• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENYAMBUT HARI SEMPENA PERISTIWA DARI PE

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MENYAMBUT HARI SEMPENA PERISTIWA DARI PE"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

MENYAMBUT HARI SEMPENA PERISTIWA, DARI PERSPEKTIF ISLAM

Oleh: Abdul Azib Hussain [30 Mei 2018]

Pendahuluan

Terdapat beberapa peristiwa yang berlaku mengikut hari dan bulan dalam kalender. Apabila menjelang suatu tarikh tertentu, sesetengah kempulan manusia mengambil kesempatan untuk meraikan dan merayakannya mengikut adat dan kepercayaan mereka tersendiri.

Islam memberikan jalan penyelesaian dan garis panduan bagi setiap perkara yang berlaku. Justeru, kajian ini cuba meneliti sambutan hari tertentu berdasarkan perstiwa pada pandangan Islam.

1. (ari Kekasih Valentine’s Day 1.1 Sejarah Hari Kekasih

1.2 Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keterangan/Hujah:

Sejarah Valentine s Day tidak ada di dalam )slam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini

mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

(2)

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah SAW:

مهملو فل و بل ب ش ل م

Maksudnya: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.

( Riwayat Abu Daud)

Rasulullah SAW juga bersabda:

ملو فلا مأل ي علسيلامل مل م

Maksudnya: Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja )slam hari meraikan Valentine s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

2. Halloween Day

Perayaan hari Halloween disambut pada 31 Oktober setiap tahun.

2.1 Sejarah Hari Halloween

(3)

Seterusnya Celtic menyambut perayaan tahun baru pada 1 November. Mengikut kepercayaan mereka, sempadan dunia antara orang hidup dan orang mati pada malam sebelum tahun baru akan menjadi kabur.

Pada tahun 43M, Empayar Rom telah mengusai kaum Celtic menyebabkan berlaku penggabungan dua perayaan iaitu:

1. Perayaan Feralia: Belaku pada hujung bulan Oktober sebagai memperingati berlalunya kematian.

2. Hari memuliakan Pomona iaitu dewi buah dan pokok bagi orang Roman. Ia menggunakan simbol buah epal kerana bergabung dengan perayaan Halloween.

Pada 13 Mei 309M, Pope Boniface IV telah mengkhususkan perayaan di Pantheon, Rom sebagai menghormati semua orang Kristian yang mati. Kemudian Pope Gregory III telah memindahkan tarikh perayaan ini kepada 1 November.

Pada tahun 1000M, pihak gereja meraikan All Souls Day pada 2 November untuk menghormati orang mati dan merupakan hari cuti gereja. Perayaan ini menyamai perayaan Samhain. Mereka membuat unggun api yang besar, berarak dan mengenakan pakaian seperti para wali, malaikat dan syaitan. All Souls Day juga dikenali sebagai All-Hallowmas. Kemudian dikenali sebagai

All-Hallows Eve dan akhirnya dipanggil Halloween yang bermaksud All Saint s Day.

Mengikut kepercayaan mereka, pada hari ini hantu akan turun ke bumi. Jadi, jika mereka ingin keluar rumah selepas hari telah gelap, mereka akan memakai topeng supaya tidak dicam oleh hantu dan menganggap mereka sebagai teman. Mereka juga meletakkan makanan di dalam bekas di luar rumah untuk mencegah hantu dari memasuki rumah mereka.1

Kini, walaupun ritual perayaan Halloween tidak lagi seratus-peratus menyamai corak perayaan

Samhain kaum Celtic terdahulu, tetapi semangat dan roh kepercayaan terhadap perayaan

tersebut masih bersemadi dalam adaptasi mereka yang menyambut hari Halloween. Ini kerana ritual tersebut berubah bersama perubahan masa dan zaman serta budaya setempat masyarakat.

2.2 Beberapa Perkara yang Berkaitan dengan Hari Halloween dan Pandangan Hukum Terdapat beberapa perkara yang dikenal pasti mempunyai kaitan dengan perayaan hari Halloween. Di antaranya:

(4)

2.2.1 Kepercayaan kepada Perkara Khurafat seperti Hantu dan Dewa-Dewi

Orang Kristian yang menyambut perayaan Halloween mempercayai bahawa hantu adalah watak antagonis yang disimbolkan dengan malapetaka seperti kematian. Manakala dewa-dewi pula mewakili watak protagonis.

Dalam Islam, makluk ghaib ciptaan Allah yang berjirim halus [tidak dapat dilihat oleh mata] hanya malaikat2 dan jin3. Malaikat sentiasa patuh kepada perintah Allah dan tidak sesekali memungkiriNya. Firman Allah SWT dalam menyatakan perihal sifat para malaikat:

ل مؤيلامل و ع ي لُ مألامل هَال و عيلا

Maksudnya: Mereka malaikat penjaga neraka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap

melakukan segala yang diperintahkan .

Surah al-Tahrim (66) : 6

Manakala jin pula ada yang patuh dan ada yang ingkar kepada perintah Allah. Jin yang ingkar inilah dikenali sebagai iblis dan syaitan. Firman Allah SWT:

لب ل مأل عل س فل جال مل َلسي ب

Maksudnya: Dan ingatkanlah peristiwa ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam , lalu mereka sujud melainkan iblis. Ia

adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhakai perintah Tuhannya .

Surah al-Kahfi (18) : 50

Ini bermakna, hantu dan dewa-dewi sebenarnya adalah kepercayaan khurafat yang tidak pernah wujud dalam pegangan Islam.

2.2.2 Ramalan dan Tilik Nasib

Orang Celtic percaya kehadiran roh semasa perayaan Samhain [sekarang Halloween] memudahkan Druids untuk menjangka ketentuan pada masa hadapan. Amalan meramal atau

2 Malaikat ialah roh jisim yang halus dari cahaya, berupaya untuk menyerupai dengan bentuk yang berbagai

dengan kehendak Allah, tidak berjantina lelaki atau perempuan. [Abd Allah Siraj al-Din (1972), Iman bi Al-Malaikah, c. . T.T.P: T.P, h. , Ahmad )z al-Din al-Bayanuni (1985), Al-Iman bi al-Malaikah, c.2. Kaherah: Dar al-Salam, h. 7 ].

3 Jin ialah roh jisim yang halus dari api, berupaya untuk menyerupai dengan bentuk yang berbagai, makan dan

(5)

menentukan nasib seseorang semasa perayaan ini sebenarnya termasuk dalam perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Firman Allah SWT:

ل اطي ه شال مل ملسج ل ا لا ل ا لا لِي ا ل خالا ه

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah,

adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu

menjauhinya supaya kamu berjaya .

Surah al-Maidah (5) : 90

2.2.3 Persembahan Korban

Ritual mengorbankan haiwan dan menyembelihnya oleh kaum Celtic sebagai persembahan kepda dewa mereka adalah termasuk dari perkara yang dilarang. Firman Allah SWT:

ل م ح

ل و و ا ل نخن ا ل بل هَالْغله ألام ل يْ المح ل هدا ل تي الُي ع

ل

ل ي َ ا

لب هنالَعلحب لام لُيهك لامل ها

العب ه سالَألام ل حيطهنا

ِ

Maksudnya: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), darah (yang keluar mengalir), daging babi (termasuk

semuanya), binatang-binatang yang disembelih kerana (tujuan) selain dari Allah,

yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati jatuh dari tempat yang tinggi,

yang mati ditanduk, yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat

kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama

berhala .

Surah al-Maidah (5) : 3

2.2.4 Kepercayaan Musim Sejuk sebagai Malapetaka

Mengikut kepercayaan mereka, apabila tiba musim sejuk maka waktu gelap yang panjang menyukarkan mereka untuk meneruskan aktiviti mencari rezeki. Tanaman juga kurang menjadi. Justeru, musim sejuk lebih sinonim dengan kamatian.

(6)

لاأ ل هدال هبسيل أل بالِي ؤيل"ل:ه ج ل هزعل هَال ا

لا هها ل يه الب أل ملال يبل هدال

4

Maksudnya: Allah Azza wa Jalla telah berfirman: Anak Adam menyakitiku. Mereka mencaci masa, sedangkan Akulah [yang mencipta] masa. Dalam

kekuasaanku urusan tersebut. Aku menukar malam dan siang .

لبيخلَل:ُ حأله و يلافل هدال بيخلَل: و يل أل بالِي ؤيل"ل:ه ج ل هزعلهل ا

kamu: Alangkah sialnya masa, [kerana] sesungguhnya Akulah [pencipta] masa.

Akulah yang menukarkan malam dan siangnya. Justeru jika Ku ingini, Aku

mencabut [hilangkan] kedua-duanya .

Sebab wurud hadith di atas adalah kerana keadaan masyarakat Arab jahiliah apabila ditimpa sesuatu masalah atau peristiwa seperti mati, tua, kehilangan harta atau seumpamanya mereka

akan berkata celakanya masa atau ucapan lainnya yang menunjukkan di atas cacian kepada

masa. Lalu Nabi SAW bersabda [dari hadith qudsi]: Jangan kamu mencela masa kerana Allahlah [pencipta] masa . Ini bermakna jangan kamu mencela pembuat peristiwa kerana jika kamu mencela pembuatnya, maka terkena celaan itu kepada Allah kerana Dialah penciptanya. Masa hanyalah zaman yang tiada apa-apa perbuatan, bahkan hanyalah makhluk dari sekalian makhluk Allah.6

2.2.5 Perayaan Memperingati Kematian Orang Kristian

Menyambut Halloween juga bererti memberi penghormatan terhadap kematian orang Kristian. Kerana itu ia juga dikenali sebagai All Saint s Day, iaitu kepercayaan terhadap wali-wali orang Kristian yang telah meninggal.

4Abi Abd Allah Muhammad )bn )smail al-Bukhari (1998), Sahih al-Bukhari, Bab Wa Ma Yuhlikuna Illa al-Dahr .

no. hadith 4826. Riyadh: Bait al-Afkar al-Dawliyyah li al-Nashr, h. 948.

5 Abi al-Husin Muslim Ibn al-Hajjaj al-Qushairi al-Naisaburi , Sahih Muslim, Bab al-Nahyu An Sabb al

-Dahr . no. hadith . Riyadh: Bait al-Afkar al-Dawliyyah li al-Nashr, h. 924.

6 Imam Muhyi al-Din Yahya Ibn Sharaf al-Nawawi (1930), Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, c. 1. j. 15. Kaherah:

(7)

Islam menghormati manusia dari sudut insaniahnya sebagai manusia. Namun dari sudut akidah, kita dilarang dari mempercayai pegangan hidup orang kafir kerana keimanan mereka adalah kotor. Firman Allah SWT:

لسَل وكْ الا ه

ِ

الاو مأل ي هَالا هُألَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan)

orang-orang kafir musyrik itu najis .

Surah al-Taubah (9) : 28

Justeru, sudah pasti pegangan mereka yang kotor tersebut tidak akan diterima oleh Allah kerana Dia adalah Zat yang baik dan menerima perkara yang baik. Sabda Nabi SAW:

لهله

ا

ِ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah Taala itu baik [Maha Suci], Dia tidak menerima

kecuali perkara yang baik .

2.2.6 Adat Berpakaian Mengikut Kepercayaan Khurafat

Biasanya perayaan Halloween disambut dengan penampilan berpakaian yang seram menyerupai syaitan kerana percaya terhadap kehadiran hantu pada hari gelap. Perbuatan meniru budaya dan amalan berpakaian orang bukan Islam adalah dilarang sebagai mana hadith riwayat Imam Abu Daud di atas.

2.3 Kesimpulan

Setelah meneliti sejarah kewujudan perayaan Halloween dan beberapa perkara yang berkaitan dengannya, maka penyelidik berpendapat hukum menyambut perayaan ini adalah haram.

7 Abi al-Husin Muslim Ibn al-Hajjaj al-Qushairi al-Naisaburi (1998) op. cit., Bab Qabul al- Sadakah min al-Kasb

(8)

Pandangan ini disimpulkan berdasarkan anasir-anasir syirik dan kepercayaan karut yang terkandung dalam falsafah perayaan ini di mana kebanyakannya menyalahi ajaran dan pegangan Islam.

3. Hari Tandas Sedunia

Hari Tandas Sedunia disambut pada 19 November setiap tahun untuk memberi kesedaran kepentingan sanitasi tandas yang bersih dalam kehidupan manusia serta memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai budaya tandas bersih. Hampir 60 negara menyambut Hari Tandas Sedunia termasuk Malaysia.8

Menurut Pertubuhan Tandas Sedunia (World Toilet Organization, WTO), hampir 2.5 billion manusia di seluruh dunia tinggal di kawasan di mana sistem sanitasi tidak sempurna. Situasi ini menjadikan mereka membuang air di kawasan - kawasan terbuka, sungai-sungai serta kawasan-kawasan berhampiran tempat tinggal serta punca makanan dan air. Ini menjadi punca ancaman terhadap kesihatan manusia sejagat. Dianggarkan 1.8 juta manusia yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak, mati dan menderita akibat penyakit bawaan makanan dan air setiap tahun.9

3.1 Tandas dari Perspektif Islam

Walaupun tandas sering dianggap sebagai tempat yang tidak elok, tetapi Islam mengiktirafnya sebagai satu keperluan bagi manusia. Pernah seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW:

ل وس لَ

ل: هَس ل ي علهل هَصلهل وس ل ا فلَوال يفلب ي ل ي ال يفل ا يله

اَت سمل ها

ِ

الَخ يلافلَخ ل ف

10

Maksudnya: Wahai Rasulullah, ia [tandas] tempat mengubati orang sakit dan tempat menghilangkan kotoran. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Maka sesiapa

yang hendak memasukinya janganlah ia masuk kecuali dengan [keadaan]

bertutup .

8 Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2012), Siaran Media, Sambutan

Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2012, Putrajaya, h. 2.

9Ibid. h. 3.

10 Abi al-Qasim Sulaiman Ibn Ahmad al-Tabrani (t.t), al-Mu jam al-Kabir, j. 11. Kaherah: Maktabah Ibn Taimiyyah,

(9)

3.2 Kesimpulan

Referensi

Dokumen terkait

Shalawat serta salam senantiasa kita junjungkan kepada Rasullullah Muhammad SAW, sehingga dapat menyelesaikan penyusunan skripsi ini dengan judul “Prestasi Belajar

Jenis substrat Pasir berlumpur yaitu jenis Rhizophora mucronata dengan kerapatan sebesar 176,19 individu/ha nilai frekuensi yang sama dengan jenis mangrove lainnya

Dengan membiarkan siswa terlibat dalam konten pembelajaran fisika berbasis web, maka siswa akan dapat memahami tentang apa yang mereka inginkan dalam konten

Madhhab H}anafi berpendapat bahwa yang menjadi obyek wali mujbir adalah setiap anak perempuan yang masih kecil, batasan kecil menurut madhhab H}anafi> yaitu

Berdasarkan hasil wawancara dengan beberapa informan bahwa dalam upacara adat perkawinan masyarakat Melayu Desa Pekaka, Kecamatan Lingga Timur, Kabupaten Lingga, tradisi

Sedangkan anak yang kurang percaya diri akan mengembangkan sikap dan perasaan bersalah (guilt). Anak akan cenderung tidak berani mengambil keputusan, ragu-ragu

a) Komunikasi, yaitu anak yang memiliki kepercayaan diri lahir dapat melakukan komunikasi dengan setiap orang dari segala usia. b) Ketegasan, yaitu anak yang memiliki

listopa- da 1951., na upit kako će riješiti slučaj Stepinac, Tito kaže: "da smo mi još prije pet-šest mjeseci ponudili Vatikanu da smo spremni Stepinca pustiti iz zatvora,