• Tidak ada hasil yang ditemukan

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4"

Copied!
46
0
0

Teks penuh

(1)

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging

Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri. 3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Maksud : mengalami susah senang bersama-sama. 4. meninggi diri

Maksud : Sombong 5. bermuka dua Maksud : Tidak jujur. 6 baik hati

Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong). 7. tulang belakang

Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang

Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan. 9. bagai kaca terhempas ke batu

Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya

Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi. 11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat 12. seperti lembu dicucuk hidung

Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu. 14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh. 15. terang hati

Maksud : Lekas pandai. 16. rendah hati

Maksud : Tidak sombong 17. murah hati

Maksud : Pemurah.

(2)

Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. 19. Tangan kosong

Maksud : Hampa.

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5

1. lintah darat

Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi. 2. bagai aur dengan tebing

Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu. 3. anak dagang

Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

6. indah khabar daripada rupa

Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan. 7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Maksud : Pengagihan yang sama banyak. 8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni

Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama. 9. kacang lupakan kulit

Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

(3)

13. memerah otak

Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah 15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. 18. bak cendawan tumbuh selepas hujan

Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran

Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan

Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. 22. biar mati anak, jangan mati adat

Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat. 23.sediakan payung sebelum hujan

Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana. 24. berbesar hati

Maksud : Gembira. 25. anak buah

Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita. 26. tuan rumah

Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara 27. yang lama dikelek, yang baharu didukung

Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu. 28. batu penghalang

Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk

(4)

Berikut adalah antara peribahasa yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama. carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua

air dicencang tak akan putus

(perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama, lama kelamaan akan berbaik-baik jua) belut pulang ke lumpur

haruan pulang ke lubuk

(perantau yang pulang semula ke tempat asal) api dalam sekam

gunting dalam lipatan musuh dalam selimut

(musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari) membuka pekung di dada

menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri

(mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri) seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit

kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

(disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya) sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi

habis madu, sepah dibuang

(apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi) lain padang lain belalang

banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam lain dulang lain kakinya

rambut sama hitam, hati lain-lain

(manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain) bagai isi dengan kuku

bagai aur dengan tebing bagai dakwat dengan kertas (persahabatan yang sangat akrab)

hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

bukit sama di daki, lurah sama dituruni (susah senang dihadapi bersama)

ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi bagaimana acuan, begitulah kuihnya

bapa borek, anak rintik

(seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkahlaku bapanya) masuk telinga kiri keluar telinga kanan

mencurah air ke daun keladi mencurah garam ke laut

(pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak member kesan kepada pendengar) genggam bara api biar sampai jadi arang

alang-alang mandi biar basah

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

(berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan) kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang (usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati)

mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan burung terbang dipipiskan lada

(5)

(mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan) telur dihujung tanduk

retak menanti belah

(keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah) embun dihujung rumput

abu di atas tunggul

(keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama) menangguk di air keruh

menahan lukah di pergentingan

(mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain) bagai pinang di belah dua

bagai cincin dengan permata seperti cincin terlekat dijari tanduk bersendi gading (padanan yang sesuai) sarang tebuan jangan dijolok lembu dogol jangan dibalun

(orang yang diam jangan dikacau kelak buruk padahnya)

Ada hati Ada keinginan

Ada jalan Ada cara, ikhtiar, usaha

Ada udang di sebalik batu Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan

Air muka Permukaan air

 Rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan)

 Maruah, harga diri

Air seni Air kencing, air kecil

Akal yang sihat itu ada pada

badan yang cergas  yang baik atau idea yang bernasOrang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran

Akar umbi Akar tunjang

 Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh  Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu

komuniti

Alah bias tegal biasa Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa mengalaminya

Alah membeli menang

memakai  itu kuat (tahan dan sebagainya)Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang Alang-alang menyeluk

pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

 Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh hasilnya

 Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itu diselesaikan

Ambil langkah Mulai hendak berjalan  Mulai bertindak

Ambil berat Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa

(6)

Anak emas Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa

Asam garam Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka)

Ayam tambatan Orang harapan

Bagaimana acuan begitulah

kuihnya  kerana faktor bakaAnak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya Bagai aur dengan tebing Dikatakan mengenai orang yang suka

bertolong-tolongan Bagai ayam disambat

helang  tunangan dirampas orang berkuasaUntung yang malang (seperti isteri atau Bagai bulan dipagar bintang Wajah perempuan yang cantik

Bagai kaca terhempas ke

batu  Sangat sedih

Bagai kacang lupakan kulit Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah menolongnya) setelah menikmati kesenangan

Bagai minyak dengan air Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu Bagai murai dicabut ekor Orang yang suka bercakap banyak

Bagai cincin dengan

permata  Sama padan, cocok benar

Bagai menatang minyak

yang penuh  Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna

Baik sangka Rasa muhibah

 Tidak menaruh sangkaan buruk kepada seseorang

Banyak makan garam Mempunyai banyak pengalaman hidup

Batu loncatan Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu

Belut kena ranjau Orang yang cerdik kena tipu

Beradu nasib Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan harapan akan beroleh kejayaan

Beradu tenaga Bertanding untuk menentukan siapa kuat Berakit-rakit ke hulu,

berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

 Bersusah payah dahulu baru bersenang-senang

Berat mulut Tidak suka berkata-kata, pendiam Berat sama dipikul, ringan

sama dijinjing  Baik buruk sama-sama dipikul

(7)

Berbalik hati Berubah hati Berdiri sama tegak, duduk

sama rendah  Sama taraf atau sejajar antara dua pihak

Beri jalan Memberikan idea

 Memberikan peluang kepada orang lain untuk mendapat keuntungan

Berkatalah benar walaupun

pahit  mungkin menyakitkan hati seseorangBerterus-terang demi kebenaran walaupun Berkayuh sambil bertimba Melakukan dua pekerjaan sekaligus

Bermurah hati Suka memberi, tidak kedekut  Pengasih dan penyayang

Berpeluk tubuh Malas berusaha

Berputih mata Kalah dalam sesuatu persaingan Bersatu teguh, bercerai

roboh  tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan menjadi Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat lemah

Bersekutu bertambah mutu Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan

Bertepuk sebelah tangan

tidak akan berbunyi  terjadi daripada satu pihak sahajaTidak mungkin perselisihan atau percintaan

Bertikam lidah Bertengkar

Besar hati Bangga, gembira

Besar pasak daripada tiang Besar belanja daripada pendapatan Biar mati anak, jangan mati

adat  adapt yang dipegang terpeliharaTidak mengapa jika mengorbankan anak, asalkan Bidan terjun Orang yang diminta melakukan sesuatu perkara

secara tiba-tiba

Buah fikiran Pendapat

Cahaya mata Anak

 Kekasih, buah hati

Cakap besar Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri Campur tangan Mengambil bahagian dalam atau mencampuri hal

orang lain

 Terkait atau terlibat dalam hal orang dan lain-lain Carik-carik bulu ayam,

lama-lama bercantum juga kerana perselisihanOrang yang bersaudara itu tidak akan bercerai Celik computer Arif atau tahu tentang computer

Dalam tangan Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperolehi

(8)

Dapat sama laba, cicir sama

rugi  maka keuntungan itu diberikan sama rata dan jika Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan, sebaliknya, kerugian akan ditanggung bersama-sama Darah daging Anak atau orang yang mempunyai pertalian

darah

Darah panas Pemarah, lekas marah

Darah seni Bakat semula jadi dalam bidang seni Diam-diam ubi berisi,

diam-diam besi berkarat  diam orang yang bodoh itu sia-sia sahajaDiam orang yang berilmu itu berfikir, sementara Di mana ada kemahuan, di

situ ada jalan  akan beroleh cara untuk mendapatkannyaJika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti Di mana bumi dipijak, di

situ langit di junjung  Mematuhi peraturan di tempat yang didiami Di sangka panas sampai ke

petang, rupanya hujan di tengah hari

 Di sangka baik selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa kesusahan

Durian rintuh Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka

Enggang lalu ranting patah Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah

Genggam bara biar sampai

jadi arang  dengan sabar sehingga mendapat nikmatnya nantiJika melakukan pekerjaan yang susah haruslah

Goyang kaki Bersenang-senang

Gunting makan di hujung Mencapai sesuatu dengan diam-diam

Habis madu sepah dibuang Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan

Hancur hati Sedih, putus asa

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

 Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati

Hati gajah sama di lapah,

hati kuman sama dicecah  beruntung sdikit sama-sama mendapat sedikitBeruntung banyak sama-sama mendapat banyak, Hati kecil Perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya) Hendak seribu daya, tak

hendak seribu dalih  dijalankan dan demikian sebaliknyaJika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh Hidup segan mati tak mahu Orang yang hidup melarat

Hujan emas di negeri orang,

hujan batu di negeri sendiri sendiriSebaik-baik negeri orang, tidak sebaik negeri Ibarat burung, mata

terlepas badan terkurung  mempunyai kebebasanWalaupun terpelihara baik tetapi tidak Ibarat melukut di tepi Tidak menolong kerana dirinya sendiri susah

(9)

gantang Seseorang yang dipandang tidak berguna oleh orang lain

Ilmu itu pelita hati Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat keputusan yang bijak

Jantung hati Orang yang dikasihi Jauhari juga mengenal

manikam  menilai sesuatu benda atau perkaraHanya orang yang bijak sahaja yang dapat Jauh berjalan luas

pandangan  itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas Orang yang banyak mengembara dan lama hidup pandangannya

Jinak-jinak merpati Perempuan yang kelihatan senang diperdaya tetapi sebenarnya tidak

Kacang hantu Orang jahat

Kais pagi makan pagi, kais

petang makan petang  sahaja (kalau tidak bekerja tidak makan)Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup

Kaki joli Orang yang suka berfoya-foya

Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya

 Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

 Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak berbuat sesuatu yang besar

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

 Tidak akan tercapai cita-cita tanpa berusaha

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

 Jika takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan

Kata-kata lebih tajam

daripada mata pedang  Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan Ke bukit sama didaki, ke

lurah sama dituruni  Bekerjasama melakukan sesuatu

Kecil hati Berasa tersinggung

Kecil jangan disangka anak,

besar jangan disangka bapa orang-orang tua sahajaPengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada Kecil tapak tangan nyiru

saya tadahkan  Menyatakan kasih atas nasihat atau pertolongan Keras lidah Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan

betul

Lain lubuk lain ikannya Lain negeri lain orangnya Lemak manis jangan terus

ditelan, pahit jangan terus dimuntahkan

 Yang nampak baik itu jangan terus diterima, dan yang nampak buruk itu jangan lekas ditolak

(10)

Lidah tidak bertulang Mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya

Lupa daratan Tidak menginsafi asal mula diri setelah mendapat kesenangan

Lintah darat Orang kaya yang menindas orang miskin dengan meminta bayaran tinggi daripada yang dihutangi Makan angin Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih Malu bertanya sesat jalan,

malu berdayung perahu hanyut

 Kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mencapai kejayaan

Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk

kekandang kerbau menguak

 Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling

Mata hati Perasaan hati

Mati kutu Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana ketiadaan idea

Membaca jambatan ilmu Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan

Membanting tulang Bekerja keras

Membuka pekung di dada Mendedahkan keburukan diri sendiri Menapak baru setapak,

mendaki baru sekaki  Baru hendak belajar sesuatu

Menangguk di air keruh Mencari keuntungan sementara ada kekacauan

Mencolok mata Menyakitkan pandangan

Mencari jalan Mencari ikhtiar, usaha dan idea Mengangkat bendera putih Menyerah kalah

Menunggu buah yang tak

gugur  Mengharapkan sesuatu yang tak jelas

Nafas baru Semangat baru atau sumber baru kekuatan yang memulihkan sesuatu kegagalan atau memberikan keupayaan baru

Naik darah Menjadi marah

Nasi sudah menjadi bubur Perbuatan yang sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi)

Orang mengantuk

disorongkan bantal  dikehendakiMendapat sesuatu yang sangat-sangat

Otak batu Bodoh

Otak cair Pandai

Padang jarak padang

(11)

Panas baran Cepat marah, sangat pemarah Pandai makan pandailah

simpan  rahsiaPandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan Pemuda harapan bangsa,

pemudi tiang negara  untuk membangunkan negara pada masa hadapanAnak muda menjadi orang yang diharapkan Perang dingin Bergaduh dengan tidak bercakap

Pijak semut tak mati Perihal seorang perempuan yang baik lagi teratur Pilih kasih Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah dalam

membuat keputusan dan lain-lain Pucuk dicita ulam

mendatang  diharapkanBeroleh sesuatu lebih daripada apa yang Rezeki kalau secupak tidak

akan jadi segantang  lagi Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah Ringan mulut Peramah, lancar dan fasih tutur katanya, suka

bercakap

Ringan tulang Rajin bekerja, tangkas

Ringan tulang berat perut Sesiapa yang rajin, dia akan beroleh rezeki Rupa tidak dapat diubah,

perangai dapat diubah  penampilannya dari segi fizikal tetap samaPerangai seseorang dapat diubah sedangkan Sambil menyelam minum

air  lain yang turut dilakukanSambil melakukan sesuatu perkara, ada perkara Sayangkan anak

tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan

 Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akan menjadi sombong

Sediakan payung sebelum

hujan  yang kurang baikHendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu Seperti api dalam sekam Sesuatu yang berlaku diam-diam

Seperti aur dengan tebing Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan

Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

 Tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja

Seperti kera sumbang Orang yang takut mencampuri orang ramai Tajam akal Mudah menangkap sesuatu, pintar, cerdik Sudah terhantuk baru

terngadah  menyedari kesilapanSudah terkena baru beringat; orang yang lambat Tidak lapuk dek hujan, tak

lekang dek panas  berubahKekal dan tidak berubah-ubah walaupun zaman

(12)

Tangan yang menghayun buaian mampu

menggoncang dunia

 Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara

Tangkai jering Kedekut

Terdengar guruh di langit,

air di tempayan dicurahkan barang yang tersedia dilepaskanKerana mengharapkan sesuatu yang belum pasti, Tulang belakang Orang atau tenaga yang menjadi sumber

kekuatan

Ukur baju dibadan sendiri Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita

Umpama biawak bercabang

lidah  perkataannyaTidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai Umpama lebah membuang

sengat  dan mengeji orangOrang yang meninggalkan sikap suka mengata Yang bulat datang bergolek,

yang pipih tidak datang melayang

 Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan sendirinya

Yang dikejar tak dapat, yang

dikendong keciciran  yang ada pula hilang atau habisBenda yang dicari itu tidak diperoleh, barang

SIMPULAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'A' 1. Abang Angkat

Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.

Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah. 2. Abang Ipar

Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami. Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.

(13)

3. Abang Kandung

Maksud: Abang yang seibu sebapa.

Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

4. Abu Angin

Maksud: Telah musnah sama sekali.

ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar.

5. Abu Jahal

Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.

Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.

6. Abu Lahab

Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. 7. Abu Nawas

Maksud: Orang yang suka berhelah.

Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.

8. Ada Akal

Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah.

Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya.

9. Ada Angin

Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.

Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah.

10. Ada Bakat

Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.

Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel. 11. Ada Can

Maksud: Ada peluang.

Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita ini berjaya, kata Amin kepada Umair.

12. Ada Gaya

Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.

Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan. 13. Ada Hati

Maksud: Keinginan.

Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.

14. Ada Jalan

Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.

15. Ada-Ada

Maksud: Ada sesuatu.

Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu sekembalinya dia dari bandar. 16. Adat Balai

Maksud: Adat dalam istana raja.

(14)

17. Adik Angkat

Maksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah.

Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada keluarga kami untuk dipelihara.

18. Adik Ipar

Maksud: Adik kepada isteri atau suami. Contoh Ayat: Adik ipar saya seorang doktor. 19. Adik Kandung

Maksud: Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.

Contoh Ayat: Sulaiman sedang mencari adik kandungnya, Hasnah yang telah terpisah sejak sepuluh tahun lalu.

20. Adu Buku = Beradu Buku Maksud: Bertinju.

Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan Wahid. 21. Adu Domba = Mengadu Domba

Maksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain. Contoh Ayat: Pendatang baru di kampung itu suka mengadu domba pemuda di

kampung ini dengan pemuda dari kampung seberang. 22. Adu Kening = Beradu Kening

Maksud: Berhadap-hadapan muka.

Contoh Ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu tetapi kami tidak dapat berbual-bual.

23. Adu Lengan = Beradu Lengan Maksud: Beradu kekuatan.

Contoh Ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis itu. 24. Adu Nasib = Mengadu Nasib

Maksud: Mencari rezeki.

Contoh Ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan.

25. Adu Untung

Maksud: Mencari rezeki. 26. Air Mandi

Maksud: Sudah menjadi kebiasaan.

Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di bawah panas matahari sudah menjadi air mandi kepada Jeha kerana itulah tugas yang perlu dilakukannya setiap hari.

27. Air Muka

Maksud: a) Wajah b) Maruah Contoh Ayat:

a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang dia bermain-main di padang. b) "Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai," kata Imad kepada Husin.

28. Air Pasang

Maksud: Paras air laut yang meningkat.

Contoh Ayat: Apabila air pasang, kawasan pantai itu akan ditenggelami air. 29. Air Sembilan

Maksud: Air yang digunakan untuk memandikan mayat.

Contoh Ayat: Air sembilan disediakan sambil menunggu mayat tiba dari hospital. 30. Air Setaman

(15)

Contoh Ayat: Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan dengan air setaman. 31. Air Surut

Maksud: Paras air laut yang turun.

Contoh Ayat: Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut. 32. Ajak-Ajak ayam

Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.

Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam. 33. Akal Belut

Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat.

Contoh Ayat: Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini dengan harga yang murah.

34. Akal Kancil

Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat. 35. Akal Sejengkal

Maksud: Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.

Contoh Ayat: Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan akal sejengkalnya untuk menarik perhatian orang lain.

36. Alas Cakap

Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.

Contoh Ayat: Alas cakap yang disampaikan oleh pengerusi majlis forum itu menjadi pencetus kepada persoalan yang akan diperkatakan.

37. Alas Kata

Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan. 38. Alas Perut

Maksud: Makan sedikit.

Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah. 39. Alih Akal = Beralih Akal

Maksud: Berubah pendapat atau fikiran.

Contoh Ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke Sarawak. 40. Alih Angin = Beralih Angin

Maksud: Berpindah tempat tinggal.

Contoh Ayat: Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya beransur pulih. 41. Alih Muka = Beralih Muka

Maksud: Menyamar.

Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak dikenali. 42. Alim Kucing

Maksud: Pura-pura baik.

Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya.

43. Aliran Masa

Maksud: Perubahan masa.

Contoh Ayat: Kita hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat sesuai dengan aliran masa kini.

44. Aliran Masyarakat

Maksud: Kehendak masyarakat.

Contoh Ayat: Aliran masyarakat masa kini lebih mencabar dan rumit. 45. Ambil Abu

Maksud: Maksud yang tidak kesampaian.

(16)

46. Ambil Ada

Maksud: Berpuas hati dengan apa yang ada.

Contoh Ayat: Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di perpustakaan, jangan ambil ada sahaja, kata Cikgu Ahmad kepada murid-muridnya.

47. Ambil Angin

Maksud: Bersiar-siar mengambil udara bersih.

Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada setiap petang. 48. Ambil Bahagian

Maksud: Menyertai.

Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat daerah. 49. Ambil Berat

Maksud: Beri perhatian.

Contoh Ayat: Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran kami. 50. Ambil Haluan = Mengambil Haluan

Maksud: Membuat keputusan dalam sesuatu perkara.

Contoh Ayat: Berhati-hati ketika ambil haluan supaya rancangan kita nanti akan memberikan hasil yang lumayan.

51. Ambil Hati

Maksud: Berasa tersinggung.

Contoh Ayat: Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia menasihati untuk kebaikan. 52. Ambil Ibarat

Maksud: Menjadikan sesuatu sebagai teladan.

Contoh Ayat: Kita patut ambil ibarat daripada kejadian yang berlaku pada tahun lepas. 53. Ambil Ingatan

Maksud: Dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.

Contoh Ayat: Para pelajar perlu ambil ingatan akan nasihat guru besar dalam perhimpunan pagi tadi.

54. Ambil Muka = Mengambil Muka

Maksud: Membuat sesuatu supaya disukai.

Contoh Ayat: Syarif pandai ambil muka apabila berada bersama-sama kaum keluarganya, sebab itulah dia disukai.

55. Ambil Sumpah = Mengambil Sumpah

Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.

Contoh Ayat: Azhar ambil sumpah bahawa dia menyaksikan kejadian itu. 56. Ambil Tahu = Mengambil Tahu

Maksud: Memberi perhatian tentang sesuatu perkara.

Contoh Ayat: Dia sentiasa ambil tahu tentang aktiviti surau di kawasannya. 57. Anak Adam

Maksud: Umat manusia.

Contoh Ayat: Penyakit AIDS akan memusnahkan semua anak Adam jika langkah-langkah pencegahannya tidak diambil.

58. Anak Air

Maksud: Sungai kecil.

Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk mengairi tanaman.

59. Anak Angkat

Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.

Contoh Ayat: Raju merupakan anak angkat kepada Encik Muthu dan Puan Selvi. 60. Anak Baju

(17)

Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju. 61. Anak Buah

Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita.

Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah.

Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi. 62. Anak bukit

Maksud: Bukit kecil.

Contoh Ayat: Rumah Asma terletak berhampiran anak bukit itu. 63. Anak Didik

Maksud: Orang di bawah jagaan kita.

Contoh Ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada anak didiknya. 64. Anak Emas

Maksud: Orang yang sangat disayangi.

Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya.

65. Anak Gahara

Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.

Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteri Halijah.

66. Anak Haram

Maksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama. Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan Karim. 67. Anak Jantan

Maksud: Lelaki yang berani.

Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya.

68. Anak Kandung Maksud: Anak sendiri.

Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri pertamanya. 69. Anak Kapal

Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.

Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak kapal, saya berpeluang menjejakkan kaki di benua Eropah.

70. Anak Negeri

Maksud: Penduduk di sesebuah negeri.

Contoh Ayat: Anak negeri Selangor digalakkan menceburkan diri dalam perusahaan desa. 71. Anak Perahu

Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal. 72. Anak Piatu

Maksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu.

Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa tinggal di Asrama Bakti. 73. Anak Pungut

Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri. 74. Anak Tunggal

Maksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain.

Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya. 75. Anak Tut

(18)

76. Angkat Alis = Mengangkat Alis Maksud: Kehairanan.

Contoh Ayat: Era mengangkat alis apabila melihat hadiah misteri yang dimenanginya. 77. Angkat Bahu

Maksud: Tidak tahu atau tidak bertanggungjawab.

Contoh Ayat: Mei Lan hanya angkat bahu apabila ditanya tentang kucing yang mati itu. 78. Angkat Diri

Maksud: Sombong.

Contoh Ayat: Jangan suka angkat diri, nanti orang lain tidak mahu berkawan dengan kamu, kata Cikgu Karim kepada Khalid.

79. Angkat Kaki

Maksud: Pergi meninggalkan.

Contoh Ayat: Syamsul angkat kaki apabila Ali mengusiknya. 80. Angkat Kening

Maksud: Kehairanan. 81. Angkat Mata

Maksud: Menentang sesuatu tindakan.

Contoh Ayat: Zaleha tidak berani angkat mata ketika dileter ibunya. 82. Angkat Muka

Maksud: Dimanja-manjakan.

Contoh Ayat: Apabila ibunya pulang, barulah dia berani angkat muka. 83. Angkat Nama

Maksud: Terkenal.

Contoh Ayat: Awie sudah angkat nama dalam bidang nyanyian. 84.Angkat Senjata

Maksud: Berperang.

Contoh Ayat: Apabila tiba masanya kerajaan Daha pun angkat senjata menyerang musuh. 85. Angkat Suara

Maksud: Meninggikan suara.

Contoh Ayat: Hormatilah orang tua-tua, jangan angkat suara apabila bercakap dengan mereka.

86. Angkat Sumpah

Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah. 87. Anjing Hitam

Maksud: Orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan keburukannya.

Contoh Ayat: Seng Hai telah lama menjadi anjing hitam yang sering memeras ugut masyarakat pelombong di situ.

88. Anjing Kurap

Maksud: Orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya.

Contoh Ayat: Hidup Rama seperti anjing kurap yang melarat ke sana ke mari. 89. Api Peperangan

Maksud: Perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan peperangan.

Contoh Ayat: Pulau yang menjadi rebutan kedua-dua buah negara itu boleh menyebabkan tercetusnya api peperangan.

90. Api Percintaan

Maksud: Perasaan cinta yang meluap-luap.

Contoh Ayat: Api percintaan sedang membara dijiwa Syakila dan Farid. 91. Arang Di Dahi

(19)

Contoh Ayat: Terhapuslah arang di dahi Encik Roslan setelah pihak mahkamah membuktikan dia tidak bersalah.

92. Arang Di Kening Maksud: Mendapat malu. 93. Maksud: Arang di muka Mendapat malu.

94. Asam Garam Maksud: Pengalaman.

Contoh Ayat: Terlalu banyak asam garam kehidupan yang telah dilalui oleh Pak Dollah. 95. Atas Angin

Maksud: Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah.

Contoh Ayat: Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat negara-negara atas angin.

96. Atas Nama

Maksud: Menjadi wakil seseorang atau pertubuhan.

Contoh Ayat: Saya menghadiri mesyuarat ini atas nama Tuk Penghulu Kampung Jenerak. 97. Atas Pagar:

Maksud: Tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Contoh Ayat: Dalam pertandingan ini, saya hanya penonton atas pagar kerana meminati kedua-dua pasukan itu.

98. Ayam Jalak:

Maksud: Orang yang berani.

Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk kampung tersebut.

99. Ayam Tambatan:

Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan).

Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.

Sumber diperolehi dari seribahasa Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'B' 1. Babi Buta = Membabi Buta

Maksud: Berbuat sesuatu tanpa banyak berfikir.

Contoh Ayat: Serangan yang membabi buta itu telah menyebabkan ramai orang awam terkorban.

2. Bahasa Ibunda

Maksud: Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum.

Contoh Ayat: Bahasa ibunda Mei Lin ialah bahasa Mandarin. 3. Bahasa Kasar = Berbahasa Kasar

Maksud: Bahasa yang tidak sopan untuk digunakan.

Contoh Ayat: Ratna mengeluarkan bahasa kasar semasa bergaduh dengan kakaknya. 4. Bahasa Pasar

Maksud: Bahasa Melayu yang tidak betul tatabahasanya.

Contoh Ayat: Jangan menggunakan bahasa pasar apabila membuat karangan. 5. Baik Budi

Maksud: Baik hati.

Contoh Ayat: Hafiz seorang pemuda yang baik budi dan menghormati orang tua. 6. Baik Hati

Maksud: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

Contoh Ayat: Nenek memang baik hati. Dia sering menghulurkan derma kepada rumah anak-anak yatim.

(20)

7. Baik Sangka

Maksud: Berpendapat yang orang lain baik.

Contoh Ayat: Kita hendaklah sentiasa bersikap baik sangka terhadap semua orang. 8. Balas Budi = Membalas Budi

Maksud: Balas jasa dan berterima kasih.

Contoh Ayat: Jiman menyara kos perubatan ibu angkatnya sebagai membalas budi keluarga angkatnya itu.

9. Balas Guna

Maksud: Balas jasa dan berterima kasih. 10. Balik Gagang = Berbalik Gagang Maksud: Berpihak kepada musuh.

Contoh Ayat: Akibat rasa tidak puas hati terhadap ketuanya, Ahmad telah berbalik gagang dengan membocorkan rahsia syarikatnya.

11. Balik Hati = Berbalik Hati Maksud: Berubah pendirian.

Contoh Ayat: Dia telah berbalik hati dan tidak jadi meninggalkan kampungnya. 12. Bangkai Bernyawa

Maksud: Orang yang tidak berguna.

Contoh Ayat: Kehidupan seorang penagih dadah ibarat bangkai bernyawa. 13. Bantal Lengan = Berbantal Lengan

Maksud: Kehidupan yang terlalu miskin.

Contoh Ayat: Kehidupannya yang berbantal lengan menyebabkan dia jarang bergaul dengan jiran tetangganya.

14. Banting Tulang = Membanting Tulang Maksud: Bekerja bermati-matian.

Contoh Ayat: Ayah membanting tulang mencari rezeki untuk menyara kami sekeluarga. 15. Banyak Akal

Maksud: Banyak helah.

Contoh Ayat: Leman banyak akal apabila diminta membayar hutangnya. 16. Banyak Cakap

Maksud: Orang yang suka berleter.

Contoh Ayat: Halijah banyak cakap sehingga pening kepala saya mendengarnya. 17. Banyak Mulut

Maksud: Orang yang suka berleter. 18. Bapa Angkat

Maksud: Orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita, walaupun tiada pertalian darah.

Contoh Ayat: Bapa angkat saya memelihara saya seperti anaknya sendiri kata Salmah kepada Karim.

19. Bapa Kandung Maksud: Bapa sebenar.

Contoh Ayat: Bapa kandung saya tinggal di Perak. 20. Basuh Mulut = Pembasuh Mulut

Maksud: Sajian manis atau buah-buahan yang dijadikan hidangan selepas makan. Contoh Ayat: Selepas makan tengah hari saya makan buah tembikai sebagai pembasuh mulut.

21. Batu Api

Maksud: Orang yang suka menghasut.

(21)

22. Batu Loncatan

Maksud: Sesuatu yang dijadikan permulaan untuk mencapai hajat yang lebih besar. Contoh Ayat: Kursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan.

23. Bau-Bau Bacang

Maksud: Persaudaraan yang jauh.

Contoh Ayat: Saya mesti melawat Zainon apabila ke Terengganu kerana kami memang ada bau-bau bacang.

24. Bawa Alamat

Maksud: Memberi tanda.

Contoh Ayat: Langit gelap bawa alamat hari akan hujan. 25. Bawa Diri = Membawa Diri

26. Bawa Hati Maksud: Merajuk.

Contoh Ayat: Setelah pinangannya ditolak, Amar bawa hati dan belayar ke negeri orang. 27. Bawa Hidup

Maksud: Merantau mencari penghidupan.

Contoh Ayat: Rahul bawa hidup ke Malaysia untuk mencari pendapatan yang halal. 28. Bawa Mati

Maksud: Menyebabkan mati.

Contoh Ayat: Penyakit kanser boleh bawa mati jika tidak diubati di peringkat awal. 29. Bawa Mulut

Maksud: Bercerita tentang keburukan orang lain.

Contoh Ayat: Haris sering bawa mulut tentang kelakuan bekas kekasihnya. 30. Bawa Nasib

Maksud: Merantau mencari penghidupan. 31. Bawa Nyawa

Maksud: Menyelamatkan diri.

Contoh Ayat: Masing-masing bawa nyawa dengan lari bertempiaran ketika gempa bumi berlaku.

32. Bawa Sial = Membawa Sial Maksud: Mendatangkan malang.

Contoh Ayat: Tiada siapa yang membawa sial. Semuanya telah ditakdirkan Allah. 33. Bawa Tempurung

Maksud: Minta sedekah.

Contoh Ayat: Kita masih gagah dan kuat. Kita tidak perlu bawa tempurung. 34. Bawa Tuah = Membawa Tuah

Maksud: Mendatangkan keuntungan.

Contoh Ayat: Tindakan Ahmad membeli anak syarikat itu membawa tuah kepada perniagaannya.

35. Bawah Angin

Maksud: Negeri-negeri di sebelah Timur.

Contoh Ayat: Kapal itu belayar ke negeri bawah angin. 36. Bawah Bendera

Maksud: Berada dalam perlindungan sesuatu kuasa.

Contoh Ayat: Pada suatu masa dahulu negeri-negeri di Tanah Melayu berada bawah bendera Inggeris.

37. Bawah Tanah

(22)

Contoh Ayat: Ketika zaman darurat, tentera komunis menjalankan pergerakan bawah tanah. 38. Bayang Kata = Dibayang Kata

Maksud: Dikias.

Contoh Ayat: Semasa makan malam, Mak Long telah dibayang kata oleh ayah tentang sikap cemburunya itu.

39. Bayar Nyawa

Maksud: Mengorbankan diri.

Contoh Ayat: Mak Melur sanggup bayar nyawa untuk mendapatkan hak penjagaan anak lelakinya daripada bekas suaminya.

40. Bekas Tangan

Maksud: Sesuatu yang diusahakan.

Contoh Ayat: "Terendak yang cantik ini adalah bekas tangan Syamsiah," kata Pak Mail memuji menantunya.

41. Belah Bumi = Membelah Bumi Maksud: Bunyi yang sangat kuat.

Contoh Ayat: Petir yang membelah bumi petang tadi amat menakutkan saya. 42. Belah Hati = Berbelah Hati

Maksud: Tidak tetap pendirian dalam mengambil sesuatu keputusan.

Contoh Ayat: Usahlah berbelah hati untuk meninggalkan keluarga demi mencari masa depan yang lebih baik.

43. Belahan Hati

Maksud: Orang yang sangat dikasihi.

Contoh Ayat: Anak bongsunya itulah belahan hatinya. 44. Belahan Jiwa

Maksud: Orang yang sangat dikasihi. 45. Belahan Nyawa

Maksud: Orang yang sangat dikasihi. 46. Belakang Hari

Maksud: Kemudian hari.

Contoh Ayat: "Berusahalah dengan bersungguh-sungguh, supaya hidup kamu senang belakang hari," nasihat ayah kepada abang.

47. Bendera Putih

Maksud: Mengaku kalah.

Contoh Ayat: Tentera Siam terpaksa mengibarkan bendera putih kerana tidak sanggup menentang serangan kerajaan Melaka yang hebat itu.

48. Bengkak Perut

Maksud: Berasa dengki atau sakit hati kerana sesuatu.

Contoh Ayat: Rajan bengkak perut apabila ibunya menghadiahkan abangnya sebuah rumah. 49. Berat Lalat

Maksud: Pura-pura berani.

Contoh Ayat: Dia berani lalat sahaja apabila mengaku akan menjaga dusun durian pada waktu malam.

50. Berani Mati

Maksud: Tidak takut mati.

Contoh Ayat: Angkatan Tentera Malaysia berani mati dalam mempertahankan tanah air tercinta.

51. Berat Bibir

Maksud: Orang yang pendiam.

Contoh Ayat: Menantu saya berat bibir tetapi rajin ke dapur. 52. Berat Hati

(23)

Maksud: Kurang senang.

Contoh Ayat: Berat hati saya melepaskan dia pergi seorang diri. 53. Berat Kaki

Maksud: Malas.

Contoh Ayat: Dia berat kaki untuk ke pesta hari jadi temannya. 54. Berat Lidah

Maksud: Tidak dapat berkata-kata.

Contoh Ayat: Berat lidah Jimah hendak menceritakan hal sebenar kepada ibunya. 55. Berat Mata

Maksud: Mengantuk.

Contoh Ayat: Baru pukul sembilan malam adik sudah berat mata. 56. Berat Mulut

Maksud: Orang yang pendiam. 57. Berat Sebelah

Maksud: Tidak adil.

Contoh Ayat: Sikapnya yang berat sebelah mengecewakan saya. 58. Berat Tangan

Maksud: Pemalas.

Contoh Ayat: Saedah memang berat tangan. Dia hanya tidur dan tidak mahu menolong kakaknya di dapur.

59. Berat Tulang Maksud: Pemalas. 60. Beri Jalan

Maksud: Beri pendapat atau fikiran dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

Contoh Ayat: "Beri jalan untuk menyelesaikan masalah adik kamu ini," kata ibu kepada abang.

61. Beri Muka

Maksud: Memanjakan.

Contoh Ayat: Kalau kerap diberi muka, mereka akan menjadi malas. 62. Berita Hangat

Maksud: Berita baharu yang menjadi perbualan.

Contoh Ayat: Kisah seorang kanak-kanak berumur lapan tahun yang bijak Matematik menjadi berita hangat dalam semua akhbar tempatan.

63. Besar Cakap

Maksud: Orang yang suka bercakap sombong.

Contoh Ayat: Akmal besar cakap sahaja tetapi dia sebenarnya bukanlah orang yang berharta.

64. Besar Hati = Berbesar Hati Maksud: Gembira.

Contoh Ayat: Datuk Kamarudin berbesar hati kerana diberikan sambutan meriah oleh orang bawahannya.

65. Besar Kepala

Maksud: Tidak mahu mendengar nasihat, degil.

Contoh Ayat: Lijah menjadi besar kepala semenjak kematian ayahnya. 66. Besar Mulut

Maksud: Suka bercakap besar.

Contoh Ayat: "Jangan suka besar mulut menceritakan kekayaan keluarga kita yang tak seberapa," kata kakak.

67. Besar Perut Maksud: Hamil.

(24)

Contoh Ayat: Kami bakal mendapat anak saudara kerana kakak sudah besar perut. 68. Betul Bendul

Maksud: Orang yang lurus dan ada kalanya bodoh.

Contoh Ayat: Jamil memang betul bendul, sebab itulah orang suka mempermain-mainkannya.

69. Biang Keladi

Maksud: Orang atau hal yang menjadi punca kejahatan.

Contoh Ayat: Rajoolah yang menjadi biang keladinya dalam kes kecurian lembu baru-baru ini.

70. Bidan Tarik

Maksud: Membuat sesuatu secara tiba-tiba.

Contoh Ayat: Majlis keraian itu diadakan secara bidan tarik menyebabkan ramai yang tidak hadir.

71. Bidan Terjun

Maksuf: Seseorang yang diminta mengambil alih sesuatu tugas secara mendadak tanpa dirancang.

Contoh ayat: Encik Kassim menjadi bidan terjunmenggantikan Encik Dollah sebagai pegerusi majlis apabila Encik Dollah lambat sampai kerana kemalangan.

72. Bintang Gelap

Maksud: Bernasib malang.

Contoh Ayat: Kehidupannya umpama bintang gelap setelah kakinya dipotong akibat kecederaan serius yang dialaminya dalam kemalangan tempoh hari.

73. Bintang Hati

Maksud: Orang kesayangan kekasih.

Contoh Ayat: Zahid berasa gelisah kerana bintang hatinya akan ke luar negara. 74. Bintang Terang

Maksud: Nasib baik.

Contoh Ayat: Sejak tamat pelajaran, dia berbintang terang kerana mendapat pekerjaan yang baik.

75. Bongkar Sauh 76. Bongkok Sabut Maksud: Bongkok sedikit.

Contoh Ayat: Pemuda yang bongkok sabut itulah suami saya. 77. Bongkok Udang

Maksud: Terlalu bongkok kerana tua.

Contoh Ayat: Nenek yang bongkok udang itu masih kuat membuat kerja-kerja di kebunnya. 78. Buah Bibir

Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.

Contoh Ayat: Kisah pendakian Gunung Everest itu masih menjadi buah bibir rakyat Malaysia. 79. Buah Cakap

Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai. 80. Buah Fikiran

Maksud: Pendapat.

Contoh Ayat: Dalam mesyuarat, buah fikiran ahli yang hadir perlu diambil kira. 81. Buah Hati

Maksud: Orang kesayangan kekasih. 82.Buah Helah

Maksud: Mencari helah. 83. Buah Kalam

(25)

Contoh Ayat: Novel itu adalah buah kalam Hamid yang pertama. 84. Buah Mulut

Maksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai. 85. Buah Pena

Maksud: Hasil tulisan atau karya. 86. Buah Tangan

Maksud: Hadiah.

Contoh Ayat: Kami membawa buah tangan semasa melawat Zaini di hospital. 87. Bual Kosong

Maksud: Bercakap tentang perkara yang tidak penting.

Contoh Ayat: Zalina dan Badariah suka berbual kosong di serambi rumah. 88. Buang Adat

Maksud: Tidak menggunakan sesuatu adat lagi.

Contoh Ayat: Kita perlu buang adat yang menyalahi hukum agama. 89. Buang Air Besar

Maksud: Berak.

Contoh Ayat: Hari ini sudah tiga kali dia buang air besar. 90. Buang Air Kecil

Maksud: Kencing.

Contoh Ayat: Penyakit batu karang menyebabkan penghidapnya berasa sakit ketika membuang air kecil.

91. Buang Anak = Membuang Anak Maksud: Menggugurkan anak.

Contoh Ayat: Membuang anak merupakan perbuatan yang dikeji oleh Tuhan. 92. Buang Arang Di Muka

Maksud: Menghilangkan malu.

Contoh Ayat: Pak Lah menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada jemaah masjid di kampung itu bagi membuang arang di mukanya.

93. Buang Diri = Membuang Diri Maksud: Merantau.

Contoh Ayat: Dia membuang diri setelah difitnah mengganggu anak dara orang. 94. Buang Lelah

Maksud: Berehat untuk meredakan kepenatan.

Contoh Ayat: Beberapa buah wakaf telah dibina dalam taman rekreasi itu sebagai tempat buang lelah.

95. Buang Malu

Maksud: Menghilangkan malu. 96. Buang Muka = Membuang Muka Maksud: Tidak suka.

Contoh Ayat: Dia membuang muka apabila bertemu dengan pemuda yang mengganggunya. 97. Buang Negeri = Dibuang Negeri

Maksud: Diperintah keluar dari sesebuah negeri.

Contoh Ayat: Ken Long dijatuhi hukuman buang negeri, setelah didapati bersalah kerana menyertai kongsi gelap.

98. Buang Sauh Maksud: Berlabuh.

Contoh Ayat: Kapal itu buang sauh di pelabuhan yang berhampiran setelah sebulan belayar tanpa henti.

(26)

Maksud: Berbuat sesuatu untuk menghilangkan malang.

Contoh Ayat: Kebiasaan penduduk di situ akan mengadakan adat mandi bunga sebagai usaha buang sial.

100. Buang Tabiat

Berkelakuan atau bercakap yang aneh, biasanya sewaktu sebelum meninggal dunia. 101. Buang ubat

Maksud: Tembakan yang tidak kena pada sasarannya.

Contoh Ayat: Buang ubat sahaja, kerana gagak yang ditembak tidak pun kena. 102. Buat Akal

Maksud: Mencari helah.

Contoh Ayat: Dia buat akal apabila disuruh membuat kerja sekolah. 103. Buat Bodoh

Maksud: Pura-pura tidak tahu akan sesuatu.

Contoh Ayat: Uyob buat bodoh apabila orang lain heboh tentang kehilangan motosikal yang diletakkan di depan rumahnya.

104. Buat Jahat = Berbuat Jahat

Maksud: Melakukan kejahatan, biasanya berkenaan hubungan lelaki dan perempuan. Contoh Ayat: Dia dituduh berbuat jahat dengan anak gadis Tuk Penghulu.

105. Buat Perkara

Maksud: Berbuat sesuatu, biasanya perkara yang tidak baik.

Contoh Ayat: Salina terpaksa berhenti kerja kerana suaminya buat perkara. 106. Buaya Darat

Maksud: Orang yang suka memperdaya perempuan.

Contoh Ayat: Perangai Pak Ya yang buaya darat itu telah dimaklumi jiran tetangganya. 107. Bujur Sirih

Maksud: Bentuk muka seolah-olah bentuk sirih.

Contoh Ayat: Mukanya yang bujur sirih itu bertambah ayu apabila dia memakai selendang sutera putih.

108. Buka Langkah Seribu

Maksud: Lari kerana takut disebabkan sesuatu.

Contoh Ayat: Fuad buka langkah seribu apabila dikejar oleh Pak Mat. 109. Buka Mata

Maksud: a) Melihat dan meluaskan pandangan. b) Menyedarkan atau menginsafkan orang lain.

Contoh Ayat:

a) Kunjungan ke Kashmir telah membuka mata saya tentang keindahan alam semula jadinya.

b) Setelah Adi berjaya memperoleh Ijazah Sarjana barulah saudara-maranya buka mata. 110. Buka Mulut

Maksud: a) Berkata-kata. b) Mengadu untuk mendapatkan pertolongan. Contoh Ayat:

a) Semua yang ada tidak berani buka mulut apabila melihat Pak Busu Berang. b) Saya terpaksa buka mulut untuk meminjam wang daripadanya.

111. Buka Pintu

Maksud: Memberi peluang.

Contoh Ayat: Bantuan modal itu telah membuka pintu kepada peniaga kecil untuk memulakan perniagaan mereka.

112. Buka Tanah = Membuka Tanah

Maksud: Mengusahakan tanaman atau membina kawasan kediaman di atas hutan atau tanah yang terbiar.

(27)

113. Buka Telinga

Maksud: Mendengar baik-baik.

Contoh Ayat: Bala sentiasa buka telinga dan menerima nasihat orang yang telah lama bertugas di syarikat itu.

114. Buka Tembelang

Maksud: Membocorkan rahsia.

Contoh Ayat: Si Hamid telah membuka tembelang dengan mengatakan Si Guna yang mencuri kambing Kurupaya.

115.Buku Lima Maksud: Penumbuk.

Contoh Ayat: Yunus naik marah lalu menunjukkan buku limanya ke arah Amran. 116. Bulan Kesiangan

Maksud: Berwajah pucat.

Contoh Ayat: Mukanya seperti bulan kesiangan apabila dia tidak bersolek. 117. Bulan Madu

Maksud: Pergi ke sesuatu tempat untuk berhibur sesudah berkahwin.

Contoh Ayat: Pengantin baru itu bercadang untuk berbulan madu di Langkawi. 118. Bulan penuh

Maksud: Cantik.

Contoh Ayat: Mukamu bagai bulan penuh. Saya suka menatapnya. 119. Bulat Fikiran

Maksud: Mengambil keputusan yang tetap.

Contoh Ayat: Dia telah bulat fikiran untuk meneruskan pelajarannya ke luar negeri. 120. Bulat Kata

Maksud: Keazaman yang bersungguh-sungguh.

Contoh Ayat: Keluarga Khadijah telah bulat kata hendak mewakafkan tanah pusaka mereka untuk dijadikan tapak sekolah agama.

121. Bunga Bangsa

Maksud: Orang yang berjasa kepada negara.

Contoh Ayat: Jasa perajurit yang gugur di perbatasan akan sentiasa dikenang sebagai bunga bangsa.

122. Bunga Bibir

Maksud: Kata-kata yang manis.

Contoh Ayat: Jangan mudah terpengaruh dengan bunga bibirnya. 123. Bunga Dedap

Maksud: Orang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa.

Contoh Ayat: Tina laksana bunga dedap, harapkan rupanya sahaja cantik tetapi tidak tahu menghormati jiran tetangga.

124. Buru Hutang = Diburu Hutang Maksud: Terdesak kerana berhutang.

Contoh Ayat: Hidup Chee An sentiasa diburu hutang kerana dia suka berjudi. 125. Buru Nafsu = Terburu Nafsu

Maksud: Melakukan sesuatu secara terburu-buru.

Contoh Ayat: Jangan terburu nafsu dalam mengambil keputusan, fikirlah baik buruknya. 126. Buru Pangkat = Memburu Pangkat

Maksud: Berusaha mencari pangkat.

Contoh Ayat: Walaupun mahu memburu pangkat, tetapi janganlah melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.

127. Buru Pelajaran = Memburu Pelajaran Maksud: Berusaha mencari ilmu pengetahuan.

(28)

Contoh Ayat: Encik Azlan masih terus memburu pelajaran pada usia enam puluhan. 128. Buruk Hati

Maksud: Orang yang jahat.

Contoh Ayat: Perempuan yang buruk hati itu tidak membenarkan anak saudaranya menumpang di rumahnya.

129. Buruk Laku

Maksud: Kelakuan tidak senonoh.

Contoh Ayat: Perangai Ahmad yang buruk laku menyebabkan dia tersisih daripada masyarakat.

130. Buruk Makan Maksud: Pelahap.

Contoh Ayat: Budak yang buruk makan itu, membedal semua kuih-muih yang dihidang di atas meja.

131. Buruk Mulut

Maksud: Percakapan yang kasar.

Contoh Ayat: Sejak pulang daripada menunaikan haji, perangai buruk mulutnya telah tiada, sebaliknya dia bercakap dengan lemah lembut.

132. Buruk Perut Maksud: Kuat makan.

Contoh Ayat: Orang yang buruk perut mudah mendapat penyakit. 133. Buruk sSngka

Maksud: Menaruh curiga.

Contoh Ayat: "Jangan buruk sangka kepada kata-kata Zalina, entahkan dia berniat baik," kata Fairuz kepada Azri.

134. Buruk Selera

Maksud: Makan apa sahaja.

Contoh Ayat: Jauhkan amalan buruk selera dan makanlah makanan yang seimbang. 135. Buruk Siku

Maksud: Meminta barang yang telah diberikan.

Contoh Ayat: Agus buruk siku kerana meminta semula motosikal buruk yang telah diberikan kepada adiknya.

136. Busuk Budi

Maksud: Perangai yang jahat.

Contoh Ayat: Sikapnya yang busuk budi itu tidak disukai oleh saudara-maranya. 137. Busuk Hati

Maksud: Orang yang berhati jahat.

Contoh Ayat: Dia busuk hati walaupun dengan kakaknya sendiri. 138. Busung Dada

Maksud: Sombong.

Contoh Ayat: Azri bersikap busung dada sejak ayahnya dilantik menjadi wakil rakyat di daerah itu.

139. Buta Ayam = Rabun Ayam

Maksud: Mata yang rabun menjelang senja.

Contoh Ayat: Dia tidak boleh memandu kereta pada waktu senja kerana dia buta ayam. 140. Buta Hati

Maksud: Bersikap kejam.

Contoh Ayat: Pencuri itu buta hati kerana sanggup membunuh orang tua yang tidak berdaya itu.

141. Buta Huruf

(29)

Contoh Ayat: Walaupun Ah Seng buta huruf, dia sentiasa memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran.

142. Buta Kayu

Maksud: Tidak tahu membaca dan menulis. 143. Buta Malam

Maksud: Rabun pada waktu malam.

Contoh Ayat: Dia tidak dapat hadir dalam aktiviti rukun tetangga pada waktu malam kerana dia buta malam.

144. Buta Perut

Maksud: Tidak bertimbang rasa.

Contoh Ayat: Kita janganlah jadi orang yang buta perut, perlulah fikirkan nasib mereka yang malang.

145. Buta Warna

Maksud: Tidak dapat membezakan warna.

Contoh Ayat: Satu daripada syarat untuk mengikuti program "Memandu Kapal Terbang" ialah peserta tidak buta warna.

Sumber diperolehi dari seribahasa Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'C' 1. Cabut Nyawa

Maksud: Membunuh.

Contoh Ayat: "Janganlah kau cabut nyawaku," pinta Rashidah. 2. Cacing Gila

Maksud: Meronta-ronta.

Contoh Ayat: Kesakitan yang dialaminya menyebabkan dia seperti cacing gila. 3. Cacing Kepanasan

Maksud: Gelisah.

Contoh Ayat: Dia seperti cacing kepanasan apabila disoal polis. 4. Cacing Naik Ke Mata

Maksud: Kelakuan atau perbuatan yang melampau.

Contoh Ayat: "Nampaknya perbuatan pegawai Inggeris itu seperti cacing naik ke mata," kata Tuk Penghulu.

5. Cahaya Mata Maksud: Anak.

Contoh Ayat: Puan Hayati baru sahaja melahirkan cahaya mata yang kedua. 6. Cakap Angin

Maksud: Cakap-cakap yang tidak berfaedah.

Contoh Ayat: Daripada bercakap angin dan melepak di gerai baiklah kita ke perpustakaan. 7. Cakap Besar

Maksud: Meninggi diri.

Contoh Ayat: Uyub suka bercakap besar tentang kekayaannya. 8. Cakap Mulut

Maksud: Bahasa yang digunakan dalam percakapan harian.

Contoh Ayat: Terdapat perbezaan antara bahasa tulisan dengan cakap mulut. 9. Cakap Tinggi

Maksud: Meninggi diri.

10. Cakar Awan = Pencakar Awan

Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi.

Contoh Ayat: Di kota besar banyak bangunan pencakar awan. 11. Cakar Ayam

Maksud: Tulisan yang buruk.

(30)

12. Cakar Langit = Pencakar Langit

Maksud: Bangunan-bangunan yang tinggi. 13. Campur Cakap

Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.

Contoh Ayat: "Kamu jangan campur cakap kalau kamu tidak tahu perkara yang sebenarnya," kata ayah.

14. Campur Mulut

Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain. 15. Campur Tangan

Maksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain. 16. Cangkul Angin

Maksud: Melakukan perbuatan yang sia-sia.

Contoh Ayat: Ah Lau cangkul angin sahaja kerana perniagaannya tidak membawa keuntungan.

17. Cari Akal = Mencari Akal

Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Contoh Ayat: Puan Ramlah mencari akal untuk menyelesaikan masalah perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.

18. Cari Bala

Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.

Contoh Ayat: Jangan cari bala dengan memberi perlindungan kepada pendatang asing. 19. Cari Fasal

Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.

Contoh Ayat: Ketua kumpulan samseng itu cari fasal dengan menendang kasut Kasim. 20. Cari Fikiran

Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. 21. Cari Ikhtiar

Maksud: Berusaha bersungguh-sungguh.

Contoh Ayat: Limah sedang mencari ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit anaknya. 22. Cari jalan

Maksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. 23. Cari Makan

Maksud: Bekerja atau mencari rezeki.

Contoh Ayat: Kebanyakan para nelayan menghadapi kesukaran untuk mencari makan kerana masalah pencemaran pantai yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. 24. Cari Muka

Maksud: Mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan pujian atau ganjaran. Contoh Ayat: Dia sengaja cari muka ketika pengurus ada.

25. Cari Nama = Mencari Nama

Maksud: Berusaha untuk menjadikan namanya dikenali ramai.

Contoh Ayat: Siti Nurhaliza mencari nama dengan melibatkan diri dalam bidang nyanyian. 26. Cari Rezeki

Maksud: Bekerja atau mencari rezeki. 27. Cari Salah

Maksud: Berusaha untuk mengetahui kesalahan orang.

Contoh Ayat: Omar cuba mencari salah Zainal dengan membuka semula laporan peribadi kawannya itu.

(31)

Maksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan. 29. Cari Susah

Maksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri. 30. Cecah Bahu = Mencecah Bahu

Maksud: Sampai ke paras bahu.

Contoh Ayat: Rambut anak gadisnya dibiarkan panjang hingga mencecah bahu. 31. Cecah Bumi = Mencecah Bumi

Maksud: Jejak ke bumi.

Contoh Ayat: Pohon teratai tumbuh di air dan akarnya tidak mencecah bumi. 32. Cepat Lidah

Maksud: Orang yang suka bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu.

Contoh Ayat: Sikap pengerusi mesyuarat yang cepat lidah menyebabkan kami berasa tersinggung.

33. Cepat Mulut

Maksud: Orang yang tidak tahan menyimpan rahsianya.

Contoh Ayat: Sikap Murni yang cepat mulut menyebabkan rakan-rakan menjauhinya. 34. Cepat Tangan

Maksud: Orang yang suka mencuri.

Contoh Ayat: Akibat perangainya yang cepat tangan, dia ditangkap polis. 35. Cerai Hidup

Maksud: Suami isteri yang bercerai ketika hidup.

Contoh Ayat: Kamisah bercerai hidup dengan suaminya sejak sepuluh tahun lalu. 36. Cerai Kasih = Bercerai Kasih

Contoh Ayat: Dalam keadaan ekonomi negara yang gawat, perniagaannya merosot dan dia akhirnya terpaksa gulung tikar.

45. Gunting Hati = Menggunting Hati Maksud: Melukai perasaan.

Contoh Ayat: Perbuatan anak gadisnya yang lari dari rumah itu telah menggunting hatinya. 46. Gunung Hati = Menggunung Hati

Maksud: Tersangat ingin.

Contoh Ayat: Menggunung hati kami hendak bertemu ibu yang telah terpisah sejak kami kecil lagi.

47. Gunung Payung

Maksud: Orang kesayangan.

Contoh Ayat: Dialah cucu tunggal yang menjadi gunung payung kepada nenek. 48. Gunung Runtuh

Maksud: Bunyi bergemuruh.

Contoh Ayat: Bunyi letupan dari kuari batu kapur yang berhampiran dengan kampung itu seperti gunung runtuh.

Sumber diperolehi dari seribahasa Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'H' 1. Habis Akal

Maksud: Bingung setelah berusaha sedaya upaya.

Contoh Ayat: Saya seolah-olah habis akal untuk mendapakan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke universiti pada tahun depan.

2. Habis Bulan

Maksud: Hujung bulan.

Contoh Ayat: Habis bulan Mac ini, dia akan berpindah ke Sarawak. 3. Habis Jadi Abu

(32)

Contoh Ayat: Pasukan Selangor gagal ke pertandingan akhir dan impian untuk bergelar juara habis jadi abu.

4. Habis Jodoh Maksud: Bercerai.

Contoh Ayat: Ramlan dan Ramlah telah habis jodoh setelah sepuluh tahun berkahwin. 5. Habis Modal

Maksud:

A) Tidak ada lagi modal yang tinggal.

B) Tidak ada lagi perkara yang hendak dicakapkan. Contoh Ayat:

A) Saya sudah habis modal untuk meneruskan perniagaan ini.

B) Cukuplah setakat sini, saya pun telah habis modal untuk bercakap. 6. Habis Nyawa = Menghabiskan Nyawa

Maksud: A) Mati.

B) Menebus dengan nyawa. Contoh Ayat:

A) Ayam yang dilanggar oleh motosikal tadi sudah habis nyawa ketika saya menghampirinya.

B) Dia sanggup menghabiskan nyawa untuk memerangkap harimau yang telah membaham ayahnya.

7. Habis Perkara Maksud: Selesai.

Contoh Ayat: Pertelingkahan semalam dianggap sudah habis perkara dan jangan dibangkitkan lagi.

8. Habis Tahun

Maksud: Penghujung tahun.

Contoh Ayat: Habis tahun ini saya akan berpindah ke luar negeri kerana ayah telah dilantik sebagai duta negara.

9. Halwa Mata

Maksud: Persembahan yang mengasyikkan.

Contoh Ayat: Persembahan tarian tradisional pada malam meraikan ahli sukan negara itu telah menjadi halwa mata para penonton.

10. Halwa Telinga

Maksud: Sesuatu yang baik untuk didengar.

Contoh Ayat: Rancangan "Senandung Malam" yang sering ke udara di radio itu akan menjadi halwa telinga apabila saya bersendirian di rumah.

11. Hampa Tangan

Maksud: Tidak mendapat apa-apa.

Contoh Ayat: Dia pulang dengan hampa tangan apabila kalah dalam pertandingan bahas itu. 12. Hancur Hati

Maksud: Sangat sedih.

Contoh Ayat: Hancur hati ibunya apabila menerima berita anaknya terlibat dalam kemalangan itu.

13. Hangat Hati

Maksud: Sangat marah.

Contoh Ayat: Hangat hati saya melihat dia memijak-mijak batas sayur itu. 14. Hangat-Hangat Kuku

Maksud: Suam-suam.

Contoh Ayat: Setiap pagi saya terpaksa menyediakan air yang hangat-hangat kuku untuk mandian adik.

15. Hangat-Hangat Tahi Ayam

(33)

Contoh Ayat: Kalau berniaga atau mengusahakan apa jua biarlah bersungguh-sungguh jangan hangat-hangat tahi ayam.

16. Hangus Hati

Contoh Ayat: Maksud: Sangat marah. 17. Harga Diri

Maksud: Maruah.

Contoh Ayat: Harga diri mesti dijaga walau di mana pun kamu berada. 18. Harga Mati

Maksud: Harga tetap.

Contoh Ayat: Semua barang di pasar raya itu dijual dengan harga mati. 19. Harga Pokok

Maksud: Harga yang belum dicampur dengan belanja lain.

Contoh Ayat: Harga pokok sebutir berlian ini RM5000, tetapi apabila dicampur dengan emas dan upah tukang menjadikan harganya bertambah mahal.

20. Hati Batu

Maksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.

Contoh Ayat: Zarina memang hati batu kerana dia tetap menyertai ekspedisi berkayak itu walaupun telah dilarang oleh ibunya.

21. Hati Berlian = Berhati Berlian Maksud: Sangat baik hati.

Contoh Ayat: Ibu tiriku berhati berlian. Dia menjaga kami adik-beradik bagai anaknya sendiri. 22. Hati Kecil

Maksud: Perasaan dalam batin.

Contoh Ayat: Hati kecil saya sering berkata bahawa suatu hari nanti saya pasti akan bertemu dengannya.

23. Hati Muda

Maksud: Rasa muda dalam hati.

Contoh Ayat: Saya tidak suka berkawan dengannya. Walaupun sudah tua tetapi tetap berhati muda.

24. Hati Nurani Maksud:

A) Hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan. B) Perasaan hati yang murni.

Contoh Ayat:

A) Pendidikan agama dapat membentuk hati nurani manusia untuk menjadi insan yang sentiasa bersyukur.

B) Jangan mengecewakan hati nurani anak kecil yang tidak berdosa. 25. Hati Tawajuh

Maksud: Hati yang semata-mata dihadapkan kepada Tuhan.

Contoh Ayat: Dia berhati tawajuh, kemewahan dunia tidak lagi dihiraukan. 26. Hati Terbuka

Maksud: Ikhlas.

Contoh Ayat: Kami menerima kedatangannya dengan hati terbuka. 27. Hati Tungau = Berhati Tungau

Maksud: Penakut.

Contoh Ayat: Lingkau nampak sahaja berani tapi sebenarnya berhati tungau. 28. Hati Waja

Maksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.

Contoh Ayat: Berkat semangatnya yang berhati waja, akhirnya Salma menjadi seorang pengusaha yang berjaya.

(34)

Maksud: Melakukan sesuatu tanpa pertimbangan.

Contoh Ayat: Semasa menjawab soalan peperiksaan fikir dahulu jangan hentam kromo sahaja.

30. Hidung Belang

Maksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.

Contoh Ayat: Perangai Ghabi yang hidung belang menyebabkan dia dimarahi oleh bapanya. 31. Hidung Tinggi

Maksud: Orang yang sombong.

Contoh Ayat: Kalau kita bersikap hidung tinggi kita tidak disenangi oleh kawan-kawan. 32. Hidup Terbuang

Maksud: Tersia-sia diri.

Contoh Ayat: Sudahlah nasib dirinya hidup terbuang, selalu pula diserang penyakit. 33. Hilang Akal

Maksud: Gila.

Contoh Ayat: Sejak berlakunya kemalangan yang mengorbankan anak dan isterinya, dia telah hilang akal.

34. Hilang Di Mata Jangan Hilang Di Hati

Maksud: Walaupun tinggal berjauhan tetapi selalu dalam ingatan.

Contoh Ayat: Meskipun kakak menetap di London, tetapi kami sering berutus surat, agar yang hilang di mata jangan hilang di hati pula.

35. Hilang Harapan

Maksud: Tiada mempunyai harapan lagi.

Contoh Ayat: Hilang harapan Sameon untuk memulakan perniagaannya kerana semua harta bendanya musnah dalam kebakaran itu.

36. Hilang Ingatan Maksud: Gila. 37. Hilang Lenyap

Maksud: Hilang tanpa berita.

Contoh Ayat: Badrun hilang lenyap setelah berlakunya kejadian amuk di kampung itu. 38. Hilang Nyawa

Maksud: Mati.

Contoh Ayat: Beberapa pekerja telah hilang nyawa dalam kemalangan itu. 39.Hilang Semangat

Maksud: Terkejut.

Contoh Ayat: Hilang semangat saya apabila disergah begitu. 40. Hilang-Hilang Timbul

Maksud: Sekejap ada sekejap tiada.

Contoh Ayat: Perangainya yang hilang-hilang timbul semasa latihan drama diadakan menaikkan darah pelakon-pelakon lain.

41. Hilir Mudik

Maksud: Berjalan ke sana ke mari.

Contoh Ayat: Janganlah hilir mudik sahaja, lebih baik tolong ayah kamu berniaga, kata ibu. 42. Hina Budi

Maksud: Berkelakuan buruk.

Contoh Ayat: Biar rupa kita buruk tetapi jangan hina budi, nasihat emak kepada kakak. 43. Hisap Darah

Maksud: Memeras atau menindas orang.

Contoh Ayat: Sejak ditubuhkan syarikat koperasi, orang tengah tidak dapat hisap darah petani lagi.

Referensi

Dokumen terkait