• Tidak ada hasil yang ditemukan

Senarai Peribahasa SPM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Senarai Peribahasa SPM"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Senarai Peribahasa SPM

Banyak pelajar yang gagal menguasai bahagian peribahasa walaupun hanya 6 markah. Namun, berdasarkan sukatan pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5, pelajar hanya perlu menguasai peribahasa mengikut buku teks. Berikut ialah senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4 dan tingkatan 5:

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Contoh Ayat : Ketua kampung menyeru penduduk setempat agar bekerjasama membanteras kes pecah rumah kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

2. Darah daging

Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

Contoh Ayat : Lelaki itu dipenjarakan kerana telah memperkosa darah dagingnya sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

Contoh Ayat : Kampung Seduku telah dipilih sebagai kampung contoh peringkat kebangsaan kerana penduduknya yang mengamalkan cara hidup berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

4. meninggi diri Maksud : Sombong

Contoh Ayat : Kedudukan keluarganya yang berada menyebabkan Aleen suka meninggi diri sehingga dia disisihkan oleh kawan-kawan di sekolahnya.

5. bermuka dua Maksud : Tidak jujur.

(2)

Contoh Ayat : Oleh sebab dia sering bermuka dua, kini tidak ada sesiapa lagi yang mepercayai kata-katanya walaupun dia bercakap benar.

6 baik hati

Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

Contoh Ayat : Pak Su memang terkenal sebagai seorang yang sangat baik hati dan pemurah kerana sering menolong penduduk kampung yang ditimpa musibah.

7. tulang belakang

Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

Contoh Ayat : Ketiadaan tulang belakang pasukan bola sepak negara iaitu Safee Sali sedikit sebanyak merencatkan corak serangan skuad Harimau Malaya ketika menentang pasukan Singapura malam tadi.

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang

Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Contoh Ayat : Ibu sering berpesan agar saya tidak berputus asa dalam

mengerjakan sesuatu tugas walaupun berat seperti kata peribahasa, “bara yang digenggam biar sampai jadi arang”.

9. bagai kaca terhempas ke batu Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Contoh Ayat : Kata-kata hinaan yang dihamburkan oleh teman rapatnya menyebabkan hatinya bagai kaca terhempas ke batu.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya

Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Contoh Ayat : Sikap menabung perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak mereka kecil bak kata orang tua-tua, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

(3)

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

Contoh Ayat : Pencapaian cemerlang Malaysia dalam pelbagai bidang telah melonjakkan nama Malaysia sehingga mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.

12. seperti lembu dicucuk hidung

Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Contoh Ayat : Sikap Lim yang seperti lembu dicucuk hidung menyebabkan dia sering dibuli oleh rakan-rakannya.

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

Contoh Ayat : Dalam merealisasikan hasrat negara menjelang Wawasan 2020, setiap pihak perlu bahu-mebahu agar yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Contoh Ayat : Rohayu berasa sangat gembira apabila impiannya untuk bergelar seorang guru sudah terlaksana ibarat dayung sudah di tangan, perahu sudah di air.

15. terang hati

Maksud : Lekas pandai.

Contoh Ayat : Amat mudah untuk mendidik pelajar yang terang hati kerana penerangan yang dibuat oleh guru mudah difahami dan tidak perlu diulang berkali-kali.

16. rendah hati

(4)

Contoh Ayat : Perwatakan Salim yang rendah hati dan mudah mesra

menyebabkan dia terkenal dalam kalangan guru dan pelajar di sekolahnya.

17. murah hati Maksud : Pemurah.

Contoh Ayat : Sifat murah hati tidak akan menyebabkan sesorang itu menjadi miskin malah rezeki yang diperoleh akan bertambah dengan kehendak Allah

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Contoh Ayat : Peribahasa Melayu memang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas dan sering menjadi wahana pemangkin bangsa.

19. Tangan kosong Maksud : Hampa.

Contoh Ayat : Ramai peminat bola sepak terpaksa pulang dengan tangan kosong apabila tiket habis dijual.

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5

1. lintah darat

Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi. Contoh Ayat : Jangan meminjam wang daripada si lintah darat itu kerana dia tentu akan mengenakan kadar faedah yang sangat tinggi.

2. bagai aur dengan tebing

Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

Contoh Ayat : Penduduk kampung ini mengamalkan sikap tolong-menolong bagai aur dengan tebing.

(5)

3. anak dagang

Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

Contoh Ayat : Sebagai anak dagang, Hasan pandai mengambil hati penduduk tempatan

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

Contoh Ayat : Dianna sekeluarga akan kembali semula ke Malaysia setelah 20 tahun tinggal di New Zealand kerana mereka tahu hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

Contoh Ayat : “Jika takut untuk menghadapi cabaran dalam bidang perniagaan, lebih baik awak menjadi petani saja, bak kata pepatah kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai,”kata Tuan Jamal kepada adiknya.

6. indah khabar daripada rupa

Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

Contoh Ayat : Majlis perkahwinan anak Mak Limah sebenarnya indah khabar daripada rupa kerana ramai tetamu yang merungut kelaparan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

Contoh Ayat : Sebelum meninggal dunia, Encik Muzammil telah membuat wasiat tentang pembahagian harta pusaka kepada anak-anaknya dengan seadil-adilnya, bak kata orang hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni

(6)

Contoh Ayat : Kita haruslah mengamalkan bukit sama didaki , lurah sama

dituruni dalam kalangan masyarakat untuk mempupuk perpaduan di negara kita

9. kacang lupakan kulit

Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

Contoh Ayat : Kita janganlah menjadi seperti kacang melupakan kulit umpamanya melawan ibu bapa atau guru kerana mereka banyak menjasa kepada kita.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal. Contoh Ayat : "Sewaktu kamu berada di sana kelak, pandai-pandailah kamu menjaga diri. Brepeganglah pada pepatah di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung" kata ayah kepada kakak

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

Contoh Ayat : Amalan masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak yang diamalkan oleh Azlan menyebabkan dia mempunyai ramai rakan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

Contoh Ayat : Kita hendaklah menjaga perpaduan dan menghindarkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketengangan atau kehancuran ibarat telur sesangkak,pecah sebiji, pecah semuanya.

13. memerah otak

(7)

Contoh Ayat : Murid-murid sedang memerah otak untuk menjawab soalan peperiksaan itu.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

Contoh Ayat : Kita haruslah berusaha untuk mencapai impian kita kerana jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

Contoh Ayat : Jikalau mahu menjadi orang yang berjaya, kamu mesti tabah menghadapi segala cabaran dan rintangan seperti kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

Contoh Ayat : Rafieza tidak menyangka bahawa dia akan ditawarkan jawatan Pengurus Pemasaran sedangkan dia hanya memohon jawatan kerani. Inilah yang dikatakan yang bulat tidak datang menggolek, yangpipih datang melayang

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

Contoh Ayat : Amir memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sebelum memiliki rangkaian pasaraya ternama itu kerana dia berpegang prinsip sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

(8)

Contoh Ayat : Syarikat jualan langsung yang diperolehi oleh golongan

bumiputera bak cendawan tumbuh selepas hujan kerana saban hari semakin ramai yang mendaftar perniagaan mereka.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Contoh Ayat : Penduduk kampung itu mengutamakan perbincangan atau permuafakatan dalam pelbagai perkara kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran

Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

Contoh Ayat : Janganlah kita bersikap tamak kerana bimbang yang dikerja tak dapat, yang dikendong berciciran

21. mencari jalan

Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Contoh Ayat : Kita terpaksa mencari jalan tengah untuk menyelesaikan persengketaan ini

22. biar mati anak, jangan mati adat

Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

Contoh Ayat : Majlis perkahwinan Hanim dibuat mengikut adat pepatih kerana menurut kehendak neneknya. Bagi neneknya, biar mati anak, jangan mati adat.

23.sediakan payung sebelum hujan

Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana. Contoh Ayat : Kita haruslah sediakan payung sebelum hujan sebelum menghadapi apa-apa kejadian.

(9)

Maksud : Gembira.

Contoh Ayat : Dia berbesar hatikerana permohonan biasiswanya telah diluluskan.

25. anak buah

Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

Contoh Ayat : Ketua Kampung itu telah menasihati anak buahnya supaya berwaspada terhadap bahaya dadah.

26. tuan rumah

Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara Contoh Ayat :

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung

Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Contoh Ayat : walaupun zaman telah menjadi moden keluarga nabilah tetap mengamalkan budaya dan adat resam mereka

28. batu penghalang Maksud : Halangan

Contoh ayat : Pemuda itu telah menjadi batu penghalang kepada Samsuri untuk mengahwini Mazida kerana beliau juga ada hati kepada wanita itu.

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

Contoh Ayat : Ayah Aman tidak risau akan masa depan Aman untuk membina rumah tangga kerana untung anak lelaki cari carikan untung anak perempuan nanti nantika

(10)

Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang. Contoh Ayat:Seperti ikan pulang ke lubuk, Hisham kembali ke kampung halamannya dan terus menetap di sana setelah sepuluh tahun merantau.

Referensi

Dokumen terkait

Perhitungan pendapatan nasional menunjukkan kepada seperangkat aturan dan teknik untuk mengukur aliran seluruh output barang dan jasa yang dihasilkan dan aliran seluruh input

membujur pegunungan Meratus Utara dari barat ke timur yang juga menjadi.. batas wilayah Provinsi

Proses diskusi atau dialog antar tokoh agama terkait permasalahan keagamaan pernah terjadi dalam kasus ketika saat itu permasalahan Ahok yang menistakan Umat Islam, dialog

Berdasarkan penjelasan motivasi manajemen laba tersebut, dapat disimpulkan bahwa ketika pada suatu kondisi yang mana pihak manajemen tidak berhasil mencapai target laba

Untuk mengetahui sisa zat radioaktif tersebut setelah sekian periode waktu paruh, dapat ditentukan dengan rumus yang sudah dikenal pada bidang kimia seperti pada

bahwa dengan terbitnya Peraturan Menteri Riset, Teknologi dan Pendidikan Tinggi Nomor 23 Tahun 2015 tentang Organisasi dan Tata Kerja Universitas Negeri Semarang,

DESKRIPSI MATA KULIAH Mata kuliah ini membahas konsep dan pengertian ekonomi sumber daya, ketersediaan dan kelangkaan sumber daya, jenis eksternalitas serta problema