(KAMPUS KUALA LUMPUR)
IKLAN JAWATAN KOSONG KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL DAN PELAKSANA
Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut :
1.0 PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41
Gaji Minimum Maksimum
RM2,078.00 RM9,544.00
Elaun
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) RM 300.00 Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM 300.00 Bantuan Sara Hidup (BSH) RM 300.00 Taraf Jawatan Tetap
SYARAT LANTIKAN:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau
(ii) ijazah sarjana muda kepujian dalam dalam bidang sains tingkahlaku beserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau
(iii) ijazah sarjana dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,690.32); atau
(iv) ijazah doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,997.32)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Psikologi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau (b) lulus Peperiksaan Khas
2.0 PENERBIT RANCANGAN GRED B19
Gaji Minimum Maksimum
RM 1,360.00 RM 4,032.00
Elaun
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) RM 300.00 Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM 115.00 Bantuan Sara Hidup (BSH) RM 300.00 Taraf Jawatan Kontrak
SYARAT LANTIKAN:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater,
drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,418.12); atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,476.24).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU:
Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 2(c)(ii),2(c)(iii) dan 2(c)(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT UJIAN KHAS:
Calon lantikan adalah dikehendaki lulus Ujian Khas bagi menentukan kesesuaian mutu dan tahap bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang perfileman dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan, ehwal semasa dan lain-lain sebelum lantikan seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan.
3.0 PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN GRED U19
Gaji Minimum Maksimum
RM 1,360.00 RM 4,052.00
Elaun
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) RM 300.00 Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM 115.00 Bantuan Sara Hidup (BSH) RM 300.00 Taraf Jawatan Tetap
SYARAT LANTIKAN:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setarafdengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U19:RM1,418.12)
(ii) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke Jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
(a) Mempunyai kelayakan di perenggan (c) (i).
UMUR
1. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
2. Pegawai sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada:
i. 54 tahun bagi persaraan paksa 55 atau 56 tahun.
ii. 56 tahun bagi persaraan paksa 58 tahun iii. 58 tahun bagi persaraan paksa 60 tahun
CARA MEMOHON
1. Permohonan melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) iaitu https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm
2. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Tarikh Buka Iklan : 10 Disember 2019 Tarikh Tutup Iklan : 24 Disember 2019