UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Anugerah Amalan Berkualiti
(Individu)
ANUGERAH AMALAN BERKUALITI (INDIVIDU)
1. Tujuan
Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang mempunyai ciri peribadi berkualiti dan memberi sumbangan kepada penghayatan serta pelaksanaan kualiti di fakulti / institut / pusat / jabatan melalui inisiatif dan tindakan proaktif sendiri.
2. Takrifan
(a) Kualiti diri bermaksud individu yang mempunyai ciri-ciri kualiti yang merangkumi:
i. sahsiah keperibadian;
ii. keceriaan;
iii. ketetapan masa;
iv. kebolehan bekerja sepasukan;
v. kemesraan;
vi. kekemasan diri;
vii. amanah
di tahap yang membanggakan serta diperakui oleh rakan-rakan sekerja dan pengurusan fakulti/institut/pusat/jabatan.
(b) Membudayakan ciri-ciri kualiti bermaksud individu yang berupaya:
i. Membudayakan ciri-ciri kualiti kepada rakan-rakan sekerja dan persekitaran;
ii. Membuat penambahbaikan secara berterusan;
iii. Memberi kesan kepada sekitaran kerja hasil daripada amalan kualiti;
dan
iv. Mempertingkatkan budaya kualiti dan menjadikannya satu amalan di fakulti/institut/pusat/jabatan.
3. Syarat Pencalonan
(a) Anugerah ini terbuka kepada semua kakitangan Universiti yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di UKM;
(b) Pencalonan hendaklah melalui borang pencalonan yang telah disediakan;
(c) Pencalonan boleh dibuat oleh Dekan/Pengarah/Ketua berdasarkan kepada pandangan / penilaian rakan sekerja di PTJ;
(d) Pencalonan mestilah disokong oleh bukti yang perlu disertakan bersama borang pencalonan seperti contoh: Dokumen Kualiti (Manual Kualiti, Prosedur Kerja) cabutan minit mesyuarat, surat-surat penghargaan dan sebarang bukti dalam bentuk bertulis yang dapat menyokong pencalonan;
(e) Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib; dan
(f) Borang pencalonan yang lengkap hendaklah disampaikan kepada pengerusi Jawatankuasa Anugerah Budaya Kualiti UKM sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan.
4. Kriteria Pemilihan
(a) Pencalonan akan dinilai oleh satu Jawatankuasa Penilaian yang ditubuhkan oleh Jawatankuasa Induk Anugerah Inovasi Universiti iaitu Jawatankuasa Anugerah Budaya Kualiti.
(b) Pemenang anugerah akan dipertimbangkan berasaskan kriteria-kriteria berikut:
i. Calon hendaklah mempunyai budaya kerja cemerlang, komitmen yang tinggi, berkualiti, proaktif dan boleh dicontohi oleh kakitangan lain;
ii. memberi sumbangan secara berterusan kepada Budaya Kualiti di fakulti/institut/pusat/jabatan;
iii. Penilaian Laporan Prestasi dan sahsiah untuk 3 tahun kebelakangan 90% ke atas;
iv. Laporan kehadiran melalui e-warga untuk tempoh 3 bulan kebelakangan;
v. memberi kesan positif kepada sekitaran kerja hasil daripada amalan Budaya Kualiti; dan
vi. menyumbang / mempertingkatkan Budaya Kualiti dan menjadikannya satu amalan di fakulti/institut/pusat/jabatan.
vii. Ketua atau Timbalan Ketua Jaminan Kualiti atau tugas hakiki individu adalah menguruskan kualiti tidak layak memohon atau dicalonkan
5. Kriteria Penilaian
Penilaian berdasarkan kualiti diri calon seperti berikut:
(a) Butir kualiti diri calon.
(b) Pembudayaan kualiti ciri-ciri kualiti di fakulti/institut/pusat/jabatan:
i. memberi sumbangan secara berterusan kepada budaya kualiti;
ii. memberi kesan kepada sekitaran kerja hasil daripada amalan kualiti;
dan
iii. mempertingkatkan budaya kualiti dan menjadikannya satu amalan (contoh: penglibatan dalam aktiviti seperti Kumpulan KIK, ISO, 5S, Audit dan lain-lain)
(c) Maklumat pencadang.
Keputusan Jawatankuasa Anugerah Amalan Berkualti adalah muktamad.
6. Kategori Anugerah
Anugerah Amalan Berkualiti dibahagikan kepada 3 kategori:
a. Anugerah Amalan Berkualiti (Staf Akademik).
b. Anugerah Amalan Berkualiti (Staf Pentadbiran – Pengurusan dan Profesional).
c. Anugerah Amalan Berkualiti (Staf Pelaksana).
(Nota: Hanya satu pemenang bagi setiap kategori. Tiada pemenang bagi anugerah ini, sekiranya tiada calon yang memenuhi criteria pada tahun berkenaan).
7. Hadiah
Pemenang setiap kategori akan menerima wang tunai RM3,000 dan Sijil bagi setiap kategori.
BORANG PENCALONAN
ANUGERAH AMALAN BERKUALITI TAHUN 2012
BAHAGIAN I
BIODATA CALON
1. Nama: _____________________________________________________
2. UKM(PER): __________________________________________________
3. Tarikh Mula Berkhidmat Di UKM:__________________________________
4. Tempoh Perkhidmatan Dengan UKM: _________________________Tahun 5. Fakulti/Institut/Pusat/Jabatan:
____________________________________
6. Jawatan Hakiki: _______________________________________________
Jawatan Pentadbiran: __________________________________________
7. Bidang Pengkhususan/Tugas: (Sila lampirkan)
8. Tindakan Tatatertib: Tiada Pernah
9. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kali Tahun
(sertakan sijil-sijil berkenaan)
10. Anugerah Perkhidmatan Terpuji kali Tahun
(sertakan sijil-sijil berkenaan)
11. Anugerah dari Kerajaan Persekutuan/Negeri, Antarabangsa, Persatuan, Badan Ikhtisas:________________________________________________________
(sertakan sijil/surat berkenaan)
Sila lampirkan CV/Biodata/Latar Diri calon
BAHAGIAN II (KUALITI DIRI)
BUTIRAN KUALITI DIRI CALON (30%)
Gunakan skala di bawah untuk membantu mengisi markah bagi bahagian ini.
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Tak Memuaskan Sederhana Memuaskan Baik Cemerlang
Bil. Hasil Skor (diisi oleh
pencadang) Komen
1 Ceria
2 Menepati Masa 3 Kerja Sepasukan 4 Mesra
5 Kemas Diri 6 Amanah
JUMLAH SKOR
JUMLAH MARKAH
(JUMLAH SKOR 1 HINGGA
SKOR 6 ) ÷ 60 X 30
BAHAGIAN III (PEMBUDAYAAN CIRI-CIRI KUALITI)
A. MEMBERI SUMBANGAN SECARA BERTERUSAN KEPADA BUDAYA KUALITI DI FAKULTI / INSTITUT / PUSAT / JABATAN (30%)
Gunakan skala di bawah untuk membantu mengisi markah bagi bahagian ini.
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Tak Memuaskan Sederhana Memuaskan Baik Cemerlang
Bil. Hasil
Skor (diisi oleh
pencadang) Komen
1 Mengambil bahagian dalam penulisan manual / prosedur kualiti.
2
Mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti seperti menjadi ahli aktif J/K Peningkatan Kualiti, J/K TQM, J/K Audit, J/K Keselamatan dll.
3
Mengambil bahagian atau membantu menganjurkan Bengkel / Seminar/ Persidangan / Latihan untuk peningkatan kualiti selaku Pengerusi, J/K dll.
4 Mengambil bahagian atau membantu memberi ceramah / input dalam peningkatan kualiti.
JUMLAH SKOR
JUMLAH MARKAH
(JUMLAH SKOR 1 HINGGA
SKOR 4) ÷ 40 X 30
Sila senaraikan di bawah semua maklumat berkaitan dengan kriteria di atas atau gunakan lampiran sebagai bahan bukti untuk menyokong skor yang diberikan.
B. MEMBERI KESAN KEPADA SEKITARAN KERJA HASIL DARIPADA AMALAN KUALITI (20%)
Gunakan skala di bawah untuk membantu mengisi markah bagi bahagian ini.
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Tak Memuaskan Sederhana Memuaskan Baik Cemerlang
Bil. Hasil Skor (diisi
oleh pencadang)
Komen
1
Mengambil bahagian dalam mewujudkan amalan kerja yang lebih baik dan berkesan di Fakulti / Institut / Pusat / Jabatan
2
Mengambil bahagian dalam meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan di Fakulti / Institut / Pusat / Jabatan
3
Mengambil bahagian dalam menyediakan keselesaan dan keselamatan kepada suasana kerja di Fakulti/ Institut / Pusat / Jabatan
JUMLAH SKOR
JUMLAH MARKAH
(JUMLAH SKOR 1 HINGGA
SKOR 3) ÷ 30 X 20
Sila senaraikan di bawah semua maklumat berkaitan dengan kriteria di atas atau gunakan lampiran sebagai bahan bukti untuk menyokong skor yang diberikan.
C. MEMPERTINGKATKAN BUDAYA KUALITI DAN MENJADIKANNYA SATU AMALAN DI FAKULTI/BAHAGIAN (20%)
Gunakan skala di bawah untuk membantu mengisi markah bagi bahagian ini.
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Tak Memuaskan Sederhana Memuaskan Baik Cemerlang
Bil. Hasil
Skor (diisi oleh pencadang)
Komen
1 Berusaha melibatkan seramai mungkin ahli dalam aktiviti peningkatan kualiti di Fakulti / Institut / Pusat / Jabatan
2
Mengambil bahagian atau membantu mewujudkan amalan kerja berkualiti di Fakulti / Institut / Pusat / Jabatan yang menggalakkan sumber yang lebih cekap dan menjimatkan kos
JUMLAH SKOR
JUMLAH MARKAH
(JUMLAH SKOR 1 HINGGA
SKOR 2) ÷ 20 X 20
Sila senaraikan di bawah semua maklumat berkaitan dengan kriteria di atas atau gunakan lampiran sebagai bahan bukti untuk menyokong skor yang diberikan.
BAHAGIAN IV
MAKLUMAT PENCADANG
Nama: ________________________________________________________
UKM(PER): ____________________________________________________
Jawatan: ______________________________________________________
Fakulti /Institut / Pusat / Jabatan: ___________________________________
Tandatangan : _______________________
Tarikh : _______________________