• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MU"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

NAMA :

NO MATRIKULASI :

NO KAD PENGENALAN :

NO. TELEFON : EMAIL : NAMA TUTOR :

(2)

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 2

2.0 INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) 4

2.1 PUNCA-PUNCA TERJADINYA JEREBU 5

3.0 INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) JUN 2013 12

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH JEREBU 14

5.0 KESAN –KESAN JEREBU 17

6.0 KESIMPULAN 20

(3)

Udara adalah sumber daya yang berharga bagi kehidupan. Udara terdiri dari campuran gas antara 78% nitrogen, 21% oksigen dan 1%gas-gas lain seperti xenon, karbon dioksida, argon, neon, hidrogen, hellium dan kripton. Oksigen merupakan gas yang paling penting bagi kehidupan. Oksigen yang terkandung dalam udara dihasilkan oleh proses fotosintesis yang terjadi tumbuhan. Tumbuhan pula memerlukan gas karbon dioksida yang dihasilkan oleh manusia dan haiwan. Hubungan saling memerlukan menunjukkan hubungan semulajadi yang unik di flora dan fauna dan juga manusia.

Walau bagaimanapun, kualiti udara pada hari ini sudah semakin berkurangan. Keadaan ini di panggil sebagai pencemaran udara. Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfurl dioksida, CFC ( kloroflorokarbon ) bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga serta juga sisa radioaktif.

Jerebu merupakan salah satu situasi pencemaran udara. Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berlaku secara semulajadi ataupun kesan sampinga daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian ini akan mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Baru-baru negara Malaysia telah dilanda masalah jerebu yang sangat teruk. Keadaan ini menyebabkan kualiti udara negara pada paras yang sangat teruk kualitinya. Keadaan yang sangat teruk ini juga menyebabkan beberapa buah negeri termasuk diistiharkan darurat, dan beberapa buah sekolah terpaksa ditutup bagi mengelakkan keadaan yang lebih teruk lagi berlaku seperti masalah kesihatan dan juga kemalangan jalan raya akibat jarak pandangan mata kasar yang berkurangan.

(4)
(5)

NILAI IPU KUALITI UDARA

Secara amnya, sistem mengukur Indeks Pencemaran Udara (IPU) dinayatakan dalam bentuk suatu julat nilai yang mudah difahami bagi menggambarkan kualiti udara atau tahap pencemaran yang berlaku. Sistem indeks tidak menggunakan nilai kepekatan sebenar setiap bahan pencemar yang dikesan kerana maklumat berkenaan akan menyukarkan masyarakat untuk membuat penilaian dan memahaminya

Jadual 1 menunjukkan Indeks Pencemaran Udara. Nilai IPU dikira berrdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu sulfur dioksida (SO2), nitrogen dioksida (NO2), karbon monoksida (CO), ozon (PM10) dan juga habuk halus. Pencemar udara yang domina dengan kepekatan yang tertinggi di ambil kira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai Indeks Pencemaran Udara (IPU). Pada lazimnya, habuk halus adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.

(6)

2.1 PUNCA-PUNCA TERJADINYA JEREBU

Jerebu yang kelihatan di latar langit negara kita adalah disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tinggi, zarahan ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebaban ketampakan mengufuk mengurang menjadik atmosfera kelihata sedikit gelap. Di Malaysia, laju angin biasanya sangat perlahan. Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa Monsun Barat Daya, keadaan atmosfera sangat stabil dan pergerakan mengufuk dan menegang berkurang. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif menyebabka cuaca kering. Beberapa faktor seperi cucaa kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan sumber pencemaran yang banyak di bandar mahupun luar bandar merupakan ramuan yang unggul dalam pembentukan jerebu.

(7)

Gambar 1 : Situasi kenderaan semakin bertambah

Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya dan telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan keadaan jerebu bertambah parah kerana kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap yang mencemarkan udara.

Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah keadaan jerebu di negara kita.

(8)

Gambar 2 : Kilang-kilang industri yang tidak bertanggungjawab melepaskan asap ke udara

Pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti Kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang bau turut menjadi punca utama kejadian jerebu. Sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara dan telah mencemarkan udara di negara kita. Gambar 2 di atas menunjukkan contoh kilang-kilang industri yang tdak bertanggungjawab melepaskan asap ke udara yang menyumbang kepada pencemaran udara khususnya masalah jerebu.

Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu.

(9)

2.1.3 Pembakaran terbuka

Pembakaran terbuka ditakrifkan sebagai “pembakaran sebarang bahan dalam cara yang hasil pembakaran dari pembakaran tersebut dibebaskan secara langsung ke udara sekitar tanpa melalui serombong, pendiang atau lohong”. Secara umumnya, setiap kali kita menyalakan api di luar, kita sebenarnya telah membuat pembakaran terbuka.

Gambar 3 : Keadaan

ketika berlakunya pembakaran terbuka

Pembakaran terbuka adalah salah satu penyebab utama kepada berlakunya pencemaran udara. Pembakaran terbuka kebanyakkannya dikesan berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Keadaan pencemaran lebih serius pada musim panas yang berpanjangan kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan.

(10)

Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu aktiviti seperti sampah sarap atau bahan buangan yang ingin menghapuskan sampah tersebut dalam kuantti yang banyak. Pihak ini bukan sahaja pada pihak industri, malahan juga berlaku kepada orang perseorangan (individu). Contohnya, individu yang melakukan pembakaran di belakang rumah mereka kerana sikap malas mereka membuang sampah tempat pembuangan sampah atau tempat pengitaran semula sampah.

Mereka tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pemabakaran terbuka ini akan mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan jerebu berlaku.

2.1.4 Pembukaan kawasan pertanian

Desakan kemajuan ekonomi setempat mendorong pihak kerajaan untuk mempelbagaikan bentuk ekonomi, maka akan berlaku pembukaan kawasan baharu bagi tujuan kawasan perindustrian. Pembukaan kawasan pertanian akan pasti melibatkan pembakaran kawasan hutan yang luas bagi membina kilang-kilang dan penanaman anak-anak pokok. Ini perlu kerana kawasan pertanian yang luas sangat diperlukan kerana biasanya projek pertanian kerajaan adalah yang melibatkan projek besar-besaran.

(11)

Setiap negara yang membangun akan mengalami pertumbuhan bandar-bandar. Ini adalah berpunca daripada pertambahan jumlah penduduk. Konsep pertumbuhan bandar dan urbanisasi merujuk pada bilangan penduduk (Wan Rozali, 2002). Maka pertambahan penduduk inilah yang akan membangunkan sesebuah kawasan melalui proses perbandaran. Pertambahan penduduk akan memberi impak kepada sesebuah kawasan bukan sahaja dari segi kemajuan ekonomi tetapi juga memberi impak negatif ke atas alam sekitar. Proses perbandaran akan mendesak ke arah penerokaan tanah dan juga peningkatan penggunaan barangan yang mengandungi gas karbon monoksida, solfur dioksida dan nitrogen dioksida yang mana partikel-partikel ini akan mengundang ke arah fenomena jerebu.

Tambahan lagi pertambahan penduduk juga akan mendorong kepada peningkatan pelbagai aktiviti manusia seperti aktiviti pembakaran dan pertambahan bilangan kenderaan pula. Namun itu lah yang perlu dihadapi bagi setiap kawasan yang mengalami proses perbandaran yang mana taraf kehidupan rakyat juga akan menjadi semakin maju dengan penggunaan barangan yang secara tidak langsung menjejaskan alam sekitar.

3.0 INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) JUN 2013

(12)

Negeri Lokasi 7 AM 2 PM 9 PM

Johor Kota Tinggi 62 60 60

Johor Muar 165 127 124

Kedah Alor Setar 61 61 62

Kedah Bakar Arang, Sg. Petani 87 86 80

Kelantan SMK Tanjung Chat, Kota Bharu 95 93 91

Kelantan Tanah Merah 83 81 76

Pulau Pinang Seberang Jaya 2, Perai 132 123 105

Sabah Kota Kinabalu 70 71 70

Wilayah Persekutuan Batu Muda,Kuala Lumpur 198 174 142

Wilayah Persekutuan Labuan 72 68 64

Wilayah Persekutuan Putrajaya 195* 180 156

Jadual 2: Catatan Nilai IPU pada 25 Jun 2013

(13)

Di Kuantan, Pahang catatan nilai IPU hampir mencecah ke paras sangat tidak sihat. Ekoran daripada catatan nilai IPU tersebut, Pemangku Pengarah Pelajaran Negeri, Encik Rosdi Ismail telah mengarahkan sebanyak 120 sekolah menengah dan rendah ditutup buat sementara.

Lembah Klang juga turut mencatatkan nilai IPU di paras bahaya. Ini kerana kawasan ini merupakan kawasan perindustrian yang banyak membebaskan gas-gas yang menyumbang ke arah gejala pencemaran udara.

Selain asap tebal yang diterbangkan daripada Sumatera dan Kalimantan, aktiviti rutin harian seperti perkilangan, pembakaran terbuka dan juga pelepasan gas daripada kenderaan juga menjadi penyumbang kepada peningkatan jumlah partikel di dalam atmosfera. Jumlah hujan yang turun juga adalah kurang bagi mengurangkan keadaan jerebu, sebaliknya cuaca panas dan kering menambahkan lagi fenomena jerebu menjadi semakin teruk.

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH JEREBU 4.1 Penguatkuasaan undang-undang

(14)

tidak bertanggungjawab seperti individu yang melakukan pembakaran terbuka secara besar-besaran mahupun pihak industri yang melepaskan asap sesuka hati mereka.

Kilang-kilang diwajibkan memasang alat penapis asap di serombong asap. Serombong asap hendaklah ditinggikan 30 meter melepasi lapisan atmosfera bumi. Pihak kerajaan juga sepatutnya bertegas dan boleh mengenakan denda berbentuk kompaun atau saman kepada pihak-pihak ini kerana telah menyebakan kualiti udara negara menurun.

4.2 Kempen hijau

Selain itu, pihak kerajaan dan pihak swasta juga boleh menjalankan kempen-kempen positif berkenaan dengan penjagaan alam sekitar. Kempen hijau misalannya akan memberi kesedaran kepada semua pihak berkenaan dengan tanggungjawab menjaga alam sekitar tidak kira sama ada hutan, flora dan fauna, kualiti udara,air dan sebagainya dalam memastikan masyarakat mendapat yang terbaik dalam kehidupan ini.

Kempen hijau juga akan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan hutan kita dan mengelakkan berlakunya pembakaran hutan berleluasa demi mengaut keuntungan semata-mata misalnya pembakaran bagi projek pertanian dan perumahan.

Kempen hijau ini boleh dibuat di sekolah-sekolah, institusi-institusi pendidikan, kampung-kampung, agensi-agensi, kawasan pasar raya, pasar basah dan sebagainya agar kempen ini lebih meluas dan semua pihak diberi pendedahan berkenaan dengan kepentingan menjaga alam sekitar.

4.3 Kerjasama Serantau

(15)

idea dan program di antara negara serantau juga akan turut membantu dalam menyelesaikan masalah jerebu ini memandangkan ianya bersifat mobiliti iaitu masalah jerebu tidak berlaku secara statik di satu-satu tempat sahaja.

4.4 Pembenihan awan

Jerebu juga boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semulajadi yang baik.Aktiviti pembenihan hujan sebenarnya telah dibuat oleh Pihak Jabatan Alam Sekitar yang telah bekerjasama dengan Puncak Niaga sdn. Bhd dan telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya Lembah Klang dan negeri Selangor.

4.5 Kitar semula

Oleh kerana, faktor pembakaran terbuka ini berlaku disebabkan oleh masalah jumlah sampah sarap yang banyak dan pihak terbabit malas untuk membuanganya, maka program aktiviti kitar semula akan sangat membantu menyelesaikan masalah ini. Program kitar semula akan melatih individu atau masyarakat dalam mengelaskan jenis sampah dan boleh mengitarnya semula iaitu sama diguna semula mahupun dijual kepada pihak tertentu bagi proses kitaran semula. Contohnya, tin dan besi boleh dijual dan individu tersebut akan mendapat wang.

oi

(16)

5.0KESAN –KESAN JEREBU

(17)

i. Kanak-kanak

Golongan kanak-kanak merupakan golongan yang mudah mendapat penyakit ekoran daya ketahanan badan atau imuniti yang tidak kuat sepertimana golongan dewasa. Golongan kanak-kanak sering mengalami kesukaran pernafasan, batuk dan alahan kerana penyakit tersebut amat sensitif dengan perubahan kualiti udara persekitaran kanak-kanak. Tambahan lagi golongan kanak-kanak merupakan golongan yang aktif bermain di luar rumah dan tidak mengendahkan keadaan persekitaran mereka. Keaktifan mereka secara tidak langsung mempercepat nadi pernafasan mereka, namun asap tebal kesan jerebu akan menyebabkan mereka sukar untuk bernafas dengan lancar dan baik.

Ironinya mereka akan mengalami sesak nafas ekoran keaktifan mereka dan udara yang menyesakkan pernafasan. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh EPA (1992) mendapati bahawa orang dewasa bernafas dan menggunakan udara sebanyak 13 000 liter sehari, manakala kanak-kanak pula adalah sebanyak 50% lebih tinggi penggunaan udara berbanding orang dewasa. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pendedahan udara yang telah tercemar di kalangan kanak-kanak boleh membawa kesan yang sangat buruk ke atas kesihatan mereka berbanding dengan orang dewasa.

Bayi merupakan peringkat kanak-kanak yang mudah mendapat penyakit kerana antibodi bayi masih lemah lagi. Bayi juga berkecenderungan menghidap penyakit jangkitan paru-paru kesan daripada jerebu. Kekerapan membawa bayi keluar akan menyebabkan partikel halus yang terkandung dalam jerebu memasuki bahagian dalam paru-paru bayi. Pendedahan pencemaran udara kepada bayi yang baharu lahir dalam tempoh bulan pertama boleh membawa maut akibat kegagalan sistem pernafasan.

Jerebu juga mengakibatkan kualiti udara menjadi tidak sihat, partikel dan zarah yang terkandung mampu memberi alahan kegatalan kulit kepada bayi dan golongan kanak-kanak. Kulit bayi dan kanak-kanak mudah untuk mengalami ruam dan bintik-biktik merah pada muka apabila terdedah kepada udara yang kotor, tambahan lagi sistem imuniti mereka sukar untuk bertindak.

(18)

Bagi golongan orang tua, kepekatan partikel dan zarah dalam ruang udara turut menyurkarkan mereka untuk bernafas dengan baik terutama apabila mereka melakukan aktiviti di luar rumah. Golongan ini mudah mengalami sakit dada akibat sistem imuniti mereka juga menjadi semakin lemah tidak seaktif ketika mereka dewasa. Malah kesan jerebu juga menjadi serius kepada golongan orang tua yang menghidap penyakit asma dan penyakit jantung.

Sistem ketahanan diri golongan orang tua juga hampir sama seperti golongan kanak-kanak kerana sukar untuk melawan sakit yang mereka alami. Ironinya mereka terdedah kepada tahap penyakit yang kronik jika terlalu kerap menghirup udara yang tercebar akibat jerebu. Justeru itu, orang tua perlu dinasihatkan untuk tidak melakukan aktiviti di luar rumah ketika asap tebal masih menyelubungi udara.

Golongan perokok

(19)

6.0 KESIMPULAN

Jerebu sebenarnya merupakan satu masalah yang sangat global dan akan dihadapi oleh semua masyarakat jika ianya berlaku. Fenomena ini sangat memberi impak kepada kesihatan manusia terutamanya kepada golongan kanak-kanak, warga tua, perokok dan juga golongan yang mempunyai penyakit kronik. Jerebu juga memberi kesan kepada tahap penglihatan dan ini boleh menyumbang berlakuya pula kemalangan jalan raya. Oleh sebab inilah, masalah jerebu merupakan masalah berat yang harus difikirkan jalan penyelesaiannya dan merupakan salah satu daripada agenda negara kerana ia melibatkan aspek kualiti udara.

(20)

7.0 RUJUKAN

Atsushi Miyake, 1992. Topic: Civil Engineering for a Better Environment, Theme: Civil Engineering Technology Towards Vission 2020. National Level Seminar on Civil Engineering 1992. Anjuran Society of Civil Engineering , UTM Skudai Johor Bahru

Bahagian Kawalan Penyakit, 1998. Garis panduan-garis panduan Kesihatan Akibat Jerebu. Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jabatan Alam Sekitar, 1997. Malaysian Enviromental Quality Report 1997. Kuala Lumpur: Jabatan Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Environment Protection Agency (EPA), U.S, 1992. What You Can DO to Reduce Air Pollution. Washington: EPA Publications.

Tan, M. L. 1982. Air Pollution in Malaysia: Problem, Perspective and Control. Dlm. Development and the Environment Crisis: Penang: The Consumer Association of Penang.

http://www.mysumber.com/berita/bacaan-terkini-indeks-ipu-jerebu-24-jun-2013-seluruh-negeri#ixzz2kXQH8Dfc

Gambar

Gambar 1 : Situasi kenderaan semakin bertambah
Gambar 3 : Keadaan

Referensi

Dokumen terkait

Kesuksesan Teman Ahok menembus angka 1 juta KTP dukungan itu langsung mengingatkan saya terhadap Habiburokhman, Kepala Bidang Advokasi Dewan Pimpinan Pusat Partai

Walau tidak bersama teman-temanku, setidaknya aku nanti masih tetap bisa ke pantai, dan bertemu sahabatku,

Obwohl die KIDRON Vermögens- verwaltung GmbH der Auffassung ist, dass die Angaben auf ver lässlichen Quellen beruhen, kann sie für die Qualität, Richtigkeit, Aktualität oder

Kondisi bangunan yang ada (existing) seperti dapat dilihat pada gambar 3. Denah dengan ukuran 12 x 12 meter persegi dengan modul 3 meter. Bangunan ini mempunyai struktur rangka

Selain itu dengan menggunakan koefisien variabel penjelas yang ada pada Tabel 2, untuk e 3,667 = 39,139 berarti resiko seseorang yang termasuk kasus suspect

Relevansi bela- jar menurut Ki Hadjar Dewantara dengan Pendidikan Agama Islam setidaknya men- jelaskan, bahwa gagasan untuk mencegah output pendidikan yang tidak sesuai,

Penanggulangan secara represif dimaksudkan untuk menindak para pelaku kejahatan sesuai dengan perbuatannya serta memperbaikinya kembali agar mereka sadar bahwa perbuatan

Para akuntan juga sekaligus melakukan rekapitulasi rekening koran dari berbagai rekening penerimaan zakat dalam hal ini ada beberapa bank yang digunakan oleh