• Tidak ada hasil yang ditemukan

BLANDED LEARNING : STRATEGI PEMBELAJARAN ERA BAHARU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BLANDED LEARNING : STRATEGI PEMBELAJARAN ERA BAHARU"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

718

BLANDED LEARNING : STRATEGI PEMBELAJARAN ERA BAHARU

Hairul Faiezi Lokman Ruhizan Mat Yassin Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak

Perkembangan teknologi semasa menyaksikan pelbagai perubahan dalam corak dan pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) guru. Perubahan strategi pembelajaran ini selaras dengan perkembangan massa, di mana murid juga semakin global dan kompetetif dalam penggunaan teknologi. Media dan multimedia secara umunya memberikan corak dan persembahan P&P yang menekankan aspek teknologi seperti penggunaan komputer, internet dan bahan sokongan alat bantu mengajar (BBM) yang canggih. Salah satu strategi pembelajaran yang digunakan pada masa kini ialah Blanded Learning. Kajian kepustakaan yang dilakukan ini bertujuan untuk melihat bagaimana strategi pengajaran Blanded Learning dapat digunakan dalam proses P&P bagi mempelbagaikan kaedah P&P guru pada masa kini. Melalui sorotan kajian, strategi pembelajaran ini dapat membantu kefahaman murid dan memberikan respon yang baik. Demi melestarikan hasrat untuk menjadikan teknologi sebagai sebuah medium atau alat pembelajaran gaya baharu, prasarana, pedagogi guru dan kesediaan murid perlulah dipertingkatkan ke arah perkembangan pendidikan yang holistik dalam era teknologi kini.

Kata Kunci : Blanded Learning; pengajaran dan pembelajaran (P&P); strategi pembelajaran.

PENGENALAN

Perkataan Blended Learning (BL) berasal daripada dua perkataaan utama iaitu blended dan learning. Perkataan blanded memberi makna campuran. Manakala perkataan learning pula bermaksud belajar ( Kamus Oxford, 2011). Apabila dua perkataan ini digabungkan, istilah ini memberi makna berkenaan percampuran pola pembelajaran. Rusman (2011) menyatakan BL sebagai sebuah pola percampuran pembelajaran dalam bilik darjah secara atas talian (online). Dalam pembelajaran atas talian ini, penggunaan teknologi internet dijadikan sebagai alat perhubungan. Watson J (2008) menyatakan BL memerlukan murid mengakses teknologi maklumat sepeti komputer dan internet untuk mengakses pembelajaran dan seterusnya pembelajaran akan dipantau dan diselia oleh guru. Masyarakat pada abad ke-21 merupakan masyarakat yang hidup dalam era globalisasi berorientasikan sains dan teknologi. Corak hidup masyarakat dalam era globalisasi adalah berbeza daripada corak hidup sebelumnya. Antara

(2)

719

perbezaan itu ialah manusia sangat bergantung kepada penggunaan sains dan teknologi dalam semua aspek kehidupan.

Operasi kerja pula lebih bergantung kepada usaha secara berpasukan, menerusi rangkaian yang terdapat di seluruh dunia dan bukan lagi boleh digerakkan sepenuhnya atas usaha perseorangan. Penggerak utama kemajuan dan pembaharuan itu ialah ilmu pengetahuan dan penyebarannya menerusi teknologi maklumat dan komunikasi atau information technology and communication (ICT). Oleh kerana kuatnya pergantungan kepada teknologi maklumat itu, maka abad ke-21, dicirikan sebagai abad teknologi maklumat dan komunikasi (Sharani Abdulah, Nazila Abdullah, Siti Rahimah Bachok & R.Kalyani, 2005).

Dalam konteks pembangunan pendidikan pada masa kini, peranan pendidikan menjadi sangat kritikal. Pendidikan menjadi sebuah ejen utama bagi melahirkan individu yang mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi. Suasana dan peluang untuk belajar juga berubah dengan terdapatnya alat-alat seperti komputer dan pelbagai media lain. Komputer dan internet menggalakkan pembelajaran pelbagai ilmu pengetahuan secara individu di mana pelbagai ilmu pengetahuan boleh dicapai di seluruh pelusuk dunia. Pada masa yang sama, bentuk pendidikan seperti menerusi mel-elektronik (e-mail), persidangan berkomputer dan persidangan video memberi alternatif baru kepada proses mengajar dan belajar yang formal mahupun tidak formal. Salah satu daripada medium baharu pendidikan masa kini ialah BL.

TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dilakukan bagi melihat beberapa buah kajian lepas berkenaan strategi pembelajaran BL. Objektif yang dihasratkan pula adalah untuk mengenalpasti kelebihan strategi pembelajaran BL dalam PdP.

PERNYATAAN MASALAH

Dalam beberapa buah kajian, pembelajaran secara tradisional dilihat tidak berupaya memberi minat dan kefahaman murid dalam era globalisasi tanpa sempadan kini. Pembelajaran tradisional merupakan pembelajaran yang lebih menggunakan konsep bahan bacaan buku dan kaedah penulisan pada papan hitam. Pelajar akan mendengar guru untuk menyampaikan pengajaran, seterusnya

(3)

720

nota dan maklumat dirujuk pada bahan bacaan buku . Ilmu dan maklumat hanyalah berdasarkan sumber rujukan buku dan pengetahuan yang dimiliki oleh guru (Havice ,1999). Voon Jan Choo (2009) dalam kajiannya membuktikan pembelajaran berasaskan tradisional telah mengakibatkan pelajar kurang memberi tumpuan semasa PdP apabila guru hanya menggunakan konsep „chalk dan talk‟ di dalam kelas.

Kajian lain yang dilakukan oleh Zaidatol Akamaliah (2009) pula, menyatakan pembelajaran tradisional telah menyekat minat pelajar sekaligus menjejaskan prestasi dan pencapaian . Minat pelajar tidak dapat diperkembangkan kerana pelajar tertakluk kepada bahan sedia ada dan tidak dapat menjana idea melalui pelbagai sumber rujukan yang lebih luas. Pencapaian pelajar juga hanyalah tertakluk kepada pembelajaran sedia ada yang menyebabkan pelajar sukar untuk melihat pelbagai sumber melalui pelbagai ejen carian yang pelbagai seperti BL.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dilakukan ini merupakan kajian kepustakaan bagi meninjau bagaimana strategi pembelajaran BL dapat digunakan dalam proses PdP bagi mempelbagaikan kaedah dan corak pembelajaran dalam kelas. Kata kunci pencarian bahan kepustakaan yang dilakukan ini ialah pembelajaran BL dalam PdP.

DAPATAN KAJIAN

Melalui kajian kepustakaan yang dilakukan, tiga buah sub topik dihuraikan. Dapatan ini merupakan gabungan analisis beberapa buah kajian kepustakaan yang telah dilakukan.

1.. Strategi Pembelajaran BL Meningkatkan Minat Untuk Belajar

Teknologi pembelajaran baharu BL telah memberikan sebuah pembelajaran gaya baharu terhadap proses PdP guru dalam kelas. Guru yang menghasilkan pembelajaran berasaskan teknologi dan multimedia boleh menarik minat pelajar untuk menerima pengajaran yang disampaikan oleh guru. Murid pada peringkat pra sekolah misalnya memerlukan animasi, visual dan paparan multimedia yang canggih berasaskan pengkomputeran. Penggunaan strategi

(4)

721

pembelajaran BL menjadi medan pengganti kepada kelas alam maya apabila komunikasi dan proses PdP dapat dilaksanakan melalui sistem atas talian. Kelebihan pembelajaran BL ini cukup besar apabila pelajar dapat berinteraksi dan meneroka pembelajaran dengan sangat mudah. Medium baharu seperti ini telah menarik minat pelajar sekaligus kefahaman pelajar terhadap subjek yang diajar turut dapat disalingkaitkan (Rafiza Abdul Razak , 2013).

Jerome Bruner (1966) menyatakan bahawa melalui pembelajaran menggunakan multimedia teknologi, pelajar dapat membina dan memperoleh sebuah pengalaman yang konkrit sekaligus membantu pelajar untuk menyatukan pengalaman yang telah sedia ada. Hal ini yang demikian kerana melalui media teknologi murid dapat memberi kesan positif secara langsung dalam pembelajaran. Menurut Mohamed Amin Embi (2012) penggunaan media bergantung kepada fungsi, tujuan dan maksud. Kajian penyelidikan beliau turut mengakui rangsangan kepada perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada rangsangan deria rasa (1%), sentuhan (1.5%), hidu (3.5%), dengar (11%) dan lihat (83%). Ini menunjukkan melalui pembelajaran berasakan teknologi seperti BL pelajar dapat menginterperasi maklumat dengan baik sekaligus dapat menangkap informasi dan maklumat pembelajaran dengan lebih nyata.

Bahan pembelajaran BL yang menggunakan kaedah multimedia moden boleh memperkembangkan potensi dan inovasi pelajar dalam sesebuah pembelajaran yang lebih komprehensif. Hal ini yang demikian, budaya teknologi juga dapat diperkembangkan (Rafiza Abdul Razak & Siti Zarina Syed Nordin 2013). Menurut Burnett (2010), pelajar terutamya golongan kanak-kanak sangat memerlukan medium yang menarik dalam PdP di sekolah. Kanak-kanak membesarkan dalam textual concept di mana mereka akan bermain secara aktif melalui penggunaan bahan teknologi. Strategi pembelajaran BL memperkembangkan pelbagai kaedah pengajaran guru, apabila guru sebagai seorang mediator , pemudahcara dan fasilitator kepada anak didiknya. Pelajar pula adalah sebagai pengguna akan berasa dihargai kerana dapat mengeksperesi idea melalui pembelajaran (Isti Tibah Atiroh 2010).

(5)

722

Penggunaan unsur warna, gerak bunyi dan cahaya pada visual teknologi dalam strategi pembelajaran BL secara langsung dapat menarik minat perhatian murid. Unsur-unsur ini sangat penting dalam proses PdP kerana ia dapat mempertingkatkan kefahaman dan menghindar salah anggapan dan pentafsiran (Hairul Faiezi Lokman, 2013). Teknologi BL perlu dilihat sebagai sebuah media yang dinamik dan dapat meransang tindakbalas luaran atau dalaman yang kadang-kadang mempengaruhi psikologi seseorang. Sebagai media pengajaran yang menghampiri konkrit video yang digunakan secara sistematik dapat meransang daya imaginasi dan perbincangan. Ia dapat menjamin proses PdP berjalan lancar di samping meningkatkan kefahaman dan menghindar salah tanggapan dan pentafsiran.

2. Strategi Pembelajaran BL Boleh Menjana Idea dan Kefahaman

Penjanaan idea merupakan sebahagian ciri penting dalam sesebuah objektif PdP. Beberapa buah kajian yang dilakukan, penggunaan BL dapat memberikan penjanaan idea kepada pelajar dalam pembelajaran. BL menyediakan pelbagai aplikasi dan saluran yang digunakan bagi memperolehi maklumat sekaligus merangsang dan membina idea. Misalnya sumber rujukan melalui Google dan Yahoo menyedikan jutaan maklumat berkenaan pencarian yang diharapkan. Misalnya pembelajaran yang menggunakan aplikasi Facebook, pelajar dapat membina idea secara berkumpulan melalui perkongsian maklumat. Strategi pembelajaran BL digunakan sebagai ruang untuk pelajar mempercambahkan idea dan mengumpulkan maklumat sekaligus idea yang terbina dapat dipertingkatkan ( Andri Ioannaou et. al., 2015).

Strategi pembelajaran BL adalah sebuah jaringan pembelajaran baharu , terkandung didalamnya pelbagai bahan rujukan, menyimpan dan menyebarluaskan maklmat serta memberi tunjuk ajar (Rafiza Abdul Razak, 2013). Segala maklumat, info dan pengetahuan dapat diperolehi dengan mudah. Didalam medium pembelajaran BL menyajikan info yang lengkap dan apa yang ingin disampaikan kepada pengguna akan disampaikan kepada semua pengguna melalui ejen pencarian yang ada pada laman sesawang. Dalam pada masa yang sama penjaan idea akan bertambah melalui beberapa buah bacaan, rujukan dan dapatan yang telah digunakan.

(6)

723

Strategi pembelajaran menggunakan teknologi ini juga penting sebagai sumber pencarian sumber rujukan pembelajaran sekaligus dapat menjada idea yang baik. BL mempunyai pelbagai sumber rujukan yang terkini, meluas dan global. Hal ini yang demikian, motivasi dan daya tumpuan murid juga dapat dipertingkatkan berbanding dengan kaedah pembelajaran konvensional. Pelajar dapat mengakses dan meninjau laman web untuk dijadikan sebagai bahan media pembelajaran tanpa kongkongan masa atau bilik darjah (Wan Mohd Hujjatullah, 2001).

3. Strategi Pembelajaran BL Dapat Membantu Proses Interaksi dan Menyuarakan Pendapat

Interaksi yang wujud dalam pembelajaran secara BL menunjukkan kesan positif khususnya manfaat dalam pendidikan. Kesan interaksi yang wujud dapat dilihat melalui hubungan persahabatan dalam talian, berkongsi pendapat dan juga maklumat (Mohd Khairuddin Mohad Salehuddin & Mohd Fauzi Sukimi, 2014). Melalui interaski yang dilaksanakan, pelbagai pendapat dapat disuarakan sekaligus pembelajaran secara kaloboratif dapat dihasilkan. Pelajar-pelajar akan berkongsi bahan – bahan

rujukan yang diperolehi melalui akses internet, bahan-bahan yang diperolehi kemudiannya akan dikongsikan kepada rakan-rakan lain. Interaksi positif ini meningkatkan kerancakan kaedah pembelajaran yang baik khususnya pembelajaran gaya abad baharu.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Rafiza Abdul Razak (2013), pelajar gemar berinteraksi dan memberikan idea menggunakan strategi pembelajaran yang menggunakan teknologi misalnya melalui penggunaan aplikasi Facebook pada rangkaian internet. Pelajar berasa selesa dan yakin apabila menggunakan interaksi secara maya. Hal ini yang demikian, interaksi menjadi semakin positif dan berkembang disamping percambahan pendapat dapat diperluaskan. BL menyediakan pengguna dengan peluang untuk berkongsi maklumat dan model sosial dalam rangkaian talian. Bersama-sama dengan faedah menjadikannya BL lebih mudah untuk terus berhubung dan mengetahui tentang proses pembelajaran dengan lebih mudah (Tabriz Govani & Harriet Pashley, 2013).

(7)

724

Berhane Teclehaimanot & Torey Hickman (2013) menyatakan bahawa dengan penggunaan strategi pembelajaran gaya BL interaksi dapat dipertingkatkan khususnya antara guru dan pelajar. Dalam kajian yang dilakukan di dapati beberapa orang pelajar yang sukar berkomunikasi dalam pembelajaran tradisional dapat berkomunikasi dengan baik melalui teknologi seperti penggunaan aplikasi Facebook dan Yahoo Massanger.

Melalui BL juga, persekitaran pembelajaran akan lebih menarik. Pembelajaran seperti ini akan meningkatkan aspek sosiobudaya dalam bilik darjah (Lim, 2008; Prensky,2008) melalui perkongsian pengalaman melalui latarbelakang yang berbeza. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan akan wujud melalui penerokaan dan penciptaan sesuatu yang baharu (Kamisah & Nurul, 2013; Laili & Maizatul, 2013). Kesan utama sudah tentulah persekitaran pembelajaran yang aktif dapat dipupuk dalam diri setiap pelajar melalui interaksi yang dihasilkan.

PERBINCANGAN

Strategi pembelajaran BL banyak memberikan kelebihan khususnya kepada guru, murid dan persekitaran pembelajaran. Ash (2011) menyatakan pembelajaran yang menggunakan komputer seperti BL ini merupakan sebagai bahan bantu mengajar yang efektif. Secara tidak langsung guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan penilaian. Keseimbangan daripada aspek kandungan, pedagogi, pengetahuan dan teknologi juga dapat dipertingkatkan oleh guru. Guru akan meneroka dan mengakses kemudahan teknologi bagi mempercambahkan corak pengukuran guru sekaligus penguasaan bidang Teknologi Makumat (ICT) dapat dipertingkatkan. Corak pengajaran guru juga semakin berkembang.

Teknologi yang berkembang perlu seiring dengan kemudahan prasarana dan kelengkapan teknologi yang sistematik. Penggunaan pembelajaran BL memerlukan keperluan prasarana berbantukan teknologi yang mengikut arus massa. Cabaran besar dalam perlaksanaan kaedah pembelajaran jenis ini sudah tentulah berhubung kait dengan kelengkapan prasarana seperti komputer, kemudahan makmal dan pusat akses serta kemudahan jalur lebar internet yang pantas. Ertzberger, 2008, menyatakan kekurangan insfartuktur di sekolah

(8)

725

merupakan antara punca kepada kegagalan sesuatu idea baharu dalam pendekatan yang dibawakan. Dalam pembelajaran BL, sekolah memerlukan akses yang kondusif bagi memudahkan perjalanan pembelajaran antara guru dan murid. Cabaran besar seterusnya yang perlu dilalui sudah tentulah tenaga penggerak iaitu guru. Kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam aplikasi serta perisian untuk mereka bentuk permainan digital dan teknologi (William, 2009) menjadi tanggungjawab yang perlu para guru sahutkan.

Cabaran besar seterusnya yang perlu dilalui sudah tentulah tenaga penggerak iaitu guru. Kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam aplikasi serta perisian untuk mereka bentuk permainan digital dan teknologi (William, 2009) menjadi tanggungjawab yang perlu para guru sahutkan. Guru –guru yang tidak memiliki daya kebolehan dalam bidang teknologi perlulah maju seiring dengan perkembangan gaya hidup pada masa kini.

Kebanyakan guru yang tidak memiliki kepakaran dalam bidang teknologi mengakibatkan usaha dan hasrat yang diimpikan terbantut.

KESIMPULAN

Perancangan kurikulum abad ke-21 seharusnya bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara sesebuah negara. Sehubungan dengan itu integrasi teknologi sepeti strategi pembelajaran BL ke dalam kurikulum merupakan proses penggabungan atau penyatupaduan pelbagai media dalam proses PdP sama ada di jalankan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah bagi mencapai matlamat yang terkandung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, aspek kemudahan prasarana, pengetahuan ICT yang mencukupi dan kesedaran serta kesediaan pelajar mengikut arus perkembangan dunia menentukan BL dapat dilaksanakan dengan baik ataupun tidak.

(9)

726 RUJUKAN

Andri Ioannaou et. al. (2015) .Creative Multimodal Learning Environments and Blended Interaction for Problem-Based Activity in HCI Education

Linking Research & Practice to ImproveLearning. Mar : p47-56. 10p.

Ash, K. (2011). Gaming goes academic. Education Week, 30 (25), 24–28.

Berhane Teclehaimanot & Torey Hickman. (2011) Student-Teacher Interaction on Facebook:What Students Find Appropriate. TechTrends: Linking Research and Practice to Improve Learning.Vol. 55 3, p19-30. 12. Ertzberger, J. (2008). An Exploration Of Factors Affecting Teachers‟ Use Of

Video Games As Instruc-Tional Tools. Pepperdine University. Malibu, CA.

Hairul Faiezi Lokman (2012). Kaedah SIKKAP 3M,2K BPB Bagi Menghafal Kata Kunci Nilai Bidang Alam Sekitar. Seminar Kajian Tindakan Negeri Selangor.

Havice, W.L. (1999) College students‟ attitudes toward oral lectures and intergrated media presentations. Journal of Technology Studies. XXV (1) (1999): 51-56.

Isti Tibah Atiroh. (2010) Blanded Learning Dalam Pembelajaran. Universitas Gadjah Madda.

Kamisah, O. & Nurul Aini, B. (2013). Teachers and students as game designers: designing games for classroom integration. Dalam S. de Freitas, M. Ott, M. Popescu, & I. Stanescu (Eds.), New Pedagogical Approaches in Game Enhanced Learning: Curriculum Integration (pp. 102-113). Hershey, PA: Information Science Reference.

Lim, C.P. (2008) Spirit Of The Game: Empowering Students As Designers In Schools. British Journal of Educational Technology, 39 (6), pp. 996-1003.

Mohamed Amin Embi. (2012) Aplikasi Perangkaian Sosial Web 2.0 dalam Pendidikan. Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Khairuddin Mohad Sallehuddin & Mohd Fauzi Sukimi. (2014) Interaksi Sosial Di Ruang Maya: Kajian Kes Jaringan Sosial Melalui Laman Facebook Di Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space (138 - 147).

Laili Farhana, M.I. & Maizatul Hayati, M.Y. (2013). Kreativiti dan kemahiran kanak-kanak dalam mereka bentuk permainan digital bagi tujuan pembelajaran. Prosiding Seminar Kebangsaan ICT Dalam Pendidikan. Tanjong Malim: Malaysia.

(10)

727

Prensky, M. (2008) . Students as designers and creators of educational computer games: Who else. British Journal of Educational Technology, 39(6), pp. 1004-1019.

Rafiza Abdul Razak. (2013) Strategi Pembelajaran Aktif Secara Kaloboratif Atas Talian Dalam Analisi Novel Bahasa Melayu. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asi Pasifik. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Rafiza Abdul Razak & Siti Zarina Syed Nordin. (2013). Projek Pembangunan Perisian Multimedia: Strategi Pengajaran Yang Membentuk Keperibadian Guru

Pelatih. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asi Pasifik. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Rusman, dkk. (2011) Pembelajaran Berbasis Teknologi Informasi dan KomunikasiJakarta: PT RajaGrafindo Persada.

Sharani Abdulah, Nazila Abdullah, Siti Rahimah Bachok & R.Kalyani. (2005). Internet Sebagai Media Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Seminar Pendidikan 2005. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Tabriz Govani & Harriet Pashley. (2013). Student Awareness of the Privacy Implications When Using Facebook.

Wan Muhammad Hujatullah Wan Ghazali. (2001). Pembinaan Laman Web Untuk Program Pendidikan Islam, Fakulti Pendidikan UKM. Projek Penyelidikan Ijazah Sarjana Pendidikan: UKM.

Watson. J. (2008) Blended learning: The convergence of online and facetoface education. The North American Council for Online Learning.http://www.inacol.org/research/promisingpractices/NACOL _PP‐BlendedLearning‐lr.pdf Diperolehi pada 17 September 2014. Williamson, B. (2009). Computer Games, Schools And Young People. A report

for educators on us-ing games for learning. London, UK: Futurelab. Zaidatol Akmaliah. (2009) Pengenalan. Dalam Zaidatol Akmaliah dan Foo Say

Fooi. Memperkasa Pendidikan Pelajar Berisiko (hlmn. 1-4). Serdang: UPM

Referensi

Dokumen terkait

M EMENUHI Berdasarkan hasil pemeriksaan antara data penerimaan bahan baku, laporan mutasi dan dokumen ekspor dalam periode Juni sampai dengan Agustus 2016,

proklamasi 17 Agustus 1945, yaitu bahwa kemerdekaan bangsa Indonesia yang diperoleh melalui perjuangan luhur, disusun dalam suatu Undang-Undang Dasar Negara Indonesia2. B y: @ arif

sebesar -0,354 menunjukkan bahwa peluang seorang anak menjadi pekerja apabila jenis kelamin kepala rumah tangganya laki-laki lebih kecil daripada anak yang jenis

Jumlah bakteri pada media pemeliharaan rajungan mengalami penurunan ketika diberikan probiotik dengan dosis 10 5 cfu/ml, maka dalam pemberian probiotik dengan

Dengan menggunakan uji statistik Kolmogorov-Smirnov, dari keempat skenario yang ada, diketahui bahwa nilai probabilitas keempat skenario (0.036, 0.000, 0.007, 0.000) <

Zato bi bilo treba pred uvedbo alternativnega presejanja neodzivnic s samoodvzemom vzorca za test HPV v obstoječi presejalni program preveriti tudi, koliko žensk bi imelo

Penyusunan Dasar Program Perencanaan dan Perancangan Arsitektur (DP3A) ini dimaksudkan untuk memenuhi tugas mata kuliah Studio Konsep Perancangan Arsitektur (SKPA) dan Tugas