• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER MUZIKAL DI KUCHING, SARAWAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER MUZIKAL DI KUCHING, SARAWAK"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER MUZIKAL SUZANA@60 DI KUCHING, SARAWAK

Sumeira Lee Ak Empera Lee

ML Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

1751 (Pengurusan Seni)

S955 2007

2007

(2)

PKHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS

1111111111111

1000191122

lllNll11N

i'usat Khidrnat maKtumat AKaaemth UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAI`

041(1(1 Knt. a Samarallan

KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER MUZIKAL SUZANA(ýa., 60 DI KUCHING, SARAWAK

SUMEIRA LEE AK EMPERA LEE

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

(3)

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN

JUDUL: KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI PEMENTASAN TEATER MUZIKAL SUZANA(7a, 60 DI KUCHING, SARAWAK

SESI PENGAJIAN : 2004/2007 Saya: SUMEIRA LEE AK EMPERA LEE

Mengaku membenarkan tesis / laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis / Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak.

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan tesis / laporan ini sebagai bahan pertukaran antara instituisi pengajian tinggi.

5. * sila tandakan P],

(mengandungu maklumat yang berdarjah SULIT keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di

dalam AKTA RAHSIA RASMI1972)

(mengandungi maklumat terhad yang telah TERHAD ditentukan oleh Organisasi/badan di mana

penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan,

(Tandatangan Penulis) (Tangatangan Penyelia)

Tarikh: ýý - q-

" ýooý Tarikh:

Alamat tetap:

Lot 853, Taman Bintang, 96500 Bintangor, SARAWAK.

Catatan: * Tesis / Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

* Jika Tesis / Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh Tesis / Laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

111

(4)

PENGAKUAN

Projek bertajuk `Kajian Keberkesanan Promosi Pementasan Teater Muzikal Suzana@60 di Kuching, Sarawak telah disediakan oleh Sumeira Lee Ak Empera Lee dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Saujana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.

Diterima untuk diperiksa oleh:

( Cik Karen Audrey Samy ) Tarikh: J` 0 ý

, o j

(5)

PENGHARGAAN

Dengan rasa syukur, akhirnya saya dapat menghabiskan Projek Tahun Akhir Pengurusan Seni ini dengan jayanya. Berkat tunjuk ajar dan nasihat, telah banyak membantu saya dalam menyiapkan Projek Tahun Akhir ini. Jutaan terima kasih saya tujukan khas buat Cik Karen Audrey Samy, selaku penyelia saya di atas tujuk ajar serta memberikan nasihat dan dorongan sepanjang saya menyiapkan Projek Tahun Akhir saya ini. Beliau banyak memberikan panduan kepada saya semasa menjalankan penyelidikan.

Sekalung perhargaan juga diucapkan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara, terutamanya para pegawai Bahagian Perhubungan Awam yang banyak membantu saya dan memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan penyelidikan di organisasi tersebut. Kerjasama yang baik daripada mereka dalam memberikan maklumat dan pendapat amat saya hargai. Khasnya, Cik Norhayati Bidin, yang banyak memberikan kerjasama dari segi memberikan maklumat dan ia telah memudahkan saya menjalankan penyelidikan.

Akhir sekali ucapan terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan yang telah memberikan bantuan dan tunjuk ajar kepada saya. Sokongan dan bantuan yang diberikan daripada semua pihak amat saya hargai dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Sekian terima kasih.

V

(6)

ABSTRAK

Teater Muzikal Suzana@60 merupakan sebuah teater yang dibawa khas dari Istana Budaya dan dipentaskan di Kuching, Sarawak. Teater ini berkisarkan zaman 60an yang bertujuan mengimbau kembali suasana kehidupan pada zaman tersebut. Kajian saya lebih memfokuskan keberkesanan promosi pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara sebagai penganjur bagi Pementasan Teater Muzikal Suzana@60 di Kuching.

(7)

ABSTRACT

The Musical Theatre entitled Suzana@60 is brought especially by Istana Budaya to Kuching, Sarawak. This theatre is set in the 60's and it depicts life during that time.

My research focuses on the promotion by the Kuching City North Council as the organizer of the Suzana@60 Musical Theatre in Kuching.

vll

(8)

rusat Khidmat MaKiumat AKaaemiw UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

U4W1 Kora Samaratum

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

SURAT PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK

ABSTRACT

BAB 1 PENGENALAN

iv

V

V1

Vll

1.1 Pengenalan 1

1.1.1 Latarbelakang Dewan Bandaraya Kuching Utara 1

1.1.2 Sejarah Awal Teater 3

1.1.3 Teater Muzikal Suzana@60 4

1.1.4 Sinopsis Teater Muzikal Suzana@60 6

1.2 Definisi 8

1.3 Objektif 9

1.4 Hipotesis 10

1.5 Skop Kajian 11

1.6 Permasalahan Kajian 12

1.7 Kepentingan Kajian 14

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN

2.1 Kaitan dengan teater 15

2.2 Kaitan dengan promosi 20

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 25

3.2 Lokasi Kajian 26

(9)

3.3 Sumber Data 3.3. 1 Data Primer 3.3.2 Data Sekunder 3.4 Populasi

3.5 Persampelan 3.6 Instrumen Kajian 3.7 Limitasi Kajian

3.8 Rumusan dan Kesimpulan

BAB 4 ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN

27 27 28 29 31 32 33 36

4.1 Pengenalan 37

4.2 Penganalisaan Data 39

4.2.1 Borang Soal Selidik 39

4.3 Kesimpulan 70

BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 71

5.2 Rumusan 72

5.3 Cadangan 75

5.4 Cadangan kepada pengkaji akan datang 78

5.5 Kesimpulan 80

BIBLIOGRAFI 81

LAMPIRAN

V111

(10)

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan

1.1.1 Latarbelakang Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Dewan Bandaraya Kuching Utara atau singkatannya DBKU merupakan mercu pentadbiran Bandaraya Kuching. Menurut petikan yang diambil darf http: //www. dbku. gov. my/latarbelakang. htm, tanggal 1 Ogos 1988, Kuching telah dinaikkan status ke taraf Bandaraya yang kedua di Malaysia selepas Kuala Lumpur.

Bandaraya Kuching dibahagikan kepada dua kuasa pentadbiran iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) kerana Bandaraya Kuching mempunyai keluasan yang agak besar berbanding dengan bandaraya lain di Malaysia. Kawasan Utara Bandaraya ditadbir oleh DBKU manakala kawasan Selatan pula di bawah bidangkuasa MBKS.

Sistem pentadbiran pengurusan DBKU adalah berbeza berbanding dengan MBKS dan pihak berkuasa di Malaysia. DBKU dipimpin oleh seorang Datuk Bandar yang dilantik oleh TYT Yang Di Pertua Negeri dan beliau melapor terus kepada YAB Ketua Menteri Sarawak. Sekarang, DBKU di bawah pimpinan Datuk Bandar yang ke-4 iaitu YBhg. Encik Abdul Hamid b. Mohd Yusoff dan beliau telah mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar DBKU pada tanggal 1 Februari 2005.

(11)

Bandaraya Kuching mempunyai penduduk yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, Iban, Bidayuh, Melanau dan sebagainya. Berlatarbelakangkan budaya hidup yang pelbagai etnik dan unik ini, merupakan satu aset utama menjadi tarikan pelancong luar kerana dengan kekayaan muka buminya yang mempunyai tempat rekreasi semulajadi yang indah, menarik dan bersejarah.

2

(12)

1.1.2 Sejarah Awal Teater

Sejarah awal kewujudan teater tidak pemah diketahui asal usulnya. Tiada buku yang menyatakan sejarah teater ini secara tepat. Menurut Mohamed Ghouse Nasuruddin (2000), terdapat teori yang meyakinkan iaitu teori yang merujuk kepada ritual sebagai permulaan teater.

Semenjak permulaan ritual, teater tradisional Melayu telah dipengaruhi oleh agama Hindu dan Islam. Sebelum kemunculan budaya Hindu, teater tradisional berasaskan agama animisme dan dijadikan sebagai saluran perantaraan di antara alam nyata suku kaum dengan alam ghaib semangat. Dua (2) epik Hindu yang terkemuka iaitu Ramayana dan Mahabharata menjadi bahan persembahan wayang kulit.

Kemunculan Islam sekitar abad ke-7 Masihi, telah membawa kepadanya perubahan dalam teater tradisional Melayu. Contohnya, unsur-unsur Islam telah diserapkan dalam teater. Walau bagaimanapun, Islam tidak dapat menghapuskan keseluruhan unsur Hindu-Animisme yang menjadi asas teater tradisional.

(13)

1.1.3 Teater Muzikal Suzana@60

Pementasan Teater merupakan salah satu aktiviti tahunan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sejak tahun 2001 dalam Calender Event 2006 Kuching.

Seperti pada tahun 2005, Teater Muzikal Puteri Hang Li Po telah dipentaskan di Bandaraya Kuching. Pada tahun 2006, Teater Muzikal Suzana@60 telah dipentaskan di Bandaraya Kuching. Selaras dengan motto DBKU `Untuk Masyarakat Berbudaya', DBKU berusaha untuk menerapkan nilai-nilai seni dan budaya dengan penganjuran aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan untuk wargakotanya.

Justeru itu, DBKU akan menganjurkan Pementasan Teater Muzikal Suzana@60 dengan kerjasama Istana Budaya dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Sarawak (KeKKWa). Teater Muzikal Suzana@60 dibawa khas dari Istana Budaya Kuala Lumpur ke Bandaraya Kuching. Pementasan ini akan diadakan selama tiga malam berturut iaitu pada 8, 9, dan 10 September 2006 bertempat di Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak jam 8.00 malam.

Menurut Cik Norhayati Bt. Bidin, Ketua Bahagian Perhubungan Awam Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) hasil daripada temuramah yang dibuat, pementasan ini dianjurkan bagi mengimbau kembali kegemilangan muzik serta kehidupan masyarakat tahun 60-an di mana ia merupakan tahun-tahun awal Malaysia mencapai kemerdekaan.

4

(14)

Selain itu juga ia bertujuan untuk mengetengahkan corak pementasan teater yang bertaraf dunia kepada pengiat teater di Negeri Sarawak khususnya dan wargakota amnya. Secara tidak langsung pementasan ini mampu memberi pendedahan baru kepada anak seni teater serta kumpulan dan pengiat seni teater yang bergiat aktif di Bandaraya Kuching.

(15)

1.1.4 Sinopsis Teater Muzikal Suzana@60

Sinopsis ini menceritakan serba sedikit gambaran jalan cerita Teater Muzikal Suzana@60, menurut petikan sinopsis daripada brochure Pementasan Teater Muzikal Suzana@60, teater Suzana@60 ini berkisarkan irama zaman 60-an.

Teater ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Suzana. Suzana merupakan watak utama dalam cerita teater tersebut. Seorang promoter yang bernama Jeffry, sedang mencari bakat barn dalam bidang nyanyian. Jeffry sudah mempunyai kekasih yang benama Zunika. Mereka sering keluar ke fun fair dan majlis kenduri kahwin dengan menaiki kereta sport yang dimiliki oleh Jeffry. Walau bagaimanapun, Jeffry adalah seorang 'buaya darat'.

Pada suatu hari, semasa di satu maj lis fun fair, Jeffry telah terpikat dengan kemerduan suara Suzana ketika membuat persembahan. Jeffry telah menemui Suzana dan memberi tawaran kepada Suzana untuk menjadi artis rakamannya. Suzana terus bersetuju walaupun sudah ditegah oleh A. Mahmud.

A. Mahmud berasa khuatir untuk membiarkan Suzana menjadi artis rakaman Jeffry kerana tidak mahu Suzana terlepas ke tangan orang lain. Suzana tetap dengan pendiriannya kerana dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menjadi bintang.

Suzana menemui Jeffry dan dia mulai merasakan dirinya popular.

6

(16)

A. Mahmud telah merasakan dirinya dipinggirkan oleh Suzana setelah Suzana bergelar artis rakaman bersama Jeffry. A. Mahmud cuba menemui Suzana tetapi dihalang dan dipukul oleh kuncu-kuncu Jeffry. Dalam kejadian tersebur, A. Mahmud telah berkenalan dengan Zunika dan mereka telah berkawan rapat.

Timbul kekesalan pada Suzana apabila Jeffry telah meminggirkan Suzana setelah Jeffry menemui bintang baru. Suzana berasa kecewa dan ingin kembali kepada A. Mahmud. Pada mulanya, A. Mahmud enggan menerima. Oleh kerana perasaan cintanya terhadap Suzana, akhirnya A. Mahmud kembali bersama Suzana dan saling meluahkan perasaan antara satu sama lain.

(17)

1.2 Definisi

Mark Fortier (1997), telah mendefinisikan teater sebagai "... performance, though often the performance of a drama text, and entails not only words but space, actors, props, audience and the complex relations among these elements. " la membawa makna teater merupakan satu bentuk persembahan dalam bentuk teks drama dan tidak hanya dalam bentuk perkataan tetapi juga merangkumi ruang, para pelakon, prop, para penonton dan perkara-perkara rumit yang berhubungkait dengan semua elemen persembahan teater.

George E. Belch and Michael A. Belch (2004), telah mendefinisikan promosi sebagai "... the coordination of all seller-initiated efforts to set up channels of information and persuasion in order to sell goods and services or promate an idea. "

Promosi didefinisikan sebagai penyelarasan segala bentuk produk yang hendak diperkenalkan melalui rangkaian informasi dan pemujukan untuk menjual produk, perkhidmatan ataupun mempromosikan sesuatu idea.

Menurut Zainal Abidin Safarwan (1995), dalam Kamus Dewan telah mendefinisikan pementasan sebagai pertunjukan, permainan, persembahan, hidangan, sandiwara, tonil atau setambul. Dalam konteks kajian pengkaji definisi pertunjukan dan persembahan memberi makna yang tepat kepada pementasan.

8

(18)

1.3 Objektif

Dalam sesebuah kajian, objektif kajian adalah amat penting untuk memastikan sama ada kajian yang dibuat adalah tercapai atau tidak. Melalui objektif kajian, pengkaji dapat menjalankan kajian dengan lebih baik dan lebih tersusun.

Dalam menghasilkan kajian ini, pengkaji bercadang akan membahagikan objektif kajian kepada dua bahagian iaitu objektif secara am dan secara khusus.

Objektif secara am:

Pengkaji melihat dan mengkaji tahap keberkesanan pihak penganjur iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dalam mempromosikan Pementasan Teater Muzikal Teater Suzana@60 di Kuching, Sarawak.

Objektif secara khusus:

i. Mengkaji saluran-saluran media massa yang digunakan oleh DBKU dalam strategi promosi bagi Pementasan Teater Musikal Suzana@60

ii. Mengkaji keberkesanan kerjasama dalam pengurusan promosi bagi memperhebatkan strategi promosi teater antara DBKU, Istana Budaya dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Sarawak (KeKKWa)

iii. Mempelajari strategi promosi yang dapat membantu menjayakan sesuatu pementasan atau aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kesenian.

(19)

1.4 Hipotesis

Hipotesis kajian pengkaji adalah kaedah atau strategi promosi yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dalam mempromosikan Pementasan Teater Muzikal Suzana@60 adalah strategik dari segi promosi dalam mendapatkan sambutan yang mengalakkan daripada wargakota Kuching.

10

(20)

1.5 Skop Kajian

Kajian akan dilakukan sekitar Kuching iaitu kawasan tumpuan orang ramai di mana kaunter perjualan tiket dilakukan. Maka, lebih mudah bagi pengkaji mendapatkan respon orang ramai. Selain itu, kumpulan responden juga daripada penonton yang datang semasa malam pementasan dan juga sebelum pementasan.

Dalam kajian ini, pengkaji melihat sambutan daripada wargakota Kuching terhadap Pementasan Teater Muzikal Suzana@60 ini. Pengkaji dapat menilai secara rambang terhadap keberkesanan pengurusan promosi yang dibuat oleh pihak pengajur.

Selain itu, pengkaji ingin juga melihat peranan media massa dalam memberikan kerjasama menjayakan promosi Pementasan Teater Muzikal Suzana@60. Peranan media massa adalah merangkumi media elektronik dan media cetak.

Secara keseluruhan, pengkaji lebih menfokuskan kepada keberkesanan promosi yang dilakukan oleh pihak pengajur iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dalam menjayakan Pementasan Teater Muzikal Suzana@60. Malah, kerjasama dan komitmen pihak Istana Budaya dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Sarawak (KeKKWa) dari segi kewangan bagi menampung kos promosi pementasan teater ini.

(21)

1.6 Permasalahan Kajian

Pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa permasalahan dalam kajian ini.

Antaranya, orang ramai masih tidak mengetahui dan tidak mendapat maklumat mengenai Pementasan Teater Muzikal Suzana@60 di Kuching. Hal ini mungkin kerana promosi yang dilakukan hanya bertumpu kepada sesebuah kawasan dan tidak merangkumi seluruh Bandaraya Kuching. Contohnya, bertumpu kepada satu kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti kawasan Satok, Kuching.

Pemasalahan kedua ialah masih terdapat kelemahan dari segi permilihan kaedah promosi yang dibuat oleh pihak penganjur. Pihak penganjur harus lebih peka dalam pemilihan saluran promosi di mana ia perlu memenuhi keadaan semasa.

Selain itu, melihat permasalahan apabila tidak semua yang membeli tiket akan datang menonton pementasan teater. Kemungkinan berlaku masalah yang menyebabkan pembeli tidak dapat menghadiri pementasan. Keadaan ini juga akan mempengaruhi kelemahan pengurusan promosi Pementasan Teater Muzikal Suzana@60.

12

(22)

1.7 Kepentingan Kajian

Setiap kajian mempunyai kepentingannya tersendiri kepada orang perseorangan mahupun kepada sesebuah organisasi. Kepentingan kajian amat penting dalam setiap kajian yang dilakukan.

Antara kepentingan kajian saya ialah:

I. Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Dengan kajian ini, pihak DBKU dapat melihat keberkesanan kaedah promosi yang digunakan bagi pementasan tersebut. Pihak pengurusan juga dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan dari segi cara pengurusan promosi.

II. Istana Budaya

Dengan adanya hasil kajian ini, ia akan menggalakkan pihak Istana Budaya untuk bekerjasama di masa akan datang. Sebagai contoh membawa teater-teater yang pernah dipentaskan di Istana Budaya untuk dipertontonkan kepada wargakota Kuching.

III. Penggiat Teater Tempatan

Mereka dapat melihat peluang yang ada bagi mengembangkan lagi aktiviti teater tempatan kerana adanya sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan (Kuching).

(23)

IV. Bahan kajian saya ini akan memberikan maklumat kepada pelajar-pelajar sama ada dalam peringkat sekolah mahupun institusi pendidikan tinggi untuk penyelidikan mereka, terutamanya pelajar dalam bidang teater.

V. Selain itu, ia berpotensi untuk menyakinkan pihak penaja untuk menaja sesuatu aktiviti yang berbentuk pementasan teater pada masa hadapan kerana sebelum ini, segelintir penaja tidak berminat menaja aktiviti-aktiviti seni.

Dengan adanya kajian saya ini, ia mampu dijadikan rujukan dan panduan kepada pengkaji yang akan datang.

14

(24)

rusat Khidmat Maktumat Akadenim UNIVEIZSITI MALAYSIA SARAWAiG

Q4300 Kota Samatat

BAB 2

SOROTAN KESUSASTERAAN

2.1 Kaitan darf segi sejarah teater.

2.1.1 Sporre, D. J. (1993). The Art Of Theatre: An Introduction. London & New York: Routledge.

Kandungan Umum

Sporre (1993), dalam bukunya yang bertajuk The Art Of Theatre, telah

menerangkan tentang asas teater serta memperkenalkan isu teori dan prinsip dalam teater. Selain itu juga, buku ini mengandungi konsep tentang alam teater, kritikan, analisis, jenis-jenis teater, dan bentuk teater.

Penulis telah menerangkan sebab kenapa kita menghadiri atau menonton teater. Secara keseluruhan, buku ini memberikan pemahaman tentang teater iaitu berkaitan tentang amalan teater sepanjang zaman dari permulaan tradisi Barat dalam zaman Greek Kuno sehingga sekarang.

Referensi

Dokumen terkait

Agama berfungsi sebagai universum simbolik, yang merupakan tudung kudus ( sacred canopy ) yang memberikan legitimasi atas tatanan dunia sosial yang sifatnya

Guna memberi gambaran situasi rabies di Bali mulai tahun 2008 hingga 2011, data kematian manusia dan surveilans pada hewan telah dikumpulkan dari Dinas Kesehatan

Penyakit dianggap sebagai ketidakberfungsian mekanisme biologis, peran dokter adalah campur tangan secara fisik maupun kimia untuk membetulkan ketidakberfungsian tersebut (Capra,

1.. Areal sertifikasi benih adalah areal tanah yang harus dinyatakan dengan jelas batas-batasnya baik berupa parit, pematang, jalan maupun tanda-tanda yang jelas lainnya. Suatu

Berdasarkan dari hasil segmentasi yang diperoleh, maka jumlah data citra sediaan apus darah yang digunakan untuk proses klasifikasi adalah 214 citra yang terdiri dari 123 citra

Gangguan fungsi ginjal yang dilaporkan akibat pemakaian terapi kelasi besi bervariasi dari ringan berupa peningkatan kreatinin serum yang reversibel sampai dengan terjadi acute

Langkah selanjutnya untuk menghindari riba dapat kita lakukan dengan cara menggunakan cara-cara yang halal ketika melakukan transaksi mualamah. Dalam hal ini tentu

Selari dengan usaha kerajaan untuk memastikan kebolehpasaran graduan yang tinggi dalam kalangan pelajar di Malaysia, PKS terus memainkan peranan penting untuk