• Tidak ada hasil yang ditemukan

PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH doc

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH doc"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Dalam usaha untuk mewarisi puisi tradisional ini dihayati oleh generasi muda, pihak Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan pertandingan ini pada tahun 1989. Secara tidak langsung, para Murid dapat menghayati dan berfikiran kritis dalam hal ini.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Murid dapat menggunakan kemahiran berfikir dengan semaksimum mungkin

2.2 Murid dapat mengaplikasikan kemahiran berbahasa dalam menjawab pantun

2.3 Murid membina keyakinan diri dalam pertandingan

3.0 PENGELOLAAN

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.0 JENIS PERTANDINGAN

Kalah mati

5.0 PENYERTAAN

(2)

6.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

6.1.0 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah.

6.1.1 Pantun yang dibenarkan hanyalah jenis empat kerat iaitu pantun empat baris yang mempunyai dua baris pembayang dan dua baris maksud. Rima hujung baris mestilah berpolakan “a/b/a/b”

6.1.2 Pesta pantun ini disertai oleh lima pemantun yang terdiri daripada tiga pemantun dan dua orang pemantun simpanan.

6.1.3 Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati.

6.1.4 Pasukan yang memperoleh markah tertinggi dikira sebagai pemenang.

6.1.5 Jika berlaku seri, pasukan yang memperoleh markah isi tertinggi dikira sebagai pemenang.

6.1.6 Jika masih berlaku seri, markah bahagian bahasa pula diambil kira.

6.1.7 Masa dikira selepas arahan jurupantun.

6.1.8 Masa dikira sebaik sahaja jurupantun mengarahkan pemantun menjual pantun iaitu 15 saat untuk pusingan pertama dan kedua. Manakala pusingan ketiga, masa untuk menjual pantun bagi tema yang dipilih ialah 90 saat.

6.1.9 Masa untuk membeli pantun ialah 90 saat untuk ketiga-tiga pusingan.

6.1.10 Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat iaitu masa yang ditetapkan untuk menjual pantun pusingan pertama dan kedua dan 90 saat bagi pusingan ketiga untuk menjual pantun

6.1.11 Setiap pemantun dibenarkan menjual tiga rangkap pantun dan membeli tiga rangkap pantun.

(3)

6.1 FORMAT PERTANDINGAN

6.1.1 Pertandingan pusingan pertama

1 A MENJUAL 15 SAAT 1 A MEMBELI 90 SAAT

2 B MENJUAL 15 SAAT 2 B MEMBELI 90 SAAT

3 C MENJUAL 15 SAAT 3 C MEMBELI 90 SAAT

6.1.2 Format Pusingan Kedua

1 B MENJUAL 15 SAAT 1 B MEMBELI 90 SAAT

2 C MENJUAL 15 SAAT 2 C MEMBELI 90 SAAT

3 A MENJUAL 15 SAAT 3 A MEMBELI 90 SAAT

6.1.3 Format Pusingan Ketiga

(Tema spontan – Cabutan undian tema)

1 C MENJUAL 90 SAAT 1 C MEMBELI 90 SAAT

2 A MENJUAL 90 SAAT 2 A MEMBELI 90 SAAT

3 B MENJUAL 90 SAAT 3 B MEMBELI 90 SAAT

(4)

6.2 PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN

 Isi - 20 markah

 Bahasa - 20 markah

 Persembahan - 10 markah

 Penghakiman dalam pertandingan ini dihakimi oleh lima orang hakim

 Bahagian isi - 2 orang hakim

 Bahagian Bahasa - 2 orang hakim

 Bahagian Persembahan - 1 orang hakim

 Pemantun tidak dibenarkan berbincang antara anggota kumpulan. Sekiranya berlaku perbincangan, sebanyak 50 markah daripada jumlah markah keseluruhan perlu dipotong.

 Pemantun dibenarkan bergerak dengan tertib dalam kawasan pasukannya semasa menyampaikan pantun dengan syarat tidak mengganggu pihak lawan.

 Keputusan hakim adalah muktamad.

6.3 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM PERTAMA

Menghakimi Bahagian Isi – Ketepatan soalan / belian / jawapan – Jelas dan sesuai dengan tema – (10/20)

ISI – JUMLAH MARKAH (10/20)

i Ketepatan soalan / jawapan – jelas dan sesuai dengan tema

ii Pantun yang dijual mestilah mempunyai satu soalan yang jelas.

iii Jika lebih daripada satu soalan, 0 markah diberikan.

iv Pantun jualan yang merupakan penyataan dan bukan soalan, 0 markah diberikan.

v Jualan pantun yang terkeluar daripada tema, 0 markah diberikan.

vi Pantun yang berupa pelarian, yakni yang tidak menjawab soalan 0 markah diberikan.

(5)

vii Bagi pantun jualan yang 0 markah, pemantun bagi pihak lawan wajib membeli pantun berdasarkan tema yang telah ditetapkan. Pantun belian bagi soalan yang 0 markah (iii, iv dan v) di atas, hendaklah diberikan pertimbangan markah mengikut budi bicara hakim antara 4 – 8 markah.

6.4 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KEDUA

Menghakimi bahagian isi – Padat dan jitu serta bernilai susila – (10/20)

ISI – Jumlah Markah (10/20)

Pantun yang dijual dan dibeli

hendaklah:-i Padat dan jhendaklah:-itu - 5 markah ii Mempunyai nilai susila - 5 markah

Padat dan jitu bermaksud:

 Pemilihan kosa kata yang indah

 Tanpa kesalahan bahasa

 Susunan kata yang betul

Mempunyai nilai susila:

Pantun dapat dijadikan panduan / pedoman dalam kehidupan seharian

6.5 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KETIGA

Menghakimi bahagian bahasa - Pola rima dan suku kata (10/20)

a. Pola Rima ‘a/b/a/b’

Rima di hujung baris - 3 markah

Rima di tengah - 2 markah

b. Suku kata dalam baris

8 hingga 12 suku kata - 5 markah

(6)

6.6 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM 4:

Menghakimi bahagian bahasa – pembayang maksud dan kesesuaian dengan maksud - (10/20)

Pembayang maksud (6 markah)

a. Terdapat kesinambungan / hubungan antara baris pertama dengan baris kedua.

 Kesinambungan / hubungan keindahan alam semesta, unsur alam semula jadi dan karenah manusia dalam baris pertama dengan baris kedua.

b. Kesesuaian pembayang dengan maksud (4 markah)

 Ada hubungan antara baris pembayang dengan baris maksud

6.7 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KELIMA

Menghakimi bahagian persembahan – gerakan fizikal, intonasi / jeda dan kelancaran - (10 markah)

a. Gerak geri yang seimbang dengan pantun – (3 markah)

 (Gerak geri tangan, jelingan dan senyuman. Jika terdapat aksi yang berlebihan, tiada markah yang diberikan)

b Intonasi dan jeda – (3 markah)

 (Jeda ialah nada / hentian sebutan bagi suku kata pada setiap baris)

 Intonasi ialah nada bagi memisahkan maksud dengan pembayang maksud pantun.

c. Kelancaran – (2 markah)

 Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan

d. Sebutan baku - (2markah)

57

(7)

PEMANTUN YANG BAIK

 Berpantun dalam keadaan biasa dan dalam suasana bersantai

 Berpantun dengan sebutan dan pengucapan yang biasa, tidak meleret-leret atau pengucapan yang mengada-ngada.

 Berdiri dengan tertib, sopan dan kelihatan ceria.

 Tidak menunjukkan diri dalam keadaan yang dipaksa-paksa, dibuat-buat atau berlakon.

 Tidak banyak mengulang perkataan / frasa/ rangkai kata yang sama dalam setiap pantun yang dijual atau dibeli.

 Setiap jualan dan belian pantun mestilah jelas dan tepat. Pantun yang dicipta mengandungi perkataan, frasa dan istilah bahasa yang indah dan mudah difahami.

 Pantun yang dicipta mestilah bernilai tinggi.

CADANGAN TEMA PESTA PANTUN PERINGKAT KEBANGSAAN

1. Kebersihan Makanan

2. Memperkasa Wawasan Remaja 3. Majlis Harga

4. Rukun Negara 5. Amalan Budi Bahasa 6. Sekolahku Duniaku

(8)

27.Malaysia Cergas 28.Permainan Tradisional 29.Pakaian Tradisional 30.Batik Malaysia 31.Makanan Tradisional 32.Sayangi Warga Emas 33.Industri Tani

34.Perubatan Tradisional 35.Jati Diri

36.Pemimpin Mithali 37.Belia Jaya

38.Kebersihan Diri 39.Sekolah Satu Sesi 40.Makanan Seimbang 41.Pemikiran Kritis

42.Kecemerlangan Sukan Negara

43.Di Mana Bumi Dipijak, Di situ Langit Dijunjung 44.Memperkasa Bahasa

45.Budaya Keusahawanan 46.Satu Malaysia

47.Faedah Koperasi 48.Pendermaan Organ 49.Permata Negara 50.Pengguna Bijak 51.Rakyat Sihat 52.Integriti

53.Perpaduan Bangsa 54.Pelancongan Kesihatan 55.Warisan Sejarah

56.Sains Sukan

57.Sepakat Membawa Berkat 58.Fikiran Terbuka

59.Industri desa 60.Hutan Simpan

Referensi

Dokumen terkait