1
Perspektif Yusuf Al-Qaradawi Dalam Zakat Pertanian: Satu Analisis
*Muhammad Ikhlas Rosele, **Luqman Hj Abdullah & **Mohd Anuar Ramli * Pelajar Pasca Siswazah, Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya** Pensyarah (PhD), Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Abstract
This article discusses on al-Qaradawi contribution in contemporary fiqh focusing on zakah of agricultural wealth. To achieve that stated objective, this paper will analyze his juristic perspectives on zakah of agricultural wealth in Fiqh al-Zakah. This paper focuses on four issues in zakah of agricultural wealth, which is products that are subject to zakah, nisab of agriculture, deduction of debts, kharaj and expenses and zakah on rented land. These findings are, al-Qaradawi perspectives on zakah of agricultural wealth is appropriate and relevant
nowadays, that’s because he tends to apply maslahah and ‘urf in his establishment of the hukm (jurisprudence). His juristic perspectives has been accepted in many fatwas in the Islamic world.
Keywords : zakah, zakah of agricultural wealth, Islamic law, contemporary fiqh, juristic perspectives
PENDAHULUAN
Al-Qaradawi merupakan salah seorang intelektual Islam yang begitu masyhur pada hari ini.
Beliau di antara pemikir Islam dan pendakwah yang tidak asing lagi di dalam dunia Islam masa kini. Beliau banyak menghasilkan karya-karya dalam pelbagai lapangan bidang antaranya bidang fiqh, akidah, akhlak, gerakan Islam, dakwah dan sebagainya.
Antara karya yang memberi sumbangan yang besar dalam lapangan fiqh semasa dan ekonomi umat Islam adalah kitab Fiqh al-Zakat. Di dalam kitab tersebut beliau telah melakukan perincian dan juga penjelasan sebagai penyelesaian bagi setiap isu semasa dan perbincangan yang berkaitan dengan zakat (Mushfiqur Rahman, 2003). Justeru itu, artikel ini cuba melihat dan menganalisis pemikiran hukum al-Qaradawi di dalam kitab tersebut, dengan
2
PENGENALAN KITAB F IQH AL-ZAKAT
Nama sebenar kitab ini adalah Fiqh al-Zakat, Dirasah Muqaranah li Ahkamiha wa Falsafatiha fi Dau’ al-Qur’an wa al-Sunnah (al-Qaradawi, 1994), yang bermaksud “Fiqh Zakat, Kajian Perbandingan Mengenai Hukum-Hukumnya, dan Falsafahnya Berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah”. Kitab ini asalnya adalah cetusan daripada tesis PhD al-Qaradawi ketika menyelesaikan pembelajaran beliau di peringkan Ijazah Kedoktoran di Universiti al-Azhar, Mesir pada tahun 1973. Tajuk tesis beliau ketika itu adalah al-Zakat wa Atharuha fi Hill al-Masyakil al-Ijtima’iyyah yang bermaksud “Zakat dan Pengaruhnya Dalam Menyelesaikan Masalah-masalah Sosial” (Ishom Talimah, 2001).
Kitab ini terdapat di dalam dua jilid. Ia membincangkan pekara yang berkaitan dengan zakat seperti, golongan yang berhak menerima zakat, golongan yang wajib membayar zakat, jenis-jenis zakat, nisab dan sebagainya. Secara ringkasnya pembahagian isi kandungan kitab ini adalah seperti di dalam jadual 1 berikut ;
Jadual 1 : Isi Kandungan Kitab F iqh al-Zakat
Jilid Pertama 1. Muqadimah
2. Bab Pertama Kewajipan zakat dan kedudukannya dalam Islam 3. Bab Kedua Siapakah golongan yang wajib membayar zakat?
4. Bab Ketiga Harta-harta yang wajib dikenakan zakat dan kadar-kadar yang perlu dikeluarkan darinya
Jilid Kedua 1. Bab Keempat Pengurusan harta zakat
2. Bab Kelima Cara perlaksanaan zakat
3. Bab Keenam Objektif zakat dan kesan-kesannya dalam kehidupan individu dan masyarakat 4. Bab Ketujuh Zakat Fitrah
5. Bab Kelapan Adakah pada harta itu ada kewajipan lain yang perlu ditunaikan selain zakat 6. Bab
Kesembilan
Zakat dan cukai
7. Penutup
3
Perbincangan mengenai zakat pertanian bagi kitab ini terkandung di dalam bab yang ketiga, iaitu bab yang membincangkan mengenai harta-harta yang wajib dikeluarkan padanya zakat dan penentuan kadarnya.
PERSPEKTIF AL-QARADAWI DALAM HUKUM ZAKAT PERTANIAN
Zakat pertanian umumnya adalah hak yang wajib ditunaikan sebanyak 10% atau 5% (mengikut kaedah pengairan) daripada hasil pertanian (yang tertentu), pada waktu hasil tersebut dituai (atau setelah dilakukan pentaksiran) yang mencukupi atau melebihi 5 ausuq. pengertian tersebut diolah oleh pengkaji bersandarkan pengertian zakat secara umum, iaitu “hak yang wajib ditunaikan dengan kadar tertentu dari pada harta tertentu, untuk golongan
tertentu pada waktu yang tertentu” (al-Buhuti, 2003 ; ‘Abdul Karim Zaidan, 1993).
Kewajipan zakat pertanian telah dinyatakan di dalam al-Quran antaranya surah Al-Baqarah (2) : 267 dan Surah Al-An’am (6) : 141, Hadis seperti riwayat al-Bukhari yang
bermaksud : “Pada apa-apa yang diairi (disirami) dengan air hujan, mata air atau air tanah (takungan) dikenakan (zakat) sebanyak 10% , sedangkan pada apa -apa yang diairi dengan
tenaga dikenakan (zakat) sebanyak 5%”dan ijma’ (al-Kasani, 2003).
Terdapat empat isu zakat pertanian yang menjadi tumpuan di dalam artikel ini, iaitu sumber pertanian yang wajib dikenakan zakat, nisab zakat pertanian, penolakan hutang, kharaj dan pembiayaan sebelum dikeluarkan zakat dan zakat bagi tanah yang disewakan.
a. Sumber Pertanian Yang Wajib Dikenakan Zakat
Dalam isu ini al-Qaradawi berpendapat bahawa semua yang dikeluarkan daripada bumi wajib
4
dan al-Sunnah, dan ianya juga bertepatan dengan hikmah pensyariatan zakat. Beliau menyebut:
“Pendapat inilah bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah, dan ianya juga seiring dengan hikmah pensyariatan zakat, tidaklah dikatakan suatu hikmah sekiranya Allah mewajibkan zakat kepada petani yang menanam barli dan gandum, dan mengecualikan (membayar zakat) pemilik kebun-kebun limau,
mangga ataupun epal” (al-Qaradawi, 1994)
Nas-nas yang terdapat di dalam al-Quran yang menyatakan kewajipan zakat pertanian adalah bersifat umum dan tidak menentukan dan mengkhususkan jenis sumber pertanian yang wajib dizakatkan sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah 2 : 267, dan surah
al-An’am 6 : 141. Begitu juga di dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Pada apa-apa yang diairi (disirami) dengan air hujan, mata air atau air tanah (takungan) dikenakan (zakat) sebanya k 10% , sedangkan pada apa-apa yang diairi dengan tenaga dikenakan (zakat) sebanyak 5%”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Pendapat al-Qaradawi ini adalah hasil penelitian beliau kepada perbincangan-perbincangan yang wujud di antara ulama’-ulama’ ketika membahaskan isu ini. Beliau telah mentarjihkan pendapat yang dikemukakan oleh Imam Abu Hanifah (al-Mirghinani, t.t.; Ibn
al-Humam, 2003) yang juga merupakan pendapat ‘Umar ‘Abdul ‘Aziz, Mujahid, al-Nakha’i (Ibn al-Humam, 2003) dan Hammad. Mereka berpendapat bahawa semua yang dikeluarkan daripada bumi yang bertujuan untuk menyuburkan tanah (memperoleh hasil) wajib untuk dikenakan zakat padanya (al-Qaradawi, 1994).
Al-Qaradawi juga menolak dan mengkritik pendapat-pendapat yang bercanggahan
5
kepada empat hasil pertanian sahaja (al-Maqdisi, Ibn Qudamah, 1992), kritikan beliau menjurus kepada hadis-hadis yang membataskan zakat pertanian kepada empat hasil pertanian, ini adalah kerana hadis-hadis tersebut tidak ada yang selamat dan bebas dari cacat. Sama ada hadis tersebut inqita’ ataupun sebahagian daripada perawinya dinilai da’if, dan sekiranya hadis tersebut boleh diterima adalah mustahil untuk membataskan kepada empat hasil pertanian tersebut untuk dikenakan zakat, dan berkemungkinan bahawa penentuan tersebut hanyalah sebagai contoh (sumber pertanian) bukan membawa pengertian yang benar, oleh kerana itu hadis ini tidak dijadikan hujah dalam menetukan sumber atau hasil pertanian yang dikenakan zakat oleh ulama’ empat mazhab (al-Qaradawi, 1994).
Seterusnya beliau mengkritik pendapat golongan yang mensyaratkan hanya hasil pertanian yang boleh disukat sahaja yang dikenakan zakat, pendapat ini didokong oleh Imam Ahmad (al-Maqdisi, Ibn Qudamah, 1992). Al-Qaradawi mengatakan bahawa hujah mereka ini
lemah, kerana hadis “Apa-apa yang kurang daripada 5 awsuq tidak dikenakan zakat”yang menjadi hujah mereka zahirnya menunjukkan nisab bagi buah-buahan dan bijian, bukan untuk menggugurkan kewajipan zakat ke atas hasil pertanian yang tidak boleh disukat (al-Qaradawi,
1994).
Seterusnya al-Qaradawi mempertikaikan golongan yang mensyaratkan bahawa hasil
pertanian yang dikenakan zakat mestilah berbentuk makanan asasi (pendapat Imam Malik dan Imam al-Syafi’i) (al-Syafi’i, 2002; al-Qurtubi, 2006; Ibn al-‘Arabi, 2003). Al-Qaradawi mengatakan pendapat ini tidak mempunyai asas dan sandaran, dan ia juga boleh dikira sebagai satu qiyas yang rosak (al-Qaradawi, 1994).
Al-Qaradawi seterusnya menolak pendapat yang mengecualikan tumbuhan hijau.
6
menjadi, contohnya tumbuhan yang kering dizakatkan apabila ia sudah kering, dan tumbuhan yang basah dizakatkan apabila ia sudah masak. Oleh kerana itulah kurma basah (rutab) yang belum menjadi kurma kering dan anggur yang belum menjadi kismis akan dizakatkan mengikut keadaannya (iaitu sebagai rutab dan anggur) (al-Qaradawi, 1994).
Al-Qaradawi juga bersetuju dengan sebahagian ulama’ yang mengambil zakat daripada
tumbuhan hijau mengikut nilainya bukan fizikalnya oleh kerana tumbuhan hijau cepat rosak dan busuk. Antara ulama’ tersebut adalah al-Zuhri, Maimun bin Mihran, al-Auza’i (Abu
‘Ubaid, 1989), Ata’ al-Khurasani, al-Sya’bi (al-Qarasyi, 1384H) dan selain mereka.
Tetapi terdapat sebahagian mereka menentukan kadar yang perlu dizakatkan adalah sebanyak 2.5% mengikut kadar zakat mata wang, dan perkara ini tidak dipersetujui oleh al-Qaradawi. Al-Qaradawi berpendapat nilai kadar zakat yang perlu dikeluarkan adalah 5%
ataupun 10% sesuai dengan kadar zakat pertanian, asasnya adalah zakat menggunakan nilai bagi tumbuhan hijau itu merupakan ganti atau alternatif bagi zakat pertanian, dan ia mengambil hukumnya, berasaskan kaedah pengganti tetap sama hukumnya dengan yang digantikan (al-Qaradawi, 1994).
b. Nisab Zakat Pertanian
Dalam isu ini terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama’. Perbezaan pendapat yang terdapat di dalam isu ini berlaku dalam beberapa aspek. Aspek yang menjadi tumpuannya adalah perbezaan ulama’ dalam perakuan terhadap adanya nisab dalam zakat pertanian.
7
Menurut al-Qaradawi nisab dalam zakat pertanian adalah sebagai satu kayu ukur
dalam menentukan had kekayaan seseorang itu sehingga dia wajib mengeluarkan zakat. Beliau juga menyatakan sekiranya tidak ada nisab di dalam zakat pertanian jelas ianya bertentangan dengan objektif syariah secara umum, dan apa yang lebih utama adalah, ia telah bertentangan dengan sebuah hadis sahih (al-Qaradawi, 1994), sabda Nabi SAW :
Ertinya : “Apa-apa yang kurang daripada 5 awsuq tidak diwajibkan zakat”
(Hadis muttafaq ‘alaih)
Pendapat al-Qaradawi ini sejajar dengan pendapat yang dikemukakan oleh jumhur ulama’. Oleh kerana itulah beliau telah menguatkan pendapat yang didokong oleh jumhur ulama’ yang mana menetapkan nisab pada hasil pertanian untuk dikenakan zakat sebanyak 5
awsuq (Ibn Rusyd, 2009 ; al-Syirazi, 1995 ; al-Maqdisi, Ibn Qudamah, 1992). Al-Qaradawi telah menolak pendapat Imam Abu Hanifah yang menyatakan bahawa zakat terhadap hasil
pertanian diwajibkan sama ada jumlahnya sedikit ataupun banyak (al-Kasani, 2003). Pendapat Imam Abu Hanifah adalah berasaskan keumuman ayat al-Quran dan juga hadis Nabi SAW
yang tidak menyatakan perlunya nisab dalam hasil pertanian yang perlu dizakatkan (al-Kasani,
2003), dan berpegang dengan kaedah apabila sumber zakat itu tidak mempunyai haul maka ia juga tidak mempunyai nisab (al-Maqdisi, Ibnu Qudamah, 1992).
8
dinukilkan oleh Ibnu Munzir dan selainnya (al-Nawawi, t.t.). Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Satu wasaq itu bersamaan dengan 60 sa’”
(Hadis riwayat Ibn Majah)
Timbul pula persoalan dalam menentukan saiz besarnya satu sa’. Ulama’ bersepakat dalam sukatan sa’ yang dipakai adalah sukatan sa’ Madinah, tetapi mereka berbeza dalam mengenalpasti besarnya satu sa’ tersebut. Al-Qaradawi berpendapat satu sa’ adalah bersamaan dengan 5 1/3 kati Baghdad (al-Qaradawi, 1994). Pendapat beliau ini berasaskan beberapa bukti, antaranya Imam Malik sendiri telah menakar sendiri besar sa’ penduduk Madinah yang masih kekal sehingga zaman beliau. Abu Yusuf juga telah menakar sendiri besar sa’ penduduk
madinah ketika beliau selesai menunaikan haji, sehingga beliau menukar pendapatnya dengan menerima pendapat penduduk Madinah (al-Baihaqi, 2003).
Pendapat al-Qaradawi ini juga adalah merupakan pendapat ulama’ fiqh Hijaz iaitu satu sa’ adalah bersamaan dengan 5 1/3 kati (al-ritl) Baghdad (al-Dasuqi, 1980 ; al-Nawawi, 2003), berbeza dengan ulama’ fiqh Iraq yang mana mereka berpendapat satu sa’ adalah bersamaan
dengan 8 kati Baghdad (Ibn al-Humam, 2003). Berdasarkan bukti yang beliau kemukakan di atas itulah yang membuatkan beliau menerima pendapat ulama’ fiqh Hijaz.
9
Sebagai contoh, nisab bagi tebu adalah mengikut nilai 5 awsuq padi atau dalam kilogram adalah lebih kurang 653 kg padi yang mempunyai harga yang sederhana.
Asas pendapat al-Qaradawi ini adalah merupakan pendapat Abu Yusuf. Abu Yusuf
berpendapat bahawa nisab hasil pertanian yang tidak disukat hendaklah mengikut nilai harga terendah 5 awsuq hasil pertanian yang boleh disukat di pasaran (al-Kasani, 2003). Tetapi al-Qaradawi tidak bersetuju dengan penggunaan nilai harga terendah bahkan hendaklah mengikut
nilai harga sederhana hasil pertanian tersebut di pasaran. Pekara itu adalah untuk menjaga dua kepentingan iaitu, kepentingan fakir miskin dan kepentingan pemilik kekayaan (Al-Qaradawi,
1994), ini adalah kerana al-Qaradawi menitik beratkan maqasid dan maslahah dalam proses menentukan hukum.
c. Penolakan Hutang, Kharaj Dan Pembiayaan Sebelum Dikeluarkan Zakat
Sebelum zakat dikenakan ke atas hasil pertanian, adakah hutang, bayaran kharaj dan segala bentuk pembiayaan perlu ditolak atau tidak menjadi perbincangan dalam kalangan ulama’. Berkenaan dengan hutang al-Qaradawi berpendapat bahawa ianya hendaklah ditolak terlebih dahulu sebelum zakat dikenakan ke atas hasil pertanian (al-Qaradawi, 1994).
Al-Qaradawi sebenarnya bersependapat dengan Abu ‘Ubaid yang memilih pendapat Ibnu ‘Umar dan orang-orang yang bersependapat dengannya. Ibnu ‘Umar berpendapat hutang
10
Berkenaan dengan kharaj, menurut al-Qaradawi ianya hendaklah ditolak terlebih dahulu sebelum zakat dikenakan ke atas hasil pertanian. Al-Qaradawi membawa beberapa riwayat dari ulama’ salaf yang berpendapat bahawa kharaj perlulah ditolak terlebih dahulu
kemudian barulah dikeluarkan zakat dari bakinya sebagai pendokong kepada pendapat beliau. Antaranya adalah, apa yang diriwayatkan Abu ‘Ubaid dari Ibrahim Abu ‘Abalah, bahawa ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz pernah mengirim surat kepada Abdullah bin ‘Auf, gabenor di
Palestin, berkenaan orang-orang yang memiliki tanah yang harus dibayar pajak (jizyah) agar mengeluarkan pajak terlebih dahulu dan kemudian dibayar zakat dari lebihan yang ada (Abu ‘Ubaid, 1989). Pendapat ini juga adalah pendapat Sufyan bin Sa’id (al-Qarasyi, 1384H).
Al-Qaradawi hakikatnya menguatkan dan menerima pendapat Imam Ahmad yang
menyatakan bahawa kharaj adalah hak tanah yang dapat mengurangkan jumlah zakat yang perlu dikeluarkan. Pendapat ini juga adalah pendapat Ibnu ‘Abbas dan Ibnu ‘Umar berkenaan keharusan melangsaikan pembiayaan tanaman dan selebihnya barulah dikeluarkan zakat (
al-Maqdisi, Ibnu Qudamah, 1992). Di samping itu, al-Qaradawi juga menyebut bahawa jumhur
ulama’ menyamakan kedudukan sewa tanah dengan kharaj, dan ini bermakna jumhur ulama’
berpendapat bahawa kharaj hendaklah dikeluarkan dahulu kemudian baki yang tinggal dari hasil pertanian tersebut hendaklah dizakatkan sama ada 10% ataupun 5% (al-Qaradawi, 1994).
Seterusnya adalah berkenaan dengan pembiayaan tanah, apakah perlu dikeluarkan terlebih dahulu seperti kharaj dan hutang kemudian baru dizakatkan lebihan hasil pertanian tersebut. Contoh pembiayaan disini ialah pembelian baja, racun serangga, penyiraman, membajak tanah, memetik dan sebagainya.
11
pendapat yang dikeluarkan oleh para ulama’ salaf adalah yang paling jelas dan tegas. Pendapat
mereka adalah hendaklah pembiayaan dikeluarkan terlebih dahulu kemudian barulah lebihan hasil tersebut dizakatkan, tidak kira pembiayaan itu dalam bentuk hutang atau bukan (al-Qaradawi, 1994). Al-Qaradawi juga tidak menyokong pendapat yang dikemukakan oleh Ibn Hazm. Menurut Ibn Hazm:
“Tidak harus untuk memasukkan pembiayaan yang telah dikeluarkan dalam proses penanaman, memetik hasil, mengumpul hasil, biaya mengkaji tanaman, membaja, menggali, biaya proses pengasingan dan sebagainya dalam perhitungan zakat. maka semua itu digugurkan dalam perhitungan zakat, sama ada pembiayaan itu dikeluarkan dalam bentuk hutang atau tidak, ataupun sama ada pembiayaan itu untuk seluruh hasil tanaman ataupun tidak. Tetapi pekara ini terdapat perbezaan dalam kalangan ulama’ salaf” (Ibn Hazm, 1349H)
Al-Qaradawi juga membawa riwayat yang berpendapat bahawa pembiayaan perlulah
ditolak terlebih dahulu. Antaranya adalah yang diriwayatkan daripada Isma’il bin Malik ( al-Qarasyi, 1384H), dan Ata’ (Ibn Hazm, 1349H).
Al-Qaradawi menjelaskan berkenaan mengapa pembiayaan ini perlu ditolak dan
mengapa ia tidak dimasukkan ke dalam penentuan 10% atau 5%. Sememangnya penentuan zakat sama ada 10% dan 5% dilihat dari usaha menghilangkan kesusahan dan titik peluh yang dikeluarkan dalam mengairi tanaman, tetapi pembiayaan-pembiayaan lain tidak terdapat nas-nas yang menetapkannya mahupun melarangnya. Tetapi menurut semangat jiwa syariah menentukan bahawa perlu ditolak pembiayaan-pembiayaan lain sebelum menentukan kadar zakat (al-Qaradawi, 1994).
Al-Qaradawi mengemukakan dua alasan yang menyokong pernyataan beliau itu.
12
mempengaruhi menurut pandangan syariah, ia dapat mengurangkan kadar zakat, contohnya mengairi tanaman dengan menggunakan bantuan peralatan yang mengakibatkan kadar yang dikenakan zakat pada hasil pertanian hanya 5% sahaja. Kadang-kadang ia boleh menggugurkan kewajipan zakat, contohnya pada binatang ma’lufah iaitu binatang yang dipelihara dalam kandang dan diberi makan. Maka tidak janggallah pembiayaan dapat menggugurkan sebahagian hasil pertanian daripada dikenakan zakat. Kedua, pada hakikatnya subur itu adalah pertambahan, dan tidak dikira harta itu bertambah sekiranya jumlah pembiayaan sama besar dengan hasil yang diperoleh (al-Qaradawi, 1994).
d. Zakat Bagi Tanah Yang Disewakan
Apabila seorang pemilik tanah yang digunakan untuk pertanian, telah menyewakan tanahnya kepada orang lain dengan mengambil sewa berbentuk mata wang, maka persoalan yang timbul siapakah yang perlu membayar zakat, adakah pemilik tanah kerana pemilikannya terhadap tanah tersebut dan mendapat keuntungan atas sewaannya ataupun orang yang menyewa, kerana secara zahir dialah yang mengusahakan tanah dan tanaman dan yang mengeluarkan hasil dari tanah tersebut.
Al-Qaradawi berpendapat bahawa pemilik dan penyewa kedua-dua mereka perlu
mengeluarkan zakat. Menurut beliau zakat pertanian diwajibkan ke atas tanah dan ke atas hasil pertanian, bukan ke atas salah satu daripada dua perkara tersebut. Ini bermakna pemilik tanah dan penyewa hendaklah mengeluarkan zakat pertanian (al-Qaradawi, 1994).
Pendapat beliau ini adalah hasil gabungan dua pendapat yang berbeza, iaitu pendapat Imam Abu Hanifah dan Jumhur. Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa zakat hanya
13
pertanian (‘usyr) diwajibkan ke atas tanah yang mengeluarkan hasil bukan ke atas bijian ataupun hasil pertanian (al-Sarakhsi, 1978 ; al-Maqdisi, Ibnu Qudamah, 1992 ; al-Mawardi, 1999), alasan lain adalah kerana ‘usyr dikenakan ke atas manfaat dari tanah, dan manfaat dari tanah itu sebenarnya di serahkan kepada penyewa dalam bentuk bayaran sewa, dan sewa adalah ganti kepada manfaat yang diperoleh dari tanah. Oleh kerana itu zakat dikenakan ke atas pemilik tanah, berasaskan kaedah hukum perkara yang menggantikan mengambil hukum perkara yang digantikan (al-Sarakhsi, 1978). Manakala jumhur pula berpendapat bahawa zakat hanya dikenakan keatas penyewa, oleh kerana zakat diwajibkan ke atas hasil tanaman bukan tanah yang mengeluarkan hasil tanaman itu (al-Mawardi, 1999 ; Ibn Rusyd, 2009 ; al-Maqdisi, Ibnu Qudamah, 1992)
Idea kepada pendapat al-Qaradawi ini telah disebutkan oleh Ibnu Rusyd ketika menjelaskan asas perbezaan Imam Abu Hanifah dan Jumhur. Ibn Rusyd menjelaskan sebab
perbezaan pendapat dua golongan tersebut adalah penentuan sama ada zakat itu merupakan hak tanah ataupun hak hasil tanaman ataupun hak keduanya. Tetapi tidak ada yang berpendapat bahawa ia merupakan hak keduanya. Sedangkan ia adalah hak keduanya (iaitu hak tanah dan hak hasil tanaman). Mereka berpendapat bahawa zakat mestilah merupakan hak salah satu antara keduanya, perbezaan yang timbul adalah yang mana satukah di antara dua perkara itu lebih utama untuk dikenakan zakat. Maka jumhur berpendapat bahawa zakat dikenakan atas hasil tanaman, dan Abu Hanifah berpendapat bahawa zakat dikenakan atas
asal kepada benih iaitu tanah (Ibn Rusyd, 2009).
14
juga telah mengemukakan cara dan kaedah kiraan bagi pemilik tanah dan penyewa mengeluarkan zakat. Berikut adalah cara dan kaedah kiraan yang dikemukakan oleh al-Qaradawi ;
Permulaannya, sewa yang dikenakan ke atas penyewa hendaklah ditolak sebagai hutang yang ditanggung oleh pembayar zakat.Ini bermakna hasil pertanian hendaklah ditolak dengan segala hutang yang ditanggung dan pembiayaan, dan kemudian barulah dikeluarkan zakat dari bakinya apabila telah cukup nisab sama ada sebanyak 10% ataupun 5%.
15
tidak mencukupi nisab maka zakat tidak lagi diwajibkan keatas penyewa. Ringkasan pengiraan zakat yang dikenakan ke atas penyewa adalah seperti berikut :
Jadual 2 : Pengiraan zakat bagi penyewa
Pengiraan zakat bagi penyewa :
100 Irdab (400 Junaih) (Hasil pertanian dalam masa 10 bulan)
- 50 Irdab (200 Junaih) (Sewa tanah)
- 10 Irdab (40 Junaih) (Kos pembiayaan)
---
40 Irdab (160 Junaih)
---
(Baki mencukupi nisab untuk dikenakan zakat)
Maka zakat wajib dikenakan sama ada 10% atau 5% daripada baki
Sumber : Analisis dari Kitab Fiqh al-Zakah
Mengenai pemilik tanah pula ia tidaklah wajib mengeluarkan zakat daripada hasil pertanian itu tetapi dia wajib mengeluarkan zakat daripada sewa yang diperolehi daripada penyewa yang mengusahakan tanah dan tanaman. Apabila duit sewa yang diperoleh itu mencukupi nisab (iaitu sebanyak RM 1470.15) maka dia wajib mengeluarkan zakat sebanyak 10% ataupun 5% daripada duit sewa yang diperoleh tersebut. Sekiranya terdapat hutang yang ditanggung, membayar kharaj, ataupun sara hidup, pemilik hendaklah menolak kesemuanya itu terlebih dahulu sebelum mengeluarkan zakat (al-Qaradawi : 1994). Ringkasan pengiraan
16
Jadual 3 : Pengiraan zakat bagi tuan tanah
Pengiraan zakat bagi tuan tanah:
50 Irdab (200 Junaih) (Hasil kutipan sewa daripada penyewa)
- 10 Irdab (40 Junaih) (Cukai tanah)
---
40 Irdab (160 Junaih)
---
(Baki mencukupi nisab untuk dikenakan zakat)
Maka zakat wajib dikenakan sama ada 10% atau 5% daripada baki Sumber : Analisis dari Kitab Fiqh al-Zakah
Al-Qaradawi menyatakan bahawa pendapatnya itu lebih sesuai dengan prinsip keadilan
dan toleransi. Penyewa membayar zakat hasil dari tanaman dan buah-buahan yang dikurniakan Allah kepadanya setelah ditolak sewa, hutang dan pembiayaan-pembiayaan lain, manakala pemilik pula membayar zakat hasil keuntungan yang diperolehinya daripada tanah yang disewakannya itu apabila telah ditolak hutang, kharaj dan selainnya. Dengan pertimbangan kewajipan yang adil itulah beliau telah mengambil apa yang terbaik dari pendapat Abu Hanifah dan apa yang terbaik dari pendapat jumhur. Zakat dikenakan berasaskan pemilikan
masing-masing maka tidak timbul persoalan membayar dua zakat pada sumber yang sama (al-Qaradawi, 1994).
PENUTUP
17
nas-nas yang umum selagi mana tidak ada nas lain yang mengkhususkannya, berpegang dengan ijma’ yang diyakini keabsahannya dan melihat kepada maqasid dan maslahah dalam dalam penetapan hukum. Beliau juga melakukan pentarjihan dengan memilih pandangan yang kuat di samping tidak taksub dengan satu-satu mazhab.
Dalam penetapan hukum yang berkaitan zakat khususnya, beliau turut meraikan realiti semasa dan setempat. Misalnya dalam sumber pertanian yang dikenakan zakat, beliau berpegang dengan umum nas dan tidak menentukan atau mengkhususkan jenis sumber pertanian yang wajib dizakatkan. Ini bagi mengambil kira berbagai-bagai jenis lagi pertanian yang berbeza antara satu kawasan dengan yang lain. Justeru, pandangan beliau adalah relevan dan mampu menyelesaikan isu zakat kontemporari.
RUJUKAN
Abu ‘Ubaid, al-Qasim bin Salam (1989). Kitab al-Amwal. Beirut : Dar al-Syuruq. Al-Baihaqi (2003). Al-Sunan al-Kubra. Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah.
Al-Buhuti, Mansur bin Yunus (2003). Kasyaf al-Qina’ ‘an Matn al-Iqna’. Riyad : Dar ‘Alam al-Kutub.
Al-Dasuqi, Muhammad bin Ahmad (1980). Hasiyat al-Dasuqi ‘ala Syarh al-Kabir. Dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah
Ibn al-‘Arabi (2003). Ahkam al-Qur’an. Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah. Ibn al-Humam (2003). Fath al-Qadir. Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah. Ibn Hazm (1349H). Al-Muhalla. Mesir : al-Taba’ah al-Muniriyah.
18
Ishom Talimah (2001). Manhaj Fikih Yusuf al-Qaradhawi, (Samson Rahman, terj). Jakarta : Pustaka al-Kautsar.
Al-Kasani, Abu Bakr bin Mas’ud (2003). Badai’ al-Sanai’ fi Tartib Syarai’. Beirut : Dar
al-Kutub al-‘Ilmiyah
Al-Maqdisi, Ibn Qudamah (1992). Al-Mughni. Kaherah : Hajr.
Al-Mawardi (1999). Al-Hawi al-Kabir. Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah.
Al-Mirghinani, ‘Ali bin Abu Bakr (t.t). Bidayat al-Mubtadi. Kaherah : Matba’ah al -Futuh.
Mushfiqur Rahman (2003). Zakat Calculation. United Kingdom: The Islamic Foundation.
Al-Nawawi, Yahya bin Syaraf (2003). Raudah al-Talibin. Riyadh : Dar ‘Alam al-Kutub. Al-Nawawi, Yahya bin Syaraf (t.t.). Al-Majmu’ Syarh al-Muhadhdhab. Jeddah :
Maktabah al-Irsyad.
Al-Qaradawi. (1994) Fiqh al-Zakat. Kaherah : Maktabah Wahbah.
Al-Qarasyi, Yahya bin Adam (1384H). Kitab al-Kharaj. Kaherah : Al-Matba’ah As
-Salafiyyah.
Al-Qurtubi (2006). Al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an. Beirut : Mu’asasah al-Risalah. Al-Sarakhsi, Syams al-Din (1978). Al-Mabsut. Beirut : Dar al-Ma’rifah.
Al-Syafi’i (2002). Al-Umm. Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah.
Al-Syirazi, Ibrahim bin ‘Ali (1995). Al-Muhadhdhab. Beirut : Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah. Zaidan, ‘Abd al-Karim (1993). Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar’ah wa al-Bait al-Muslim.