• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENERAPAN DAN PEMBINAAN KEMAHIRAN INSANI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENERAPAN DAN PEMBINAAN KEMAHIRAN INSANI"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

TUGASAN INDIVIDU GC 6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PENERAPAN DAN PEMBINAAN KEMAHIRAN INSANIAH ( SOFT SKILLS ) DI SEKOLAH

Mohd Hairil Yaakub ( P56476 ) Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kemahiran Insaniah atau kemahiran Generik merupakan elemen penting yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar di sekolah di samping pencapaian akademik. Penguasaan kemahiran ini adalah untuk memastikan setiap pelajar menjadi insan yang berkemahiran berkomunikasi, menyelesai masalah, berinovasi serta berdaya saing. Oleh itu menjadi tugas sekolah untuk memastikan setiap pelajar diterap dan dibina kemahiran insaniah di dalam diri mereka. Artikel ini bertujuan melihat penerapan dan pembinaan kemahiran Insaniah di sekolah di samping melihat isu-isu yang berkaitan dengannya.

PENGENALAN

Kemahiran Insaniah atau kemahiran generik adalah penting untuk menjadikan modal insan mempunyai nilai yang tinggi di samping mempunyai kelayakan akademik. Kemahiran ini diperlukan untuk menjadikan modal insan itu lebih fleksibel, berinisiatif dan berkebolehan untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara kreatif. Seterusnya menjadikan modal insan sesebuah negara itu berkualiti tinggi yang dapat menguasai kemahiran insaniah dan mempunyai kelayakan akademik.

(2)

pelbagai dasar dan rancangan jangka panjang dan jangka pendek diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia bagi memastikan modal insan berkualiti tinggi dan bertaraf dunia dapat dilahirkan. Antara dasar-dasar dan rancangan-rancangan yang disediakan oleh kerajaan ialah Rancangan Jangka Panjang Malaysia terkini Rancangan Malaysia Kesepuluh ( RMK-10) bermula 2011-2015, Wawasan 2020, Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh Kerajaan Malaysia telah merangka dan menggunapakai rangka kerja pembangunan modal insan bersepadu. Ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan rakyat di sepanjang hidup mereka, bermula dari peringkat awal kanak-kanak, pendidikan asas, pendidikan tertiari, sehingga ke alam pekerjaan (RMK10, 2010). Strategi-strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam RMK10 berkaitan pendidikan adalah bertujuan untuk membangunkan dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Antara strategi yang dilakukan ialah merombak semula sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan signifikan dan meningkatkan kemahiran rakyat dengan memperkenalkan dasar pembelajaran sepanjang hayat.

Untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi, sistem pendidikan sesebuah negara juga hendaklah mempunyai sistem yang berkualiti tinggi. Ini kerana kualiti sistem pendidikan sesebuah negara menjadi indikator kemajuan bagi sesebuah negara ( Mohd Izham, 2011 ). Kualiti sistem pendidikan yang terbaik dan berkualiti tinggi akan melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi juga. Justeru itu sistem pendidikan kebangsaan perlu dimantapkan dan sentiasa diberi nilai tambah selaras dengan perkembangan global agar dapat melahirkan modal insan yang diperlukan oleh negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Ini juga selaras dengan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan untuk melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara ( Uminadiha, 2011 ).

(3)

pembinaan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk melahirkan modal insan berkualiti seharusnya bermula di sini. Justeru guru memainkan peranan penting untuk memastikan penerapan dan pembinaan kemahiran-kemahiran insaniah terhadap pelajarnya berlaku di samping penguasaan ilmu pengetahuan yang dipelajari. Penerapan dan pembinaan kemahiran insaniah atau kemahiran generik di kalangan pelajar sejak dari bangku sekolah akan dapat melahirkan modal insan yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kejayaan dan keberkesanan sesebuah institusi pendidikan dalam menerapkan dan membangunkan kemahiran insaniah di dalam diri pelajar sangat bergantung kepada kemampuan guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti ( Uminadiha, 2011).

Sekolah perlu memastikan pelajarnya bukan sahaja mempunyai kelayakan akademik yang bermutu malahan dibekalkan dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pasaran pekerjaan. Pelajar yang berkualiti dari kedua-dua aspek ini akan mempunyai nilai modal insan yang tinggi dan dapat membantu pembangunan negara pada masa hadapan. Mereka akan menjadi warganegara yang mempunyai kemahiran insaniah yang diperlukan dalam menjalani kehidupan yang lebih baik. Justeru sekolah dan guru perlu mempunyai pendekatan yang holistik untuk melahirkan pelajar yang berkualiti tinggi dengan menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, sikap progresif dan etika serta moral yang tinggi. Di samping itu sistem persekolahan perlu mempunyai kurikulum yang seimbang dan relevan mengikut keperluan semasa dan global.

KEMAHIRAN INSANIAH

(4)

aspek penting untuk melahirkan dan menyediakan pelajar yang cekap bekerja , berketrampilan dan seterusnya dapat memberi sumbangan kepada negara.

Menurut Noraini (2011) pendidikan merupakan satu usaha untuk melahirkan insan yang berilmu, bersahsiah serta modal insan yang tinggi, berfikiran kekitaan, bertanggungjawab, berkomunikasi dan mampu menerima cabaran. Oleh itu bagi memastikan usaha ini menjadi kenyataan adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah dan guru untuk menerapkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan di samping memastikan pelajar menguasai ilmu yang dipelajari. Kejayaan melahirkan modal insan yang berkualiti bukan sahaja bergantung kepada guru yang melaksanakan proses pengajaran di sekolah, namun ia perlu mendapat sokongan dan kerjasama dari pelbagai pihak di luar sekolah seperti kerajaan, ibubapa dan masyarakat.

Tidak dapat dinafikan bahawa penguasaan akademik adalah penting untuk pelajar, namun begitu mereka juga perlu juga menguasai kemahiran insaniah atau kemahiran generik. Ini penting untuk menjadikan mereka seimbang dari sudut pemikiran dan tindakan. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang penting untuk disemaikan kepada pelajar seawal usia persekolahan mereka. Ini adalah bagi menjamin mereka mampu untuk bersaing ke peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang sama ada dalam bidang pendidikan atau bidang pekerjaan. Apatah lagi cabaran globalisasi dan ekonomi negara memerlukan rakyat Malaysia yang lebih berpengetahuan, lebih berkemahiran, lebih berdisiplin, mengutamakan kualiti serta berfikiran terbuka ( Noraini, 2011 ). DEFINISI KEMAHIRAN INSANIAH

Di Barat dan beberapa negara lain mereka menggunakan istilah-istilah yang berbeza untuk mengambarkan dan menjelaskan maksud yang berkaitan dengan kemahiran insaniah atau kemahiran generik ini. Istilah-istilah yang digunakan kebanyakkannya berkaitan dengan kemahiran personal, sikap, tabiat dan tingkahlaku, cara berkomunikasi, penyelesaian masalah dan kemahiran membuat keputusan serta mengurus sesuatu organisasi. Contoh istilah tersebut ialah core skills, soft skills, basic skills, essesntial skills, key qualifications dan sebagainya. Namun begitu tiada definisi khusus diberikan kepada istilah-istilah ini ( Azam, 2007 ).

(5)

merangkumi aspek kemahiran generik. Kemahiran Insaniah adalah antara elemen yang perlu diterapkan dan dibina di dalam diri pelajar sekolah bagi memastikan mereka dapat menguasai kemahiran ini sejak awal.

Terdapat juga yang mendefinisikan kemahiran generik ini sebagai kemahiran-kemahiran yang boleh digunakan merentasi sebilangan besar pekerjaan yang pelbagai. Ada juga menyatakan ia adalah kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan untuk mendapatkan, mengekalkan dan melakukan kerja dengan baik ( Azam, 2007 ). Namun begitu semua definisi kemahiran ini memberi gambaran kepada kemahiran personal, sikap, tabiat dan tingkahlaku, cara berkomunikasi, penyelesaian masalah dan kemahiran membuat keputusan serta proses mengurus organisasi.

Azam (2007) membuat kesimpulan bahawa kemahiran generik adalah merangkumi tiga unsur iaitu kemahiran, kecekapan dan ketrampilan. Yang mana kemahiran boleh diertikan sebagai kecekapan dan kepandaian untuk melakukan sesuatu manakala kecekapan pula ialah kemampuan atau kebolehan melakukan sesuatu dengan cepat dan sempurna, berkemahiran, kepandaian dan kepantasan membuat sesuatu. Ketrampilan adalah tahap kecekapan dan kemampuan yang tinggi dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

KEMAHIRAN ISNANIAH DI MALAYSIA

(6)

peringkat sekolah, pusat latihan teknik dan vokasional, institusi pengajian tinggi, kolej-kolej dan juga pihak swasta ( Azam, 2007).

Program-program telah dijalankan oleh kedua-dua peringkat ini untuk membentuk pelajar yang bukan sahaja cemerlang di bidang akademik tetapi juga cemerlang dari sudut ketrampilannya dalam pelbagai kemahiran. Guru-guru dan bakal-bakal guru di institusi pendidikan diberi latihan dan krusus untuk menerapkan dan membangunkan kemahiran insaniah dalam diri pelajar. Matapelajaran yang berkaitan diwujudkan seperti Kemahiran Hidup dan kegiatan ko kurikulum diberi perhatian oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan penerapan dan pembinaan kemahiran insaniah berlaku di sekolah.

Konsep kemahiran insaniah atau generik ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran dalam beberapa matapelajaran dan juga program yang dijalankan di sekolah (Uminadiha, 2011 ). Kemahiran insaniah ini diterapkan dalam sistem KBSR dan juga KBSM yang kemudiannya dilanjutkan ke pusat pengajian tinggi ( Nor Hayati Fatmi, 2010). Kemahiran ini diterapkan oleh guru sama ada ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung atau ketika menjalankan aktiviti ko kurikulum. Penerapan ini berlaku secara langsung dan tidak langsung.

ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH

Di era dunia globalisasi seseorang pelajar yang memiliki kelayakan akademik semata-mata tidak menjamin mereka untuk mendapat tempat di pusat pengajian tinggi dan pasaran kerja. Beberapa kemahiran lain juga dinilai oleh majikan atau pihak pengajian tinggi sebagai penilaian tambahan untuk memasuki institusi itu. Antara yang dinilai ialah kemahiran insaniah atau generik yang dimiliki oleh pelajar tersebut disamping kelayakan akademik yang dimiliki. Sehubungan dengan itu menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk menerap dan membangunkan elemen kemahiran insaniah ini di kalangan pelajarnya.

(7)

berkaitan manusia, kemahiran berfikir, kemahiran personal, kemahiran keusahawanan dan kemahiran bermasyarakat.

Menurut Musliha (2011), Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan lapan elemen Kemahiran Insaniah atau Kemahiran Generik yang perlu diterapkan dan dibangunkan kepada pelajar iaitu ;

1. Kemahiran Komunikasi

2. Kemahiran Menggunakan Teknologi Maklumat 3. Kemahiran Merancang dan mengelola aktiviti

4. Kemahiran bekerja dengan orang lain dan dalam kumpulan 5. Kemahiran menyelesaikan masalah

6. Kemahiran mengurus, memilih dan menganalisa maklumat 7. Kemahiran menggunakan idea dan teknik matematik 8. Kemahiran memahami budaya

Pelajar yang menguasai Kemahiran Insaniah ini akan mempunyai sifat fleksibel, dinamik, berakhlak mulia dan berketrampilan dalam menjalankan tugas.

8 KEMAHIRAN INSANIAH KPM

Secara terperincinya pihak Kementerian Pelajaran telah menggariskan kemahiran Insaniah atau generik yang dianggap sesuai untuk semua bidang bagi diintegrasikan oleh guru dalam pengajaran mereka. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah ( Zainudin, 2005) :

1. Kemahiran Berkomunikasi

(8)

Kebolehan menulis, menulis secara berkesan, penggunaan bahasa, tatabahasa dan ejaan yang betul. Mengikut format dan gaya penulisan yang menarik di samping dapat membuat ringkasan. Menggunakan urutan maklumat matematik dalam menyelesaikan masalah, boleh memahami, analisis dan guna maklumat statistik. Pelajar juga dapat memberi maklumat dalam bentuk carta, gambarajah, fotograf atau bentuk peta minda. 2. Kemahiran Menggunakan Teknologi

Kemahiran ini melibatkan penggunaan alat-alat bagi memahami dan menggunakan kaedah saintifik dan prinsip teknologi dalam pengendalian alat-alat mengikut prosedur dan proses dengan cekap. Disamping itu bagi sekolah yang pendekatan pelajarannya menggunakan komputer akan mengetahui bagaimana untuk mencari maklumat, pengguanaan komputer untuk pembelajaran dan berhubung untuk pertukaran maklumat. 3. Kemahiran Merancang dan Mengelola Aktiviti

Kemahiran ini melibatkan kebolehan untuk merancang dan mengelola aktiviti diri sendiri termasuk penggunaan masa dan sumber, berupaya untuk menentukan keutamaan dan mengawasi pencapaian diri.

4. Kemahiran Bekerja Dengan Orang Lain Dalam Kumpulan

Kemahiran bekerja dengan orang lain dalam kumpulan berfokus kepada kemampuan individu berinteraksi dengan individu lain atau di dalam kumpulan. Ia merangkumi kesefahaman dan persetujuan ahli dari segi tujuan dan objektif.

5. Kemahiran Menyelesaikan Masalah

(9)

6. Kemahiran Mengurus, Memilih dan Menganalisa Maklumat

Kemahiran ini merangkumi kebolehan mengenalpasti dan memilih informasi, menilai informasi, sumber informasi dan cara mendapatkan informasi dan menggunakan informasi secara efektif.

7. Kemahiran Menggunakan Idea dan Teknik Matematik

Kemahiran ini menggunakan teknik dan idea matematik melibatkan kebolehan penggunaan idea matematik seperti nombor dan penggunaan teknik matematik seperti buat anggaran untuk situasi harian.

8. Kemahiran Memahami Budaya

Kemahiran ini merupakan kemahiran untuk memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti perpaduan, betolak ansur, hormat menghormati antara satu sama lain serta mewujudkan kemesraan dengan rakan, jiran dan masyarakat.

KAEDAH PENERAPAN DAN PEMBINAAN KI

(10)

Penerapan Kemahiran Insaniah secara langsung dan tidak langsung kepada pelajar boleh dilaksanakan menerusi kurikulum yang sistematik, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai serta aktiviti ko-kurikulum ( Musliha, 2011 ). Penerapan secara langsung kepada pelajar adalah menerusi matapelajaran yang khusus seperti keusahawanan, kemahiran hidup, geografi dan sejarah. Kemahiran keusahawanan contohnya harus dimiliki oleh pelajar sama ada diperingkat pengajian rendah atau pengajian tinggi. Ia dianggap berupaya melahirkan modal insan yang dapat memelihara kestabilan ekonomi, sosial dan politik negara. Ia juga dapat menjadikan modal insan itu mempunyai daya saing yang tinggi dan berdaya tahan ( Sarimah, 2010 ).

ISU-ISU PENERAPAN DAN PEMBINAAN KI

Usaha untuk menerapkan dan membina kemahiran insaniah di dalam diri pelajar tidak hanya bergantung kepada silibus sahaja. Guru perlu memainkan peranan peranan penting dalam mendorong pelajar untuk menguasai kemahiran insaniah ini. Guru perlu bijak mengatur dan menyusun strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran di samping menerapkan elemen-elemen kemahiran insaniah.

Namun begitu dalam usaha untuk menerapkan dan membina kemahiran insaniah ini di kalangan pelajar, timbul beberapa isu yang berkaitan yang menghalang proses ini berlaku antara yang boleh disenaraikan ialah :

1. Sistem pendidikan

2. Pengajaran masih berpusatkan guru 3. Tahap pengetahuan guru

4. Silibus pengajaran

5. Bilangan pelajar terlalu ramai dalam kelas 6. Kekangan masa

7. Guru tidak diberi krusus

(11)

Sistem pendidikan negara yang masih berorentasikan peperiksaan masih diamalkan di negara kita telah menghalang kepada usaha penerapan kemahiran insaniah ini secara lebih efektif. Ini diakui oleh Mohamad Mohsin dan Nasruddin ( 2008 ) bahawa salah satu faktor yang menjadi penghalang kepada pencapaian matlamat tersebut ialah sistem pendidikan negara kita yang secara umumnya masih lagi berorientasikan peperiksaan. Sistem sebegini menjadi penghalang utama kepada usaha memupuk kreativiti dalam bilik darjah.

Pengajaran Berpusatkan Guru

Selain daripada itu, guru masih lagi cenderung untuk melaksanakan proses pengajaran yang berpusatkan guru kerana mereka memberi penekanan kepada peperiksaan. Kecenderungan ini berlaku kerana mereka berpendapat bahawa kaedah pengajaran sedemikian lebih berkesan untuk membolehkan pelajar memperolehi markah yang tinggi dalam peperiksaan. Lebih-lebih lagi guru yang berjaya menghasilkan pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akan dianggap sebagai guru yang berkesan ( Mohammad Mohsin & Nasruddin, 2008 ). Kesannya guru akan hanya melahirkan pelajar yang hanya tertumpu kepada fakta-fakta yang perlu dihafal sahaja untuk peperiksaan, manakala aspek pemikiran kreatif dan kritis diabaikan.

Tahap pengetahuan guru

Guru yang ingin menerapkan kemahiran insaniah kepada pelajar seperti kemahiran usahawan di dapati kurang mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut. Mereka juga ada yang tidak terlibat dalam aktiviti yang menyumbang pengalaman serta pembelajaran tentang keusahawanan ( Siti Hasmah, 2008 ). Justeru guru yang tersebut kurang memberi kesan untuk menarik minat atau menyemai minat pelajar terhadap bidang keusahawanan. Untuk itu guru perlu menambah ilmu pengetahuan dan memahirkan diri mereka dengan kemahiran insaniah yang ingin diterapkan atau dibinad dalam diri pelajar terlebih dahulu.

Silibus Pengajaran

(12)

pelajaran. Untuk menangani masalah ini guru perlu kreatif untuk menyusun dan mengatur strategi pengajaran yang sesuai seterusnya dapat menerapkan kemahiran insaniah yang sesuai. Bilangan pelajar

Bilangan pelajar yang terlalu ramai di dalam sesebuah menyebabkan guru tidak dapat menerapkan dan membina kemahiran insaniah kepada pelajar. Proses penerapan walaupun berlaku tetapi ia kurang berkesan kerana guru tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada semua pelajar di dalam kelas.

Kekangan Masa

Penerapan dan pembinaan kemahiran insaniah kepada pelajar memerlukan masa yang sesuai. Guru yang mengajar kadangkala tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menerapkan kemahiran insaniah ini kepada pelajarnya. Dalam hal ini guru perlu menyusun strategi yang sesuai bagi memilih masa yang sesuai untuk menerapkan kemahiran insaniah ini kepada pelajar. Kurang Krusus Yang Berkaitan

Kekurangan krusus tentang cara-cara yang sewajarnya dalam penerapan dan pembinaan kemahiran insaniah juga menjadi satu isu. Guru-guru tidak diberi latihan yang sesuai untuk membolehkan mereka meningkatkan pengetahuan tentang cara menerapkan kemahiran insaniah kepada pelajar. Ini menyebabkan ada guru tidak menerapkan kemahiran insaniah kepada pelajar kerana kekurangan pengalaman dan pengetahuan cara yang betul untuk melaksanakannya.

MINI KAJIAN

Satu mini kajian telah dijalankan dengan menggunakan instrumen temubual. Responden kepada kajian ini ialah dua orang guru di sebuah sekolah di Muar, Johor. Objektif kajian ialah untuk mengenalpasti isu permasaalahan terhadap penerapan dan pembinaan Kemahiran Insaniah di kalangan pelajar mereka.

(13)

Responden 1 : Beliau merupakan guru pendidikan Islam. Beliau sebenarnya tidak mengetahui apa itu Kemahiran Insaniah atau generik kerana belum pernah mendengar dan berkhusus tentangnya. Namun begitu apabila pengkaji menyebut elemen-elemen kemahiran Insaniah dan adakah beliau pernah menerapkannya semasa proses pengajaran. Beliau menjawab pernah menerapkan beberapa kemahiran tersebut kepada pelajarnya. Antara isu yang beliau timbulkan ialah guru-guru tidak diberikan khusus untuk menjelaskan tentang kepentingan kemahiran ini dan bagaimanakah cara sepatutnya menerapkan kemahiran ini kepada pelajar.

Responden 2 : Responden merupakan guru Matematik. Beliau juga seperti responden pertama yang tidak mengetahui tentang istilah kemahiran Insaniah atau berkrusus tentangnya. Namun beliau ada menerapkan elemen-elemen kemahiran Insaniah semasa melaksanakan proses pengajaran. Iaitu semasa melakukan aktiviti kumpulan dengan melantik beberapa orang pelajar untuk menjadi ketua kumpulan. Isu yang ditimbulkan adalah sama dengan responden yang pertama iaitu tiada krusus tentang penerapan kemahiran Insaniah ini diberikan kepada guru. RUMUSAN

Penerapan dan pembinaan kemahiran insaniah atau kemahiran generik di kalangan pelajar sekolah adalah penting bagi melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa depan. Penerapan dan pembinaan kemahiran insaniah sejak dari awal akan membolehkan pelajar menguasainya sejak awal. Seterusnya penerapan dan pembinaan ini akan diteruskan apabila mereka berada di institusi pengajian tinggi. Namun begitu guru yang berperanan dan bertanggungjawab untuk menerap dan membina kemahiran ini di dalam diri pelajar juga perlu mempunyai kemahiran untuk melaksanakan tugas tersebut. Ini bagi menjamin modal insan yang akan dilahirkan melalui sistem pendidikan negara bukan sahaja memiliki ilmu pengetahuan tetapi juga memiliki kemahiran insaniah yang diperlukan. Modal insan yang berkualiti tinggi dan global inilah yang akan menjadikan sesebuah negara itu maju, seimbang dan harmoni.

(14)

Azam Awang. 2007. Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Guru Kejuruteraan Di Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Kelantan Dan Terengganu. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamad Mohsin Mohamad Said dan Nasruddin Yunus. 2008. Halangan-Halangan Kepada Usaha Memupuk Kreativiti Di Kalangan Pelajar. Dlm. Prosiding SKIKS 08.

Mohd Izham Mohd Hamzah. 2011. Analisis Keperluan Majikan Terhadap Kemahiran Generik Bagi Pembangunan Modal Insan. Dlm. Zamri Mahamod et al. (pnyt). Transformasi Dan Inovasi Dalam Pendidikan. Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Salleh Abu dan Mohd Zaki Kamsah dan Wahid Razzaly. 2008. Laporan Kajian Soal Selidik Penerapan Kemahiran Insaniah (KI) Di Kalangan Pelajar Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Laporan ini dibentangkan kepada Jawatankuasa Penerapan KI Kepada Pelajar IPTA Peringkat Kebangsaan pada 12 Februari 2008.

Musliha Salma Mohd Radzi, Rohana Hamzah & Amimudin Udin. 2011. Menyelesaikan Masalah Pembangunan Akhlak Pelajar : Analisis Penerapan Kemahiran Generik Dalam Amalan Pendidikan. Journal Of Edupres, Vol. 1 September 2011.

Nor Hayati Fatmi Talib, Bani Hidayat Mohd Shafie, Mohd Huzairi Awang, Hajarul Bahti Zakaria, Nabiroh Kassim dan Jamil Ahmad. 2010. Pembangunan Negara Melalui Kemahiran Insaniah. Dlm. Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010.

Bab 5 Membangun Dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia. 2010. Dlm. Rancangan Malaysia Ke 10 2011-2015. Putrajaya : Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri

(15)

Dlm. Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010.

Siti Hasmah Mohammad. 2008. Faktor Penghalang Penerapan Ciri Keusahawanan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Mengikut Perspektif Guru. Projek Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Uminadiha Mohd Nor. 2011. Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pelajaran Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Dlm. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Vol. 1 Bil. 2 Nov 2011.

Referensi

Dokumen terkait

Mulai Hari Ini, Belanja Pakai Kantong Plastik Bayar Rp 200 Pemerintah mulai menguji coba penerapan kantong plastik berbayar di ritel modern di Indonesia pada Minggu ini, 21

Saat Pasukan Amerika Serikat menarik diri dari Afghanistan, salah satu dari peralatan komunikasi untuk komando dan pengendalian yang biasa digunakan untuk mengendalikan pesawat

Perlakuan D dengan insektisida mahoni 150 cc/14 l air, menghasilkan tingkat kesembuhan dari penyakit keriting yang paling besar yaitu 91,41% dan hasil panen yang paling

Abstrak : Kajian ini adalah berbentuk experimental dan dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti perkaitan panjang tangan dan lilitan otot lengan atlit terhadap kepantasan kayuhan

Lanjut usia telantar berdasarkan Peraturan Menteri Sosial Republik Indonesia Nomor 08 Tahun 2012 adalah seseorang yang berusia 60 tahun atau lebih, karena faktor-faktor tertentu

Penyusunan LAKIP Tahun 2015 dilaksanakan atas dasar analisis pengukuran capaian kinerja program dan sasaran strategis yang telah ditetapkan dalam Penetapan Kinerja Dinas

Pihak BMT Hudatama berhak untuk mengelola dana yang terkumpul untuk mendapatkan keuntungan, sedangkan pihak anggota nasabah SIMPADA berhak untuk mendapatkan

Puji syukur saya panjatkan kehadirat Allah SWT atas segala karunia-nya sehingga saya dapat menyelesaikan penulisan skripsi dengan judul “Studi Analisis Hukum