• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perkembangan Kanak-kanak

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Perkembangan Kanak-kanak"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Setiap yang hidup akan mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu. Perbezaan individu adalah diertikan sebagai ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu. Perkembangan individu menyumbang kepada perbezaan ini. Setiap manusia yang normal akan mengalami perubahan dan perkembangan dari aspek fizikal, sosial, kognitif dan emosi sejak mereka dilahirkan sehinggalah menjadi remaja, dewasa dan tua.

Proses pembelajaran akan membantu seseorang individu memperkembangkan potensi yang sedia ada dalam dirinya. Dengan itu, guru sangat penting dalam memainkan peranan untuk membentuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan demi melahirkan murid yang cemerlang dari pelbagai aspek. Sebagai seorang guru harus berpengetahuan luas tentang latar belakang setiap kanak-kanak serta proses dan prinsip perkembangan kanak-kanak agar dapat melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Guru harus menerima hakikat bahawa setiap individu adalah berbeza. Untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran secara berkesan, guru-guru perlu merancangkan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut personaliti murid-murid supaya dapat mempertingkatkan tahap keyakinan mereka semasa pembelajaran dijalankan.

Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan mengambil perhatian terhadap wujudnya perbezaan individu dengan mengetahui setiap murid adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, tahap sosioekonomi dan lain-lain lagi. Perbezaan individu ini akan membawa kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka. Demi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, guru berperanan memahami dan mengenali setiap jenis murid di dalam kelas agar murid dapat mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.

(2)

2.0 ISI

Kewujudan perbezaan individu turut membawa kesan kepada pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah. Guru boleh menangani masalah perbezaan individu dalam kalangan murid-murid di bawah pengawasannya dengan memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada beberapa aspek semasa merancang atau melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru memerlukan kemahiran untuk merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat disampaikan kepada murid-murid untuk memperoleh hasil pembelajaran maksimum.

Menurut Boon dan Ragbir (1997), setiap individu berbeza dari segi lahiriah, rohaniah, kadar perkembangan, tingkah laku dan kebolehannya. Oleh itu, guru harus merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut kebolehan murid. Sehubungan ini, guru harus gunakan strategi dan pendekatan yang sesuai untuk melayan murid yang berbaza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosial.

Pendekatan Tematik

Antara pendekatan yang dapat menyelesaikan perbezaan individu ialah pendekatan tematik. Pendekatan tematik merupakan satu usaha untuk mengintegrasi pengetahuan, kemahiran dan nilai pembelajaran serta pemikiran yang kreatif dengan menggunakan tema. Pendekatan secara tema akan membolehkan murid menganalisis, membuat generalisasi dan mengaplikasi pengetahuan. Pendekatan tematik memberi peluang kepada murid mengalami pelbagai pengalaman dalam situasi yang berlainan. Pendekatan tematik menekankan strategi berpusatkan murid. Dalam aspek ini, guru mesti mengambil kira minat, tahap kebolehan dan pengalaman kanak-kanak semasa merancang aktiviti.

Tema yang dipilh oleh guru mesti sesuai dengan minat dan kebolehan serta pengalaman murid. Contoh tema yang boleh dipilih untuk murid ialah pakaian atau rumah. Tema tersebut mempunyai kaitan dengan kehidupan dan pengalaman murid. Murid diberi peluang untuk berdikari, meneroka dan mengalami untuk diri sendiri. Guru harus menggalakkan muridnya untuk mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembelajaran kerana secara semulajadi, kanak-kanak dapat belajar dengan cara membuat. Selain itu, murid boleh memilih untuk membuat perbincangan individu atau perbincangan kumpulan kecil yang dapat membuat jaringan bersama rakan demi menghasilkan pemikiran yang bernas.

(3)

Tema mempunyai sikap yang luas dan meliputi pelbagai bidang. Oleh itu guru perlu bijak memlih tema dan aktiviti yang dapat mengembangkan kemahiran kreativiti murid. Di samping itu, guru boleh memilih reka bentuk aktiviti yang sesuai dengan tema atau menggunakan bahan-bahan yang banyak untuk meningkatkan prestasi murid ke arah pencapaian matlamat pembelajaran. Dalam hal ini, murid diberi peluang untuk memilih pembelajaran mereka mengikut kemampuan dan minat diri sendiri. Dengan memberi peluang kepada murid untuk memilih tema, mereka akan berasa kepunyaan dan kemasyarakatan apabila murid dapat belajar bersama dan berkongsi pendapat mereka.

Proses pembelajaran secara tematik bukan sahaja dapat menolong kanak-kanak untuk berfikir dengan kreatif dan kritis semasa belajar malah juga dapat mengurangkan perbezaan individu. Pendekatan tematik dapat mengurangkan perbezaan yang ketara tentang perkembangan kognitif, emosi dan hubungan sosial antara murid kerana murid diberi peluang untuk mengembangkan pontensi diri. Dalam tempoh masa yang dicadangkan, murid-murid akan mengetahui rasa seronok dan berkeyakinan untuk meneruskan proses pembelajaran yang riang dan menarik melalui pendekatan tematik.

Di dalam kehidupan murid-murid nanti pada usia dewasa, mereka sangat perlu untuk menguasai kemahiran memimpin dan keterampilan sosial. Pendekatan tematik ini haruslah mulai dilaksanakan di sekolah rendah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), antara aspirasi murid ialah mempunyai kemahiran berfikir dan kemahiran memimpin. Dengan melaksanakn pendekatan tematik dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, murid akan memberi kerjasama dalam kumpulan, melakukan kolaborasi dengan rakan, belajar memimpin kumpulan masing-masing, dan mencipta ilmu baharu. Ini jelas menunjukkan bahawa pendekatan tematik mampu melahirkan murid yang berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir dan kemahiran memimpin untuk bersaing pada peringkat global.

Menurut J.R. David dalam Teaching Strategies for College Class Room (1976), strategi pengajaran dan pembelajaran ialah “a plan, method, or series of activities designed to achicves a particular educational goal”. Manakala mengikut terjemahan inggeris strategi bermaksud “a plan of operation achieving something” iaitu “merancang sesuatu operasi untuk mencapai sesuatu”. Dalam satu bilik darjah pastinya mempunyai murid-murid yang berbeza dari segi potensi diri atau tingkah lakunya. Sebagai seorang guru haruslah memahami keperluan murid yang berbeza kebolehan dan merancang aktiviti yang dapat merapatkan jurang perbezaan antara murid.

(4)

Strategi Berpusatkan Murid

Strategi berpusatkan murid merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran di mana murid memainkan peranan penting dan penglibatan aktif dalam proses pembelajaran. Murid memiliki kebebasan untuk melakukan aktiviti bersama guru. Guru pula menjadi pemimpin untuk membimbing murid-murid dan memperuntukkan lebih banyak masa untuk menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara berkumpulan atau individu.

Strategi berpusatkan murid dapat menggalakkan murid bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka belajar bagaimana untuk belajar. Ini adalah kerana mereka terlibat secara terus dalam menemui pengetahuan, menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru yang mendalam. Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan penting manakala guru bertindak sebagai pemimpin atau fasilitator yang membimbing murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dalam situasi ini, komunikasi dua hala akan terhasil di antara guru dan murid.

Kaedah tradisional iaitu pengajaran berasaskan guru tidak berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid pada masa kini kerana rata-rata lebih mendahului pengetahuan guru dan mempunyai daya keyakinan yang tinggi. Kebanyakan murid merasa bosan berada di dalam kelas jika mereka tidak dapat menyertai atau melakukan apa-apa dan hanya mendengar sahaja. Cara ini menyebabkan mereka mudah bosan dan mendorong mereka ponteng kerana bagi mereka sekolah adalah tempat yang bosan. Ada sesetengah murid telah memmuridi semua topik daripada guru kelas tambahannya dan mereka juga boleh memperolehi maklumat melalui sumber lain selain daripada guru.

Bagi menarik perhatian murid untuk ke sekolah, guru terlebih dahulu haruslah menekankan strategi berpusatkan murid agar guru dan murid memmuridi sesuatu yang baru setiap hari. Kaedah ini dapat membantu kedua-dua pihak guru dan murid memperolehi pengalaman yang baru kerana proses pembelajaran berasaskan pengetahuan dan maklumat yang berlainan bagi setiap murid. Semasa proses pembelajaran dalam kelas, murid akan terlibat secara aktif dan sepenuhnya dalam aktiviti berfikir, mencari maklumat, membentang, menilai, berkolaborasi, bekerjasama dan membuat refleksi pembelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid. Strategi berpusatkan murid mementingkan perkembangan murid secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan sosial.

(5)

Guru perlu mengadakan aktiviti interaksi dan komunikasi untuk mempertingkatkan tahap keyakinan murid-murid ini. Guru seharusnya merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut perbezaan potensi individu. Sementara itu, guru juga perlu menggunakan strategi atau pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan dan pengayaan dengan mengikut tahap kebolehan murid-murid. Dalam aktiviti tersebut, murid yang cerdik dapat membantu guru untuk membimbing rakan-rakan yang lemah. Dalam kelas bilangan murid yang ramai, mereka yang cerdik boleh berperanan sebagai mentor-menti semasa aktiviti P&P dijalankan.

Guru boleh menggunakan teknik penyoalan untuk membiarkan murid berfikir dan memberi tindak balas terhadap soalan. Guru harus mengingati bahawa murid adalah sentiasa diberi galakan untuk memberi pandangan atau pendapat agar dapat memperkembangkan kemahiran pemikiran kreatif dan kritis mereka. Kaedah penyoalan merupakan satu perkara penting dalam pengajaran dan ianya terlibat dalam semua kaedah pengajaran. Guru perlu mahir dalam teknik penyoalan kerana ia merupakan cara paling berkesan untuk menggalakkan pemikiran murid. Guru dapat mengesan potensi setiap individu melalui kaedah penyoalan kerana murid akan memberi respon yang berbeza. Melalui kaedah penyoalan, murid bukan sahaja dapat mengembangkan kemahiran berfikir mereka tetapi juga dapat memmuridi teknik menjawab soalan. Setiap murid yang berbeza potensinya pasti memberi respon yang berbeza. Semasa murid menjawab soalan, murid dapat memmuridi teknik-teknik menjawab soalan daripada rakan-rakannya. Contohnya, seorang murid yang berkeyakinan akan menjawab soalan atau memberi pendapat dengan jelas dan yakin. Dalam keadaan ini, murid yang lemah atau tidak berkeyakinan boleh memmuridi teknik penyampaian daripada rakannya.

Dalam strategi berpusatkan murid, kaedah yang boleh digunakan semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ialah kaedah inkuiri penemuan. Kaedah inkuiri penemuan merupakan kaedah saintifik yang merujuk kepada proses penyoalan, mencari pengetahuan dan maklumat, atau mengkaji sesuatu fenomena itu berlaku. Kaedah ini memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah. Guru boleh memberi maklumat yang berkaitan supaya murid dapat memahami masalah yang hendak dikaji. Semasa menggunakan kaedah ini, guru boleh menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil. Pelbagai bahan pengajaran boleh disediakan untuk murid bagi mengarahkan proses pemikiran mereka. Contohnya, guru membuat satu eksperimen tentang fotosintesis tumbuhan. Guru boleh mengagihkan murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil dan membiarkan murid untuk menerokai dan menyelesaikan masalah. Dalam hal ini, murid bukan sahaja dapat mengembangkan intelek

(6)

mereka tetapi juga dapat memperkembangkan sahsiah peribadi dalam menggalakkan kemahiran sosial kumpulan.

Selain itu, guru haruslah merancang sesi pengajaran dan pembelajaran yang dapat meningkatkan daya berfikir atau mengikut minat dan perbezaan individu murid. Contohnya, seorang guru mengajarkan kemahiran menulis karangan kepada sekumpulan murid darjah 6. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan memberi tema karangan. Murid dibenarkan untuk memilih tajuk yang hendak ditulis dan berbincang dalam kumpulan. Dengan menggunakan pelbagai sumber maklumat, murid membina rangka karangan kemudiannya mencatatkan isi-isi karangan. Setiap murid digalakkan untuk membentang rangka karangannya dan seterusnya dibincang bersama dalam kelas untuk meningkatkan mutu rangka karangan. Dengan ini, murid menyertai proses pembelajaran secara terus dan aktif. Bagi murid yang lemah, cara ini dapat menembangkan potensi dirnya dari segi intelek dan sosial. Hal ini demikian, murid yang lemah dapat memmuridi kemahiran bersosial dengan rakannya dalam kumpulan serta mendapatkan ilmu pengetahuan apabila mereka saling memberi pendapat.

Menurut Howard Gardner (1983), setiap kecerdasan melibatkan satu set kemahiran yang membolehkan individu itu selesaikan masalah. Ini bermaksud setiap individu mempunyai potensi diri yang berbeza untuk menyelesaikan masalah. Ada antara kecerdasan ini boleh berkembang ke tahap lebih tinggi berbanding dengan kecerdasan lain. Strategi berpusatkan murid dapat memperkembangkan potensi murid kerana murid belajar dalam suasana yang lebih selesa dan tidak terkongkong. Mereka boleh bergerak dengan bebas sekiranya perlu membuat tugasan dan murid juga diberi peluang untuk menyuarakan pendapat. Dalam hal ini, murid akan minat dan aktif dalam sesi pembelajaran. Oleh itu, guru tidak harus mengehadkan pemikiran murid malah haruslah sentiasa menggalakkan murid untuk menyuarakan pendapat masing-masing.

(7)

Strategi Berasaskan Tugasan atau Aktiviti

Strategi berasaskan tugasan atau aktiviti bermaksud guru melibatkan murid dalam aktiviti atau tugasan yang memberikan peluang kepada murid untuk melatih atau mengaplikasikan apa-apa yang dimuridi. Proses memberi bimbingan, strategi-strategi mempermudahkan tugasan atau bantuan/scaffolding sentiasa diberikan semasa murid melaksanakan aktiviti.

Guru harus memilih aktiviti yang berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin diajar. Guru perlu memberikan perhatian kepada jenis aktiviti yang boleh menuju pencapaian matlamat iaitu pemahaman kandungan murid dan kebolehan untuk mengaplikasikannya dalam situasi lain. Berdasarkan matlamat pengajaran, guru boleh merancang pelbagai aktiviti untuk muridnya. Contoh aktiviti boleh merupakan aktiviti perbahasan atau main peranan. Aktiviti tersebut dapat menyampaikan isi kandungan muridan dan murid akan berasa seronok kerana mereka juga melibatkan diri secara terus dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Oleh kerana tahap kecerdasan individu adalah berbeza-beza dalam kalangan murid, guru harus memilih aktiviti yang sesuai untuk mencapai objektif pengajarannya. Guru juga perlu menyediakan tugasan atau aktiviti yang berbeza keupayaan supaya murid-murid yang lambat tidak ketinggalan, manakala murid-murid yang pandai tidak berasa bosan. Guru boleh merancang aktiviti yang dapat menyediakan peluang untuk murid berinteraksi tetapi bukannya aktiviti yang dilaksanakan secara individu.

Aktiviti seperti perbincangan, sesi buzz, forum, perbahasan dan berlakon boleh dijalankan secara kumpulan agar murid dapat saling memberi pendapat dan secara tidak lansung boleh merangsang pemikiran mereka. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran seperti ini dapat meningkatkan perkembangan intelek, emosi dan sosial mereka. Melalui aktiviti secara berkumpulan, murid-murid dapat melatih diri untuk berkongsi maklumat, bekerjasama dan saling membantu. Apabila murid belajar atas usaha sendiri untuk mendapatkan maklumat, menganalisis dan seterusnya memperoleh jawapan dalam aktiviti, murid akan berkeyakinan tinggi dan menimbulkan sikap percaya terhadap kebolehan sendiri.

Selain aktiviti dipilih dengan baik, aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau serta disusuli jika meninginkan impak yang sepenuhnya. Ini bermakna murid perlu bersedia lebih awal sebelum aktiviti. Semasa memperkenalkan aktiviti, guru perlu menegaskan tujuan-tujuan agar murid akan melibatkan diri dalam aktiviti serta mereka jelas tentang matlamat

(8)

yang ingin dicapai. Guru perlu memberikan bimbingan dan maklum balas semasa aktiviti. Guru boleh membekalkan maklumat yang diperlukan atau membantu (scaffold) tentang cara menyempurnakan kehendak tugasan. Contoh aktiviti yang boleh dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ialah main peranan. Semasa subjek matematik, murid-murid boleh memilih watak untuk menjadi penjual dan pembeli. Guru pula memberi bimbingan atau memantau murid semasa aktiviti dijalankan. Dalam aktivti tersebut, murid-murid juga dapat belajar untuk menyelesaikan operasi matematik seperti urusan jual beli, sistem barter dan pengiraan untung-rugi. Murid-murid akan berasa seronok dengan aktiviti ini berbanding dengan belajar berdasarkan buku teks sahaja.

Strategi berasaskan tugasan atau aktiviti dapat menarik perhatian murid dan murid lebih berminat pembelajaran seperti ini. Hai ini kerana sifat semula jadi kanak-kanak ialah sifat ingin tahu dan ingin mencapai sesuatu. Jika aktiviti yang dirancang oleh guru melibatkan murid-murid untuk berinteraksi mencari jawapan, pastinya murid-murid akan belajar dengan penuh semangat. Mengikut Gauthier (2001), perbincangan merupakan satu proses aktif yang melibatkan guru dan murid dalam persekitaran pembelajaran. Perbincangan bukan sahaja merangsang interaksi antara murid secara bermakna, juga menggalakkan pelbagai pembelajaran yang merangkumi kandungan, kemahiran, sikap dan proses-proses pembelajaran. Perbincangan digunakan oleh guru untuk mencapai tiga objektif pengajaran, iaitu meningkatkan pemikiran dan membantu murid membina kefahaman kandungan; merangsang penglibatan; serta membantu murid menguasai kemahiran komunikasi dan proses pemikiran (Arends, 2001).

Perbincangan secara berkumpulan membawa manfaat kepada murid, terutama perbincangan tersebut memerlukan pemikiran tahap tinggi, penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Guru harus memahami bahawa setiap kelas terdiri daripada individu yang berbeza dari segi tingkah laku dan potensi diri. Jika guru melaksanakan perbincangan secara kumpulan dalam kelas, pastikan saiz kumpulan adalah ideal agar semua murid dapat terlibat dalam perbincangan. Perbincangan kumpulan kecil juga dapat membantu murid yang tidak memberi perhatian semasa guru mengajar untuk melibatkan diri. Di samping itu, murid yang pasif atau lemah akan berpeluang untuk mencapai kejayaan jika diberikan peluang. Contohnya, seorang murid yang lemah diberi peluang untuk membaca dan melapor pada akhir perbincangan. Murid tersebut bukan sahaja dapat menimba ilmu pengetahuannya tetapi juga memmuridi cara menyampaikan maklumat.

Topik yang dipilih oleh guru untuk murid berbincang boleh terdiri daripada tugasan atau mana-mana topik yang sesuai dengan pelbagai tahap perkembangan dan umur murid.

(9)

Yang penting topik yang dipilih haruslah releven dan dapat merangsang minat murid. Dalam setiap kumpulan, pastinya ada murid yang aktif dan pasif. Guru harus memastikan bahawa peranan ketua digilirkan antara kumpulan ahli agar semua murid mempunyai pengalaman untuk memimpin. Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menekankan bahawa setiap murid harus mempunyi kemahiran memimpin. Melalui perbincangan, kemahiran memimpin dapat dilatih apabila murid mewakili kumpulan sebagai jurucakap. Sebelum memilih ketua, guru perlu menjadi model kepada murid. Guru juga perlu berkemahiran memulakan perbincangan, meminta pandangan daripada murid dan menjelaskan pernyataan. Hal ini demikian guru merupakan role model kepada murid-murid. Tingkah laku guru yang berwibawa akan menjadi teladan kepada murid yang dipilih sebagai ketua nanti.

Teknik Bercerita

Minat murid terhadap sesuatu perkara amat penting untuk mengekalkan tumpuan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam mengekalkan tumpuan murid-murid kerana perancangan proses pengajaran dan pembelajaran terletak di tangan guru. Tumpuan murid-murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran adalah tidak menentu dan ia berbeza mengikut individu. Hal ini kerana setiap individu adalah berbeza. Terdapat murid yang dapat memberi tumpuan dengan sepenuhnya tetapi juga terdapat murid yang cepat berasa bosan semasa guru mengajar. Murid yang bosan akan mencari pelbagai cara untuk menghiburkan hati mereka sendiri. Akibat daripada itu, banyak gangguan akan berlaku sehingga menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan lancar.

Tahap keupayaan otak dan kemampuan murid adalah berbeza-beza. Jumlah murid dan susunan tempat duduk murid juga boleh mempengaruhi kaedah yang hendak digunakan. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina dan peringkat pencapaian atau keupayaan murid. Kaedah yang agak rumit seperti kaedah menyelesaikan masalah atau Theory of Constraints (TOC) yang memerlukan murid mencari penyelesaian sesuatu masalah adalah tidak sesuai bagi murid-murid di tahap 1 sekolah rendah. Teknik bercerita dan bermain amat sesuai dipilih sebagai teknik pengajaran untuk murid-murid sekolah rendah kerana berunsur pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan itu, guru boleh menggunkan teknik bercerita semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

(10)

Bercerita melibatkan aktiviti-aktiviti yang menceritakan semula perkara atau peristiwa, sama ada imaginasi, tradisi atau kisah benar. Strategi ini boleh meningkatkan minat dan menarik perhatian murid. Ia dapat memperkayakan pengajian pelbagai bahasa, membekalkan pelbagai pengalaman, mengembangkan kemahiran mendengar dan memotivasikan murid untuk membaca. Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi murid, selain melatih murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa, terutamanya kemahiran lisan.

Apabila bercerita, murid dapat mengenali masyarakat sekitar mereka dan kehidupan berdasarkan cerita-cerita yang didengar. Melalui penyampaian cerita, guru dapat membina satu suasana yang menyenangkan dan mengasyikkan. Hal ini demikian kerana cerita merupakan bentuk seni sastera yang memiliki keindahan dan kenikmatan. Guru haruslah menyampaikan cerita yang mempunyai hubungkait dengan lingkungan kehidupan murid-murid. Jika guru berjaya membina suasana penceritaan yang menyenangkan dan mengasyikkan, murid juga akan lebih menumpukan perhatian sepenuhnya dan akan memudahkan mereka memahami cerita yang disampaikan. Pemahaman murid terhadap cerita boleh diuji menerusi soal jawab antara guru dan murid mengenai pengajaran dan nilai murni daripada cerita yang disampaikan serta murid mampu untuk merumuskan isi-isi penting dalam cerita. Hal ini seterusnya dapat mencerna minda dan daya imiginasi serta menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Cerita yang dipilih nedaklah merupakan cerita yang menarik dan sesuai dengan objektif, kebolehan dan minat murid. Cerita seharusnya tidak begitu panjang dan mempunyai unsur saspens untuk menarik minat murid. Cerita yang penuh dengan nilai-nilai murni mampu menanamkan sikap positif yang berguna dalam pembentukan keperibadian murid-murid. Mereka akan menjadikan nilai yang diperoleh menerusi sesebuah cerita sebagai panduan untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik. Sebagai contoh, guru meminta murid melakonkan watak dalam cerita. Hal ini bukan sahaja dapat disematkan dalam fikiran dan jiwa murid, malah dapat memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif dalam pembelajaran. Hal ini selaras dengan anjakan ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu melahirkan rakyat yang menghayati nilai.

Selain itu, melalui teknik bercerita murid-murid dapat mengenali fakta-fakta alam sekitar mahupun pengetahuan sosial yang berguna bagi perkembangan kognitif mereka. Cerita yang dipilih dan diceritakan oleh guru boleh mempunyai perkaitan dengan persekitaran murid. Dengan ini, murid dapat memupuk rasa peka serta prihatin terhadap

(11)

masyarakat sekeliling. Guru harus membantu dalam meluaskan ilmu pengetahuan murid dan kesedaran diri serta tanggungjawab mereka dalam masyarakat. Perkembangan kognitif mereka juga akan bertambah berikutan pengalaman dan pengetahuan yang baru diperoleh.

Di samping itu, guru atau murid mesti mempunyai kemahiran untuk menyampaikan cerita. Hal ini demikian jika penyampaian cerita adalah betul dan menarik, murid akan memberi tumpuan dengan sepenuhnnya. Pencerita harus menunjukkan emosi dan intonasi yang sesuai dengan situasi. Pencerita seperti guru digalakkan untuk menggunakan ayat yang mudah difahami agar dapat membantu murid untuk memahami urutan cerita. Selain itu, gerak mata digunakan untuk menggambarkan situasi cerita dan emosi serta menarik perhatian pendengar kepada cerita. Jika berlakunya gangguan dalam kelas, guru hendaklah meninggikan suara dan pandang ke arah murid yang mengganggu.

Apabila cerita sudah tamat, guru boleh menjalankan sesi perbincangan dengan murid. Melalui sesi perbincangan, guru dapat menguji kefahaman murid tentang cerita tersebut. Murid juga diberi peluang untuk berkongsi pendapat mereka terhadap cerita tersebut atau berkongsi cerita pendek atau peristiwa menarik dalam situasi yang tidak formal. Ini dapat merangsang pemikiran murid untuk berfikir secara kreatif dan aktif bagi menghuraikan pendapatnya. Mengikut Teori J.B. Watson, lebih kerap rangsangan kepada murid maka gerak balas murid akan meningkat. Oleh itu, guru haruslah sentiasa merangsang pemikiran murid agar murid memberi gerak balas.

Teknik bercerita membawa manfaat kepada murid dan teknik ini amat sesuai digunakan untuk murid sekolah rendah. Selain memberikan peluang kepada murid mendengar dengan teliti dan bertutur dengan baik, ia dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menulis. Guru juga dapat menggalakkan murid berkomunikasi dengan berkesan dan mengeratkan hubungan antara guru dan murid. Justeru, murid dapat meningkatkan daya imaginasi mereka dan secara tidak langsung murid akan berminat dengan alam fantasi. Dalam proses penglibatan murid dalam teknik bercerita, guru boleh mumupuk nilai-nilai murni melalui cerita dan memperkembangkan sikap positif murid agar mereka menjadi seorang yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

(12)

Kaedah Bermain Sambil Belajar

Pendekatan belajar melalui bermain dilihat menjadi keutamaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Hal ini demikian kerana bermain adalah sifat semula jadi kanak-kanak yang boleh dijadikan perantara dan membantu meningkatkan pembelajaran kanak-kanak ke tahap yang optimum. Belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna. Murid dapat belajar dan meneroka melalui aktiviti bermain untuk meningkatkan daya imaginasi mereka.

Menurut Brock et. al (2009), bermain dapat menyediakan peluang kepada kanak-kanak melalui proses penyusunan semula, penemuan baru, proses pengayaan, pembinaan pengalaman dan pengetahuan serta penemuan konsep-konsep baru. Di samping itu, bermain juga mengelakkan rasa bosan dan menghilangkan rasa takut kanak-kanak terhadap mata pelajaran yang diajar terutamanya mata pelajaran yang perlu kemahiran berfikr. Unsur-unsur bermain yang disediakan oleh guru bukan sahaja bertujuan untuk menyoronokkan suasana bilik darjah malah memberi makna yang luas kepada kanak-kanak sewaktu berinteraksi dengan suasana dan persekitarannya (Hurlock, 1987).

Bermain merupakan satu pendekatan terancang dan berstruktur bagi memberikan peluang kepada murid belajar dalam suasana yang tidak begitu formal, menyeronokkan, bebas dan selamat, selain melahirkan perasaan, meneroka serta mencuba dan meningkatkan kemahiran. Melalui bermain, perkembangan fizikal, perkembangan kognitif, perkembangan psikomotor dan perkembangan sosioemosi dapat dipupuk. Justeru melalui proses bermain juga kanak-kanak akan mendapat pengalaman langsung yang pastinya akan memberikan kesan pembelajaran yang bermakna. Tetapi sesetengah guru pula kurang kreatif sehingga mengambil masa yang lama untuk memikirkan aktiviti-aktiviti dan bahan bermain yang sesuai dengan objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Oleh sebab kesuntukan masa untuk merancang pengajaran yang sedemikian, guru akan mengambil jalan pintas dengan menggunakan pendekatan yang agak formal seperti ‘chalk and talk’. Halangan-halangan ini telah menyekat peluang kanak-kanak untuk meningkatkan keupayaan, menunjukkan kebolehan, meluahkan pendapat dan mengasah bakat yang ada. Memandangkan aktiviti bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah sangat memberi manfaat kepada aspek pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak, maka terdapt pengkaji bercadang membina sebuah modul yang menggunakan

(13)

pendekatan belajar melalui bermain sebagai garis panduan supaya aktiviti pengajaran yang disampaikan oleh guru lebih terancang dan sistematik.

Modul belajar melalui bermain yang dibangunkan merupakan modul pengajaran yang berasaskan kepada teori konstruktivisme yang menggabungkan teori perkembangan kognitif oleh Piaget dan teori perkembangan kognitif oleh Vygotsky. Berdasarkan teori perkembangan kognitif oleh Piaget dan Vygotsky, aktiviti bermain yang disediakan dalam modul belajar melalui bermain adalah aktiviti bermain kognitif yang dilaksanakan secara koperatif. Ini bermakna setiap aktiviti belajar melalui bermain perlu dijalankan dalam bentuk koperatif atau kumpulan. Teori yang dibangunkan oleh Piaget dan Vygotsky ini percaya bahawa perkembangan kognitif dan pengetahuan kanak-kanak adalah hasil daripada interaksi secara berterusan dan juga faktor persekitaran. Persekitaran bukan sahaja meliputi aspek fizikal tetapi termasuk aspek perhubungan sosial dan budaya disekelilingnya (Fosnot, 1996). Apabila seseorang kanak-kanak berinteraksi dengan dunia di sekitarnya secara aktif, pengetahuan akan terbina dengan sendiri. Kanak-kanak bukan hanya menerima maklumat secara pasif melalui proses pengajaran dan pembelajaran tetapi membina pengetahuan hasil interaksi dengan persekitaran. Secara ringkasnya, unsur kognitif dan sosial saling berkait dalam interaksi kanak-kanak dengan persekitarannya. Pengalaman bermain yang disediakan untuk kanak-kanak perlu dirancang dan disusun oleh guru-guru bagi membantu meningkatkan semua domain perkembangan kanak-kanak khususnya domain kognitif, fizikal, emosi dan sosial.

Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah ialah teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kad-kad bergambar, catur dan sebagainya. Aktiviti seperti drama, menyanyi, berlakon dan bercerita juga dianggap sebagai bermain. Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Permainan merupakan saluran untuk melahirkan perasaan kegembiraan dan keseronokan. Guru boleh menggunakan kreativiti dan inovasi untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya bagi murid yang lemah, guru boleh menggunakan program pemulihan dalam pelbagai bentuk pengajaran seperti menyanyi, bermain atau bercerita untuk membantu mereka supaya pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan berkesan. Guru harus sentiasa memberikan perhatian dan bimbingan kepada murid-murid yang menghadapi masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

(14)

Di samping itu, guru mengubah persekitaran menjadi lebih interaktif untuk kanak-kanak bermain contohnya permainan yang berwarna terang atau menghasilkan bunyi untuk menarik minat kanak-kanak untuk menerokai permainan tersebut. Guru seharusnya membenarkan murid-murid meneroka sendiri dalam suasana yang selamat supaya mereka boleh mengarah pembelajaran kendiri. Guru memberi bantuan kepada murid-murid untuk menghargai kekuatan sendiri dengan melibatkan diri dalam penyelesaian masalah harian.

Morison (1995) menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu permainan di pusat-pusat persekolahan, guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta persekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak. Oleh itu, guru harus merancangkan permainan mengikut kecerdasan yang sedia ada pada murid supaya pembelajaran murid dapat dikembangkan. Kaedah bermain sambil belajar memang membawa banyak manfaat kepada murid-murid dari segi fizikal, mental dan sosioemosi. Antara kepentingan bermain ialah bermain untuk perkembangan fizikal. Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Guru boleh meningkatkan permainan berupa pelbagai jenis sensori contohnya melompat, merangkak, membaling atau menangkap bola. Ini dapat meningkat perkembangan fizikal kanak-kanak.

Selain itu, bermain dapat mengembangkan sosial dan emosi kanak-kanak. Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang dalam kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa. Guru haruslah sentiasa memberi sokongan dengan menggalakkan anak bermain dengan kanak-kanak lain untuk melatih kemahiran sosial mereka. Dengan itu, aktiviti permainan yang dirancang oleh guru haruslah dapat melibatkan semua kanak-kanak dalam permainan.

(15)

Seterusnya, bermain juga dapat mengembangkan perkembangan kognitif. Kajian telah menunjukkan bahawa perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanak-kanak (Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977). Proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya membuka peluang kepada murid-murid supaya berfikir secara kritis dan kreatif. Murid-murid berhak memilih gaya kognitif tersendiri yang hasil daripada pelbagai pengaruh. Jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain.

Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa. Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan yang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optima kepada kanak-kanak.

(16)

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap murid adalah unik dan mempunyai pelbagai kebolehan. Peranan guru sebagai pendidik yang bertanggungjawab amat penting dalam keadaan wujudnya perbezaan individu supaya dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan berfaedah untuk setiap murid-murid yang berbeza. Namun, guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut kebolehan murid. Guru juga menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kerja berkumpulan, pengukuhan, pengayaan dan sebagainya supaya dapat memotivasi murid yang mempunyai perbezaan dari aspek fizikal, intelektual, emosi dan sosial. Sebagai pendidik yang bertanggungjawab perlu sentiasa mencuba untuk menentukan dan membina kebijaksanaan dan kebolehan murid-murid berdasarkan perbezaan individu. Semua aspek yang diambil kira akan mempengaruhi penerimaan serta minat murid untuk terus belajar dan diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

Para guru juga seharusnya bijak mengawal atau mengetahui keadaan serta keperluan semasa pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan dilaksanakan dalam keadaan bosan. Terdapat pelbagai kaedah, pendekatan, teknik serta strategi yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Para guru seharusnya bijak menggunakan kemahiran mengajar berpandukan elemen-elemen tersebut untuk menarik minat pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran yang ditetapkan. Hal ini bermakna para guru tidak seharusnya hanya mengajar bermatlamatkan untuk menghabiskan silibus semata-mata tanpa menghiraukan hasil yang diterima pelajar. Seharusnya, sukatan pelajaran perlu dihabiskan seiring dengan murid dapat memahami dan menjadi pakar dalam setiap silibus yang telah dipelajari. Kesimpulannya, para guru seharusnya mengaplikasikan setiap teknik, pendekatan, kaedah mahupun strategi yang terkini dan berkesan untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan demi mencapai matlamat yang terkandung dalam dasar pendidikan negara.

Peranan guru begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Guru merupakan insan di mana murid-murid menjadikan role model dalam menimba ilmu. Untuk merealisasikan hasrat FPK, peranan guru amatlah penting. Aspek kepimpinan guru perlu diambil perhatian. Guru perlu berfikiran kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru bertanggungjawab membentuk wawasan sekolah, membentuk visi dan misi sekolah yang berlandaskan FPK. Selain itu, guru juga bertanggungjawab melahirkan potensi murid secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perlu

(17)

ditegaskan lagi, peranan guru amat penting dalam merealisasikan FPK dan berusaha untuk mencapai objektif PPPM iaitu mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga 2025.

Referensi

Dokumen terkait

Media mempunyai peranan yang penting untuk membantu pendidik (guru) dalam penyampaian materi pembelajaran yang disampaikan kepada peserta didik (siswa) di kelas. Pada

Pengajaran menulis mempunyai peranan penting dalam mata pelajaran Bahasa dan Sastra Indonesia. Semua pendidik berharap anak didiknya menguasai keterampilan menulis.

Pengajaran menulis mempunyai peranan penting dalam mata pelajaran Bahasa dan Sastra Indonesia. Semua pendidik berharap anak didiknya menguasai keterampilan menulis.

Ho6: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara guru-guru siswazah dengan guru-guru bukan siswazah terhadap perlaksanaan Kemahiran Berfikir dalam pengajaran dan

Pada praktek pembelajaran secara daring, dengan kurikulum merdeka belajar pendidik/guru Matematika memiliki peranan penting yaitu tidak hanya memberikan materi saja tetapi

Guru memiliki peranan penting dalam dunia pendidikan dikarenakan sebagai kunci keberhasilan dalam melaksanakan pembelajaran di sekolah. Oleh karena itu guru harus

Pada praktek pembelajaran secara daring, dengan kurikulum merdeka belajar pendidik/guru BK memiliki peranan penting yaitu tidak hanya memberikan materi saja tetapi pendidikan karater

Kepala Sekolah sebagai Pendidik Educator 1.1 Membimbing guru dalam hal menyusun dan melaksanakan program pengajaran, mengevaluasi hasil belajar dan melaksanakan program pengajaran dan