• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERATURAN PERMAINAN SUKAN AIR ROWING-KAYAK. Disediakan oleh :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERATURAN PERMAINAN SUKAN AIR ROWING-KAYAK. Disediakan oleh :"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

PERATURAN

PERMAINAN

SUKAN AIR

ROWING-KAYAK

Disediakan oleh :

Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan

Sukan Air MASUM

UTM Sports Excellence

(2)

PERATURAN PERTANDINGAN

1.0 Tarikh dan Tempat

1.1 Tarikh pertandingan akan ditentukan oleh Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia.

1.2 Pertandingan ini dikelolakan oleh Universiti Teknologi Malaysia dengan bantuan dan kerjasama Persatuan Mendayung Malaysia (PERDAMA) 2.0 Undang-Undang

2.1 Regatta ini dijalankan mengikut undang-undang Regatta FISA dan peraturan Regatta Rowing PERDAMA serta syarat-syarat Regatta yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola untuk pertandingan ini.

3.0 Acara Regatta

3.1 Berikut adalah acara-acara yang dipertandingan di dalam Regatta ini.

BIL ACARA JARAK LELAKI WANITA

1 Single Sculls 1X 1000m   2 Lightweight Double Sculls LW2X 1000m   3 Fours 4- 1000m   Nota : 1. ( ) Acara yang dipertandingkan.

4.0 Format Regatta

4.1 Format Regatta akan disusun mengikut bilangan penyertaan pasukan. 4.2 Format Regatta akan dimaklumkan semasa Mesyuarat

Pengurus-Pengurus Pasukan.

“Qualification System”

SUKAN MASUM

(MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA)

ROWING

(3)

5.0 Pembahagian Lorong dan Undian

5.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menjalankan undian lorong Regatta bagi peringkat saringan sahaja.

5.2 Regatta akan menggunakan enam ( 6 ) lorong.

5.3 Pembahagian lorong akan dijalankan pada peringkat saringan secara undian manakala peringkat seterusnya adalah mengikut format sistem kelayakan yang telah ditetapkan.

6.0 Pengesahan Penyertaan

6.1 Pengesahan penyertaan akan dilakukan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan. (Sila bawa kad matrik pelajar bersama).

6.2 Seorang peserta hanya dibenarkan mengambil satu acara sahaja. (Jadual perlumbaan tidak akan diubah sekiranya berlaku pertindihan penyertaan jika disebabkan penyertaan berganda.)

6.3 Setiap universiti hanya dibenarkan menghantar 1 „Crew‟ bagi setiap acara. 6.4 Borang pengesahan penyertaan pasukan hendaklah diisi dengan lengkap

dan dikembalikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Regatta pada tarikh yang telah ditetapkan.

6.5 Borang-borang penyertaan mengikut acara hendaklah diisi dengan lengkap dan dikembalikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Regatta pada tarikh yang telah ditetapkan.

6.6 Borang-borang yang telah lengkap hendaklah disahkan oleh Ketua Unit Sukan, universiti pasukan tersebut.

6.7 Borang penyertaan yang lewat diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengelola tidak akan dilayan.

7.0 Penggantian „Rowers‟

7.1 Penggantian „rowers‟ boleh dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh FISA.

7.2 Semua „Crew‟ hendaklah ditetapkan mengikut kedudukan di bot semasa mengisi borang penyertaan SM-2.

7.3 Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat pertukaran peserta dengan berdenda seperti yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal MASUM dengan kadar bayaran seperti berikut:

Bil Tempoh Denda

1 Seminggu sebelum tarikh pertandingan RM20.00

(4)

8.0 Timbang Berat Peserta ‟Lightweight ‟

8.1 Timbangan berat peserta ‟Lightweight‟ dikuatkuasa mengikut peraturan FISA pada kejohanan ini.

8.2 Peserta ‟lightweight‟ yang tidak membuat timbangan berat di ‟Control Commission‟ dalam tempoh yang ditetapkan, tidak dibenarkan menyertai perlumbaan tersebut. (Rujuk Undang-undang Regatta FISA )

9.0 Masa Melapor Diri

9.1 Peserta-peserta dikehendaki bersedia 30 minit sebelum acara yang disertai dijalankan.

9.2 Setiap acara akan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola berhak meminda susunan acara jika perlu. Jika berlaku sebarang pindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan dimaklumkan terlebih dahulu.

10.0 Peralatan

Semua peralatan pertandingan untuk Regatta akan disediakan oleh Pihak Pengelola. Walau bagaimanapun, jaket keselamatan, ‟oars‟ dan bot-bot daripada universiti sendiri adalah dibenar digunakan di dalam pertandingan ini.

11.0 Bantahan dan Juri Rayuan

11.1 Sekiranya ada bantahan, bantahan hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu oleh „crew‟ yang bertanding semasa di dalam bot kepada Umpire Perlumbaan yang bertugas sebaik sahaja perlumbaan tamat.

11.2 Semua bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan mesti diserahkan kepada Ketua Umpire oleh Pengurus Pasukan dalam masa 30 minit sebaik sahaja acara tersebut tamat dijalankan.

11.3 Bantahan mestilah disertai dengan wang pertaruhan sebanyak RM250.00 tunai dan akan dikembalikan RM200.00 sahaja sekiranya bantahan diterima. (RM50.00 adalah wang pengurusan)

12.0 Peraturan Am

12.1 „Crews‟ hendaklah mendayung di lorong yang telah ditentukan dan tidak mengganggu „crews‟ di lorong yang lain.

12.2 „Crews‟ yang didapati mengganggu „crews‟ atau bot pasukan lain boleh dibatalkan oleh Umpire Perlumbaan.

(5)

12.4 „Starters‟ (Pelepas) akan memulakan perlumbaan dengan menyebut “ATTENTION - GO”, serentak dengan menjatuhkan bendera merah untuk isyarat berlepas.

12.5 Sekiranya terdapat kemudahan alatan pelepas elektrik, kaedah tersebut akan digunakan dengan isyarat lampu hijau kelihatan sebagai penunjuk arahan pelepasan dilakukan.

12.6 Bot yang „Bow Ball‟nya terdahulu melintasi Garisan Penamat dikira pemenang.

12.7 Semua „Crew‟ dikehendaki mematuhi „TRAFFIC RULE‟ semasa latihan dan juga pertandingan.

12.8 Semua peraturan dan undang-undang FISA adalah digunapakai.

13.0 Perkara Am

13.1 Setiap peserta dimestikan memakai jaket keselamatan semasa berada di atas air sepanjang sesi latihan dan pertandingan dijalankan. Peserta yang gagal mematuhi arahan tidak akan dibenarkan menyertai pertandingan. 13.2 Hanya pegawai-pegawai perlumbaan yang bertugas dan peserta-peserta

yang sedang bertanding sahaja dibenarkan masuk ke kawasan perlumbaan.

13.3 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak dinyatakan didalam peraturan ini dan keputusannya adalah muktamad.

13.4 Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab terhadap kecederaan anggota, kemalangan, kematian dan kehilangan barang-barang peserta sebelum, semasa ataupun selepas pertandingan.

13.5 Kerosakan peralatan yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola adalah menjadi tanggungjawab pasukan yang menggunakannya. Sebarang kerosakan adalah tanggungan pasukan terbabit.

Pengerusi

Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Sukan Air MASUM

(6)

PERATURAN PERTANDINGAN

1.0 Tarikh dan Tempat

1.1 Tarikh pertandingan akan ditentukan oleh Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia.

1.2 Pertandingan ini dikelolakan oleh Universiti Teknologi Malaysia dengan bantuan dan kerjasama Persatuan Mendayung Malaysia (PERDAMA) dan Persatuan Kanu Malaysia (MASCA).

2.0 Undang-Undang

2.1 Regatta ini dijalankan mengikut undang-undang Regatta ICF serta syarat-syarat Regatta yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola untuk pertandingan ini.

3.0 Acara Regatta

3.1 Berikut adalah acara-acara yang dipertandingan di dalam regatta ini.

BIL ACARA JARAK LELAKI WANITA

1. 2.

Kayak

Kayak ( K1 ) Touring Kayak Double (TK2)

500m 1000m           4.0 Format Regatta

4.1 Format Regatta akan disusun mengikut bilangan penyertaan pasukan.

SUKAN MASUM

(MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA)

KAYAK

(7)

5.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menjalankan undian lorong Regatta bagi peringkat saringan sahaja.

5.2 Regatta akan menggunakan lapan (8) lorong Rowing (13.5 m).

5.3 Pembahagian lorong akan dijalankan pada peringkat saringan secara undian manakala peringkat seterusnya adalah mengikut format sistem kelayakan yang telah ditetapkan.

6.0 Penyertaan

6.1 Pengesahan penyertaan akan dilakukan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan. (Sila bawa kad matrik pelajar bersama).

6.2 Seorang peserta dibenarkan mengambil satu (1) acara sahaja.

6.3 Borang pengesahan penyertaan pasukan hendaklah diisi dengan lengkap dan dikembalikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Regatta pada tarikh yang telah ditetapkan.

6.4 Borang-borang yang telah lengkap hendaklah disahkan oleh Ketua Pusat Sukan, universiti pasukan tersebut.

6.5 Borang penyertaan yang lewat diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengelola tidak akan dilayan.

7.0 Penggantian Peserta

7.1 Penggantian peserta boleh dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh ICF.

7.2 Semua ‟paddlers‟ hendaklah ditetapkan semasa mengisi Borang Penyertaan SM-2.

8.0 Masa Melapor Diri

8.1 Peserta-peserta hendaklah bersedia 30 minit sebelum acara yang disertai dijalankan dan hendaklah melaporkan diri apabila acara tersebut diumumkan oleh Pengelola peserta.

8.2 Setiap acara akan dijalankan mengikut masa yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola berhak meminda susunan acara jika perlu. Jika berlaku sebarang pindaan, pengurus-pengurus pasukan akan dimaklumkan.

9.0 Peralatan

Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan Kayak Jenis K1 dan Jenis Touring Kayak TK2 manakala „paddle‟ dan jaket keselamatan hendaklah disediakan oleh pasukan masing. Setiap pasukan dibenar menggunakan kayak masing-masing dengan syarat diluluskan oleh Jawatankuasa Teknikal.

(8)

10.1 Sebarang bantahan tidak akan dilayan. 10.2 Keputusan juri adalah muktamad.

11.0 Peraturan Am

11.1 Setiap peserta dimestikan memakai jaket keselamatan semasa sesi latihan dan pertandingan dijalankan. Peserta yang gagal mematuhi arahan tidak akan dibenarkan menyertai pertandingan.

11.2 Semua kayak hendaklah berada dalam satu barisan di garisan permulaan semasa perlumbaan sedia dimulakan.

11.3 „Starters‟ (Pelepas) akan memulakan perlumbaan dengan menyebut „READY‟ , „SET‟ dan „GO‟ atau diikuti dengan bunyi hon untuk isyarat berlepas.

11.4 Peserta yang melakukan kesalahan semasa pelepasan „False Start‟ yang kedua dan seterusnya dalam satu perlumbaan, akan dikeluarkan dari pertandingan.

11.5 Peserta yang keluar dari lorong yang telah ditentukan akan dibatalkan penyertaan.

11.6 Sekiranya kayak peserta terbalik (capsize) semasa perlumbaan, penyertaannya akan dibatalkan.

11.7 Kayak pertama yang hujung „Bow‟nya melintasi garisan Penamat bersama semua ‟paddlers‟ didalamnya , dikira sebagai pemenang.

11.8 Semua peserta dikehendaki mematuhi „TRAFFIC RULE‟ semasa latihan dan juga pertandingan.

12.0 Perkara Am

12.1 Hanya pegawai-pegawai perlumbaan yang bertugas dan peserta-peserta yang sedang bertanding sahaja dibenarkan masuk ke kawasan perlumbaan.

12.2 Jawatankuasa pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini dan keputusannya adalah muktamad. 12.3 Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab terhadap kecederaan anggota, kemalangan, kematian dan kehilangan barang-barang peserta sebelum, semasa ataupun selepas pertandingan.

(9)

12.4 Kerosakan peralatan yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola adalah menjadi tanggungjawab pasukan yang menggunakannya. Sebarang kerosakan adalah tanggungan pasukan terbabit.

Pengerusi

Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan Sukan Air MASUM

Referensi

Dokumen terkait