• Tidak ada hasil yang ditemukan

CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "CSOC(GT) - Malay Sample Questions Set 2"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

01 Para pekerja dikehendaki untuk _____ dan mematuhi peraturan Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja.

A. menjalankan kerja dengan cepat

B. tahu mengenai bahaya yang berkaitan dengan kerja C. tidak mempedulikan peraturan keselamatan kerja D. kerja lebih masa

02 Bahan sisa hendaklah dibuang ____.

A. hanya selepas berlaku kemalangan B. selepas kerja selesai

C. hanya apabila disuruh oleh penyelia D. bila anda terfikir mahu lakukannya

03 Mana satu kes yang mesti dilaporkan kepada Kementerian Tenaga Manusia?

A. Rengsa pada kulit kerana jangkitan kulat.

B. Hantukkan tidak serius yang tidak memerlukan sebarang rawatan.

C. Penyakit kulit industri.

D. Luka kecil yang memerlukan rawatan kecemasan.

04 Manakah di antara kenyataan yang berikut adalah BETUL? Seseorang pekerja berhak mendapat ___________

A. 1 hari untuk berehat setiap minggu B. 1 hari untuk berehat setiap dua minggu C. 1 hari untuk berehat setiap bulan D. 1 hari untuk berehat setiap tahun

05 Apa yang patut anda lakukan jika akan ternampak keadaan yang tidak selamat semasa bekerja?

A. Berhenti bekerja dan beritahu penyelia.

B. Berdiam diri sebab anda tidak ada hak untuk berbuat apa-apa.

C. Terus bekerja sekalipun terdapat kemungkinan risiko tercedera.

D. Terus bekerja jika ada penyelia.

(2)

06 Apa yang sepatutnya anda lakukan jika anda demam?

A. Teruskan bekerja dan jumpa doktor selepas masa kerja.

B. Berhenti bekerja dan jumpa doktor segera.

C. Ambil ubat sendiri dan teruskan kerja.

D. Habiskan kerja sebelum berjumpa doktor.

07 Apakah yang ditunjukkan di papan tanda ini?

A. Amaran kepada pekerja mengenai bahaya elektrik.

B. Amaran kepada pekerja mengenai lantai licin.

C. Meminta pekerja memakai Peralatan Perlindungan Peribadi.

D. Amaran kepada pekerja mengenai beban yang tergantung.

08 Selepas makan, sisa makanan sepatutnya di buang ke dalam ___.

A. tong sampah makanan B. tong sampah pembinaan C. tong sampah umum D. longkang

09 Sila rujuk kepada maklumat di bawah untuk menjawab soalan yang berikut.

Maklumat yang tercatat di dalam kad permit kerja anda: Majikan XYZ Marine Pte Ltd. Jenis Pekerjaan: Pekerja Limbungan Kapal. Manakah di antara kenyataan yang berikut adalah benar?

A. Anda boleh bekerja dalam sebarang pekerjaan yang diarahkan oleh majikan anda

B. Anda boleh bekerja di sebuah limbungan kapal untuk mana-mana syarikat C. Apa yang tertera di dalam kad permit kerja anda tidak penting. Anda boleh

bekerja untuk sesiapa sahaja selagi mereka membayar gaji anda.

D. Anda hanya boleh bekerja untuk syarikat XYZ Marine Pte Ltd di limbungan kapal

(3)

10 Di bawah Akta Pekerjaan, kadar bayaran untuk kerja lebih masa tidak boleh kurang daripada ________ kali ganda kadar gaji asas pekerja itu setiap jam

A. 0.5 B. 1 C. 1.5 D. 2

11 Sila rujuk kepada contoh kad permit kerja. Label (B) menunjukkan bahawa pekerja asing berkenaan hanya boleh bekerja dalam industri

___________________

A. kelautan B. pengeluaran C. pembinaan D. pembersihan

12 Siapakah yang harus membayar kos perubatan seseorang pekerja yang tercedera ketika bekerja?

A. Pekerja itu sendiri B. Kedutaan

C. Majikan D. Hospital

(4)

13 Sila rujuk pada kalendar. Jika bayaran gaji seseorang pekerja jatuh pada hari pertama bulan berkenaan, beliau mesti dibayar gaji selewat-lewatnya pada hari yang ke __________,

A. 7 B. 15 C. 21 D. 30

14 Apakah amalan yang selamat bagi bekerja di perancah?

A. Pakai kasut keselamatan hanya untuk kestabilan.

B. Pastikan sebuah papan digunakan sebagai tempat pijak.

C. Pakai topi hanya untuk perlindungan.

D. Pastikan terdapat tag “selamat untuk digunakan” sebelum mula bekerja.

15 Apakah maksudnya apabila anda nampak tanda yang tergantung di perancah yang bertulis “Tidak Selamat Untuk Digunakan”?

A. Anda boleh menggunakan perancah itu jika penyelia anda menyuruhnya.

B. Hanya pekerja dari syarikat perancah yang boleh menggunakan perancah itu.

C. Anda tidak sepatutnya menggunakan perancah itu.

D. Anda boleh menggunakan perancah itu dengan menanggung risikonya sendiri.

16 Seseorang yang tidak menggunakan peralatan perlindungan yang diperlukan semasa bekerja, boleh

A. diberikan pujian oleh majikan kerana menjimatkan wang untuk syarikat B. diberikan kenaikan gaji oleh majikan

C. diberikan potongan gaji oleh majikan

D. dikenakan saman sebanyak 1000 dolar Singapura

(5)

17 Menyediakan topi keras kepada pekerja ialah satu bentuk ______________.

A. kawalan pentadbiran

B. menggunakan peralatan perlindungan peribadi C. kawalan kejuruteraan

D. penggantian

18 Apakah perkara yang penting untuk diperiksa pada permit masuk?

A. Jenis, tarikh, masa dan tempat kerja dan kesahan permit tersebut.

B. Jenis alat pemadam api yang digunakan dan tarikh luputnya.

C. Jenis, tarikh, masa dan tempat kerja.

D. Jenis peralatan yang digunakan dan tarikh luputnya.

19 Adalah satu amalan yang baik untuk ___.

A. membasuh tangan sebelum makan atau minum B. makan di kawasan simpanan kimia

C. tukar baju kerja hanya apabila disuruh D. menyimpan kuku panjang

20 Tanda ini bermakna ____.

A. perlindungan kepala B. perlindungan telinga C. perlindungan kaki D. perlindungan mata

21 Apa yang sepatutnya anda lakukan jika anda nampak seseorang dijilat api semasa bekerja?

A. Selubung dirinya dengan selimut kebakaran dan berteriak meminta bantuan.

B. Minta dia tunggu sementara anda dapatkan bantuan.

C. Tidak buat apa-apa dan tunggu anggota bomba tiba.

D. Panggil penyelia.

(6)

22 Di bawah Akta Pekerjaan, seseorang pekerja mesti dibayar gaji sekurang- kurangnya sekali dalam __________________

A. setiap hari

B. setiap dua minggu C. setiap bulan

D. setiap tahun

23 Bagaimana anda sepatutnya membuang bahan sisa dari bangunan tinggi?

A. Buang di dalam saluran sampah sementara.

B. Buang ke arah rakan sekerja anda.

C. Serahkan kepada penyelia anda.

D. Tinggalkan di tempat kerja anda.

24 Jika kimia terkena mata anda, anda sepatutnya ____.

A. gunakan pembasuh mata kecemasan untuk membasuh kimia tersebut serta- merta

B. gunakan ubat mata untuk membasuh mata anda C. gosok mata anda dengan kain

D. minta pertolongan dari kawan anda

25 Mana satu perkara yang paling kurang penting semasa menjalankan pemeriksaan pengangkat?

A. Kapasiti beban B. Sistem brek C. Struktur sokong D. Kos penyenggaraan

26 Semasa operasi mengangkat dijalankan di tempat kerja, anda _____.

A. dibolehkan tidak memakai peralatan perlindungan peribadi

B. dilarang masuk ke dalam kawasan yang ditandakan untuk operasi mengangkat

C. sepatutnya menghentikan semua kerja

D. sepatutnya berdiri di bawah beban yang tergantung

(7)

27 Mana satu tanda bermaksud terdapat bahan-bahan mudah bakar?

A. “Dilarang Masuk”

B. “Dilarang Merokok”

C. “Dilarang Mengambil Gambar”

D. “Dilarang Menyeberang”

28 Dalam syarat permit kerja, manakah di antara kenyataan yang berikut adalah BENAR?

A. Majikan anda tidak perlu membayar anda setiap bulan.

B. Majikan anda boleh menyimpan wang gaji anda dengan selamat untuk anda.

C. Majikan anda mesti membayar anda dalam masa 7 hari selepas hari terakhir tempoh gaji anda.

D. Majikan anda boleh menolak permintaan anda untuk memasukkan gaji anda ke dalam akaun bank anda.

29 Jika majikan anda menyuruh anda bekerja untuk majikan lain dalam industri yang berlainan, anda harus ______________

A. setuju kerana majikan anda yang menyuruh anda berbuat demikian.

B. setuju hanya jika majikan anda membayar anda wang yang lebih sahaja.

C. setuju jika anda mempunyai waktu yang lebih sahaja.

D. menolak. Jika majikan anda mendesak, hubungi Kementerian Tenaga Manusia di talian 6438 5122.

30 Tanda ini bermakna ____.

A. perlindungan kepala B. perlindungan muka C. perlindungan telinga D. perlindungan kaki

(8)

31 Jika anda ternampak seorang yang tidak dibenarkan mengendalikan forklif, anda sepatutnya __________.

A. melaporkan kepada penyelia anda serta-merta.

B. beritahunya anda mahu mencubanya

C. mengambil alih forklif tersebut jika anda bertauliah D. tidak mempedulikannya dan terus melakukan kerja anda

32 Mana satu hak anda yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja?

A. Untuk meminta kerja lebih masa.

B. Untuk melaporkan sikap malas pekerja-pekerja lain.

C. Untuk mengambil cuti sakit dua minggu sekali.

D. Untuk melaporkan keadaan yang tidak selamat.

33 Mengendalikan jentera tanpa pengadang jentera akan ____.

A. mempercepatkan kerja B. meningkatkan mutu kerja

C. meletakkan pengendali dalam risiko D. meningkatkan kemahiran anda

34 Salah satu sebab bagi pemeriksaan keselamatan ialah untuk memastikan pekerja-pekerja __.

A. bekerja dengan baik bersama rakan sekerja mereka B. tidak membuang masa semasa bekerja

C. memberikan perhatian semasa bekerja D. mematuhi peraturan keselamatan

35 Peralatan dan perkakas hendaklah ____.

A. dibersihkan dua tahun sekali

B. diubahsuai mengikut keperluan anda C. diperiksa secara tetap

D. digunakan untuk semua jenis kerja

(9)

36 Pemacu mekanikal seperti takal (pulley) dan lubang sepatutnya diperiksa ____.

A. hanya apabila anda mahu B. sebelum kerja dimulakan C. hanya bila ia rosak D. hanya bila ada penyelia

37 Mengapa perlu anda membuang sampah dan bahan sisa secara tetap di tempat kerja?

A. Untuk menjadikan tempat kerja lebih cantik.

B. Untuk mengelakkan dari tergelincir, tersandung dan terjatuh.

C. Untuk bekerja lebih masa.

D. Untuk menarik perhatian penyelia.

38 Mana satu kenyataan menunjukkan penggunaan yang betul bagi peralatan perlindungan tangan?

A. Memakai sarung tangan getah untuk kerja pertukangan kayu.

B. Memakai sarung tangan kulit untuk kerja pertukangan kayu.

C. Memakai sarung tangan kapas untuk mengendalikan kimia.

D. Memakai sarung tangan kimpalan semasa mengimpal.

39 Jari kaki besi dan tapak kasut keselamatan ialah untuk melindungi anda daripada _______.

A. tergelincir, tersandung dan terjatuh B. air

C. paku terjulur D. sekitaran toksik

40 Mana satu ialah keadaan yang selamat?

A. Papan kayu dan bahan-bahan dibiarkan di pinggir bangunan.

B. Jentera dengan pengadang yang dipasang dengan betul.

C. Laluan yang penuh dengan sampah yang dibuang di tepi laluan.

D. Perancah menara tanpa tangga naik.

Referensi

Dokumen terkait

- Bahwa terdakwa selaku Ketua Kelompok Tani Sariah mengetahui adanya bantuan sosial tersebut dari Dinas Perikanan dan Peternakan Kabupaten Simalungun, dan

Pajak penghasilan terkait pos-pos yang akan direklasifikasi ke laba rugi 0 PENGHASILAN KOMPREHENSIF LAIN TAHUN BERJALAN SETELAH

Dari ketentuan tersebut diperoleh t tabel sebesar 1,894 (untuk uji dua arah) Dalam perhitungan SPSS yang tertera pada tabel Coefficients di atas dimana t hitung adalah untuk

11 Jika sebuah ruang terbatas disahkan sebagai tidak selamat untuk dimasuki, apa yang akan berlaku jika anda masuk.. Anda akan mengalami

05 Jika majikan mahu seseorang pekerja asing untuk bekerja dalam kerja-kerja yang berlainan daripada yang tertera di dalam permit kerja beliau, pekerja berkenaan harus memberitahu

Siswa dapat menentukan modulus Young bahan kawat yang ditarik berdasarkan gaya tarik, luas penampang lintang kawat, panjang kawat, dan pertambahan panjang kawat ketika ditarik

Menurut Manuaba (2008; h.389) disebutkan perdarahan terjadi karena gangguan hormon, gangguan kehamilan, gangguan KB, penyakit kandungan dan keganasan genetalia. 55)

Begitu pula dengan hasil observasi siswa menunjukkan adanya peningkatan pada tanggung jawab, kerjasama dan kedisiplinan saat pembelajaran dengan memperoleh nilai