• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian Penggunaan Media dalam Pengajaran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kajian Penggunaan Media dalam Pengajaran"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

1 KAJIAN PENGGUNAAN MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH Muhmmad Shariff bin Arifin

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik muhd.shariff@gmail.com

PENDAHULUAN

Pengenalan isu

Melalui penerapan kurikulum KSSR dalam sistem pendidikan di negara kita, kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang memusatkan murid, bahan media serta berasaskan aktiviti telah menjadi fokus utama dalam PdP Matematik di sekolah rendah. Oleh yang demikian, kursus-kursus dan siri latihan telah diberikan kepada guru bagi melahirkan guru-guru bukan sahaja mempunyai pengetahuan isi kandungan yang tinggi malah dapat menguasai kemahiran pedagogi dalam melaksanakan pengajaran yang memusatkan media, murid dan aktiviti.

Bagi menilai sejauh mana guru mengoptimumkan penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, persoalan yang sering diutarakan adalah sejauh manakah guru mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan media? Adakah amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti kelengkapan sumber dan bahan pengajaran, saiz kelas dan faktor masa? Apakah persepsi guru-guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan media di bilik darjah?

(2)

Guru-2 guru perlu bersedia menghadapi cabaran-cabaran dan perubahan yang dijangkakan dari segi amalan pengurusan pembelajaran di bilik darjah khususnya dalam menguasai kemahiran menggunakan media dengan berkesan dan juga perubahan ‘mindset’nya tentang kepentingan dan peranan media dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Konsep media pembelajaran

Buckingham (2003) menjelaskan bahawa perkataan ‘media’ atau kata jamaknya (plural) ‘medium’ adalah sesuatu yang digunakan manusia apabila ingin berkomunikasi secara tidak langsung dengan orang lain, berbanding dengan bersemuka dengan individu tersebut. Antara contoh media moden menurut Buckingham termasuklah televisyen, pawagam, video, fotografi, pengiklanan, akhbar dan majalah, rakaman muzik, permainan komputer dan Internet. Norasiah, Nor Risah dan Rosnah (2010) pula mendefinisikan media sebagai bahan yang menjadi saluran komunikasi untuk penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan daripada pengantar kepada penerima yang mencakupi perkakasan, peralatan dan bahan. Tuntasnya, media boleh dilihat sebagai wahana bagi penyebaran maklumat.

(3)

3

Rajah 3: Dapatan hasil kajian ‘Bagaimana murid belajar dan contoh dalam pembelajaran bagi menyelesaikan masalah’ oleh Chi et. al. (1989)

Justeru, bagi menghasilkan kesan yang maksimum, proses pengajaran dan pembelajaran perlu menggabungkan semua pancaindera dan sudah pasti bahawa penggunaan media pengajaran mampu membantu guru dalam menggabungkan pancaindera murid semasa proses penyampaian maklumat. Penggunaan media pembelajaran juga dapat membantu merangsang pancaindera murid istimewa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Media pengajaran boleh berfungsi sebagai pemudah cara tanpa kehadiran guru. Dalam menggunakan sistem pembelajaran sebegini, guru perlu merancang, menyusun dan menyediakan dengan rapi isi kandungannya supaya murid dapat belajar dengan menggunakan bahan-bahan pembelajaran individu secara bersendirian. Murid akan dibimbing secara terancang oleh media pengajaran yang digunakan mengikut kemampuan murid itu sendiri. Dalam hal ini, media tersebut perlulah lengkap dengan objektif, tujuan pembelajaran, tutorial cara penggunaan, dan penilaian pencapaian sendiri melalui penyediaan latihan. Dengan ini, murid boleh memilih sendiri cara belajar dan tidak bergantung sepenuhnya kepada guru untuk proses pembelajaran.

10%

Pembacaan

20%

Penglihatan

30%

Pendengaran

50%

Penglihatan dan pendengaran

70%

Kolaborasi

80%

(4)

4 Faktor-faktor penggunaan media pembelajaran di sekolah

Perkembangan dalam penciptaan dan penggunaan media pembelajaran masa kini menjadikan ia salah satu kaedah pembelajaran yang popular dan menjadi pilihan ramai guru kerana keberkesanannya dalam melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Media ini sesuai digunakan oleh semua jenis murid walaupun berbeza dari aspek latar belakang, jantina, tahap kognitif dan cara belajar. Hal ini kerana, kandungan media tersebut dapat diubahsuai dan diakses dengan mudah oleh guru terutama dengan kemunculan pelbagai jenis media pembelajaran zaman ini. Selain itu, media pembelajaran ini juga dapat membantu guru bagi mencapai objektif pembelajaran, dengan syarat media tersebut harus bersesuaian dengan objektif pengajaran pada kelas tersebut.

(5)

5 ISU DAN LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji sejauh mana penggunaan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik oleh guru di sekolah rendah. Kajian ini difokuskan kepada:

i. Jenis media yang terdapat di sekolah

ii. Persepsi guru terhadap kepentingan penggunaan media pembelajaran iii. Kekerapan guru menggunakan media pembelajaran

iv. Penilaian guru terhadap penggunaan media pembelajaran

v. Masalah-masalah yang dihadapi guru dalam penggunaan media pembelajaran Kajian ini cuba menjawab persoalan berikut:

i. Apakah jenis media pembelajaran yang ada di sekolah

ii. Apakah persepsi dan hasil penilaian guru-guru terhadap penggunaan media pembelajaran di sekolah?

iii. Apakah kekerapan penggunaan media Matematik oleh guru-guru di sekolah ? iv. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan media

pembelajaran untuk mengajar subjek Matematik di sekolah?

(6)

6 METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian

Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Persampelan

4 orang guru yang mengajar subjek Matematik di Sekolah Kebangsaan Pinausuk, Kundasang, Ranau, Sabah dipilih untuk kajian ini. Guru-guru ini adalah terdiri daripada 1 lelaki dan 2 perempuan. Pengalaman mengajar guru, kelayakan, jumlah subjek lain yang diajar di sekolah, jawatan dan tugas lain di sekolah serta bilangan bengkel / kursus / latihan yang dihadiri adalah seperti jadual yang berikut:

Aspek Butiran Kekerapan

(peratus)

Pengalaman mengajar 1 – 10 tahun 2 (25.0)

11 – 20 tahun 1 (25.0)

21 – 30 tahun 1 (25.0)

31 – 40 tahun 0

Bilangan tahun mengajar di sekolah terkini

1 – 10 tahun 4 (100.0)

11 – 20 tahun 0

21 – 30 tahun 0

Kelayakan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan /

Perguruan

3 (75.0)

Diploma Pendidikan 0

KPLI Maktab Perguruan / IPG 1 (25.0) Sijil / Diploma Perguruan 1 (25.0) Jawatan / tugas di sekolah Guru Mata Pelajaran 3 (75.0)

(7)

7 Bengkel / latihan / kursus berkaitan

pengajaran dan pembelajaran

Tidak pernah 0

1 kali setahun 1 (25.0)

2 – 3 kali setahun 1 (25.0) Lebih 3 kali setahun 2 (50.0) Bengkel / latihan / kursus berkaitan

pembangunan diri

Tidak pernah 0

1 kali setahun 1 (25.0)

2 – 3 kali setahun 1 (25.0) Lebih 3 kali setahun 2 (50.0)

Instrumen Kajian

Data kuantitatif dan kualitatif dikumpul melalui borang soalselidik yang terbahagi kepada 5 bahagian.

 Bahagian A : Latarbelakang responden

 Bahagian B : Mengandungi 28 item mengenai jenis-jenis media pembelajaran yang ada di sekolah.

 Bahagian C : Mengandungi 5 item positif dan 4 item negatif untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap kepentingan menggunakan media pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

 Bahagian D : Mengandungi 18 item untuk mengenal pasti kekerapan penggunaan pelbagai media pembelajaran

 Bahagian E : Mengandungi 11 item bagi mengetahui hasil penilaian guru berkenaan penggunaan media pembelajaran.

 Bahagian F : Mengandungi 11 item bagi mengetahui masalah atau kekangan yang dihadapi guru dalam pengurusan dan penggunaan media pembelajaran di sekolah.

Analisis Data

(8)

8 HASIL KAJIAN

Jenis media pembelajaran yang ada di sekolah

Jadual 1, 2 dan 3 menunjukkan peratusan jenis-jenis media pembelajaran Matematik yang ada di sekolah mengikut pengetahuan guru.

No. Media PdP Peratusan media

pembelajaran yang terdapat di sekolah

Peratusan media pembelajaran yang

tidak terdapat di sekolah

1. Buku rujukan 4 (100.0) 0

2. Majalah 4 (100.0) 0

3. Jurnal 3 (75.0) 1 (25.0)

4. Ensiklopedia 2 (50.0) 2 (50.0)

5. Surat khabar 3 (75.0) 1 (25.0)

6. Kamus 4 (100.0) 0

7. Kad-kad imbasan fakta asas 4 (100.0) 0

8. Carta sifir darab 4 (100.0) 0

(9)

9

No. Sumber PdP Peratusan media

pembelajaran yang

Jadual 2: Peratusan media pembelajaran Matematik jenis teknologi maklumat yang ada di sekolah mengikut pengetahuan guru

No. Sumber PdP YA TIDAK

1. Kit pecahan 3 (75.0) 1 (25.0)

2. Alat penimbang 3 (75.0) 1 (25.0)

3. Pembilang (penyedut minuman / blok-blok kayu / kayu ais krim dll)

(10)
(11)

11 Persepsi guru terhadap kepentingan menggunakan bahan bantu mengajar

Jadual 4 yang berikut menunjukkan persepsi guru terhadap kepentingan penggunaan media pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di bilik darjah.

No. Item Skala

1 2 3 4

Penggunaan media adalah sangat penting untuk 1. Meningkatkan kefahaman murid tentang konsep

Matematik

0 0 2

(50%) 2 (50%) 2. Meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran

Matematik 5. Media mesti digunakan untuk mengajar sebilangan

kemahiran matematik

0 0 1

(25 %) 3 (75%) Penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik

6. Adalah penting untuk aktiviti-aktiviti pemulihan sahaja

7. Adalah penting untuk murid-murid tahap 1 sahaja 3 (75%)

Jadual 4:Peratusan skala persepsi guru terhadap kepentingan penggunaan media pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di bilik darjah

Skala : 1. Sangat Tidak Setuju 3. Setuju

(12)
(13)

13 Kekerapan penggunaan media pembelajaran

Jadual 5 berikut menunjukkan peratusan kekerapan guru menggunakan media pembelajaran dalam pengajaran topik tertentu dan juga sumber lain dalam pengajaran Matematik.

NO. ITEM

SKALA

1 2 3 4

Berapa kerapkah anda menggunakan media dalam topik-topik berikut?

(14)

14 Berapa kerapkah anda menggunakan media berikut

12. Buku rujukan 14. Portal pendidikan

0 3

Jadual 5: Peratusan skala kekerapan guru menggunakan media pembelajaran dalam pengajaran topik tertentu dan juga sumber lain dalam pengajaran Matematik.

Skala : 1. Tidak Pernah 3. Kerap

2. Jarang 4. Sangat Kerap

Berdasarkan kepada Jadual 5, media pembelajaran banyak digunakan oleh responden dalam topik nombor bulat (100% kerap), operasi nombor (100% kerap), wang (100% kerap), serta masa dan waktu (100% kerap). Selain itu, buku rujukan menjadi media pembelajaran utama guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Maltematik di bilik darjah.

(15)

15 sekolah responden tidak mempunyai sambungan internet dalaman sekolah dan makmal komputer kurang dimanfaatkan kerana kekurangan peranti komputer.

Penilaian penggunaan media pembelajaran

Jadual 6 berikut menunjukkan peratusan penilaian guru terhadap media pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

NO. ITEM

SKALA

1 2 3 4 5

1.

Media sesuai untuk semua murid walaupun berbeza dari aspek latar belakang, jantina, tahap kognitif dan cara belajar

0 0 0 3

(75%) 1 (25%) 2. Media boleh digunakan bagi mencapai objektif

pembelajaran 0 0 0

2 (50%)

2 (50%) 3. Media boleh digunakan dalam mana-mana

fasa pengajaran dan pembelajaran 0 0

2 4. Pelbagai kaedah pengajaran dapat

digunapakai menggunakan media 0 0

2 5. Pelbagai isi pembelajaran dapat disampaikan

menggunakan media 0 0

Media membantu menggalakkan pemahaman pelajar terhadap bahan & objektif, dan

memastikan pemindahan pengetahuan

Media membantu guru dalam memastikan penyampaian pengajaran yang berkesan dan cekap

Media mudah digunakan oleh guru dan murid 0 0

2 9. Murid akan melibatkan diri secara aktif melalui

penggunaan media 0 0

Media membantu dalam meningkatkan pencapaian murid dan mengubah sikap ke arah yang lebih positif

0 2 11. Guru boleh melaksanakan penilaian fomatif

dengan bantuan penggunaan media 0 0

(16)

16 Jadual 6: Peratusan skala penilaian guru terhadap media pembelajaran dalam pengajaran dan

pembelajaran Matematik.

Skala : 1. Sangat Tidak Setuju 3. Tidak Pasti 5. Sangat Setuju 2. Tidak Setuju 4. Setuju

Berdasarkan kepada jadual 6, semua responden bersetuju bahawa media sesuai untuk semua murid walaupun berbeza dari aspek latar belakang, jantina, tahap kognitif dan cara belajar dan ia boleh digunakan bagi mencapai objektif pembelajaran. Selain itu, responden juga bersetuju untuk mengatakan bahawa media dapat membantu mereka menggalakkan pemahaman pelajar terhadap bahan & objektif, dan memastikan pemindahan pengetahuan berkesan serta membantu memastikan penyampaian pengajaran yang berkesan dan cekap.

Namun demikian, separuh daripada bilangan responden tidak pasti bahawa media boleh digunakan dalam mana-mana fasa pengajaran dan pembelajaran dan ia boleh digunakan dalam pelbagai bentuk kaedah pengajaran. Mereka juga tidak pasti bahawa media mudah digunakan oleh guru dan murid dan murid akan melibatkan diri secara aktif melalui penggunaan media serta guru boleh melaksanakan penilaian fomatif dengan bantuan penggunaan media.

(17)

17 Kekangan penggunaan media pembelajaran

Jadual 7 menunjukkan peratusan kekangan responden dalam penggunaan media pembelajaran di sekolah.

No. Kekangan YA TIDAK

1. Fasiliti media tidak mencukupi 4 (100%) 0

2. Kekurangan masa 4 (100%) 0

3. Tiada tempat untuk menyimpan bahan media dengan sistematik 3 (75%) 1 (25%

4. Tidak praktikal / tidak perlu 1 (25%) 3 (75%)

5. Media yang sedia ada tidak sesuai dengan standard pembelajaran

1 (25%) 3 (75%)

6. Kurang mahir dalam menggunakan media 2 (50%) 2 (50%) 7. Sumber kewangan tidak mencukupi untuk membeli bahan

media

4 (100%) 0

8. Kurang berkesan 1 (25%) 3 (75%)

9. Masalah kawalan kelas 1 (25%) 3(75%)

10. Beban dengan pengajaran pelbagai mata pelajaran lain 2 (50%)

2 (50%)

Jadual 7: Peratusan kekangan responden dalam penggunaan media pembelajaran di sekolah.

Dalam bahagian ini, 100 % responden menyatakan kekangan dalam penggunaan media pembelajaran di sekolah adalah kerana fasiliti media tidak mencukupi, kekurangan masa dan sumber kewangan tidak mencukupi untuk membeli bahan media. Sebilangan besar responden juga mengakui bahawa tiada tempat untuk menyimpan bahan media dengan sistematik juga menjadi kekangan dalam penggunaan media pembelajaran di sekolah.

(18)
(19)

19 PERBINCANGAN

Pada keseluruhannya, persepsi responden sebagai guru terhadap penggunaan media pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik adalah amat positif. Mereka percaya media pembelajaran dapat meningkatkan minat dan perasaan ingin tahu dalam kalangan pelajar. Pelajar dijangka juga dapat mempertingkatkan kefahaman konsep serta penglibatan pelajar yang lebih aktif dalam aktiviti pembelajaran.

(20)

20 RUMUSAN

(21)

21 RUJUKAN

Buckingham, D. (2003). Questioning the Media: A Guide for Students. A Media Education Curriculum for Teachers in the Mediterranean. The Thesis of Thessaloniki, First Version, March 2003 (CD ci.com series). 2003. P. 1-15.

Chi, M., Bassok, M., Lewis, M., Reimann, P., & Glaser, R. (1989, April). Self-Explanations: How Students Study and Use Examples in Learning to Solve Problems. Cognitive Science, 13(2), 145-185.

Naim Ahmad. (2000). Teknologi pendidikan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan penelitian yang dilakukan penulis maka dapat disimpulkan metode ELECTRE merupakan suatu metode yang dapat memberikan pertimbangan untuk menentukan minyak

Berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan, Kebebasan Hakim dalam menjatuhkan sanksi pidana terhadap Putusan Nomor: 935/Pid.Sus/2013/PN.Dps di Pengadilan Negeri Denpasar,

CaCl 2 sebanyak 0,25% menghasilkan edible film protein whey dengan struktur paling halus dan kompak, hasil ini mengindikasikan bahwa CaCl 2 0,25% membantu

Telah dilakukan kajian tentang aktivitas hambatan susu hasil fermentasi mikroba probiotik Lactobacillus acidophilus terhadap pertumbuhan Salmonella thypimurium.. Susu

18. dengan nama Naturalindo. Mekanisme antagonis untuk mengendalikan jamurpatogen oleh biofungisida Naturalindo secara akhir alamiah dapat dikelompokanmenjadi 3

Hubungan Antara Dukungan Keluarga Dengan Kualitas Hidup Pasien Diabetes Mellitus Tipe 2 Di Poliklinik Penyakit Dalam Rumah Sakit Umum Pusat Fatmawati Jakarta. Metode

Nilai kelarutan Cr di rumen sampai pascarumen pada ternak rminansia merupakan suatu nilai karakter yang harus diketahui karena dapat digunakan sebagai indikator

Atas berkat rahmat Allah SWT dan motivasi dari keluarga, pembimbing, kerabat, sahabat dan teman, serta didorong oleh keinginan yang kuat untuk segera menyandang gelar magister