1 IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
DI PUSAT PENGURUSAN MAKMAL ALAMI DAN FIZIKAL UKM (ALAF-UKM)
Pihak Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM), UKM mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di ALAF-UKM bagi jawatan berikut:
1. PEGAWAI TADBIR N41 (kontrak)
2. PENOLONG JURUTERA GRED JA29 (kontrak) 3. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J19 (kontrak)
4. PEMBANTU TADBIR (PENGKERANIAN DAN OPERASI) GRED N19 (kontrak) 5. PEMBANTU AWAM GRED H11 (kontrak)
Maklumat dan keperluan jawatan adalah seperti berikut:
1. PEGAWAI TADBIR N41
I. Jadual Gaji Minimum – Maksimum Gred N41:
II. Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan (c) Kelayakan akademik seperti berikut:
i. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau
ii. Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).
Gaji Minimum RM 2,080.00
Maksimum RM 9,546.00
Elaun
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) RM 300.00 Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM 300.00 Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) RM 300.00 Kenaikan gaji
tahunan RM 225.00 Taraf Jawatan Kontrak
(Pelanjutan tertakluk kepada prestasi dan kewangan projek yang mengizinkan) Lokasi dan
kekosongan Pusat Penyelidikan Tasik Chini , Pekan, Pahang. – satu (1) kekosongan
2 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
III. Kemahiran Dan Pengalaman Khusus Dalam:
(a) Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu.
(b) Mempunyai pengalaman dalam penyelenggaraan bangunan dan fasiliti.
(c) Boleh bekerja di bawah penyeliaan minimum dan berdedikasi.
IV. Deskripsi Tugas:
(a) Menguruskan fasiliti penginapan termasuk pemantauan aktiviti penyelengaraan asrama dan kuarters
(b) Menguruskan hal-hal pentadbiran dan kewangan (c) Menguruskan acara dan promosi
2. PENOLONG JURUTERA JA 29
I. Jadual Gaji Minimum – Maksimum Gred JA29:
Gaji Minimum RM 1,549.00
Maksimum RM 5,701.00
Elaun
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) RM 300.00 Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM 160.00 Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) RM 350.00 Kenaikan gaji
tahunan RM 145.00 Taraf Jawatan Kontrak
(Pelanjutan tertakluk kepada prestasi dan kewangan projek yang mengizinkan) Lokasi dan
kekosongan Pusat Penyelidikan Tasik Chini , Pekan, Pahang. – satu (1) kekosongan II. Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan (c) Kelayakan akademik seperti berikut:
i. Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred JA29:
RM1,549.00); atau
ii. Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29: RM1,935.02)
3 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
III. Kemahiran Dan Pengalaman Khusus Dalam:
(a) Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu.
(b) Mempunyai pengalaman dalam penyelenggaraan bangunan dan fasiliti.
(c) Boleh bekerja di bawah penyeliaan minimum dan berdedikasi.
IV. Deskripsi Tugas:
(a) Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas penyenggaraan dan operasi ke atas sistem pepasangan elektrik dengan memastikan tatacara/prosedur keselamatan adalah sentiasa dipatuhi bagi memenuhi keperluan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.
(b) Membantu mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan elektrik dan elektronik di PPTC iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak spesifikasi dan lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender.
(c) Membantu melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan dan perkakasan elektrik
(d) Menjalankan kerja penyelenggaraan in-house yang diperlukan di bangunan, infrastuktur dan kemudahan di PPTC
(e) Membantu secara teknikal dalam aktiviti penyelidikan di PPTC
(f) Membantu pelaksanaan program edu pelancongan dan keterlibatan dengan komuniti
3. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19
I. Jadual Gaji Minimum – Maksimum Gred J19:
Gaji Minimum RM 1,377.00
Maksimum RM 4,052.00
Elaun
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) RM 300.00 Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM 115.00 Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) RM 350.00 Kenaikan gaji
tahunan RM 100.00 Taraf Jawatan Kontrak
(Pelanjutan tertakluk kepada prestasi dan kewangan projek yang mengizinkan) Lokasi dan
kekosongan Pusat Penyelidikan Tasik Chini , Pekan, Pahang. – satu (1) kekosongan
4 II. Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(d) Gaji permulaan di Gred J19 ditetapkan mengikut Kategori Sijil Kekompetenan:
i. A0/A1: RM1,435.12 ii. A4-2/A4-1/A4: RM1,493.24 iii. B0-2/B0-1/B0/B1/B4: RM1,551.36
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
III. Kemahiran Dan Pengalaman Khusus Dalam:
(a) Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu.
(b) Mempunyai pengalaman dalam penyenggaraan dan operasi ke atas sistem pepasangan elektrik (c) Boleh bekerja di bawah penyeliaan minimum dan berdedikasi.
IV. Deskripsi Tugas:
(a) Bertanggungjawab merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia bangunan, infrastuktur dan kemudahan di PPTC serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.
(b) Bertanggungjawab menjalankan kerja penyelenggaraan in-house yang diperlukan bangunan, infrastuktur dan kemudahan di PPTC
(c) Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek (kontrak kerja-kerja perkhidmatan pencucian/pembersihan, pembangunan dan naiktaraf) bagi skop kerja kejuruteraan di PPTC iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak spesifikasi dan lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender.
(d) Membantu melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala sistem bangunan, infrastuktur dan kemudahan di PPTC.
(e) Membantu secara teknikal dalam aktiviti penyelidikan di PPTC
(f) Membantu pelaksanaan program edu pelancongan dan keterlibatan dengan komuniti
5 4. PEMBANTU TADBIR (PENGKERANIAN DAN OPERASI) N19
I. Jadual Gaji Minimum – Maksimum Gred N19:
Gaji Minimum Maksimum
RM 1,352.00 RM 4,003.00
Elaun
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) RM 300.00 Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM 115.00 Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) RM 350.00 Kenaikan gaji
tahunan RM 100.00 Taraf Jawatan Kontrak
(Pelanjutan tertakluk kepada prestasi dan kewangan projek yang mengizinkan) Lokasi dan
kekosongan
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal, UKM Bangi – satu (1) kekosongan
Pusat Penyelidikan Tasik Chini , Pekan, Pahang. – satu (1) kekosongan II. Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan (c) Kelayakan akademik seperti berikut:
i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau;
ii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau;
iii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80).
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
III. Kemahiran Dan Pengalaman Khusus Dalam:
(a) Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu.
(b) Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja pengkeranian dan fail (c) Boleh bekerja di bawah penyeliaan minimum dan berdedikasi.
6 IV. Deskripsi Tugas:
(a) Menjalankan tugas-tugas pengkeranian dan fail (b) Membantu urusan pentadbiran am dan kewangan
(c) Membantu menguruskan fasiliti penginapan (di Pusat Penyelidikan Tasik Chini) (d) Membantu menguruskan acara dan promosi (di Pusat Penyelidikan Tasik Chini)
5. PEMBANTU AWAM H11
I. Jadual Gaji Minimum – Maksimum Gred H11:
Gaji Minimum Maksimum
RM 1,218.00 RM 2,939.00
Elaun
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) RM 300.00 Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM 95.00 Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) RM 350.00 Kenaikan gaji
tahunan RM 80.00
Taraf Jawatan Kontrak
(Pelanjutan tertakluk kepada prestasi dan kewangan projek yang mengizinkan) Lokasi dan
Kekosongan Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Pekan, Pahang – Satu (1) kekosongan II. Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan (c) Kelayakan akademik seperti berikut:
i Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;(Gaji permulaan pada Gred H11:
RM1,218.00)
ii (Syarat Tambahan: Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia) (Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,264.15)
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
7 III. Kemahiran Dan Pengalaman Khusus Dalam:
(a) Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu.
(b) Mempunyai tubuh badan yang sihat dan berupaya menjalankan tugas yang lasak (c) Berpengalaman dalam memandu bot
(d) Boleh berenang
(e) Boleh bekerja di bawah penyeliaan minimum dan berdedikasi.
IV. Deskripsi Tugas:
(a) Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
(b) Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan tasik.
(c) Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
(d) Membantu dalam aktiviti penyelidikan di PPTC
(e) Membantu pelaksanaan program edu pelancongan dan keterlibatan dengan komuniti (f) Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan..
8 CARA MEMOHON:
a) Menghantar surat permohonan dengan mengemukakan Latar Diri lengkap dengan sijil/dokumen berkaitan yang telah disahkan melalui emel kepada:
Pengarah,
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM), 43600 UKM Bangi,
Selangor.
di alamat emel: [email protected]
b) Bagi permohonan jawatan Pembantu Tadbir (Pengkeranian dan Operasi) N19 anda diminta nyatakan pilihan lokasi penempatan samada di UKM Bangi, Selangor atau di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Pekan Pahang. Anda boleh memilih satu atau kedua-dua lokasi.
c) Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga secara dalaman di Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Pahang dan juga di ALAF-UKM, UKM Bangi bergantung kepada lokasi kekosongan jawatan.
d) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Puan Hir Yanti binti Md Tahir
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
UKM Bangi, Selangor.
No. Tel: 03-8911 8515 (e-mel: [email protected])
atau Puan Amelia Abas
Pusat Penyelidikan Tasik Chini Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal UKM (ALAF-UKM)
Pekan, Pahang.
No. Tel: 09-456 0105
(e-mel: [email protected])
Sila layari laman sesawang berikut untuk maklumat lanjut berkaitan kami di http://www.ukm.my/alafukm dan http://www.ukm.my/pptc