• Tidak ada hasil yang ditemukan

GARIS PANDUAN - eHebahan - UKM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "GARIS PANDUAN - eHebahan - UKM"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa

01 00 01/04/2016

GARIS PANDUAN

BANTUAN PEMBIAYAAN YURAN PENERBITAN JURNAL 2015 KEPADA

PELAJAR PASCASISWAZAH UKM

(2)

Page 2 of 5

1.0 PENGENALAN

Bantuan Pembiayaan Yuran Penerbitan Jurnal 2015 merupakan satu bantuan untuk membudayakan amalan penerbitan dalam usaha meningkatkan statistik penerbitan artikel jurnal penyelidikan. Peruntukan bantuan kewangan ini akan diberikan kepada semua pelajar siswazah yang mengikuti pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah secara sepenuh masa di Fakulti dan Institut di UKM.

2.0 KELAYAKAN

2.1 Pelajar pascasiswazah yang mendaftar pengajian secara sepenuh masa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

2.2 Tempoh pengajian bagi pelajar Sarjana adalah tidak melebihi 5 semester (mendaftar pada Semester 2 Sesi 2013/2014) dan Doktor Falsafah adalah tidak melebihi 7 Semester (mendaftar pada Semester 2 Sesi 2012/2013); dan

2.3 Permohonan terhad kepada penerbitan dari Januari 2015 – Disember 2016.

3.0 SYARAT DAN KADAR BANTUAN

3.1 Nama Penyelia Utama (Kakitangan Akademik UKM) WAJIB dimasukkan sebagai pengarang;

3.2 Afliasi pengarang mestilah menggunakan alamat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM);

3.3 Hanya penerbitan jurnal yang telah diterbitkan dan dimuat naik melalui sistem e-Repositori Penerbitan sahaja layak menerima bantuan ini;

3.4 Permohonan adalah berdasarkan tuntutan (claim basis), iaitu pemohon perlu membayar yuran terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan tertakluk kepada kecukupan baki peruntukan;

3.5 Pembayaran yang telah dibuat menggunakan peruntukan geran penyelidikan atau mana – mana sumber lain tidak akan dilayan.

3.6 Setiap artikel layak diberi bantuan yuran penerbitan sekali sahaja;

(3)

Page 3 of 5

3.7 Kadar maksimum bantuan pembiayaan yuran penerbitan jurnal 2015 adalah mengikut kategori kuartil jurnal seperti jadual di bawah :

Jenis Penerbitan Kuartil

Kadar Maksimum Bantuan Penerbitan

(RM)

Jurnal

Q1 RM 5,000.00

Q2 RM 4,500.00

4.0 PROSEDUR PERMOHONAN

4.1 Permohonan perlu melengkapkan borang permohonan Bantuan Pembiayaan Yuran Penerbitan Jurnal seperti di Lampiran A.

4.2 Permohonan perlu disertakan dengan dokumen berikut :

4.2.1 Resit Asal Pembayaran;

4.2.2 Bukti Muat Naik Jurnal melalui Sistem e-Repositori Penerbitan 4.2.3 Bukti kuartil jurnal diindeks. Sertakan juga maklumat faktor impak 4.2.4 Satu salinan Jurnal

4.3 Permohonan yang lengkap hendaklah diperakukan oleh Penyelia Utama dan Dekan / Pengarah Fakulti / Institut sebelum dimajukan ke CRIM untuk kelulusan.

(4)

Page 4 of 5

5.0 CARTA ALIR

Mula

Terima dan semak permohonan daripada pelajar pascasiswazah

Lengkap?

Hantar semula ke CRIM

Rekod permohonan

Tamat

Memajukan surat kelulusan dan permohonan pelajar ke Jabatan Bendahari

Maklum kepada pelajar

Fail dan rekod

Semakan maklumat penerbitan jurnal dari PTSL

Kelulusan Pengarah / Timbalan Pengarah CRIM

Lulus?

(5)

Page 5 of 5

TAMAT-

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

43600 UKM BANGI SELANGOR

NO. TEL: 03-89213184/5102/5631/4679/4064/4455 NO. FAKS: 03-89254550

LAMAN SESAWANG: http://research.ukm.my

Referensi

Dokumen terkait

3.1 Permohonan yang telah diluluskan oleh Pusat Pengajian Siswazah (PPS) mestilah dipohon oleh Penyelia Utama/ Ketua Projek melalui sistem ORKED dan dilaksanakan

 Bagi staf berstatus kontrak (minimum 12 bulan), tempoh penyelidikan mestilah tidak melebihi tempoh kontrak bersama Universiti Malaya.  Bagi staf akademik yang

Sekiranya Penyelia Bersama / Bersekutu dari industri atau practitioner, mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan sekurang-kurangnya lima (5) tahun

Bahagian Pentadbiran Am, Jabatan Pendaftar, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Telefon: +603-89215075 Faksimili: +603-89252882 E-mel: [email protected] *

3.3.14 Mematuhi prosedur kerja selamat dan memakai PPE yang ditetapkan semasa bekerja; 3.3.15 Pemakaian pelindung muka face shield digalakkan apabila menjalankan kerja melibatkan orang

2.1.3 Permohonan perlu dikemukakan kepada pejabat PIK mengikut tarikh tutup yang ditetapkan; 2.1.4 Proses penilaian akan dijalankan secara berkala mengikut keperluan; 2.1.5 Ketua

: AR 5779 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Telefon: +603-8921 5011 Faksimili: +603-8925

: AR 5779 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Telefon: +603-8921 5011 Faksimili: +603-8925