• Tidak ada hasil yang ditemukan

MSOC - Malay Sample Questions Set

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MSOC - Malay Sample Questions Set"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

01 Apakah yang harus dilakukan oleh seseorang pekerja jika dia tidak memahami langkah-langkah untuk mengendalikan mesin yang dinyatakan dalam Prosedur Keselamatan Kerja (SWP)?

A.

Periksa dengan penyelia

B.

Periksa dengan rakan sekerja

C.

Baca tanda-tanda amaran yang terdapat pada mesin

D.

Ubah suai Prosedur Keselamatan Kerja (SWP) dengan segera

02 En. Aboh telah didenda kerana tidak mematuhi Amalan-amalan Kerja yang Selamat (SWP). Dia telah didenda sekali lagi kerana tidak memakai cermin mata yang dibekalkan.Di bawah peraturan keselamatan dan dan kesihatan, dia mungkin _____.

A.

tidak akan didenda

B.

akan didenda sebanyak $2,000

C.

akan didenda sebanyak $10,000

D.

akan didenda sebanyak $20,000

03 Manakah di antara yang berikut BUKAN salah satu fungsi jawatankuasa keselamatan dan kesihatan di tempat kerja?

A.

Mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan

B.

Menggalakkan suasana yang selamat di tempat kerja

C.

Menjalankan pemeriksaan di tempat kerja

D.

Menaikkan pangkat para pekerja dan telah mencapai prestasi yang baik dalam pekerjaan mereka

04 Apakah denda jika membuat tuntutan pampasan kecederaan pekerjaan yang palsu?

A.

pemotongan gaji

B.

diberi surat amaran

C.

dimarahi oleh majikan

D.

denda sehingga $15,000 dan/atau penjara sehingga 12 bulan

05 Jika majikan mahu seseorang pekerja asing untuk bekerja dalam kerja-kerja yang berlainan daripada yang tertera di dalam permit kerja beliau, pekerja berkenaan harus memberitahu Kementerian Tenaga Manusia di nombor telefon yang berikut:

A. 999 B. 995 C. 63171111 D. 64385122

(2)

06 Alat pemadam api jenis air langsung tidak harus digunakan pada kebakaran yang disebabkan oleh peralatan elektrik kerana

A.

ada risiko kejutan elektrik

B.

akan mengambil masa yang lebih lama untuk memadamkan api

C.

air mengeluarkan gas-gas yang toksik

D.

air mudah menyejat dan, dengan itu, tidak berkesan

07 Apakah denda bagi pekerja yang didapati tidak menggunakan peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang disediakan (kesalahan pertama)?

A.

Sehingga $1,000

B.

Sehingga $10,000

C.

Sehingga $5,000

D.

Sehingga $2,000

08 Manakah di antara yang berikut BUKAN gejala strok haba?

A.

Mangsa mungkin menderita rasa mual

B.

Mangsa mungkin menderita muntah

C.

Mangsa mungkin rasa pening

D.

Mangsa mungkin menderita cirit-birit

09 Bahagian-bahagian mesin yang begerak berbahaya kerana pekerja mungkin _______.

A.

terjerat di antara bahagian-bahagian yang bergerak

B.

terkena strok haba

C.

disimpangkan perhatiannya akibat bunyi bising yang disebabkan oleh bahagian-bahagian yang bergerak

D.

terkena kejutan elektrik yang disebabkan oleh bahagian-bahagian yang bergerak

10 Manakah di antara yang berikut BUKAN tujuan ekzos sistem pengalihan udara tempatan?

A.

Menarik masuk udara yang segar

B.

Mengurangkan habuk yang merbahaya di dalam udara

C.

Mengelak daripada bertambahnya wap-wap yang mudah terbakar

D.

Menambahkan kelajuan peleburan besi

(3)

11 Menurut Peraturan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja, majikan TIDAK diperlukan supaya ______ .

A.

Melaksanakan langkah-langkah untuk melindungi kesihatan dan keselamatan para pekerja

B.

Mereka bentuk peralatan perlindungan peribadi (PPE)

C.

Memaklumkan para pekerja tentang bahaya di tempat kerja dan bagaimana mengelakkannya

D.

Melaporkan kemalangan besar di tempat kerja kepada Kementerian Tenaga Manusia

12 Apakah pesanan yang disampaikan melalui tanda keselamatan ini?

A.

Pakai perlindungan kaki

B.

Pakai perlindungan tangan

C.

Cuci tangan sebelum bekerja

D.

Cuci sarung tangan sebelum memakainya

13 Siapakah yang harus menjalankan langkah Kunci-Keluar-Teg-Keluar (LOTO) untuk pencanai?

A.

Pekerja yang menservis pengisar tersebut

B.

Orang yang membuat pengisar tersebut

C.

Orang yang membeli pengisar tersebut

D.

Pekerja yang bekerja paling dekat dengan pengisar

14 Apa yang patut anda lakukan jika anda TIDAK tahu jenis sarung tangan yang patut digunakan semasa mengendalikan kimia.

A.

Pakai dua lapis sarung tangan

B.

Pakai sarung tangan jenis kulit

C.

Tanya penyelia atau rujuk kepada SDS

D.

Ikut apa yang dipakai oleh rakan kerja anda.

15 Manakah pernyataan yang menggambarkan penggunaan tangga yang tidak betul?

A.

Tangga tidak seharusnya rosak dan longgar

B.

Pastikan bahawa permukaan lantai tidak licin

C.

Dua orang pekerja dibenarkan naik tangga pada masa yang sama

D.

Sentiasa menghadap tangga apabila naik, turun atau bekerja

(4)

16 Mana satu BUKAN konduktor?

A.

Air

B.

Logam

C.

Tubuh manusia

D.

Kaca

17 Jika seseorang pekerja jatuh sakit dan perlu mengambil cuti sakit, beliau harus _________

A.

memberitahu majikan dalam masa 48 jam

B.

duduk di rumah dan beritahu majikan pada masa yang sesuai

C.

menulis surat kepada majikan

D.

mendapatkan seorang kawan untuk memberitahu majikan

18 Manakah bahaya yang wujud apabila anda melihat tanda amaran ini?

A.

Bahaya kilat

B.

Bahaya elektrik

C.

Bahaya mekanikal

D.

Bahaya bahan kimia

19 Apakah yang akan membawa kepada risiko kejutan elektrik yang lebih tinggi?

A.

Permukaan kulit yang kering

B.

Permukaan kulit yang basah

C.

Warna kulit yang gelap

D.

Permukaan kulit yang tidak rata

20 Mengapakah pentingnya menghadiri Kursus Orientasi Keselamatan Pertukangan Logam (SOC)?

A.

Untuk memahami perkara-perkara asas mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja

B.

Untuk mendapat prospek pekerjaan yang lebih baik di Singapura

C.

Untuk meningkatkan kemahiran mengimpal

D.

Untuk memahami budaya keselamatan di Singapura

(5)

21 Apakah yang anda harus lakukan jika anda perhatikan bahawa rakan-rakan sekerja anda sedang membaling peralatan tangan di antara satu dengan lain semasa bekerja di tempat yang tinggi?

A.

Dirikan sebuah jaringan keselamatan

B.

Hentikan tindakan mereka dengan segera

C.

Ambil gambar dengan kamera

D.

Sekatkan kawasan kerja itu

22 Manakah di antara yang berikut BUKAN kebiasaan yang betul semasa menggunakan peralatan tangan?

A.

Memeriksa keadaan peralatan

B.

Melaporkan tentang peralatan yang rosak kepada penyelia

C.

Memilih jenis dan saiz peralatan mengikut jenis kerja yang dilakukan

D.

Membuat penyesuaian yang kecil kepada peralatan jika perlu

23 Manakah di antara yang berikut membantu mengurangkan risiko kemalangan yang berkaitan dengan penggunaan peralatan tangan?

A.

Mengadakan penyelenggaraan semua peralatan tangan sekali dalam setiap 2 tahun

B.

Pekerja menggunakan pemutar skru sebagai pahat

C.

Ikut prosedur keselamatan kerja apabila mengendalikan peralatan tangan

D.

Pekerja menggunakan pahat yang mempunyai kepala yang cacat

24 Seseorang pekerja itu berhak mendapat cuti tahunan jika dia telah bekerja sekurang-kurangnya ___________ dengan majikan yang sama.

A.

1 bulan

B.

2 bulan

C.

3 bulan

D.

4 bulan

25 Apakah yang TIDAK harus dimasukkan semasa menjalankan penilaian risiko ke atas bahan- bahan kimia yang merbahaya?

A.

Lembaran Data Keselamatan (SDS)

B.

Rekod kemalangan tahun-tahun yang lepas

C.

Harga bahan-bahan kimia

D.

Kekerapan penggunaan bahan-bahan kimia

(6)

26 Manakah di antara yang berikut TIDAK benar menganai Kunci-Keluar-Teg-Keluar (LOTO)?

A.

Lebih daripada sebuah mangga dibenarkan pada saat pengasingan

B.

Kunci-kunci tambahan boleh dibuat dan diberikan kepada semua pekerja

C.

Pastikan bahawa sumber tenaga diasingkan sebelum bekerja

D.

Ia hanya boleh dilakukan oleh para pekerja yang diberi kuasa sahaja

27 Jika seseorang pekerja meminta untuk bekerja pada hari rehatnya selama separuh jumlah jam bekerja yang biasa, pekerja tersebut harus dibayar ________

A.

gaji 1/2 hari

B.

gaji 1 hari

C.

gaji 1.5 hari

D.

gaji 2 hari

28 Trak angkat susun (forklift) hanya boleh dikendalikan oleh

A.

Pengurus atau penyelia sahaja.

B.

Pekerja yang sudah mendapat latihan yang betul untuk mengendalikan trak angkat susun sahaja.

C.

Pekerja yang telah menghadiri Pertukangan logam SOC

D.

Pekerja yang mempunyai lesen Kelas 3 yang sah

29 Di bawah Akta Pekerjaan, seseorang pekerja mesti dibayar gaji sekurang-kurangnya sekali dalam __________________

A.

setiap hari

B.

setiap dua minggu

C.

setiap bulan

D.

setiap tahun

30 Di bawah Akta Pekerjaan, seseorang pekerja tidak boleh bekerja lebih daripada _________ jam setiap minggu (ini tidak termasuk kerja lebih masa)

A. 20 B. 35 C. 44 D. 56

(7)

31 Apakah maklumat yang TIDAK dimasukkan ke dalam Lembaran Data Keselamatan (SDS)?

A.

Nama bahan kimia

B.

Harga bahan kimia

C.

Langkah-langkah memadamkan api

D.

Bahaya-bahaya kesihatan

32 Senapang udara TIDAK harus digunakan untuk membersihkan habuk daripada pakaian terutamanya kerana ____.

A.

ia membuat keadaan menjadi berhabuk

B.

ia boleh menyebabkan kecederaan pada diri anda

C.

ia menyebabkan bunyi bising yang tidak perlu

D.

ia mengganggu rakan-rakan sekerja yang lain

33 Jika anda perlu menyenggara sebuah mesin yang mempunyai bahagian yang bergerak, apa yang patut anda lakukan?

A.

Matikan mesin dan minta rakan kerja memerhatikannya.

B.

Tekan butang berhenti kecemasan.

C.

Matikan mesin dan tampal pelekat di atas butang pemetik suis.

D.

Matikan mesin dan letekkan tanda Lock-Out-Tag-Out (LOTO)

34 Undang-undang Singapura dikenakan pada ___________________

A.

warga Singapura sahaja

B.

warga asing sahaja

C.

warga Singapura dan penduduk tetap sahaja

D.

warga Singapura, penduduk tetap and warga asing.

35 Anda sedang mengalami jangkitan telinga tetapi anda ditugaskan untuk bekerja dengan mesin- mesin yang berbunyi bising. Apakah yang anda harus lakukan?

A.

Gunakan kapas dan pastikan ia disumbat dengan sebaiknya ke dalam telinga

B.

Longgarkan penyumbat telinga daripada telinga anda

C.

Minta sepasang penutup telinga

D.

Rehat selama seminit setiap jam

(8)

36 Jika seseorang pekerja melakukan pekerjaan yang berlainan daripada yang tertera di dalam permit kerja beliau, dia boleh ___________________

A.

dirotan

B.

didenda sehingga S$2000

C.

dipenjarakan sehingga 1 bulan

D.

didenda sehingga S$5000 dan/atau penjara sehingga 12 bulan

37 Apakah pesanan yang disampaikan melalui tanda ini?

A.

Dilarang menggunakan cahaya yang tidak bertudung

B.

Dilarang masuk tanpa kebenaran

C.

Dilarang membawa masuk makanan atau minuman

D.

Dilarang merokok

38 Bagaimanakah penyakit kulit occupational dermatitis berlaku?

A.

Pendedahan kulit yang berlanjutan kepada bahan kimia akibat tidak memakai sarung tangan

B.

Pendedahan pendengaran yang berlanjutan terhadap bunyi bising daripada peralatan akibat

tidak memakai pelindung telinga

C.

Pendedahan yang berlanjutan terhadap peralatan yang bergetar

D.

Pendedahan yang berlanjutan terhadap keadaan yang berhabuk akibat tidak memakai alat pernafasan

39 Apakah yang anda harus lakukan apabila anda melihat tanda ini?

A.

Hentikan rakan sekerja daripada mengimpal

B.

Buat kerja panas sepertimana yang diarahkan oleh penyelia

C.

Anda boleh berhenti rehat sambil merokok sebab anda penat

D.

Pinjamkan mancis kepada rakan sekerja

(9)

40 Di Singapura, hukuman kerana mencuri adalah ___________________

A.

penjara antara 3 hingga 7 tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali

B.

direjam batu sehingga mati

C.

disebat dengan rotan sebanyak 10 kali

D.

digantung sehingga mati

Referensi

Dokumen terkait