• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hukum Kanun Melaka

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Hukum Kanun Melaka"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

KESALAHAN-KESALAHAN JENAYAH DALAM HUKUM KANUN MELAKA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM: KESALAHAN-KESALAHAN

BERKAITAN HUDUD

MOHD FAUZI BIN MD ISA

DISERTASI YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARI S YARAT MEMPEROLEH UAZAH

SARJANA PENGAJ1AN ISLAM

FAKULTIPENGAJIAN ISLAM UNTVERSm KEBANGSAAN MALAYSIA

(2)

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbemya.

13Februari2004 M©HD F>ctfZI BIN MD ISA

(3)

Ill

PENGHARGAAN

Sctinggi-ringgi pujian dan kesyukuran ke hadrat Allah cazza wa jalla kerana dengan limpah kumiaNya disertasi ini berjaya disempurnakan. Selawat dan Salam ke

atas RasuINya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Setmggi-tmggi penghargaan dan lenma kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Puan Zuliza Binti Mohd Kusrin yang banyak memberi bimbingan dan

tunjuk ajar sepanjang penyediaan disertasi ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pensyarab Fakulti Pengajian Islam khususnya pensyarah-pensyarah dari

Jabatan. Syariah yang mencurah Omu tanpa jemu. Juga kepada seraua kakitangan

fakulti dan jahat^n Begini juga kepada takait-rakan. sepengajian. dan. rakan-takan di

UiTM.

Disertasi ini diabadikan boat ayahanda dan bonda tercinta, isteri dan anak-anak yang dikasihi. Semoga restu dan sokongan kalian mendapat ganjaran sewajamya dari RabbulJahl

Akhimya terima kasih kepada UiTM yang telah membiayai pengajian dan semua pihak yang tertibat sehingga disertasi ini disempurnakarL Semoga dikurniakan rahmatdan taufiqhidayahllahi. Amin.

(4)

IV

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan membincangkan mcngcnai kesalahan-kesalahan jenayah

di dalam Hukum Kanim Melaka (HKM) dengan mengkhususkan kq>ada kesalahan-kesalahan berkaitan hudud. Fokus kajian adalah metnperjetaskan aspek-aspek adat dalam kesalahan-kesalahan berkaitan hudud HKM tersebut dan membandingkannya dengan undang-undang jenayah Islam serta melihat

sejauhmana pengaruh Islam di dalamnya, Metodologi kajian ini menggunakan

metodologi kajian kepustakaan dan penganalisaan data. Kajian ini mendapan' HKM mengekalkan undang-undang adat bagi sebahagian besar kesalahan-kesalahan jenayah berkaitan hudud HKM juga dsHhat memasukkan undang-undang Islam bagi sesetengah kesalahan beiicaitan hudud sebagai pitihan kepada hukutnan adaL Bagi sesetengah kesalahan. berkaitan. fyi<iii(f yang lain

pula HKM terus mengambil undang-undang syariah Islam dengan tidak menyertakan undang-undang adat Langkah-langkah ini cHlihal sebagai

langkah awal ke arah mempeikenalkan undang-undang Islam di Melaka dan Alam Melayu keseluruhannya Perlaksanaan HKM ini menjadi bukti bahawa undang-undang Islam pemah dipraktikkan di negara ini sebehim kehadiran penjajah Barat dan peiiaksanaan undang-undang mereka.

(5)

CRIMINAL OFFENCES IN HUKUM KANUN MELAKA ACCORDING TO ISLAMIC PERSPECTIVE:

OFFENCES RELATED TO HUDUD ABSTRACT

The aim of this study is to examine the implementation of Hukum Kanun Melaka (HKM) in offences related to hudud. The focus of this Study is to make clear of the Malay customary law and compares it with Islamic criminal law. This study also determines the influences of Islamic law in offences related to hudud of HKM. Library research and data analysis were used in the methodology of this study. Analysis shows that HKM maintained the use of its customary law in most offences related to hudud. However, the Islamic law was also used in certain offences as an alternative. In other offences HKM strictly used Islamic Syariah Law without referring to customary law. These appeared to be the initial stage in the introduction of Islamic law in Malacca and the Malays as a whole. Finally this is an evidence mat the Islamic law had been implemented in our country before the arrival of the colonist and the implementation of their law.

(6)

VI KANDUNGAN Ha I a man PENGAKUAN ii PENGHARGAAN iii ABSTRAK iv ABSTRACT v KANDUNGAN vi SENARAI SINGKATAN ix JADUAL TRANSLITERASI x PENDAHULUAN xii

BAB I SEJARAH HUKUM KANUN MELAKA

1.1 Pengenalan 1

1.2 Sejarah Penubuhan Melaka 2

1.2.1 Kedatangan Islam ke Melaka 3

1.2.2 Sejarah Hukum Kanun Melaka 4

1.3 Fasal-fasal yang terdapat di dalam Hukum Kanun Melaka 7

1.3.1 Manuskrip-manuskrip HKM 7 1.3.2 Fasal-fasal di dalam HKM 11

1.3.2.1 Undang-undang Perlembagaan 11 1.3.2.2 Undang-undang Jenayah 12 1.3.2.3 Undang-undang Berkaitan Harta 16

1.3.2.4 Undang-undang Kontrak 19

1.3.2.5 Undang-undang Keluarga 20 1.3.2.6 Prosedur Kehakiman 21

(7)

VII

BAB II PENILAIAN ISLAM MENGENAI KESALAHAN-KESALAHAN JENAYAH DALAM HUKUM KANUN MELAKA: JENAYAH BERKAITAN HUDUD

2.1 Pengenalan 23 2.2 Jenayah Hudud Mennrut Perspektif Islam 23 2.2.1 Pembahagian Jenayah Hudud Menurut Perspektif Islam 24 2.3 Kesalahan-Kesalahan Jenayah Di Dalam HKM 25 2.4 Jenayah Berkaitan Hudud di dalam HKM 25 2.4.1 Jenayah Mencuri Menurut Perspektif Islam 26 2.4.2 Penilaian Islam Mengenai Jenayah Mencuri Di Dalam HKM 27 2.4.3 Jenayah Zina Menurut Perspektif Islam 36 2.4.3.1 Pengertian Zina 37 2.4.3.2 Pembalasan Had Zina 38 2.4.4 Penilaian Islam Mengenai Jenayah Zina Di Dalam HKM 40 2.4.5 Jenayah Qazaf (Menuduh Zina) Menurut Perspektif Islam 52 2.4.5.1 Pengertian Qazaf 52 2.4.5.2 Pembahagian dan Rukun Qazaf 53 2.4.5.3 Pembalasan Qazaf 53 2.4.6 Penilaian Islam Mengenai Jenayah Qazaf (Menuduh Zina)

Di Dalam HKM 54 2.4.7 Jenayah MinumArak Menurut Perspektif Islam 56 2.4.8 Penilaian Islam Mengenai Jenayah Minum Arak Dalam HKM 59 2.4.9 Jenayah Murtad Menurut Perspektif Islam 60 2.4.9.1 Konsep Murtad Menurut Islam 60 2.4.9.2 Pembalasan Bagi Jenayah Murtad 62 2.4.9.2.1 HukumanBunuh 62 2.4.9.2.2 Taubat 62 2.4.10 Penilaian Islam Mengenai Jenayah Murtad Di Dalam HKM 63 2.4.11 Jenayah Merompak Menurut Perspektif Islam 65 2.4.12 Penilaian Islam Mengenai Jenayah Merompak Di Dalam

HKM 67 2.4.13 Jenayah Menderhaka (Bughah) Menurut Perspektif Islam 68 2.4.14 Penilaian Islam Mengenai Jenayah Menderhaka Dalam

(8)

Vlll

BAB III KESIMPULAN

5.1 Rumusan 74 5.2 Saranan Dan Cadangan 82

(9)

IX SENARAI SINGKATAN

ABIM

Bhgn.

Get

Ed.

H

HKM

Him.

Jil.

JMBRAS

Juz.

Ltd.

M

No.

Pt

(pnyt.)

S.A.W.

Sunt.

S.W.T.

(terj.)

tth.

ttpt.

ttp.

UiTM

Vol.

Angkatan Bella Islam Malaysia

Bahagian.

Cetakan

Edisi

hijrah

Hukum Kanun Melaka.

halaman.

Jilid

Journal of the Malayan/ Malaysian Branch of

the Royal Asiatic Society.

juzuk.

Limited

masihi.

Nombor

Part

penyunting

Sallallahu

c

alaihi wasallam

Suntingan

Subhanahu wa Ta

c

ala

terjemahan

tanpatarikh

tanpa penerbit

tanpa tempat

Universiti Teknologi Mara

Volume.

(10)

JADUAL TRANSLITERASI

HurufArab Huruf Latin Contoh Asal Contoh Transliterasi

ft

v

o o,

C

C

C

J

i

J

j

^

J"

^

^

J*

i

t

t

UJ

J

4

J

r

o

A J < < t

b

t

th

J

h

kh

d

dh

r z

s

sh s

d

t

z

c gh f

q

k

1

m

n h

w

y

J\— sa'ala

Joj badala

j£ tamr

»j^ thawrah

JL?- jamal

C-JJL»- hadith

-Ol>- khalid

oljjj diwan

^-AX* madhab

t>^j OL*^j rahman

^>»3 zamzam

<-»*j-. sarab

)

_

r

j^ shams

J>-P sabr

j>— i» damir

y»U» tahir

_^t zuhr

JLJ> *abd

v-p ghayb

*i» fiqh

,e*>\i qadi

yiT ka's

j\i laban

jUj^ mizmar

fj* nawm

-k-> habata

J^j wasl

jU-j yasar

(11)

Vokal Pendek

VOKAL

Xi

Huruf Arab

Huruf Latin

Contoh Asa!

Transliterasi

fa*ala

hasiba

kutiba

Huruf Arab

k.*

Huruf Arab

J

Huruf Latin

a I u

Huruf Latin

aw ay

iyy

uww

Contoh Asal

JO cc— J

Contoh Asal

Transliterasi

katib, qada

kanm

huruf

Transliterasi

qawl

sayf

raj iyy atau raff

aduww atau adu

(12)

XII

PENDAHULUAN

PENGENALAN

Islam telah mulai hadir di Alam Melayu melalui pedagang-pedagang Arab seawal abad ke 7M. Pada abad ke 13M Islam telah memperolehi kekuatan politik dengan tertubuhnya kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Perlak, Samudera Pasai, dan Acheh . Pada abad ke 15M Islam telah sampai dan bertapak di bumi Melaka. Untuk merealisasikan kerajaan dan pemerintahan Islam suatu bentuk undang-undang telah digubal oleh Hang Sidi Ahmad pada 1409M. Undang-undang ini ialah Hukum Kanun Melaka (HKM) atau nama asalnya Risalah Hukum Kanun.

Dalam membicarakan pengaruh dan sumbangan Islam di Alam Melayu ini terdapat pelbagai pandangan mengenainya. Pandangan pertama yang didokong oleh sarjana-sarjana Barat seperti CJ.Van Lew menyatakan bahawa Islam sama seperti agama-agama Hindu dan Buddha sebelumnya hanya mempengaruhi lapisan tipis masyarakat Alam Melayu seperti dalam kata-katanya, "Both these world religious

were only a thin, easily flaking glaze on the massive body of the indigenous

civilization". Pandangan Kedua yang didokong oleh kebanyakan sarjana-sarjana Melayu seperti Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Altas menyatakan bahawa Islam telah mempenganihi seluruh jiwa dan raga masyarakat Melayu seperti kata-katanya:

"Transforming both the soul and body of the Malay-Indonesia society. " Pandangan

ketiga mengambil jalan sederhana di antara dua pandangan yang bertentangan di atas. Pandangan ini yang didokong oleh Prof. Dr. Hamka, Dr. M. Natsir, Siddiq Fadhil dan lain-lain sarjana melihat pengaruh dan dakwah Islam menekankan sikap darnai dan menyesuaikan diri sehingga menimbulkan sinkretisme atau ltalbis\ Oleh itu kita

masih mendapati amalan-amalan tradisi di amalkan disamping penghayatan terhadap Islam. Dalam kajian ini penulis akan melihat unsur-unsur adat yang didakwa bercampur (talhis) di dalam Hukum Kanun Melaka seperti dakwaan pengkaji-pengkaji Barat seperti W.R. Roff dan Alfred P.Rubin, Mereka mengatakan bahawa

(13)

XIII

pada dasarnya undang-undang Melaka adalah berasaskan undang-undang Islam di

samping berpegang kepada hukum akal dan hokum adat. Skop kajian hanya pada undang-undang jenayah yang terkandung di dalam Hukum Kanun Melaka Seterusnya penulis akan cuba membuat penilaian dari segi hukum Islam dengan

mengambil pandangan-pandangan ulama' terkemuka Islam.

SOROTAN KESUSASTERAAN

Beberapa kajian berkaitan Hukum Kanun Melaka telah dijalankan sebelum ini. Antaranya ialah kajian yang dflakukan oleh Muhammad Yusuf Hashim (1989). Beliau telah membuat kajian bertajuk, "Kesultanan Melayu Melaka" dengan menumpukan kajian terhadap beberapa aspek tentang Melaka pada abad ke 15 dan ke 16 dalam sejarah Malaysia. Kajian ini telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian ini telah menyentuh mengenai Hukum Kanun Melaka secara umum dalam membincangkan mengenai Islam dalam sejarah perundangan Melaka.

Kajian seterusnya dijalankan oleh Isbak Shaari (1988) dalam latihan ilmiah di Umversiti Kebangsaan Malaysia. Betiau telah melakukan kajian mengenai, "Sejarah Perundangan di Negeri Melaka di antara tahun 1400 hingga 1957." Dalam kajiannya behau telah menyentuh sepintas lalu mengenai Hukum Kanun Melaka sebagai undang-undang yang pernah digunakan di Melaka dalam period tersebut

Abdul Rashid Bin Haji Othman (1986) telah melakukan kajian mengenai HKM dalam latihan ilmiahnya di Universid Kebangsaan Malaysia. Kajiannya bertajuk, "Risalah Hukum Qanun iaitu Undang-undang Melaka: persamaan dan

percanggahan dengan Islam." Dalam penulisannya beliau telah melakukan

perbandingan diantara HKM Veseluruhannya dengan perundangan Islam.

Seterusnya kajian mengenai HKM ini telah dilakukan oleh Zaitun Binti Ahmad (1983) dalam latihan ilmiah di Umversiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah menjalankan kajian bertajuk, "Hubungan antara kitab Fathul Qarib dan teks undang-undang Melaka." Dalam kajiannya behau telah mehliat hubungan di antara HKM dan kitab Fathul Qarib. Kajian ini dflakukan berikutan HKM selalu dikaitkan dengan

(14)

XIV

khab tersebut di mana kitab Fathul Qarib dikatakan sebagai sumber utama undang-undang Islam di dalam HKM.

Kajian mengenai HKM seterusnya dilakukan oleh Rokiah Bind Ismail (1993) dalam latihan flmiahnya di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau melakukan

kajian bertajuk, "Acara Jenayah dalam Hukum Kanun Melaka: satu perbandingan

dengan Undang-undang Keterangan." Dalam kajiannya beliau telah membuat perbandingan di antara acara jenayah HKM dengan acara jenayah dalam undang-undang keterangan raoden hari ini.

Meskipun paparan dari kajian-kajian mengenai Hukum Kanun Melaka di atas menunjukkan beberapa unsur persamaan dengan tajuk kajian ini terutamanya dari sudut subjek kajian namun kelainan kajian ini ialah kerana ia akan menyentuh mengenai penflaian Islam terhadap jenayah hudud di dalam HKM. Kajian ini akan mengupas satu persoalan baru yang masih belum dilakukan kajian mengenainya. Kajian ini merupakan penyelidikan langsung ke atas jenayah hudud dalam teks HKM. Kajian ini akan mengambil nas-nas al-Quran dan al-Hadith serta pandangan-pandangan ulama> muktabar dalam melihal perspektif Islam mengenai

undang-undang jenayah dalam HKM tadi.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini antara lain untuk mengenai pasti unsur-unsur adat Melayu lama di dalam kesalahan-kesalahan jenayah hudud HKM. Seterusnya kajian ini akan memperjelaskan aspek-aspek adat tersebut dan membandingkannya dengan syariah Islam. Kajian ini juga untuk mengenai pasn* sejauhmana pengaruh Islam dalam kesalahan-kesalahan jenayah hudud HKM. Adalah diharapkan dengan kajian ini akan jelaslah kepada kita tentang persoalan mengenai pengaruh Islam di Alam Melayu,

khususnya di Melaka.

Kajian ini juga akan memperjelaskan kepada kita samada HKM boleh menjadi rujukan kepada pelajar dan pengkaji undang-undang Islam. Seterusnya periaksanaan Hukum Kanun ini menjadi bukn" bahawa undang-undang Islam sememangnya sesuai

(15)

dan pernah dipraktikkan di negara kita sebelum kehadiran penjajah dan perlaksanaan undang-undang mereka.

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian merupakan aspek yang penting dalam usaha menghasilkan sesuatu keputusan yang sah dan boleh dipercayai. Metod sebagai suatu falsafah penyelidikan

yang meHbatkan andaian dan nilai yang menjadi kriteria bagi mengukuhkan data dan

membuat kesimpulan. la melibatkan perkara-perkara seperti berikut:

a. Kajian Kepustakaan

Kajian mi bermula dengan merujuk dua teks utama iaitu Hukum Kanun Melaka dan Sulalatus Salatin. Selain itu penulisan-penulisan berkaitan meliputi buku-buku, kertas keija, artikel, majalah dan sebagainya turut dirujuk Seterusnya merujuk kitab suci al-Quran, al-Hadis, kitab-kitab fikah dan penmdangan Islam serta pendapat-pendapat ulama' untuk menjelaskan pandangan Islam mengenai aspek-aspek adat dalam kesalahan-kesalaban jenayah hudud HKM.

b. Penganalisaan data

Dalam membuat penganaUsaan data yang diperolehi penulis menggunakan tiga metod utama, iaitu:

i. Metode Induktif

Iaitu dengan cara membuat kesimpulan bagi perkara-perkara yang bersifat khusus bagi mencari kesimpulan yang bersifat umum.

ii. Metode Deduktif

Iaitu cara membuat kesimpulan dengan berpandukan dalil-dalil yang bersifat umum untuk mencari kesimpulan yang bersifat khusus.

(16)

X V I

iii. Metode Perbandingan

laitu cara membuat kesimpulan dengan cara perbandingan terhadap

fakta-fakta dan data-data yang diperolehi. Dengan adanya cara perbandingan im sesuatu data dapat dilihat dengan lebih jetas dan berkesan.

SUSUNAN KAJ1AN

BAB I

Bab ini membincangkan mengenai sejarah Hukum Kanun Melaka dimulai dengan

sejarah penubuhan Melaka, Kedatangan Islam ke Melaka, sejarah HKM, manuskrip-manuskrip HKM dan iasal-fasal yang terdapat di dalam HKM.

BAB II

Bab yang kedua ini membincangkan mengenai penilaian Islam temadap

kesalahan-kesalahan jenayah hudud dalam Hukum Kanun Melaka. Bab ini dimulai dengan

penilaian Islam mengenai jenayah mencuri, zina, menuduh zina (qazaf), rranum arak.

murtad, merompak dan menderhaka yang terdapat dalam HKM.

BAB III

Bab ini merupakan bab kesimpulan di mana dalam bab ini dikemukakan rumusan dari kajian ini dan disusuli dengan saranan dan cadangan

(17)

BAB I

SEJARAH HUKUM KANUN MELAKA

1.1 PENGENALAN

Kedatangan Islam ke Nusantara khususnya Melaka merupakan satu bidang kajian yang menarik minat ramai sarjana. Para sejarawan Barat dan Islam telah menghasilkan begitu banyak penyelidikan dan penulisan mengenamya.

Sejarawan Barat mengemukakan pendapat bahawa Islam telah sampai dan berkembang di Nusantara semenjak abad ke 13M. Sementara pengkaji-pengkaji sejarah Islam di Indonesia dalam seminar terakhir di Medan pada tahun 1963 telah membuat rumusan bahawa Islam telah sampai di Nusantara seawal abad ke 7M lagi. Pengkaji-pengkaji sejarah Islam di Malaysia pula telah mengemukakan bukti-bukti bahawa Islam telah bertapak di sini sebelum abad ke 13M lagi. Antaranya, dinar emas yang dijumpai di Kelantan pada tahun 1914 menunjukkkan bahawa kerajaan Islam telah berdiri di Kelantan pada abad ke 12M. Batu nisan yang ditemui di Kedah pada tahun 1963 yang terteranama dan tarikhiaitu, "Syaikh Abdul Kadir Ibn. Syaikh Husin Syah Alam" 291H bersamaan 903M jelas menunjukkan bahawa Islam telah lama bertapak di Malaysia.

'Wan Hussein AzmL Islam dt Malaysia. Kedatangan dan Perkembangan (Abad 7 - 20M)

dalam Rhoo Kay Kirn. Tamadun Islam di Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1980,

(18)

1.2 SEJARAH PENUBUHAN MELAKA

Melaka merupakan sebuah kerajaan Melayu yang masyhur dan terkenal bukan sahaja

di Nusantara malahan sampai ke merata pelosok dunm. Kerajaan Melayu Melaka

hanya wujud selama 117 tahun sahaja, iaitu dari tahun 1394M hingga 1511M.2 Walau

bagaimanapun pengaruh dan kemasyhurannya amat besar dan meluas.

Penubuhan negeri Melaka digambarkan dalam sumber-sumber sejarah tempatan seperti sejarah Melayu, sumber-sumber China dan Portugis. Sejarah Melayu menggambarkan bagaimana Parameswara yang juga dikenali sebagai Sultan Iskandar Syah, Raja Melayu terakhir di Singapura melarikan diri kerana serangan Majapahit Baginda pergi ke Muar dan beberapa tempat lain seperti Biawak Busuk, Kota Buruk dan Setang Ujung untuk mendirikan negeri tetapi didapati kurang sesuai. Pada suatu hari baginda berburu di Sungai Bertam, semasa baginda berehat di bawah sepohon kayu baginda terlihat anjing baginda telah diterajang oleh seekor pelanduk putih, Baginda tertarik dengan kejadian itu dan mengambil keputusan untuk mendirikac negeri di situ lalu baginda menamakan negeri itu "Melaka" sempena nama pokok tempat baginda berehat.3

Sumber-sumber dari China menyebut bahawa negeri China telah mengadakan hubungan dengan Melaka semasa berada di bawah pemerintahan maharaja Yung Lo 1402 - 1424M. Pemerintah Melaka pada masa itu disebut 'Pai - h - mi - sula' atau Parameswara.

Sumber-sumber dari Portugis juga menyatakan bahawa Parameswara adalah pemerintah pertama bag) negeri Melaka. Somber mi seperti yang dinyatakan oleh

'Zakiah Hanum, Asal-usul negen-negen di Malaysia, Times Book International, Kuala

Lumpur, 1988, hlm.27

^Muhammad Haji Salleh, (pnyt), Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1997, him 57 - 58, hhat juga Zakiah Hanum, Asal-usul

negen-negen di Malaysia, 1988, him 27 - 29

4 Wang Gung Wu, The first three rulers of Malacca, JMBRAS Vol XII, Bhgn I, 1968, him

(19)

Tom Pires dengan disokong oleh pendapat-pendapat Alfonso D'al Bouquerqc6 dan

Eredia7.

Asal nama Melaka juga pemah dihubungkan dengan keadaan semasa, iaitu

pusat perdagangan dengan menggunakan istilah Bahasa Arab 'malakat' atau "mulaqah' yang bermaksud tempat pertemuan.8

Parameswara bersama pengikut-pengikutnya telah ditehma penduduk-penduduk tempatan. Baginda menubuhkan negeri Melaka dan membangunkannya sehingga beijaya mengubahnya dan perkampungan nelayan menjadi pusat perdagangan yang terkenal dan pusat pemerintahan empayar Melayu.9

1.2.1 Kedatangan Islam Ke Melaka

Para sejarawan memberikan pelbagai pendapat dan pandangan dengan hujah masuig-masing tentang tarikh sebenar kehadiran Islam ke Melaka. Sejarah Melayu juga tidak menyebut tentang tarikh yang tepat bila Islam hadir ke Melaka tetapi hanya menggambarkan bahawa pada suatu malam Raja Tengah iaitu Raja Melaka yang

ketiga telah bennimpi berjumpa dengan Rasulullah S.A.W.. Apabila baginda bangun

dari tidur didapan* baginda sudah berkhatan dan mulutnya tidak putus-putus mengucap dua kalimab syahadah. Pada waktu Asar hari itu juga Makhdum Sidi Abdul Aziz telah datang dari Jeddah dan mengislamkan baginda. Baginda telah menggunakan gelaran Sultan Muhammad Syah.

5 Armando Cortesao, The Suma Oriental of Tom Pires, Haklyut Society, London, ] 944, him

232

6 W.D G Birch, The Commentaries of the great Alfonso D 'al Bouquerqe, Vol 3, No LXII, Haklyul Society, London, 1880, him. 71-72

7 J.V Mills, (terj ), De Eredia's description of Malacca meridional, India and Cathay, JMBRAS, 1930, Vol 8, Part I, him. 16

8W G. Shellabear, (pnyt), Sejarah Melayu (The Malay Annals), Malayan Publishing House Ltd, Singapore, 1961, him 82; Ifliat juga Muhammad Yusuf Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989, him 12, Kermal Singh Sandhu & Paul Wheatley, (pnyt ), The Name Melaka dalam Melaka The Transformation of a Malay capital c. 1400. Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1983, him 1

**J Kennedy, M A , A History of Malaya, St Martin's Press, London, 1962, him 2 mMuhammad Haji Salleh, (pnyt), Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). 1997, him 59-60

(20)

Pengkaji-pengkaji sejarah di Indonesia seperti Muhammad Yunus Jamil mengemukakan pendapat bahawa Sultan Perlak Al-Sultan Makhdum Ala Uddin MaHc Muhammad Amin Syah II Johan Berdaulat yang memerintah Perlak pada tahun 622-662H/1225-1263M telah mengahwinkan puterinya yang pertama bemama Puteri Rama Kamala dengan Raja Melaka Sultan Muhammad Syah yang bergelar Parameswara Iskandar Syah. Puteri baginda yang kedua iaitu Puteri Ganggang dikahwinkan dengan Raja Samudera Pasai iaitu Sultan Malikussaleh atau Merah Silu yang memerintah dari tahun 659-688H/1261-1289M.11 Kenyataan ini menunjukkan

bahawa kerajaan Melaka sezaman dengan kerajaan Samudera Pasai yang pertama.12

Bukti-bukti yang menunjukkan terdapatnya kerajaan Islam yang awal di Melaka ditemui di Pengkalan Kempas, Melaka. Bukti pertama ialah batu peninggalan

^

inskripsi Hindu yang terdapat huruf Arab "<3it". Bukti kedua pula ialah inskripsi Raja Aditfya Warma, Anno 1378M yang tertulis nama Allah dengan huruf Arab. Tulisan di makam Pengkalan Kempas itu menyerupai tulisan di batu nisan yang ditemui di Komplex Teungku Puet-plohpeut (Meunye Tujuh) yang bertulisan Bahasa Arab, Melayu dan Sanskrit kuno yang masih belum dapat dijelaskaiL B

1.2.2 Sejarah Hukmn Kanun Melaka

Sebelum kedatangan Islam undang di Negeri-negeri Melayu ialah undang-undang tempatan atau undang-undang-undang-undang Adat Selepas kedatangan Islam undang-undang-undang-undang Islam telah diserap masuk di samping undang-undang Adat Undang-undang Islam merupakan undang-undang tubuh negeri-negeri di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah British malab hakim-hakini British turut mengakui bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang negara ini.14 Perkara mi seperti yang diputuskan

"M.Junus Jamil, Silsilah iawarich radja-radja keradjaan Atjeh, bahan stensil 1968, Mm. 8

l2Wan Hussein Azmi, Islam di Malaysia: Kedatangan dan Perkembangan (Abad 7 - 20M)

Dalam Khoo Kay Kirn, Tamadun Islam di Malaysia, 1980, hint 145

13ibid., lihatjugaRM-Zainuddin Tarich Atjeh dan Nusantara, celakan pertama, Pustaka

Iskandar Muda, Medan,, 1961, him. 52 dan 67

MAhmad Ibrahim, Perundangan Islam: Dasar, matlamat dan perlaksanaannya di Malaysia. ABIM, Kuala Lumpur, 1981,

(21)

dalam kes Roman lawan La/on15 . Mahkamah Rayuan telah memutuskan

bahawa undang-undang Islam bukanlah undang-undang yang asing di negara ini sebaliknya merupakan undang-undang tempatan.16 R.J.Wilkinson juga pernah

menyatakan,"Sekiranya undang-undang Inggeris tidak diterima pakai, maka sudah pasti undang-undang Islam akan menjadi undang-undang Tanah Melayu."17

Sultan Melaka yang pertama iaitu Parameswara selepas menganut agama Islam telah menerima undang-undang Islam sebagai undang-undang negara Undang-undang Melaka yang pertama ini ditulis oleh Hang Sidi Ahmad. Undang-Undang-undang ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Qanun Melaka yang dikuatkuasakan di daratan negeri Melaka dan Qanun Laut Melaka yang dikuatkuasakan di atas kapal. Undang-undang ini diandaikan telah ditulis pada tahun 1444M.18

Menurut R.O. Winstedt, Undang-undang Melaka merupakan undang-undang Melayu yang terawal. Walaupun banyak pendapat yang menyatakan Hukum Kanun Melaka ini digubal pada zaman Sultan Mahmud Syah (1488-1511M), sultan Melaka yang terakhir namun tiada hujah untuk menyangkal kenyataan di dalam Sejarah Melayu yang menyatakan bahawa ia digubal pada masa pemerintahan Sultan MuzafTar Shah yang memerintah di antara tahun 1445-1458M.19

Liaw Yock Fang mengemukakan pendapat bahawa Undang-undang Melaka yang asal dan kemungkinan juga Undang-undang Laut mula digubal semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah (1424-1444M) dan disempumakan pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1445-1458M), zaman keemasan Kesultanan Melaka. Seksyen mengenai Undang-undang Islam terutama berkaitan perdagangan dan acara mungkin telah disusun selepasnya. Seksyen Undang-undang

13(1927)6FMSLR127.

16 Hamid Jusoh, Kedudukan undang-undang Islam dalam perlembagaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, KXumpur, 1992, him. 17.

17 R.J.Wilikinson, Papers of Malay Subject, undang-undang bahagian 1 (rangka pengenalan), t.pt., K.Lumpur, him. 49.

18Abdul Halim El-Muhammady, Perkembangan undang-undang Islam di Malaysia, Budaya

Ilmu Sdn. Bhd., Petaling Jaya,1993, him. 84

I8Richaid Winstedt, (ed.), The Malays a cultural history, Routledge & Kegan Paul

(22)

Negeri dan Undang-undang Johor mungkin disusun pada awal abad ke 16M apabila

Portugis pertama kali sampai ke Melaka. Undang-undang Johor kemungkinan digubal

atas titah Sultan Mahmud Shah (1761-1812M), put era kepada Sultan Abdul Jalil Shah

(1760-1761M).20

Hakikatnya, tarikh penggubalan dan Sultan yang menitahkan penggubalan Hukum Kanun Melaka masih belum muktamad kerana Sejarah Melayu tidak menghuraikan dengan jelas mengenainya. Persamaan di antara Sejarah Melayu dan Hukum Kanun Melaka ialah berkaitan Adat Istiadat DiRaja Melayu. Dalam Sejarah Melayu ada dinyatakan bahawa Sultan Iskandar dan Sultan Muhammad peraah

*)*}

memberi arahan supaya menggubal undang-undang Melaka. Selqranya hal.ini benar kemungkinan beberapa bahagian dari kandungan undang-undang Melaka ini telah digubal lebih awal dari zaman pemerintahan Sultan MuzafFar Shah seperti dakwaan Winstedt. la mungkin mula digubal sebaik Melaka dibuka kerana Melaka dibuka oleh Parameswara yang datang dari Palembang dan kemudiannya mendirikan kerajaan di Singapura sebelum menetap di Melaka. Baginda adalah seorang pemerintah yang berpengalaman, oleh itu tidak menjadi masalah kepada baginda untuk mempunyai sistem perundangan bagi negeri Melaka. Maka adalah dirasakan dakwaan Winstedt tersebut tidak boleh diterima kerana sukar dibayangkan bagaimana Melaka diperintah tanpa sistem perundangan sebelum era pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.23

Walaupun terdapat pelbagai pendapat mengenai tarikh penggubalan Hukum Kanun Melaka namun kita masih boleh menyelaraskan pendapat-pendapat tersebut dengan membuat rumusan bahawa Hukum Kanun Melaka mungkin mula digubal dari era pemerintahan Melaka mula menerima Islam. Jika menurut Sejarah Melayu Sultan Muhammad Shah (1424-1444M) yang mula-mula memeluk Islam.24 Seterusnya ia

"^Liaw Yock Fang, Undang-undang Melaka, Martmus NijbofF, The Hague, 1976, him 38.

* Sejarah Melayu, Raffles MS no 18, JMBRAS,Vol XVI, Pt 3, 1938, him 82, 84-88

"ibid., him 84-88.

^Azizan Abdul Razak, The Law In Malacca Before and After Islam Dalam Khoo Kay Kirn,

lamadim Islam di Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1980, him 31

(23)

disempurnakan pada zaman pemerintahan seterusnya iaitu zaman Sultan Muzaffar

Shah(J445-1458).25

13 FASAL-FASAL YANG TERDAPAT DI DALAM HUKUM KANUN

MELAKA

Sebelum mengkaji fasal-fasal yang terdapat di dalam Hukum Kanun Melaka, adalah lebih baik diperjelaskan terlebih dahulu mengenai manusknp-manuskrip atau versi-versi Hukum Kanun Melaka ini.

1.3.1 Manuskrip-manuskrip Hukum Kanun Melaka

Bilangan manuskrip Undang-undang Melaka ini amat banyak di mana terdapat tidak kurang dari 44 buah manuskrip. Jumlah ini tidak termasuk manuskrip asal dan sebuah manuskrip di Jakarta iaitu manuskrip Yon de Wall 55 yang tidak dapat ditemui untuk ditemuramah. Walau bagaimanapun tidak semua manuskrip mempunyai nilai yang

+it

sama, sesetengahnya merupakan salinan dari yang lain. Manuskrip-manuskrip ini boleh dibahagikan kepada tujuh kumpulan manuskrip, iaitu:

(a) Undang-undang Melaka Yang Asal (b) Versi Acheh

(c) Versi Patani (d) Versi 'Panjang*

(e) Versi Undang-undang Islam dan versi Johor (f) Versi 'PendeV

^*7 (g) Versi-versi lain yang tidak lengkap

^Jjaw Yock Pang, llndang-iuidang MeJaka, 1976, him

:"Liaw Yock Fang, Undang-undang Melaka. him 9 ibid

(24)

(a) Undang-undang Melaka yang Asal

Kumpulan manusknp pertama ini terdin dari sembilan belas manuskrip, sebelas manusknp dari Leiden, enam dari United Kingdom dan masing-masing satu dari Jerman dan Paris merupakan kumpulan manuskrip yang penting dan diiktiraf sebagai Undang-undang Melaka yang asal. Manuskrip-manuskrip ini ialah:

Dari Leiden:

Cod. Or. 1705(1); Cod. Or; 1706(1), Cod. Or. 3199(1), Cod. Or; 5836, Cod. Or. 5838, Cod. Or. 7077, Cod. Or. 6078, KL. 24, KL, 45, KL.48 dan KL. 50.

Dari United Kingdom:

Cambridge 1364, Dublin 1638, London: Raf. 74, Maxwell 6, Maxwell 10,British Museum 12397.

Dari Jerman: Schoemann V, 33.

Dari Paris:

Bibliomeque Nationnale no.37.28

(b) VersiAcheh

Versi Acheh Undang-undang Melaka ini terdiri dari empat buah manuskrip. Manuskrip-manuskrip ini ialah Von de Wall 59(1), KL. 20, SOAS 40329 dan SOAS 40505. Kandungan versi ini sama seperti undang-undang Melaka yang asal kecuali permulaan fasal 8 yang tidak didapati. Selain itu terdapat penambahan fasal yang menekankan bahawa sesiapa yang membuka sesebuah kampung mestilah membuka jalan.

28ibid., him. 9-10. ibid., him. 9-10. 58 Liaw Yock Fang, him. 10.

Referensi

Dokumen terkait

Untuk reaksi yang melibatkan gas tetapan kesetimbangan dapat dinyatakan dari harga tekanan parsial masing-masing gas pada saat setimbang, sebab konsentrasi gas dalam suatu ruangan

Satu set parameter tekanan rendah digunakan untuk menggambarkan kurva tekanan uap sampai ke titik didih normal dan set kedua parameter yang digunakan untuk rentang dari titik

Rusman (2011: 75-76) mengungkapkan indikator terhadap kinerja guru dilakukan terhadap tiga kegiatan pembelajaran di kelas yaitu: 1) Perencanaan guru dalam kegiatan

Hal ini dapat dilihat pada Gambar 5 yaitu perlakuan penyamakan menggunakan laru- tan ekstrak Tingi yang diikuti penambahan alum 4% (TA4) kadar tanin terikat paling tinggi yaitu

Penelitian ini dilaksanakan di Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) Kertha Wisata Denpasar atas dasar pertimbangan kelayakan dan keterjangkauan. Produk yang dihasilkan

Sebagaimana telah diuraikan sebelumnya, hasil penghitungan uji T, diketahui nilai t hitung untuk variabel etika kerja Islam adalah lebih kecil dibandingkan

166 Terdapat interface Queue yang cara penyimpanan seperti List, interface ini menyimpan objek menggunakan metode FIFO (First In First Out) yaitu objek yang masuk pertama

Berhasil Pengujian menu profil mahasisw Memasuk kan informasi biodata Muncul pesan berhasil diperbaha Berhasil a mahasiswa rui Pengujian CRUD dokumen Mengklik