• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANUGERAH JURUTEKNOLOGI NEGARA 2015

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "ANUGERAH JURUTEKNOLOGI NEGARA 2015"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

LAMPIRAN 2 (A)

ANUGERAH JURUTEKNOLOGI NEGARA 2015

MOSTI 1

ANUGERAH JURUTEKNOLOGI NEGARA 2015

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN 1. Nama Anugerah

Anugerah ini dikenali sebagai Anugerah Juruteknologi Negara.

2. Tujuan

Anugerah Juruteknologi Negara diadakan sebagai satu pengiktirafan terhadap kerja dan pencapaian yang cemerlang oleh Juruteknologi (Juruteknik/Pembantu Makmal serta kakitangan separuh ikhtisas) yang kerja-kerjanya berkaitan dengan sains dan teknologi (S&T). Anugerah ini diharap akan memberikan perangsang dan galakan kepada mereka untuk meningkatkan kecemerlangan kreativiti dan melipatgandakan usaha mereka untuk membantu memajukan penyelidikan sains dan teknologi di Negara ini.

3. Hadiah Anugerah

Anugerah ini menyediakan satu (1) hadiah bernilai RM10,000.00, plak dan sijil penghargaan.

4. Kelayakan Pencalonan

4.1 Penyelidikan yang dijalankan hendaklah dalam salah satu bidang keutamaan.

4.2 Juruteknologi (Juruteknik/Pembantu Makmal) warganegara Malaysia sahaja layak untuk dicalonkan.

4.3 Anugerah ini hanya dibuka kepada Juruteknologi (Juruteknik/Pembantu Makmal) yang menjalankan projek penyelidikan di pusat penyelidikan dan institusi pengajian tinggi awam/swasta atau organisasi penyelidikan swasta di Malaysia.

4.4 Pencalonan hendaklah berasaskan usaha cemerlang yang menyumbang kepada kemajuan S&T, sosio-ekonomi atau perindustrian negara.

4.5 Kerja dan penyelidikan spesifik yang dikemukakan mestilah belum mendapat sebarang penganugerahan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

(2)

LAMPIRAN 2 (A)

ANUGERAH JURUTEKNOLOGI NEGARA 2015

MOSTI 2

5. Pemilihan Pemenang / Syarat

5.1 Pencalonan akan dinilai dan disenaraipendekkan untuk pemilihan pemenang. Panel Penilai boleh memanggil calon-calon untuk temuduga sekiranya perlu.

5.2 Keputusan Panel Penilai adalah muktamad.

5.3 Penerima Anugerah hendaklah bersedia untuk menyampaikan syarahan/ceramah mengenai hasil kerja yang memenangi Anugerah ini dari semasa ke semasa apabila diperlukan.

6. Prosedur Pencalonan

6.1 Pencalonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang dilampirkan.

6.2 Pencalonan hendaklah dibuat oleh Ketua Jabatan, pertubuhan, individu atau organisasi di mana individu bekerja.

7. Tarikh Tutup Pencalonan

7.1 Borang pencalonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum/pada 31 Mac 2015 kepada alamat berikut:

URUSETIA

ANUGERAH JURUTEKNOLOGI NEGARA 2015

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI) BAHAGIAN TERAS SAINS DAN TEKNOLOGI

ARAS 2, BLOK C4, KOMPLEKS C

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62662 PUTRAJAYA

7.2 Borang pencalonan yang diterima selepas tarikh tutup pencalonan tidak akan dinilai.

7.3 Sebarang pertanyaan berkaitan bolehlah hubungi pegawai berikut:

Pn. Nur Marina Ibrahim ([email protected]) 03-8885 8380 Pn. Siti Zuhaini Abd. Samah ([email protected]) 03-8885 8270 En. Abdul Hadi Mat Som ([email protected]) 03-8885 8359

Referensi

Dokumen terkait

(DOKUMEN INI HENDAKLAH DIISI DENGAN LENGKAP OLEH PETENDER DAN DIKEMBALIKAN DENGAN MEMASUKKANNYA KE. DALAM

(DOKUMEN INI HENDAKLAH DIISI DENGAN LENGKAP OLEH PETENDER DAN DIKEMBALIKAN DENGAN MEMASUKKANNYA KE. DALAM

7) Borang permohonan dalam Pulau Pinang hendaklah sampai ke JPN sekurang- kurangnya 2 minggu sebelum tarikh lawatan... B) Borang permohonan luar Pulau Pinang hendaklah

BORANG PENGESAHAN KOPERASI CALON PERSIDANGAN NEGERI KEDAH 2021 (Diisi oleh Koperasi yang mengesahkan Pencalonan) Butir-Butir Koperasi.. Tarikh Menjadi Anggota Koperasi :

Borang yang lengkap diisi hendaklah dimajukan ke Jabatan Hal Ehwal Akademik dan Pelajar selewat-lewatnya dua (2) minggu selepas program dijalankan. BORANG YANG TIDAK LENGKAP

BORANG PENGESAHAN KOPERASI CALON PERSIDANGAN NEGERI SARAWAK 2021 (Diisi oleh Koperasi yang mengesahkan Pencalonan) Butir-Butir Koperasi.. Tarikh Menjadi Anggota Koperasi :

BORANG PENGESAHAN KOPERASI CALON PERSIDANGAN NEGERI PERLIS 2021 (Diisi oleh Koperasi yang mengesahkan Pencalonan) Butir-Butir Koperasi.. Tarikh Menjadi Anggota Koperasi :

BORANG SUMBANGAN AKTIVITI RAMADHAN BAGI TAHUN 1443H / 2021M Borang sumbangan yang telah diisi boleh dihantar ke alamat seperti di bawah : URUSETIA PROGRAM IHYA’ RAMADHAN PUSAT ISLAM