• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERATURAN BALAPAN DAN PADANG KARNIVAL SU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERATURAN BALAPAN DAN PADANG KARNIVAL SU"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang / Pendalaman

1. NAMA PERTANDINGAN

Kejohanan Balapan dan Padang Kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang Asli / Pendalaman

2. PENGELOLA

Dianjurkan oleh Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan dan dikelolakan oleh Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Keseluruhan kawalan dan pengurusan pertandingan adalah dibawah Jawatankuasa Pertandingan yang tertakluk kepada arahan Jawatankuasa Pengelola (Jabatan Pendidikan Negeri yang dipilih / dilantik).

3. PERATURAN UMUM

Pertandingan akan dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia ( KOM ) dan MSSM.

4. PERATURAN TAMBAHAN

Selain daripada peraturan umum di atas, Jawatankuasa Pengelola adalah berhak meminda / mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran aktiviti Kejohanan Sukan Sekolah Murid Orang Asli / Pendalaman

5. KELAYAKAN PEMAIN

5.1 Peserta adalah terdiri daripada murid sekolah rendah yang berada di Sekolah Murid Orang Asli / Pendalaman

5.2 Dokumen pengesahan kelayakan pemain yang perlu dikemukakan sebelum sesebuah pasukan itu turun bermain seperti berikut

:-5.2.1 Salinan sijil lahir yang disahkan oleh Guru Besar sekolah berkenaan.

5.2.2 Surat pengesahan oleh Guru Besar sebagai murid sekolah berkenaan.

(2)

2. JENIS PERTANDINGAN

2.1 Kejohanan Individu dan Berpasukan

2.2 Jenis Acara, Ukuran serta Timbangan Alatan Pertandingan

BIL ACARA

LELAKI PEREMPUA N

10 10

1 100 M X X

2 200 M X X

3 LOMPAT JAUH X X

4 LOMPAT TINGGI X X

5 LONTAR PELURU (2.72kg)X (2.72kg)X

6 ACARA RELAY 4 X 100M 4 X 100M

JUMLAH 6 65

4. CARA PERTANDINGAN

4.1. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 2 orang peserta bagi setiap acara.

4.2 Bilangan maksima penyertaan seseorang peserta ialah 2 acara individu dan 1 acara berpasukan

5. PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA

5.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat 1 minggu sebelum Kejohanan atas BORANG MASUK RASMI yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. Butir-butir tentang seorang peserta hendaklah diisikan dan disahkan oleh Ketua Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan.

5.2 Jawatan kuasa Pengelola berhak menolak mana-mana penyertaan peserta yang tidak lengkap diisi.

6. PENGESAHAN PESERTA-PESERTA

6.1 Pengesahan penyertaan, pengguguran dan penarikan diri akan dibuat semasa taklimat pengurus pasukan.

6.2 Pengundian lorong akan dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Kejohanan yang dilantik.

6.3 Penarikan diri semasa kejohanan dijalankan

(3)

daripada Pegawai Perubatan, atlit berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.

6.3.2 Seorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal tanpa surat pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai Perubatan adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya.

6.3.3 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Perubatan hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan kepada Pengurus Kejohanan.

7. MELAPOR DIRI PESERTA

7.1 Semua peserta melaporkan diri 30 minit bagi acara balapan dan 45 minit acara padang sebelum waktu acara berkenaan yang dijadualkan berlangsung. Selepas itu mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta.

7.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan.

7.3 Hebahan tentang peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka TIDAK AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan di papan kenyataan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan.

7.4 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin di setiap penjuru pakaian larian masing-masing.

7.5 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri 15 minit sebelum acara mereka dimulakan TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap telah menarik diri.

8 HADIAH-HADIAH

8.1 Acara individu : Pertama, Kedua dan Ketiga 8.2 Acara berpasukan : Pertama, Kedua dan Ketiga

(4)

9.1 Peserta-peserta hendaklan berbaris apabila dibawa masuk dan keluar dari

11. PENENTUAN KE PERINGKAT AKHIR ACARA BALAPAN 11.1 Empat ( 4 ) SEPARUH AKHIR

Pemenang setiap separuh akhir dan empat peserta yang mencatatkan masa yang terpantas akan layak memasuki PERINGKAT AKHIR.

11.2. Tiga ( 3 ) SEPARUH AKHIR

Dua ( 2 ) peserta dalam setiap saringan dan dua ( 2 ) peserta yang mencatat masa yang terpantas bagi ketiga-tiga saringan akan layak ke PERINGKAT AKHIR.

11.3. Dua ( 2 ) SEPARUH AKHIR

Tiga ( 3 ) peserta pemenang dari setiap pertandingan dan dua ( 2 ) peserta yang mencatatkan masa terpantas dari setiap saringan akan layak ke PERINGKAT AKHIR.

11.4. Sekiranya terdapat bilangan peserta yang mencatatkan masa terbaik lebih daripada bilangan yang dihadkan maka penentuan kelayakan akan bergantung pada kedudukan peserta. Jika berlaku kedudukan yang sama cabutan undian akan dilakukan oleh Juri Rayuan.

11.5. Semua pengundian lorong untuk acara akhir semasa kejohanan dijalankan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Perangkaan Kecil Perangkaan dan Keputusan Rasmi dengan pengawasan/penyeliaan Ahli-ahli Juri Rayuan.

12. HURUF DAN BIF PENGENALAN NEGERI

12.1. Huruf / Nombor Peserta / akan disediakan adalah seperti berikut:

(5)

SEMBILAN

7. TERENGGANU T T282 – T294 T295 – T307

13. BANTAHAN

13.1. Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan KOAM, kecuali perkara-perkara berikut :

13.1.1. Segala masalah berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta hendaklah diselesaikan semasa taklimat Pengurus Pasukan.

13.1.2. Jika masih tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan ( under protest ) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada Pengajur kelak.

13.1.3. Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada :

13.1.3.1. Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat awal.

13.1.3.2. Tiga puluh ( 30 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara peringkat akhir.

13.1.4. Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang Pertaruhan sebanyak RM 200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja )

14. HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

14.1. Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti ditetapkan tetapi Jawatankuasa Pengelola berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu terlebih dahulu.

14.2. Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-undang Olahraga KOM terkini, Peraturan-peraturan Am Kejohanan atau Peraturan-Peraturan-peraturan Pertandingan Kejohanan Kejohanan.

(6)

15.1. Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat tersebut.

15.2. Selain daripada Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPA PUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN.

15.3. Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan/harta benda atau kecederaan lain berlaku :

15.3.1. Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke stadium.

15.3.2. Semasa kejohanan dijalankan. 15.3.3. Di dalam dan luar kawasan stadium. 15.3.4. Di tempat-tempat penginapan.

Referensi

Dokumen terkait

Setakat mana yang boleh, adalah disarankan supaya pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dalam pemilihan, latihan, pertandingan atau kejohanan anjuran pihak

Perangkat komunikasi FR portabel dan bergerak tidak boleh digunakan lebih dekat bagian mana pun dari kamera intraoral CS 1500, termasuk kabel, daripada jarak pemisahan yang

(seperti! pelari! kedua!