• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap Kemahiran ICT di Kalangan Pelajar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Tahap Kemahiran ICT di Kalangan Pelajar"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

PPI-UTM TESIC 2013

Technology, Education, and Science International Conference (TESIC)

Tahap Kemahiran ICT di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah

(Satu Tinjauan Awal)

KhairulHasni Abdul Kadir

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 43600, Selangor, Malaysia

Abstract

This study was conducted to assess the level of ICT skills among the students of a secondary school in the district of Hulu Langat. A total of 50 students were boy and girl were involved in this study. Descriptive statistics and t-test method was used to analyze the findings. This study shows that the level of their ICT skills to use the internet and computers is at moderate level, and for mobile applications in access and download information at a high level. The analysis also showed no significant difference in the level of students' ICT skills between boy and girl respondents. This indicates, ICT skills among students has shown positive development and a paradigm shift for teachers to integrate ICT in teaching and learning in schools.

Keywords: ICT skills; ICT facilities; Students and ICT;

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap kemahiran ICT di kalangan pelajar-pelajar sebuah sekolah menengah di Daerah Hulu Langat. Seramai 50 orang pelajar yang terdiri daripada lelaki dan perempuan telah terlibat dalam kajian ini. Statistik deskriptif dan kaedah ujian-t telah digunakan untuk menganalisis dapatan kajian. Kajian ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran ICT mereka untuk penggunaan internet dan komputer adalah sederhana, dan untuk aplikasi telefon bimbit dalam mengakses dan muat turun maklumat adalah pada tahap tinggi. Analisis juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dari segi tahap pelajar terhadap kemahiran ICT di antara responden lelaki dan perempuan. Ini menunjukkan, kemahiran ICT di kalangan pelajar sudah menunjukkan perkembangan yang positif dan memberi satu anjakan paradigma kepada guru-guru untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Keywords: Kemahiran ICT; Kemudahan ICT;Pelajar dan ICT;

1. Pengenalan

Proses globalisasi dan perindustrian telah memberikan kesan sama ada positif atau negatif ke atas gaya kehidupan di alaf 21 ini. Ia telah menjadikan dunia moden kini dilengkapi dengan teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT sebagai medium dalam proses kehidupan termasuklah bidang pendidikan. Kemajuan pendidikan di negara Malaysia juga semakin dipengaruhi oleh penggunaan ICT dalam proses P & P, sehubungan itu, setiap murid perlu dibekalkan dengan segala kemahiran yang ada melalui pendekatan ICT bagi bagi melahirkan generasi muda yang berketrampilan agar mampu bersaing di peringkat global.

(2)

KhairulHasni Abdul Kadir. Tel.: +60-012-353-1605

E-mail address: khairulhasni@siswa.ukm.edu.my

Menurut Oldham (2003), penggunaan ICT berupaya menunjukkan konsep abstrak secara visual dan seterusnya membantu pelajar memahami konsep yang abstrak dengan menggunakan model, simulasi, permainan, video dan penjelajahan multimedia. Begitu juga dalam pendidikan subjek sains seperti Biologi, Kimia dan Fizik, guru-guru sains berpotensi dalam membangunkan pembelajaran menggunakan ICT dengan cara yang berkesan ke arah usaha untuk meningkatkan pemahaman pelajar (Val Oldham 2003). Hasil kajian oleh Hamzah dan rakan-rakan (2010) bagi penggunaan ICT dalam pembelajaran Pendidikan Islam, menunjukkan sebilangan besar pelajar (melebihi 70%) bersikap positif terhadap penggunaan komputer dan berpeluang menggunakannya untuk mempelajari subjek ini. Penggunaan e-pembelajaran bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dalam institut pendidikan telah berkembang pesat seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. E-pembelajaran (E-learning) merupakan kaedah alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran di mana ia menggunakan semua media elektronik, termasuk Internet, rangkaian, audio / video, pita, dan CD-ROM (Thanakorn Wangpipatwong 2009). Kemunculan

E-pembelajaran 2.0 pula menggambarkan beberapa perkembangan, trend dan pandangan, yang memerlukan perubahan dari pengajaran kepada pembelajaran. Ciri-ciri E-learning 2.0 ialah menggunakan perisian sosial dan pembelajaran, yang boleh digabungkan keperluan individu di mana pembelajaran dan penyertaan saling berhubung. Malah, E-pembelajaran Web 2.0 boleh digunakan untuk membangunkan hasil E-pembelajaran dengan cara kerjasama dan komunikasi, menyusun persekitaran pembelajaran mengikut cita rasa sendiri dan memahami keseluruhan internet sebagai sumber pembelajaran (Ehlers, 2009). Teknologi multimedia memainkan peranan yang penting bgi membantu pelajar memahami konsep-konsep yang sukar serta bersifat abstrak (King-Dow Su, 2008). Ia telah banyak digunakan oleh guru sebagai salah satu bahan bantu mengajar yang efektif. Malah penggunaannya mampu meningkatkan pencapaian pelajar dalam sesuatu subjek yang dipelajari, sebagai contohnya dalam tajuk Elektrokimia (Tien Tien Lee & Kamish Osman 2012).

Oleh itu, kajian tinjauan awal ini dilakukan untuk melihat tahap kemahiran ICT, amalan dan tujuan penggunaan internet seperti untuk berkomunikasi, berhibur dan mencari maklumat. Ia juga ingin mendapatkan maklumat berkaitan kemahiran penggunaan telefon bimbit untuk pelbagai tujuan (multi-tasking) sama ada untuk berkomunikasi, bermain game atau memuat turun/naik bahan, kekerapan melayari internet dan melihat perbezaan tahap kemahiran ICT di kalangan pelajar lelaki dan perempuan.

Kajian tinjauan awal ini dilakukan dengan tujuan untuk :

i. Melihat tahap kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan

ii. Melihat hubungan antara tahap kemahiran ICT dengan jantina pelajar 2. Metodologi Kajian

Penyelidikan yang dijalankan ini berbentuk kajian tinjauan jangka pendek. Pengumpulan data ialah dengan menggunakan borang soal selidik yang dijawab sendiri oleh responden.

2.1. Populasi dan sampel kajian

(3)

2.1.1. Kebolehpercayaan Instrumen

Nilai alpha yang diperoleh bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen soal selidik bagi mengukur kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ialah 0.850. Ini bermakna instrumen boleh diterima dan diguna pakai dalam tinjauan awal ini.

3. Dapatan Kajian

Data demografi menunjukkan responden perempuan seramai 23 orang (50%), manakala responden lelaki seramai 23 orang (50%). Taburan umur responden yang terlibat dalam tinjauan kajian ini berumur antara 13 hingga 15 tahun dengan 23 orang atau 50% dan diikuti dengan responden yang berumur antara 16 hingga 19 tahun dengan 23 orang atau 50%. Seterusnya bangsa responden terdiri daripada Melayu, Cina, India dan lain-lain dengan bilangan responden berbangsa Melayu tertinggi iaitu seramai 31 orang atau 62%, di mana majoriti responden kajian adalah dari bangsa Melayu. Kebanyakan responden mempunyai kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sama ada di rumah atau di sekolah. Peratus yang tinggi iaitu 96% menunjukkan responden memiliki komputer di rumah dan 92% pula mempunyai sambungan interent di rumah. Secara keseluruhannya, dapatan ini menunjukkan kemudahan ICT sudah semakin meluas digunakan sama ada di sekolah atau di rumah.

Jadual 1. Tahap Kemahiran ICT

(4)

kurang mahir dalam membuat blog (min 2.42), ini mungkin mereka belum mendapatkan pendedahan secara formal dalam membina blog. Untuk kemahiran menggunakan perisian dalam komputer pula, responden menguasai kemahiran menggunakan perisisan microsoft word (min 3.24) dan membuat folder baru (min 3.56). Walau bagaimanapun, responden masih kurang dalam menggunakan perisian excel (min 2.70), mengubah format jenis fail (min 2.68) dan menggunakan CD perisian pembelajaran (min 2.68), ini mungkin kerana kurangnya pendedahan terhadap penggunaan tersebut dalam pembelajaran. Seterusnya ialah kemahiran menggunakan telefon bimbit (smart phone) di mana semua responden menguasai kesemua kemahiran ini iaitu, menghantar mesej pesanan ringkas (min 3.78), bermain game (min 3.78), menetapkan aplikasi wifi (min 3.58), menggunakan wifi/internet prepaid (min 3.46) dan memuat turun/naik bahan daripada internet (min 3.30). Perhatian yang perlu diambil penting mengenai skor tahap kemahiran ialah seperti berikut, skor 4.5 – 5.0 menunjukkan tahap kemahiran ICT yang sangat tinggi, skor 3.5 – 4.4 mencerminkan tahap kemahiran yang tinggi, skor 2.5 – 3.4 menunjukkan tahap sederhana, skor sebanyak 1.5 – 2.4 menandakan rendah tahap kemahiran, dan nilai yang kurang daripada 1.4 menunjukkan hampir tidak ada kemahiran ICT (Irfan & Noor Afidah, 2012).

Jumlah min keseluruhan responden berada pada tahap sederhana bagi kemahiran menggunakan internet (min 3.17) dan kemahiran menggunakan komputer (min 2.97). Manakala kemahiran menggunakan telefon bimbit (smart phone) pula adalah pada tahap yang tinggi (min 3.58). Secara keseluruhannya, semua responden mempunyai kemahiran terhadap penggunaan ICT di mana jumlah skor min melebihi 1.4 bagi skor tiada kemahiran ICT. Ini menunjukkan pelajar sudah celik ICT dan berupaya menggunakan kemahiran mereka jika ICT dapat diintegrasikan dalam P&P, malah ia dapat membantu pelajar menjadi lebih baik (Hamzah et al, 2010). Untuk tujuan penggunaan internet oleh responden mencatatkan min tertinggi bagi tujuan untuk berhibur (3.36) diikuti untuk mendapatkan maklumat (min 3.20) dan untuk berkomunikasi melalui laman sosial (min 3.12). Manakala min terendah bagi tujuan penggunaan internet ialah bermain game (min 2.38) dan pembelajaran (min 2.28).

Responden juga ditanya mengenai peningkatan sikap baik terhadap penggunaan internet, 13 orang atau 56.52% responden lelaki bersetuju menyatakan bahawa penggunaan internet menjadikan sikap mereka semakin baik manakala 7 orang atau 25.92% bagi responden perempuan. Bagi yang tidak bersetuju pula, didapati 2 orang atau 8.70% daripada responden perempuan dan 3 orang atau 11.11% adalah responden lelaki.

Bagi bilangan akaun laman sosial yang dimiliki oleh setiap pelajar, didapati peratus tertinggi adalah daripada responden perempuan (13 orang atau 48.15%) yang mempunyai dua akaun laman sosial, manakala untuk tiga akaun laman sosial, responden lelaki mencatatkan peratus sebanyak 26.09% ( 6orang) iaitu melebihi responden perempuan (4 orang atau 14.81%). Ini menunjukkan bahawa majoriti responden mahir dalam tujuan komunikasi dalam rangkaian laman sosial terutamanya Facebook dan Twitter dan ini bukanlah merupakan satu benda yang baharu kerana e-pembelajaran Web 2.0 lebih bercirikan interaktif, kolaboratif dan reflektif (Ehlers 200).

Keputusan ujian-t dijalankan bagi menentukan perbezaan kemahiran ICT antara pelajar lelaki dan perempuan. Keputusan ujian-t sampel bebas menunjukkan nilai p>0.05 iaitu 0.595. Ini bermakna tidak terdapat perbezaan kemahiran ICT antara pelajar lelaki dan perempuan, t(48)= -0.536, p>0.05). Maka, tahap kemahiran penggunaan ICT boleh dikuasai oleh kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan. Oleh yang demikian, tiada masalah berkenaan jantina dalam penggunaan ICT, ini selari dengan dapatan oleh Irfan & Noor Afidah (2012) dalam kajiannya di empat buah sekolah menengah di utara Semenanjung Malaysia

4. Kesimpulan

(5)

tinjauan awal ini akan dapat membantu guru-guru untuk mengintegrasikan ICT dalam P & P mereka, malah proses pengintegrasian ini memerlukan komitmen yang tinggi kerana ia satu proses yang berterusan (Nor Izah & Norazah, 2008).

Rujukan

Claro, M., Preiss, David D., Ernesto S.M., Jara, I., J. Enrique, H., Susana, V., Flavio, C & Nussbaum, M. (2012). Assessment of 21st century ICT skills in Chile: Test design and results from high school level students.

Computers & Education, 59(3):1042-1053.

Ehlers, U. D.( 2009). Web 2.0 – e-learning 2.0 – quality 2.0? Quality for new learning cultures. Quality Assurance in Education, 17(3), 296–314.

Hamzah, M.I., Embi, M.A & Ismail, A. (2010). ICT and Diversity in Learners’ Attitude on Smart School Initiative. Procedia - Social and Behavioral Sciences7:728-737.

Kementerian Pelajaran Malaysia. ( 2012). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Lee, T.T. & Osman K. (2012). Interactive Multimedia Module in the Learning of Electrochemistry: Effects on Students’ Understanding and Motivation. Procedia - Social and Behavioral Sciences. 46: 1323-1327 Mohd Salleh N.I & Mohd Nordin N. (2008). Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Isu dan Cabaran dalam Pengintegrasian ICT dalam Pendidikan, Penyelidikan, Amalan dan Aplikasi. Editor: Norazah Mohd Nordin dan Mohamed Amin Embi. Karisma Publication Sdn.Bhd. Selangor.

Oldham, Val. (2003). Effective use of ICT in secondary science: guidelines and case studies. School science review, 84: 53-60.

Su, King-Dow. (2008). An integrated science course designed with information communication technologies to enhance university students’ learning performance. Computers & Education, 51(3): 1365-1374.

Thanakorn Wangpipatwong & Borworn Papasratorn. (2009). The Influence of Constructivist E-Learning System on Student Learning Outcomes in Information Communication Tecnologies for Enhanced Education and Learning. Lawrence Tomei. Information Science Refernce. United States of America.

Referensi

Dokumen terkait

Jika seluruh fenomena terdahulu dirangkum, maka keterkaitan antara pembelajaran organisasi, pengembangan kompetensi, inovasi organisasi, inovasi teknologi, dan kinerja

Setelah mempelajari permasalahan yang ada dan telah diuraikan sebelumnya, serta dengan melakukan penelitian pada proses perekrutan dan penempatan karyawan baru di PT. BFI

Ketiga, pengkajian terhadap kandungan hadis, yaitu relasi hadis tersebut kaitannya dengan Al Qur‟an seperti kesesuaian (suistainable) dan hadis-hadis lain yang

indikator tersebut diganti mengunakan indikator alami (indikator ekstrak secang, ekstrak daun jati, dan ekstrak kulit buah naga), perubahan warna pada metode analisa

Artinya, tauhīd dalam pandangannya adalah akar dari prinsip akhlak orang beriman yang tidak akan dapat dicabut oleh kekuatan manapun; Ketiga , manakala perasaan alam bawah

kepada penduduknya dan pendatang dengan biaya yang relatif murah dan terjangkau. Dengan jumlah penduduk dan luas kota yang sangat besar, ditambah lagi dengan lokasi

Hal ini tentu menjadi keharusan karena dengan menjadi kebijakan publik akan mempermudah dalam pencapai tujuan pembangunan pariwisata, karena pariwisata adalah bukan