masuk ke rantau Asia Tenggara dan ini telah membuahkan interaksi antara tamadun.

Siapakah yang memainkan peranan dan, bagaimanakah agama Islam dapat tersebar di Alam Melayu? Peranan menyebarkan agama Islam telah dijalankan oleh beberapa golongan, iaitu para pedagang yang juga pendakwah (ada yang berkahwin dengan wanita tempatan dan melahirkan zuriat penyebar Islam

seterusnya). Juga golongan bangsawan tempatan yang terawal memeluk agama Islam, menyebarkannya kepada rakyat/pengikutnya. Para mubaligh, pendakwah, ulama dan ahli sufi juga berperanan menyebarkan Islam secara hikmah dengan akhlak yang mulia, rasional dan bijaksana. Melalui penyebaran ini, maka

(12)

dan kemudiannya kerajaan Islam Aceh (1507), Minangkabau (1500) di Sumatera, Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511), Kerajaan Johor-Riau-Lingga (1673), Pat ani di Selatan Thailand (1500); Brunei (1480), Sambas (1580); Demak (1450), Bantan (1572), Sunda Kelapa (1527) dan Mataram (1586) di Pulau Jawa,

Makassar (1600), Ternate (1490), Sulu (1450) dan Magindanao (1490) di Indoesia timur. Manakala di Tanah Besar Asia Tenggara, muncul Campa di Indo-China. Kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu Islam ini menunjukkan juga peranan yang dimainkan oleh raja dan golongan pemerintah melalui istana dengan

memberikan naungan kepada Islam. Kerajaan-kerajaan Melayu Islam ini memainkan peranan penting sebagai pusat penyebaran dan penegakan tamadun Melayu di Alam Melayu.

Mengenai agama Islam itu sendiri, terdapat beberapa ciri istimewa yang

menyebabkan ia dapat diterima dengan meluas oleh masyarakat Melayu di Alam Melayu. Ciri-ciri istimewa ini antaranya agama Islam merupakan agama yang mudah difahami, yang menekankan kesamarataan antara lapisan masyarakat, bersifat rasional dan logikal, yang mengutamakan akhlak dan kehalusan budi bahasa yang dianggap serasi dengan budaya orang Melayu.

Seperti yang dinyatakan, kerajaan Perlak dan Samudera-Pasai merupakan pusat tamadun Melayu Islam terawal. Perlak merupakan kerajaan Melayu Islam

pertama yang ditubuhkan pada tahun 840 dengan raja pertamanya, Sultan Syed Maulana Abdul Aziz Syah. Samudera-Pasai pula telah muncul sekitar tahun 1042 sehingga tahun 1450 dengan raja pertamanya, Meurah Giri yang menggunakan gelaran Maharaja Mahmud Syah. Pada zaman pemerintahan Sultan al-Mukammil seorang ulama bernama Abdullah Ariff telah sampai dengan membawa kitab Bahr Lahut (Lautan KetuhaJ'7.an) yang membicarakan ilmu tasawuf Raja Pasai bernama Meurah Silau telah diislamkan dan diberi nama Sultan Malik al-Saleh oleh Syeikh Ismail, seorang utusan dari Sharif Makkah. Di Sumatera Utara ini kemudiannya muncul kerajaan Islam Aceh. Aceh berkembang selepas kejatuhan Melaka dan mengambil alih peranan penting sebagai pusat penyebaran dan kegiatan agama Islam terutama di kawasan barat Alam Melayu sekitar kurun ke-17. Antara raja Aceh yang penting dan terkenal ialah Sultan Allaudin Ri'ayat Shah (1588-1604), Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (16061636), Sultan Iskandar Thani (1636-1641). Aceh seterusnya dikuasai oleh rajaraja perempuan apabila Sultanah Safiatuddin (1641-1675) ditabalkan sebagai pemerintah Aceh. Peranan Aceh sebagai pusat penyebaran dan kegiatan agama Islam telah menyebabkan ianya digelar Serambi Makkah, selain peranannya sebagai pusat perdagangan dan kuasa politik orang Melayu Islam.

(13)

zaman kegemilangannya pada pertengahan kurun ke-1S; menjadi pelabuhan perdagangan berbentuk entrepot antara dunia timur dan barat yang sibuk; juga sebagai pusat penyebaran dan pengajaran agama Islam; dan melalui dasar peluasan kuasa (imperialisme) telah berjaya menguasai wilayah-wilayah di pesisiran Semenanjung dan juga bahagian timur Sumatera di persisiran Selat Melaka sehinggalah kejatuhan ibu kotanya di tangan kuasa Portugis pada tahun 1S11,

Di Pulau Borneo) muncul sebuah pusat tamadun Melayu Islam terulung iaitu Kesultanan Melayu Brunei sebagaimana kemunculan kerajaan Islam Aceh dan Kerajaan Johor-Riau-Lingga. Brunei dikatakan menerima Islam apabila rajanya bernama Awang Alak Betatar memeluk Islam dengan menggunakan gelaran Sultan Muhammad (1363-1402, setengah pengkaji mengatakan pada 1480) 9 Namun penemuan batu nisan bertarikh tahun 1048, menunjukkan wujudnya penempatan orang Islam lebih awal lagi di kawasan ini. Sebagaimana Aceh yang mengambil alih peranan Melaka, Brunei juga menjadi lebih teguh dan

berkembang menjelang kurun ke-16 terutama selepas kejatuhan Melaka. Ini didorong oleh tindakan pedagang-pedagang dan penyebar (mubaligh) agama Islam yang telah mencari pelabuhan alternatif selain Melaka yang terletak di bawah penguasaan kuasa Portugis yang beragama Kristian. Kekuasaan dan pengaruh Brunei telah berkembang sampai ke Kepulauan Filipina (Sulu, Luzon, Mindanao) sehinggalah wilayah-wilayah ini jatuh ke tangan kuasa Sepanyol, dan di bahagian utara Pulau Borneo pula iaitu pantai barat Sabah dan Sarawak dikuasai oleh pihak Inggeris.

Berdasarkan kemunculan dan peranan kerajaan-kerajaan Melayu Islam atau pusat-pusat tamadun Melayu Islam itu, ternyata kejatuhan Melaka telah mendorong kemunculan puat-pusat itu secara bertaburan hampir di setiap pelosok kawasan di rantau ini. Pusat-pusat tamadun Melayu Islam ini mengambil alih peranan Melaka, walaupun kemunculannya tidak dapat menyaingi Melaka kecuali kerajaan Islam Aceh.

10.4 KESAN-KESAN KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU

Kedatangan dan penerimaan agama Islam telah membuahkan beberapa ciri utama dalam tamadun Melayu sebagai kesan atau natijah terpentingnya. Mengenai sistem politik dan pentadbiran, sistem pemerintahan empayar Uthmaniyah telah diperkenalkan dengan meletakkan 'sultan' sebagai ketua negara dan ketua agama Islam. Di dalam pelaksanaan pentadbiran, sultan dijadikan 'Khalifah Allah di bumi' dibantu oleh golongan penasihat yang terdiri daripada alim ulama dan mufti. Undang-undang yang berdasarkan hukum

syariah telah diperkenalkan walaupun ia tidak secara menyeluruh, sebagaimana yang ditunjukkan di dalam Hukum Kanun Melaka di zaman Melaka dan Batu Bersurat Terengganu 1303. Kedatangan kuasa-kuasa Eropah iaitu kuasa Portugis, Sepanyol, Belanda, dan kemudiannya Inggeris untuk menakluki dan

(14)

meningkatkan semangat jihad di kalangan masyarakat Islam untuk menentang kuasa-kuasa Eropah yang beragama Kristian ini. Persaingan dan pertembungan antara pusat tamadun Melayu Islam dengan kuasa Eropah Kristian

menggambarkan penerusan siri Perang Salib tetapi berlangsung di kawasan dunia timur.

Mengenai sistem pendidikan, perkembangan ilmu pengetahuan, dan pandangan semesta ternyata agama Islam telah membawa beberapa perubahan dan

pembaharuan kepada peradaban Melayu. O leh sebab agama Islam menerima naungan daripada istana raja-raja Melayu, maka istana telah dijadikan pusat kegiatan dan penyebaran ilmu pengetahuan. Institusi-institusi pendidikan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi antaranya ialah pendidikan di peringkat madrasah, pondok atau pesantren atau di masjid-masjid dan surau-surau telah wujud. Ini menunjukkan semua golongan tanpa mengira kedudukan sosial berpeluang untuk mendapat dan mempelajari ilmu pengetahuan terutama ajaran Islam. Kesannya, muncullah golongan intelektual terutama alim ulama di beberapa pusat tamadun Melayu Islam dengan karya-karya utama mereka terutama karya-karya berbentuk keagamaan yang disampaikan dalam bentuk persuratan yang dinamakan sastera kitab.

Mengenai kehidupan masyarakat Melayu di pusat-pusat tamadun Melayu Islam ini, mereka juga menerima kesan daripada pancaran tamadun Islam ini.

Antaranya institusi kesultanan dan sultan sebagai 'Khailfah Allah di bumi' atau Khal~fatullah fi l-Ardhi bagi menggantikan sistem beraja berteraskan pengaruh kosmologi Hindu-Buddha. Sultan menerima nasihat dan panduan daripada golongan alim ulama dan mufti termasuk dalam melaksanakan undang-undang syariah terhadap masyarakat tersebut.

Secara umumnya, pusat-pusat tamadun Melayu Islam ini menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi dan ini secara langsung meletakkan tamadun Melayu di dalam jaringan tamadun Islam global yang berhubungan dengan kerajaan Uthmaniah Turki, Safawiyah Parsi, Mughal India dan kerajaan-kerajaan Islam di Timur Tengah dan Afrika. Walaupun terletak di dalam lingkungan

jaringan tamadun Islam global, tamadun Melayu dari sudut kebudayaan ternyata terus berkembang subur dan bersifat dinamik dengan menyerap unsur-unsur tempatan selagi ia tidak bercanggah dengan akidah dan syariah Islam yang berteraskan konsep Tauhid atau 'mengesakan Allah s.w.t.'

10.5 PANDANGAN SEMESTA MELAYU PRA-ISLAM DAN PADA ZAMAN ISLAM 10.5.1 Masyarkat Melayu Praagama Hindu dan Buddha

Menurut persejarahan awal di rantau Alam Melayu ini, sistem kepercayaan masyarakat peribumi berasaskan 'animisme' dan 'dinamisme'. Sistem

(15)

masyarakat. Sistem kepercayaan dinamisme ialah kepercayaan kepada tenaga yang ada dalam roh, jiwa dan semangat dalam diri manusia, haiwan,

tumbuhtumbuhan, benda-benda yang boleh mendatangkan kesan baik dan buruk kepada manusia. Kepercayaan dinamisme ini melahirkan magis iaitu penguasaan terhadap tenaga ghaib dengan perbuatan atau upacara tertentu yang dilakukan oleh bomoh dan pawang, sehingga tenaga ghaib itu dapat dipergunakan untuk keuntungan sendiri atau untuk kerugian kepada orang lain. Dalam masyarakat Melayu tradisional ini, juga wujud kepercayaan kepada roh nenek moyang yang dinamakan byang yang seerti dengan payang atau mayang. Roh nenek moyang ini dipercayai masih berada di kalangan mereka dan

mempunyai tenaga yang kuat yang boleh mempengaruhi kehidupan mereka. Oleh itu roh nenek moyang itu perlu ditenangkan melalui upacara pemujaan dan penyajian. Hyang itu juga ada yang dianggap sebagai jelmaan Tuhan yang perlu dipuja dan disembah, maka timbullah istilah sembahyang iaitu menyembah roh jelmaan Tuhan. Dalam konteks ini, pawang, bomoh dan dalang merupakan peribadi-peribadi perantara yang boleh menghubungi /;yang itu melalui

upacaraupacara tertentu berbentuk pemujaan atau penyembahan iaitu jampi, serapah, penyajian, penyembelihan, pewayangan, perbomohan dan sebagainya.

Namun begitu dalam sistem kepercayaan pra-Hindu-Buddha ini, ada pendapat yang mengatakan bahawa telah wujud agama tauhid iaitu kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Esa di Alam Melayu. Bahawa perkataan 'Tuhan' itu sendiri berasal daripada perkataan 'tuha-an' iaitu gandingan perkataan 'tuha' yang bermaksud 'tua' dan akhiran' an'; 'tuhan' membawa maksud 'yang paling tua' dan 'yang tidak berpermulaan'. Maka timbulah konsep Sang Hyang Tunggal yang bermaksud 'Tuhan yang Maha Esa', yang merupakan peninggalan daripada agama Tauhid yang dari permulaan (primordia~ dibawa oleh para N abi. 10.5.2 Pandangan Semesta Melayu Pengaruh Agama Hindu dan

Buddha

Dengan kedatangan agama Hindu-Buddha di rantau Alam Melayu ini, upacara dan penyembahan keagamaan menjadi lebih tersusun dan berbentuk rasmi. Ajaran agama Hindu-Buddha juga telah mengalami proses sinkritisme atau penyerapan dengan kepercayaan tempatan yang asli untuk membentuk satu kepercayaan baru yang saling melengkapi. Namun begitu terdapat pandangan yang menyatakan kesan pengaruh Hindu-Buddha ini hanya berlaku pada lapisan atas masyarakat Melayu iaitu golongan pemerintah dan bangsawan sahaja tetapi tidak menyerap ke segenap lapisan masyarakat Melayu terutama di lapisan bawahan iaitu golongan rakyat jelata yang masih mengamalkan kepercayaan animisme dan dinamisme.

(16)

melibatkan keseluruhan doktrin atau ajaran murni yang terdapat dalam falsafah Hindu-Buddha asli yang luhur itu. Hanya yang dipentingkan ialah perkaraperkara yang membesarkan dewa-dewa supaya dapat dikaitkan dengan kedudukan dan status raja sebagai penjelmaan dewa-dewa seperti yang telah diungkapkan oleh konsep' dewaraja' . Melalui konsep ini, kedudukan raja-raja dari aspek spiritual dan peranan fizikal diperkukuhkan melalui upacara keagamaan untuk

menjadikan raja-raja sebagai peribadi yang luhur, suci dan kudus.

Mengenai aspek kesusasteraan dan aestetik, ternyata ajaran agama Hindu dan Buddha yang lebih diutamakan bukan aspek rasional dan intelektual yang

bersendikan akal budi dan pengetahuan akliah. Oleh yang demikian, pengajaran daripada kitab-kitab suci agama Hindu seperti Mahabarata, Bhagavad Sita dan Baratayudha, bukan aspek falsafah dan penghujahan metafizik yang rasional yang diutamakan; tetapi aspek-aspek kesenian, keindahan, kerornantisan, keharuan, keagungan dan ketakjuban yang lebih ditekankan. Juga unsur-unsur kesusasteraan Hindu dari segi epik, roman, mitos dan sastera keperwiraan yang ditekankan menjadi amat popular di kalangan golongan bangsawan di istana dan kraton di rantau Alam Melayu. Maka muncullah epik Hikayat Sri Rama . daripada Ramayana), Hikayat maharaja Rawana (daripada Ramayana), Hikayat TJendawa (daripada Mahabharata) dan lain-lain.

Namun begitu, kesan daripada aspek-aspek ajaran Hindu ini seperti sistem penglapisan masyarakat (sistem kasta) yang memisahkan golongan raja, para bangsawan, golongan agama dan rakyat jelata sedikit sebanyak telah menular ke dalam sistem sosial kelompok Melayu.

10.5.3 Pandangan Semesta Melayu dan Pengaruh Agama Islam

Bagi masyarakat Melayu, 'pandangan semesta Melayu' berpusat kepada

manusia (man-centered), bertitik-tolak kepada tanggapan mereka terhadap alam sama ada alam nyata (fizikal) atau alam ghaib (spiritual); dan mengenai

kehidupan mereka sama ada dari segi sosial dan bukan sosial. Konsepsi 'adat yang sebenar adat' (iaitu hukum alam) merupakan contoh terbaik pandangan semesta manusia Melayu sebagaimana digambarkan di dalam pepatahnya iaitu' adat air membasah, adat api membakar, adat angin menyejukkan'. Manusia Melayu juga di dalam alam ini terdapat makhluk lain dan ada manusia lain yang wujud di samping mereka. Keseluruhan kedinamikan hubungan sosial sesama manusia melahirkan sistem budaya, sistem sosial, sistem ekonomi, sistem politik dan sebagainya. Begitu juga apabila manusia Melayu berinteraksi dengan alam maka ini akan melahirkan satu konsep yang cukup penting untuk mendasari kehidupan mereka, iaitu 'peng + alam + an (pengalaman)'. Interaksi dengan alam juga membolehkan manusia Melayu memahami persoalan kosmologi mereka sama ada yang berbentuk makrokosmik yang luas dan tinggi (alam jagat raya) atau berbentuk mikrokosmik iaiatu alam kecil (diri manusia).

(17)

semula tentangnya. Ayat-ayat di dalam kitab suci Al-Quran bukan sahaja ditafsirkan untuk mengetahui segala rahsia tersembunyi dalam kewujudan Tuhan, tetapi juga untuk mengukuhkan keyakinan, ketakwaan, dan ketauhidan mereka kepada Allah s. w. t. Konsep tauhid mengandungi Tauhid Rabubiyah iaitu mempercayai Tuhan yang esa sebagai Rabb Pencipta, Pemilik dan Pentadbir yang tunggal bagi alam ini, dan juga Tauhid 'Uludiyah iaitu penyembahan,

pemujaan, pengharapan dan permohonan hanya kepada Tuhan yang satu bukan kepada dewa-dewa, roh dan semangat. J uga terangkum dalam konsep tauhid ialah prinsip tentang kejadian alam semesta sebagai ciptaan Tuhan untuk memanfaatkan manusia di dunia ini dan untuk menjadi satu tanda atau bukti bagi wujudnya Rabbul 'alamin Tuhan Semesta Alam Juga dikaitkan dengan konsep tauhid tentang kejadian manusia sebagai hamba Tuhan atau /1 bdullah, dan sebagai wakil Tuhan di alam dunia ini atau Khalifatullah fi l-A rdhi. Juga agama Islam memasukkan kepercayaan kepada alam akhirat sebagai natijah atau hasil daripada kehidupan manusia di alam dunia ini, sebagai sebahagian daripada pandangan semesta Melayu. Amalan yang baik di dunia bukan sahaja memanfaatkan kehidupan di dunia tetapi lebih-lebih lagi kehidupan di akhirat sebagai natijah atau hasil yang muktamad. Demikian juga segala amalan yang jahat akan mendatangkan keburukan kepada pelakunya baik di dunia ini lebih-lebih lagi di akhirat nanti sebagai balasan muktamadnya.

Lantaran pandangan semesta Melayu berpusat kepada manusia Melayu (man-centered), dan menyedari bahawa seluruh hidup mereka juga berfokus dan terarah kepada Tuhan (god-centered), maka manusia Melayu menyedari dan menyakini bahawa Allah S.W.t. yang Maha Berkuasa, Maha Mengasihani. Justeru itu, pandangan semesta Melayu juga turut dibentuk berasaskan kepada

'bablumminallah' (hubungan manusia dengan Allah s. w. tJ dan' hablumminannas' (hubungan manusia dengan manusia).

11 BAHASA, KESUSASTERAAN, KESENIAN, PROSES SOSIALISASI DAN PEMBUDAYAAN

MASYARAKAT MELAYU

11.1 BAHASA MELAYU SEBAGAI WAHANA KEPADA PERTUMBUHAN TAMADUN MELAYU

Dalam sejarah pertumbuhan tamadun Melayu, terdapat tinggalan sejarah yang menyatakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bagi

(18)

Palembang, Batu Bersurat Kota Kapur bertarikh 686 Masihi di Pulau Bangka dan Batu Bersurat Karang Berahi bertarikh 692 Masihi di J ambi. Kandungan inskripsi pada batu-batu bersurat ini membuktikan dengan jelas penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa pemerintahan dan secara umumnya merupakan bahasa wahana (saluran, perantaraan) pembentukan sebuah

tamadun Melayu. Isi kandungan pada batu-batu bersurat (yang terserap dengan pinjaman perkataan Sanskrit sebanyak kira-kira 30 peratus) menunjukkan

dengan jelas kewujudan sebuah kerajaan yang agak besar yang bernama

Srivijaya (daripada bahasa Sanskrit bermakna 'kejayaan yang gilang-gemilang'). Kerajaan ini wujud kira-kira selama enam ratus tahun iaitu sekitar kurun ke-7 sehingga kurun ke-14.

Srivijaya melaksanakan dasar peluasan kuasa (imperialisme) dengan menguasai keseluruhan Kepulauan Sumatera; kawasan Segenting Kra dan Semenanjung Tanah Melayu; barat Pulau Jawa; dan malahan sehingga sampai ke Sri Lanka. Bahasa Melayu sebagai bahasa pemerintahan Srivijaya telah berkembang dari segi kasa kata, istilah dan daya pengungkapannya dengan penyerapan daripada bahasa Sanskrit sehingga menjadi bahasa agama, budaya, sastera, seni,

pentadbiran, perdagangan dan lain-lain kegiatan yang dikaitkan dengan urusan rasmi bagi sesebuah empayar yang besar. Antara contoh kata pinjaman

daripada bahasa Sanskrit ialah "anggota, rupa, sendi, kepala, nama, masa, ketika, dewasa, kala, hari, sentiasa, pertama, purnama, sutera, kapas, neraca, angka, bonda, emas, tembaga, mastika, permata, pancalogam, kunci, peti, jentera, punca, pangkat, bangsa, jiwa, bangsa, bahasa, saudara, suami, isteri, dara, teruna, kerja, derma, suka, duka, cita, cinta, budi, dosa, tentera, kota, senjata, keris, panglima, raja, baginda, paduka, menteri, hulubalang, satria, kurnia, negeri, denda, penjara, kuasa, merdeka, pesaka, agama, guru, puji, puja, syurga, neraka, dewata, bidadari, pujangga, hantu, sastera dan bijaksana". Pada mulanya bahasa Melayu hanya merupakan satu bahasa kumpulan etnik Melayu dan kerajaan Melayu kecil (kerajaan Malayu-J ambi) yang terletak di kawasan daerah Jambi sekarang, menurut catatan ahli pelayaran Cina. Namun setelah kerajaan Srivijaya menakluki kerajaan Melayu itu dan mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerana kecekapan bahasa itu, maka bahasa

Melayu telah berkembang dan meningkat maju selaras dengan tahap

perkembangan kerajaan itu. Inilah zaman kegemilangan pertama bahasa Melayu yang telah menjadi wahana dan pengantar kepada sebuah kerajaan dan

tamadun Melayu yang pertama yang merentasi beberapa wilayah di Alam Melayu. Tulisan Pallawa dari India telah digunakan dan ratusan istilah daripada bahasa Sanskrit dalam pelbagai bidang kehidupan telah diserap ke dalam bahasa Melayu terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan, agama, politik dan pentadbiran, ekonomi dan perdagangan, kesenian dan kesusasteraan, aspek-aspek kemanusiaan dan kemasyarakatan yang lain.

(19)

berdekatan, sehingga kuasanya melangkau ke Pulau Sumatera dan

Semenanjung Tanah Melayu. Pada waktu yang sama, kerajaan Srivijaya sedang mengalami zaman kemerosotan sehinggalah ibu kotanya, Palembang diletakkan di bawah penguasaan Majapahit. Walaupun pendukung utama bahasa Melayu iaitu Srivijaya mengalami kemerosotan dan akhirnya runtuh, bahasa Melayu seterusnya telah mendapat satu tenaga baru atau menerima suntikan baru dalam proses perkembangannya iaitu kedatangan agama Islam.

Mengenai kedatangan agama Islam ke Alam Melayu ini, antara tanda yang terawal ialah penemuan batu nisan di Brunei yang dikatakan bertarikh 447 Hijrah atau bersamaan tahun 1048 Masihi; penemuan batu nisan di Leran, Surabaya di Jawa Timur yang dikatakan bertarikh 481 Hijrah atau bersamaan 1082 Masihi; dan batu nisan Sultan Malik al-Saleh, Raja Pasai yang dikatakan bertarikh 696 Hijrah bersamaan 1297 Masihi dijumpai di Pasai.!

Namun begitu, bukti pertama yang menunjukkan penggunaan bahasa Melayu untuk mengungkapkan ajaran agama Islam ialah Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan 1303 Masihi. Kandungan batu bersurat ini

menunjukkan dengan jelas kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi bagi sesebuah kerajaan Melayu, dan pelaksanaan hukum Islam (syariah) dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran.

11.2 PENGARUH AGAMA HINDU-BUDDHA DAN ISLAM

Dalam bidang ilmu pengetahuan, pada zaman pengaruhan agama Hindu-Buddha ia terkongkong di kawasan istana dan kraton, iaitu di kalangan bangsawan dan pemerintah, sebagai pusat ilmu pengetahuan. Dengan kedatangan agama Islam, ilmu pengetahuan tidak lagi dikongkong atau dibataskan kepada

golongangolongan tertentu sebaliknya turut disebarkan dan diajarkan di kalangan rakyat jelata sama ada melalui pendidikan dan pengajaran secara rasmi (formal) atau tidak rasmi seperti di madrasah, pondok atau pesantren, masjid, surau ataupun di rumah-rumah alim ulama.

Dalam perubahan dan perkembangan ini, tumpuan terhadap ilmu pengetahuan dan persuratan bukan lagi menekankan aspek estetik, romantis, ketakjuban, daya khayalan dan imaginasi, tetapi kepada yang lebih rasional, ak ali dan intelektual, yang terhasil dari cetusan dan dorongan secara langsung daripada sumber tamadun Islam iaitu Al-Quran dan Al-Hadis (Sunnah). Sumber tamadun Islam ini memberikan penekanan kepada aspek kerasionalan berdasarkan akal budi dan ilmu yang sahih dan nyata.

113 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR

(20)

Jawi telah digunakan sejak permulaan kedatangan Islam. Istilah 'Jawi' besar kemungkinan berpunca daripada istilah Arab, aljawah iaitu nama untuk merujuk kepada utara Pulau Sumatera (Perlak-Samudera-Pasai-Aceh) yang mula-mula menerima agama Islam. Aljawah bermaksud 'tanah hujung' merujuk kepada hujung utara Sumatera. Jawi ialah adjektif aljawah dan tulisan ini telah mengambil alih peranan tulisan Pallawa dan Kawi dari tamadun India untuk mengeja bahasa Melayu. Dengan kedatangan kuasa dan pengaruh Barat, mubaligh-mubaligh Kristian yang datang ke Alam Melayu juga telah

menggunakan bahasa Melayu dan tulisan Jawi untuk menyebarkan ajaran agama itu. Terjemahan kitab Injil ke dalam bahasa Melayu tertulis dalam tulisan Jawi. Antara faktor yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

penyebaran, penyampaian, dan persuratan Islam di Alam Melayu adalah kerana sifat dalaman bahasa Melayu yang sederhana, cekap dan tepat, kosa katanya tanpa banyak perlambangan dan tafsiran yang berlapis-lapis. Di samping itu juga, terdapat peranan yang telah dimainkan oleh daerah-daerah atau

wilayahwilayah Melayu di Sumatera (Aceh, Riau); dan di Semenanjung Tanah Melayu (Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan, Patani) dalam penyebaran agama Islam ke seluruh Alam Melayu dan sebahagian daripada Indo-China. Juga bahasa Melayu telah mencapai taraf lingua franca atau bahasa perantaraan di kalangan penduduk wilayah ini pada zaman empayar Srivijaya.

Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar agama Islam telah meningkatkan taraf, kecekapan dan kewibawaannya. Istilah-istilah yang baru dan cara penghujahan dan pernyataan yang baru demi mengungkapkan

penegasan dan penghujahan yang lebih rumit dan kompleks tetapi lebih tepat, persis dan saintifik. Karya-karya yang demikian telah muncul dengan suburnya dalam kurun ke-16 dan ke-17 yang memperkatakan tentang metafizik, falsafah, dan teologi yang rasional dan logikal. Karya terawal yang dijumpai setakat ini ialah terjemahan kitab Aqa 'id al-Nasafi daripada bahasa Arab, yang

menghuraikan hakikat, sifat dan sumber ilmu (epistemologi), hakikat kewujudan (ontologi) dan hakikat alam semesta (kosmologi) yang sebenarnya menjadi tunjang dan asas akidah Islam.

11.4 KEDATANGAN BARAT DAN PENGARUH KE ATAS BAHASA MELAYU

Kedatangan kuasa Barat telah membantutkan perkembangan tamadun Melayu dari aspek politikdan pentadbiran, ekonomi dan juga, menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas," dalam aspek pemikiran orang Melayu Islam iaitu kemasukan fahaman sekular yang menjejaskan pemikiran dan pegangan orang Melayu Islam sehingga menimbulkan satu keadaan kecelaruan ilmu. Namun dari segi yang lain Barat juga membawa semangat dan elemen rasionaliti dalam ilmu pengetahuan dan pendidikan, iaitu unsur yang telah pun disemai oleh Islam sebelum ini. Oleh itu, pendedahan ilmu pengetahuan yang lebih saintifik dar; rasional dalam sistem pendidikan orang Melayu di Malaysia dan juga di Indonesia. dan

(21)

meningkatkan lagi kecekapan dan kewibawaan bahasa Melayu sehingga menjadi bahasa pengantar ilmu pengetahuan yang tinggi pada masa ini.

11.5 TRADISI KEINTELEKTUALAN DAN KESUSASTERAAN DI ALAM MELAYU Secara umumnya, keintelektualan membawa makna keadaan atau sifat penggunaan fikiran yang mendalam dalam mencari sesuatu jawapan atau penyelesaian yang menuju ke arah kesempurnaan, melalui proses berfikir yang bertahap-tahap, teratur, dan tersusun. Ciri-ciri keintelektualan itu dapat dilihat pada proses berfikir secara kreatif dan juga pada kerasionalan idea dan hujah yang dapat pula dipertanggungjawabkan alasannya, dalam mencari sesuatu jawapan atau menyelesaikan sesuatu masalah. Keintelektualan dibezakan daripada proses merasa (to fee0 dengan pancaindera, dan proses berkehendak (to wil0 melalui keinginan nafsu.

Tradisi keintelektualan Melayu boleh dilihat pada hasil-hasil kesusasteraan yang terdiri daripada bentuk lisan dan tulisan. Bentuk lisan dan tulisan berkembang secara terus-menerus selaras dengan perkembangan tamadun Melayu. Sastera lisan misalnya yang diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi melalui proses sosialisasi anggota masyarakat merupakan satu unsur local genius kebijaksanaan tempatan, yang memperlihatkan kekreatifan dan kebijaksanaan berfikir anggota masyarakatnya yang bermula pada zaman praliterasi. Bentuk-bentuk sastera lisan itu misalnya cerita penglipur lara, cerita jenaka, cerita nasihat, cerita binatang, mitos, legenda, cerita asal-usul dan lainlain. Bentuk-bentuk ucapan lisan yang lain seperti pantun, peribahasa, simpulan bahasa, pepatah-petitith, seloka dan seumpamanya (yang

kemudiannya dirakam dalam bentuk tulisan), menampakkan ciri-ciri akal budi dan kebijaksanaan orang Melayu menangani segala gelagat penghidupan yang terhasil daripada proses pengintelektuaian orang Melayu sepanjang zaman. Sejarah keagungan perkembangan pusat-pusat keintelektualan dan

kesusasteraan Melayu yang bertulis bermula dengan kemunculan empayar Srivijaya sekitar tahun 650-1200; Pasai sekitar tahun 1250-1524; Melaka sekitar tahun 1400-1511; diikuti kesusasteraan zaman Johor 1528-1779; kesusasteraan zaman Palembang sekitar tahun 1650-1824; kesusasteraan di Patani sekitar tahun 1500-1900; di Brunei bermula dengan pemerintahan sultan ketiganya iaitu Sultan Sharif Ali (1425-1432); dan di Riau sekitar tahun 1673 sehingga tahun 1911. Keagungan kerajaan-kerajaan Melayu tradisional tersebut, secara

langsung telah mencetuskan perkembangan hasil-hasil kesusasteraan Melayu mengikut tahap perkembangan kerajaan dan kemampuan

pengarang-pengarangnya di istana-istana raja Melayu. Istana-istana raja Melayu merupakan pusat kegiatan keintelektualan dalam tamadun Melayu Islam.

Srivijaya merupakan pusat kebudayaan Melayu tertua yang memainkan peranan penting dalam perkembangan keintelektualan dan kesusasteraan Melayu

(22)

Melayu kuno seperti yang tercatat di atas batu-batu bersurat. Walau

bagaimanapun, hasil kesusasteraan yang bertulis di atas bahan-bahan yang lain tidak kedapatan atau ditemui.

Pada zaman Pasai kegiatan kesusasteraan pula lebih banyak dikaitkan dengan kegiatan kerajaan ini sebagai kerajaan Melayu yang pertama menerima dan memeluk agama Islam di Alam Melayu. Di sini muncul bahasa Melayu persuratan yang bertindak sebagai wahana atau alat untuk penyebaran agama dan

kesusasteraan Islam; dan tulisan Jawi merupakan tulisan yang digunakan dalam kesusasteraan Melayu. Hasil-hasil kesusasteraan dipenuhi dengan ciri

kesusasteraan agama khususnya sastera kitab, riwayat hidup N abi Muhammad, cerita nabi-nabi, para sahabat, pahlawan dan sejarah seperti Hikayat Raja-Raja Pasai. Namun sastera lisan dan hasil karya pada zaman pengaruh Hindu masih dikekalkan.

Antara karya yang terhasil pada zaman ialah Hikayat Nur Muhamammad,

Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Mi'raj, Hikayat Nabi Wafat, dan juga cerita rekaan berkenaan Nabi-nabi seperti Hikayat Nabi Yusuf dan lain-lain. Manakala cerita-cerita berkenaan ketokohan pahlawan Islam turut tersebar di Pasai contohnya Hikayat Muhammad Hanafiyah, Hikayat Amir Hamzah, dan Hikayat Muhammad Hanafiyah.

Kegiatan keintelektualan dan kesusasteraan Melayu kemudiannya berpindah ke Melaka. Perkembangannya merupakan lanjutan dari kesusasteraan Melayu Pasai. Kegiatan penyebaran agama Islam diteruskan di Melaka dan pada zaman inilah, kisah mengenai nabi-nabi dan pahlawan Islam telah 'dimelayukan'. Pada zaman Melaka ini, sastera undang-undang iaitu Hukum Kanun Melaka (Undang-undang Melaka) dan Undang-undang LautMelaka menjadi panduan kepada peraturan mentadbir negeri dan dalam menegakkan keadilan masyarakat umum.

Kejatuhan Melaka pada tahun 1511 di tangan kuasa Portugis menyebabkan pusat keintelektualan dan kesusasteraan Melayu telah berpindah ke kerajaan Johor yang telah diasaskan sebagai kesinambungan tradisi Melaka, dan juga kerajaan Islam Aceh. Walau bagaimanapun, ketika ini Johor tidak dapat bersaing dengan Aceh yang merupakan kuasa politik dan ketenteraan dan pusat

perdagangan dan kebudayaan Melayu terpenting di persisiran Selat Melaka. Alim ulama lebih menumpukan kegiatan perkembangan agama Islam di Aceh

berbanding di Johor. Namun begitu, kesusasteraan zaman ini paling dominan ditandai dengan penulisan hikayat klasik Melayu seperti Hikayat Hang Tuah, Adat Raja-raja Melayu dan Sejarah Melayu atau Sulalat al-Salatin. Manakala

kesusasteraan undang-undang seperti Undang-undangjohor diadaptasi dari Hukum Kanun Melaka.

Mengenai kerajaan Islam Aceh (1500-1900), ia merupakan salah satu pusat keagungan tamadun Melayu tradisional untuk selama empat kurun lamanya. Aceh berkembang pesat dengan penulisan kesusasteraan agama dan penulisan sejarah. Dikatakan Aceh mengambil alih peranan yang sebelum ini

(23)

Hamzah Fansuri dan Syamsuddin al-Sumatra'l yang membawa fahaman

wahdatul al-wujud. Fahaman ini ditentang oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri yang berasal dari Gujerat tetapi telah menyerap dalam kebudayaan Melayu. Selain Syeikh Nuruddin, ada juga tokoh yang mengambil jalan tengah dalam

perselisihan ini iaitu Abdul Rauf al-Singkeli. Keempat-empat orang tokoh ini banyak menghasilkan karya agama iaitu Hamzah Fansuri dengan karya seperti Sya'ir Perahu, Sya 'ir Burung Pinggai dan Syarab Asyikin, Syamsuddin al-Surnatra'l dengan karyanya berjudul Mir'at al-Mu 'min; Syeikh Nuruddin al-Raniri dengan karyanya berjudul Hujjah al-Siddiq li dafa' al- Zindiq dan Tibyan ji Ma 'rifat al-Adyan; dan Abdul Rauf al-Singkeli dengan karyanya berjudul Mir'at al- Tullab.

Di Palembang, Sumatera dalam bidang karya agama muncullah Syeikh Abdul Samad al-Palembani dengan karyanya berjudul Hidayat al-Salikin, Sair al-Salikin dan lain-lain. Di samping itu muncul tokoh-tokoh seperti Syihabuddin bin

Abdullah Muhammad, Kemas Fakhruddin, Muhammad Muhyidin bin Syihabuddin dan Kemas Muhammad bin Ahmad.

Di Patani, Islam menjadi agama rasmi sesudah rajanya memeluk Islam pada awal kurun ke-16 dan dengan itu bermulalah kegiatan keislaman yang kuat melalui sistem pendidikan Islam secara sistem pondok yang telah melahirkan masyarakat Islam dan para ulama Islam yang kukuh dan berpengaruh.

Pondokpondok di Patani pada kurun ke-IS dan ke-19 mempunyai status yang tinggi kerana sumbangannya melahirkan barisan ulama yang diiktiraf di seluruh Alam Melayu. Antara ulama Patani yang paling terkenal ialah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani (1740-1847) yang mula-mula belajar di Patani kemudian ke Aceh dan seterusnya ke Haramain (Makkah dan Madinah). Karyanya yang

berjumlah tidak kurang daripada 57 buah yang mencakupi hampir semua bidang pengajian Islam, antaranya ialah Furu' al-Masa 'il. Ulama lain yang termasyhur ialah Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani (1856-1906) yang telah belajar di Patani kemudian ke Haramain dan juga pernah ke Baitul Muqaddis (untuk belajar ilmu perubatan), kemudian ke Universiti al-Azhar di Kaherah sebagai anak Melayu yang pertama belajar di universiti itu. Beliau juga telah menjadi penyelia bahagian penerbitan Melayu bagi Percetakan Kerajaan Turki di Makkah pada tahun 1884.

Seterusnya, Riau, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan JohorRiau-Lingga, mulai meningkat sebagai pusat kebudayaan, keintelektualan dan

kesusasteraan Melayu pada masa pemerintahan Yang dipertuan Muda Ke-4 iaitu Raja Haji Syahid fi Sabilillah (1778-1784). Pada masa Raja Ali bin Raja Jaafar (1845-1857) menjadi Yang Dipertuan Muda Ke-8, kebangkitan Riau sebagai pusat keintelektualan dan keilmuan Melayu telah bertambah kukuh apabila golongan pembesarnya sendiri termasuklah Yang Dipertuan Mudanya menjadi pendukung dan penggerak utama kegiatan itu. Satu pusat keilmuan dan pengajian iaitu Bait af.Tcdabah di dalam kawasan istana dan masjid di Pulau Penyengat telah

(24)

di Riau pada kurun ke-19 ini ialah Raja Ali Haji (1808/9-1872) melalui karya-karyanya yang pelbagai jenis berjumlah tidak kurang daripada 12 buah antaranya ialah Tuh/at al-Najis. Selain daripada Raja Ali Haji, para bangsawan Riau yang lain juga telah menghasilkan karya-karya mereka melalui satu pertubuhan persuratan yang dinamakan 'Persekutuan Rusydiah (Rusydiah Kelab)' yang ditubuhkan sekitar tahun 1892.

Ciri-ciri keintelektualan dan kesusasteraan Melayu kurun ke-20 sehingga kini, dilihat dari satu sudut pandangan, dicetuskan oleh dua elemen yang utama iaitu pertama, kedatangan Barat yang membawa pengaruh sekularisme,

nasionalisme, realisme dan humanisme dalam kaedah berfikir dan

pengungkapan orang-orang Melayu, dan kedua, pengaruh kebangkitan semula Islam yang dipelopori oleh Syeikh Muhammad Abduh (1849-1905), Mufti Mesir (18881889) yang bersama-sama dengan Jamaluddin al-Afghani (1838-1897) telah mempelopori gerakan Islam yang terkenal dengan nama Gerakan Salafiah dan menerbitkan majalah-majalah yang menganjurkan fahaman itu. Pada tahun 1885, Syeikh Muhammad Abduh telah berpecah dengan Jamaluddin al-Afghani. Gerakan kebangkitan semula Islam tiba ke rantau Alam Melayu melalui

tokohtokoh yang pernah belajar di Universiti Al-Azhar seperti Syeikh Tahir Jalaludin (Minangkabau), Syeikh Abdul Ghani dan Syeikh Ismail Abdul Mutalib (Aceh) dan Syed Syeikh al-Hadi yang pernah mengunjungi Mesir dan tersepuh dengan gerakan pembaharuan ini. Cetusan daripada pemikiran demikian telah melahirkan sebarisan orang-orang Melayu Islam yang dikenali sebagai 'kaum muda' dengan idea pembaharuan menentang amalan dan pemikiran Islam yang didukung oleh ulama-ulama tradisional Islam dan badan-badan Islam kerajaan yang dinamakan sebagai 'kaum tua', Berikutan daripada perkembangan

tersebut, Syed Syeikh al-Hadi yang banyak dipengaruhi keintelektualan Mesir, telah menghasilkan novel pertamanya berjudul Hikayat Faridah Hanum (1925-1926). Melalui karya ini, ia terpengaruh dengan sifat-sifat romantis yang terdapat dalam novel-novel Mesir, malah menggunakan watak dan latar Mesir. Ini diikuti oleh tokoh yang dianggap penting dalam genre ini, iaitu Ahmad Rashid Talu dengan novel-novelnya berjudul Kawan Benar (1927), Iakah Salmah?

(25)

(Pak Sako), Iman (1995) oleh Abdullah Hussein dan sebagainya. Antara

sasterawan yang terkenal ialah Shahnon Ahmad. Tema-tema novel beliau ialah pendedahan kepincangan ekonomi, sosial dan politik. Ini terlihat dalam karyanya berjudul Rentang (1965), Terdedah (1965), Ranjau Sepanjangjalan (1966),

Srengenge (1974), Shit (1999) dan sebagainya. Beliau juga mengkritik

tokohtokoh agama seperti terlihat dalam novelnya Al-Syaqaq I (1985) dan Tok Guru (1988).

Dalam meningkatkan kegiatan kesusasteraan, pelbagai persatuan penulis muncul di seluruh tanah air. Antaranya ialah PELITA (Terengganu); Persatuan Penulis Kelantan (PKK) di Kelantan; Persatuan Penulis J ohor (PP]) di J ohor; ASASI di Kedah dan sebagainya. Di peringkat nasional pula muncul persatuanpersatuan penulis seperti Gabungan Penulisan Nasional (GAPENA). Kesemuanya

memainkan peranan penting kepada pembentukan aliran kesusasteraan dan keintelektualan itu sendiri. GAPENA sendiri, sebagai sebuah pertubuhan di peringkat nasional sentiasa mengadakan sayembara dan seminar sastera untuk menggalakkan pertumbuhan sastera tanah air.

11.6 SENI DAN TAMADUN MELAYU

Konsep seni boleh difahamkan dengan meneliti beberapa penegasan

mengenainya, antaranya, bahawa seni itu merupakan buatan manusia yang dihasilkan bertolak dari fitrah akal, budi dan perasaan. Seni itu merupakan kegiatan manusia yang mempunyai waktu senggang (lapang) dan hasil seni itu menimbulkan perasaan menyenangkan penciptanya dan penatapnya. Seni ltu mengekspresikan alam sekitar dan budaya manusianya sebagai pencetus atau pendorong penciptaannya. Kemuncaknya ialah seni itu merupakan kegiatan bangsa yang maju iaitu menunjukkan wujudnya tamadun atau peradaban. Mengenai definisi seni ini, beberapa takrifan telah dikemukakan antaranya menurut ahli falsafah Yunani misalnya Aristotle yang menyatakan bahawa seni sebagai peniruan bentuk alam di mana penciptanya turut menyertakan ideanya dalam peniruan tentang alam itu. Everyman Encyclopedia mentakrifkan seni sebagai sesuatu yang dilakukan orang yang bukan merupakan keperluan asas melainkan dilakukan kerana kemewahan, kenikmatan atau dorongan kerohanian. Herbert Read pula mengaitkan keindahan kepada kesatuan hubungan bentuk-bentuk, sebagai hasil ekspresi yang mengutamakan dua proses aktiviti iaitu proses fizikal dan proses psikologikal. Monroe Breadsky menghubungkan seni dan keindahan kepada suatu benda yang memiliki kesan yang menyenangkan. Rumusannya, seni ialah buatan manusia yang berkemampuan untuk

(26)

Hubungan seni bagi orang Melayu terungkap dalam kawalan kehidupan yang boleh dinyatakan seperti dalam ungkapan berikut:

Kehidupan kawalannya agama dan tatacara, Tatacara isiannya membentukkan wajah seni.

Penegasan ini sangat cocok dengan perkembangan yang telah dilalui oleh manusia yang mengisi dan memberi erti kepada tamadun Melayu.

Perkembangan yang dimaksudkan ialah bagaimana hasil seni menunjukkan hubungan manusia Melayu dengan manusia lain, hubungan manusia dengan alam semula jadi, manusia dengan kepercayaan dan agamanya, dan penentuan pekerjaan mereka seperti seorang petani atau nelayan, dengan penentuan tindak-tanduk dan kelakuannya ditentukan pula oleh sistem kepimpinan seperti raja atau pemerintah dan rakyat, bahkan juga ditentukan oleh perhubungan melalui perdagangan dan pembuatan seperti menggunakan teknik dan

teknologi. Semua ini akan mempengaruhi dan mengawal manusia ketika mereka mengisi daya kreatif mereka melalui penghasilan seni.

Dalam konteks penghasilan seni dengan ketamadunan, daya usaha seseorang seniman Islam diberi erti pula melalui hubungannya dengan alam sekitar dan nilai agamanya. Tukang dan seniman Melayu turut menyalurkan kreativiti seni dengan matlamat "demi Tuhan", seperti usaha menyalin semula Al-Quran dengan bertulis tangan, menggubah lagu untuk nyanyian puji-pujian terhadap Allah S.W.t. dan Nabi, seperti lagu nasyid. Daya inspirasi dan usaha mereka juga didorong oleh kepuasan dimana hasil itu sebagai ekspresi rohani jiwa Islam, umpamanya dalam penghasilan seni ukir, apabila ayat-ayat Al-Quran diukir pada kayu bagi menghasilkan seni kaligrafi, dipahat atas batu, dan diukir atas dinding-dinding rumah.

Menjelang kurun ke-B, 14 dan 15, dunia Melayu (Alam Melayu) telah mempunyai beberapa buah kesultanan Melayu Islam iaitu di Pulau Sumatera, selatan

Thailand dan Semenanjung Tanah Melayu, Borneo, Pulau Jawa, Sulawesi dan Kepulauan Maluku, dan Kepulauan Filipina. Kerajaan-kerajaan ini telah menaungi pelbagai kegiatan keseniaan seperti kegiatan hasil seni rupa dalam bentuk kaligrafi, lukisan, ukiran, anyaman, tenunan, dan seni persembahan antaranya dalam bentuk pengucapan, muzik, tarian, bercerita dan seni lakon. Istana raja-raja Melayu Islam sebagai pusat kebudayaan telah berperanan menjadi penaung kepada kegiatan seni sebagai salah satu ciri dalam tamadun Melayu.

Menjelang kurun ke-IS, dunia Melayu sudah menjadi laluan utama budaya dan perdagangan dari luar sama ada dari negara-negara di bahagian dunia timur atau barat. Ini kerana dunia Melayu dari segi geografi, berkedudukan strategik terletak di pertengahan jalan laut (Jalan Sutera MaritilT'J antara kedua kawasan utama ini. Perdagangan merupakan faktor yang turut membawa pengaruh

dalam pembentukan seni budaya Melayu. Umpamanya dari negara China dibawa masuk kain dan benang sutera, dari India kain dan benang kapas, serta

(27)

Dari hubungan ini terhasil bentuk-bentuk seni tekstil seperti kain songket, kain sutera, kain limar, kain batik, walaupun terdapat juga hasil kain yang memang asali tempatan antaranya kain pua dan kain tenun. Melalui hubungan ini juga terhasil bentuk-bentuk seni khat yang diupayakan sebagai kerajinan tangan hingga menghasilkan manuskrip dan kitab bertulis tangan. Seni tekat, ikat dan celup warna (tie and dye), dan seni anyaman bakul, tikar, keIarai juga sebagai hasil kraf Melayu.

Alam semula jadi ialah sumber utama kreativiti seni orang Melayu. Oleh itu peniruan alam mencakupi unsurflora danfauna, iaitu tumbuhan dan haiwan dalam dunia Melayu. Kreasi yang berpolakan flora dan fauna dihias pula dengan motif dari sumber yang sama. Contoh motif dan pola flora seperti pola bunga tabur yang terisi dalam pilihan motif bunga-bunga kecil seperti bunga cempaka, lawang, cengkeh, ketumbit. Ada juga bentuk pola bunga-bunga renik yang disusun dalam pola rangkaian empat persegi atau beramai. Terdapat juga motif dan pola dari daun dan pohon, umpamanya pola batang atau dahan yang menjalar, dengan pengisian motif seperti daun dan bunga kangkang, daun dan buah peria dan sulur keladi.

Terdapat juga pola dari jenis pucuk seperti pola dari pucuk rebung yang disusun dalam sesuatu pola barisan lalu digelar dengan nama seperti pucuk rabung tunjuk langit, pucuk rebung lawi ayam, pucuk rebung berjuang dan

seumpamanya mengikut lakaran hiasan wajah bentuk pucuk rebungnya. Pola pucuk rebung itu turut pula dihias bahagian dalam atau luar lakarannya dengan motif seperti bunga-bunga kecil, jambak bunga dan sebagainya. Peniruan unsur alam sumber flora Melayu dari batang pokok dan dahan, daun dan buah, bunga dan kuntumnya sangat disukai oleh pereka seni Melayu hingga dijadikan sumber kreativiti seni

oleh mereka.

Pola dan motif fauna, iaitu haiwan darat dan laut, juga digemari sebagai pola dan motif penghias bahan ukiran kayu, terutama pada bahagian tinggi seperti pada bumbung rumah, pada kenderaan seperti perahu dan pada perabot rumah. Contoh pilihan fauna sebagai penghias dalam bentuk pola dan motif dalam seni hias Melayu pada rumah dan peralatan rumah ialah binatang darat, seperti cicak, burung, serangga; dan dari binatang laut, seperti kuda laut, ikan, yang semuanya dibentuk secara tiruan yang berusaha mematuhi bentuk asalnya atau diabstrakkan dengan hanya mengambil bentuk kasarnya.

(28)

nampak seni.

11.6.2 Ciri-ciri Hasil Seni Melayu

Sesuatu hasil seni bahkan mampu menampilkan kemahiran, kegemaran, dan kemajuan kreasi dan pengkaryanya melalui proses dan hasil seni itu, terutama jika hasil itu menjadi keperluan yang disenangi dan berguna. Sesuatu hasil seni itu mampu menyatakan 'alamnya', baik alam luaran (rupa) dan alam dalaman (jiwa). Umpamanya, kerajinan tangan orang Melayu telah menghasilkan seni tampak yang khusus. Sebagai contoh, kendi, tempayan, dan labu adalah namanama untuk bekas pengisi air yang meniru bentuk buah-buahan dan

sayuran tempatan, seperti kendi bentuk buah asam gelugur atau jenis-jenis labu. Contoh lain umpamanya dalam pembentukan rupa senjata yang juga merujuk kepada fauna atau bahagian-bahagiannya yang kelihatan pada hulu atau mata peralatan senjata tradisional seperti pisau (lawi ayam) keris, lembing, parang dan meriam.

Seni bina Melayu dalam menghasilkan bangunan bukan sahaja menjadi tempat pelindungan bagi orang Melayu tetapi menampilkan wajahnya yang sesuai dengan fungsinya. Umpamanya masjid yang terisi dengan mimbar, telaga atau pancur air untuk tempat berwuduk dan bumbung yang khusus bentuknya

memberikannya ciri seni bina masjid. Istana golongan raja-raja perlu pula di seri dengan balairong penghadapan, tempat persemayaman diraja, balai istiadat dan seumpamanya. Batu nisan di perkuburan turut diolah dengan atur letak dan nukilan yang mencerminkan rupa dan jiwa manusia Melayu.

Seni persembahan orang Melayu menampilkan kelembutan dan kesopanan wanita Melayu, dan sebaliknya ketampanan dan ketangkasan lelaki Melayu. Gubahan gerak dan bentuk tari Melayu seperti tari menghadap rebab, tari makyong, tari gamelan, tarian inai, tarian inang dan tarian lilin menampilkan kelembutan dan kesopanan. Sementara itu tarian dabus, silat, kuda kepang, barongan dan zapin umpamanya mengutamakan ketangkasan dan kelincahan pada geraknya. Alat muzik yang merupakan seni persembahan muzik untuk mengiringi seni nyanyi, tari dan lakon menyatakan juga jiwa dan rupa Melayu. Rebab gendang dan gong, kompang, serunai dan seruling adalah bentuk-bentuk alat muzik orang Melayu yang ada kelainannya jika dibandingkan dengan

alatalat muzik dari jenis yang sama dari budaya lain, biarpun masing-masing menggunakan prinsip bunyi yang sama, iaitu sama ada dengan penggunaan tali, tiupan, atau pukulan.

Referensi

Dokumen terkait

bahwa Retribusi Pelayanan Kesehatan yang diatur dalam Peraturan Daerah Kota Malang Nomor 4 Tahun 2000 besarnya tarif sudah tidak sesuai lagi dengan perkembangan perekonomian dewasa

Bukti fotocopy nota dinas yang diajukan oleh pemohon pembatalan putusan arbitrase, yang berupa tim terpadu lintas unit untuk penanganan kasus kertas uang dipakai sebagai

Secara khusus dalam membahas strategi kemari man Indonesia yang mengiku visi Poros Mari m Dunia gagasan Jokowi, maka untuk menuju ke arah itu Tentara Nasional

Hasil pengujian akhir pada translasi dari Latin ke aksara Jawa, yang.. ditranslasikan dengan benar, sebesar 92%, sedangkan pada translasi dari aksara

Sebagai upaya Uni Eropa untuk mengurangi biaya dan lebih fokus pada inovasi, maka peluang pun muncul bagi Negara Berkembang untuk memproduksinya dengan jalinan kerjasama

LEMBAR HASIL PENILAIAN SEJAWAT SEBIDANG ATAV PEER REVIEW. KARYA ILMIAH I JURNAL

alkana lurus : hanya bisa dilakilasi dengan mekanisme radikal bebas, pada suhu tinggi.. alkana bercabang : lebih mudah dialkilasi dengan

Hal ini sesuai dengan penelitian yang dilakukan oleh Tri Wibowo dan Hidayat Amir (2005) yang meneliti tentang faktor- faktor yang mempengaruhi nilai tukar, dimana hasil