TEKS JURUPANTUN Assalamualaikum salam sejahtera
Merdu menyapa anak pak rahim Di majlis pantun bertukar bicara Moga terjalin silaturrahim
Yang dihormati para hakim, guru-guru pengiring, para pemantun dan hadirin yang dikasihi lagi dimuliakan.
Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi kerana pada hari ini kita sama – sama dapat bersapa mesra dalam Pesta Pantun Peringkat Akhir Daerah Kinta Utara Tahun 2023, sambil berhubung mesra, kita dapat menghayati keindahan warisan Melayu yang tak luput ditelan zaman biarpun arus kemajuan dihirup segar sekarang ini.
Negeri Perak nama diberi,
menyimpan sejarah sepanjang masa;
meraut seni menyulam tradisi, tersimpul ikatan jalinan mesra.
Sebelum gelanggang pantun dibuka, eloklah saya memperkenalkan barisan pemantun pada hari ini.
Di sebelah kanan saya ialah pasukan pantun dari Sekolah Kebangsaan Tambun untuk memperkenalkan diri. Dipersilakan.
****************************************************************************************************
Manakala di sebelah kiri saya ialah pasukan pantun dari Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu untuk memperkenalkan diri. Dipersilakan .
***************************************************************************************************
Bagi melengkapkan pertandingan kita kali ini, 3 orang hakim telah dimandatkan untuk menerajui penghakiman pertandingan pantun pd hari ini.Mereka ialah:
1.
……….dari………
selaku ketua hakim
2. ………
dari………
3.
………..dari……….
4. ... dari ...
5. ... dari ...
Di sebelah saya ialah penjaga masa yang sentiasa setia dengan penggunaan masa yang telah ditetapkan iaitu puan Hidayatun Naziah binti Hilmi
Landasan peraturan wajar dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para peserta.
Sehubungan itu, saya bacakan peraturan – peraturan pertandingan pantun:
1. Pantun yang dibenarkan ialah pantun empat kerat dengan dua baris pembayang dan dua baris maksud.
2. Masa yang dibenarkan untuk menjual dan membeli pantun ialah:
2.1 Masa menjual pantun 20 saat untuk pusingan pertama dan 90 saat untuk pusingan ketiga.
2.2 Masa untuk membeli pantun 90 saat untuk pusingan pertama, kedua, Ketiga dan keempat.
2.3 Untuk pusingan ketiga, masa menjual dan membeli pantun ialah 90 saat.
2.4 Untuk pusingan keempat hanyak pemantun keemapat sahaja dikehendali menjual dan membeli pantun spontan dalam masa 90 saat.
2.4 Pantun hanya boleh dijual dan dibeli setelah loceng dibunyikan iaitu:
(A) JUAL PANTUN
Loceng dibunyikan sekali sebaik sahaja jurupantun meminta pemantun menjualkan pantun dan loceng akan dibunyikan dua kali setelah tamat masa menjual iaitu tamatnya 15 saat untuk pusingan pertama dan kedua. Sementara pusingan ketiga masa menjual pantun adalah 90 saat.
(B) BELIAN PANTUN
Loceng dibunyikan sekali sebaik sahaja dan jurupantun meminta pemantun membeli pantun. Loceng dibunyikan dua kali menandakan masa membeli pantun telah tamatnya, iaitu 90 saat. Pantun yang dibeli / dijawab selepas loceng dua kali dibunyikan diberikan 0 markah oleh semua hakim.
Pemantun yang gagal menjual pantun dalam tempoh masa yang dibenarkan diberi 0 markah oleh semua hakim. Sebaliknya pembeli pantun tersebut tetap dikehendaki membeli pantun berasaskan tema yang sepatutnya dijual oleh pihak lawan.
Pembeli pantun tidak dibenarkan meminta mengulang pantun yang dijualkan oleh penjual pantun kecuali atas permintaan jurupantun setelah mendapat arahan daripada ketua hakim.
Setiap pemantun dikehendaki menjual 3 rangkap pantun berdasarkan tema yang ditetapkan dan membeli 3 rangkap pantun yang dijual.
Pertandingan pantun dijalankan dalam empat pusingan.
3. Pemantun tidak dibenarkan berbincang atau meniru dalam kumpulan masing- masing. Sekiranya berlaku perbincangan atau meniru, markah akan dipotong sebanyak 50 markah daripada jumlah markah keseluruhan pasukan.
4. Pada pusingan ketiga dan keempat, semua pemantun hendaklah berpantun secara spontan / bebas berdasarkan tema yang terkawal yang dipilih oleh pemantun sendiri. Prosedurnya, selepas sahaja selesai pusingan kedua, para pemantun hendaklah menyerahkan semua kertas / nota / buku / bahan kepada urus setia. Maksudnya, tidak ada apa-apa bahan bersama-sama pemantun.
Pemantun akan diberi kertas kosong, mencabut undian tema, diberikan 90 saat untuk menjual dan membeli pantun berdasarkan tema tersebut secara spontan.
[ Pilih salah satu pantun di bawah untuk dibaca ] Indah cuaca senja menjelang,
lebat rimbun pohon mengkudu;
Bismillah kata pembuka gelanggang, silat pantun anak Melayu.
ATAU
Mekar budaya bangsa tersohor,
falsafah bangsa pengukir zaman;
Pesta pantun hidup subur,
agar terpelihara budaya berzaman.
FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN PERTAMA
1 A
2 B
3 C
KE PUSINGAN PERTAMA
(Pilih dan baca salah satu pantun di bawah) 1 Ke Tanjung Arus memburu rusa,
tiadakan sunyi bertemu jiran;
gelanggang pantun menggamit rasa, pusingan pertama menguji fikiran.
ATAU
2 Tampak pemuda setia menanti, asuhan tok guru jadi panduan;
pusingan pertama debaran menanti, hati terusik jelingan rakan.
ATAU
3 Hajat si miskin menumpang si kaya, berbincang mesra tersemat di hati;
hajat hati biarlah berjaya,
pusingan pertama ujian menanti.
Nota : Jurupantun, sila rujuk format pertandingan pusingan pertama.
[nota : rujuk jadual tema]
P1 Tanpa melengahkan masa, saya persilakan pemantun pertama dari
SK………... untuk menjualkan pantunnya kepada pemantun A dari SK………. Dengan tema……….. [ulang 2 kali]
Dipersilakan.
PA Dipersilakan pemantun A dari SK……… untuk membeli pantun tadi.
Masa menjawab ialah 90 saat dari sekarang.
(pandang hakim)
Boleh guna bahasa sendiri....
PA Sekarang dipersilakan pula pemantun A dari SK ……….
untuk menjualkan pantunnya pula kepada pemantun pertama dari SK
……… dengan tema ……….. [ulang 2 kali]
silakan.
[Pandang hakim]
P1 Dipersilakan pemantun pertama dari SK ………
untuk menjawab pantun tadi. Masa menjawab ialah 90 saat dr sekarang.
P2 Pandang hakim
Sekarang dipersilakan pula pemantun kedua dari pasukan SK
………..…untuk menjualkan pantun kepada pemantun B dari SK
………... dengan tema ……….. [ulang 2 kali].
Dipersilakan.
PB Pandang hakim
Dipersilakan pemantun B dari SK ………..…... untuk membeli pantun tadi. Masa menjawab ialah 90 saat dari sekarang.
Demikianlah tadi pemantun B………...
telah memperdengarkan pantunnya PB (pandang hakim)
Sekarang dipersilakan pula pemantun B dari SK ……….
untuk menjualkan pantunnya pula kepada pemantun kedua dari
SK ……… dengan tema ……….. [ulang 2 kali]. Silakan.
P2 Pandang hakim
Pemantun kedua dari SK ………..kini membeli pantun tersebut. Masa diberi 90 saat dari sekarang.
P3 Pandang hakim
Sekarang dipersilakan pula pemantun ke3 dari SK …………..………...
untuk menjualkan pantun kpd pemantun C dari SK……….………....
dengan tema ……….. [ulang 2 kali] silakan.
PC Pandang hakim
Dipersilakan pemantun C dari SK ………...
untuk membeli pantun tadi. Masa menjawab ialah 90 saat dari sekarang.
PC (pandang hakim)
Sekarang dipersilakan pula pemantun C dari SK……….
untuk menjualkan pantunnya pula kepada pemantun ke3 dari
SK ………... dengan tema ……….. [ulang 2 kali]
silakan.
P3 Pandang hakim
Pemantun ke3 dari SK ………..kini membeli pantun tersebut. Masa diberi90 saat dari sekarang.
Demikianlah tadi pemantun ke3 dari SK………...
telah memperdengarkan pantunnya.
Nota : 1 Setelah pantun dibeli / dijawab, jurupantun perlu merujuk kepada ketua hakim pantun untuk mendapat arahan selanjutnya. ( sama ada hakim bersedia atau tidak)
2 Rujuk format pertandingan pusingan pertama agar arahan boleh diberi dengan baik kepada pemantun.
FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN KEDUA
1 A
2 B
3 C
(Pilih dan baca salah satu rangkap pantun sahaja) 1 Lambaian Pak Tua tercuitnya hati,
Berpisah keluarga ke tengah lautan;
Pusingan pertama berlalu pergi,
Pusingan kedua semaraknya cabaran.
ATAU
2 Si dara jelita bersenda loka,
Bersimpuh manja terhibur hati;
Pusingan kedua gelanggang terbuka, Minda diuji debaran menanti.
Nota : Jurupantun, sila rujuk format pertandingan pusingan kedua [nota : rujuk jadual tema]
P1 Tanpa melengahkan masa, saya persilakan pemantun pertama dari
SK………... untuk menjualkan pantunnya kepada pemantun B dari SK………. Dengan tema……….. [ulang 2 kali]
Dipersilakan.
PB Dipersilakan pemantun B dari SK………...
untuk membeli pantun tadi. Masa menjawab ialah 90 saat dari sekarang.
(pandang hakim)
Boleh guna bahasa sendiri....
PB Sekarang dipersilakan pula pemantun B dari SK ……….
untuk menjualkan pantunnya pula kepada pemantun pertama dari
SK ………... dengan tema ……….. [ulang 2 kali]
silakan.
[Pandang hakim]
P1 Dipersilakan pemantun pertama dari SK ………
untuk menjawab pantun tadi. Masa menjawab ialah 90 saat dr sekarang.
P2 Pandang hakim
Sekarang dipersilakan pula pemantun kedua dari pasukan
SK ………... untuk menjualkan pantun kepada pemantun C dari SK ………... dengan tema
……….. [ulang 2 kali]. Dipersilakan.
PC Pandang hakim
Dipersilakan pemantun C dari SK ………..…untuk membeli pantun tadi. Masa menjawab ialah 90 saat dari sekarang.
Demikianlah tadi pemantun C dari SK ………telah memperdengarkan pantunnya.
PC (pandang hakim)
Sekarang dipersilakan pula pemantun C dari SK ……….
untuk menjualkan pantunnya pula kepada pemantun kedua dari
SK ………... dengan tema ……… [ulang 2 kali].
Silakan.
P2 Pandang hakim
Pemantun kedua dari SK ………..kini membeli pantun tersebut. Masa diberi 90 saat dari sekarang.
P3 Pandang hakim
Sekarang dipersilakan pula pemantun ke3 dari SK …………..………...untuk menjualkan pantun kpd pemantun A dari SK……….………... dengan tema ……….. [ulang 2 kali] silakan.
PA Pandang hakim
Dipersilakan pemantun A dari SK ………...untuk membeli pantun tadi. Masa menjawab ialah 90 saat dari sekarang.
PA (pandang hakim)
Sekarang dipersilakan pula pemantun A dari
SK……….untuk menjualkan pantunnya pula kepada pemantun ke3 dari SK ………... dengan tema ………...
[ulang 2 kali] silakan.
P3 Pandang hakim
Pemantun ke3 dari SK ………... kini membeli pantun tersebut. Masa diberi90 saat dari sekarang.
Demikianlah tadi pemantun ke3 dari SK………...
telah memperdengarkan pantunnya.
Nota : 1 Setelah pantun dibeli / dijawab, jurupantun perlu merujuk kepada ketua hakim pantun untuk mendapat arahan selanjutnya. ( sama ada hakim bersedia atau tidak)
2 Rujuk format pertandingan pusingan pertama agar arahan boleh diberi dengan baik kepada pemantun.
FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN KETIGA
1 A
2 B
3 C
KE PUSINGAN KETIGA
(Pilih dan baca salah satu pantun di bawah) 1 Terasa mesra tersusun madah,
Dara jelita baru bersua;
Pusingan kedua berakhir sudah, Cabaran menanti di pusingan ketiga
ATAU
2 Rumpun serai padat berbaris, Bunga mawar indah mencelah;
Budaya berpantun penyeri majlis, Pusingan ketiga bertambah meriah.
ATAU
3 Pinggiran rimba tumbuhnya palas, Tumbuh mencelah pohonan pala;
Di pusingan ketiga pantun berbalas, Hati yang tenang penawar segala.
Sebelum kita meneruskan pusingan ke3 ini saya minta semua pemantun
mengumpulkan segala bahan yang terdapat di meja pemantun untuk dikumpulkan di meja juru pantun ini. Silakan
Hadirin sekalian, Pertandingan pantun diteruskan lagi. Pada pusingan ini 10 tema telah pun disediakan dan pemantun akan memilih dan mencabut tema yang diingini. Masa menjual dan membeli pantun ini adalah 90 saat.
P1 Tanpa melengahkan masa, saya persilakan pemantun pertama dari SK ...……… untuk memilih sampul.
Anda telah mendapat tema ……….. [baca tema 2 kali] dan menjualkan pantunnya kepada pemantun C dari SK………...
90 saat dari sekarang.
Dipersilakan.
PC Dipersilakan pemantun C dari SK………...
untuk membeli pantun tadi. Masa menjawab ialah 90 saat dari sekarang.
(pandang hakim)
Boleh guna bahasa sendiri....
PC Sekarang dipersilakan pula pemantun C dari SK ……….
untuk memilih sampul.
Anda telah mendapat tema ……….. [baca tema 2 kali] dan menjualkan pantunnya kepada pemantun pertama dari SK………...
90 saat dari sekarang.
Dipersilakan.
[Pandang hakim]
P1 Dipersilakan pemantun pertama dari SK ………
untuk menjawab pantun tadi. Masa menjawab ialah 90 saat dr sekarang.
P2 Tanpa melengahkan masa, saya persilakan pemantun kedua dari SK ………... untuk memilih sampul.
Anda telah mendapat tema ……….. [baca tema 2 kali] dan menjualkan pantunnya kepada pemantun A dari SK………... 90 saat dari sekarang. Dipersilakan.
PA Dipersilakan pemantun A dari SK………...
untuk membeli pantun tadi. Masa menjawab ialah 90 saat dari sekarang.
(pandang hakim]
PA Sekarang dipersilakan pula pemantun A dari SK ………
untuk memilih sampul.
Anda telah mendapat tema ……….. [baca tema 2 kali] dan menjualkan pantunnya kepada pemantun kedua dari SK………...
90 saat dari sekarang. Dipersilakan.
[Pandang hakim]
P2 Dipersilakan pemantun kedua dari SK ……… untuk menjawab pantun tadi. Masa menjawab ialah 90 saat dr sekarang.
Demikianlah tadi pemantun ke2 dari SK……… ...
telah memperdengarkan pantunnya.
P3 Tanpa melengahkan masa, saya persilakan pemantun ke3 dari
SK...……… untuk memilih sampul.
Anda telah mendapat tema ……….. [baca tema 2 kali] dan menjualkan pantunnya kepada pemantun B dari SK………...
90 saat dari sekarang.
Dipersilakan.
PB Dipersilakan pemantun B dari SK………... untuk membeli pantun tadi. Masa menjawab ialah 90 saat dari sekarang.
(pandang hakim)
Boleh guna bahasa sendiri....
PB Sekarang dipersilakan pula pemantun B dari SK ……….
untuk untuk memilih sampul.
Anda telah mendapat tema ……….. [baca tema 2 kali] dan menjualkan pantunnya kepada pemantun ketiga dari SK………. 90 saat dari sekarang. Dipersilakan.
[Pandang hakim]
P3 Dipersilakan pemantun ke3 dari SK ……… untuk menjawab pantun tadi. Masa menjawab ialah 90 saat dr sekarang.
Demikianlah tadi pemantun ke3 dari SK………telah memperdengarkan pantunnya.
Nota : 1 Setelah pantun dibeli/dijawab, jurupantun perlu merujuk kepada ketua hakim pantun untuk mendapat arahan selanjutnya. (sama ada hakim bersedia atau tidak)
2 Rujuk format pertandingan pusingan pertama agar arahan boleh diberi dengan baik kepada peserta.
PUSINGAN KEEMPAT
Hadirin sekalian, Pertandingan pantun diteruskan lagi KE PUSINGAN KEEMPAT. Di dalam dulang berbaki 4 keping sampul surat SAHAJA lagi. Dalam sampul ini terdapat tema-tema yang akan dipilih oleh pemantun. Masa menjual dan membeli pantun ini adalah 90 saat.
P1 Tanpa melengahkan masa, saya persilakan pemantun keempat dari SK ...……… untuk memilih sampul.
Anda telah mendapat tema ……….. [baca tema 2 kali] dan menjualkan pantunnya kepada pemantun D dari SK………...
90 saat dari sekarang.
Dipersilakan.
PC Dipersilakan pemantun D dari SK………...
untuk membeli pantun tadi. Masa menjawab ialah 90 saat dari sekarang.
(pandang hakim)
Boleh guna bahasa sendiri....
PC Sekarang dipersilakan pula pemantun D dari SK ……….
untuk memilih sampul.
Anda telah mendapat tema ……….. [baca tema 2 kali] dan menjualkan pantunnya kepada pemantun keemapt dari SK………...
90 saat dari sekarang.
Dipersilakan.
[Pandang hakim]
P1 Dipersilakan pemantun keempat dari SK ………
untuk menjawab pantun tadi. Masa menjawab ialah 90 saat dr sekarang.
Hadirin-hadirat yang dirahmati,
Begitulah berakhirnya jual beli pantun antara pasukan ………...
dengan pasukan pantun dari ………... Semuanya tampak meriah dan bercambah kembali susila berpantun dalam kalangan generasi alaf baru ini.
Kenari bersenda di dahan ara,
tiadakan sunyi bersama kawan;
budaya berpantun bersambut mesra, biarlah abadi sepanjang zaman.
Untuk itu kita berikan masa kepada para hakim bagi menjalankan tugas mereka.
Semua peserta diminta bersabar bagi mengetahui pasukan manakah yang akan menang.
Mekar mewangi bunga cempaka, Daun semalu dikirai jangan;
Akar budi santun bahasa,
pantun Melayu kekal berzaman.
Ampun maaf andainya terkasar bahasa , terkhilaf bicara dan kurang berhemah ketika mengendalikan pertandingan peringkat akhir hari ini.
Sekian, assalamualaikum………..
Dengan ini, saya menyerahkan semula pengacaraan kepada pengacara utama majlis hari ini iaitu Puan Norbaini bt Mohd Yazid. Dipersilakan.