• Tidak ada hasil yang ditemukan

Faktor faktor kemasukan buruh Cina dan I

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Faktor faktor kemasukan buruh Cina dan I"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Faktor-faktor kemasukan buruh Cina dan India.

Malaysia hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis sampailah ke Sabah.1 Kepelbagaian kaum ini telah mencetuskan kepelbagaian budaya, agama, dan adat resam. Lebih 45 peratus daripada penduduk adalah secara rasmi diklasifikasikan sebagai penduduk tidak asli.2 Hal ini demikian kerana, kebanyakan penduduk yang datang ke Malaysia banyak berurusan dengan perniagaan, pekerjaan dan sebagainya. Hubungan awal antara India dengan Tanah Melayu telah bermula di sekitar abad pertama Masihi lagi.3 Jalinan hubungan di antara kedua-dua negara berkait rapat dengan kegiatan perdagangan, di samping usaha-usaha untuk menyebarkan agama Hindu dan Buddha di rantau Asia Tenggara. Penghijrahan imigran India secara besar-besaran ke Tanah Melayu hanya bermula pada tahun 1840 apabila sektor tenaga kerja yang ramai diperlukan dalam bidang pertanian, khususnya tanaman getah. Kaum Cina pula merupakan kaum yang tidak dapat dipisahkan dengan sejarah kemasukan imigran dari luar ke Tanah Melayu. Hal ini demikian memandangkan kedatangan mereka telah pun lama berlaku, seperti lazimnya kedatangan sesuatu bangsa ke sesebuah kawasan, orang Cina juga pada awalnya masuk ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan sebilangan kecil pernah menetap di sini khasnya pada zaman Kesultanan Melaka.4 Malah, berdasarkan kajian latar belakang sejarah masyarakat India dan Cina di Tanah Melayu menyatakan bahawa ianya mungkin telah berlaku di sekitar awal tahun-tahun Masihi yang mana pada ketika itu hubungan Kedah dan India sungguh rapat.5 Maka, oleh sebab itulah jumlah masyarakat India dan Cina meningkat secara mendadak di Tanah Melayu. Kepelbagaian faktor telah membawa orang-orang India dan Cina masuk ke Malaysia.

Perkembangan perusahaan getah.

Sejak dari tahun 1900, getah telah menggantikan kedudukan pertanian-pertanian yang lain seperti gula, gambir, dan kopi. Perkembangan pesat dalam perusahaan getah memaksa pihak-pihak tertentu termasuk kerajaan Inggeris mengatur pelbagai cara untuk menarik

1 Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah sosial masyarakat Malaysia. Selangor Darul Ehsan. Utusan Publication (M) Sdn Bhd. Hlmn: 1

2 John Gullick, Bruce Gale. 1986. Malaysia its political and economic development. Petaling Jaya, Selangor. Pelanduk Publication (M) Sdn. Bhd. hlmn: 51

3 Dr Mohd Rais B. Abdul Karim. 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). hlmn: 420.

4 Khoo Kay Kim. 1971. Latar Belakang Sejarah Masyarakat India dan China di Tanah Melayu. Jebat, Bil. 1. 1971/72.Jabatan Sejarah. Universiti Malaya. hlmn: , Bil. 1. 1971/72.

▸ Baca selengkapnya: hal yang diperjuangkan kaum buruh pada penggalan teks tersebut adalah

(2)

buruh-buruh India supaya datang bekerja di ladang-ladang getah berkenaan.6 Ladang getah telah diusahakan secara besar-besaran ketika itu. Keperluan getah semakin meningkat apabila tumbuhnya perusahaan-perusahaan kereta di negara-negara barat terutamanya di England yang seperti cendawan tumbuh selepas musim hujan. Ini menyebabkan permintaan buruh India meningkat kerana mereka boleh diperoleh dengan perbelanjaan yang murah.7 Di tambah dengan kemajuan getah yang telah dicapai dalam penyelidikan apabila terdapat pegawai-pegawai British yang menjadi pelopor dalam mengkaji mutu getah seperti H. N. Ridley. Sebelum ladang-ladang getah diusahakan secara besar-besaran, orang India yang berhijrah ini ditempatkan di ladang-ladang tebu di Seberang Perai, di utara Perak dan ladang kopi di Selangor.8 Bilangan imigran India meningkat apabila tanaman getah mula diusahakan secara perladangan oleh syarikat orang Eropah terutamanya di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan pada awal abad ke-20 ini.9 Dengan kemunculan Revolusi perusahaan di Eropah secara mendadak maka telah melahirkan ramai pencipta-pencipta yang menghasilkan pelbagai rekaan baru pada ketika itu. Revolusi perusahaan di England telah mengubah sikap kerajaan British daripada bergantung pada perdagangan kepada mencari bahan-bahan mentah dan pasaran untuk barang-barang perindustrian mereka. Ini kerana England kekurangan bahan-bahan mentah yang diperlukan oleh industri-industrinya dengan mencari bahan mentah di tempat lain maka, perindustrian yang dijalankan di tempat sendiri secara tidak langsung akan dapat dijalankan dengan pesat. Misalnya bijih timah yang penting untuk diproses untuk dijadikan tin di mana tin ini digunakan untuk menyimpan makan supaya tahan lebih lama. Getah pula diperlukan kerana perkembangan industri pembuatan.

Dari sini bermulanya, pembukaan banyak ladang-ladang getah melalui pelabuhan oleh firma-firma British. Pihak British memerlukan ramai tenaga buruh untuk bekerja di ladang-ladang getah yang berkembang dengan pesat. Dengan adanya perkembangan industri berasaskan getah, maka semakin ramai pengusaha-pengusaha Eropah mulai bergiat aktif dalam industri-industri berasaskan getah. Mereka memerlukan bahan-bahan mentah getah untuk menghasilkan pengeluaran yang tinggi. Industri pengeluaran getah pula memerlukan

6 Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah sosial masyarakat Malaysia. Selangor Darul Ehsan. Utusan Publication (M) Sdn Bhd. Hlmn: 13

7 Dr Mohd Rais B. Abdul Karim. 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). hlmn: 420.

8 Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah sosial masyarakat Malaysia. Selangor Darul Ehsan. Utusan Publication (M) Sdn Bhd. Hlmn:12

(3)

ramai pekerja dan ini menyebabkan pihak penjajah British telah mengambil ramai buruh-buruh India dari India untuk bekerja di ladang-ladang getah di Tanah Melayu.

Perkembangan industri berasakan getah telah menyebabkan keluasan ladang-ladang getah meningkat dari 168,00 ekar pada tahun 1907 ke 1,230,000 ekar pada tahun 1922.10 Pada tahun 1919, eksport getah dari Tanah Melayu telah mencapai hampir separuh daripada eksport getah dunia. Ini telah menjadikan Tanah Melayu sebagai salah sebuah pengeluar utama getah asli dunia ketika itu. Pihak British telah membuka ladang-ladang getah di bahagian Barat Tanah Melayu dan buruh-buruh yang hampir 80 peratus adalah terdiri daripada kaum India. Berikutan itu menyebabkan, jumlah orang-orang India di Tanah Melayu telah bertambah daripada 119,000 pada tahun 1901 ke 407,181 orang dalam tahun 1921.11 Pada tahun 1921, penduduk kaum India di Tanah Melayu adalah 14.2 peratus daripada jumlah penduduk Tanah Melayu itu sendiri. Menjelang tahun 1921, jumlah penduduk Cina dan India hampir sama dengan penduduk Melayu akibat berlakunya permintaan tenaga buruh yang pesat di Tanah Melayu. Masyarakat Cina dan India telah menghadapi masalah sosial disebabkan bilangan kaum lelaki melebihi jumlah kaum wanita. Hal ini demikian kerana, mengikut masyarakat Cina, anak lelaki lebih diperlukan berbanding anak perempuan. Oleh itu, populasi lelaki melebihi jumlah penduduk perempuan di negara Cina sendiri. Kebanyakan dari orang-orang Cina dan India yang berhijrah ke Tanah Melayu untuk bekerja adalah terdiri dari kaum lelaki akibat dari kepercayaan dan adat yang diamalkan oleh negara mereka sendiri. Mereka telah meninggalkan keluarga dan isteri di negara asal mereka.

Kekurangan tenaga buruh di Tanah Melayu.

Tanah Melayu pada masa itu tidak mempunyai jumlah penduduk yang ramai. Penduduk-penduduk tempatan ketika iaitu hanyalah orang-orang Melayu yang selalunya tinggal di kawasan luar bandar dan pekerjaan utama mereka adalah menanam padi. Ada yang tinggal berhampiran laut dan bekerja sebagai nelayan. Ini menyebabkan tidak ada tenaga buruh yang mencukupi untuk bekerja di ladang-ladang getah yang luas di kawasan pedalaman yang telah diaturkan oleh orang Inggeris. Penguasaan buruh-buruh India dalam pekerjaan di ladang-ladang getah adalah disebabkan kaum-kaum lain iaitu orang Melayu dan Cina yang tidak berminat untuk bekerja di ladang-ladang getah kerana mereka tidak pernah bekerja di tempat tersebut dan kurang berkemahiran .Ini menyebabkan, Kaum India ini telah 10 J.H. Drabble. 1973. Rubber in Malaya, 1986-1922: The Genesis of the Industry. Kuala Lumpur. Oxford University Press. Hlmn: 216

(4)

dijadikan buruh untuk membina bangunan- bangunan dan jalan-jalan di kawasan Negeri-negeri Selat. Sehingga tahun 1906, dianggarkan seramai 95,000 buruh India telah berjaya dibawa masuk ke negeri-negeri Melayu.12 Daripada jumlah itu, seramai 43,824 orang telah ditempatkan di ladang-ladang getah di seluruh Semenanjung pada tahun 1904 dan bilangan itu meningkat kepada 55,132 pada tahun 1909.13 Orang Cina telah menumpukan perhatiannya dalam perusahaan bijih timah dan perniagaan di bandar-bandar manakala orang Melayu dalam bidang pertanian seperti menanam padi. Ini menyebabkan kaum India yang lain bekerja di sektor-sektor pembinaan seperti pembinaan landasan kereta api dan buruh-buruh am.14 Pada tahun 1921, dianggarkan seramai 8000 orang India telah bekerja sebagai buruh-buruh kereta api.15 Secara tidak langsung, kerahan tenaga buruh kaum India telah melancarkan Industri perusahaan di Tanah Melayu oleh British ketika itu. Di Sabah, buruh-buruh India kebanyakannya bekerja dalam pasukan keselamatan sementara di Sarawak pula mereka bekerja di lombong-lombong emas seperti di Sabah, Sambas dan Bau.16

Pihak British juga tidak berminat untuk mengambil kaum Cina bekerja di ladang-ladang kerana mereka mendapati kaum Cina sering melakukan demonstrasi, tunjuk perasaan dan sukar dikawal. Ini mungkin disebabkan kerana batas perbezaan budaya yang sukar diatasi. Walau bagaimanapun kaum Cina hanya bekerja sebagai pelombong bijih timah dan menjadi ahli peniaga ketika itu. Kaum Cina sememangnya tidak menyukai kerja yang mengeluarkan tenaga yang tinggi berbanding kaum India yang boleh dikatakan tidak begitu memilih dalam pekerjaan yang dilakukan. Ini seterusnya dapat membantu pihak British dalam penghasilan bahan-bahan mentah dengan cekap akibat kerahan tenaga buruh dari India. Maka mereka mendapati bahawa buruh-buruh dari India lebih murah dan senang dikawal hasil daripada pengalaman mereka di India berbanding kaum Cina yang sukar dikawal. Kaum India telah dibawa beramai-ramai masuk ke Tanah Melayu bagi memenuhi keperluan tenaga buruh untuk menampung ladang-ladang yang dihasilkan oleh pihak Inggeris itu sendiri. Kaum Cina datang ke Tanah Melayu kerana sebab-sebab tarikan ekonomi berlainan dengan orang-orang India yang telah dibawa dengan terancang dan teratur oleh

12 Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah sosial masyarakat Malaysia. Selangor Darul Ehsan. Utusan Publication (M) Sdn Bhd. Hlmn: 13

13 Chai Hon Chan. 1967. The development of British Malaya 1896-1906. Kuala Lumpur. Oxford University Press. Hlmn: 122

14 Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah sosial masyarakat Malaysia. Selangor Darul Ehsan. Utusan Publication (M) Sdn Bhd. Hlmn: 13

15 Amarjit Kaur. 1990. ‘Working on the Railway: Indian workers in Malaya 1880-1957’ The Underside of Malaysian History. Singapore. Singapore University Press. Hlmn: 106

(5)

pihak British. Kaum Cina lebih terjerumus kepada pekerjaan di kawasan bandar berbanding kawasan pedalaman seperti estet-estet. Struktur masyarakat India di Tanah Melayu telah ditentukan oleh keperluan ekonomi pihak British. Buruh-buruh India telah ditempatkan di pedalaman ladang-ladang getah dan ini menyebabkan keluarga dan hidup mereka terasing daripada masyarakat tempatan dan masyarakat Cina pada ketika itu. Selain mengambil buruh-buruh India untuk bekerja di ladang-ladang sebagai penoreh getah dan pekerja ladang, penjajah British juga memerlukan kaum India yang berkebolehan dalam Bahasa Inggeris untuk kerja-kerja pentadbiran. Dengan pembukaan negeri-negeri Melayu mereka amat memerlukan lebih ramai pekerja dalam bidang pentadbiran negara, ini menyebabkan orang-orang India dan Tamil Ceylon diambil bekerja di peringkat bawahan. Orang-orang-orang India dan Ceylon yang berpendidikan Inggeris diambil juga untuk berkhidmat sebagai pegawai-pegawai perubatan dan juruukur dalam bidang-bidang teknikal dan profesional.

Dasar British.

Golongan India sanggup berhijrah keluar dari negara India(Jajahan British) akibat daripada keadaan sosio-ekonomi yang buruk di sana begitu juga dengan Cina. India dan Cina adalah sebuah negara yang mempunyai ramai penduduk dan ini telah menyebabkan kerajaan British yang menjajah di sana tidak dapat menyediakan pekerjaan yang baik kepada semua penduduk. Kepadatan penduduk India menyebabkan banyak yang menganggur.17Dasar British yang dilaksanakan di India telah memudahkan pengambilan buruh-buruh India ke Tanah Melayu. Begitu juga dengan perkembangan penempatan Cina di Tanah Melayu yang berkaitan perhubungan dengan penjajahan British. Ia diibaratkan seperti “ di mana sahaja bendera Inggeris berkibar, di sana ramai orang Cina bernaung.’’ Menurut B. W. Andaya dan L. Y. Andaya, masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan.18 Oleh itu, mereka perlu mencari alternatif lain bagi meneruskan kelangsungan hidup dengan berhijrah ke tempat lain untuk mencari sumber rezeki di tempat lain sehingga mereka dibawa ke Tanah Melayu pada masa tersebut. Semasa British memerintah pula, orang British menggalakkan kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu kerana berpendapat orang Cina mempunyai semangat kerja yang kuat, berdaya usaha dan bersifat keusahawanan.19 Manakala bagi pihak India Parmer mendapati bahawa

17 Dr Mohd Rais B. Abdul Karim. 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). hlmn: 421.

18 Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya. 1987. A History of Malaysia. London . Macmillan. Hlmn: 159

(6)

sebahagian besar daripada buruh-buruh India telah ditipu dengan maklumat palsu untuk keluar dari India ke Tanah Melayu.20 Pada mulanya, buruh-buruh dari India dibawa masuk oleh pengambil buruh berbangsa Tamil dari estet-estet yang dikenali sebagai kangany. Kangany mengembara ke selatan India, terutamanya dari tempat atau kawasan beliau dilahirkan untuk mendapatkan buruh yang kebiasaannya terdiri dari kenalan-kenalan rapat untuk satu tempoh yang dipersetujui dengan memberikan wang pendahuluan dan janji-janji.

Walau bagaimanapun, selepas tahun 1907, pengambilan buruh-buruh dari India adalah dibiayai oleh tabung kewangan kerajaan yang disumbangkan oleh semua pemilik ladang bukan seperti yang dilakukan oleh Kangany yang sebelumnya. Dalam tahun 1910 sahaja, 91,723 buruh India telah tiba di Tanah Melayu dan jumlah ini terus meningkat kepada 122,538 orang dalam tahun 1913 dengan mendadak. Begitu juga dengan jumlah kaum Cina yang berhijrah ketika itu, di mana dari segi jumlah atau bilangan mereka, dianggarkan bahawa pada tahun 1907, pekerja-pekerja lombong Cina di Negeri-negeri Melayu Bersekutu meningkat kepada angka 231,368 berbanding 186,337 pada tahun 1903.21 Sementara itu dalam sektor perladangan pada tahun 1907, sejumlah 5348 buruh Cina terlibat dan meningkat ke angka 12,402 dua tahun yang berikutnya kemudian.22 Dalam bilangan pertanian terdapat seramai 49,504 orang Cina pada tahun 1921 di negeri-negeri Selat. Orang Cina yang bekerja sebagai penarik beca pula seramai 22,985 orang pada tahun yang sama.23

Kebanyakan daripada mereka yang datang adalah terdiri dari lelaki yang berumur dalam lingkungan 20an dan 30an yang mempunyai tenaga kerja yang masih kuat dan sihat tubuh badan. Ada juga yang membawa bersama keluarga mereka untuk berhijrah ke Tanah Melayu. Kebanyakan buruh India yang datang ke Tanah Melayu pada awalnya bukan bertujuan untuk tinggal di sini tetapi lebih kepada mencari rezeki untuk bekerja. Selepas mereka selesai bekerja untuk satu tempoh masa yang ditentukan, mereka akan pulang ke kampung halaman mereka sendiri. Oleh sebab itu terdapat keseimbangan dari segi kemasukan buruh India ke Tanah Melayu dengan mereka yang pulang semula ke tanah air mereka pada mulanya. Sebagai contoh, dalam tahun 1910 jumlah kaum India yang telah datang ke Malaya adalah 90,000 orang dan yang pulang ke tanah air adalah 40,000 orang.

20 Parmer J.N. 1960. Colonial Labour Policy and Administration: A History of Labour in the Rubber Plantation Industri in Malaya( 1910-1941) New York New. York University Press. hlmn:

21 Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah sosial masyarakat Malaysia. Selangor Darul Ehsan. Utusan Publication (M) Sdn Bhd. Hlmn: 11

22 Hon Chan Chai. 1967. The Development Of British Malaya 1896-1909. Kuala Lumpur.Oxford University. Hlmn: 100-102

(7)

Walau bagaimanapun, dalam tahun 1932, iaitu tahun kemelesetan ekonomi dunia, jumlah kemasukan buruh adalah seramai 6,500 orang manakala yang pulang ke India adalah 85,000 orang.24

Orang India yang datang ke Tanah Melayu kebanyakannya berasal dari India Selatan di mana sebahagian besarnya terdiri dari orang Tamil. Ada juga daripada kaum India yang datang dari Sri Lanka. Kaum India telah diimport, seolah-olah mereka dianggap sebagai barang dagangan25 untuk bekerja di ladang-ladang getah dan dieksport semula apabila permintaan ekonomi terhadap mereka berkurangan. Ini berlaku bila berlakunya Great

Depression di mana permintaan untuk barangan eksport Tanah Melayu telah berkurangan dan

menurun menyebabkan pihak kerajaan pada ketika itu terpaksa mengurangkan pengambilan tenaga kerja yang ramai dan ramai buruh-buruh India yang kehilangan kerja. Walau bagaimanapun, kawalan ke atas imigrasi dan syarat-syarat pekerjaan orang India adalah ketat, ini mungkin disebabkan pendirian kerajaan India yang mengambil berat supaya kaum imigrasi mendapat sedikit perlindungan.26Kebanyakan golongan India yang bekerja di Tanah Melayu telah putus hubungan dengan negara asal mereka disebabkan pendapatan yang diperoleh ketika itu hanya cukup untuk menyara hidup sendiri di tempat orang dan lebihan duit untuk pulang pula tidak mencukupi. Persekitaran keadaan ladang-ladang yang jauh tidak memberi peluang kepada mereka untuk mengetahui keadaan di luar ladang dan seterusnya dengan negara asal mereka turut memberi impak kepada kaum India untuk terus berhubung dengan negara sendiri. Selepas tahun 1921, kebanyakan dari kaum India mengambil keputusan untuk terus menetap di Tanah Melayu. Berlainan dengan Kaum Cina yang masih dapat berhubung dengan keluarga di negeri sendiri. Hal ini demikian kerana, pekerjaan yang dijalankan oleh oran Cina di Tanah Melayu lebih terjamin dan pendapatan yang diperoleh juga mencukupi. Mereka hidup lebih selesa berbanding Kaum India yang hidup di kawasan ladang. Oleh itu, hingga kini kaum Cina masih dapat berhubung dengan keluarga mereka di China walaupun telah lama menjadi penduduk tetap di Malaysia.

Oleh sebab mereka tinggal di estet-estet, maka estet-estet tersebut terus menjadi tempat tinggal anak cucu mereka sehingga generasi kini. Manakala kaum Cina pula sehingga kini terus tinggal di kawasan bandar. Pekerja-pekerja India yang sudah tua telah dibenarkan

24 K.S. Sandhu. 1969. Indians in Malaya: Some aspects of their Immigration and Settlement, 1786-1857. London. Cambridge University Press. Hlmn: lampiran 3 dan 4.

25 T.H. Silcock, Ungku Aziz. 1953. “ Nationalism in Malaya”, Asian Nationalism and the West, New York. William. L. Holland. Hlmn: 274-275

(8)

tinggal terus di kediaman mereka oleh pengurus estet dasar peri kemanusiaan. Undang-undang juga memerlukan setiap estet menyediakan 1/16 daripada seekar tanah kepada setiap keluarga untuk digunakan bagi pertanian atau menggembala kambing. Ini adalah satu-satunya bidang tanah yang diperoleh untuk pertanian dan harus melalui pegawai tanah.27 Di Sabah dan Sarawak, sejajar dengan kenyataan bahawa perkembangan ekonominya yang agak sederhana, aktiviti penghijrahan turut berlaku tetapi tidak seperti mana di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga aktiviti-aktiviti pengimportan buruh-buruh Cina pada separuh akhir abad ke-19 misalnya oleh syarikat-syarikat tembakau yang beroperasi di Sabah dan juga oleh Charted Company sendiri di Sabah.28 Dikatakan bahawa terdapat lebih kurang seribu orang Cina tinggal di Bahagian Pertama Sarawak dan di Papar Sabah.29 Jumlah ini semakin meningkat dari tahu ke tahun yang berikutnya.

Sosio-Ekonomi Masyarakat.

Hampir 80 peratus daripada kaum India yang datang ke Tanah Melayu adalah tidak mahir dan kesemuanya telah diambil secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat-syarikat Eropah.30 Selain dari bekerja di ladang getah, ada juga yang bekerja sebagai kerani, penyelia, guru dan pegawai perubatan di syarikat-syarikat British dan Jabatan Kemudahan Awam terutamanya dalam perkhidmatan kereta api. Masyarakat Cina pada masa ini juga turut mengalami ketidakstabilan ekonomi dan politik ditambah pula dengan tercetusnya pemberontakan di Taiping pada tahun 1857 di kawasan tengah dan Selatan China yang menjadi faktor penolak di samping masalah penduduk yang berlebihan di kawasan selatan.31 Ini menyebabkan wujudnya masalah pengangguran yang tinggi dan juga masalah kebuluran bagi penduduk negara China. Dalam masa yang sama, wujud faktor yang menarik mereka untuk berhijrah apabila terbuka luas peluang-peluang pekerjaan di negeri-negeri Melayu.

Bagi negeri India orang-orang Ceylon di ambil untuk pekerjaan profesional, hasil dari latar belakang mereka berpendidikan Inggeris berbanding dengan orang India itu sendiri dan ini menyebabkan pencapaian ekonomi mereka yang jauh lebih baik. Kedudukan mereka juga

27 K.S. Sandhu. 1969. Indians in Malaya: Some aspects of their Immigration and Settlement, 1786-1857. London. Cambridge University Press. Hlmn: 265-266

28 Lee Yong Leng. 1965. North Borneo. Singapore. Eastern University. Hlmn:48

29 ibid. Hlmn: 48

30 K.S. Sandhu. 1969. Indians in Malaya: Some aspects of their Immigration and Settlement, 1786-1857. London. Cambridge University Press. Hlmn: 19

(9)

jauh lebih baik jika dibandingkan dengan kaum Melayu sendiri dan hampir sama dengan kaum Cina yang bekerja di Tanah Melayu ketika itu. Anak-anak mereka yang lahir di Tanah Melayu telah melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan yang lebih tinggi di Tanah Melayu yang telah mula didirikan oleh pihak British. Ini telah menyebabkan anak-anak dari golongan ini terlibat dalam pekerjaan yang lebih baik dan masa depan yang cerah dengan bekerja sebagai doktor, peguam dan lain-lain bidang profesional yang mendapat upah yang tinggi. Manakala anak-anak kaum pekerja estet pula terus mengikuti jejak langkah ibu bapa mereka sebagai pekerja estet akibat kurangnya ilmu pengetahuan yang ada ditambah dengan dibelenggu kemiskinan yang tegar.

Oleh sebab dasar British yang menggalakkan penumpuan sesuatu kaum mengikut kegiatan ekonomi maka dari segi penempatan maka wujudnya persaingan antara satu kaum dengan kaum-kaum yang lain yang menyebabkan ketiadaan interaksi sosial di antara kaum. Misalnya orang-orang Melayu yang tinggal di tepi pantai atau di tebing sungai dan muara sungai. Umumnya, orang Melayu adalah petani dan nelayan. Orang-orang Cina pula tinggal di bandar-bandar, pelabuhan-pelabuhan dan di lombong-lombong bijih timah. Orang Cina menjadi golongan pengusaha dan pelombong-pelombong. Sementara itu, orang India tinggal di ladang-ladang getah menjadi penoreh dan pekerja ladang. Selain itu, terdapat juga masyarakat perdagangan kaum India kelas menengah yang terlibat dalam kegiatan perniagaan perdagangan yang datang dari Gujerat, India Muslim (yang dikenali sebagai Marakkayar), sedikit ahli perniagaan Sikh dan Chettiar. Chettiar terlibat dalam perniagaan pinjaman kewangan, ahli bank dan pemilik estet. Chettiar akan memberikan pinjaman wang dengan tanah atau lain-lain harta dijadikan sebagai jaminan/cagaran dengan kadar faedah yang tinggi. Chettiar di Tanah Melayu yang mencapai bilangan 2000 orang pada tahun 196032 turut memberi pinjaman kepada ahli perniagaan Cina, pekerja bandar, pemilik tanah Melayu dan kepada sesiapa yang dapat menawarkan cagaran yang menarik. Jika penerima wang pinjaman daripada Chettiar yang tidak dapat membayar baik pinjaman, mereka akan kehilangan jaminan/cagaran dan seterusnya Chettiar dapat memiliki tanah-tanah atau lain-lain harta. Kedudukan ekonomi mereka adalah kukuh dengan pelaburan-pelaburan dalam tanah-tanah dan perniagaan di Asia Tenggara. Dalam tahun 1941, jumlah estet mereka di Tanah Melayu adalah dianggarkan bernilai sebanyak $270 juta.33 Manakala jumlah firma mereka sehingga tahun 1960 adalah hampir 800.34

32 U. Mahajani. 1960. The Role of Indian Minorities in Burma and Malaya. Vora. Bombay. hlmn: 100

33 ibid. hlmn 100

(10)

Referensi

Dokumen terkait

keduanya merupakan ahli fihq mazhab Hanafi yakni mendefinisikan wakaf adalah menahan tindakan hukum orang yang berwakaf terhadap hartanya yang telah diwakafkan dengan

)rgan a!domen yang daat mengalami herniasi antara lain gaster& oment#m& #s#s hal#s& kolon& lien dan hear$ *#ga daat terjadi hernia inkarserata ma##n

Perancangan campuran beton sesuai target kuat tekan yang hendak dicapai dilakukan dengan mengacu data agregat kasar dan agregat halus yang merupakan gabungan dari dua jenis pasir

Pemahaman yang benar pada diri perawat mengenai budaya klien, baik Pemahaman yang benar pada diri perawat mengenai budaya klien, baik individu, keluarga,

foto-foto, buku, dan artikel. Adapun hasil yang telah didapat oleh peneliti, mendapatkan beberapa dokumentasi yang dapat mendukung dan membantu dalam proses

Setiap pelayanan yang diberikan selalu diselesaikan dengan baik o1eh pegawai kecamatan yang memberikan pelayanan Pegawai kecamatan selalu taat dan patuh terhadap perintah atasan

Saya harap anda akan mengisi 2 bagian contoh soal latihan Tes Karakteristik Pribadi dibawah ini, yang terdiri dari Bagian 1 berjumlah 18 Soal Latihan dan Bagian 2 17 Soal

Sabda Nabi Muhamad S.A.W: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim..