• Tidak ada hasil yang ditemukan

Institusi pembukaan rekening Fatwa Ifta

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Institusi pembukaan rekening Fatwa Ifta"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

0

I FTA : FATWA

KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT

1. Pengenalan 1

2. Bab 1: Definisi 2 - 3

3. Bab 2: Kedudukan Fatwa dalam Perundangan Islam 4 - 5

4. Bab 3: Syarat Mufti 6 - 7

5. Bab 4: Penggunaan Fatwa 8 - 9

6. Bab 5: Fatwa Bukan Mujtahid 10 -11

6. Bab 6: Isu Hubungan Fatwa-Mazhab 12 -15

7. Kesimpulan 15-16

(2)

1 Pengenalan

Perkembangan masa mencetuskan pelbagai isu dan permasalahan yang sebelum ini tidak wujud.

Apabila muncul permasalahan fiqh atau hukum, maka masyarakat awam akan memohon

petunjuk dari golongan yang memiliki keupayaan agar memberikan jalan dan hukum. Islam yang

bersifat syumul dan sesuai sepanjang zaman memiliki jawapan bagi pengamalan di seluruh

tempat, bangsa, masa mahupun keperluan. cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu sebagai agama

bagimu. (al-Maidah, 5 : 3)

Keperluan bagi mendapatkan pandangan dan hukum ini yang menatijahkan tertubuhnya

institusi fatwa dan mekanismenya. Institusi utama dan dianggap tertua untuk menjawab

keperluaan masyarakat ini adalah institusi fatwa. Ianya disandarkan kepada Rasulullah yang

mengeluarkan hukum dan petunjuk bagi permasalahan para sahabat.

Dari 'Uqbah bin 'Amir r.a., katanya: "Saudara saya yang perempuan bernazar akan

pergi berjalan kaki ke Baitullah dan disuruhnya saya minta fatwa kepada Nabi saw,

lalu saya minta fatwa dari baginda. Sabdanya, "Berjalanlah dan berkenderaanlah!"

(Sahih Bukhari, 0907)

Ianya kemudiannya dikembang dan diperkemaskan. Institusi fatwa berlegar di ruang

konsep ijtihad. Ijtihad merupakan disiplin Usul Fiqh, suatu ilmu yang mempelajari dasar, metod,

pendekatan dan teori yang digunakan dalam memahami ajaran Islam.

Dari 'Amru bin 'Ash r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila seorang hakim memutuskan suatu perkara dengan ijtihadnya, dan

ijtihadnya itu ternyata betul, maka dia mendapat pahala ganda. Dan apabila

ijtihadnya itu salah, maka dia mendapat pahala satu"

(3)

2

Definisi Fatwa, Mufti, Mustafti

Fatwa atau adalah dari bahasa Arab yang boleh membawa dua maksud :

1. Perbuatan menerangkan hukum

2. Hukum yang diterangkan

Perbuatan menerangkan hukum

Fatwa dari segi bahasa bermaksud perbuatan menerangkan hukum, permasalahan atau

memberi jawapan terhadap sesuatu kemusykilan. Fatwa dari segi istilah ialah

menerangkan hukum syara’ atau memaklumkan hukum syara’ berpandukan kitab

al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan qiyas. Ia membawa maksud menjawab

permasalahan-permasalahan (soalan) syara’ atau perundangan yang menimbulkan masalah dalam

menyelesaikannya kepada seseorang atau masyarakat. Ibn Manzur (dalam Othman Ishak,

1981: 10) menerangkan bahawa fatwa ialah satu perbuatan yang dilakukan oleh mufti

mengenai sesuatu hukum atau satu keputusan hukum yang dikeluarkan oleh faqih. Fatwa

dari sudut ini difahami sebagai perbuatan menerangkan hukum.

Hukum yang diterangkan

Fatwa menurut Mu’jam Lughah al-Fuqaha (dalam Basri Ibrahim, 2011) bermaksud

hukum syara’ yang dijelaskan oleh seseorang yang alim dalam fiqh sebagai jawapan

kepada orang yang bertanya tentang perkara tersebut. D.G MacDonald, 1927 (dalam

Othman Ishak, 1981 : 10) pula ialah pandangan hukum rasmi yang dikeluarkan oleh

mufti atau fuqaha bagi menjawab persoalan yang ditanyakan kepadanya samada oleh

hakim atau individu. Fatwa dari sudut ini difahami sebagai hukum yang diterangkan.

Mufti dari segibahasa ialah kata nama pembuat (isim fa’il) iaitu pengeluar fatwa.

Muftidari segi istilah pula bermaksud ahli ilmu (faqih) yang mengeluarkan fatwa atau

menerangkan fatwa. al-Sarafi (dalam Abdul Samat Musa et, 2006: 12) menyatakan bahawa mufti

ialah “Nama yang digunakan bagi peribadi yang menerangkan urusan agama orang ramai dan

mengetahui ilmu-ilmu umum dan khusus al-Quran, nasikh mansukh dan juga sunnah serta

(4)

3

mengetahui tentang kaedah istinbat (mengeluarkan hukum)”. Kamus Dewan mendefinisikan

fatwa sebagai keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi)

berdasarkan nas al-Quran, hadith dan sumber hukum lain termasuk ijtihad oleh mufti. Dipercayai

jawatan mufti secara rasmi diperkenalkan semasa zaman pemerintahan Umar abdul Aziz

Mustafti bermaksud individu yang meminta hukum syara’. Basri Ibrahim (2011)

menerangkan bahawa mustafti ialah pihak yang bertanyakan sesuatu masalah kepada mufti.

Perbuatan menanyakan hukum, masalah kepada mufti (faqih) adalah adat lumrah.

Al-Quran turut mencatatkan perbuatan ini apabila Rasulullah ditanyakan tentang satu permasalahan.

Ayat di bawah ini menerangkan hukum tentang persoalan tersebut sekaligus menerangkan

kedudukan fatwa, mufti dan mustafti.

(5)

4

Kedudukan Fatwa dalam Perundangan Islam

Keperluan masyarakat terkini perlu ditangani demi memastikan umat Islam dapat melaksanakan

aktivitinya berlandaskan hukum syara’ yang menepati kaedah hukum yang sebenar berdasarkan

kesesuaian semasa. Dalil dan nas yang jelas mengenai hukum sedia ada masih perlu ditekuni

dengan sedalam-dalamnya bagi merungkai permasalahan terkini yang belum wujud sebelum ini.

Jawapan dan hukum yang diperlukan sedikit sebanyak dijawab dengan fatwa. Namun dimanakah

kedudukan fatwa dalam perundangan Islam?

Kadi (Qadhi) adalah individu yang melaksanakanperundangan Islam. Rujukan, hukuman

dan persoalan adalah dirujuk kepada kadi bagi membuat keputusan. Kadi yang pertama menurut

sirah dilantik oleh Saidina Umar al-Khatab selaku khalifah kedua seiring keperluan umat dan

jajahan Islam yang berkembang dan sukar dirujuk ke pusat pentadbiran di Madinah. Malah

sebelum itu Rasulullah sendiri mengakui kebijaksanaan Muaz bin Jabal dalam kehakiman dan

perundangan (halal dan haram) agar beliau menghukum dengan tertib dan bijak selaku gabenor

atau wakil jajahan.

Fatwa adalah hasil ijtihad. Peringkat awal, Rasulullah dirujuk dalam semua hal dalam

fatwa di mana Rasulullah menunggu jawapan wahyu ataupun pendapat sendiri. Hadith dan fatwa

ini sebahagian dihafal dan sebahagian ditulis. Setelah kewafatan Rasulullah, fatwa atau ijtihad

dilakukan oleh para sahabat yang menghafal fatwa Rasulullah, menghafal hadith, menghafal

al-Quran dan memiliki kebijaksanaan akal fikiran. Para sahabat juga mencari persamaan dan

maksud hukum yang terdekat bagi membuat fatwa yang baru.

Namun terdapat juga masalah yang difatwakan berbeza dengan fatwa Rasulullah dan nas

yang jelas seperti fatwa (ijtihad) Saidina Umar al-Khatab mengenai tanah tawanan hasil perang

yang dikenakan cukai berbanding pengagihan yang ditetapkan atas ijtihad beliau yang

(6)

5

Para ulama usul fiqh bersepakat menerima fatwa para sahabat sebagai satu sumber

hukum Islam. Namun perbezaan wujud pada kedudukan dan autoritinya. Mazhab utama

kesemuanya menerima fatwa sahabat sebagai sumber perundangan. Berikut kedudukan autoriti

fatwa sahabat di kalangan mazhab utama :

Kedua : Imam Hambali -selepas Nas (al-Quran dan Hadith)

Fatwa sahabat yang tidak bercanggah dengan fatwa sahabat yang lain (kedua)

Fatwa sahabat yang bercanggah dengan fatwa sahabat yang lain (ketiga)

Ketiga : Imam Syafi’i -selepas Nas (al-Quran dan Hadith) dan Ijma’

Fatwa sahabat yang tidak bercanggah dengan fatwa sahabat yang lain (ketiga)

Fatwa sahabat yang bercanggah dengan fatwa sahabat yang lain (keempat)

Ketiga : Imam Malik -selepas al-Quran dan Hadith

Ketiga : Imam Hanafi -selepas al-Quran dan Hadith

Fatwa sahabat yang hampir dengan pandangannya (terpilih)

Imam Ghazali mensyaratkan fatwa sahabat mestilah disandarkan kepada Rasulullah

untuk diterima dan dijadikan hujah. Jika tidak, ia ditolak. al-Amidi menyatakan bahawa fatwa

sahabat tidak boleh membatalkan fatwa sahabat yang lain kerana kedua-duanya telah melalui

penelitian dan kesungguhan. Perbezaan kedudukan fatwa sahabat berbanding fatwa selepas

sahabat masih diperselisihkan. Satu pandangan melihat fatwa sahabat memiliki kekuatan

berbanding fatwa tabiin dan terkemudian jika ia melalui proses qiyas. Pandangan yang lain

adalah ia tidak terpakai kepada orang yang terkemudian.

Kedudukan fatwa kepada golongan mujtahid ialah para mujtahid bebas mengikut fatwa

sedia ada atau mengikut fatwa (ijtihad) tersendiri. Namun, orang awam wajiblah berpegang

(7)

6

BAB 3

Syarat Mufti

Al-Shaukani dalam Irsyad al-Fuhuldalam al-Qasimi, 1986 (dalam Hasnan Kasan, 2008:49)

berkata Mufti perlu memiliki 3 syarat :

 Ijtihad

 Adil

 Tidak mempermudahkan atau memperingankan dalam hukum

Imam Abu Ishak al-Syairazi (dalam Hasnan Kasan, 2008:49) menjelaskan syarat mufti :

Pengetahuan akan ayat ahkam dalam al-Quran

 Pengetahuan akan hadith-hadith hukum

 Pengetahuan akan metode memahami al-Quran dan Hadith

o Hakikat dan Majaz Am dan Khas

o Mujmal dan Mufassal Mutlaq dan Muqayyad

o Mantuq dan Mafhum Bahasa Arab

o Nasikh dan Mansukh Ijma’ dan perbezaan pendapat

o ‘Illah Tarjih

o Amanah

o Tidak mempermudahkan atau memperingankan dalam hukum

Imam Ahmad (dalam Hasnan Kasan, 2008:51) menyatakan mufti perlu memiliki lima ciri :

 Niat yang tepat untuk mencari redha Allah

-Fatwa dikeluarkan bukan untuk pangkat atau takut pada pemerintah

 Ilmu dan bersikap lemah-lembut, berhati-hati dan tenang

-Ilmu diperlukan dalam mengeluarkan fatwa seiring dengan sikap yang diperlukan

 Sifat teguh dan mantap

-Berpegang teguh dengan apa yang difatwakan dan tidak dipengaruhi persekitaran

 Kekuatan berdikari sara diri

-kemampuan berdikari menjadikan mufti dihormati dan berwibawa

 Pengetahuan tentang keadaan dan realiti semasa

(8)

7

Yusuf Qardhawi (1988) dan Ahmad Ibrahim (1965) turut menekankan akan kepentingan

memahami realiti semasa bagi para mufti agar fatwa yang diberi berpijak di bumi nyata dan

disamping memelihara batasan dan ruang. Yusuf Qardhawi (dalam Basri Ibrahmi, 2011)

menyenaraikan syarat-syarat mufti seperti berikut :

Alim dan berwibawa

-kewibawaannya tidak dapat dipertikaikan

 Baligh adalah bukan syarat

-kanak-kanak yang berakal juga boleh mengeluarkan fatwa

 Berakal

-Orang gila dan kanak-kanak tidak berakal tidak boleh mengeluarkan fatwa

 Adil

-keadilan menjadikan dia pusat rujukan dan tidak ditolak

 Merdeka adalah bukan syarat

-Hamba boleh mengeluarkan fatwa jika mampu

 Lelaki adalah bukan syarat

-Lelaki bukan syarat kerana wanita yang mampu juga boleh berfatwa (Saidatina Aisyah)

 Pengetahuan akan Al-Quran

 Bahasa Arab

Pengetahuan Usul Fiqh dan teknik istinbat

 Pengetahuan tentang keadaan dan realiti semasa

 Pengetahuan tentang Hadith

-mampu menentukan hadith yang sahih dan yang cacat, sanad dan riwayat

Pengetahuan tentang sejarah, sunnatullah dan masyarakat

Jelasnya, mufti perlulah memiliki keupayaan dan kemahiran ilmu yang diperlukan bagi

mengeluarkan hukum. Syarat mufti sepertimana syarat para mujtahid yang telah dibincangkan

dan dipelajari sebelum ini. Pembahagian mufti juga seperti mana mujtahid iaitu mutlak, muqallid

(9)

8

BAB 4

Penggunaan Fatwa

Perbezaan antara Fatwa dan Ijtihad

Walaupun fatwa saling berkaitan dengan ijtihad, namun terdapat perbezaan antara keduanya :

Fatwa lebih khusus daripada ijtihad. Ini disebabkan fatwa hanya dikeluarkan untuk

masalah hakiki yang sedang berlaku untuk diselesaikan. Ia bukan permasalahan yang

diada-adakan atau dijangkakan.

Ijtihad pula lebih umum daripada fatwa. Ini disebabkan ijtihad melibatkan

permasalahan syara’ yang telah wujud atau belum wujud. Ini boleh dilihat oleh Imam Abu

Hanifah yang melakukan pengeluaran hukum berdasarkan dalil dan sumber seterusnya

menimbulkan permasalahan-permasalahan andaian untuk diberikan jawapan.

Beramal dengan Fatwa

Yusuf Qardhawi (dalam Basri bin Ibrahim, 2011:22) menegaskan bahawa apabila fatwa

dikeluarkan oleh mufti yang layak, maka mustafti hendaklah beramal dengan fatwa berkenaan.

Namun jika mufti berkenaan menarik kembali fatwanya dan mustafti pula mengetahui penarikan

fatwa berkenaan, maka adalah haram bagi muftafti beramal dengan fatwa terdahulu yang ditarik

itu.

Jika mustafti telah beramal dengan fatwa yang ditarik balik ketika belum diketahui, maka

hendaklah mustafti memohon fatwa yang baru dan berpegang dengan fatwa yang baru berkenaan

dari mufti yang sama atau mufti yang lain. Pendapat yang lain (Imam Subki) menyebut bahawa

adalah wajib beramal kepada mustafti yang menanyakan fatwa kepada mufti yang ditanyakan.

Oleh kerana fatwa boleh berubah mengikut keadaan dan penemuan terkini, maka fatwa

(10)

9 Fatwa Dua Mufti atau Lebih

Jika hanya terdapat seorang mufti sahaja, maka wajib ke atas mustafti beramal dengan fatwa

yang dikeluarkan oleh mufti berkenaan. Namun bagi isu fatwa dua orang mufti atau lebihbagi

permasalahan yang sama pula, hendaklah mustafti bertanyakan kepada mana-mana sahaja mufti

tanpa perlu membuat pertimbangan tahap alim atau siqah seseorang mufti itu sepertimana yang

dilakukan semaza zaman sahabat.

Jika terdapat percanggahan fatwa antara para mufti di mana satu membernarkan dan satu

lagi menegahkannya, maka muftafti hendaklah berpegang dengan fatwa yang lebih alim dan

warak. Ibn Salah (dalam Basri bin Ibrahim, 2011:24) pula menyatakan apabila berlaku

percanggahan fatwa, mustafti bolehlah memilih mana-mana fatwa dari mufti yang ingin dipilih

namun tidak dibenarkan menukarkan kepada fatwa yang lain selepas itu.

Jamal al-Din al-Qasimi (dalam Basri bin Ibrahim, 2011:58) memberikan 5 pendapat :

1. Mustafti hendaklah mengambil fatwa yang paling ketat

2. Mustafti hendaklah mengambil fatwa yang paling ringan

3. Mustafti hendaklah berijtihad untuk menentukan mufti yang hendak dipilih (utama)

4. Mustafti hendaklah bertanya kepada mufti lain dan kemudian membuat pilihan.

5. Mustafti boleh memilih mana-mana fatwa yang disukai.

Yusuf Qardhawi berpendapat apabila wujud percanggahan fatwa maka mustafti

hendaklah berpegang dengan fatwa majoriti mufti kerana ia didokong dengan hujah dan

sandaran yang lebih kuat dari fatwa yang minoriti.

Pandangan Yusof Qardhawi dalam hal ini lebih sesuai bagi pendapat kami dengan

mengambilkira sikap tidak memudah-mudah dan dekatnya fatwa majoriti (ijtima’i) dengan ijma’.

Malah kewujudan media yang bergerak pantas memudahkan pemerolehan fatwa walaupun jarak

(11)

10

BAB 5

Fatwa Bukan Mujtahid

Sepanjang masa dan tempat akan sentiasa timbul berbagai masalah yang memerlukan keputusan

hukum samada di bidang muamalat, munakahat atau lain-lain. Sebahagian ulama’ usul al-Fiqh

dalam membincangkan perkara ini mengatakan bahawa tiada suatu masa pun yang ketiadaan

mujtahid. Mengikut Abu Ishak jika wujud ketiadaan mujtahid di sesuatu masa maka hilanglah

taklif kerana ia tidak ditetapkan oleh Allah kecuali dengan ada hujah yang jelas.

Mereka yang berpendapat seperti di atas telah membawa beberapa dalil sebagai hujah.

Antara hujah yang dikemukakan ialah hadith Rasulullah saw yang bermaksud:

“Sentiasa wujud segolongan dari umatku yang menegakkan

kebenaran sehingga berlaku kiamat dunia.”

Hadith yang lain Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sentiasa ada segolongan dari umatku yang menegakkan kebenaran

hingga Allah datangkan kepada mereka satu urusannya, sedangkan

mereka tegas atas kebenaran.”

Pendapat yang mengatakan tidak ada lagi mujtahid selepas Imam yang empat adalah

masalah khilafiah. Pendapat ini disangkal oleh al-Syaukaniy yang telah mengemukakan beberapa

orang ulama’ al-Syafi’iyyah yang telah menandingi pengetahuan para mujtahid terdahulu.

Antaranya ialah:

 Ibn ‘Abd al-Salam (578-660H) Ibn Daqiq al-‘Iid (615-702H)

 Ibn Sayyid al-Nas (671-734H) Ibn Hajar al-‘Asqalani (773-853H)

 Imam al-Suyuti (846-911H) dan lain-lain

Pendapat yang mengatakan sudah tiada mujtahid di masa kini ialah merujuk kepada

mujtahid mutlak iaitu seorang individu yang lengkap dan berpengetahuan tinggi yang dapat

(12)

11

Justeru itu bagi menangani ketiadaan mujtahid mutlak maka alternatifnya ialah dengan

mengadakan suatu kumpulan yang khas seperti “Jawatankuasa Fatwa” yang terdiri dari para

ulama yang mampu dalam ilmu yang berkaitan dan mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang

tertentu bagi membincangkan dan mengkaji untuk dibuat keputusan hukum atau fatwa.

Usaha yang yang dijalankan oleh kumpulan ulama dan pakar-pakar ilmu ini dinamakan

juga ijtihad jamai’ yang bermaksud suatu kumpulan yang terdiri dari pakar-pakar di dalam

bidang ilmu yang boleh mencapai tujuan mengeluarkan hukum-hukum yang berdasarkan ijtihad.

Mereka berbincang mengenai suatu masalah yang memerlukan hukum dengan mengemukakan

hujah-hujah yang kuat berdasarkan kepada dalil-dalil yang diakui dalam perundangan Islam.

Asas ijtihad ijtima’i ini adalah cara yang baik kerana melalui ramai ulama’ yang

berbincang tentulah suatu keputusan yang baik dan kemas boleh dilahirkan. Bersesuaian dengan

Imam al-Tabraniy di dalam al-Ausat yang menerangkan hadis yang diriwayatkan daripada

Saidina Ali, katanya:

“Wahai Rasulullah, sekiranya dibentangkan kepadaku satu perkara

yang tidak ada diperturunkan (al-Quran) keputusannya dalam perkara

itu dan juga sunnah, bagaimanakah suruhan kamu kepadaku?”

Jawab Rasulullah, “Kamu lakukan mesyuarat (syura) di antara ahli fiqh

dan ahli ibadat dari kalangan orang beriman dan jangan kamu

putuskan hukumnya hanya dengan pendapat kamu sendiri.”

Maka apa sahaja yang dilakukan secara berkumpulan melalui perhimpunan di peringkat

antarabangsa mahupun jawatankuasa fatwa (negeri atau negara) dalam memutuskan atau

mengeluarkan hukum atau fatwa adalah dinamakan ijtihad ijtima’i. Syarat ijtihad ijtima’i ini

mestilah memenuhi kehendak kebebasan dimana kumpulan itu dapat melahirkan pendapat

mereka dengan terang dan mengeluarkan keputusan dengan penuh keberanian tanpa tekanan dari

kerajaan atau pemerintah. Fatwa ijtimai’ ini lebih besar autoritinya dan inilah pendapat yang

(13)

12

BAB 6

Isu : Hubungan Fatwa -Mazhab

Hubungan Mazhab Syafie Terhadap Fatwa

Ahmad Hidayat Buang (2002: 42) telah mengulas akan pengaruh mazhab Syafie di dalam

institusi kerajaan dan masyarakat di Malaysia bermula seawal abad ke-20M dengan perlantikan

Kadi-kadi dan Mufti-mufti di negeri-negeri Tanah Melayu yang berlatarbelakang pendidikan dan

latihan di dalam mazhab Syafie.

Oleh yang demikian apabila Majlis Agama Islam negeri negeri ditubuhkan, peruntukan

tentang fatwa telah diperundangkan dengan mensyaratkan ikutan kepada fatwa tersebut mestilah

berasaskan kepada mazhab Syafie. Malah di sesetengah negeri seperti Johor disyaratkan supaya

semua pegawai jabatan Agama yang dilantik mestilah berpegang dengan mazhab Syafie. Namun

sebagai kompromi, pandangan-pandangan mazhab lain juga boleh diikuti jika pandangan

mazhab Syafie tidak boleh menyelesaikan masalah yang timbul dan derni kepentingan atau

maslahat awam setelah mendapat perkenan Sultan negeri yang berkenaan.

Pengikatan fatwa kepada mazhab Syafie boleh dilihat dalam undang-undang pentadbiran

agama Islam negeri Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Terengganu.

Jawatankuasa Fatwa negeri-negeri telah menetapkan beberapa dasar mengenai penggunaan

mazhab Syafie sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Fatwa Wilayah Persekutuan

seperti berikut:

(1)Semua fatwa yang diputuskan mestilah berdasarkan kepada qaul yang muktabar

di dalam mazhab Syafie. Jika hendak beramal dengan qaul dari mazhab lain perlu

mendapat restu dari Yang DiPertuan Agong

(2)Umat Islam tidak dipaksa beramal dengan mazhab Syafie bahkan boleh beramal

dengan mana-mana mazhab lain yang disukai dengan syarat tidak boleh

menyalahkan orang-orang yang beramal dengan mazhab Syafie.

(3) Mazhab-mazhab lain tidak boleh diajar atau disyarah secara terbuka di

(14)

13

(4)Menjadi satu kesalahan jika mengajar selain daripada mazhab Syafie secara

terbuka.

(5)Jika fatwa telah dikeluarkan berasaskan kepada mazhab Syafie tiada siapapun

boleh membantahnya dengan menggunakan hujah daripada mazhab yang lain.

Kajian oleh Rahimin Affandi Abdul Rahim et el (2009: 201-202) terhadap realiti

penggunaan konsep ijtihad di dalam institusi fatwa di Malaysia mendapati:

1) Boleh dikatakan tidak ada langsung elemen ijtihad insya’i (bebas) mengikut pandangan

peribadi seseorang mufti.

2) Keterikatan sesuatu fatwa dengan pandangan mazhab Shafie secara qauli, yang terpaksa

bergantung kebanyakannya kepada kitab Fiqh klasik dan tidak merujuk secara langsung

kepada sumber asasi (Quran dan Sunnah) ataupun manhaj usuli mazhab Shafie.

3) Para mufti dalam mengeluarkan sesuatu fatwa kerap kali meniru ataupun merujuk kepada

pandangan yang dikeluarkan mufti negeri lain di Malaysia.

4) Para mufti sendiri mengakui kelemahan mekanisme pengeluaran fatwa yang dialami,

seperti kekurangan sumber rujukan hukum Islam yang terkini, ketandusan pembantu

penyelidik (pegawai Istinbat) yang berkelayakan dalam bidang penyelidikan hukum dan

kelemahan unit penyelidikan di institusi fatwa.

5) Walaupun ada peruntukan yang membenarkan mufti merujuk kepada pakar-pakar luar,

tetapi ianya jarang dilakukan, kerana kekurangan peruntukan kewangan yang disediakan

kepada pejabat mufti.

6) Rungutan daripada masyarakat awam tentang kelemahan fatwa yang dikeluarkan,

khususnya membabitkan isu:

a. Kandungan fatwa tidak bersifat ilmiah kerana tidak mempunyai asas dan sandaran

hukum yang kukuh.

b. Fatwa yang diberikan adalah tidak tegas dan terikat dengan kepentingan tertentu.

c. Fatwa yang dikeluarkan tidak bersifat semasa, sebaliknya terlalu terikat dengan

paradigma taqlid.

d. Jawapan yang dikemukakan oleh fatwa kerap kali bersifat adhoc dalam soal

(15)

14

7) Pemakaian paradigma taqlid diperlukan demi untuk mewujudkan perpaduan dan

keseragaman bagi memastikan wujudnya kestabilan hidup sosio-politik umat Islam.

Ini bagi memudahkan proses penguatkuasaan dan pentadbiran undang-undang Islam

dijalankan. Hal ini boleh dikatakan sebagai asas perpaduan umat Melayu sehingga tidak

wujudnya perbalahan dan fanatik mazhab yang menimbulkan pertumpahan darah.

Namun penekanan yang agak keterlaluan terhadap dominasi taqlid yang agak ketat ini

bakal membuahkan hasil yang kurang sihat kepada perkembangan pemikiran hukum Islam dan ia

turut disedari sendiri oleh kalangan mufti di Malaysia yang melakukan pelbagai usaha untuk

menerapkan pendekatan reformisme bagi menghadkan penggunaan taqlid secara berlebihan

Pembebasan Mazhab Terhadap Fatwa

Tanpa menafikan dominasi mazhab Syafie dalam amalan fatwa namun ijtihad tarjihi kelihatan

menjadi pendekatan yang agak popular kepada jawatankuasa fatwa negeri-negeri pada era ini.

Menurut al-Qaradawi, ijtihad jenis ini bererti memilih salah satu daripada pendapat-pendapat

yang ada dalam perbendaharaan fiqh dan dikemukakan sebagai fatwa yang dipilih.

Pendekatan ini sebenarnya bukan merupakan perkara baru kerana ia telah diamalkan oleh

para fuqaha sejak zaman klasik. Oleh itu semasa pembahagian tingkatan mujtahid dibuat,

wujudnya satu tingkatan yang dinamakan sebagai mujtahid al-tarjih atau ahl al-tarjih yang

merujuk kepada golongan ulama yang mempunyai kemampuan membuat pentarjihan di antara

pandangan-pandangan yang ada berasaskan kekuatan dalil dan kesesuaiannya dengan tuntutan

realiti semasa. Oleh itu mereka tidak dianggap sebagai penentu hukum baru. Hal ini berlaku

samada dalam lingkungan satu mazhab atau merentasi mazhab.

Kajian Kes : Tarjih Penetapan Eid Adha

Kemaslahatan awam apabila berpegang dengan qaul muktamad Syafi‘i juga perlu menerima

(16)

15

penetapan Eid Adha berdasarkan wuquf di Arafah adalah cadangan pindaan kaedah penetapan di

Malaysia.

Satu cadangan dan pandangan Jemaah Ulama’ Kelantan dikemukakan kepada

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang mencadangkan supaya penetapan tarikh Eid Adha

berdasarkan wuquf di Arafah. Jemaah Ulama’ dalam mengemukakan cadangan berkenaan telah

mengambil pendekatan ijtihad tarjihi.

Penelitian Jemaah Ulama’ Kelantan terhadap teks-teks hukum yang pernah diputuskan,

mencadangkan supaya penetapan Eid Adha diselaraskan di Malaysia dan seluruh dunia dengan

berpandukan wuquf di Arafah. Keputusan yang dikeluarkan ini berdasarkan apa yang diputuskan

oleh majoriti fuqaha mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali. Pendapat yang sama juga merupakan

pendapat yang lemah dalam mazhab Syafi‘i yang mewajibkan seluruh negara Islam mengikut

ru’yah al-hilal di negara lain (berdekatan atau berjauhan). Pendapat ini juga merupakan pendapat

sekumpulan fuqaha dalam mazhab Zaidiyyah.

Berbeza dengan qaul muktamad dalam mazhab Syafi‘i yang memutuskan bahawa setiap

negara diwajibkan mengikut ru’yah al-hilal masing-masing tanpa terikat dengan negara lain. Ia

juga memberi kesan kepada puasa sunat hari Arafah kerana ianya akan turut berubah harinya

antara negara di mana puasa tersebut mungkin tidak jatuh pada hari wuquf di Arafah.

KESIMPULAN

Fatwa adalah hasil ijtihad dan ia melalui proses istinbat hukum dengan disiplin ilmu fiqh yang

ketat. Ia merupakan sumber perundangan yang terpakai kepada umat Islam samada dari segi

perundangan mahupun tanpa kuasa perundangan.

Fatwa ialah jawapan atau penerangan akan sesuatu hukum yang ditimbulkan hasil

(17)

16

Namun memohon fatwa hendaklah dilakukan kepada ahli yang tepat iaitu individu yang

memiliki keupayaan dan ilmu yang diperlukan dalam mengeluarkan hukum dan bukan

sewenang-wenangnya kepada sesiapa sahaja yang bakal menimbulkan kerosakan. Ilmu dan

kemahiran seperti penguasaan bahasa Arab, nasakh mansukh, qawaid fiqh dan lain-lain perlu

diadun dengan fiqh waqi’iah iaitu berdasarkan realiti dan suasana semasa.

Justeru di Malaysia, badan atau individu yang lebih berautoriti dalam memohon fatwa

dan menggunapakai fatwa yang dikeluarkan adalah mufti dan jawatankuasa fatwa di peringkat

negeri mahupun kebangsaan. Fatwa di peringkat antarabangsa secara ijtima’i turut memiliki

autoriti yang utama. Pihak kumpulan kami memilih kerangka al-Qardawi bahawa fatwa majoriti

memiliki keistimewaan dan keutamaan untuk diterima dan digunapakai berbanding fatwa

(18)

17

Rujukan

Ahmad Hidayat Buang (2002), Analisis Fatwa-fatwa Semasa Syariah di Malaysia, Jurnal Syariah 10:1, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.

Hasnan Kasan(2008), Institusi Fatwa di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor

Basri bin Ibrahim (2011), Metod Fatwa al-Qardawi dalam Menangani Isu-Isu Semasa, Al-Hidayah Publications, Selangor.

Lokmanulhakim Bin Hussain (2013), Penyelarasan Fatwa di Malaysia : Kewajaran dan

Kekangan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan.

Abdul Samat Musa et el, Prinsip dan Pengurusan Fatwa di Negara-Negara ASEAN, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), Negeri Sembilan.

Othman Ishak (1981), Fatwa dalam Perundangan Islam, Penerbit Fajar Bakti, Kuala Lumpur.

Rahimin Affandi Abdul Rahim et el (2009), Ijtihad Dalam Institusi Fatwa Di Malaysia: Satu

Analisis, Jurnal Syariah Jil. 17 Bil. 1 (2009) 195-222, Universiti Kebangsaan Malaysia,

Referensi

Dokumen terkait

Melalui fragmen jenayah rasuah yang dipaparkan oleh Rahim Razali melalui watak-watak korup seperti barisan Ahli Lembaga Pengarah Melati Holdings dan Shamsudin, serta watak

Menjelaskan fatwa waris yang telah dikeluarkan oleh lembaga fatwa di Indonesia dan mampu melakukan penilaian terhadap fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh lembaga-lembaga

5.  Perkataan ‘Uthma>n bin ‘Affa>n pada suatu bulan Muharram: “Ini adalah bulan  zakat  kalian.  Oleh  karena  itu,  barang  siapa  yang  mempunyai 

Analisis Pengaruh Desain Produk dan Promosi Terhadap Kemantapan Keputusan Pembelian yang dimediasi oleh Citra Merek (Studi Pada Customer Distro Jolly Roger

Berdasarkan simpulan yang diperoleh dari penelitian terkait pengaruh program jadian yuk di radio paramuda terhadap aktivitas interaksi mencari pasangan di

Berdasarkan pengolahan house of risk fase pertama dengan menggunakan data event risk ( kejadian risiko) dan agent risk ( penyebab risko) serta korelasi keduanya,

Sehingga peneliti dapat menyelesaikan skripsi ini yang berjudul “Analisis Permintaan Sepeda Motor di Kota Malang Pada Tahun 2002-2011” disusun untuk memenuhi

Kedua yaitu pandangan dualistis yang merupakan kontruksi berfikir untuk memisahkan antara tindak pidana dan pertanggung jawaban pidana. Oleh karena itu ajaran ini juga