• Tidak ada hasil yang ditemukan

Faktor Yang Mempengaruhi Kebimbangan Masyarakat Terhadap Perlaksanaan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Faktor Yang Mempengaruhi Kebimbangan Masyarakat Terhadap Perlaksanaan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST)"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, MALAYSIA

Faktor Yang Mempengaruhi Kebimbangan Masyarakat Terhadap Perlaksanaan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST)

Abu Sufian Abu Bakar1 Asan Ali Golam Hassan2

Hussin Abdullah1 Fauzi Hussin3 Norfaiezah Sawandi4

1Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok Kedah sufian@uum.edu.my,

2UTM International Business School, Universiti Teknologi Malaysia, 54100 Kuala Lumpur.

3Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok Kedah

4Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok Kedah.

Abstrak

Kebimbangan masyarakat terhadap perlaksanaan GST menimbulkan pelbagai implikasi terutama keberkesanan dan tahap keberkesanan system tersebut. Kebimbang ini telah mempengaruhi dan membentuk persepsi masyarakat terhadap perlaksanaan GST serta sokongan mereka ke atas perlaksanaan sistem GST dan juga kerajaan. Masyarakat sebelum ini telah pun lama terbeban dengan kenaikan kos sara hidup yang berterusan. Kenaikan harga petrol dan diesel telah lama menjadi isu kepada sebahagian besar masyarakat, malah sehingga kini isu ini masih belum reda.

Ini ditambah dengan pelbagai masalah lain seperti kadar jenayah yang tinggi telah menghilangkan rasa selamat dan tenteram dikalangan rakyat. Kertas kerja ini bertujuan untuk memahami apakah persoalan utama yang ingin disampaikan oleh masyarakat. Kegagalan memahami persoalan ini akan menyebabkan kerajaan tidak berupaya untuk mengawal secara keseluruhan perjalanan system cukai ini. Dapatan kajian menunjukan kebimbangan utama masyarakat adalah terhadap masalah kos sara hidup yang semakin meningkat. Penentangan masyarakat terhadapat GST bukan disebabkan oleh system tersebut tetapi disebabkan oleh hubunganya dengan kos sara hidup.

Kata Kunci: kos sara hidup, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), inflasi, Malaysia.

1.0 Pengenalan

Pengumuman kerajaan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015 telah membangkitkan keresahan dikalangan masyarakat. Ini ditambah dengan pelbagai sumber maklumat dari pelbagai media telah meningkatkan keresahan tersebut. Isu utama adalah persepsi dikalangan masyarakat bahawa GST akan menyebabkan peningkatan kos hidup mereka.

Keresahan ini semakin meningkat apabila pihak pembangkang mencanangkan pelbagai isu dan persoalan yang tidak dapat diuruskan dengan baik oleh pihak kerajaan. Ketidakberkesanan menangani persepsi ini telah meningkatkan tekanan kepada kerajaan dan menyukarkan kerajaan

(2)

untuk melaksanakan GST. Sistem GST ini telah dilaksanakan di hampir seluruh dunia, dan keberkesanan sistem ini telah terbukti. Namun begitu kebanyakan rakyat masih mempunyai pandangan yang negatif terhadap perlaksanaannya. Jika benar sistem ini dapat meningkatkan hasil cukai kerajaan, mereka mempersoalkan tentang kebijakan kerajaan menguruskan sumber negara. Perbelanjaan kerajaan yang tidak berkhemah dan banyak berlaku ketirisan telah menambahkan kerisauan rakyat terhadap apa sahaja usaha kerajaan untuk menangani defisit belanjawan. Kertas kerja ini cuba untuk membincangkan isu utama yang sebenarnya menjadi kebimbangan utama masyarakat yang mempengaruhi persepsi mereka terhadap perlaksanaan GST.

2.0 Sorotan Kajian

Di Malaysia, sistem percukaian yang diamalkan sekarang dilihat mempunyai asas yang sempit kerana terlalu bergantung kepada cukai pendapatan dan korporat. Ketidaktentuan ekonomi yang menjejaskan pendapatan rakyat akan turut menjejaskan hasil pendapatan negara. Oleh itu GST perlu diperkenalkan bagi mengimbangi asas cukai langsung (direct tax base) yang semakin mengecil (golongan tua tidak membayar cukai langsung) dengan cukai tidak langsung. GST membolehkan beban cukai diagihkan kepada lebih ramai penduduk. Pengenaan cukai tidak langsung (indirect taxes) melebarkan asas cukai sekali gus membolehkan cukai dipungut dari lebih ramai penduduk (Rosli Yaakub, 2012).

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bukanlah satu cukai yang baru, sehingga kini terdapat sejumlah 146 buah negara telah mengaplikasikan sistem GST ini. Malahan Malaysia merupakan antara negara terakhir ASEAN yang masih belum melaksanakan GST ini. Kebergantungan ekonomi Malaysia terhadap sumber hasil berasaskan petroleum seperti cukai pendapatan petroleum, duti eksport, dividen dan lain-lain adalah tinggi iaitu kira-kira 40% daripada jumlah hasil kerajaan. Malaysia tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada sumber pendapatan berasaskan petroleum memandangkan bahan tersebut akan susut. Oleh itu pelaksanaan GST ini dilihat dapat mengatasi masalah kebergantungan di atas. GST pada asasnya adalah cukai ke atas penggunaan dan bukan ke atas pendapatan, maka sesiapa sahaja yang menggunakan barangan dan perkhidmatan, tidak kira pendapatan rendah, sederhana atau tinggi, kaya atau miskin akan termasuk dalam jaringan cukai ini.

Chan (2010) mengatakan bahawa pada dasarnya, GST boleh ditakrifkan sebagai satu sistem cukai yang dikutip pada setiap peringkat pengeluaran dan pengagihan barangan mahupun perkhidmatan. Setiap pembekal yang membekalkan barangan atau perkhidmatan yang boleh dicukai bertanggungjawab untuk memastikan cukai GST tersebut dikutip daripada setiap peringkat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kos pentadbiran dan kos pematuhan GST yang dijangka akan meningkatkan kos pentadbiran syarikat (Singh, 2007).

Isu yang paling utama berkaitan pelaksanaan GST ialah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan (Bhupalan dan Renuka, 2011). Berdasarkan kajian terdahulu mengenai kesan GST ke atas inflasi, ia menunjukkan bahawa inflasi di negara yang melaksanankan GST tidak semestinya berlaku. Jika ada peningkatan dalam tingkat harga umum dalam ekonomi, ia hanya berlaku sekali dalam tempoh awal GST dilaksanakan di negara tersebut (Sarili, 2000) (Tran- Nam, 2000) (Le, 2003). Kelemahan lain yang menjadi perhatian pelbagai pihak adalah kadar

(3)

cukai GST akan meningkat dari masa ke semasa, ini merujuk kepada implimentasi yang dilakukan oleh negara-negara yang telah melaksanakan sistem ini. Singapura salah satu negara yang telah melaksanakan GST pada tahun 1994, menetapkan kadar sebanyak 3%, dan kadar ini meningkat kepada 4% pada tahun 2003, dan 7% pada tahun 2007. Manakala bagi New Zealand, kadar GST pada peringkat pengenalan adalah sebanyak 10% pada tahun 1986, kadar ini meningkat lebih tinggi kepada 15% pada tahun semasa (Business and Economics, 2011).

Isu lain yang menjadi perbahasan akademik adalah berkaitan sifat cukai GST yang regresif (Carlson dan Patrick, 1989). Analisis ke atas regressivity GST di Amerika Syarikat telah mendapati bahawa isi rumah berpendapatan rendah akan membayar tambahan sebanyak 4.8 peratus daripada pendapatan mereka, isi rumah berpendapatan sederhana akan membayar tambahan sebanyak 2.8 peratus dan isi rumah berpendapatan tinggi hanya akan membayar GST tambahan sebanyak 1.5 peratus dari pendapatan mereka. Begitu juga kajian di Japan menunjukan bahawa cukai GST ini adalah bersifat regresif (Tamaoka, 1994). Namun begitu kajian empirikal di Afrika dan beberapa negara di Asia menunjukkan bahawa kebanyakan negara tersebut mengalami progressivity GST. Ini adalah kerana kebanyakan barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh rakyat berpendapatan rendah adalah tergolong dalam kadar GST sifar. Walau bagaimanapun, hasil kajian yang berbeza diperolehi di mana GST adalah cukai regresif di India dan Pakistan (Zaman, Okasha dan Iqbal, 2003). GST cenderung bersifat regresif bergantung kepada ukuran yang digunakan untuk mengira regressivity cukai. Jika pengukuran secara tahunan, GST adalah cukai regresif kerana dengan mengira berdasarkan asas tahunan, kadar penjimatan akhirnya akan meningkat apabila gaji meningkat.

3.0 Metodologi

3.1 Persempelan dan Kerja Lapangan

Kajian menggunakan data primer yang diperoleh daripada kerja lapangan. Satu set soalselidik direkabentuk untuk menjawab objektif kajian. Kerja lapangan dijalankan dua bulan sebelum perlaksanaan GST di Malaysia pada April 2015. Proses temubual bersemuka dengan responden yang dipilih dalam kawasan kajian yang telah ditentukan. Kerangka Pensampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan Rangka Pensampelan Isirumah Kebangsaan (RPIK) yang diwujudkan untuk Banci Penduduk dan Perumahan 2010 dari Jabatan Statistik Malaysia. RPIK ini meliputi 53,004 Blok Perhitungan (BP) di Malaysia. BP dari segi geografi adalah kawasan tanah yang bersebelahan dan dibentuk dengan sempadan yang jelas dan dapat dikenalpasti. Setiap BP mempunyai antara 80 hingga 120 Tempat Kediaman (TK), iaitu anggaran dalam 600 orang bagi setiap blok. BP dikelaskan kepada empat strata iaitu Metropolitan, Bandar Besar, Bandar Kecil dan Luar Bandar. Jabatan Statistik telah menjana sejumlah TK sebanyak 6,789 dan jumlah BP sebanyak 840. Disebabkan beberapa faktor seperti penghuni tiada di rumah sewaktu pembancian dijalankan jumlah saiz sampel sebenar yang dapat dikumpul adalah 5,342, iaitu 79% dari jumlah keseluruhan sample.

4.0 Dapatan Kajian

4.1 Isu kebimbangan utama mengikut Strata

(4)

Dapatan kajian menunjukan bahawa majoriti masyarakat menolak GST dengan 57 peratus tidak setuju. Keadaan ini telah menyebabkan timbul banyak persoalan kenapa masyarakat menolak GST. Adakah kerana sistem cukai itu tidak baik dan efektif dalam mengutip cukai, atau adakah masyaraat sendri tidak memahami tentang sistem cukai itu sendiri.

Masyarakat juga secara keseluruhan tidak bersetuju dengan kadar GST sebanyak 6%, dikenakan bagi kebanyakan barangan di mana 59 peratus tidak bersetuju, sementara 27 peratus sahaja yang bersetuju. Masyarakat juga lebih suka supaya kerajaan mengekalkan sistem cukai yang sedia ada (SST) berbanding dengan GST. Dapatan menunjukan 54 peratus bersetuju untuk kekalkan SST dan hanya 19 peratus tidak bersetuju.

Dari soalan soal selidik yang dikemukakan, responden ditanya apakah faktor-faktor yang menjadi punca kebimbangan orang ramai akibat dari pengumuman kerajaan untuk melaksanakan GST tersebut. Dapatan menunjukan hampir 30 peratus masyarakat menyatakan bahawa tindakan kerajaan ini akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan keperluan seharian, manakala 28 peratus menyatakan bahawa mereka bimbang kepada kenaikan kadar jenayah, seterusnya 16 peratus bimbang dengan perlaksanaan GST sendiri. Sementara kenaikan harga bahan api menjadi faktor ke 4 kebimbangan masyarakat.

Sementara itu jika dilihat mengikut strata, bandar dan luar bandar, secara keseluruhan masyarakat bandar lebih bimbang dengan kenaikan harga keperluan harian (30%), diikuti kadar jenayah (25%) dan perlaksanaan GST (17%). Sementara di kawasan luar bandar mereka lebih bimbang kepada kenaikan kadar jenayah (33%), diikuti degan kenaikan harga barang keperluan (30%) dan kebimbangan terhadap perlaksanaan GST. Jadual 1 memaparkan statistik berkaitan faktor kebimbangan masyarakat berdasarkan pilihan pertama.

Jadual 1: Pilihan Pertama Faktor Kebimbangan Masyarakat

Malaysia Bandar Luar

Bandar Peratusan Peratusan Peratusan

Kenaikan harga barang keperluan harian 29.9 29.7 30.3

Kadar Jenayah 27.6 25.3 32.9

Perlaksanaan GST 15.5 16.9 12.4

Kenaikan harga petrol/diesel 7.7 8.3 6.3

Kenaikan harga rumah 7.7 8.2 6.4

Kadar Rasuah 4.4 4.5 4.2

Buruh asing yang ramai 2.7 2.6 2.9

Kadar Pengangguran 2.4 2.3 2.7

Isu Perkauman 1.8 1.8 1.7

Lain-lain 0.3 0.3 0.2

Total 100 100 100

(5)

4.2 Isu kebimbangan berdasar Analisis Multiple Response

Dalam soalan soal selidik, dari 10 senarai isu yang dikemukan kepada responden, mereka dikehendaki menyatakan lima (5) faktor kebimbangan sahaja mengikut urutan dari yang paling dibimbangi kepada yang kurang dibimbangi. Jadual 2 memaparkan faktor kebimbangan apabila kesemua urutan kebimbangan ini dicampur dan diselaraskan menggunakan teknik Multiple Response. Secara keseluruhan dapatan menunjukan kenaikan harga barang keperluan seharian masih menjadi pilihan isu kegimbangan yang paling tinggi iaitu 21 peratus diikuti dengan kenaikan harga petrol 17 peratus, kadar jenayah 15 peratus dan kebimbangan perlaksanaan GST berada ditangga ke empat iaitu 14 peratus. Dapatan ini menunjukan bahawa kebimbangan masyarakat bukanlah kepada perlaksanaan GST sebaliknya mereka bimbang kos sara hidup mereka akan meningkat.

Jadual 2: Faktor Kebimbangan Masyarakat Mengikut Keutamaan: Analisis Multiple Respond

Faktor Kebimbangan Malaysia Bandar Luar Bandar

Kenaikan harga barang keperluan seharian 20.6% 21.1% 19.2%

Kenaikan harga petrol/diesel 17.0% 17.2% 16.4%

Kadar Jenayah 15.2% 14.1% 18.1%

Perlaksanaan GST 14.4% 15.1% 12.7%

Kenaikan harga rumah 11.3% 11.5% 10.6%

Kadar Rasuah 7.6% 7.5% 7.9%

Buruh asing yang ramai 5.4% 5.0% 6.2%

Kadar Pengangguran 4.7% 4.4% 5.4%

Isu Perkauman 3.6% 3.7% 3.4%

Lain-lain 0.2% 0.2% 0.1%

100.0% 100.0% 100.0%

Mengikut strata pula, didapati kawasan bandar menyatakan kebimbangan utama mereka adalah terhadap kenaikan harga barangan keperluan harian iaitu 21 peratus, diikuti kenaikan harga petrol 17 peratus, sementara kedudukan ketiga adalah kebimbangan terhadap perlaksanaan GST, dan kedudukan keempat sebanyak 14 peratus adalah kadar jenayah. Sementara di kawasan luar bandar faktor kebimbangan utama juga ialah kenaikan harga barang keperluan harian (19%) diikuti oleh kadar jenayah (18%), kenaikan harga petrol (16%), dan kedudukan ke-4 kebimbangan terhadap perlaksanaan GST (12%). Kebimbangan kenaikan harga rumah mendudukan tangga ke 5 bagi setiap kategori. Rajah 1 di bawah memaparkan kedudukan setiap factor kebimbangan mengikut strata.

(6)

Rajah 1: Faktor Kebimbangan Mengikut Starta, Analisis Multiple Response

Secara keseluruhan, dapat disimpulkan terdapat empat (4) faktor utama yang paling membimbangkan masyarakat mengikut urutan seperti berikut:

1. Kenaikan harga barangan keperluan/kos sara hidup 2. Kenaikan harga petrol dan diesal

3. Kadar jenayah 4. Perlaksanaan GST

Kebimbang ini telah mempengaruhi dan membentuk persepsi masyarakat terhadap perlaksanaan GST serta sokongan mereka ke atas perlaksanaan sistem GST dan juga kerajaan. Ini menunjukan bahawa masyarakat sebelum ini telah pun terbeban dengan kenaikan kos sara hidup yang berterusan. Kenaikan harga petrol dan diesel telah lama menjadi isu kepada sebahagian besar masyarakat, malah sehingga kini isu ini masih belum reda. Ini ditambah dengan pelbagai masalah lain seperti kadar jenayah yang tinggi telah menghilangkan rasa selamat dan tenteram dikalangan rakyat. Secara kesimpulan, penentangan masyarakat terhadap GST adalah merupakan kesinambungan dari pelbagai isu sebelum ini yang secara terus menerus menghimpit setiap isirumah di Malaysia.

4.3 Isu kebimbangan mengikut Negeri

Analisis mengikut negeri pula dapat dilihat pada Jadual 3 dan Rajah 2 di bawah. Isu berkaitan kenaikan harga keperluan harian atau sering juga dirujuk sebagai kenaikan kos sara hidup, negeri yang negeri yang mempunyai peratusan kebimbangan melebihi 30% adalah Kelantan (30.9%), Perak (33.4%), Perlis (31.1%), Selangor (38.1%), Sabah (31.3%), dan Sarawak (41.7%) angka tertinggi. Bagi isu kadar jenayah negeri Pahang mencatat peratusan tertinggi (74.5%), manakala negeri yang mencatat peratusan melebihi 30% adalah Melaka (41.7%), Johor (39.6%), Kedah (39.2%), N.Sembilan (39.4%) dan Perak (32.1%). Sementara isu berkaitan kebimbangan terhadap perlaksanaan GST hanya Putrajaya mencatatkan angka peratusan melebihi 30%, sementara negeri lain kurang 30%.

0.0%

5.0%

10.0%

15.0%

20.0%

25.0%

Malaysia Bandar Luar Bandar

(7)

Jadual 3: Urutan Faktor Kebimbangan Mengikut Negeri: Analisis Multiple Response

Kenaikan harga

barang Kadar Jenayah

Kenaikan harga rumah

Perlaksanaan GST

Kenaikan harga petrol/diesel

Johor 25.2% 39.6% 9.3% 6.7% 7.0%

Kedah 25.9% 39.2% 4.0% 15.9% 5.6%

Kelantan 30.9% 28.0% 8.9% 22.7% 7.2%

Melaka 25.0% 41.7% 10.0% 11.7% 5.0%

N. Sembilan 26.5% 39.4% 9.1% 7.6% 4.5%

Pahang 0.9% 74.5% 3.4% 8.4% 5.6%

Pulau Pinang 28.3% 23.8% 9.6% 16.0% 8.4%

Perak 33.4% 32.1% 7.0% 8.6% 8.4%

Perlis 31.1% 22.2% 2.2% 11.1% 11.1%

Selangor 38.1% 17.3% 7.5% 17.6% 6.6%

Terengganu 24.6% 26.8% 3.6% 25.4% 8.9%

Sabah 31.3% 28.8% 13.1% 9.2% 5.3%

Sarawak 41.7% 14.0% 7.2% 10.7% 13.4%

WPersekutuan 24.1% 13.5% 6.6% 28.8% 12.3%

Putrajaya 25.0% 0.0% 6.3% 43.8% 12.5%

Rajah 2: Urutan Faktor Kebimbangan Mengikut Negeri: Analisis Multiple Response

4.4 Isu kebimbangan dan sokongan terhadap perlaksanaan GST

Analisis berikut cuba untuk melihat adakah terdapat perbezaan yang ketara di antara mereka yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan GST ke atas isu kebimbangan. Adakah mereka ini

0.0%

10.0%

20.0%

30.0%

40.0%

50.0%

60.0%

70.0%

80.0%

Kenaikan harga barang keperluan seharian Kadar Jenayah Kenaikan harga rumah Perlaksanaan GST

(8)

mempunyai sebab-sebab berbeza yang mempengaruhi persepsi mereka terhadap perlaksanaan GST. Dapatan kajian dipaparkan dalam Jadual 4 dan Rajah 3 dibawah.

Jadual 4: Tabulasi Lintang antara Bersetuju dengan Perlaksanaan GST dengan Faktor Kebimbangan

Saya bersetuju dengan pelaksanaan GST

Total Faktor Kebimbangan Masyarakat Tidak Pasti Tidak Setuju Setuju

Kenaikan harga barang keperluan seharian 30.0% 33.5% 23.7% 1523

Kadar Jenayah 29.6% 21.4% 37.7% 1408

Perlaksanaan GST 12.8% 20.4% 8.1% 791

Kenaikan harga rumah 7.1% 7.6% 8.2% 392

Kenaikan harga petrol/diesel 7.4% 7.0% 9.0% 392

Kadar Rasuah 5.1% 4.2% 4.5% 225

Kadar Pengangguran 2.8% 2.3% 2.5% 125

Buruh asing yang ramai 3.4% 2.0% 3.8% 139

Isu Perkauman 1.5% 1.5% 2.4% 91

Lain-lain 0.3% 0.1% 0.2% 8

100.0% 100.0% 100.0% 5094

Mereka yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan GST memberikan isu kebimbangan kepada kenaikan kos sara hidup sebagai yang paling utama isitu sebanyak 33.5 peratus, diikuti dengan isu kadar jenayah (21.4%) dan perlaksanaan GST (12.8%). Bagi responden yang bersetuju dengan perlaksanaan GST isu kebimbang utama mereka adalah kasar jenayah iaitu 37.7 peratus, diikuti dengan isu kenaikan kos sara hidup iaitu 23.7 peratus dan kebimbangan terhadap perlaksanaan GST hanya 8.1 peratus. Sementara mereka yang tidak pasti samada menyokong atau tidak terhadap perlaksanaan GST memilih isu kenaikan kos sara hidup paling membimbangkan iaitu 30 peratus diikuti dengan isu kadar jenayah sebanyak 29.6 peratus.

(9)

Rajah 3: Tabulasi Bersetuju dengan Perlaksanaan GST dan Faktor Kebimbangan

5.0 Kesimpulan

Kerajaan telah berjaya menyampaikan maklumat berkaitan cadangan pelaksanaan GST kepada masyarakat di bandar dan luar bandar melalui media elektronik, media cetak atau penerangan oleh agensi-agensi kerajaan. Persepsi masyarakat luar bandar tentang kepentingan cukai kepada negara adalah rendah. Ini menunjukkan penerangan atau pendidikan oleh kerajaan berkaitan cukai kepada masyarakat, khususnya di luar bandar sangat penting. Pemahaman masyarakat yang mendalam tentang kepentingan cukai dapat mempengaruhi masyarakat untuk menyokong kerajaan melaksanakan GST. Namun begitu isu sokongan terhadap perlaksanaan GST adalah merupakan isu presepsi. Bagaimana presepsi masyarakat terbentuk adalah dipengaruhi oleh pelbagai element yang sangat komplek. Namun analsis ini melihat dari segi kebimbangan masyarakat yang telah membentuk minda mereka berhubung isu GST. Kajian ini menunjukan bahawa masyarakat sebelum ini telah pun terbeban dengan kenaikan kos sara hidup yang berterusan. Kenaikan harga petrol dan diesel telah lama menjadi isu kepada sebahagian besar masyarakat, malah sehingga kini isu ini masih belum reda. Ini ditambah dengan pelbagai masalah lain seperti kadar jenayah yang tinggi telah menghilangkan rasa selamat dan tenteram dikalangan rakyat. Secara kesimpulan, penentangan masyarakat terhadap GST adalah merupakan kesinambungan dari pelbagai isu berkaitan kos sara hidup.

0.0%

5.0%

10.0%

15.0%

20.0%

25.0%

30.0%

35.0%

40.0%

Kenaikan harga barang keperluan

seharian

Kadar Jenayah Perlaksanaan GST Kenaikan harga rumah

Kenaikan harga petrol/diesel Tidak Pasti Tidak Setuju Setuju

(10)

Rujukan

Abdul Aziz Awang. (2010). Pelaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST). Capaian http://www.icu.gov.my/pdf/artikel/gst_artikel.pdf

Ahkong dan Alain. (1993). singapore prepares to impose a goods and services tax. Washington:

East Asian Executive Reports.

Bank Negara Malaysia. (2010). Laporan Tahun Bank Negara Malaysia, Capaian http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2010/ar2010_buku.pdf

Bussiness and Economics (2011). Economic Analysis of the Impacts of Using GST to Reform Taxes. Capaian:

https://www.cpaaustralia.com.au/~/media/Corporate/AllFiles/Document/professional- resources/taxation/kpmg-econtech-final.pdf

Carlson, George N. and Patrick, Melanie K. (1989), ‘Addressing the Regressivity of a Value Added Tax’, 42(3) National Tax Journal, 339-351

Carroll, R., Cline, R., Neubig, T., Diamond, J., & Zodrow, G. (2010). The macroeconomics effects of an add-on value adde tax. National Retail Federation. Retrieved May 15, 2013 from http://bakerinstitute.org/publications/TEPP-pub-NRFValueAddedTax-100710.pdf

Chan (2010) GST refund a service that comes with a fee. Capaian:

https://www.google.com.my/webhp?source=search_app&gws_rd=ssl#q=Chan+(2010)+gst KPDNKK (2011). Consumption Tax, Value Added Tax, Excise Tax And Sales Tax

Capaian: File:///C:/Users/Asus/Desktop/Dr%20sufian/6040book.pdf

Le, M. T. (2003). Value Added Taxation: Mechanism, Design, and Policy Issues. Retrieved May 20, 2013 from http://citeseerx.ist.psu.edu/messages/downloadsexceeded.html

Metcalf, G. E. (1997). National Sales Tax: Who Bears the Burden? Policy Analysis, No 289:

The Cato Institute.

Nashiyama, Y. (2012). Main issues for a good value added tax system. Policy Reseacrh Institute of Japan, 8(5), 683-704.

Rosli Yaakob (2012). Cukai Barangan dan Perkhidmatan – Pengalaman Singapura. Capaian:

http://drrosliyaakop.blogspot.com/2012/03/cukai-barangan-dan-perkhidmatan.html Singh, V. (2007). The truth about GST. Malaysian Bussines.

Referensi

Dokumen terkait

Keluarga memiliki peranan penting dalam proses sosialisasi dan perkembangan kepribadian anak. Orang tua mengajarkan anaknya untuk dapat bersosialisasi agar mereka dapat hidup

Klik General Ledger > GST Maintenance Module > Asset CGA > Query CGA Asset screen seperti di bawah akan dipaparkan.. Klik butang Execute Query

Gaya belajar (X3) adalah cara yang lebih kita sukai dalam melakukan kegiatan berfikir, memproses dan mengerti suatu informasi. Gaya belajar dibedakan menjadi 3 yaitu gaya

Tidak ada Anggota Direksi merangkap jabatan sebagai Dewan Pengawas, Direksi atau Pejabat Eksekutif pada 1 (satu) lembaga/perusahaan bukan lembaga keuangan. Anggota

Adapun hasil dari masing-masing jawaban responden tentang store atmosphere, kualitas pelayanan, dan keberagaman produk terhadap minat beli konsumen Minimarket

Hasil regresi panel ini terhadap data yang ada sejalan dengan hasil analisa kuadran yang juga telah dilakukan pada bagian sebelumnya, kurang lebih 91,3 persen

Permintaan terhadap tenaga kerja atau faktor produksi lain yang digunakan untuk memproduksi suatu barang/jasa ditentukan atau dikendalikan oleh permintaan terhadap

Sedangkan quisioner untuk siswa adalah (1) Pengetahuan siswa terhadap e- learning (2) Pemanfaatan e-learning oleh siswa dalam pembelajaran dalam pencarian materi