• Tidak ada hasil yang ditemukan

Wanita dan pendidikan tinggi Islam di Ma

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Wanita dan pendidikan tinggi Islam di Ma"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1

Wanita dalam Pendidikan Tinggi di Malaysia.

Oleh:

Mohd Roslan Mohd Nor & Nang Naemah Nik Dahalan

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Abstrak

Wanita perlu diberi peluang yang sama untuk melanjutkan pelajaran. Mereka merupakan modal insan yang penting dalam pembangunan pendidikan sesebuah negara. Kedatangan Islam sedikit demi sedikit telah membawa perubahan yang meletakkan wanita di kedudukan yang sepatutnya. Tanggapan dan kepercayaan masyarakat tentang rendah dan hinanya kaum wanita telah dihakis. Kesedaran wanita mengenai peri pentingnya pendidikan telah membawa kemajuan kepada mereka. Enrolmen kemasukan pelajar ke pusat pengajian tinggi menunjukkan jumlah pelajar wanita yang lebih ramai berbanding dengan pelajar lelaki. Hal ini menjelaskan bahawa peluang untuk kaum wanita memperoleh pendidikan adalah lebih terbuka berbanding dengan masa lalu. Artikel ini akan membincangkan kesan pencapaian kaum wanita dalam pendidikan tinggi di Malaysia yang meliputi pelbagai sektor seperti ekonomi, politik dan aktiviti sosial.

Kata kunci: Sejarah Pendidikan, Kedudukan Wanita, Pendidikan Tinggi, Pencapaian Wanita.

Pendahuluan

Wanita merupakan hampir separuh daripada populasi di Malaysia. Perangkaan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010 menunjukkan bahawa jumlah penduduk lelaki dan wanita adalah seramai 28,908.8 juta. Daripada jumlah ini, 14,712.6 juta adalah lelaki dan 14,196.2 adalah wanita.1 Kaum wanita mewakili juga lebih dari separuh penduduk di dunia dan sumbangan mereka kepada sistem sosial dan pertumbuhan ekonomi masyarakat juga adalah lebih berbanding dengan sumbangan dari kaum lelaki.2

Apabila diselusuri suatu ketika dahulu, anak-anak perempuan suatu sukar mendapat peluang untuk memperoleh pelajaran berbeza dengan anak-anak lelaki. Hal ini disebabkan oleh ceteknya tahap pemikiran dalam kalangan ibu bapa. Mereka menganggap bahawa anak perempuan hanya selayaknya di rumah3 dengan melakukan pekerjaan-pekerjaan harian seperti mengemas, memasak, membasuh dan sebagainya lagi. Walau bagaimanapun, situasi masa kini memperlihatkan perubahan penglibatan wanita dalam lapangan pendidikan.

1 Statistik, http://www.kpwkm.gov.my/258, 22 November 2011.

2 Aida Suraya Md. Yunus et.al(2008), “Trend dan Isu dalam Pendidikan Tinggi Negara”, dalam buku Morshidi

Sirat & Ibrahim Che Omar (ed.), Masa Depan Pendidikan Tinggi Di Malaysia, Pulau Pinang: Institut

Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN), h. 26. Lihat juga; Abdul Halim Muhammad Abu Syuqqah (2007), Tahrir al-Mar’ah fi Asr al-Risalah, Zulkifilee Yazid (terj.), Kuala Lumpur: Pustaka al-Shafa, h. 5. 3Untuk maklumat lanjut, sila lihat: Arba’iyah Mohd Noor (2012), “Kesedaran Pendidikan Wanita Melayu Awal Abad ke-20”, dalam buku, Zalizan Mat Enh & Rohani Abdul Ghani (ed.), Wanita Dan Masyarakat. Johor:

Penerbit Universiti Tun Hussein Onn, h. 34-37. Lihat juga; Lenore Manderson (1981), Wanita, Politik Dan

(2)

2

Mereka telah berjaya mengubah persepsi orang luar terhadap kemampuan diri sendiri. Mereka juga berjaya menaikkan nama seiring dengan dominasi lelaki dalam lapangan bidang yang lain serta membebaskan diri dari kongkongan adat dan tradisi.

Melihat kepada enrolmen kemasukan pelajar-pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi menunjukkan jumlah pelajar wanita adalah lebih ramai berbanding dengan pelajar lelaki.4 Hal ini telah dinyatakan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, KPM iaitu Puan Mazula Sabudin. Beliau telah ditemuramah dalam program Analisis Awani bersama Nazri Kahar. Beliau menyatakan bahawa bagi sesi akademik 2014/2015, seramai 23,000 calon lelaki dan 51,000 calon wanita telah telah memohon kemasukan ke IPT.5 Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa peluang untuk para wanita memperoleh pendidikan adalah lebih terbuka berbanding dengan masa lalu. Dalam erti kata yang lain, kaum wanita merupakan pencabar utama kepada lelaki dalam segenap bidang.

Kaum wanita juga sebagai agen masyarakat yang telah banyak memberi sumbangan kepada pembentukan ummah dan pembangunan negara. Mereka berupaya melibatkan diri dalam bidang pekerjaan yang ketika dahulu didominasi lelaki. Dalam erti kata yang lain, wanita masa kini setanding dengan lelaki dari sudut peranannya. Kesedaran terhadap peri pentingnya pendidikan telah membawa perubahan nyata kepada mereka. Oleh itu, konsep

‘pendidikan seumur hidup’ (long life education) hendaklah dipegang iaitu pendirian yang mengatakan bahawa sepanjang hayat kita ini tidak ada had dalam mencari ilmu.6

Tuntutan Wanita Menuntut Ilmu

Ajaran Islam memandang tinggi kepada orang-orang yang berilmu, sebagaimana firman Allah swt dalam Surah al-Mujadalah:

Maksud: Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.

Terjemahan Al-Mujadalah 58:11

Selain daripada ayat-ayat di dalam kitab suci, kewajipan menuntut ilmu juga dijelaskan dalam beberapa hadith, seperti:

ٍةَمِل مسُم َو ٍ ِلْ مسُم ِل ُك َلََع ٌة َضميِرَف ِ ملِْعلا َبَل َط

4 Untuk maklumat lanjut, sila lihat: Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar (2010), “Wanita Dalam Bidang Sosial”,

dalam buku Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar (peny.), Isu-Isu Dalam Pengajian Islam Siri 2. Johor: Penerbit

Universiti Tun Hussein Onn, h. 153. Lihat juga, Andek Masnah Andek Kelawa (2001), Kepimpinan Wanita

Dalam Islam: Kedudukannya Dalam Syariah, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 149.

5 Pengajian Tinggi Pelbagai Pilihan, http://didikmalaysia.com.my/bm/?page_id=540, 3 September 2014.

(3)

3

Terjemahan: “Menuntut ilmu itu kefarduan bagi setiap Muslim.”7

ِةَّنَجملا َ َلَِا اًقميِر َط ُ َلَ الله َلله َس اًمملِع ِهميِف َسِمَتملَي اًقميِر َط َ َلَ َس منَم

Terjemahan: “Sesiapa yang mengikuti satu jalan untuk pergi menuntut ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga”.8

Wanita Melayu di zaman tradisi hanya melalui peringkat pendidikan secara informal di rumah. Pendidikan yang diberi adalah sesuai dengan keperluan semasa zaman tersebut iaitu melaksanakan urusan rumahtangga dan pembantu kepada lelaki untuk meringankan beban keluarga.9 Sejarah pendidikan memperlihatkan perkembangan persekolahan dalam

kalangan orang perempuan adalah sangat perlahan. Jika ada sekolah untuk anak perempuan, jumlahnya adalah tidak banyak.

Pendidikan yang diperoleh oleh para wanita adalah bertujuan untuk meningkatkan pemikiran, kerohanian dan keperibadian mereka sebagai insan mulia.10 Pendidikan dan ilmu merupakan keperluan setiap individu tanpa mengira kepada perbezaan jantina, umur, darjat dan sebagainya. Setiap orang haruslah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan bagi mencapai tujuan dalam pendidikan, tidak kira dalam aspek keduniaan mahupun keagamaan. Justeru, wanita adalah berhak mendapat apa yang mereka inginkan seperti melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Pengertian Dan Hak-Hak Wanita Dalam Islam

‘Wanita’ juga dikenal sebagai seorang perempuan, puteri, isteri dan ibu yang telah diciptakan oleh Allah swt bersama perwatakan lemah-lembut, berkulit halus, lembut sendinya yang mana berbeza dengan bentuk dan susunan tubuh orang lelaki.11 Menurut Kamus Dewan pula, wanita ialah ‘orang perempuan’, iaitu lawan kepada ‘orang lelaki’.12 Kamilia Ibrahim di

dalam seminar ‘Wanita Malaysia Menjelang Abad ke-21’ telah mentakrifkan wanita sebagai seorang individu yang mempunyai hak menentukan corak, jenis dan arah pemerintahan negara, rakan kongsi dalam perniagaan, rakan sejawat dalam sistem pentadbiran negara, rakan suami dalam rumahtangga, mereka juga (kaum wanita) berfungsi sebagai pekerja dan seterusnya berperanan efektif di dalam pembentukan masyarakat di sekeliling.13 Pembabitan mereka pada ketika ini telah menunjukkan kepada dunia bahawa wanita adalah salah satu

7 Ibn. Madjah, al-Hafiz ‘Abdullah Muhammad Ibn. Yazid al-Kazwini (t.t), Sunan Ibn Madjah, Kitab

al-Muqaddimah, Bab Talab al-‘Ilm Wa al-‘Amal Bihi: al-‘Ilm, no. hadith 220.

8Abi ‘Isa Muhammad bin ‘Isa bin Surat al-Turmidhi i (1958), al-Jami’ al-Sahih Sunan al-Turmidhi, Bab al-Khuruj Fi Talab al-‘Im, no. hadith 78. Lihat juga Sahih al-Bukhari, Bab Fadhl Talab al-‘Ilm, no. hadith 2646. 9Wahibah Twahir, “Ketokohan Wanita Dalam Sejarah Pendidikan Islam Malaysia: Kajian Khusus di Negeri Kelantan”, (Disertasi, Fakulti Usuluddin, Akademi Islam, Universiti Malaya, 1995), 134-135.

10 Muhammad Rasyid al-Auwiyad (1994), Min Ajli Tahrir Al-Haqq Li Al-Mar’ah, Kuwait: Dar Hawa, Beirut:

Dar Ibn Hazm, h. 35.

11 K.H. Moenawwar Chalil (1977), Nilai Wanita. Indonesia: CV Ramadhani Solo, h. 11.

12Noresah Baharom et.al (ed.) (2007), Kamus Dewan Edisi Keempat, cet.2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Pustaka, h. 1800.

(4)

4

golongan yang berupaya memberi sumbangan besar terhadap perkembangan dan kemajuan sesebuah organisasi, keluarga dan seterusnya negara.14

Banyak hak-hak yang telah diberi oleh Islam untuk para wanitanya. Antaranya ialah hak-hak yang bersifat umum seperti kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat, hak menerima pusaka, hak memilih pasangan dan hak-hak yang bersifat sosial seperti kewajipan belajar dan menuntut ilmu, kebebasan bekerja, hak melibatkan diri dalam politik dan sebagainya. Sebagai contoh, dalam soal perwarisan, seorang wanita berhak mendapatkan manfaat dari harta yang diwarisi sepertimana yang ditetapkan dalam Islam.

Hal ini membuktikan bahawa ajaran Islam tidak sekali-kali melupakan hak wanita untuk memperoleh harta. Umum mengetahui bahawa anak perempuan berhak mendapat 1/3 dari harta peninggalan bapanya. Terjemahan ayat yang ketujuh dari surah al-Nisa menjadi bukti yang sempurna di mana ayat tersebut telah menyatakan;

Maksud: Bagi orang laki-laki ada hak bagian dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, dan bagi orang wanita ada hak bagian (pula) dari harta peninggalan ibu-bapa dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bahagian yang telah ditetapkan.

Terjemahan Surah al-Nisa (4):7

Dalam soal perkahwinan pula, Islam memberikan kebebasan untuk wanita membuat pilihan menentukan bakal suami. Malah, ajaran Islam turut memberi beberapa kriteria yang diperlukan untuk memilih calon bakal suami. Para wanita juga berhak menerima mahar sebagaimana firman Allah dalam kalamnya. Mahar ini merupakan pemberian wajib seorang suami kepada isterinya.

Maksud: Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib.

Terjemahan Surah al-Nisa (4):4

Wanita Dan Pendidikan Tinggi Islam

Fenomena masa kini memperlihatkan ramai wanita yang mula mendominasi pendidikan di peringkat rendah mahupun tinggi. Pengkajian mengenai wanita juga telah banyak ditulis di peringkat antarabangsa yang meliputi seperti isu-isu keganasan, penganiayaan dan diskriminasi terhadap kaum wanita.15 Kefahaman masyarakat akan

14 Hamizah Badiran (2012): “Sumbangan Wanita Makin Dihargai”. Harian Metro, 6 Mac 2012.

15Untuk maklumat lanjut, sila lihat; Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin (2012), “In The Name Of Islam: The Real Image Of Women In Islam”, in (Symposium Intercivilisational Dialogue Towards Peace, Harmonius Coexistence And Sustainability, Main Lecture Hall, Academy Of Islamic Studies, University Of Malaya), 23-24 October 2012,. Lihat juga; Mohd Roslan Mohd Nor (2011), “Salahfaham Tentang Kedudukan Wanita Muslim”,

dalam buku Mohd Roslan Mohd Nor & Nor ‘Azzah Kamri (penyelenggara), Wanita Islam: Isu-Isu Dan

(5)

5

kedudukan wanita dalam Islam dan penglibatan mereka dalam institusi masyarakat telah membawa kepada pengkajian tersebut.16

Menuntut ilmu merupakan tuntutan kepada semua umat manusia tidak kira kepada kaum lelaki mahupun wanita. Islam tidak melarang penganutnya menuntut ilmu asalkan ia tidak menyeleweng daripada ajaran sebenar dan tidak menjauhkan diri mereka dari Allah swt. Islam turut memandang tinggi kepada ilmu pengetahuan kerana dengannya sesebuah bangsa dan umat akan maju.17 Ketinggian ilmu pengetahuan merupakan tali ukur dalam membezakan seorang individu dengan individu yang lain. Firman Allah swt;

Maksud: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui.

Terjemahan Surah al-Zumar (39):9

Pendidikan kepada wanita bertujuan untuk meningkatkan pemikiran, kerohanian dan keperibadian mereka sebagai seorang insan yang mulia.18 Pendidikan dan ilmu merupakan

keperluan setiap individu tanpa mengira kepada perbezaan jantina, umur, darjat dan sebagainya. Mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai aspek ilmu pengetahuan bagi mencapai tujuan dalam pendidikan, tidak kira dari sudut keduniaan mahupun keagamaan. Justeru itu, kaum wanita berhak mendapat apa yang mereka inginkan seperti melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Islam telah menggariskan prinsip-prinsip dalam pendidikan bagi membolehkan kaum wanita berperanan terhadap pembangunan diri, keluarga dan masyarakat yang sempurna. Masyarakat kita pada masa kini memerlukan kepada para doktor, guru-guru, ahli akademik dan penulis-penulis dalam kalangan wanita. Ilmu yang diperolehi menjadi titik tolak dalam mencurahan idea serta kepakaran mereka dalam bidang profesional. Sebagai contoh, adalah menjadi suatu kepentingan keperluan adanya doktor, guru, jururawat, hakim dan polis wanita dalam memastikan kehidupan masyarakat yang harmoni. Adalah sukar bagi seorang wanita yang terpaksa mengadu masalah peribadi mereka kepada doktor atau hakim lelaki. Oleh itu, adalah perlu kepada seorang wanita untuk mendapatkan pendidikan dalam bidang pengajian tinggi supaya dapat melahirkan hakim atau peguam wanita yang mengkhususkan dalam pengadilan masalah rumahtangga.19

Pada ketika ini, keperluan mendapatkan pendidikan baik kepada lelaki mahupun wanita adalah lebih terbuka berbanding dengan masa lalu. Hal ini kerana kaum wanita pada masa yang lalu lebih digalakkan menerima pendidikan secara tidak formal iaitu pendidikan

16 Raihanah Abdullah (2007), “Pengajian Gender dan Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Pengalaman Universiti Malaya”, dalam buku Mohd Fauzi Hamat, Joni Tamkin Borhan et.al, Pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, h. 239.

17 Abdul Halim Mat Diah (1989), Islam dan Demokrasi Pendidikan, Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam

Malaysia, h. 27; lihat juga; Zeenath Kausar (2006), Muslim Women at The Crossroads: The Rights of Women in

Islam and General Muslim Practices, Selangor: Thinker’s Library Sdn. Bhd.p. 61.

18 Muhammad Rasyid al-Auwiyad (1994), Min Ajli Tahrir Al-Haqq Li Al-Mar’ah, Kuwait: Dar Hawa, Beirut:

Dar Ibn Hazm, h. 35.

19 Perlakuan Negara Khilafah Terhadap Wanita, http://www.mykhilafah.com/fokus-muslimah/1267, 30 Mac

(6)

6

yang bercorak keagamaan berbanding dengan pendidikan secara formal yang meliputi kemahiran membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dalam erti kata yang lain, penglibatan kaum wanita dalam pendidikan secara formal adalah terhad, dengan melihat kepada jumlah kemasukan murid perempuan yang jauh lebih rendah berbanding dengan murid lelaki.20

Di Tanah Melayu ketika itu, amat sukar untuk menemui sekolah yang khusus untuk anak perempuan Melayu. Selain daripada itu, terdapat kesukaran untuk mencari guru dalam kalangan perempuan Melayu. Wanita Melayu ketika itu adalah buta huruf kerana kebanyakan mereka telah berkahwin di usia muda dan belum sempat menamatkan pelajaran.21 Selain itu,

bilangan murid perempuan yang menerima pendidikan adalah lebih rendah berbanding dengan murid lelaki.22 Menurut Tan Sri Dr. Salma Ismail;

“Kaum wanita pada zaman dahulu tidak seperti sekarang. Mereka hidup terkongkong dan tidak dapat bergaul dengan bebas. Pembelajaran untuk kebanyakan anak perempuan pada waktu itu hanya menjadi faktor sampingan. Mereka diajar serba sedikit cara menulis dan membaca, kemudian cukup umur, mereka akan

dikahwinkan”.23

Selain dari menulis dan membaca, pelajar perempuan juga diajar cara-cara menenun, menjahit, memasak dan sebagainya. Tugas mereka adalah mengurus suami dan anak.24 Faktor tradisi yang dipegang meletakkan kaum wanita hanya berperanan dalam aspek rumahtangga dan keluarga sahaja. Selain itu, sebagai persediaan memasuki alam rumah tangga mereka diajar oleh ahli keluarga kemahiran-kemahiran biasa yang dilakukan seorang perempuan.25 Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa tahap pendidikan wanita sebelum merdeka adalah jauh lebih rendah berbanding lelaki.

Mereka tidak berpeluang menceburi bidang profesional seperti peguam, akauntan, doktor, arkitek dan sebagainya dengan alasan bidang tersebut hanya bersesuaian dan layak dengan kaum lelaki. Masyarakat Melayu ketika itu memberi penekanan besar terhadap ilmu agama berbanding dengan ilmu lain. Oleh itu, terdapat beberapa wanita yang mendapat pendidikan iaitu sekadar boleh membaca al-Quran dan mengetahui asas ilmu agama. Sistem pendidikan awal di Tanah Melayu berdasarkan kitab suci al-Quran.26 Surau dan masjid berperanan sebagai tempat belajar dan kanak-kanak akan membawa al-Quran ke sana. Menurut Wilkinson; Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera Sains Sosial), Kuala Lumpur: Universiti Malaya, h. 9-1.

22 Robiah Sidin (2008), op.cit., h. 78-79.

23 Sulasiah Munajir (2009), 20 Tokoh Wanita, Selangor: Medium Publications, h. 70.

24 Che Kartina Che Muhammad (2003), op.cit., h. 63.

25 Virginia H. Dancz (1987), Women and Party Politics in Peninsular Malaysia, Singapore: Oxford University

Press, p. 7.

26 Mok Soon Sang & Lee Shok Mee (1988), Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.

(7)

7

“Murid-murid di pondok akan belajar perkataan-perkataan Arab dan selepas berjaya menguasainya, mereka akan mempelajari cara menghafaz huruf abjad Arab sebagai panduan untuk membaca doa dan teks Arab. Biasanya, mereka akan belajar tiga perkataan sehari dimana setiap pelajaran mengambil masa selama satu jam. Pelajaran pertama akan dimulakan selepas sembahyang subuh; kedua, selepas sembahyang zohor dan seterusnya selepas senja. Pada masa-masa yang lain, murid akan menolong gurunya menguruskan hal-hal rumah dan bekerja di kebun atau sawah. Melalui kerja-kerja tersebut, murid-murid secara tidak langsung akan belajar kemahiran-kemahiran yang dikehendaki supaya dapat menjalani kerja dalam kehidupan harian mereka. Sungguhpun para guru tidak menerima sebarang gaji daripada pengajarannya, para ibu bapa biasanya membekalkan tikar dan bantal, periuk dan beras untuk gurunya sebagai upah.”27

Sebelum kedatangan orang-orang luar ke sini, Alam Melayu telah ada sistem pendidikan tradisionalnya yang memberi fokus terhadap penghafalan Quran, pelajaran bahasa Arab, pembacaan doa, kefahaman karya-karya agung Islam dalam bahasa Arab. Walau bagaimapun, pelajaran-pelajaran ini tidak memberi kesan kerana murid-murid hanya diajar tanpa memahami apa yang dipelajari.

Kadang-kala kita akan terdengar bahawa wanita tidak diberikan peluang menyambung pengajian mereka ke peringkat tinggi. Situasi ini timbul disebabkan pegangan sesetengah masyarakat bahawa setinggi manapun pelajaran seorang anak perempuan, mereka akan ke dapur juga akhirnya.28 Hal ini mungkin terjadi disebabkan oleh pemikiran sesetengah pihak yang masih terikut dengan amalan masyarakat jahiliah dulu.29 Wanita dianggap hamba yang tidak berhak menyuarakan pendapat. Masyarakat mungkin berfikiran bahawa sekiranya kaum wanita menerima pelajaran, mereka akan melupakan tanggungjawab utama yang perlu dipikul.

Wanita Malaysia masa kini jauh berbeza berbanding 50 tahun lampau. Pendidikan antara kaum lelaki dan wanita tidak lagi dibeza-beza. Peluang bersekolah hendaklah disediakan kepada semua kanak-kanak yang telah dilahirkan. Wanita pada masa kini mempunyai pendidikan yang baik, bahkan pencapaian mereka adalah lebih baik berbanding dengan kaum lelaki.30 Menurut Raja Zaharaton Raja Zainal Abidin, hampir 48.8% wanita telah meneruskan pengajian mereka ke peringkat Sarjana serta hanya 35.7% wanita ke peringkat kedoktoran.31

27 Mok Soon Sang & Lee Shok Mee (1988), Ibid. Lihat juga; R.J Wilkinson (1957), “A Malay Custom and Belief”, Journal of The Malayan Branch Royal Asiatic Society, vol. 30, part 4, 1957.

28Kosmo, 12 February 2012, “Angkat Martabat Wanita”.

29 Kedudukan wanita sebelum kedatangan Islam adalah berada di tahap yang rendah dan memalukan. Mereka

diperlakukan dengan sesuka hati. Begitu juga dengan pandangan agama-agama yang lain. Sila lihat; Abdul

Rahman al-Sheha (2000), Women in the Shade of Islam, Riyadh: Islamic Educational Center, p. 17-27; Baterah

Alias & Che Zarrina Sa’ari (2006), Islam dan Emansipasi Wanita, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,

h. 8-23.

30 Kamarul Azmi Jasmi & Siti Fauziyani Md. Sidek (2007), Pendidikan dan Pembangunan Keluarga

Cemerlang, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, h. 101-102, lihat juga; Zeenath Kausar (2006), op.cit., p. 117.

(8)

8

Menurut Dr. Ali Abdul Wahid Wafi dalam buku yang berjudul Musawat fi al-Islam;

“Islam telah memberikan peluang yang cukup kepada kaum wanitanya untuk mendapat pendidikan tinggi. Sekiranya peluang ini benar-benar dimanfaat, mereka tentu dapat menyaingi kaum lelaki.32

Selain itu, menurut sumber yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), jumlah penawaran tempat kepada pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki bagi semua kategori kaum bagi kedua-dua peringkat program pengajian.33 Sebanyak 67% atau

41,046 daripada keseluruhan 61,228 permohonan diterima adalah daripada pelajar wanita dengan jumlahnya melebihi sekali ganda berbanding hanya 33% atau 20,182 calon lelaki.

Menurut Abdul Halim Mat Diah dalam bukunya berjudul Islam dan Demokrasi Pendidikan;

“……persamaan hak untuk mendapatkan pendidikan tanpa adanya pembezaan. Hak-hak ini telah terjamin dalam ajaran Islam dan benar-benar telah dilaksanakan dalam

sejarah pendidikan Islam”.34

‘Persamaan hak’ di atas merujuk kepada hak-hak kaum lelaki mahupun wanita untuk

mendapatkan pendidikan. ‘Pendidikan tanpa adanya pembezaan’ merujuk kepada pendidikan yang sama rata tanpa ada sebarang diskriminasi. Sejajar dengan ajaran Islam, peluang pendidikan yang sama hendaklah diberikan kepada semua umat manusia. Selain itu, Kementerian Pengajian Tinggi telah menggunakan definisi pendemokrasian pendidikan yang telah disarankan oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Ianya menyebut;

“...memastikan peluang pendidikan yang sama bagi menjayakan pendidikan

universal”35

Selepas merdeka, sikap meminggirkan wanita dalam mendapatkan pendidikan telah mula terhakis. Mereka diberi peluang mendapatkan pendidikan di sekolah-sekolah rendah dan menengah sehingga melanjutkan pengajian ke peringkat universiti. Ramai antara wanita mula menceburi bidang-bidang yang dulunya dimonopoli oleh golongan lelaki seperti bidang kejuruteraan, undang-undang, bidang hartanah dan sebagainya. Selain itu, perubahan sikap di kalangan ibu bapa yang mula membenarkan anak perempuan mereka menimba ilmu. Ia ditambah dengan kesedaran wanita itu sendiri yang mahu menuntut ilmu sama seperti lelaki.36

32 Ali Abdul Wahid Wafi (1965), al-Musawat fi al-Islam, Kaherah: Dar al-Ma’arif, h. 46-49.

33 Kemasukan ke IPTA pelajar lelaki dan wanita,

http://beritasemasa.com/kemasukan-ke-ipta-pelajar-lelaki-vs-wanita 21 November 2011.

34 Abdul Halim Mat Diah (1989), op.cit., h. 1.

35 Report by the Committee to Study, Review and Make Recommendations Concerning the Development and

Direction of Higher Education in Malaysia; lihat juga, Norizan Md Noor et.al (2007), “Hala Tuju dan Masa

Depan Pendidikan Tinggi di Malaysia”, dalam buku Zailan Moris (ed.), 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007), Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, h. 162.

(9)

9

Tenaga manusia yang diperlukan untuk kemajuan negara adalah terdiri daripada golongan lelaki dan wanita.37 Wanita diberi kedudukan yang hampir sama dengan lelaki dalam semua bidang kehidupan baik dalam politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Penerimaan terhadap pendidikan dalam kalangan anak perempuan berjaya melahirkan tokoh-tokoh wanita lain seperti Puan Hajah Tom binti Dato’ Abdul Razak. Beliau menjadi wanita

pertama dari Selangor yang berjaya mendapat ‘Junior Cambridge’ pada tahun 1926.38 Datin

Cempaka Hajah Kontik Kamariah binti Ahmad adalah wanita Melayu pertama Semenanjung

Malaysia yang lulus ‘School Certificate’.39 Prof. Dr. Fatimah Hamid Don pula merupakan

antara wanita yang mendapat pendidikan sehingga ke peringkat Ph.D.40 Beberapa tokoh

wanita yang lain ialah Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam, Nik Safiah Karim dan banyak lagi. Ini merupakan salah satu bukti yang menunjukkan kemampuan wanita yang menyerlah.

Kesan Pencapaian Wanita Di Malaysia

Kaum wanita telah dikurniakan dengan kebijaksanaan melalui sumbangan mereka dalam kecemerlangan ilmu. Keenganan anggota masyarakat bagi memberi peluang kepada kaum wanita akan menyebabkan sesebuah negara berada dalam keadaan mundur dan terkebelakang. Kaum ibu yang tidak berpelajaran akan gagal mendidik anak-anak mereka menjadi insan berguna. Oleh itu, sesebuah masyarakat hendaklah memberikan peluang dengan cara mendedahkan kepada mereka dengan ilmu pengetahuan. Kaum ibu memainkan peranan utama membentuk anak-anak untuk menjadi insan yang sempurna.41

Dari sudut pekerjaan, kaum wanita diberikan kebebasan bekerja dengan syarat pekerjaan yang telah dilakukan tidak bertentangan dengan hukum syarat yang telah ditetapkan. Wanita bekerja berkemampuan membantu meringankan beban suami. Beberapa alasan telah diberikan bagi menyokong pembabitan wanita dalam dunia pekerjaan.42 Pertama, wanita bekerja untuk membantu keluarga mereka menambahkan pendapatan. Kedua, wanita yang mempunyai kelulusan akademik seharusnya menyalurkan ilmu mereka untuk manfaat bersama. Ketiga, wanita berpotensi meningkatkan pengeluaran serta menambahkan sumber pendapatan. Keempat, wanita merupakan sumber tenaga manusia yang diperlukan dalam beberapa sektor utama negara.

37 Robiah Sidin (1998), op.cit., h. 232.

38 Beliau menyandang beberapa jawatan dalam perkhidmatan perguruan termasuk jawatan guru pelawat di

Sekolah-Sekolah Perempuan Melayu dan Penolong Penyelia Wanita bagi Sekolah-Sekolah Vernakular. Lihat:

Andek Masnah Andek Kelawa (1999), Kepimpinan Wanita dalam Islam: Kedudukannya dalam Syariah, Bangi:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, h. 149.

39 Beliau mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan dengan memegang beberapa jawatan antaranya

guru pelatih Inggeris di sebuah sekolah di Kuala Lumpur dan Penyelia bagi Sekolah-Sekolah Melayu Negeri

Selangor antara 1932-1945. Lihat: Andek Masnah Andek Kelawa (1999), op.cit., h. 149.

40 Pernah menyandang jawatan sebagai Pegawai Pelajaran di Kementerian Pendidikan. Lihat: Andek Masnah

Andek Kelawa (1999), op.cit., h. 150.

41 Malladi Subbamma (1988), Islam and Women, (terj.) M.V. Ramamurty, New Delhi: Sterling Publishers

Private Limited, h. 115.

(10)

10

Ekonomi adalah ilmu bukan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan.43 Dari sudut ekonomi, telah ada wanita pada zaman dahulu yang menyumbang tenaga kepada kegiatan ekonomi. Sebagai contoh, anak perempuan Nabi Shuib telah bekerja sebagai pengembala kambing. Firman Allah swt;

Maksud: Dan tatkala ia sampai di sumber air negeri Madyan, ia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang menimunkan ternakannya dan ia menjumpai di belakang orang ramai itu, dua orang wanita (anak perempuan Nabi Shuib) yang

sedang menghambat ternakannya. Maka berkata, “Apakah maksudmu dengan berbuat begitu?” Kedua wanita itu menjawab: kami tadak dapat meminumkan ternakan kami sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan ternakannya.

Terjemahan Surah al-Qasas (28):23

Di Malaysia kini, telah wanita-wanita yang bekerja dalam pelbagai bidang. Kesan utama yang dapat kita lihat ialah secara tidak langsung akan membantu dalam meningkatkan ekonomi dan meringankan beban tanggungan ketua keluarga. Selain itu, Institut Pengupayaan Wanita Negara telah melatih lebih 300 orang wanita untuk memegang jawatan dalam lembaga korporat.44 Hal ini bertepatan dengan kata-kata Perdana Menteri Malaysia yang menegaskana bahawa “kejayaan dan kewibawaan sesebuah negara patut dinilai berdasarkan status yang diberikan terhadap wanitanya.45 Nama-nama seperti Datin Paduka Rafidah Aziz, Datin Paduka Zaleha Ismail, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman, dan Datuk Azalina Othman merupakan antara beberapa orang wanita yang telah diberi peluang untuk memegang beberapa portfolio dalam Kabinet.

Wanita kini terlibat dalam perusahaan yang sebelum ini dikuasai oleh lelaki. Wanita bekerja bagi memenuhi kehendak mereka dan untuk membina kerjaya serta mencapai kepuasan kerjaya. Menurut Berita Harian bertarikh 8 Mei 2014, kadar penyertaan tenaga kerja wanita di Malaysia adalah 52.4% pada tahun 2013.46 Hal ini menjelaskan bahawa pencapaian wanita kini berada di tahap yang lebih baik berbanding dengan masa lalu.

Penutup

Kaum wanita mewakili lebih separuh penduduk dunia dan sumbangan mereka kepada sistem sosial dan pertumbuhan ekonomi masyarakat juga melebihi separuh berbanding sumbangan kaum lelaki. Seiring dengan pembangunan negara, peranan dan kedudukan kaum wanita telah mengalami perubahan. Pendidikan yang diterima telah melahirkan ramai tokoh-tokoh wanita yang menempa nama di dalam dan luar negara. Proses pendidikan berjaya melahirkan tokoh wanita yang banyak memberi sumbangan dalam pelbagai bidang kepada perkembangan negara. Sumbangan yang diberikan ini membolehkan mereka menempa nama di peringkat tertinggi.

43 Noresah Baharom et.al, (2007), ed. Kamus Dewan Edisi Keempat, cet. 2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Pustaka, h. 379.

44 Wanita Harus Main Peranan Utama Jika Negara Mahu Bina Ekonomi Mampan,

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article, 4 September 2014. 45Ibid.

(11)

11

Dalam Islam, wanita tidak disisihkan untuk menerima pendidikan.47 Islam juga memberi perhatian terhadap hak-hak yang sewajarnya diperoleh oleh kaum wanitanya. Al-Quran berulang-ulang kali menyebutkan akan kepentingan pendidikan dan kesamarataan hak wanita untuk mendapat pendidikan. Oleh itu, sikap prejudis yang menganggap wanita akan melupakan tanggungjawabnya terhadap keluarga apabila berpelajaran haruslah dikikis. Pendidikan bukan sekadar memberi tumpuan kepada kaum lelaki, bahkan ia bersifat umum di mana kaum wanita juga tidak dihalang mencari ilmu. Di Malaysia, wujud pelbagai penulisan yang membincangkan mengenai pencapaian dan peranan wanita seperti yang dilakukan oleh Nik Safiah Karim dan Jamilah Arifin.48 Di Malaysia masa kini, pendidikan untuk anak-anak

perempuan adalah lebih terbuka. Fikiran para ibubapa tidak lagi terkongkong pada norma-norma masyarakat tradisional yang menghalang anak perempuan dari menerima pelajaran. Kejayaan demi kejayaan telah dibawa oleh kaum wanita Malaysia menunjukkan kewibawaan mereka dalam mengharungi dunia yang mencabar serta berganding bahu dengan kaum lelaki bagi memajukan masyarakat mereka.

Rujukan

Al-Quran.

Abdul Halim Mat Diah (1989), Islam dan Demokrasi Pendidikan, Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

Abdul Halim Muhammad Abu Syuqqah (2007), Tahrir al-Mar’ah fi Asr al-Risalah,

Zulkifilee Yazid (terj.), Kuala Lumpur: Pustaka al-Shafa.

Abdul Rahman al-Sheha (2000), Women in the Shade of Islam, Riyadh: Islamic Educational Center.

Abi ‘Isa Muhammad bin ‘Isa bin Surat al-Turmidhi i (1958), al-Jami’ al-Sahih Sunan al-Turmidhi, Bab al-Khuruj Fi Talab al-‘Im, no. hadith 78. Lihat juga Sahih al-Bukhari,

Bab Fadhl Talab al-‘Ilm, no. hadith 2646.

Aida Suraya Md. Yunus et.al (2008), “Trend dan Isu dalam Pendidikan Tinggi Negara”,

dalam buku Morshidi Sirat & Ibrahim Che Omar (ed.), Masa Depan Pendidikan Tinggi Di Malaysia, Pulau Pinang: Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN).

Alasan Mereka Yang Menyokong Wanita Bekerja, Fauzi Awang (terj.) Majalah Pengasuh, bil. 509.

Ali Abdul Wahid Wafi (1965), al-Musawat fi al-Islam, Kaherah: Dar al-Ma’arif.

47 Aishah Abu Bakar, Ummu Salamah dan Hafsah merupakan salah seorang tokoh wanita Islam yang terpelajar.

48 Untuk maklumat lanjut, sila lihat: Nik Safiah Karim (2003), Pencapaian Wanita Malaysia, Seminar

(12)

12

Andek Masnah Andek Kelawa (1999), Kepimpinan Wanita dalam Islam: Kedudukannya dalam Syariah, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Andek Masnah Andek Kelawa (2001), Kepimpinan Wanita Dalam Islam: Kedudukannya Dalam Syariah, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Arba’iyah Mohd Noor (2012), “Kesedaran Pendidikan Wanita Melayu Awal Abad ke-20”, dalam buku, Zalizan Mat Enh & Rohani Abdul Ghani (ed.), Wanita Dan Masyarakat. Johor: Penerbit Universiti Tun Hussein Onn.

Baterah Alias & Che Zarrina Sa’ari (2006), Islam dan Emansipasi Wanita, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Che Kartina Che Muhammad (2003), “Isu-Isu Emansipasi Wanita Melayu di Tanah Melayu”, (Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera Sains Sosial), Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Hamizah Badiran (2012): “Sumbangan Wanita Makin Dihargai”. Harian Metro, 6 Mac 2012.

Ibn. Madjah, al-Hafiz ‘Abdullah Muhammad Ibn. Yazid al-Kazwini (t.t), Sunan Ibn Madjah, Kitab al-Muqaddimah, Bab Talab al-‘Ilm Wa al-‘Amal Bihi: al-‘Ilm, no. hadith 220.

Jamilah Ariffin (2010), Himpunan Makalah Wanita Dan Pembangunan Di Malaysia: Satu Kesinambungan Menyusulu Perubahan Selama Empat Dekad, Petaling Jaya: MPH Publishing Sdn. Bhd.

K.H. Moenawwar Chalil (1977), Nilai Wanita. Indonesia: CV Ramadhani Solo.

Kamarul Azmi Jasmi & Siti Fauziyani Md. Sidek (2007), Pendidikan dan Pembangunan Keluarga Cemerlang, Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Kamilia Ibrahim (1992), “Wanita Islam Menjelang Abad 21” (Seminar, Wanita Malaysia

Menjelang Abad ke 21, di Auditorium Arkib Negara Jalan Duta), 15 Oktober 1992.

Kemasukan ke IPTA pelajar lelaki dan wanita, http://beritasemasa.com/kemasukan-ke-ipta-pelajar-lelaki-vs-wanita 21 November 2011.

Kosmo, 12 February 2012, “Angkat Martabat Wanita”.

Lenore Manderson (1981), Wanita, Politik Dan Perubahan Pergerakan Kaum Ibu UMNO Malaysia 1945-1972, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Malladi Subbamma (1988), Islam and Women, (terj.) M.V. Ramamurty, New Delhi: Sterling Publishers Private Limited.

Mohd Roslan Mohd Nor (2011), “Salahfaham Tentang Kedudukan Wanita Muslim”, dalam

buku Mohd Roslan Mohd Nor & Nor ‘Azzah Kamri (penyelenggara), Wanita Islam:

(13)

13

Mok Soon Sang & Lee Shok Mee (1988), Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Muhammad Rasyid al-Auwiyad (1994), Min Ajli Tahrir Al-Haqq Li Al-Mar’ah, Kuwait: Dar Hawa, Beirut: Dar Ibn Hazm.

Nik Safiah Haji Karim (1984), “Peningkatan Peranan Wanita dalam Pembangunan Keluarga”

(Kertas Kerja, Seminar Naib Pengerusi JKKR dan Pengurus Rancangan, anjuran FELDA), 20-21 Februari 1984.

Nik Safiah Karim (2003), Pencapaian Wanita Malaysia, Seminar Memahami Kedudukan Wanita Berjaya Dari Perspektif Islam, 5-6 Ogos 2003.

Nik Safiah Karim (2009), “Women’s Progress In Malaysia: Challenges And Achievements,

dalam buku Muslim Women In Contemporary Societies: Raelity And Opportunities, edited by Hassan Ahmed Ibrahim & Zaleha Kamaruddin, Kuala Lumpur: IIUM Press,

Noresah Baharom et.al, (2007), ed. Kamus Dewan Edisi Keempat, cet. 2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Norizan Md Noor et.al(2007), “Hala Tuju dan Masa Depan Pendidikan Tinggi di Malaysia”,

dalam buku Zailan Moris (ed.), 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007), Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Pengajian Tinggi Pelbagai Pilihan, http://didikmalaysia.com.my/bm/?page_id=540, 3 September 2014.

Perlakuan Negara Khilafah Terhadap Wanita, http://www.mykhilafah.com/fokus-muslimah/1267, 30 Mac 2012.

Persatuan Ulama Malaysia; Salah Faham Terhadap Isu Wanita,

http://ustazahnorsaleha.blogspot.com, 6 Jun 2013.

Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin (2012), “In The Name Of Islam: The Real Image Of

Women In Islam”, in (Symposium Intercivilisational Dialogue Towards Peace,

Harmonius Coexistence And Sustainability, Main Lecture Hall, Academy Of Islamic Studies, University Of Malaya), 23-24 October 2012.

R.J Wilkinson (1957), “A Malay Custom and Belief”, Journal of The Malayan Branch Royal Asiatic Society, vol. 30, part 4, 1957.

Raihanah Abdullah (2007), “Pengajian Gender dan Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Pengalaman Universiti Malaya”, dalam buku Mohd Fauzi Hamat, Joni Tamkin Borhan et.al, Pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

(14)

14

Report by the Committee to Study, Review and Make Recommendations Concerning the Development and Direction of Higher Education in Malaysia.

Robiah Sidin (2008), “Dasar dan Peluang Wanita dalam Pendidikan: Satu Analisis Kuantiti

dan Kualiti”, dalam buku Noraziah Ali & Jawiah Dakir, Isu-Isu Wanita di Malaysia.

Selangor: International Law Book Services.

Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar (2010), “Wanita Dalam Bidang Sosial”, dalam buku

Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar (peny.), Isu-Isu Dalam Pengajian Islam Siri 2. Johor: Penerbit Universiti Tun Hussein Onn.

Statistik, http://www.kpwkm.gov.my/258, 22 November 2011.

Sulasiah Munajir (2009), 20 Tokoh Wanita, Selangor: Medium Publications.

Tenaga Kerja Wanita Di Malaysia, http://www2.bharian.com.my/bharian/articles, 4 September 2014.

Virginia H. Dancz (1987), Women and Party Politics in Peninsular Malaysia, Singapore: Oxford University Press.

Wanita Harus Main Peranan Utama Jika Negara Mahu Bina Ekonomi Mampan,

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article, 4 September 2014.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian menunjukkan bahwa ekstrak daun sirsak dapat menurunkan jumlah sel-sel spermatogenik dalam tubulus seminiferus mencit jantan secara bermakna dibandingkan dengan

Tahun 2007 luas area penggunaan lahan untuk kawasan hutan pada Kecamatan Tungkuno mencapai 24877.9 ha dan tahun 2009 pada kecamatan yang sama luas area penggunaan

Dalam rangka menjamin pasien memperoleh pelayanan asuhan keperawatan berkualitas, maka perawat sebagai pemberi pelayanan harus bermutu, kompeten, etis

Secara umum kinerja Balai Besar Pengembangan Mekanisasi Pertanian selama tahun 2011 berdasarkan sasaran indikator kinerja adalah berhasil dengan tingkat capaian

b) Pencegahan HIV/AIDS, kegiatannya dengan melakukan pencegahan penularan ibu ke anak, memberikan layanan kesehatan kepada para remaja, pemeriksaan dan pengobatan

Ternak babi yang mengkonsumsi tepung bangun-bangun mempunyai konsumsi ransum yang lebih tinggi dibandingkan yang tidak mengkonsumsi, hal ini disebabkan oleh komponen zat

Objek bangunan hotel Resort pantai Menganti dengan Pendekatan Arsitektur Organik yang terinspirasi dari alam. Dengan adanya objek bangunan hotel kebutuhan akan

Dari analisis yang telah dilakukan sebelumnya menggunakan metode zero-one, direkomendasikan alternatif terbaik untuk pasangan dinding menggunakan bata ringan dengan