IKLAN JAWATAN KOSONG PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29
INDIVIDU (WARGANEGARA MALAYSIA) YANG BERKELAYAKAN, KOMITED DAN BERDEDIKASI DIPELAWA UNTUK BERKHIDMAT DI JABATAN PERUBATAN KECEMASAN, HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ
1. (a) Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir
(b) Gred Jawatan : N29
(c) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan (N) (d) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(e) Taraf Jawatan : Kontrak (Tabung Warga Jabatan Perubatan Kecemasan) (f) Bilangan Kekosongan : 1 (satu)
2. Jadual Gaji (RM Sebulan)
Gred Gaji Gaji Minimun Gaji Maksimun Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
N29 1,493.00 5,672 145.00
3. Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan c) Kelayakan Lantikan Ke Gred N29
I. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); ATAU
II. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); ATAU
III. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); DAN
IV. Syarat Bahasa Melayu: Calon lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
d) Syarat Tambahan
I. Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik II. Boleh bekerja dalam kumpulan
III. Mempunyai kelayakan dan kemahiran yang sesuai dengan jawatan
IV. Mempunyai bakat, daya kreativiti serta berkebolehan dalam penyediaan video dan promosi.
V. Kebolehan dalam microsoft office, pengendalian media sosial dan sistem sokongan ICT
4. Penempatan
Unit Pendidikan Kesihatan, Jabatan Perubatan Kecemasan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) 5. Cara Memohon:
1. Sediakan esai (tidak kurang 200 patah perkataan)
As a person in charge for advertising an invitation to join any courses by UPK, HCTM. What approaches can you suggest to us?
2. Sedia video ringkas mengenai diri dan menerangkan kelebihan/kelemahan diri.
3. Resume dan sijil sijil berkaitan yang lengkap.
Mohon emailkan kepada;
Emel : [email protected]