Garis Panduan Untuk APC UKM
1 LAMPIRAN A
GARIS PANDUAN UNTUK ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC)
A. SYARAT UMUM
1. Calon yang dilantik secara tetap, kontrak dan sementara (Lantikan di bawah Laporan Jawatankuasa Kabinet 1976, Sistem Saraan Baru (SSB) dan Sistem Saraan Malaysia (SSM);
2. Calon telah berkhidmat bagi tempoh genap setahun (mulai 1 Januari – 31 Disember dalam tahun penilaian);
3. Calon mendapat markah SPPU dan Sahsiah 85% dan ke atas;
4. Calon tiada kes tatatertib; dan
5. Diperakukan oleh Mesyuarat Panel Penyelarasan APC Fakulti / Pusat / Institut / Bahagian.
B. PROSEDUR PEMILIHAN CALON APC
1. Kuota pencalonan APC sebanyak 8% dari keseluruhan kakitangan yang layak di nilai (pada tahun penilaian) bagi setiap PTJ (Fakulti / Pusat / Institut / Bahagian).
PTJ perlu memastikan agihan APC adalah serata berasaskan kumpulan kategori berikut:
Kategori Akademik (Gred 45 – Gred C - JUSA)
Kategori Pengurusan & Profesional (P&P) – (Gred 41 – 54)
Kategori Sokongan – (Gred 1 – 40)
Contoh: Jika Kuota APC PTJ A (6 orang) – berasaskan bilangan keseluruhan staf Fakulti A yang terdiri dari:
Bilangan staf Akademik - 50 orang Bilangan P& P - 10 orang Bilangan sokongan - 15 orang ---
JUMLAH 75 orang
=======
Agihan APC yang patut dibuat seperti berikut, iaitu 8% bagi jumlah setiap kategori kakitangan.
Bilangan staf Akademik - 4 orang
Bilangan P& P - 0.8 orang (1 orang) Bilangan sokongan - 1.2 orang (1 orang) ---
JUMLAH 6 orang
=======
Garis Panduan Untuk APC UKM
2 2. Bagi PTJ yang hanya mendapat 1 kuota APC, PTJ berkenaan boleh memilih
mana-mana staf yang layak sama ada staf akademik, P& P atau sokongan.
3. Keutamaan diberi kepada calon yang belum mendapat APC. Bagi staf yang pernah mendapat APC selepas setiap 2 tahun boleh dipertimbangkan.
4. Keutamaan diberi kepada calon yang tidak dinaikkan pangkat pada tahun penilaian.
5. Pencalonan APC Pengurusan Tertinggi & Pegawai Kanan seperti Dekan / Pengarah / Pendaftar / Bendahari / Ketua Pustakawan akan ditentukan oleh Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM). Oleh itu, PTJ tidak perlu mencalonkannya di Fakulti / Pusat / Institut / Bahagian masing-masing.
6. Pencalonan APC Timbalan Pengarah (Pentadbir Akademik) bagi Pusat Perkhidmatan akan ditentukan oleh Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor mengikut portfolio seperti di Lampiran A. Oleh itu, PTJ tidak perlu mencalonkannya di Pusat Perkhidmatan berkenaan.
7. Pencalonan APC diberi kepada calon di PTJ hakiki.
8. Fakulti / Pusat / Institut / Bahagian perlu mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Penyelarasan APC di PTJ masing-masing bagi memperaku senarai akhir calon APC. Jawatankuasa terdiri:
Pengerusi : Dekan / Pengarah / Ketua Bahagian
Ahli : Timbalan Dekan / Pengarah
Ketua Jabatan / Pengerusi Pusat Pengajian /
Ketua Unit / Ketua PTJ
Setiausaha : Penolong Pendaftar (Gred 41 – 54)
9. Minit pencalonan APC melalui sistem SPPU untuk dipertimbangkan oleh Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).
10. Calon APC yang diperakukan oleh Panel PPSM boleh mencetak surat keputusan daripada www.ukm.my/smk atau laman web e-Warga.
Garis Panduan Untuk APC UKM
3 LAMPIRAN A
PENCALONAN APC TIMBALAN PENGARAH (PENTADBIR AKADEMIK) BAGI PUSAT PERKHIDMATAN MENGIKUT PORTFOLIO
TNC HAL EHWAL AKADEMIK & ANTARABANGSA (HEAA)
Pejabat Hubungan Antarabangsa
Penerbit UKM
Pejabat Pembangunan Akademik
Pusat Pengurusan Siswazah
Pusat Teknologi Maklumat (PTM)
TNC HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI (HEPA)
Pejabat Perhubungan Alumni
Pusat Islam UKM
Pusat Akreditasi Pembelajaran
TNC HAL EHWAL PENYELIDIKAN & INOVASI (HEPI)
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK)
TNC JARINGAN INDUSTRI & MASYARAKAT (HEJIM)
Pejabat Yayasan Canselor
Pejabat Perhubungan Industri
Pejabat Hubungan Universiti-Masyarakat
**Portfolio adalah berdasarkan struktur UKM tahun penilaian 2011
PROSEDUR PEMILIHAN CALON APC TIMBALAN PENGARAH (PENTADBIR AKADEMIK)
1. Penolong Pendaftar di Pejabat TNC perlu mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Penyelarasan APC mengikut portfolio TNC bagi memperaku senarai akhir calon APC Timbalan Pengarah. Jawatankuasa terdiri:
Pengerusi : Timbalan Naib Canselor (TNC) Ahli : Pengarah Pusat Perkhidmatan Setiausaha : Penolong Pendaftar (Gred 41 – 54)
2. Senarai akhir calon yang telah diperakukan dimasukkan di dalam sistem oleh Penolong Pendaftar setiap pejabat TNC.
Garis Panduan Untuk APC UKM
4 PENCALONAN APC DI BAWAH PORTFOLIO NAIB CANSELOR
1. Pencalonan APC bagi staf pusat perkhidmatan berikut adalah di bawah portfolio Naib Canselor:
Pejabat Naib Canselor
Pusat Komunikasi Korporat (PKK)
Pej. Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Pejabat Audit Dalam
Pusat Perancangan Korporat & Kualiti (PPKK)
Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA)
Muzium Warisan Akademik
Pusat PERMATAPintar UKM
2. Ketua Penolong Pendaftar di Pejabat Canselori perlu mengatur satu Mesyuarat Jawatankuasa Panel Penyelarasan APC dengan Jawatankuasa terdiri dari :
Pengerusi : Naib Canselor (NC)
Ahli : Pengarah Ketua Pusat Perkhidmatan berkenaan Setiausaha : Penolong Pendaftar (Gred 41 – 54)
3. Senarai akhir calon yang telah diperakukan dimasukkan di dalam sistem oleh Penolong Pendaftar Canselori.
Garis Panduan APC-R1
11.3.2012