• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PRODUK BUDAY

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PRODUK BUDAY"

Copied!
233
0
0

Teks penuh

(1)

PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PRODUK BUDAYA

YANG DIKOMERSIALKAN DAN KEPUASAN PELANCONG

TERHADAP KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN

PELANCONGAN DI MARI-MARI CULTURAL VILLAGE,

INANAM KOTA KINABALU, SABAH

NOR RAWIYANI BINTI DOLLAH

FAKULTI KEMANUSIAAN SENI DAN WARISAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

(2)

ii

PENGESAHAN

NAMA : NOR RAWIYANI BINTI DOLLAH

NO. MATRIK : BA12110297

TAJUK : PERSEPSI PELANCONG TERHADAP PRODUK BUDAYA YANG DIKOMERSIALKAN DAN KEPUASAN PELANCONG TERHADAP KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN PELANCONGAN DI MARI-MARI CULTURAL VILLAGE, INANAM, KOTA KINABALU, SABAH.

IJAZAH : SARJANA MUDA SAINS SOSIAL

(SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI SOSIAL)

DISAHKAN OLEH;

PENYELIA

(3)

iii

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa Tesis Latihan Ilmiah ini adalah usaha saya sendiri kecuali segala nukilan, ringkasan dan rujukan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

6 Julai 2015 ……….

(4)

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, akhirnya dapatlah saya menyiapkan latihan ilmiah dengan jayanya.

Penghargaan tidak terhingga kepada Prof, Madya. Dr. Rosazman Husin selaku penyelia latihan ilmiah ini kerana telah sudi memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang latihan ilmiah ini dijalankan. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Mari-Mari Cultural Village, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah kerana sudi memberikan kerjasama di dalam usaha saya menyiapkan latihan ilmiah ini. Sekalung ucapan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Dollah b, Sahamad dan juga Ibu saya Sa’adiah bt haji Abong kerana sentiasa berada di sisi saya memberi semangat dan dorongan serta memberi perbelanjaan kepada saya bagi menyiapkan latihan ilmiah ini serta adik-beradik yang dikasih yang sentiasa menyokong dan memberi dorongan untuk tidak berputus asa menyiapkan penyelidikan ini. Ucapan terima kasih juga kepada Encik Muhammad S’ofwan bin Muhammad Zubir kerana telah membantu memudahkan urusan saya dari segi menyediakan kenderaan kepada saya untuk mendapatkan data bagi penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada lima rakan saya (Farrah, Chynthia, Nasheeta, Faridah dan juga fashihah) yang sentiasa memberi kata-kata semangat supaya dapat meneruskan kajian yang dijalankan ini banyak dan sentiasa memberi buah fikiran dan membantu saya semasa menyiapkan latihan ilmiah ini. Penghargaan ini adalah saya tujukan untuk anda semua.

(5)

v

ABSTRAK

Sektor pelancongan memainkan peranan penting bagi meningkatkan ekonomi negara Malaysia. Industri pelancongan terbahagi kepada beberapa cabang, salah satunya adalah pelancongan budaya. Pelancongan budaya dianggap penting kerana dilihat mampu memelihara budaya sesuatu masyarakat di samping dapat mempengaruhi kepuasan pelancong yang datang melawat. Isu ketulenan terhadap produk budaya yang dikomersialkan sering menjadi isu bila melibatkan sektor pelancongan budaya. Hal ini kerana isu produk budaya dalam pelancongan boleh memberi kesan kepada identiti budaya sesuatu masyarakat apabila dikaitkan dengan pengkomersialan dalam pelancongan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelancong terhadap produk budaya yang dikomersialkan serta latar belakang pelancong yang datang melawat di samping mengenalpasti tahap kepuasan pelancong dari aspek kemudahan dan juga mutu perkhidmatan yang disediakan. Kaedah pengumpulan data yang dilakukan adalah melalui survei dengan menggunakan borang soal selidik terhadap pelancong yang datang. Responden adalah terdiri daripada pelancong-pelancong yang melawat ke Mari-Mari Cultural Village (MMCV) dengan sampel kajian sebanyak 100 orang responden. Hasil kajian menunjukkan kebanyakkan responden yang datang melakukan lawatan ke MMCV adalah daripada kalangan pelancong yang berpendapatan tinggi, professional dan juga pelancong asing. Pelancong juga bersetuju bahawa produk budaya yang dikomersialkan adalah tulen dan asli walaupun berlakunya pertambahan fungsi yang baru di samping pelancong berpuas hati terhadap kemudahan dan mutu perkhidmatan yang disediakan di MMCV.

(6)

vi ABSTRACT

Tourist Perception About the Commercialization of Cultural Product and Tourist Satisfaction about Services and Facilities. A Case Study: Mari-Mari

Cultural Village, Inanam Kota Kinabalu, Sabah.

Tourism Sector play an important role to increase the state economy. Tourism Industry can be divide into several types of sector, one of it is cultural tourism sector. Cultural tourism been seen as an important sector because it can preserve culture of a society beside influence the tourist satisfaction. In cultural tourism, the issue of authenticity about commercialization of cultural product always been discussed among the scholar. This is because of the issue of cultural product in tourism may affect the identity of the culture when it come to commercialization in tourism. Therefore, this research was conducted to identify the tourist perception about the commercialization of cultural product in cultural tourism sector, profile of the tourist, and identify their satisfaction about quality of services and facilities. Methods been used in this research is survey through questionnaire towards 100 tourist visit the Mari-Mari Cultural Village. The result shows that the most tourist visited MMCV is made up of higher income tourist, professional and international tourist. The tourist also agree that the cultural product had been commercialized is original and authentic eventhough there is addition in its function besides they are satisfied about quality of services and facilities at MMCV.

(7)

vii

KANDUNGAN

halaman

TAJUK i

PENGESAHAN ii

PENGAKUAN iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI LAMPIRAN xvi

SENARAI GAMBAR xvii

SENARAI SINGKATAN xviii

BAB 1: PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan dan permasalahan 1

1.2 Persoalan Kajian 3

1.3 Objektif Kajian 3

1.4 Hipotesis Kajian 3

1.5 Perspektif Teori 4

1.5.1 Teori Konstruktivisme 4

1.5.2 Teori Kehendak Maslow 5

1.6 Definisi Konsep 6

1.6.1 Budaya 6

(8)

viii

1.6.3 Pengkomersialan Budaya 7

1.6.4 Pelancongan 7

1.6.5 Kepuasan Pelancong 7

1.7 Sorotan Literatur 7

1.8 Kepentingan Kajian 10

1.8.1 Sektor Industri Pelancongan 10

1.8.2 Pihak Pengurusan 10

1.8.3 Masyarakat 10

1.8.4 Pelancong 11

1.9 Metodologi Kajian 11

1.9.1 Penggunaan Kebolehpercayaan Soalan Borang Soal 11 Selidik melalui analisis Cronbach Alpha

1.9.2 Teknik Kutipan Data 12

I. Survei Dengan Borang Soal Selidik 12

II. Pemerhatian Langsung di Lapangan 12

III. Pemerhatian Turut Serta 13

IV. Data Sekunder 13

1.10 Teknik Analisis Data 14

1.10.1 Kaedah Analisis Data Kuantitatif (Borang soal Selidik) 14 1.10.2 Kaedah Analisis Data Kualitatif (Pemerhatian) 14

1.10.3 Analisis Data Sekunder 15

(9)

ix

BAB 2: PERSPEKTIF TEORI, KONSEP-KONSEP UTAMA KAJIAN DAN KAJIAN

LEPAS.

2.1 Pengenalan 17

2.2 Perspektif Teori 17

2.2.1 Pendekatan Objektivisme dan Ketulenan Produk Budaya 17 2.2.2 Pendekatan Konstruktivism dan Pengkomersialan Produk 19

Budaya Serta Ketulenan

2.2.3 Pendekatan Post Modernism dan Ketulenan Produk Budaya 20 Yang Dikomersialkan

2.2.4 Pendekatan Kritikal dan Ketulenan Produk Budaya yang 23 Dikomersialkan

2.2.5 Teori Kehendak dan Keperluan oleh Maslow dan Pelancongan 23

2.3 Konsep-Konsep Utama Kajian 28

2.3.1 Ketulenan Budaya 28

2.3.2 Pelancongan 28

2.3.3 Budaya 29

2.3.4 Pengkomersialan Budaya 30

2.3.5 Kepuasan Pelancong 31

2.4 Sorotan Kajian Lepas 34

2.5 Kesimpulan 41

BAB 3: LATAR BELAKANG PELANCONGAN BUDAYA DI SABAH

DAN MMCV INANAM, SABAH.

(10)

x

3.2 Pelancongan (kebudayaan) di Sabah, Malaysia 42

3.3 Latar Belakang MMCV sebagai Destinasi Pelancongan Budaya di Sabah 44 3.4 Aktiviti yang Perlu dilakukan oleh Pelancong Semasa Melakukan 46

Lawatan di MMCV

3.5 Produk Budaya yang Dipaparkan di MMCV dan Tempoh Masa 52 Pembinaan di Setiap Lima Model Rumah yang Terdapat di

MMCV

3.5.1 Model Rumah Suku Kaum Dusun 53

3.5.2 Model Rumah Suku Kaum Rungus 54

3.5.3 Model Rumah Suku Kaum Lundayeh 55

3.5.4 Model Rumah Suku Kaum Bajau 57

3.5.5 Model Rumah Suku Kaum Murut 57

3.6 Kesimpulan 60

BAB 4: LATAR BELAKANG RESPONDEN, PERSEPSI PELANCONG

TERHADAP PRODUK BUDAYA YANG DIKOMERSIALKAN DAN TAHAP

KEPUASAN PELANCONG TERHADAP KEMUDAHAN (FASILITI) SERTA

MUTU PERKHIDMATAN DI MMCV

4.1 Pengenalan 64

4.2 Dapatan Kajian I: Latar Belakang Demografi Responden yang 64 Melawat MMCV

4.2.1 Jantina Responden 64

4.2.2 Agama Responden 65

4.2.3 Bangsa Responden 67

(11)

xi

4.2.5 Status Perkahwinan Responden 69

4.2.6 Jenis Pekerjaan Responden 70

4.2.7 Negara asal responden 71

4.2.8 Taraf Pendidikan Responden 73

4.2.8 Pendapatan Isi Rumah Responden 74

4.2.9 Keanggotaan dalam Kumpulan responden yang melawat MMCV 75 4.3 Dapatan Kajian II: Persepsi Pelancong Terhadap Produk Budaya yang 76

Dikomersialkan oleh MMCV.

4.3.1 Struktur dan Reka Bentuk Pembinaan Rumah-Rumah Tradisional 76 Etnik Sabah di MMCV Unik dan Menarik

4.3.2 Produk Kraftangan Lima Etnik Terbesar yanag Terdapat di MMVC 78 Unik dan Asli

4.3.3 Persembahan Tarian Tradisional Etnik Sabah yang 79 Dipersembahkan di MMCV Cantik dan Unik

4.3.4 Pakaian Tradisional yang Dipamerkan oleh Penari 81 Kebudayaan di MMCV Cantik dan Unik

4.3.5 Perhiasan Aksesori Tradisional Lima Etnik yang Dipamerkan 84 Oleh Penari Kebudayaan di MMCV Unik dan Asli

4.3.6 Model Rumah Etnik Rungus, Murut, Lundayeh, Bajau Laut 87 Dan Dusun di MMCV Kelihatan Asli

4.3.7 Makanan Tradisional Etnik Sabah yang disediakan oleh 90 MMCV Unik dan Asli

(12)

xii Di MMCV adalah seperti Asli

4.3.9 Peralatan Kehidupan Harian Etnik Sabah (seperti Dapur, 99 Tempat Tidur) yang Dipamerkan adalah Asli dan Unik

4.3.10 Peralatan Muzik Tradisional yang Dipamerkan di MMCV 103 Adalah Unik dan Asli

4.4 Dapatan Kajian III: Tahap Kepuasan Pelancong Terhadap Fasiliti 106 (Kemudahan) yang Ditawarkan oleh MMCV

4.4.1 Kemudahan Tempat Letak Kereta di Kawasan MMCV 106 Mencukupi dan selesa

4.4.2 Kemudahan Tandas Yang Disediakan adalah Mencukupi 110 Dan Bersih

4.4.3 Pemandu Pelancong yang Disediakan oleh MMCV Fasih 114 Dalam Bahasa Melayu/Inggeris/Mandarin

4.4.4 Kemudahan Dewan Makan yang Disediakan Selesa 117 4.4.5 Penyediaan Tanda Arah Untuk Memudahkan 120

Pergerakan Pelancong Jelasa dan Mencukupi

4.4.6 Kemudahan Tempat Solat Disediakan 123 4.4.7 Kemudahan Internet Disediakan 125 4.4.8 Kemudahan Pengangkutan Untuk Pergi ke MMCV 127

Disediakan dan Selesa

(13)

xiii

4.4.10 Kemudahan Ruang Menunggu untuk Pelancong 132 Disediakan dan Selesa

4.5 Dapatan Kajian IV: Tahap Kepuasan Pelancong Terhadap Mutu 134 Perkhidmatan di MMCV

4.5.1 Layanan Pihak Pengurusan di MMCV Terhadap Pelancong 134 Adalah Mesra

4.5.2 Layanan di Kaunter Pertanyaan Mesra dan Berinformatif 137 4.5.3 Kakitangan MMCV Bersedia Untuk Mnedengar dan 139

Menyediakan Penerangan yang Betul dan Tepat Kepada Pelancong

4.5.4 Tahap Kualiti Perkhidmatan Oleh Anggota Keselamatan 141 Di MMCV adalah Baik

4.5.5 Persekitaran dan Keluasan Ruang Kawasan MMCV adalah 143 Baik dan Selesa

4.5.6 Tahap Kebersihan di 5 Kawasan Model Rumah Etnik Sabah 145 Di MMCV Baik

4.5.7 Peruntukan Masa oleh Pihak Pengurusan Terhadap Jadual 147 Lawatan Pelancong di MMCV Mencukupi

4.5.8 Pihak Pengurusan MMCV dan Kakitangan Bertindak Cepat 149 Dan Responsif Terhadap Pertanyaan Pelancong

(14)

xiv

5.5.10 Peruntukan Masa Lawatan dan Makan Untuk Pelancong 153

Di MMCV Mencukupi BAB 5: PERBINCANGAN DAN PENILAIAN PENEMUAN KAJIAN 5.1 Pengenalan 154

5.2 Latar Belakang Responden Kajian 154

5.3 Persepsi Pelancong Terhadap Produk Budaya yang Dikomersialkan 158

5.4 Rumusan Tahap Kepuasan Pelancong terhadap Kemudahan 160

(fasiliti) dan Mutu Perkhidmatan di MMCV 5.5 Kesimpulan 162

BAB 6: PENUTUP 6.1 Pengenalan 163

6.2 Ringkasan Penemuan Kajian 163

6.3 Implikasi Kajian 165

6.4 Limitasi Kajian 167

6.5 Cadangan Kajian 170

6.6 Kesimpulan 171

RUJUKAN 172

LAMPIRAN A Borang Soal Selidik : Bahasa Melayu 177

Borang Soal selidik : Bahasa Inggeris 182

(15)

xv

LAMPIRAN B

Transkrip Temubual Pihak Pengurusan 193

LAMPIRAN C Gambar C1 199

Gambar C2 199

Gambar C3 200

Gambar C3 200

Gambar C4 201

Gambar C5 201

Gambar C6 201

LAMPIRAN D Data Statistik SPSS dan Ujian Kebolehpercayaan Analisis Borang Soal 202 Selidik Cronbach Alpha

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A: Borang Soal Selidik

LAMPIRAN B: Transkrip Temubual Pihak Pengurusan LAMPIRAN C: Gambar Kajian

(16)

xvi

SENARAI GAMBAR

Gambar 3.1: Peta Kawasan MMCV 44

Gambar 3.2: Proses Penghasilan Montoku 48 Gambar 3.3: Madu Etnik Rungus 49

Gambar 3.4: Kuih Jala dan Jus Panda 50 Gambar 3.5: Pelancong Bersama Penari 52

Gambar 3.6: Penyelidik Bersama Pihak Pengurusan MMCV 60

Gambar 3.7: Produk Budaya yang Dipersembahkan kepada pelancong 61 Gambar 4.1: Pelancong Menggunakan Baju dari Kulit Kayu 82

Gambar 4.2: Aksesori daripada Manik 85

Gambar 4.3: Lima Model Buah Rumah Etnik di MMCV 88 Gambar 4.4: Makanan Tradisional 91

Gambar 4.5: Peralatan yang digunakan untuk Ritual 96 Gambar 4.6: Peralatan Harian (bilik tidur, dapur) 101 Gambar 4.7: Alat Muzik Tradisional 104

Gambar 4.8: Kawasan Tempat letak Kereta 108 Gambar 4.9: Kemudahan Tandas 110

Gambar 4.10: Pemandu pelancong dan Pelancong 115 Gambar 4.11: Dewan Makan 118

(17)

xvii

SENARAI SINGKATAN

(18)

1

BAB 1

1.1 Pengenalan dan Permasalahan

Pengkomersialan sesuatu produk budaya dan kepuasan pelancong adalah berkait rapat dengan industri pelancongan kerana masing-masing memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan ekonomi negara dan pada masa yang sama, mempromosikan negara Malaysia di mata dunia dalam sektor pelancongan. (The Malaysian Insider, 1 Jun 2013). Terdapat banyak destinasi-destinasi pelancongan budaya di Malaysia, antaranya adalah seperti Padang Kota, Galeri seni dan Muzium di Wilayah Utara Semenanjung, Little India, Rumah P. Ramlee di Pulau Pinang, Rumah Merdeka dan Medan Budaya di Alor Setar, Kedah (Ahmad et al. 2011:459).

Selain itu, Malaysia memiliki pelbagai ciri daya tarikan dan keistimewaan khususnya keunikan terhadap produk budaya yang dipaparkan itu sendiri dapat dibangunkan sebagai destinasi atau daya tarikan pelancongan yang terkenal di dunia. Hal ini kerana, sektor pelancongan dikatakan sebagai salah satu penyumbang terbesar kepada ekonomi di dunia yang melibatkan beberapa sektor seperti makanan, penginapan, perkhidmatan, pengangkutan, lokasi menarik dan lain-lain lagi. Menurut Badaruddin (2008) dalam penulisan Ahmad et al. 2011:460, Pertubuhan Pelancongan Dunia (WTO) melaporkan bahawa jumlah kedatangan pelancong antarabangsa sentiasa menunjukkan peningkatan terutamanya antara tahun 2004 dan 2007 yang telah mencatatkan pertumbuhan pada kadar purata tahunan 7%.

(19)

2

Destinasi pelancongan yang akan dikaji bagi memperoleh maklumat mengenai pengkomersialan produk budaya dan kepuasan pelancong ialah Kampung Budaya Mari-Mari, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah. Mari-mari Village memaparkan lima etnik terbesar di sabah iaitu Kadazan Dusun, Rungus, Lundayeh, Bajau Laut dan etnik Murut. Lokasi Kajian adalah terletak 30 minit daripada bandaraya Kota Kinabalu dimana lokasi ini mempunyai kelebihan sebagai destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong.

Pengkomersialan terhadap sesuatu produk budaya sepatutnya tidak mempengaruhi ketulenan budaya sesuatu masyarakat. Akan tetapi budaya merupakan sesuatu yang tidak statik. Hal ini telah menyebabkan sesetengah budaya telah mengalami perubahan akibat daripada pengaruh pengkomersialan dan pengalaman pelancong merupakan salah satu aspek penting dalam menentukan ketulenan sesuatu produk yang di pamerkan. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji tahap kepuasan pelancong terhadap prduk yang ditawarkan oleh Mari-Mari Cultural Village dan sekaligus mengkaji tahap kepuasan pelancong terhadap perkhidmatan dan fasiliti yang di sediakan oleh Mari-Mari Cultural Village.

(20)

3

budaya terutamanya model rumah tradisional etnik Sabah dan tahap kepuasan pelancong yang datang melawat di kawasan perkampungan.

1.2 Persoalan Kajian

Terdapat beberapa persoalan yang wujud dalam penyelidikan ini yang menarik minat untuk dikaji

iaitu:

1. Adakah demografi responden mempengaruhi pelancong datang semula ke Mari-Mari Cultural Village.

2. Adakah tahap kepuasan pelancong terhadap produk budaya yang ditawarkan oleh Mari-Mari Cultural Village mempengaruhi keaslian produk budaya tersebut. 3. Adakah fasiliti yang ditawarkan oleh Mari-Mari Cultural Village mempengaruhi

tahap kepuasan pelancong.

4. Adakah mutu perkhidmatan Mari-Mari Cultural Village mempengaruhi tahap kepuasan pelancong yang datang.

1.3 Objektif Kajian

1. Mengenalpasti latar belakang demografi responden yang melawat Mari-Mari Cultural Village.

2. Untuk mengetahui persepsi pelancong terhadap produk budaya yang dikomersialkan oleh Mari-Mari Cultural Village.

3. Mengetahui tahap kepuasan pelancong terhadap fasiliti yang ditawarkan oleh Mari-Mari Cultural Village.

4. Untuk mengetahui tahap kepuasan pelancong terhadap mutu perkhidmatan Mari-Mari Cultural Village.

1.4 Hipotesis Kajian

(21)

4

2. Tahap persepsi pelancong terhadap produk budaya yang di komersialkan mempengaruhi ketulenan dan keunikan kelima-lima budaya yang dipamerkan di Mari-Mari Cultural Village.

3. Fasilisti yang mencukupi yang ditawarkan oleh Mari-Mari Cultural Village boleh mempengaruhi tahap kepuasan pelancong.

4. Mutu perkhidmatan yang berkualiti yang ditawarkan oleh Mari-Mari Cultural Village boleh mempengaruhi tahap kepuasan pelancong.

1.5 Perspektif Teori

1.5.1 Teori constructivisme dan pelancongan.

(22)

5

1.5.2 Teori Kehendak oleh Maslow Dan Motivasi Dalam Perjalanan

Keperluan Tujuan Rujukan Kajian Pelancongan dalam

literature

Fisiologi (physiologi)

Ketenangan Melepaskan diri, kelegaan daripada perasaan cemas, fizikal, ketengan minda daripada tekanan.

Keselamatan (safety)

Sekuriti Kesihatan, rekreasi, sentiasa beraktif untuk masa depan.

Kebergantungan (belonging)

Kasih saying Bersatu padu dengan keluarga, penambahan dalam hubungan persanakan, teman, kemudahan dalam hubungan interaksi, keetnikan, menunjukkan kasih saying dirinya terhadap ahli keluarga.

Rasa hormat (esteem)

Pencapaian Status, prestij, menunjukkan

kepentingannya kepada orang lain, pengenalan orang ramai.

Self-actualization Setia kepada diri sendiri

Eksplorasi dan penilaian terhadap alam sekitar, penumuan diri, kepuasan terhadap kehendak diri.

Mengetahui dan memahami (to

know and

understand)

Ilmu pengetahuan Kebudayaan, pendidikan, minat dengan kawasan asing, keinginan untuk mengembara.

(23)

6

1.6 Definisi Konsep

Definisi konsep di dalam bab ini hanya diterangkan secara ringkas. Definisi konsep utama kajian akan diperjelaskan dengan lebih terperinci di dalam Bab 2.

1.6.1 Budaya

Menurut Mohd Taib Osman (1988), “ budaya didefinisikan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling”.Manakala menurut Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula “budaya merupakan satu alat penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat”.

Budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang. Budaya merupakan warisan sosial manusia, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi. Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.

1.6.2 Pelancongan Budaya

(24)

7

1.6.3 Pengkomersialan Budaya

Menurut Swedberg dalam bukunya sosiologi ekonomi pada tahun 1994, komersial ialah suatu ilmu dalam bidang ekonomi yang terikat dengan pertukaran barangan, perkhidmatan, dan aktiviti–aktiviti buruh yang berkaitan dengan perniagaan dan kewangan. Ekonomi komersial tidak termasuk aktiviti seperti menjaga anak, kerja-kerja rumah, dan lain-lain jenis buruh domestik yang biasanya dilakukan secara tanpa gaji. Secara amnya komersial ialah sesuatu yang boleh memberi kebaikan dalam aspek kewangan iaitu melalui proses jual-beli atau sewa serta melibatkan perniagaan.

1.6.4 Pelancongan

Velena L. Smith (1989:4-6) ada dua sudut yang pertama pelancong cenderung pergi ke sesuatu destinasi pelancongan iaitu disebabkan oleh factor budaya dan aktiviti yang dilakukan iaitu pengalaman budaya dalam kalangan sesebuah masyarakat dalam sesuatu kawasan. Kedua, pelancongan budaya adalah himpunan produk yang ditakrifkan sebagai “budaya” yang ditawarkan di sesebuah destinasi pelancongan.

1.6.5 Kepuasan pelancong

Parasuraman, Zeithaml & Berry (1994) mendakwa bahawa kepuasan pelancong adalah berkaitan dengan penilaian mereka bukan sahaja terhadap kualiti perkhidmatan tetapi juga ciri-ciri produk dan harga.

1.7 Sorotan Literatur (Kajian Lepas)

(25)

8

di Fuenterrabia. Menurut beliau, apabila ritual ini dikomersilkan dan pihak kerajaan mengarah ia dilakukan dua kali untuk memenuhi permintaan para pelancong, masyarakat tempatan kurang berminat untuk melakukannya. Hal ini kerana ritual tersebut telah menjadi suatu persembahan untuk tujuan ekonomi dan telah hilang maknanya. Greenwood menyatakan bahawa pengkomersilan ini telah menyebabkan kehilangan ketulenan budaya tersebut kerana ia 'diaturkan' dan hilang makna dan tujuan asalnya.

Cohen (1988) pula tidak mempunyai pandangan yang sama dengan Greenwood dan berpendapat bahawa pengkomersilan tidak semestinya menyebabkan kemerosotan makna dan ketulenan budaya. Hal ini hanya boleh berlaku dalam keadaan tertentu sahaja. Menurut Cohen, produk budaya yang dikomersilkan untuk para pelancong akan memberi makna yang baharu kepada masyarakat. Ini disebabkan produk tersebut akan menjadi suatu tanda diakritikal kepada identiti budaya mereka yang berupaya bertindak untuk memelihara identiti mereka di depan pihak luar. Medina (2003) bersetuju dengan pernyataan Cohen yang mana pengkomersilan budaya untuk pelancongan boleh membantu dalam pemeliharaan budaya sesuatu masyarakat melalui pewujudan permintaan atau pemberian nilai ke atasnya. Kajiannya terhadap perkampungan berdekatan tapak sejarah Maya di Belize telah menunjukkan pengambilan kembali identiti dan budaya Maya di kalangan masyarakat yang telah menghilang atau melupakannya. Keadaan ini berlaku kerana pelancongan dan minat pelancong terhadap budaya Maya yang mengakibatkan masyarakat tersebut mencari dan mengenali budaya asal mereka yang telah hilang daripada kerja-kerja ahli arkeologi, etnografi dan epigrafi. Motivasi untuk berbuat demikian wujud daripada idea bahawa penambahan kepada pengalaman pelancong secara tulen dapat menghasilkan lebih banyak untung untuk mereka. Medina menegaskan bahawa budaya yang dihasilkan akibat ini bukan sesuatu budaya yang baharu tetapi suatu budaya yang mempunyai ketulenan dan berasaskan pengetahuan daripada penemuan ahli pengkaji.

(26)

9

mengamalkan balik budaya mereka yang semakin mengurang untuk menunjukkan ketulenan produk mereka dan menarik minat pelancong. Aktiviti pelancongan dan pengkomersilan budaya telah membawa kepada tindakan secara sedar untuk membina semula identiti asal mereka. Walaupun Grünewald setuju bahawa budaya tersebut dibentuk mengikut permintaan pelancong, beliau membantah idea bahawa ia melibatkan proses akulturasi. Tradisi yang dibentuk untuk tujuan komersil masih mempunyai makna kepada masyarakat Pataxó. Hal ini kerana tradisi ini dibentuk berasaskan latar belakang mereka sebagai orang asli dan juga cantuman elemen budaya luar. Walaupun makna dan bentuk baharu wujud kerana usaha untuk memenuhi permintaan, ia tidak mengubah atau menghilangkan ketulenan budaya mereka tetapi mengekalkan kepentingannya kepada masyarakat tersebut kerana masih merujuk kepada cara hidup lama.

Kajian McKean (1973) mengenai masyarakat Bali juga menunjukkan perkembangan budaya tradisi akibat perkembangan industri pelancongan. Apabila masyarakat Bali melayan minat pelancong mengenai budaya mereka, pada masa yang sama mereka juga menggalakkan dan memperkukuhkan kesenian budaya mereka. McKean melihat budaya masyarakat Bali sebagai merangkumi "persembahan budaya" di mana persembahan ini mempunyai penonton seperti dewa dewi, penduduk tempatan dan pelancong. Persembahan yang dibentuk untuk para pelancong bersifat komersial dan tidak mempunyai makna secara agama. Walaupun begitu, faedah kewangan menyebabkan mereka melatih dengan lebih banyak dan ini menyebabkan penyampaian mereka bertambah baik. Menurut beliau, keadaan ini membolehkan budaya mereka diperkukuhkan dan pada masa yang sama mereka mendapat faedah. Selain itu, ketulenan budaya mereka juga tidak dijejaskan kerana apa yang ditambah masih mengikut budaya asal.

(27)

10

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini secara amnya adalah berkepentingan kepada beberapa pihak seperti sektor industri pelancongan, pihak pengurusan, masyarakat, dan pelancong. Kepentingan kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan di antara ketulenan dan pengkomersialan budaya dan untuk mengkaji kesan pengkomersialan budaya terhadap daya tarikan pelancong.

1.8.1 Sektor Industri Pelancongan

Kajian ini dapat membangunkan sektor industri pelancongan. Sektor industri pelancongan merupakan salah satu sektor yang dapat menjana eknomi negara. Tempat pelancongan yang memenuhi permintaan pelancong dapat menarik ramai pelancong dari negara asing untuk melancong ke tempat tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi negara dalam pertukaran mata wang asing.

1.8.2 Pihak Pengurusan

Kajian ini akan membantu pihak pengurusan tempat pelancongan memahami prmintaan pelancong. Di samping itu, pihak pengurusan perlu sentiasa memastikan bahawa perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan sentiasa berada dalam keadaan sempurna. Selain itu, pihak pengurusan perlu memastikan ketulenan dan pengkomersialan budaya sentiasa berada di landasan yang tepat supaya dapat menarik lebih ramai pelancong.

1.8.3 Masyarakat

(28)

11

1.8.4 Pelancong

Kajian ini sangat penting bagi seseorang pelancong kerana tempat pelancong yang menarik dapat menarik lebih ramai pelancong. Di samping itu, sesuatu tempat pelancong tidak boleh tanpa pelancong, tempat pelancong tidak akan membangun dan tidak dapat beroperasi dengan sempurna kerana kerugian. Oleh itu, pihak pengurusan harus memberi perhatian serta sentiasa memastikan bahawa tempat tersebut adalah sentiasa berada dalam keadaan yang sempurna.

1.9 Metodologi Kajian

Pendekatan utama kajian ini adalah penyelidikan Kuantitatif. Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat. Kajian ini dilakukan di Kampung Budaya Mari-Mari, Inanam. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelancong terhadap produk budaya yang dikomersialkan oleh Mari-Mari Cultural Village sekaligus mengkaji tahap kepuasan pelancong terhadap kemudahan fasiliti dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Mari-Mari Cultural Village. Kaedah kuantitatif akan digunakan dalam kajian ini iaitu dengan menggunakan borang soal selidik dan permerhatian di kawasan kajian.

1.9.1 Pengujian Kebolehpercayaan Soalan Borang Soal Selidik Melalui

Analisis Cronbach Alpha.

(29)

12

1.9.2. Teknik Kutipan Data

Dalam memahami dan mengenalpasti tahap kepuasan pelancong, pnyelidik mengunakan mengintergrasikan beberapa teknik kutipan data. Pengunaan kepelbagaian penggunaan teknik kutipan data dapat membantu pnyelidik mendapatkan data yang kukuh bagi menjawab objektif kajian yang dijalankan.

I. Survei dengan Borang Soal selidik

Persampelan rawak mudah ialah proses mengambil satu sampel di mana setiap unit-unit dipilih secara individu mahupun secara langsung melalui suatu proses yang rawak (Rohana Yusuf, 2003). Hal ini kerana persampelan rawak merupakan metod yang paling mudah bagi memilih unit ataupun responden dan merupakan asas kepada bentuk-bentuk persampelan yang lain. Kaedah persampelan rawak mudah ini juga turut digunakan oleh penyelidik bagi mendapatkan data untuk mengkaji tahap kepuasan pelancong yang datang melawat ke kawasan perkampungan mari-mari. Oleh sebab itu dalam kajian yang dijalankan oleh penyelidik di kawasan perkampungan budaya mari-mari ini adalah dengan menggunakan sepenuhnya borang soal selidik. Penggunaan borang soal selidik ini akan diedarkan kepada sebanyak 100 orang pelancong yang datang melawat ke kawasan perkampungan mari-mari tersebut tidak kira sama ada pelancong asing mahupun pelancong tempatan. Hal ini kerana tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelancong disamping melihat persepsi pelancong terhadap produk budaya yang ditawarkan dan dikomersialan oleh pihak pengurusan di Mari-Mari Cultural Village.

II. Pemerhatian Langsung di Lapangan

(30)

13 III. PemerhatianTurut Serta.

Kaedah ini akan digunakan untuk mendapatkan maklumat dengan memerhati suasana dan persekitaran di Kampung Budaya. Menurut Mohd (2005) dan Nana (2005), kaedah pemerhatian Turut Serta adalah untuk memperoleh gambaran yang sebenar terhadap suasana yang akan dikaji. Di mana penyelidik akan melibatkan diri secara langsung dalam suasana kajian yang dijalankan tersebut. Dalam menjalankan kaedah pemerhatian turut serta ini penyelidik akan berinteraksi dengan pelancong yang menjadi sampel dalam kajian bagi mengumpul data kajian melalui pelancong yang melawat di kawasan perkampungan budaya mari-mari tersebut. Hal ini demikian, penyelidik juga berada dalam situasi pertama pemerhatian turut serta dimana kehadiran pengkaji tidak diketahui oleh ahli dalam kajian yang dijalankan. Hal ini kerana, mengikut Sabitha Marican (2006) kaedah pemerhatian turut serta mempunyai dua situasi iaitu penglibatan peyelidik diketahui atau tidak diketahui oleh ahli dalam kajian tersebut. Sebagai contohnya melelui kajian lepas (Black dan Reiss, 1967) telah menggunakan pakaian seperti orang awam untuk berada bersama polis yang tidak menggunakan pakaian seragam dalam kereta polis di Boston, Chicago dan Washington. Ia bertujuan bagi melihat interaksi antara polis dan orang awam. Pegawai polis mengetahui penglibatan penyelidik sebagai pemerhati sebaliknya orang awam yang berinteraksi dengan polis tidak dimaklumkan bahawa interaksi mereka sedang diperhatikan oleh penyelidik. Keadaan seperti ini telah diserapkan dan diguna pakai oleh penyelidik bagi mendapatkan data untuk mencapai objektif dalam kajian. Dimana, kehadiran penyelidik sebagai pelancong diketahui oleh pihak pengurusan mari-mari namun pelancong yang melawat dan menikmati produk budaya yang ditawarkan oleh pihak MMCV tidak dimaklumkan bahawa gelagat dan interaksi mereka diperhatikan oleh penyelidik.

IV. Data Sekunder

(31)

14

1.10 Teknik Analisis Data

1.10.1 Kaedah analisis data kuantitatif (borang soal selidik)

Teknika analisis data yang digunakan adalah borang soal selidik secara berstruktur iaitu secara rawak kepada pelancong diamana, setiap unit di pilih secara individu mahupun secara langsung melalui proses yang rawak (Rohana Yusuf, 2003). Didalam borang soal selidik yang diedarkan mempunyai tiga Bahasa iaitu Bahasa melayu, Bahasa Inggeris dan juga mandarin. Agihan borang soal selidik dilakukan oleh penyelidik dengan mendapat kerjasama pemandu bas pelancong selaku wakil kepada penyelidik. Di samping itu, pelancong akan mengisi borang tersebut semasa berada dalam bas sewaktu pelancong dalam perjalanan pulang ke hotel di Kota Kinabalu. Saiz sampel yang digunakan adalah sebanyak 100. Di samping itu, pemandu bas sebagai pembantu untuk mentadbir pengedaran borang soal selidik (edar dan pungut). Masa yang diperuntukan adalah dalam 30 dan 40 minit. Selain mengedar borang didalam bas dan van pelancong penyelidik juga mengedar borang soal selidik tersebut semasa waktu makan pelancong di dewan makan dimana waktu tersebut dianggap sesuai kerana pelancong terlebuh dahulu sudah mengalami dan menikmati produk budaya yang ditawarkan di perkampungan mari-mari tersebut.

1.10.2. Kaedah analisis data kualitatif (pemerhatian)

(32)

15

(1967) iaitu melakukan pemerhatian untuk mengkaji interaksi polis dengan orang awam.

1.10.3 Analisis data sekunder.

Untuk melengkapkan kajian yang dijalankan ini penyelidik juga akan menggunakan data sekunder sebagai maklumat tambahan melalui pembacaan buku, jurnal, surat khabar, artikel dan juga edaran pamphlet dari mari-mari cultural village. Hal ini kerana, bagi menyokong dan menguatkan data daripada kajian yang diperolehi dari hasil kerja di lapangan dengan mengabungkan data dapatan kajian lapangan dengan data sekunder supaya dapat menyokong perolehan data kajian lapangan. Dimana menurut sabitha Marican (2005), pencarian bahan ilmiah digunakan bagi menyokong data dapatan kajian yang dijalankan.

1. 11 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, penyelidikan terhadap hubung kait antara pengkomersialan sesuatu budaya dan kepuasan pelancong di Mari-Mari Cultural Village, ini perlu dijalankan untuk menjelaskan bagaimana pengkomersialan sesuatu produk budaya tersebut menjadi kepuasan pelancong selain faktor lain yang mendorong pelancong untuk datang ke Mari-Mari Cultural Village dilakukan dalam industri pelancongan ini. Melalui kajian ini juga, ketulenan sesebuah budaya itu juga diketahui dan mempengaruhi daya tarikan pelancong untuk berkunjung di tempat tersebut. Dengan itu, secara tidak langsung pengkomersialan produk, budaya dan ketulenan sesuatu budaya terhadap pelancong juga dapat diketahui.

(33)

16

Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyatakan bahawa kerajaan akan memastikan kesenian dan kebudayaan terus menjadi teras kepada pembentukan masyarakat moden dalam Berita Utusan. Oleh itu, pengkomersialan terhadap produk sesuatu budaya merupakan komponen penting dalam industri pelancongan.

(34)

17

BAB 2

SOROTAN LITERATUR: PERSPEKTIF TEORI, KONSEP-KONSEP UTAMA

KAJIAN DAN KAJIAN LEPAS

2.1 Pengenalan

Di dalam bab 2 ini membincangkan mengenai sorotan literatur dimana akan merungkaikan kesesuaian perspektif teori, konsep-konsep utama dan sorotan kajian lepas. Perspektif teori yang digunakan di dalam penyelidikan ini dilihat sebagai kayu ukur untuk melihat pengkomersialan produk budaya serta kepuasan pelancong di Mari-Mari Cultural Village, Inanam Sabah. Di samping itu juga, konsep-konsep utama yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah untuk memberikan penekanan dan penjelasan bagi mengoperasikan penggunaan konsep semasa di lapangan. Selain itu sorotan kajian lepas juga adalah dijadikan sebagai panduan untuk melakukan perbandingan hasil kajian yang lepas dengan penyelidikan yang dijalankan. Oleh sebab itu, ketiga-tiga perkara ini dilihat amat penting dalam penyelidikan ini kerana wujudnya hubungkait antara satu sama dengan yang lain.

2.2 Perspektif Teori

(35)

18

2.2.1 Pendekatan Objektivism dan Ketulenan Produk Budaya

Di dalam pendekatan objektivisme menumpukan pada pengertian asal. Dimana penulis-penulis seperti Boorstin (1964) telah mengkritik pengkomersialan sesuatu produk budaya terhadap pelancong secara besar-besaran dan rasionalisasi industri pelancongan disebabkan pengkomersialan sesuatu produk budaya boleh menyebabkan berlakunya peristiwa palsu yang diistilahkan oleh Boorstin sebagai

‘pseudo event’. Beliau melihat, para pelancong kebiasaanya menikmati dan menggunakan tempat-tempat dan produk budaya yang di persembahkan tersebut adalah tiruan dan bukannya asli. Hal ini kerana, pelanocong dianggap sebagai mudah terpedaya kerana tidak dapat menilai ketulenan sebenar sesuatu produk budaya tersebut. Bagi Boorstin (1964), dalam commoditization, bukan sahaja event yang ditunjukkan sebagai tarikan pelancong tersebut palsu malah dilihat sebagai sesuatu event yang dibuat-buat melalui peristiwa-peristiwa palsu, namun begitu bagi boorstin dan wang mengklasifikasikan bahawa pelancong tidak atau amat jarang menyukai ketulenan apa yang pasti produk budaya yang dikomersialkan tersebut ada ciri-ciri budaya yang dipaparkan tersebut (Boorstin 1964; Wang 1999).

(36)

19

Oleh itu penggunaan perspektif ini dalam konteks produk pelancongan, belakang pentas adalah merujuk kepada sebahagian dari budaya tersebut yang betul-betul tulen yang amat jarang sekali dilihat oleh pelancong. Situasi begini mengikut Mac Cannell (1989) menerangkan terdapatnya perbezaan antara apa sebenarnya yang ada di depan dan di belakang pentas dalam konteks produk budaya yang dikomersialkan dalam pelancongan. Oleh itu dalam ‘mempersembahkan’ sesuatu produk budaya tertentu, tempoh masa, tempat atau acara, Mac Cannell (1989) telah mendakwa pemeringkatan dalam ketulenan menyebabkan pengalaman yang dialami oleh pelancong tersebut adalah dianggap sebagai sesuatu yang tidak ‘authentic’. Bagi MacCannell ketulenan sebenar adalah pendedahan dan interaksi yang dilakukan dan di persembahkan di ‘back stage’ yang mana produk budaya tersebut tidak dicemari commoditification.

Hal ini kerana, Objectivisme adalah berpegang teguh kepada fahaman yang melihat objek dan nilai (kualiti) tersebut wujud dengan tersendirinya. Realiti adalah bebas daripada minda dan pengetahuan manusia itu sendiri. Keadaan ini yang diterangkan oleh MacCannell (1989) sebagai budaya yang tulen apabila ia di peringkat backstage dan budaya yang di pentas hadapan (front stage) adalah sesuatu yang tidak tulen kerana telah campuri dengan unsur commoditification. Oleh kerana pendekatan Objectivism ini terlampau menekankan isu ketulenan sebenar ianya telah dikritik oleh pendekatan Konstruktivism.

2.2.2 Pendekatan Konstruktivism dan Pengkomersialan Produk Budaya

Serta Ketulenan

(37)

pelancong-20

pelancong dalam pencarian isu ketulenan, namun ianya tetap mengeaskan bahawa ketulenan mempunyai pelbagai jenis dan makna yang boleh ditafsir atau ditakrifkan bergantung kepada terjemahan subjektif orang atau pelancong yang menikmati pengalaman semasa melakukan lawatan.

Pandangan ini dilihat menentang ‘kemutlakan’ ketulenan keatas produk budaya yang diperkatakan dalam pendekatan objectivist yang melihat ketulenan sebagai static original (Wang 1999) yang melihat ketulenan dalam konteks sejarah dan budaya. Oleh sebab itu, terdapat budaya dan tradisi yang sentiasa bergantung kepada tempat dan masa bagi meletakkan makna-makna budaya dan peritiwa yang dipersembahkan secara berterusan. Perkara yang utama yang dikemukakan oleh wang (1999) adalah bahawa kebanyakkan pelancong mendapat ide mengenai ketulenan sesuatu budaya tersebut adalah berdasarkan mediatized dan ideologi. Hal ini kerana, pendekatan constructivism melihat ketulenan adalah bukannya sesuatu reality objek yang hanya ditunggu unutk digunakan. Sebaliknya, mengikut prngasas teori constructivism dalam konteks pelancongan seperti Cohen (1988) mengatakan bahawa ketulenan sesuatu produk budaya dalam konteks pelancongan bukanlah dianggap sebagai sesuatu objektif tetapi ianya sesuatu yang boleh dirundingkan.

Ini kerana, sesuatu produk budaya yang dipentaskan pada masa sekarang mungkin telah mengalami perubahan dari segi warna, kaedah, bahan yang digunakan untuk pembinaan serta tempoh masa yang dialami lama kelamaan budaya yang dipentaskan itu akhirnya dianggap sebagai sesuatu yang tulen oleh para pelancong selagi ia dihasilkan oleh komuniti setempat dan masih mempunyai ciri-ciri budaya komuniti tersebut keatas produk budaya yang dikomersialkan malah ianya dianggap sebagai memelihara budaya tersebut daripada proses modenisasi dan pembangunan yang boleh menghilangkan makna keatas budaya yang sedia ada.

2.2.3 Pendekatan Post Modernism dan Ketulenan Produk Budaya yang

dikomersialkan.

(38)

21

ketulenan itu sendiri tidak relevan. Di mana kenyataan penulis seperti Baudrillard (1989), mengatakan bahawa pengkomersialan produk budaya mengikut perspektif ini adalah dengan ertikata mudahnya menyebabkan ketulenan ke atas produk budaya tersebut hilang sepenuhnya. Hal ini kerana, beliau berhujah terhadap realiti yang diwakili oleh simulasi, iaitu satu “percambahan berpanjangan diri referensial imej-imej yang tidak lagi mewakili satu reality sebelumnya dan dipisahkan dari asal usul stabil dan idea ketulenan” (Goebel 1998). Di samping itu juga, Baudrillard (1989) dan postmodenists lain telah mempertahankan hujah berkenaan idea tiruan ketulenan itu, dimana membincangkan kelebihan-kelebihan iaitu mempunyai satu “superior copy” dan mengemukakan bahawa kebaikan dalam mementaskan pandangan mahupun produk budaya yang dikomersialkan tersebut mempunyai produk yang seakan sama dengan produk yang asal atau produk asli.

Ritzer (1997) berpendapat bahwa pelancong akan mula tertipu akan ketulenan yang berasaskan ideology seperti yang di dakwa oleh MacCannel (1989) iaitu dengan menyatakan seperti:

“..people raised and living in a post-modern world dominated by simulations increasingly come to want, may to insist on, simulations when they tour. Post-modernism, with a society increasingly dominated by simulations, would lead us to believe, if we assume that MacCannell is correct, that tourists are increasingly

doomed to failure in their search for aunthenticity” (Ritzer, Liska 1997:107).

(39)

22

telah dianggap oleh MacCannell sebagai menipu pelancong dengan produk yang bukan betul-betul asli.

Dalam industri pelancongan era masa kini, adalah biasa bagi seseorang untuk membayar bagi memdapatkan pengalaman yang dianggap sebagai khayalan yang pada asasnya mereka tahu seseutu produk itu tidak tulen namun dapat menikmatai pengalaman yang seakan tulen dengan meniru sesuatu produk budaya yang betul-betul tulen. Budaya dan pengalaman sejarah yang dipentaskan adalah dikatakan sebagai hanya untuk kepentingan pelancong sebagai contohnya di Amerika Syarikat, Baudrilliard (1989) telah mengatakan bagaimana Mariachi Band di Mexico City mungkin boleh ditemui dalam hiburan di Hotel Hilton daripada di jalan. Hal ini demikian juga, jika anda melancong pakej bercuti ke China hari ini anda berkemungkinan akan dihiburkan oleh samurai yang tidak tulen dengan melakukan adegan pergaduhan diantara satu sama lain dengan meniru peristiwa yang tulen dengan tujuan untuk memaparkan imej samurai bertarung bagi tatapan pelancong sahaja. Hal ini menurut Featherstone (1990) sebagai eleman dalam pelancongan pasca moden. Dimana pelancong kebudayaan dan Postmodernisme telah menikmati pengalaman yang palsu yang disifatkan sebagai khayalan daripada peristiwa yang asal yang dibina oleh pelancongan yang berbentuk kontemporari.

(40)

23

2.2.4 Pendekatan Kritikal dan Ketulenan Produk Budaya Yang

dikomersialkan.

Menurut para analisis kritikal berpendapat pelancongan ialah satu bentuk yang baru dalam era globalisasi telah mengalami proses promosi melalui pengiklanan yang dijadikan sebagai sesuatu lanskap eksotika. Dimana bentuk landskap eksotika ialah pelancongan budaya di Negara sedang membangun, dimana pengembara pos modenis akan membayangkan pengalaman tulen yang lebih menggembirakan. Pelancongan dan globalisasi menumpukan kesan negative akibat kunjungan manusia dari satu Negara ke Negara yang lain. kesan negatifnya termasuklah pengusisran kelompok komuniti, kemusnahan budaya komuniti oleh syarikat multi corporation (MNC) dalam pelancongan. Hal ini menunjukkan bahawa kesan negative yang berlaku adalah disebabkan kurangnya penekanan terhadap konsep “sustainable”. Mengikut Azarya (2000), beliau mengatakan bahawa ketulenan budaya itu adalah disebabkan untuk memenuhi kehendak pelancong pasca moden semata-mata dalam era globalisasi.

2.2.5 Teori kehendak dan Keperluan oleh Maslow dan Pelancong

(41)

24

Jadual 2.2 Teori Hierarki Kehendak dan Keperluan oleh Maslow dalam Pelancongan

Keperluan Tujuan Rujukan Kajian Pelancongan dalam

literature

Fisiologi (physiologi)

Ketenangan Melepaskan diri, kelegaan daripada perasaan cemas, fizikal, ketengan minda daripada tekanan.

Keselamatan (safety)

Sekuriti Kesihatan, rekreasi, sentiasa beraktif untuk masa depan.

Kebergantungan (belonging)

Kasih sayang Bersatu padu dengan keluarga, penambahan dalam hubungan persanakan, teman, kemudahan dalam hubungan interaksi, keetnikan, menunjukkan kasih saying dirinya terhadap ahli keluarga.

Rasa hormat (esteem)

Pencapaian Status, prestij, menunjukkan

kepentingannya kepada orang lain, pengenalan orang ramai.

Self-actualization Setia kepada diri sendiri

Eksplorasi dan penilaian terhadap alam sekitar, penumuan diri, kepuasan terhadap kehendak diri.

Mengetahui dan memahami (to

know and

understand)

Ilmu pengetahuan Kebudayaan, pendidikan, minat dengan kawasan asing, keinginan untuk mengembara.

(sumber: dipetik daripada Mill dan Morrison dalam Chan, 2005)

(42)

25

diaplikasikan bagi mengukur tahap kehendak dan keperluan pelancong yang berkunjung ke destinasi pelancongan. Hal ini kerana, pelancong merupakan individu yang mempunyai tahap hierarki bagi mencapai tahap kepuasan dalam diri (Chan, 2005) dimana teori yang diketengahkan oleh Maslow ini membincangkan kehendak berdasarkan lima tahap keperluan iaitu keperluan fisiologi, keselamatan, sosial, kasih saying dan penghargaan kendiri. Dalam rajah 2.2 memperlihatkan bentuk pyramid ciptaan Abraham Maslow bagi menerangkan tahap-tahap keperluan asas manusia. Bentuk pyramid tersebut dibahagikan setiap peringkat bagi menjelaskan setiap peringkat keperluan asas yang dimulakan dengan keperluan yang paling asas sehinggalah meningkat ke tahap pencapaian hasrat diri. Untuk mengaplikasikan teori ini keatas pelancong iannya dapat dilihat apabila pelancong mempunyai keperluan fisiologi seperti perkhidmatan, makanan, minuman, tidur dan perlindungan ianya merupakan salah satu keperluan asas yang perlu pada setiap individu. Oleh itu dalam kajian yang dijalankan ini adalah bagi mengukur tahap kepuasan pelancong yang datang aspek mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah destinasi pelancongan adalah amat penting bagi membolehkan pelancong merasa berpuas hati hal ini kerana, mengikut Bigne, sanchez dan Sanchez (2001) kepuasan pelancong adalah merupkan sesuatu reaksi yang merujuk kepada satu objek yang merangsang kepuasan pelancong dalam suatu destinasi. Oleh itu, keperluan fisiologi dari segi mutu perkhidmatan yang baik boleh memberikan reaksi yang memuaskan bagi pelancong yang berkunjung ke sesuatu destinasi pelancongan. Hal ini menunjukkan bahawa, faktor fisiologi amat penting dalam bidang pelancongan kerana keperluan sebegini mampu meningkatkan tahap kepuasan pelancong yang datang. Keadaan ini adalah amat penting bagi pihak pengurusan industri pelancongan dimana, keperluan fisiologi dari segi mutu perkhidmatan memainkan peranan yang penting bagi membolehkan pelancong berpuas hati dan berkemungkinan pelancong akan melakukan lawatan semula ke masa hadapan jika mutu perkhidmatan adalah baik untuk pelancong yang datang.

(43)

26

yang dijalankan mahupun diselengarakan oleh pihak pengurusan industri pelancongan haruslah menitikberatkan aspek keselamatan para pelancong datang melawat ke sesuatu destinasi pelancongan. Hal ini kerana, isu keselamatan dikatakan dapat merangsang kepuasan hati pelancong terhadap destinasi pelancongan yang dikunjung jika keselamatan pelancong semasa menjalani aktiviti di kawasan pelancongan dititikberatkan. Oleh sebab itu mengikut Nurul Iswani (2006), insiden seperti kemalangan yang melibatkan pelancong boleh mendatangkan kesan negatif terhadap industri pelancongan itu sendiri. Oleh hal yang demikian, isu keselamatan menjadi titik tolak bagi kepuasan pelancong untuk melancong ke sesebuah destinasi pelancongan. Hal ini kerana, menurut Richard George (2003), jika pelancong merasakan keselamatan mereka terancam di sesuatu destinasi tersebut, mereka secara menerusnya akan beranggapan bahawa destinasi tersebut boleh membahayakan nyawa mereka. Keadaan ini boleh menyebabkan penurunan kadar pelancong yang datang disamping sedikit sebanyak memusnahkan industri pelancongan itu sendiri.

(44)

27

memerlukan perhatian yang cukup daripada pihak pengurusan pelancongan supaya keberangkalian untuk pelancong datang semula adalah tinggi.

Peringkat seterusnya didalam hierarki keperluan Maslow adalah mengenai keperluan kendiri/penghargaan. Menurut Shaffer (1985) peringkat ini adalah merupakan pengertian dan juga kefahaman seseorang terhadap dirinya sebagai individu yang memiliki ciri yang istimewa. Dimana inidividu berpendapat keatas dirinya sendiri iaitu penyempurnaan dari segi potensi pada diri dan bagai mana mahu menyempurnakannya. Ianya adalah berasakan kepekaan dan kesedaran mengenai kekuatan dan kelemahan individu. Kesedaran yang dimaksudkan adalah perlu lahir daripada maklum balas, atau reaksi individu terhadap yang lain di sepanjang berkomunikasi dengan individu yang lain. Orang yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi di istilahkan sebagai seorang yang menyukai atau menghargai dirinya yang memiliki kebolehan terhadap hubungan dengan dunia luar. Sebaliknya, mereka yang mempunyai nilai kendiri yang rendah akan melihat diri sebagai seorang yang benci dan tidak menghargai akan diri sendiri. Dimana tidak dapat berhubung dengan berkesan terhadap persekitaranya.

(45)

28

2.3 Konsep-Konsep Utama Kajian

2.3.1 Ketulenan Budaya

Istilah Authenticity adalah bererti ketulenan dalam sesuatu produk mahupun perisiwa. Dalam konteks pelancongan, kosep ketulenan menurut Wang (1999) dianggap masih relevan kerana kewujudan pelancongan konsep baru seperti pelancongan etnik, budaya dan sejarah yang melibatkan “the other”. Melalui definisi authenticity ini atau konsep ketulenan ini dijadikan sebagai asas kajian ini bagi mengenalpasti ketulenan terhadap produk budaya yang dikomersialkan di Mari-mari cultural village mengikut persepsi pelancong yang menikmati produk dan peristiwa yang dipamerkan di perkampungan budaya tersebut. Dimana setiap produk budaya yang di pamerkan di lima buah model rumah etnik terbesar di sabah.

2.3.2 Pelancongan

Maksud pelancongan mempunyai pelbagai istilah yang ditakrifkan mengikut perspektif dan pandangan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung dengan industry pelancongan. Hal ini termasuklah para pelanocng itu sendiri, organisasi penginapan dan pengankutan, organisasi pendidikan, pihak kerajaan dan sebagainya. Istilah perkataan ‘tourism’ adalah diambil daripada perkataan latin iaitu ‘tornare’ dan ‘tornor’ daripada greek yang bermaksud pergerakan dalam suatu bulatan. Pada amnya, Jafari (1977) menyifatkan pelancongan adalah sebagai suatu kajian manusia yang bergerak keluar daripada habitat semulajadi mereka serta penglibatan indiustri yang dikatakan bertindak balas pada keperluan pelancong, dan juga kesan ke atas diri pelancong dan industri ini daripada sudut sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran (Batta, 2000).

(46)

29

adalah sebagai “suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen manusia iaitu pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih, elemen ekonomi iaitu industri pelancongan serta elemen dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari tempat asal mereka selama lebih dari satu hari” (Batta, 2000). Bagi kajian yang dijalankan ini, pengkaji merasakan bahawa konsep yang diutarakan oleh Leiper (1981) sesuai diaplikasikan di dalam kajian yang dijalankan ini dimana, beliau mengatakan bahawa pelancong adalah merupakan sebagai satu sistem yang terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, iaitu elemen manusia iaitu sebagai pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan asal, kawasan persinggahan dan kawasan destinasi yang terpilih mengikut kehendak pelancong yang datang melawati sesebuah kawasan destinasi pelancongan.

2.3.3 Budaya

(47)

30

2.3.4 Pegkomersialan Budaya

Pengkomersialan budaya dilihat sebagai satu fenomena atau isu yang sering menjadi perdebatan oleh ahli-ahli antropologi dan soisologi. Antaranya adalah Picard (1995), beliau menggambarkan bahawa keadaan ini melalui masalah pelancongan di Bali, Indonesia. Perdebatan yang ditimbulkan dalam pengkajian beliau dibali adalah mengenai adakah penduduk di Bali dapat keuntungan daripada proses mengkomersialkan produk budaya mereka melalui pelancongan tanpa menghilangkan identity asal dan tanpa memusnahkan budaya sedia ada mereka.

Di samping itu, pemasaran adalah merupakan satu proses pengurusan yang dipertanggungjawakan untuk mengenalpasti dan memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan disamping untuk mendapatkan keuntungan. Manakala bagi promosi pula adalah memainkan peranan penting untuk memaklumkan kepada bakal pengunjung mengenai sesebuah destinasi pelancongan. Pemilihan bentuk promosi serta maklumat yang ingin disampaikan seharusnya bersesuaian dengan segmen pasaran. Dimana, bentuk promosi yang biasa digunakan melelui lawan sensaang, Word of mouth, pameran, brosur, dan melalui agensi pelancongan. Bagi Cooper, Fietcher, Gilbert, Sheperd dan Winhill (1998), megatakan bahawa promosi adalah merupakan campuran kepada aktiviti komunikasi yang mana persatuan pelancongan atau jabatan pelancongan berusaha untuk menarik atau mempengaruhi orang awam.

(48)

31

adalah memerlukan satu pendekatan strategi dan adanya cabaran ke atas produk tersebut.

Selain itu, Buckley dan Papadopoulus (1986), telah mencadangkan bahawa perlunya pemerhatian yang menyeluruh diberikan kepada ciri-ciri pelawat dalam usaha untuk membangunkan strategi pemasaran yang rasional. Contohnya, kewujudan segmen pasaran yang jelas harus dikenalpasti dan dibuat kajian tentang faktor-faktor keputusan untuk membeli yang mana ianya lebih penting dalam segmen tersebut. bagi pendapat dNetherlands National Tourist Office (1992) pula, permintaan pelancong adalah luas dan tidak terkira banyaknya pilihan untuk segmentasi seperti umur, kelas sosial, fasa pembangunan keluarga, corak perbelanjaan, tujuan kebudayaan atau untuk alam semulajadi, melancong secara persendirian atau berkumpulan mahupun sesuatu yang menarik minat pelancong tersebut untuk melancong. Hal ini menunjukkan bahawa setiap dan sasaran pasaran seharusnya bersesuaian dengan apa yang kita hendak tawarkan samada kepada pelancong atau pelawat bagi sesebuah destinasi pelancongan.

Oleh itu, Mckercher, Ho dan Du Cros (2003) berpendapat bahawa pentingnya untuk mengakses potensi pasaran secara realistik dan responden dapat merasa promosi pelancongan agensi tempatan adalah tidak begitu bagus, jadi lembaga pelancongan hongkong telah mendesak pengurus asset (curator) untuk membangunkan asset (bahan pameran) mereka sebagai tarikan pelancongan. Bagi Cooper, Fletcher, Gilbert, Sheperd, dan Winhill (1998) mengatakan bahawa pemasaran adalah berkenaan dengan kajian yang berkaitan asas kepada perancangan organisasi. Dimana, pemasaran adalah berkaitan dengan produk, harga, promosi dan bukan sahaja terletak kepada untung semata-mata.

2.3.5 Kepuasan Pelancong

(49)

32

pelancongan memiliki produk mahupun eleman pelancongannya yang tersendiri dan setiap produk tersebut mempunyai ciri dan sifat unik yang tersendiri bergantung kepada sesebuah destinasi pelancongan. Mengikut Salleh et al (2011), isu mengenai kepuasan pelancong domestik mahupun pelancong antarabangsa tidak terkecuali dalam industry pelancongan kerana ia dapat dibangunkan jika wujudnya usaha-usaha bagi melakukan penambahbaikan dapat diteruskan bagi membangunkan industri tersebut. Bagi Bigne, Sanchez dan Sanchez (2001) pula mendefinisikan konsep kepuasan adalah sebagai suatu reaksi, dan keputusan terhadap pemilihan berdasarkan kepada imosi atau sifat dalaman individu. Di samping itu, reaksi yang dimaksudkan tersebut adalah merujuk kepada penumpuan yang khusus yang seringkali diwakili oleh satu objek yang boleh memuaskan pengguna ataupun pelancong dalam menikmati sesuatu destinasi kunjungan.

(50)
(51)

34

2.4 Sorotan Kajian Lepas

Kajian yang dijalankan oleh Jin Huh (2002) ini adalah berkenaan dengan tahap kepuasan pelancong terhadap tapak budaya yang dijalankan di Virginia Historic Triangle di Amerika. Ianya merupakan kawasan sejarah yang merupakan destinasi pelancongan yang popular di Amerika. Di dalam kajian yang dilakukan oleh Jin Huh (2002) ini mendapati fokus kajian adalah berkenaan terhadap karakteristik pelancong yang melawat destinasi warisan sejarah ini. Di samping itu juga kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti hubungan diantara destinasi warisan budaya tersebut mempengaruhi kepuasan pelancong yang datang melawat. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan melakukan kajian kuantitatif iaitu melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada 300 orang responden yang melawat ke tapak warisan budaya The Virginia Historic Triangle di Amerika. Hasil dapatan kajian yang diperolehi Cuma 251 responden daripada 300 responden sahaja yang dapat dianalisis dengan menggunakan SPSS system. 4 faktor yang diketengahkan didalam borang soal selidik yang di sediakan iaitu berkenaan dengan tarikan umum pelancong yang datang, tarikan terhadap warisan sejarah, faktor penyelenggaraan destinasi pelancongan tersebut dan faktor tarikan budaya. Dapatan kajian mendapati bahawa pelancong yang datang berpuas hati terhadap monument-monumen sejarah yang ada disamping itu juga pelancong juga dilihat berpuas hati terhadap pakej pelancongan, bangunan-bangunan sejarha, Taman Tema yang terdapat disitu. Namun yang demikian dapatan kajian menunjukkan terdapat beberapa elemen yang menyebabkan pelancong tidak berpuas hati. Hal ini kerana, ‘expectation’ pelancong terhadap hal-hal seperti produk-produk kraftangan, makanan, cenderamata adalah berlainan daripada tanggapan pelancong keadaan ini telah mempengaruhi tahap kepuasan pelancong yang melawat di tapak The Virginia Historic Triangle.

(52)

35

mengklasifikasikan faktor utama yang mempengaruhi kepuasan pelancong, menganggar mengukur nilai min bagi kepuasan pelancong sebenar dengan kepuasan diigini pelancong, mengenalpasti zon toleransi pelancong serta menentukan kepelbagaian keperluan pelancong yang perlu diperbaiki berdasarkan tahap kepuasan yang inikmati pelancong.

Kajian ini menggunakan dua kaedah iaitu kaedah kualitatif iaitu temubula bersemuka dengan pelancong domestic sahaja yang melawat kawasan tersebut. Kaedah kuantitatif yang digunakan adalah menggunakan borang soal selidik juga iaitu dengan menbahagikan kepada dua bahagian dengan bahagian yang pertama merupakan pengumpualn maklumat demografi pelancong sementara bahagian kedua pula adalah berkaitan dengan persepsi pelancong terhadap kepuasan perkhidmatan ditawarkan di TLPK.

Hasil dapatan kajian yang diperolehi mendapati kesemua pelancong yang mengadakan lawatan ke destinasi tersebut terhadap kualiti perkhidmatan (tahap keselamtan, infrastruktur, keseluruhan perjalanan, kebersihan dan kemudahan sokongan) yang di tawarkan sebagaimana ditunjukkan oleh nilai min persepsi antara 3.72-4.87 yang lebih tinggi daripada nilai min purata 2.5. Tetapi wujud perbezaan antara nilai min tersebut sama ada melalui gap mahupun ujian t berpaangan. Analisis jurang mendapati nilai min kebanyakkan kualiti perkhidmatan adalah negative bagi semua atribut. Nilai t juga didapati signifikan yang menunjukkan terdapat perbezaan antara kepuasan yang dijangka dan persepsi. Namun yang demikian, tingkat kepuasan epalncong masih lagi tinggi kerana nilai min persepsi mereka melepasi nilai min persepsi purata. Secara keseluruhan tahap kepuasan yang diperolehi pelancong terhadap kelima-lima perkhidmatan adalah bersesuaian dan memenuhi kriteria statistic yang telah ditetapkan selain memperoleh nilai ‘cronbach alpha’ yang tinggi (melebihi 0.80).

(53)

36

diantara kedua-dua pelancong iaitu pelancong asing dan juga pelancong tempatan terhadap pengurusan aktiviti pelancongan, promosi produk pelancongan budaya dan produk pelancongan budaya Lanna. Antara objektif kajian dalam kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengenalpasti aktiviti di Chiang Mai Street ini meningkatkan pencemaran, untuk melihat aktiviti Chiang Mai Street ini meingkatkan promosi keatas produk budaya dalam pelancongan, dan mengenalpasti tahap kepuasan pelancong antarabangsa dan juga pelancong tempatan (Thai) terhadap aktiviti di Chiang Mai Street. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa aktiviti Chiang Mai street telah mneingkatkan pendapatan penjual kraftangan Lanna di mana projek yang dibina di kawasan tersebut telah mewujudkan kawasan yang startegik untuk mereka menjual kraftanggan Lanna yang merupakan produk budaya orang Thailand di samping meningkatkan peluang pekerjaa serta banyak kedai untuk pelancong yang datang mengunjungi selain itu juga dapat memelihara produk budaya Lanna tersebut.

Bagi mengukur tahap perbezaan pelancong tempatan (thai) dang juga pelancong antarabangsa kajian ini mengunakan kaedah kuantitatif dengan mengunakan borang soal selidik untuk 100 orang responden 50 responden dari kalangan pelancong tempatan dan 50 adalah dari kalangan pelancong antarabangsa. Dimana pengukuran tahap kepuasan diukur berkenaan dengan kepuasan mereka terhadap produk budaya yang di promosikan di Chiang Mai Street. Produk budaya tersebut merangkumi (makanan asli Thailand, persembahan seni tradisonal Thailand, urutan tradisional tahiland dan juga cenderamata). Hasil dapatan kajian mendapati kebanyakkan pelancong yang ditemui menyatakan berpuas hati terhadap produk budaya yang di promosikan di Chiang Mai Street terutamanya daripada kalangan pelancong asing yang menunjukkan tahap kepuasan yang lebih tingi berbanding dengan pelancong tempatan (Thailand) terutamanya terhadap promosi makanan asli Thailand. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa responden yang berlatarbelakangkan pendidikan tinggi mempunyai tahap kepuasan yang paling tingi.

(54)

37

salah satu etnik Nigeria yang kaya dengan budaya seperti Bahasa yang berlainan, tarian tradisional, festival dan juga makanan tradisi mereka. Festival carnival Calabar ini merupakan salah satu Karnival pertunjukkan budaya. Kajian ini memfokuskan kepada 9 atribut festival iaitu termasuklah dari segi promosi, kemudahan, makanan, keselamatan, persekitaran, infrastruktur dan juga pusat beli belah.

Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kualitatif dan juga kuantitati. Kaedah kualitatif digunakan dnegan melakukan temubual secara bersemuka dengan penonton (pelanocng) festival. Di smaping itu, kaedah kuantitatif digunakan dengan melakukan soal selidik secara berfokus dimana penonton daripada kalangan yang berumur 20 tahun keatas sahaja akan diberikan borang soal selidik iaitu seramai 500 orang responden daripada kalangan penonton (pelancong). Hasil kajian mendapati kebanyakkan responden daripada kalangan penonton yang ditemui berpuas hati terhadap 9 atribut yang terdapat pada festival tersebut. Dimana ketiga-tiga focus penonton iaitu penonton yang melihat festival sepanjang malam, yang tinggal di kawasan festival dan penonton yang pergi balik menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi terhadap aktiviti yang ada di festival Karnival Calabar.

Namun begitu kajian yang dijalankan oleh M. Kozak (2001) dimana di dalam kajian tersebut adalah mengemukakan perbandingan penilaian terhadap kepuasan bagi pelancong Jerman dan British di Destinasi Pelancongan. Penganalisian perbandingan kajian terhadap kepuasan pelancong di dua destinasi pelancongan yang berbeza. Dimana, dapatan kajian menunjukkan hasil kajian yang melibatkan 1872 pelancong dari British dan German yang mengunjungi Turki dan Mallorca pada musim panas tahun 1998. Kajian ini dilakukan di Turki dan Mallorca. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti perbezaan dan persamaan tahap kepuasan pelancong yang mengadakan lawatan ke Turki. Untuk menguju perbezaan di antara dua destinasi tersebut, borang soal selidik diedarkan di kedua-dua destinasi.

(55)

38

Kajian yang dijalankan oleh Akama dan Keiti (2003) pula adalah berbeza dengan kajian yang dijalankan oleh Kozak (2001).kajian yang dijalankan ini adalah berkenaan pengukuran tahap kepuasan pelancong di safari Hidupan Liar di kenya yang dianggap sebagai sector pelancongan yang penting di Kenya. Di mana, lebih satu juta pelancong antarabangsa telah melawat Taman Negara Kenya setiap tahun. Sebaliknya, sejak kebelakangan ini bilangan pelancong antarabangsa ke Taman Negara ini semakin berkurangan. Hal ini disebabkan oleh kekurangan kualiti perkhidmatan di Taman haiwan liar serta kurang penekanan keatas aspek keselamatan pelancong dan kemudahan yang tidak selesa. Kajian ini telah menunjukkan bahawa salah satu faktor adalah kekurangan kualiti taman dan tahap kepuasan pelancong yang melawat Taman Negara Tsavo Barat, Kenya. Dalam kajian ini juga menggunakan ciri-ciri kualiti perkhidmatan (SERVQUAL=SERVICE QUALITY FRAMEWORK) bagi mengukur kualiti perkhidmatan dan tahap kepuasan pelancong yang datang ke taman negara tersebut. Kajian dilakukan keatas 200 orang responden yang terdiri daripada pelancong antarabangsa.

Dapatan kajian mendapati bahawa sebanyak 70 peratus daripada 200 orang responden didapati berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan di Taman Negara Tsavo Barat. Kajian ini memberi imej bahawa terdapat faktor lain yang mempengaruhi kemerosotan kedatangan pelancong di Taman Negara Kenya.

Oleh kerana kajian yang dijalankan juga melibatkan tahap persepsi pelancong terhadap produk budaya yang di komersialkan hasil kajian yang lepas berkenaan dengan produk budaya yang dikomersialkan telah dikaji oleh beberapa pengkaji berkaitan dengan ketulenan keatas produk budaya yang di komersialkan tersebut.

Gambar

Gambar 3.1: Mari Mari Cultural Village
Gambar 3.2 : Bahan-Bahan dan Proses dalam menghasilkan ‘Montoku’ di Rumah Suku Kaum Dusun
Gambar 3.3 : Madu Etnik Rungus
Gambar 3.5 : Pelancong Mengambil Gambar Bersama-sama dengan Penari
+7

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan latar belakang masalah tersebut, maka perlu dilakukan penelitian dengan judul yaitu Pengaruh persepsi siswa tentang pelayanan perpustakaan dan budaya membaca terhadap

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui apa yang menjadi persepsi dari masyarakat Islam yang memiliki latar belakang budaya berbeda terhadap program

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Pengenalan 4.2 Latar Belakang Responden 4.3 Pengetahuan Terhadap Undang-Undang Cap Dagangan dan Etika Perniagaan 4.4 Persepsi Peniaga

Pengenalan Latar Belakang Kajian Latar Belakang Sosiodemografi Responden Latar Belakang Anak Responden Pelatih PDK Persepsi Ibu Bapa Terhadap Perkhidmatan PDK, Petugas PDK,

latar belakang diatas maka peneliti tertarik untuk mengambil judul: PENGARUH PERSEPSI HARGA, PERSEPSI KUALITAS PRODUK, DAN CITRA MEREK TERHADAP KEPUTUSAN PEMBELIAN SEPEDA

Dari jawaban responden terhadap variabel persepsi harga dapat diketahui bahwa rata-rata responden setuju pada pernyataan-pernyataan mengenai persepsi harga yang terdiri dari

Dengan latar belakang di atas, maka permasalahan dalam penelitian ini adalah sebagai berikut: Adakah hal yang berdampak besar terhadap persepsi mahasiswa terhadap industri perbankan

Berdasarkan informasi latar belakang di atas, maka peneliti tertarik untuk melakukan penelitian yang berjudul “Pengaruh Persepsi Harga, Kepercayaan Merek, dan Ulasan Pelanggan Terhadap