• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap Penghayatan Nilai-Nilai Murni Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Semasa Menjalankan Kerja Amali Bengkel

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tahap Penghayatan Nilai-Nilai Murni Di Kalangan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Semasa Menjalankan Kerja Amali Bengkel"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Jurnal Teknologi, 39(E) Dis. 2003: 63–76 © Universiti Teknologi Malaysia

TAHAP PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA

PENDIDIKAN SEMASA MENJALANKAN KERJA AMALI BENGKEL

YAHYA BUNTAT1 & ROZITA SANAPI2

Abstrak. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk meninjau tahap penghayatan nilai-nilai murni para pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia semasa menjalani kerja amali di bengkel. Kajian ini melibatkan sejumlah 92 sampel kajian yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun satu dan tahun tiga Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) 1997/1998. Maklumat kajian diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada semua sampel yang terlibat. Hasil kajian mendapati para pelajar tersebut mempunyai tahap penghayatan yang tinggi dan bersikap positif. Bagaimanapun, beberapa aspek nilai-nilai murni didapati mendapat peratus penghayatan yang rendah dan perlu diberi perhatian semasa proses pembelajaran dijalankan. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memantapkan lagi amalan penghayatan nilai-nilai murni yang telah dilaksanakan.

1.0 PENGENALAN

Masalah kemerosotan ahlak di kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seringkali menjadi tajuk perbincangan hangat di kalangan masyarakat di negara ini. Ini disebabkan mereka merupakan tonggak kepada ketamadunan sesebuah bangsa dan negara. Tambahan pula mereka ini dianggap kelompok yang berilmu pengetahuan tinggi. Setiap tindak-tanduk mereka sentiasa diikuti dan dinilai oleh masyarakat. Umumnya masyarakat berpendapat bahawa akhlak adalah merupakan suatu faktor hidup yang amat penting di kalangan pelajar-pelajar IPT.

Untuk melahirkan akhlak yang tinggi adalah perlu bagi para pelajar mengamalkan nilai-nilai murni yang telah diterapkan oleh guru semasa berada di alam persekolah-an lagi. Pengamalpersekolah-an nilai-nilai murni di kalpersekolah-angpersekolah-an pelajar-pelajar ini mempunyai dua peranan penting. Pada peringkat individu, ia menentukan seseorang pelajar itu berjaya memperolehi ilmu dan kemajuan dalam latihan profesionnya dengan tahap disiplin yang tinggi sehingga melahirkan pelajar yang jujur dan amanah serta berakhlak mulia. Pada peringkat institusi pula setiap pelajar dalam institusi bertanggungjawab bagi menentukan kejayaan institusi itu sebagai gedung ilmu yang tidak tercemar dan terancam dengan amalan serta budaya tidak bermoral dan bertamadun.

Sungguhpun begitu untuk menentukan setiap pelajar di IPT mengamalkan

nilai-1&2

(2)

nilai murni bukanlah satu perkara yang mudah. Masalah-masalah seperti ponteng kuliah, tidak menghormati pensyarah, lewat menghantar tugasan, melanggar peraturan lalulintas, bergaduh, melakukan perkara sumbang seperti berkhalwat, seringkali wujud. Masalah ini sepatutnya tidak timbul kerana pelajar-pelajar ini telahpun didedahkan dengan nilai-nilai murni sebelum berada di IPT lagi.

Corak pembelajaran di IPT pula lebih mencabar dan memerlukan kesabaran serta usaha yang gigih. Pelajar-pelajar diberi peluang menentukan halatuju sendiri dan mereka dididik supaya lebih berdikari. Situasi pembelajaran di bengkel berbeza berbanding dengan pembelajaran di dalam kelas kerana di bengkel terdapat kerja amali dan dipenuhi dengan peralatan dan mesin. Penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni yang tinggi adalah amat diperlukan. Pelajar diharapkan dapat mematuhi segala peraturan dan arahan yang ditetapkan.Walau bagaimanapun terdapat juga para pelajar yang masih tidak mematuhi peraturan yang ditentukan dan ini menimbulkan masalah dalam pengurusan bengkel. Keadaan ini mengambarkan sebahagian pelajar tidak menghayati nilai-nilai murni yang telah diterapkan semenjak di bangku sekolah lagi. Menyedari hakikat ini pengkaji ingin meninjau tahap penghayatan nilai-nilai murni dan sikap terhadap kepentingan nilai-nilai murni di kalangan pelajar, semasa menjalan-kan amali di bengkel Fakulti Pendidimenjalan-kan UTM khususnya.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap penghayatan dan sikap para pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) (SPH) di UTM. Objektif khusus kajian ialah:

1. Mengenal pasti tahap penghayatan nilai-nilai murni pelajar-pelajar SPH semasa menjalankan kerja amali di bengkel.

2. Mengenal pasti tahap penghayatan nilai-nilai murni pelajar-pelajar SPH mengikut jantina dan tahun pengajian semasa menjalankan amali di bengkel.

3. Meninjau pandangan pelajar-pelajar SPH terhadap kepentingan nilai-nilai murni semasa menjalankan amali di bengkel.

4. Meninjau pandangan pelajar-pelajar SPH terhadap kepentingan nilai-nilai murni mengikut jantina dan tahun pengajian semasa menjalankan amali di bengkel. 3.0 METODOLOGI

Kajian ini adalah merupakan satu kajian berbentuk deskriptif. Populasi kajian terdiri daripada pelajar-pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) tahun satu dan tahun tiga atau SPH. Pemilihan sampel kajian adalah berdasarkan formula Kerjcie & Morgan (1970) dan dipilih secara rawak berlapis. Seramai 90 orang pelajar dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Sejumlah 34 orang pelajar dari keseluruhannya adalah terdiri daripada pelajar program perdana yang sedang menuntut

(3)

di tahun satu. Manakala 56 orang lagi adalah terdiri daripada pelajar bekas guru yang sedang menuntut di tahun tiga.

Instrumen kajian ini menggunakan soal selidik yang dibina mengandungi 3 bahagian. Bahagian A, berkaitan dengan maklumat dan latar belakang responden, Bahagian B, soalan-soalan berkaitan dengan tahap penghayatan nilai-nilai murni yang mengandungi 16 item. Manakala Bahagian C, soalan-soalan berkaitan dengan sikap terhadap kepentingan nilai-nilai murni yang juga mengandungi 16 item. Tahap penghayatan nilai-nilai murni diukur berdasarkan 5 tahap iaitu 1=Amat Rendah, 2=Rendah 3=Sederhana, 4=Tinggi dan 5=Amat Tinggi yang kemudiannya diringkaskan menjadi 3 tahap sahaja iaitu R=Rendah (gabungan tahap 1 dan tahap 2), S=Sederana, dan T=Tinggi (gabungan tahap 4 dan tahap 5). Manakala sikap terhadap kepentingan nilai-nilai murni pula diukur menggunakan skala likert lima mata daripada 1=Tidak Penting, hingga 5=Sangat Penting. Data diproses dalam bentuk peratusan dan min untuk memperihalkan dapatan kajian yang dijalankan.

4.0 KEPUTUSAN KAJIAN

Jadual 1 menunjukkan jumlah keseluruhan responden yang terlibat dalam kajian ini. Seramai 45 orang atau (50%) adalah terdiri daripada responden lelaki dan 45 orang atau (50%) lagi adalah terdiri daripada responden perempuan. Responden yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 21 tahun adalah seramai 34 orang (37.8%), 22 hingga 25 tahun hanya 1 orang (1.1%) dan umur 25 tahun ke atas sebanyak 55 orang (61.1%).

Jadual 1 Maklumat dan latar belakang responden

Latar belakang Bil. Peratus

1. Jantina Lelaki 45 50.0 Perempuan 45 50.0 2. Umur 18 – 21 tahun 34 37.8 22 – 25 tahun 1 1.1 25 tahun ke atas 55 61.1 3. Kumpulan 1 SPH (Perdana) 34 37.8 3 SPH (Bekas Guru) 56 62.2

4. Kelulusan akademik Diploma 22 24.4

STPM/HSC 10 11.1

SPM/MCE 44 48.9

SPVM/MCVE 14 15.6

5. Kelulusan ikhtisas Sijil Perguruan Asas 54 60.0 Tiada Sijil Perguruan Asas 36 40.0

6. Pengalaman mengguna 1 - 2 semester 17 18.9

bengkel 1 – 3 tahun 24 26.7

4 – 6 tahun 9 10.0

7 – 9 tahun 10 11.1

(4)

Seramai 22 orang (24.4%) adalah pemegang sijil diploma, 10 orang (11.1%) berkelulusan STPM/HSC, 44 orang (48.9%) berkelulusan SPM/MCE dan 14 orang (15.6%) adalah berkelulusan SPVM/MCVE. Seramai 54 orang sampel (60%) mempunyai Sijil Perguruan Asas. Mereka terdiri daripada bekas guru. Manakala 36 orang sampel (40%) bukan pemegang Sijil Perguran Asas terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah dan pemegang sijil diploma dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dari segi pengalaman menggunakan bengkel sebanyak 17 orang (18.9%) responden berpengalaman selama 1 hingga 2 semester. Manakala 24 orang (26.7%) berpengalaman selama 1 hingga 3 tahun, 10 orang (11.1) berpengalaman selama 7 hingga 9 tahun dan 30 orang (33.3%) responden lagi berpengalaman lebih daripada 10 tahun.

Objektif 1: Tahap penghayatan nilai-nilai murni pelajar-pelajar SPH semasa menjalankan kerja amali di bengkel

Berdasarkan Jadual 2 pula, secara keseluruhan penghayatan nilai-nilai murni di kalangan pelajar-pelajar SPH berada pada tahap yang tinggi. Item mengenai nilai hormat-menghormati mendapat min yang tertinggi iaitu 4.5, manakala item mengenai hemah tinggi mendapat min 4.4, kebersihan dengan min 4.2 dan nilai kesyukuran mendapat min 4.1.

Jadual 2 Tahap penghayatan nilai-nilai murni pelajar-pelajar SPH

Peratus tahap penghayatan

Nilai Tinggi (T) Sederhana (S) Rendah (R) Min

1. Baik hati 45.3% 35.6% 21.1% 3.3 2. Berdikari 43.3% 32.2% 24.5% 3.3 3. Hemah tinggi 86.6% 11.1% 2.2% 4.4 4. Hormat-menghormati 92.2% 4.4% 3.3% 4.5 5. Kasih sayang 37.8% 21.1% 41.2% 2.9 6. Keadilan 76.7% 17.8% 5.6% 4.0 7. Kebebasan 33.3% 44.5% 22.2% 3.3 8. Kebranian 68.9% 18.9% 12.2% 3.7 9. Kebersihan 82.2% 11.1% 6.6% 4.3 10. Kejujuran 78.9% 10.0% 11.1% 4.1 11. Kerajinan 25.6% 42.2% 32.2% 2.9 12. Kerjasama 52.2% 35.6% 12.2% 3.5 13. Kesederhanaan 73.3% 10.0% 16.6% 3.7 14. Kesyukuran 81.1% 12.2% 6.6% 4.2 15. Rasional 78.9% 12.2% 8.9% 4.0 16. Semangat bermasyarakat 71.1% 18.9% 10.0% 3.9 Purata keseluruhan 64.8% 14.8% 20.4% 3.8

(5)

Nilai hormat-menghormati selalu dihayati oleh responden kerana mereka merasakan perlu menghargai dan memuliakan pensyarah dan pembantu di bengkel semasa menjalankan amali agar pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Responden juga memberi gambaran bahawa mereka berhemah tinggi di dalam pergaulan dengan rakan sekelas dan mereka mengamalkan kebersihan di bengkel dengan mempastikan kawasan meja kerja dibersihkan sebelum mereka bersurai.

Responden juga menghayati nilai kesyukuran dengan mengucapkan terima kasih kepada rakan dan pensyarah yang membantu mereka semasa menjalankan amali di bengkel. Tahap penghayatan terhadap nilai kerajinan dan juga tahap penghayatan bagi nilai kasih sayang masing-masing mendapat min 2.9.

Objektif 2(a): Mengenal pasti tahap penghayatan nilai-nilai murni pelajar-pelajar SPH mengikut jantina semasa menjalankan amali di bengkel

Berdasarkan Jadual 3, kajian ini mendapati tahap penghayatan nilai-nilai murni mengikut jantina di antara responden lelaki dan responden perempuan adalah tinggi

Jadual 3 Tahap penghayatan nilai-nilai murni mengikut jantina

Peratus tahap penghayatan nilai

Item/Nilai Jantina R S T Min

1. Baik hati L 24.2 28.9 46.6 3.6 P 17.8 42.2 40.0 3.3 2. Berdikari L 15.6 22.2 62.6 3.6 P 33.4 42.2 24.4 2.9 3. Hemah tinggi L 2.2 4.4 93.3 4.5 P 2.2 17.8 80.0 4.2 4. Hormat-menghormati L 4.4 4.4 91.1 4.5 P 2.2 4.4 93.3 4.5 5. Kasih sayang L 40.0 17.8 42.2 4.5 P 42.2 24.4 33.3 2.9 6. Keadilan L 6.7 15.6 77.7 2.9 P 4.4 20.0 75.8 4.0 7. Kebebasan L 26.7 35.6 37.8 3.9 P 17.8 31.1 51.1 3.2 8. Keberanian L 8.9 8.9 82.2 3.4 P 15.5 28.9 55.5 3.9 9. Kebersihan L 4.4 17.8 77.7 3.5 P 8.9 4.4 86.6 4.2 10. Kejujuran L 6.7 11.1 82.2 4.3 P 15.6 8.9 75.5 4.0

(6)

dengan purata min 3.9 bagi pelajar lelaki dan purata min 3.7 bagi pelajar perempuan. Item hormat-menghormati bagi kedua-dua responden lelaki dan juga perempuan mendapat min tertinggi iaitu 4.5. Keduanya hemah tinggi dengan min 4.5 bagi pelajar lelaki dan 4.2 pelajar perempuan, ketiga kesyukuran min 4.4 bagi pelajar lelaki dan min 4.0 bagi pelajar perempuan. Seterusnya tahap penghayatan bagi nilai-nilai, semangat bermasyarakat, kesederhanaan, kerjasama, kebersihan, kebernaian, kebebasan, keadilan, kasih sayang, kerajinan, berdikari dan baik hati semuanya mendapat min melebihi 2.8.

Objektif 2(b): Tahap penghayatan nilai-nilai murni pelajar-pelajar SPH mengikut tahun pengajian semasa menjalankan amali di bengkel

Merujuk kepada Jadual 4, keputusan kajian ini mendapati tahap penghayatan nilai-nilai murni mengikut kumpulan juga adalah tinggi. Kumpulan pelajar 3SPH menunjukkan tahap penghayatan yang tinggi terhadap keseluruhan nilai-nilai murni. Walau bagaimanapun terdapat beberapa nilai murni yang berada pada tahap penghayatan sederhana iaitu, baik hati, kasih sayang, kebebasan, dan juga kerajinan. Begitu juga dengan responden 1SPH yang juga menghayati nilai hormat-menghormati.

Peratus tahap penghayatan nilai

Item/Nilai Jantina R S T Min

11. Kerajinan L 24.4 48.9 26.6 3.0 P 24.5 35.6 40.0 2.8 12. Kerjasama L 4.8 31.1 60.0 3.7 P 15.5 40.0 44.4 3.4 13. Kesederhanaan L 11.1 11.1 77.8 3.9 P 22.2 8.9 68.9 3.6 14. Kesyukuran L 2.2 8.9 88.9 4.4 P 11.1 15.6 73.3 4.0 15. Rasional L 6.6 13.3 80.0 4.0 P 11.1 11.1 77.7 4.0 16. Semangat bermasyarakat L 4.4 24.4 71.7 4.0 P 15.5 13.3 71.1 3.9 Purata keseluruhan L 19.3 12.1 68.6 3.9 P 17.2 21.9 61.0 3.7 R = Rendah L = Lelaki S = Sederhana P = Perempuan T = Tinggi Jadual 3 sambungan

(7)

Jadual 4 Tahap penghayatan nilai-nilai murni mengikut tahun pengajian

Tahap penghayatan nilai murni

Item/Nilai Kump R S T Min

F % F % F % 1. Baik hati 1SPH 9 26.5 13 38.2 12 35.3 3.2 3SPH 10 17.8 19 33.9 27 48.2 3.4 2. Berdikari 1SPH 13 38.3 14 41.2 7 20.5 2.8 3SPH 9 16.0 15 26.8 32 57.1 3.6 3. Hemah tinggi 1SPH 2 5.9 9 26.5 23 67.6 3.9 3SPH – 0.0 1 1.8 55 98.2 4.6 4. Hormat-menghormati 1SPH 2 5.9 3 8.8 29 85.3 4.4 3SPH 1 1.8 1 1.8 54 96.5 4.7 5. Kasih sayang 1SPH 17 50.0 8 23.5 9 26.5 2.6 3SPH 20 35.7 11 19.6 25 44.7 3.1 6. Keadilan 1SPH 4 11.8 9 26.5 21 61.8 3.7 3SPH 1 1.8 7 12.5 48 85.8 4.1 7. Kebebasan 1SPH 7 20.6 13 38.2 14 41.4 3.3 3SPH 13 23.2 17 30.4 26 46.4 3.3 8. Keberanian 1SPH 6 17.6 11 32.4 17 50.0 3.4 3SPH 5 90 6 10.7 45 80.4 3.9 9. Kebersihan 1SPH 4 11.4 9 26.5 21 61.8 3.9 3SPH 2 3.6 1 1.8 53 94.6 4.5 10. Kejujuran 1SPH 5 14.7 9 26.5 20 58.8 3.7 3SPH 5 8.9 – – 51 91.1 4.3 11. Kerajinan 1SPH 9 26.4 18 52.9 7 20.6 2.9 3SPH 20 35.7 20 35.7 16 28.6 2.9 12. Kerjasama 1SPH 7 20.6 18 52.9 9 26.4 3.1 3SPH 4 7.2 14 25.0 38 67.9 3.8 13. Kesederhanaan 1SPH 8 23.5 6 17.6 20 58.8 3.5 3SPH 7 12.5 3 5.4 46 82.1 3.9 14. Kesyukuran 1SPH 5 14.7 10 29.4 19 55.8 3.7 3SPH 1 1.8 1 1.8 54 96.4 4.5 15. Rasional 1SPH 6 17.6 7 20.6 21 61.8 3.7 3SPH 2 3.6 4 7.1 50 89.3 4.2 16. Semangat bermasyarakat 1SPH 5 14.7 15 44.1 14 41.1 3.4 3SPH 4 7.2 2 3.6 50 89.3 4.2 Purata keseluruhan 3.5 3.9 R = Rendah F = Frekuensi (Kekerapan)

S = Sederhana T = Tinggi

(8)

Ini amat bersesuaian sekali kerana mereka akan mendidik anak bangsa di masa depan agar dapat menerapkan nilai-nilai murni selaras kehendak FPN.

Objektif 3: Meninjau pandangan pelajar-pelajar SPH terhadap kepentingan nilai-nilai murni semasa menjalankan amali di bengkel

Berdasarkan Jadual 5, kajian ini mendapati keseluruhan responden mempunyai pandangan positif terhadap kepentingan nilai-nilai murni dalam menjalankan amali di bengkel. Ini jelas terbukti hasil daripada min yang diperolehi dari setiap item yang diuji, purata min secara keseluruhan untuk 16 item adalah 4.0 dan mereka berpandangan positif serta bersetuju menyatakan nilai-nilai murni penting diamalkan semasa amali di bengkel. Pelajar-pelajar ini juga menganggap nilai keberanian dan keadilan sebagai sesuatu yang sangat penting min 4.5 berbanding dengan nialai-nilai yang lain. Nilai berdikari dianggap kurang penting dengan min 3.0 dan peratus yang diperolehi sebanyak 11.1%.

Jadual 5 Pandangan pelajar-pelajar SPH terhadap kepentingan nilai-nilai murni

Item/Nilai Kepentingan nilai Kekerapan Peratus Min

1. Baik hati Tidak penting 8 8.8 4.0

Tidak pasti 4 4.4

Penting 78 86.7

2. Berdikari Tidak penting 32 35.6 3.0

Tidak pasti 21 23.3

Penting 37 41.1

3. Hemah tinggi Tidak penting 11 12.3 3.7

Tidak pasti 18 20.0

Penting 61 67.8

4. Hormat-menghormati Tidak penting 14 15.6 3.9

Tidak pasti 12 13.3

Penting 64 71.1

5. Kasih sayang Tidak penting 9 10.0 4.5

Tidak pasti 13 14.4

Penting 68 75.5

6. Keadilan Tidak penting 6 6.6 4.4

Tidak pasti 3 3.3

Penting 81 90.0

7. Kebebasan Tidak penting 7 7.7 4.4

Tidak pasti 4 4.4

(9)

Objektif 4(a): Meninjau pandangan pelajar-pelajar SPH terhadap kepentingan nilai-nilai murni

mengikut jantina semasa menjalankan amali di bengkel

Berdasarkan Jadual 6, pelajar lelaki dan perempuan mempunyai pandangan yang positif dengan purata min 4.0, dan mengakui bahawa nilai-nilai murni itu penting dalam amali di bengkel.

Item/Nilai Kepentingan nilai Kekerapan Peratus Min

8. Kebenarian Tidak penting 6 6.6 4.3

Tidak pasti 1 1.1

Penting 83 92.2

9. Kebersihan Tidak penting 8 8.9 4.3

Tidak pasti 4 4.4

Penting 78 86.7

10. Kejujuran Tidak penting 9 10.0 4.3

Tidak pasti 5 5.6

Penting 76 84.4

11. Kerajinan Tidak penting 11 12.3 4.0

Tidak pasti 10 11.1

Penting 69 76.6

12. Kerjasama Tidak penting 13 14.5 3.5

Tidak pasti 26 28.9

Penting 51 56.6

13. Kesederhanaan Tidak penting 8 8.8 4.0

Tidak pasti 8 8.8

Penting 74 82.4

14. Kesyukuran Tidak penting 5 5.5 4.4

Tidak pasti 6 6.7

Penting 79 87.8

15. Rasional Tidak penting 15 16.7 3.9

Tidak pasti 8 8.8

Penting 67 74.5

16. Semangat bermasyarakat Tidak penting 14 15.6 3.8

Tidak pasti 15 16.7 Penting 61 67.7 Purata keseluruhan 4.0 % Penting 76.8 % Tidak pasti 11.0 % Tidak penting 12.2 Jadual 5 sambungan

(10)

Jadual 6 Pandangan pelajar-pelajar SPH terhadap kepentingan nilai-nilai murni mengikut jantina

Peratus kepentingan nilai

Item/Nilai Jantina TP TPG P Min

1. Baik hati L 8.9 4.4 86.7 4.0 P 8.9 4.4 86.7 4.0 2. Berdikari L 28.9 24.4 46.6 3.1 P 42.2 22.2 35.6 2.9 3. Hemah tinggi L 13.4 17.8 68.9 3.7 P 11.1 22.2 66.6 3.7 4. Hormat-menghormati L 15.5 17.8 66.7 3.8 P 15.5 8.9 75.5 3.6 5. Kasih sayang L 6.6 17.8 75.5 4.0 P 13.4 11.1 75.5 3.9 6. Keadilan L 4.4 2.2 93.3 4.5 P 8.8 4.4 86.6 4.5 7. Kebebasan L 4.4 2.2 93.3 4.5 P 11.1 6.7 82.3 4.3 8. Keberanian L 2.2 – 97.8 4.5 P 11.1 2.2 86.6 4.4 9. Kebersihan L 8.9 6.7 84.4 4.2 P 8.8 2.2 88.9 4.4 10. Kejujuran L 8.8 6.7 84.4 4.2 P 11.1 4.4 88.9 4.3 11. Kerajinan L 11.1 6.7 84.4 4.0 P 13.3 15.6 84.5 4.0 12. Kerjasama L 13.3 31.1 82.2 3.4 P 15.5 26.7 71.1 3.5 13. Kesederhanaan L 11.1 11.1 55.5 3.9 P 6.6 6.7 57.7 4.2 14. Kesyukuran L 4.4 8.9 77.7 4.3 P 6.6 4.4 86.7 4.5 15. Rasional L 13.3 6.7 86.7 3.9 P 20.0 11.1 88.9 3.9 16. Semangat bermasyarakat L 13.3 17.8 80.0 3.8 P 17.8 15.6 68.8 3.8 Purata keseluruhan L 10.5 11.5 4.0 P 13.9 10.6 4.0 TP – Tidak Pasti TPG – Tidak Penting P – Penting

(11)

Objektif 4(b): Meninjau pandangan pelajar-pelajar SPH terhadap kepentingan nilai-nilai murni

mengikut tahun pengajian semasa menjalankan amali di bengkel

Jadual 7, pula menunjukkan keseluruhan pelajar di dalam kumpulan 3SPH dan 1SPH juga mempunyai pandangan yang positif terhadap kepentingan nilai-nilai murni. Pelajar-pelajar kumpulan 3SPH (Bekas guru) menyetujui bahawa nilai-nilai seperti kebebasan, keberanian, bersih fizikal dan mental, kejujuran, baik hati, kesyukuran dan keadilan adalah amat penting dan perlu dihayati serta diamalkan dalam amali bengkel. Manakala kumpulan 1 SPH (Perdana) berpandangan positif dan mempunyai peratus tertinggi untuk nilai keadilan dan keberanian dengan min antara 4.2 hingga 4.6 Namun begitu nilai berdikari mempunyai peratus terendah dengan min 2.9.

Jadual 7 Pandangan pelajar SPH terhadap kepentingan nilai-nilai murni mengikut kumpulan

Tahap penghayatan nilai murni

Item/Nilai Kump TP TPG P Min

F % F % F % 1. Baik hati 1SPH 6 17.6 1 2.9 27 79.4 3.9 3SPH 2 3.6 3 5.4 51 91.1 4.1 2. Berdikari 1SPH 13 38.2 11 32.4 10 29.4 2.9 3SPH 19 33.9 10 17.9 27 48.2 3.1 3. Hemah tinggi 1SPH 5 14.7 10 29.4 19 55.9 3.6 3SPH 6 10.8 8 14.3 42 75.0 3.8 4. Hormat-menghormati 1SPH 8 23.6 8 23.5 18 52.9 3.3 3SPH 6 10.8 4 7.1 46 82.1 3.9 5. Kasih sayang 1SPH 5 14.4 6 17.6 23 67.7 3.8 3SPH 4 7.2 7 12.5 45 80.3 4.0 6. Keadilan 1SPH 4 11.8 1 2.9 29 85.3 4.3 3SPH 2 3.6 2 3.6 52 92.8 4.6 7. Kebebasan 1SPH 5 14.7 4 11.8 25 73.5 4.0 3SPH 2 3.6 – – 54 96.4 4.7 8. Keberanian 1SPH 5 14.7 – – 29 85.3 4.2 3SPH 1 1.8 1 1.8 54 96.5 4.6 9. Kebersihan 1SPH 5 14.7 4 11.8 25 73.5 4.0 3SPH 3 5.4 – – 53 94.7 4.5 10. Kejujuran 1SPH 6 17.7 4 11.8 24 70.6 3.9 3SPH 3 5.4 1 1.8 52 92.9 4.5 11. Kerajinan 1SPH 7 20.6 8 23.5 19 55.9 3.6 3SPH 4 7.2 2 3.6 50 89.3 4.3

(12)

5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Kajian ini mendapati tidak semua 16 nilai-nilai murni yang telah dikaji dihayati sepenuhnya. Terdapat dua belas 12 nilai yang dihayati sepenuhnya oleh responden, dan ini selaras dengan kenyataan Kamarudin (1989) bahawa IPT memang telah lama berusaha menerapkan nilai-nilai Islam di kalangan para pelajar. Manakala empat nilai telah dikenal pasti sederhana penghayatannya, iaitu nilai berdikari, kasih sayang, kerjasama dan kerajinan. Nilai hormat-menghormati berada pada tahap yang paling tinggi penghayatannya di dalam kajian ini. Fenomena ini menunjukkan, sikap hormat-menghormati sesama manusia adalah menjadi norma hidup yang menjadi perkara utama. Sikap kasih sayang kelihatan kurang diberi perhatian oleh para pelajar dalam kajian ini. Sebagai seorang pelajar sikap ini harus ditanam dan diamalkan terutama di bengkel-bengkel kerja amali bagi mengelakkan berlakunya pembaziran terhadap bahan-bahan kerja amali di bengkel. Pelajar juga haruslah memberikan kerjasama kepada semua kakitangan yang menguruskan bengkel agar pengurusan di bengkel dapat dilaksanakan dengan sempurna. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap penghayatan pelajar terhadap sikap kerjasama tidak mendapat peratusan yang tinggi. Begitu juga dengan sikap kerajinan, di mana dapatan kajian ini menunjukan tahap kerajinan para pelajar agak rendah berbanding dengan penghayatan dan amalan nilai-nilai murni yang lain. Pelajar haruslah mengamalkan sikap kerajinan agar kerja-kerja

Tahap penghayatan nilai murni

Item/Nilai Kump TP TPG P Min

F % F % F % 12. Kerjasama 1SPH 6 17.7 12 35.3 16 47.0 3.2 3SPH 7 12.5 14 25.0 35 62.5 3.6 13. Kesederhanaan 1SPH 4 11.8 6 17.6 24 70.6 3.9 3SPH 4 7.2 2 3.6 50 89.3 4.2 14. Kesyukuran 1SPH 4 11.7 5 14.7 25 73.5 4.1 3SPH 1 1.8 1 1.8 54 96.4 4.6 15. Rasional 1SPH 8 23.5 8 23.5 18 52.9 3.6 3SPH 7 12.5 – – 49 87.5 4.1 16. Semangat bermasyarakat 1SPH 8 23.6 9 26.5 17 50.0 3.5 3SPH 6 10.7 6 10.7 44 78.5 3.9 Purata keseluruhan 1SPH 18.4 17.6 64.0 3.7 3SPH 8.6 6.8 96.4 4.2

TP – Tidak penting F – Frekuensi (Kekerapan) TPS – Tidak pasti

P – Penting

(13)

amali di bengkel dapat disiapkan mengikut rancangan yang diatur supaya dapat mengelakkan berlakunya kesesakan di bengkel di saat-saat akhir semester pengajian yang boleh mengakibatkan berlakunya kejadian yang tidak diingini di bengkel amali. Implikasi kajian menjelaskan bahawa sikap mereka yang mementingkan sebahagian sahaja nilai-nilai murni perlu diberi perhatian, kerana mereka ini bakal melaksanakan sistem pendidikan yang menghendaki guru-guru menerapkan nilai-nilai murni di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka selaras dengan kehendak FPN. Ini adalah merupakan satu usaha untuk mengatasi masalah Budaya Ilmu (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1991) bagi melahirkan kesan yang positif terhadap proses pembelajaran dan penghayatan nilai-nilai murni. Beberapa perkara berikut dicadangkan:

1. Pelajar-pelajar diharapkan mengamalkan dan menghayati sepenuhnya enam belas nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian dan bukan sekadar menghayati sewaktu berada di bengkel atau kelas sahaja.

2. Para pensyarah dan tenaga akadamik hendaklah membuat penilaian terhadap seseorang pelajar tidak hanya berdasarkan kepada pencapaian yang cemerlang di dalam akademik tetapi juga mengambil kira sikap dan personaliti mereka sepanjang pengajian.

3. Tenaga pengajar haruslah memastikan pelajar-pelajar ditegaskan dan diterapkan nilai-nilai murni secara menyeluruh sewaktu kelas amali dijalankan supaya mereka sedar dan faham aspek-aspek nilai-nilai murni dan cara menerapkannya dalam pembelajaran. Pengetahuan dan pengalaman ini penting untuk dijadikan bekalan apabila mereka bertugas di sekolah, setelah mereka tamat pengajian kelak.

RUJUKAN

Alias Baba. 1992. Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Ariffin Ba’ada. 1991. “Penerapan Nilai-nilai Merentasi Kurikulum – Ke Arah Melahirkan Generasi Yang Harmonis”.

Jurnal Pendidikan. 35: 43-47.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1986. Nilai-nilai Murni Dalam KBSM Cabaran Untuk Pendidik. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Krejcie, R. V., dan D. W. Morgan. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement. 30(3): 607-610.

Mohamed Yamin Mohamed Yusof. 1991. “Penerapan Nilai-nilai Murni Dalam Buku Teks Bahasa Malaysia KBSM”. Jurnal Pendidikan. 35: 26.

Mohd. Azib Salleh dan Abdullah Othman. 1991. “Disiplin Pelajar Di Kampus”. Dalam: Persatuan Pendidikan Malaysia. Disiplin dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise; 73.

Mohd. Majid Konting. 1990. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: DBP.

Mohd. Najib Ghafar. 1996. Asas Penyelidikan Sains Sosial. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia. Salant, P., dan D. A. Dillman. 1994. How To Conduct Your Own Survey. New York: John Wiley & Sons, Inc. Sow Heng Loke, dan Loh Kok Wah. 1991. “Status Komponen Nilai-nilai Murni Dalam Sains KLSM dan Implikasinya

Ke atas KBSM”. Jurnal Pendidikan. 35: 57-58.

Sufean Hussin. 1991. Pengajaran Nilai dalam Kurikulum. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin. 1988. “Ke Arah Pelaksanaan Nilai-nilai Murni Dalam KBSM: Falsafah Pendidikan

(14)

Tajul Ariffin Noordin, dan Nor’aini Dan. 1992. Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ilmu. Tunku Sarah Tunku Mohd. Jiwa. 1997. “Pembinaan Model Penerapan Nilai Murni Di Dalam Pengajaran Di IPT”.

Tesis Ph.D, UTM.

Referensi

Dokumen terkait

Pelatihan berpengaruh positif dan signifikan terhadap kinerja pegawai pada Kantor Ditjen Kekayaan Negara Suluttengo Dan Malut Di Manado, hasil penelitian menunjukkan pelatihan

(Wawancara siswa, 26 Februari 2019) Pada tahap ini, siswa diberikan kebebasan untuk membangun pengetahuan mereka dengan terlibat aktif dalam lingkungan belajar (melalui

Dengan demikian, hipotesis yang penulis ajukan yaitu “ada perbedaan hasil belajar peserta didik yang proses pembelajarannya menggunakan media pembelajaran mind map

Permasalahan keterbatasan jumlah pengawas sebenarnya sudah menjadi perhatian pemerintah daerah Kota Malang, sehingga setiap tahun Disnakertrans Kota membuat perencanaan kebutuhan

Konteks tersebut seharusnya menjadi sorotan bagi Lembaga Pendidikan Anak Usia Dini (PAUD) dari kebijakan hingga praksis di lapangan untuk bertransformasi sedini mungkin.

Pusat Pengembangan Minat dan Bakat pemuda Tanjung Morawa atau lebih sering kita kenal dengan nama Gelanggang Remaja, merupakan suatu wadah yang memungkinkan

[r]

2.4.1 Aturan Sarrus. Sedangkan untuk determinan matriks berorde lebih dari 3 digunakan metode ekspansi.. Nilai determinan akan berubah tanda bila salah satu baris