• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kompetensi Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) Menjalankan Aktiviti Gerakan Membaca Dalam Talian Semasa Pandemik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kompetensi Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) Menjalankan Aktiviti Gerakan Membaca Dalam Talian Semasa Pandemik"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

Kompetensi Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam

Melaka (PERPUSTAM) Menjalankan Aktiviti Gerakan

Membaca Dalam Talian Semasa Pandemik

Raifudeen bin Abdul Latif1, Suhaimi bin Sarijan2 dan

Ameerul Ashraf bin Saharuddin3 1Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka

242-1, Jalan Bukit Baru, 75150 Melaka, Malaysia Emel: raifudeen@hotmail.com

2Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka

242-1, Jalan Bukit Baru, 75150 Melaka, Malaysia Emel: suhaimisarijan@yahoo.com.my

3Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka

242-1, Jalan Bukit Baru, 75150 Melaka, Malaysia Emel: ameerulashraf94@gmail.com

ABSTRAK

Perkhidmatan perpustakaan telah mengalami kesan ketara akibat berlakunya pandemik COVID-19 di negara ini. Perkhidmatan perpustakaan ditutup bagi mengekang penularan wabak ini. Keseluruhan sistem penyampaian perpustakaan kepada masyarakat tidak dapat dilaksanakan dan antara yang terkesan adalah pelaksanaan Aktiviti Gerakan Membaca yang telah dirancang. Aktiviti yang memerlukan aktiviti bersemuka antara kakitangan dan juga pengguna tidak dapat dijalankan kerana mematuhi Prosedur Standard Operasi yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Kenyataan masalah bagi isu ini adalah dari segi perubahan penyampaian perkhidmatan perpustakaan semasa pandemik. Apabila berlakunya pandemik, cara penyampaian bertukar konsep iaitu dari bersemuka kepada secara dalam talian. Perubahan secara mendadak ini melibatkan kakitangan di seluruh rangkaian yang meliputi perpustakaan Negeri, Cawangan, Komuniti, Pekan dan juga Desa. Majoriti kakitangan berumur 45 tahun dan ke atas. Secara amnya, tidak semua kakitangan perpustakaan mahir menggunakan teknologi merangkumi perkakasan dan juga aplikasi seperti kemahiran dari segi penyuntingan video bagi menjalankan Aktiviti Gerakan Membaca yang meliputi sesi bercerita, ulasan buku, pameran maya dan juga literasi maklumat. Selain itu, kakitangan menghadapi masalah capaian internet yang perlahan. Manakala objektif kajian pula, memastikan bahawa Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) kekal relevan dalam memberikan perkhidmatan kepada pengguna walaupun berhadapan dengan pandemik. Tambahan pula, bagi memastikan kakitangan perpustakaan memahami cara penyampaian perkhidmatan menggunakan teknologi maklumat melalui kaedah dalam talian seiring dengan kehendak Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0). Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif di mana menganalisis dengan meringkaskan, mengkatogerikan dan menginterpretasi. Selain itu, dengan menggunakan soalan jenis terbuka dan responden adalah terdiri daripada kakitangan PERPUSTAM. Dapatan kajian pula merangkumi satu Perpustakaan Negeri, empat buah Perpustakaan Cawangan, tiga buah Perpustakaan Komuniti, dua buah Perpustakaan Pekan dan 26 buah Perpustakaan Desa. Kakitangan telah menghasilkan sebanyak 312 video bercerita, 26 video bengkel literasi maklumat dan media, enam video ulasan buku dan 106 pameran maya. Kesemua video yang telah dihasilkan telah dimuat naik di

(2)

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 dalam media sosial rasmi di perpustakaan masing-masing yang pengikutnya terdiri daripada masyarakat setempat.

Kata Kunci: Pandemik; Aktiviti Gerakan Membaca; Aktiviti Dalam Talian; Covid-19

ABSTRACT

Library services have been significantly impacted by the outbreak of the COVID-19 pandemic in the country. Library services were closed to curb the spread of the pandemic. The entire library delivery system to the community could not be implemented and hence affected the implementation of the Reading Movement Activities that had been planned. Activities that require face-to-face activities between staff and users are not allowed to be held by the National Security Council (MKN). The problem statement for this issue is the changes in library service delivery during the pandemic period. When a pandemic occurs, the mode of delivery changes from face-to-face to online. This drastic change involves staff across the network which includes State libraries, Community Branches, Towns and even Rural. The majority of staffs are aged 45 and over. In general, not all library staffs are proficient in using technology including hardware as well as applications such as skills in terms of video editing resulting from Reading Movement Activities, virtual exhibitions and even information literacy. In addition, staff faced problems with slow internet access. The objective of the study is to ensure Melaka Public Library Corporation (PERPUSTAM) remains relevant in providing services to users despite facing pandemic. Furthermore, to ensure library staffs understand how to deliver services by using information technology through online methods in parallel with the requirements of the Fourth Industrial Revolution (IR 4.0). The research methodology uses qualitative methods which analyse by summarizing, categorizing and interpreting. Besides, open-ended questions and respondents are composed of PERPUSTAM staff were used in this research. The findings of the study include one State Library, four Branch Libraries, three Community Libraries, two Town Libraries and 26 Rural Libraries. The staff has produced a total of 312 storytelling videos, 26 information and media literacy workshop videos, six book review videos and 106 virtual exhibitions. All the videos have been uploaded on the official social media in the respective libraries whose followers consist of the local community.

Keywords: Pandemic; Reading Movement Activities; Online Activities; Covid-19

PENGENALAN

Semua kaedah perkhidmatan kerajaan mahupun swasta telah berubah apabila Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia berkuat kuasa pada 18 Mac 2020 yang bertujuan untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19. Pada peringkat awal, Melaka adalah salah satu negeri yang tersenarai dalam negeri yang terlibat dengan PKP merangkumi empat fasa selama 47 hari, mulai 18 Mac 2020 hingga 3 Mei 2020. Selain itu, Pandemik COVID-19 telah memberi impak dan perubahan bukan sahaja di dalam sektor ekonomi, malah dari segi perkhidmatan agensi kerajaan kepada masyarakat juga turut terkesan. Sehubungan dengan itu, masyarakat disarankan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti yang bersentuhan dan kekal berada di rumah (Arda Putri Winata, Raisa Fadelina & Sulistyo Basuki, 2020). Oleh itu semua premis yang beroperasi perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan (Adam Zulkarnain Saleng & Ruzilah Ehsan, 2020). Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyarankan rakyat Malaysia untuk mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) dengan mengamalkan kempen “Elakkan 3S” iaitu elakkan berada di tempat yang sesak, tempat yang sempit dan juga elakkan dari bersembang secara dekat. Rakyat Malaysia juga sering diingatkan supaya kerap membasuh tangan, mengamalkan penjarakkan sosial sekurang-kurangnya satu meter dan guna pelitup muka bagi memutuskan rangkaian COVID-19. Berlakunya pandemik COVID-19 ini, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) tidak

(3)

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 menghadapi halangan dalam menyebarkan maklumat kepada masyarakat Melaka khususnya. Antara perubahan yang ketara dapat dilihat dari segi penyampaian perkhidmatan yang bertukar konsep dari bersemuka kepada dalam talian. Kaedah kajian mendapatkan maklumat serta data adalah secara temu bual bersama kakitangan perpustakaan negeri dan rangkaian perpustakaan.

KOMPETENSI KAKITANGAN PERPUSTAM MENJALANKAN AKTIVITI GERAKAN MEMBACA SEMASA PKP

Perkhidmatan, pendidikan dan ekonomi antara sektor yang terlibat disebabkan ancaman wabak yang merbahaya ini (Haslinda, 2020). PERPUSTAM menerima tempiasnya di mana kaedah penyampaian perkhidmatan telah berubah sepenuhnya dari bersemuka ke arah penyampaian secara dalam talian. Perubahan secara mendadak ini melibatkan kakitangan di seluruh rangkaian yang meliputi perpustakaan Negeri, Cawangan, Komuniti, Pekan dan juga Desa. Majoriti kakitangan di PERPUSTAM berumur 45 tahun dan ke atas, dan kebanyakkan dari mereka tidak mempunyai kemahiran dari segi mengendalikan teknologi merangkumi perkakasan dan juga aplikasi. Selain itu, kakitangan PERPUSTAM juga menunjukkan inisiatif untuk mempelajari bagaimana cara untuk menyampaikan perkhidmatan secara dalam talian menggunakan aplikasi-aplikasi yang berkaitan. Ia juga seiring dengan kehendak kerajaan dimana mengaitkan perkhidmatan dengan Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0). Antara aktiviti-aktiviti dalam talian yang dilaksanakan oleh kakitangan PERPUSTAM sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ini adalah sesi bercerita, ulasan buku, Bengkel Literasi Maklumat dan Media, Aktiviti Gerakan Membaca, pameran maya. Objektif perkhidmatan berikut adalah memastikan PERPUSTAM kekal relevan bagi menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat setempat khususnya penduduk negeri Melaka di setiap daerah dan juga desa bagi semua rangkaian perpustakaan.

SESI BERCERITA DAN ULASAN BUKU

Setiap kakitangan PERPUSTAM yang bertugas di perpustakaan negeri, cawangan, pekan, komuniti dan desa akan membuat sesi bercerita secara bergilir mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kaedah penyampaian untuk sesi bercerita adalah dengan memuat naik video tersebut di laman rasmi Facebook PERPUSTAM dan perpustakaan rangkaian masing-masing. Bagi sesi bercerita tiada tetapan genre atau tajuk bahan penceritaan tersebut, ia mengikut kreativiti kakitangan itu sendiri. Selain itu, untuk ulasan buku pula, terdapat perbezaan format atau kaedah penyampaian tersebut. Bagi pegawai, mereka akan membuat sesi ulasan buku dengan menggunakan format video, manakala bagi kakitangan, mereka akan membuat ulasan buku secara penulisan dan memuat naik ke laman rasmi Facebook perpustakaan rangkaian masing-masing. Sesi ulasan buku juga dilaksanakan mengikut kaedah penggiliran. Sehingga kini, statistik bagi sesi bercerita dan ulasan buku seperti Jadual 1 di bawah:-

Jadual 1: Statistik Sesi Bercerita dan Ulasan Buku Kakitangan PERPUSTAM.

BIL. PERPUSTAKAAN SESI BERCERITA ULASAN BUKU

1. Negeri 40 10

2. Cawangan 32 64

3. Pekan 16 35

4. Komuniti 16 33

(4)

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

Hasil dapatan dari pelaksanaan sesi bercerita dan ulasan buku seperti di Rajah 1 dan 2 secara dalam talian dapat dilihat kakitangan memberi inisiatif untuk belajar benda baharu tanpa menghadiri kursus atau bengkel yang berkaitan. Tambahan pula, ketua-ketua zon memberi komen dan teguran penambahbaikan terhadap kualiti bercerita dan video. Pada awalnya, kakitangan berasa kaku dan malu sewaktu membuat sesi bercerita dalam talian. Disebabkan pandemik ini, mereka diwajibkan untuk menghasilkan video sesi bercerita bagi meneruskan penyampaian perkhidmatan secara norma baharu. Kriteria bagi ulasan buku pula, pegawai dan kakitangan memilih buku best-seller, buku-buku baharu dan buku-buku yang kerap dipinjam. Genre buku-buku tersebut terpulang kepada pilihan pegawai dan kakitangan kerana tiada penetapan tajuk yang tertentu. Kaedah penyampaian ini secara tidak langsung dapat menghebahkan kepada pengguna tentang kewujudan buku tersebut dan menggalakkan mereka untuk meminjam.

BENGKEL LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA

Kakitangan di perpustakaan cawangan dan desa melaksanakan Bengkel Literasi Maklumat dan Media ke sekolah. Kebiasaannya, pihak sekolah memohon untuk melaksanakan bengkel tersebut atau kakitangan perpustakaan cawangan dan desa melaksanakan mengikut giliran sekolah yang berhampiran setiap tahun. Terdapat enam modul bagi Bengkel Literasi Maklumat dan Media tersebut iaitu Mengenal Pasti Keperluan Maklumat, Pencarian Maklumat, Penilaian Maklumat, Pengurusan Maklumat, Etika Penggunaan Maklumat dan Penyebaran Maklumat serta kaedah pencarian bahan bacaan menggunakan sistem ILMU dan juga Portal U-Pustaka. Tujuan utama pelaksanaan bengkel ini adalah bagi memberi panduan dan pencerahan kepada pengguna yang bagaimana untuk mencari bahan rujukan dengan cara yang betul. Selain itu juga, ia dapat memberi pendedahan kepada pengguna untuk mengenalpasti maklumat yang sahih dan boleh dijadikan sebagai bahan rujukan. Pendedahan ini juga dapat membantu di kalangan guru dan juga pelajar sekolah secara tidak langsung dapat membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan bahawa semua sekolah di bawah KPM di negeri-negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditutup bermula pada 9 November 2020. Langkah ini diambil bagi membantu usaha Kerajaan untuk memutuskan rangkaian Covid-19. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) seleras dengan pelaksanaan PKP di mana, pelajar sekolah berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan walaupun mereka tidak dapat hadir ke sekolah. Ia seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan setiap pelajar perlu mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan masa hadapan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2021). Statistik pelaksanaan berikut seperti di Jadual 2:-

(5)

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 Jadual 2: Statistik pelaksanaan Bengkel Literasi Maklumat dan Media di PERPUSTAM

BIL. PERPUSTAKAAN BENGKEL LITERASI MAKLUMAT DAN MEDIA

1. Negeri 6

2. Cawangan 4

3. Pekan 2

4. Komuniti 2

5. Desa 26

Rajah 3: Bengkel Literasi Maklumat yang dilaksanakan oleh kakitangan PERPUSTAM.

Hasil dapatan pelaksanaan Bengkel Literasi Maklumat dan Media seperti di Rajah 3, ia sedikit sebanyak memberi impak kepada para guru, pelajar dan juga ibu bapa di dalam proses PDPR terutamanya dalam pencarian maklumat. Ia juga dapat memberi pendedahan kepada guru dan pelajar mengenai pentingnya untuk mencari maklumat yang sahih dan relevan di mana dapat menggunakannya di dalam proses pembelajaran. Tambahan pula, di zaman teknologi moden sekarang, kita dapat lihat banyaknya terjadi penyebaran berita palsu. Selain itu, kakitangan juga semakin yakin dalam menyampaikan maklumat berkaitan bengkel literasi secara visual berbanding secara bersemuka di antara guru dan juga para pelajar sebelum ini.

AKTIVITI GERAKAN MEMBACA

Perpustakaan tidak akan lengkap tanpa menganjurkan Aktiviti Gerakan Membaca. Antara aktiviti yang dijalankan di PERPUSTAM adalah aktiviti bulanan di mana kakitangan akan membuat sebarang aktiviti berbentuk ilmiah dan juga santai seperti di Rajah 4 dan 5. Aktiviti tersebut juga akan ditawarkan hadiah kepada para peserta yang menyertainya. Antara contoh aktiviti ialah pertandingan mewarna, pertandingan mencipta poster, kuiz, teka-teki dan perkongsian maklumat berkaitan COVID-19. Aktiviti ini mendapat sambutan bukan sahaja untuk penduduk di negeri Melaka malahan dapat sambutan dari perpustakaan desa negeri lain serta turut berkongsi maklumat yang dimuatnaik oleh kakitangan PEPRUSTAM. Jumlah aktiviti online dan perkongsian maklumat seperti di Jadual 3:-

Jadual 3: Statistik Aktiviti Gerakan Membaca dan Perkongsian Maklumat

BIL. PERPUSTAKAAN AKTIVITI ONLINE PERKONGSIAN MAKLUMAT

1. Negeri 985 4,978

2. Cawangan 876 5,765

3. Pekan 450 3,887

4. Komuniti 322 2,671

(6)

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

Pameran maya adalah digantikan dengan pameran perpustakaan ke agensi-agensi kerajaan dan swasta. PERPUSTAM selalu menerima permohonan mengadakan pameran perpustakaan setiap program atau aktiviti yang dijalankan di Melaka. PERPUSTAM mengambil inisiatif menyediakan maklumat atau pameran yang lebih kreatif dengan mereka bentuk poster lebih infografik kepada pengguna melalui Facebook PERPUSTAM seperti di Rajah 6. Bagi pameran maya di PERPUSTAM, ia mempunyai siri dan juga tema yang berbeza bagi setiap bulan. Selain itu, kakitangan juga ada membuat kuiz berdasarkan pameran maya yang telah dilaksanakan. Ia bertujuan untuk menggalakkan masyarakat khususnya di Melaka untuk membaca pameran tersebut dan menyertai kuiz yang dilaksanakan beserta dengan pemberian hadiah bagi peserta yang bertuah. Antara contoh pameran maya yang telah dilaksana dan dimuat naik melalui Facebook PERPUSTAM ialah Pameran Maya Siri 1 hingga 8 yang memaparkan maklumat mengenai sejarah dan perkembangan PERPUSTAM sejak awal penubuhannya hingga ke hari ini. Statistik pameran maya dapat dilihat seperti di Jadual 4.

Jadual 4: Statistik Pameran Maya PERPUSTAM.

BIL. PERPUSTAKAAN PAMERAN MAYA

1. Negeri 106

Rajah 4: Aktiviti Online Rajah 5: Perkongsian Maklumat

(7)

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021

Rajah 6: Pameran Maya berkenaan Masyarakat Baba Nyonya Melaka (Adat Perkahwinan)

Perpustakaan masih kekal relevan walaupun tidak melaksanakan pameran secara bersemuka di program ataupun aktiviti yang ada di Melaka. Inisiatif ini, mendapat galakan dan pengguna dapat berkongsi maklumat berkaitan pameran maya tersebut di Facebook mereka sendiri. Ia juga dapat memberi info-info yang berharga yang mempunyai nilai sejarah yang tersendiri. Ada diantara pengguna perpustakaan berkemungkinan tidak mengetahui info atau maklumat yang telah dipamerkan secara maya oleh kakitangan PERPUSTAM. Selain itu, ia dapat memberi nilai tambahan kepada PERPUSTAM untuk mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan sepanjang tempoh PKP.

RUMUSAN

Ingatlah janji Allah bahawa ‘sesungguhnya tiap-tiap kesulitan itu ada kemudahan’ (Surah Al : Insyirah ; 6) . Di sebalik kegusaran pihak perpustakaan sebagai pemudahcara cara kepada pemberian dan pencarian maklumat yang selama ini dimonopoli dengan konsep secara fizikal, kehadiran wabak covid-19 benar-benar menguji setiap kakitangan agar dapat mengubah kepada 360 darjah perkhidmatan dari konsep fizikal kepada konsep maya bagi memastikan peranan perpustakaan sentiasa relevan dan kewujudannya masih dapat dirasai oleh masyarakat.

Melalui perkhidmtan dalam norma baharu, kemampuan serta kompetensi Pustakawan, Penolong Pustakawan dan Pembantu Pustakawan dapat dinilai dari segi kemampuan serta usaha mereka menjalankan aktiviti secara dalam talian yang agak asing kepada mereka. Ketiadaan pilihan selain menjalankan aktiviti yang dirancang dan di usahakan berdasarkan usaha kreatif mereka benar-benar memunculkan kompetensi yang harapkan dalam budaya kerja kepustakawanan alaf baru.

RUJUKAN

Adam Zulkarnain Saleng & Ruzilah Ehsan. (2020). Perkhidmatan Digital PNM Semasa Pandemik Covid-19. Kuala Lumpur: Unit Penerbitan, Bahagian Komunikasi Korporat, Perpustakaan Negara Malaysia.

Arda Putri Winata, Raisa Fadelina & Sulistyo Basuki. (2021). New normal and library services in Indonesia: a case study of university libraries. Digital Library Perspectives, 37 (3): 77-84.

(8)

PTPM 2021: 14-18 JUN 2021 Haslinda Husaini. (2020). Pembelajaran Dalam Talian: Pengalaman Semasa Covid-19. Kuala Lumpur:

Unit Penerbitan, Bahagian Komunikasi Korporat, Perpustakaan Negara Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Manual Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah Versi 2.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian menunjukan terdapat empat indikator sikap toleransi, yaitu menghargai orang lain, menerima perbedaan, menghormati orang lain yang kondisinya

Penelitian ini menghasilkan perbandingan dari penggunaan sistem kanban tradisional dengan E-Kanban (Houti, El Abbadi, & Abouabdellah, 2017). Perbandingan penelitian ini

tumbuh liar di hutan dan berbuah umumnya satu tahun sekali dengan masa musim yang cukup pendek. Umumnya buah eksotik tersebut berasa asam manis dan dikonsumsi

Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan perbedaan kemampuan siswa berpikir reflektif dengan berpikir intuitif dan mendeskripsikan jenis kemampuan berpikir

Hasil perbandingan kinerja pada keempat grafik menunjukkan kinerja algoritma klasifikasi berdasar daerah pada SPRING 5.0.3 unggul karena menggunakan algoritma segmentasi

Tugas Akhir Karya Seni ini bertujuan untuk mendeskripsikan konsep, tema, bentuk, dan teknik penciptaan kriya logam, yaitu perhiasan. Karya ini mengangkat objek

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan dapat disimpulkan bahwa, manajemen usahatani salak organik dalam pelaksanaan kegiatan usahatani di Subak Abian

Berdasarkan beberapa pengertian tersebut dapat disimpulkan bahwa prestasi kerja adalah hasil kerja secara kualitas dan kuantitas yang dicapai oleh karyawan dalam suatu