• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bahasa Malaysia IV LKM400 Universiti Sains Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bahasa Malaysia IV LKM400 Universiti Sains Malaysia"

Copied!
41
0
0

Teks penuh

(1)

Written by : Dalilah Othman Notes from : Encik Tan

NOTA TATABAHASA

DAN

TIPS LKM400

UNIVERSITI SAINS

MALAYSIA

(2)

Kata Nama – apa apa yang nampak dan dgr Bila ada an kat belakang – kata nama

cth – ciptaan (tak kisah depan dia pe, ke, me etc.) Frasa – Rentetan kata yang tak boleh berdiri sendiri

Frasa nama, cth – Kerusi empuk, kereta mewah (sbb kerusi n kereta tu kata nama)

KKT (Kata kerja transitif) me

KKTT (Kata kerja tak transitif)

me…..…kan

Kata Kerja Transitif me……..i

KKT te

KKTT

Peraturan KKT

Semua KKT mesti diikuti Kata Nama atau Frasa Nama atau ayat komplemen Cth- Petani itu menanam padi.

(menanam – KKT)

Cth – Petani itu menangis.

(menangis - KKTT sbb ayat tu bole titik) Be…….kan – KKT mest diikuti KN/FN

(3)

Rumus Kata Kerja Transitif

Semua kata kerja transitif mesti diikuti oleh kata nama atau ayat komplemen. Cth – Pensyarah saya membincangkan tentang pergaduhan tersebut.

(buang tentang, sbb ’tentang’ tu kata sendi. Lpas kkt patutnya kata nama or ayt komplemen)

Senarai Kata Sendi

 Antara -akan -ke -seperti

 Di antara - dengan -pada -di

 Di dalam -tentang -laksana -dari

 Dalam -kepada -umpama -daripada

 Bagi -mengenai -hingga -sampai

 Bagai -sebagai -pun -untuk

 Oleh Cth

A) Kant membezakan antara perbuatan yang dilakukan. (buang antara)

B) Orientalis ialah orang yang mengkaji tentang hal ehwal ketua. (buang tentang)

Tips – setiap soalan tanya kat mana KKT

Kata Adjektif

1) Boleh check pakai kata penguat (sangat, sungguh etc) Cth – sangat cantik (cantik ialah kata adjektif)

2) Kata adjektif akan dduk sblah KN Cth- rumah besar (rumah KN, besar KA) 3) Special kata adjektif

- Lain - Mini - Pertama

(4)

4) Memper KA buang kan , i

cth – memperbesarkan (besar tu KA so buang kan atau I , so yg betul ialah memperbesar

cth – mempertingkatkan bangunan itu. Tingkat bukan KA so takleh buang kan

Merpertingkatkan – menjadikan dia bertingkat tingkat diper KA (buang kan , i )

Ayat aktif dan ayat pasif Kata ganti nama pertama

- Saya - patik

- Aku - kita

- Beta -kami

- Hamba Kata ganti nama kedua

- Awak - anda

- Engkau - saudara/i

- Kamu - tuan/puan

Kata ganti nama ketiga - Mereka - Beliau - Dia - Ia

kita kena tau kata ganti nama diri satu, dua atau tiga sebab exam akan keluar ayat aktif ayat pasif

nak tau ayat tu pasif atau aktif, cari KKT. Pastu tgk kalau kata kerja tu ada me kat depan dia, means ayat tu ayat aktif. Tak dak me pasif la.

Cth – alasan itu selalunya terpaksa kita tolak. (tak dak me, so pasif) Kalau aktif : saya menolak alasan itu. (ada me so aktif)

(5)

Bila kes ayat pasif, dia ada peraturan dia. 1)

Ganti Nama 1 X KATA KAN

X KERJA

Ganti Nama 2 X PASIF I

X (me )

Tak boleh ada apa2 kata (words) CTH - Kita terpaksa tolak.

(‘terpaksa’ pindah p depan sbb lepas GN1/GN2 tak boleh ada any word)

2) bila perkataan tu start dengan ‘di’ bukan ‘me’ itu cth ayat pasif. Mcm dibincangkan. Kalau perasan kes pertama tadi, untuk GN1 n GN2 ja. So GN3 tk leh ikut peraturan 1)

di oleh GN3/KN/KNkhas cth – Padi ditanam oleh dia. (dia tu cth GN3)

Quick Test kefahaman

Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif. 1) Saya menanam padi.

2) Kamu menanam padi. 3) Mereka menanam padi.

4) Kami membincangkan teori tersebut. 5) Anda membincangkan teori tersebut 6) Beliau membincangkan teori tersebut.

7) Professor Mahadi membincangkan teori tersebut. Answer:

1) Padi saya tanam. 2) Padi kamu tanam.

3) Padi ditanam oleh mereka. 4) Teori tersebut kami bincangkan. 5) Teori tersebut anda bincangkan.

6) Teori tersebut dibincangkan oleh beliau.

(6)

Same goes utk kes ada perkataan - Akan

- Sedang - Sudah - Belum

1) Kami akan membincangkan teori tersebut. Teori tersebut akan kami bincangkan.

2) Anda sedang membincangkan teori tersebut. Teori tersebut sedang anda bincangkan. 3) Beliau sudah membincangkan teori tersebut.

Teori tersebut sudah dibincangkan oleh beliau.

4) Professor Mahadi belum membincangkan teori tersebut. Teori tersebut belum dibincangkan oleh Professor Mahadi.

Ayat ini masih di anggap gramatis jika:

Subjek Predikat

Kakak saya (FN) Pensyarah Universiti (FN)

Orang itu (FN) Berjalan ke situ (FK)

Hadiah itu (FN) Untuk emak (FA)

Pelajar itu (FN) Sangat rajin. (FA)

#subjek benda yang nak di jelaskan. Predikat apa apa yg nak diterangkan. Predikat bole ke depankan.

Hal ini (S)kerana kerajinan(P). (lepas ‘kerana’ mesti KN)

Tapi klau sblah ‘hal ini kerana’ tk dak kata nama atau pun dia terus dengan ayat, kita kena tmbah ‘demikian’.

Cth – Hal ini (S)demikian kerana(P) any ayat.

Rumus

Semua subjek mesti Frasa Nama. Sesetengah Frasa Kerja atau Frasa Adjektif bole berfungsi sebagai Frasa Nama subjek. Frasa sendi tak boleh jadi Frasa Nama.

(7)

Penggunaan adalah dan ialah. - lepas ialah mesti KN

Tak bole FK lepas dia. - Lepas adalah mesti FS, FA

cth – Antara………..adalah KS

apa apa yang start dgn antara/antaranya mesti diikuti adalah. tak bole antaranya ialah Cth – Antara yang menghadiri majlis adalah PM Malaysia.

kalau tgk lepas ‘adalah’ diikuti dgn PM which is PM tu senanya KN. Tapi ayat ni betul. Sedangkan rule dia lepas adalah mesti diikuti dgn FS/FA. So why?

Sbb ayat tu ayat songsang. Kalau susun balik:

(8)

Tips lain yang penting

 Pada satu frasa tak boleh ada dua kata penguat Cth – amat tinggi sekali (x)

itu yang - kena tambah lah. Cth – inilah yang

Orang yang berjalan (subjek) kawan orang itu (predikat). Kalau songsangkan ayat tu, dia jadi:

Kawan orang itulah yang berjalan. Tambah lah

Beza memberi dan memberikan

- Dia memberi Aisyah seutas rantai

- Dia memberikan seutas rantai kepada Aisyah Memberi - penerima

Cth : org itu memberi emak nasi lemak Memberikan – bukan penerima

Cth : org itu meberikan nasi lemak kepada emak

Tips nak tau perkataan tu senanya satu kata atau dua kata?

Fikir dalam Bahasa inggeris. kalau Bahasa inggeris satu kata, BM will be two.

Temuduga – 2 perkataan senanya. Patutnya ejaan dia temu duga sbb dlm bi – interview. Interview satu kata, so bm jadi dua kata

Lalu lintas – 2 perkataan sbb traffic is one word.

(tapi tips ni tk bole pakai 100% , 80% ja boleh pakai tips ni)

Cth juruterbang. Dalam BI pilot. So mesti terfikir patutnya juru terbang tapi salah. For juruterbang tk leh pakai tips ni n ada laa lagi 20% words dlm BM tkleh pakai tips ni. Tips ni nak senangkan ja.

(9)

 Cth – Beliau ke pejabat di mana beliau bekerja tempat

Ganti di mana dgn iaitu yang ,

di antara………….dan ganti ‘dan’ with ‘dgn’

di antara nk bgitau pasal geografi/kawasan yg besar (eg. Johor) di antara utk bgitau tempat (titik coordinate)

antara saya dan org itu. Tukar ‘dan’ kepada ‘dgn’

kalau dia bagi di antara saya dgn org itu. Salah. Sbb di utk tempat. Yg ni bukan ckp psal tmpat.

Di dalam – tempat (bilik atau laci)

Dalam – abstrak (cth dlm perbincangan itu)

 Di kalangan (X) Dalam kalangan (/)

 Dari – tempat, masa, arah.  Di mana – sekadar bertanya

 Di mana-mana – tempat, cth (anda boleh duduk di mana-mana.)

 Ingin saya nasihatkan (X) Ingin saya nasihati (/)

 Keperitan yang mereka alami (X)

(10)

 Daripada segi (X) Dari segi, aspek (/)

 Ini disebabkan (X) Hal ini, perkara ini (/)

 Dikendalikan (X) Dikendali (/)

 Sejak daripada itu (X) Sejak itu (/)

 Memberi peluang (X) Memberikan peluang (/)

 Mempercepatkan

(salah sebab KA tak perlu ada kan dan i) Mempercepati

Mempercepat (/)

 Anti-Rusia (X)

Anti Rusia (/) Kata nama khas dgn kata nama khas baru ada sempang. Cth Malaysia-Thailand

 Berpunca daripada (X) Berpunca pada (/)

 Melayu, Cina, India – huruf besar

 Bahasa Melayu – huruf besar (kursus/subjek)

(11)

 Utk definisi, objektif, matlamat, cara guna ialah bukan adalah.  Tak boleh start ayat dengan ini, itu. Tukar kepada perkara ini/perkara itu.

import ngan export kena ada kan. Diimport (X)

Diimportkan (/)

Sehubungan dengan itu.

 Bila ayat tu bole titik tapi kita tak mau titik n nak sambung. Ia bole diikuti dengan FS. Cth – kawasan itu banjir. kita nak smbung ayat tu lagi so kena guna KS.

1) Kawasan itu banjir akibat………

2) Emak pergi ke rumah kawan dengan kereta.

 Sebagai akibat

kesan daripada hasil

ekoran

 baca tak dak ‘kan’ membaca (/)

membacakan (X)

 Baca buku oren muka surat 5,6,7,8,9,10

KS KN Ke rumah Daripada ayah Oleh kerana Oleh sebab *peraturan dia KS KN

(12)

Latihan 1 (latihan ejaan)

Kenal pasti kesalahan ejaan dalam ayat-ayat di bawah.

1) Ramai pelancung menuntun lakunan Tiunghua yang anih dalam pamiran itu. 2) Kaedah membuat beranika perabut rumah tersebut ditunjukkan oleh pehak yang

mengadakan pamiran.

3) Juru terbang itu seorang yang anti-perkauman.

4) Sebuah badan keabjikan atlit yang benar-benar aktif dan bertanggung jawab perlu diwujudkan.

5) Kueh-mueh dan lauk-pauk masakkannya itu sungguh sedap.

6) Setelah jemu menjadi kondakter dia ingin mencuba pula sebagai beroker, kendati pun mendapat tentangan daripada isteri-nya.

7) Gerbang keretapi itu diimport dari negeri Cina.

8) Barang-barang pejabat tersebut tersimpan di dalam setor. 9) Batu nesan itu dilapurkan hilang.

10) Kueh yang mencaer itu melilih keatas serbok di dalam mangkok.

11) Walau pun aku miskin, anakmu itu akan ku jaga seperti anak ku sendiri. 12) Borang saham boleh di ambil samada disini atau dipejabat saya esok. 13) Dailog tentang pengswastaan akan beakhir pada pukul 12.00 tengahari. 14) Keadaan jalanraya dan lalulintas di negara kita perlu dititik beratkan. 15) Beranika jenis makanan dan satay dihidangkan kepada kami.

16) Tarikan lain di Kaherah ialah baza membeli-belah yang modern dan traditional yang bertaboran di sekitar bandar.

17) Kebanyakkan pelancung mengkagumi akan keunikan alam semulajadi di situ. 18) Anak saya mendapat tempat ke2 dalam acara itu.

(13)

Latihan 2 (Kata Adjektif)

Cuba betulkan kesalahan ayat di bawah.

1) Lain-lain peserta juga diberi cendramata.

2) Dengan lain kata, perhubungan awam banyak melibatkan usaha jangka panjang. 3) Gadis yang memakai mini telekung itu menarik perhatian Saiful.

4) Dia pelajar yang amat pandai sekali.

5) Terdapat sedikit perubahan dalam peraturan tersebut.

6) Zarina masih perlu banyak latihan untuk meningkatkan kemahiran berbahasa. 7) Murid itu memanggil rakannya lantang.

8) Rupa kawan Latifah itu yang terelok sekali.

9) Dia membuat banyak kesalahan ketika menjawab soalan peperiksaan. 10) Pelajar yang lemah itu perlu diberi lebih bimbingan.

11) Pemborong biasanya memberikan sedikit diskaun kepada peruncit.

12) Dengan lain kata, perhubungan awam banyak melibatkan usaha jangka panjang. 13) Kebanyakan wanita-wanita Melayu Kelantan menceburi bidang perniagaan. 14) U.S.M. akan mengadakan satu siri syarahan-syarahan umum.

15) Buah delima mempunyai sangat banyak ulas.

16) Pertemuan buat pertama kali ini akan tetap membawa banyak perubahan. 17) Kita akan membuat sedikit perubahan dalam program tersebut.

(14)

Tukarkan ayat-ayat transitif aktif di bawah ini (setengah-setengahnya tidak gramitis) menjadi ayat pasif.

1) Pekerja sedang membaiki jalan. 2) Dia harus membaiki radio ini. 3) Saya mahu mencuba mainan ini. 4) Kita harus mengusir pendatang haram. 5) Pemeras ugut mengancam jutawan itu. 6) Serangga telah merosakkan tanaman.

7) Kamu mesti memberikan jawapan kepadanya. 8) Awak mesti memberi dia bantuan.

9) Mereka selalu menganiayai binatang itu. 10) Kita harus mendapatkan bantuan sekarang. 11) Kami tidak akan membuat latihan ini.

12) Hakim akan menjatuhkan hukuman ke atas pengedar dadah itu. 13) Hakim menjatuhi pengedar dadah itu hukuman.

14) Dia memberitahu mereka masalahnya.

15) Dia memberitahukan masalahnya kepada mereka. 16) Tuan rumah menghidangkan makanan kepada kami. 17) Tuan rumah menghidangi kami makanan.

18) Ahmad baru menjawat jawatan itu.

19) Komunis telah meresapkan fahamannya ke dalam kalangan rakyat. 20) Pengaruh komunis meresapi kawasan bandar.

(15)

Betulkan ayat pasif di bawah. (hint : K.Ganti Nama 1,2,3) 1) Alasan itu selalunya kita terpaksa tolak.

2) Dari semasa ke semasa penuntut kami akan diuji oleh kami. 3) Markah yang diperoleh saya tidaklah banyak.

4) Pilihlah nombor-nombor yang diminati oleh anda.

5) Kejadian yang berlaku di sekeliling kita banyak yang kita tidak sedari. 6) Jawapan anda akan diperiksa oleh kami.

7) Buku ini saya belum habis baca.

8) Kita perlu mengenal pasti halangan-halangan yang kita mungkin menghadapi. 9) Pemohon perlu menyebut jenis pengajian yang ia ingin mengikutinya.

10) Ini ialah langkah-langkah yang anda mesti mengikutinya.

11) Diharapkan pelajar mempraktikkan teori-teori yang mereka telah pelajari.

12) Tujuan rancangan ini ialah mencungkil potensi kepemimpinan siswa dalam lapangan-lapangan yang belum dia didedahkan sepenuhnya.

13) Mereka diberi maklumat am tentang firma-firma yang akan mereka ceburi. 14) Markah yang mereka peroleh itu tidaklah banyak.

(16)

Betulkan ayat di bawah.

1) Pengurus kawasan hendaklah melaporkan kepada Pengarah Negeri mengenai keputusan Jemaah Pengarah.

2) Imej setengah negara adalah sengaja digambarkan begitu.

3) Mulai tahun ini kerajaan menambahkan usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

4) Aktiviti dirancang berdasarkan kepada tujuan penubuhan.

5) Dengan adanya kedua-dua konsep inilah yang telah menentukan corak kerajaan kita. 6) Cuti belajar dengan separuh gaji dibenarkan jika mengambil kursus yang disenarai

oleh Kementerian Pelajaran.

7) Tugasnya adalah menyediakan laporan bulanan dan mengemukan kepada Pengarah. 8) Pihak yang berkenaan digesa membangun dan memajukan gerakan peladang. 9) Syarikat ini mengeluar dan memasarkan sepuluh jenama rokok.

10) Cara melaporkan kesalahan-kesalahan pemandu adalah dipermudahkan. 11) Untuk menjadi kaunselor yang efektif perlu banyak ilmu.

12) Di dalam ceramah mengatakan motivasi pelajar. Ulang kaji tatabahasa 2007

1) Satu cara yang boleh kerajaan lakukan supaya tambang dan kos sewa khidmat bas dan lori tidak naik ialah dengan memberi rebat ke atas diesel yang digunakan atau pengecualian cukai import ke atas alat ganti dan tayar.

2) Tanpa perpaduan sesebuah negara itu akan mendedahkan kepada berbagai bentuk kelemahan yang mana boleh akibat daripada kedaulatannya terjejas serta boleh menjatuh maruah negara.

3) Selain daripada itu, buku boleh membaca dalam pelbagai poster berbanding dengan komputer yang hanya boleh membaca melalui paparan monitor yang menghadkan pembaca duduk didepannya.

4) Antara peranan penting yang pihak kerajaan lakukan dalam meningkatkan minat membaca ialah mengadakan kempen membaca yang bertumpu pada pelajar dan ini perlu diperluaskan kepada kaki tangan awam dan orang ramai.

(17)

Jawapan Latihan 1

1) Ramai pelancong menonton lakonan Tiunghua yang aneh dalam pameran itu. 2) Kaedah membuat beraneka perabot rumah tersebut ditunjukkan oleh pihak yang

mengadakan pameran.

3) Juruterbang itu seorang yang anti perkauman.

4) Sebuah badan kebajikan atlet yang benar-benar aktif dan bertanggungjawab perlu diwujudkan.

5) Kuih-muih dan lauk-pauk masakannya itu sungguh sedap.

6) Setelah jemu menjadi kondukter dia ingin mencuba pula sebagai broker, kendatipun mendapat tentangan daripada isterinya.

7) Gerbang kereta api itu diimportkan dari negeri China. 8) Barang-barang pejabat tersebut tersimpan di dalam stor. 9) Batu nisan itu dilaporkan hilang.

10) Kuih yang mencair itu meleleh ke atas serbuk di dalam mangkuk. 11) Walaupun aku miskin, anakmu itu akan ku jaga seperti anakku sendiri. 12) Borang saham boleh diambil sama ada di sini atau di pejabat saya esok. 13) Dialog tentang pengswastaan akan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. 14) Keadaan jalan raya dan lalu lintas di negara kita perlu dititikberatkan. 15) Beraneka jenis makanan dan sate dihidangkan kepada kami.

16) Tarikan lain di Kaherah ialah bazar membeli-belah yang moden dan tradisional yang bertaburan di sekitar bandar.

17) Kebanyakan pelancong mengkagumi akan keunikan alam semula jadi di situ. 18) Anak saya mendapat tempat kedua dalam acara itu.

(18)

Latihan 2 (Kata Adjektif)

Cuba betulkan kesalahan ayat di bawah. 1) Peserta lain juga diberi cendramata.

2) Dengan kata lain, perhubungan awam banyak melibatkan/melibatkan banyak usaha jangka panjang.

3) Gadis yang memakai telekung mini itu menarik perhatian Saiful. 4) Dia pelajar yang amat pandai.

5) Terdapat perubahan yang sedikit dalam peraturan tersebut.

6) Zarina masih perlu latihan banyak untuk meningkatkan kemahiran berbahasa. 7) Murid itu memanggil rakannya dengan lantang.

8) Rupa kawan Latifah itu yang terelok sekali.

9) Dia membuat kesalahan yang banyak ketika menjawab soalan peperiksaan. 10) Pelajar yang lemah itu perlu diberi lebih banyak bimbingan/bimbingan yang lebih

banyak.

11) Pemborong biasanya memberikan diskaun sedikit kepada peruncit.

12) Dengan kata lain, perhubungan awam banyak melibatkan usaha jangka panjang. 13) Kebanyakan wanita Melayu Kelantan menceburi bidang perniagaan.

14) U.S.M. akan mengadakan satu siri syarahan umum.

15) Buah delima mempunyai banyak ulas/ulas yang sangat banyak.

16) Pertemuan buat kali pertama ini akan tetap membawa banyak perubahan. 17) Kita akan membuat perubahan yang sedikit dalam program tersebut.

(19)

Jawapan ayat pasif

1) Jalan sedang dibaiki oleh pekerja. 2) Radio ini harus dibaiki oleh dia. 3) Mainan ini mahu saya cuba. 4) Pendatang haram harus kita usir.

5) Jutawan itu diancam oleh pemeras ugut. 6) Tanaman telah dirosakkan oleh serangga. 7) Jawapan mesti kamu berikan kepadanya. 8) Dia mesti awak beri bantuan.

9) Binatang itu selalu dianiayai oleh mereka. 10) Bantuan itu harus kita dapatkan.

11) Latihan ini tidak akan kami buat.

12) Hukuman dijatuhkan oleh hakim ke atas pengedar dadar. 13) Pengedar dadah itu dijatuhi oleh hakim hukuman.

14) Mereka diberitahu oleh dia masalahnya.

15) Masalahnya diberitahukan oleh dia kepada mereka. 16) Makanan dihidangkan oleh tuan rumah kepada kami. 17) Kami dihidangkan oleh tuan rumah makanan.

18) Jawatan itu baru dijawat oleh Ahmad.

19) Fahamannya telah diresapkan oleh komunis ke dalam kalangan rakyat. 20) Kawasan bandar diresapi oleh Pengarah Komunis.

(20)

1) Alasan itu terpaksa kita tolak.

2) Dari semasa ke semasa akan kami uji penuntut kami. 3) Markah yang saya peroleh tidaklah banyak.

4) Pilihlah nombor-nombor yang anda minati.

5) Kejadian yang berlaku di sekeliling kita banyak tidak kita sedari. 6) Jawapan anda akan kami periksa.

7) Buku ini belum habis saya baca.

8) Kita perlu mengenal pasti halangan-halangan yang mungkin kita hadapi. 9) Pemohon perlu menyebut jenis pengajian yang ingin diikutinya.

10) Perkara ini ialah langkah-langkah yang mesti anda ikut. (ini/itu tkleh start ayat, kena tmbah perkara kt depan)

11) Diharapkan bahawa pelajar mempraktikkan teori-teori yang telah dipelajari oleh mereka. (kena tambah bahawa, same goes utk dinyatakan bahawa.. etc.)

12) Tujuan rancangan ini ialah mencungkil potensi kepemimpinan siswa dalam lapangan-lapangan yang belum didedahkan oleh dia sepenuhnya.

13) Mereka diberi maklumat am tentang firma-firma yang akan diceburi oleh mereka. 14) Markah yang diperoleh oleh mereka itu tidaklah banyak.

(21)

1) Pengurus kawasan hendaklah melaporkan keputusan Jemaah Pengarah kepada Pengarah Negeri.

2) Imej sesetengah negara sengaja digambarkan begitu.

3) Bermula pada tahun ini, kerajaan manambahkan usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

4) Aktiviti dirancangkan berdasarkan tujuan penubuhan.

5) Kedua-dua konsep inilah yang telah menentukan corak kerajaan kita. (subjek mesti FN)

6) Cuti belajar dengan separuh gaji dibenarkan jika mengambil kursus yang disenaraikan oleh Kementerian Pelajaran.

7) Tugasnya ialah menyediakan dan mengemukakan laporan bulanan Pengarah. 8) Pihak yang berkenaan digesa untuk membangunkan dan memajukan gerakan

peladang.

9) Syarikat ini mengeluarkan dan memasarkan sepuluh jenama rokok. 10) Cara melaporkan kesalahan-kesalahan pemandu dipermudah.

11) Menjadi kaunselor yang efektif memerlukan banyak ilmu. (subjek FN) 12) Ceramah itu mengatakan motivasi pelajar tinggi.

Jawapan tatabahasa 2007

1) Satu cara yang dapat dilakukan oleh kerajaan supaya tambang dan kos sewa perkhidmatan bas dan lori tidak dinaikkan ialah memberikan rebat terhadap diesel yang digunakan atau mengecualikan cukai import terhadap alat ganti dan tayar. 2) Tanpa perpaduan sesebuah negara akan terdedah pada pelbagai bentuk kelemahan

yang boleh mengakibatkan terjejasnya kedaulatan negara serta menjatuhkan maruah negara.

notes : mengakibatkan – KKT (kkt tk boleh sebelah dia ayat) kalau tadi kita buat

mengakibatkan kedaulatan negara terjejas (ayat) salah! mcm mana nak tau tu AYAT ke bukan? AYAT tu bila tak dak subjek dan predikat.

Cth bukan ayat – kedaulatan (s) negara terjejas (P)

So no 2 tadi, ubah kepada mengakibatkan (KKT) terjejasnya kedaulatan negara (FN) 3) Selain itu, buku boleh dibaca dalam pelbagai postur berbanding komputer yang

boleh dibaca hanya melalui paparan monitor yang menghadkan postur pembaca yang terpaksa duduk di depannya.

4) Antara peranan penting yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha meningkatkan minat membaca adalah mengadakan kempen membaca yang tertumpu pada pelajar dan kempen ini diperluas dalam kalangan kakitangan awam dan orang ramai.

(22)

Tips karangan

Baca isu semasa pasal:

1) Kebaikan dan keburukan Internet 2) Telefon bimbit dalam kalangan pelajar

3) Badan pengiktirafan (kos USM yang diiktiraf antarabangsa – perakauanan/it) 4) Kemerosotan ekonomi

5) Obesiti

6) Keganasan dalam negara

7) Kokurikulum menganggu akademik 8) Stress dalam kalangan pelajar/pekerja 9) GST

10) Halatuju pendidikan

11) Kebaikan belajar lebih pada satu Bahasa

12) Cabaran guru(guru ada kaitan dgn pemimpin, baca pasal pemimpin sama) 13) Tanggungjawab bersama dalam menaikkan Bahasa melayu (tiap tiap tahun final

masuk pasal bahasa melayu, so baca laa)

PS:// Jangan cakap “alahh bm jaa pun, malam exam pun bole study” jangan. Sebab LKM400, lagi tinggi peringkat dari BM STPM. Goodluck final.

(23)
(24)
(25)
(26)
(27)
(28)
(29)
(30)
(31)
(32)
(33)
(34)
(35)
(36)
(37)
(38)
(39)
(40)
(41)

Referensi

Dokumen terkait