• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kertas Kerja Mohon Naiktaraf Surau

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kertas Kerja Mohon Naiktaraf Surau"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KERJA

MEMOHON KEBENARAN MENAIKKAN TARAF

SURAU AT-TAQWA TAMAN PULAI UTAMA

KE MASJID

Disediakan Oleh

Jawatankuasa Pentadbiran

Surau at-Taqwa, Taman Pulai Utama

Jalan Persisiran Pulai Utama, Taman Pulai Utama,

81300 Skudai, JOHOR.

4 Ramadan 1432H

(2)

KANDUNGAN KERTAS KERJA

BIL TAJUK M/S

1.0 SEJARAH PENUBUHAN SURAU AT-TAQWA

TAMAN PULAI UTAMA 3

2.0 OBJEKTIF 4

3.0 PROFAIL TAMAN PULAI UTAMA 4 3.1 Maklumat Umum

3.2 Maklumat Sosio Ekonomi

3.3 Kemudahan asas yang terdapat di tempat ini ialah

4.0 MAKLUMAT SURAU SEDIA ADA 5 4.1 Kedudukan Surau Sedia Ada

4.2 Maklumat Penduduk setempat

4.3 Penambahbaikan dan pembesaran surau

5.0 JAWATANKUASA PENTADBIRAN SURAU AT-TAQWA

TAMAN PULAI UTAMA 6

6.0 MENAIKTARAF SURAU KE MASJID 7

(3)

1.0 SEJARAH PENUBUHAN SURAU AT-TAQWA TAMAN PULAI UTAMA

1.1 Pada 25 September 2000, satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Penaja Badan Kebajikan Islam Taman Pulai Utama telah ditubuhkan dengan tujuan untuk menjadi suatu badan yang berperanan menjaga hal ehwal kebajikan penduduk Islam Taman Pulai Utama.

1.2 Antara langkah awal yang dijalankan oleh Jawatankuasa ini ialah mendapatkan tatacara dan prosidur yang lengkap bagi membina sebuah surau yang kemudiaannya akan dijadikan masjid di Taman Pulai Utama.

1.3 Pada awal November 2001, ketika ummat Islam sedang bersedia menyambut kedatangan Ramadhan 1422H, jawatankuasa ini bersama-sama dengan beberapa penduduk Taman Pulai Utama telah mengambil inisiatif untuk menyewa sebuah rumah di Jalan Pulai 13 untuk dijadikan surau sementara bagi penduduk Islam Taman Pulai Utama menjalankan ibadah solat tarawih dan melaksanakan kewajipan solat berjamaah disamping menjalankan aktiviti-aktiviti setempat untuk penduduk taman ini.

1.4 Pada 24 November 2001 bersamaan dengan 8 Ramadhan 1422, Jawatankuasa Penaja Badan kebajikan Taman Pulai Utama telah dibubarkan dan digantikan dengan Jawatankuasa Pentadbiran Surau Taman Pulai Utama. Jawatankuasa ini telah dilantik semasa Mesyuarat Pemilihan Jawatankuasa Pentadbiran Surau (Sementara) Taman Pulai Utama yang diadakan pada masa itu di surau sementara, No. 6, Jalan Pulai 13.

1.5 Pada Jun 2003, pihak tuan rumah memberikan notis untuk mengambil semula rumah yang disewa sebagai surau untuk didiami oleh beliau. Pihak Jawatankuasa dan beberapa penduduk Taman Pulai Utama kemudiannya telah berusaha untuk mendapatkan surau sementara dan akhirnya surau sementara telah terbina di Tingkat Bawah, Blok D, Rumah Pangsa Taman Pulai Utama, Jalan Pulai 83.

(4)

1.7 Pada April 2005, surau yang baru telah dimulakan pembinaannya di tapak masjid yang telah diwartakan di kawasan Taman Pulai Utama ini.

1.8 Surau ini dinamakan Surau At-Taqwa dan mula digunakan pada September 2005 iaitu ketika bulan Rejab 1426H.

1.9 Pada 24 September 2010 bersamaan dengan 15 Syawal 1431H, Surau At-Taqwa Taman Pulai Utama telah diisytiharkan diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Objektif kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran untuk menaikkan taraf Surau At-Taqwa Taman Pulai Utama ke masjid.

2.2 Naiktaraf surau ke masjid ini juga adalah bertepatan dengan usaha untuk membina sebuah masjid di tapak sedia ada yang mana seorang penderma telah bersetuju untuk menyiapkan pembinaan sebuah masjid dengan sebahagian besar kosnya ditanggung oleh beliau sendiri.

3.0 PROFAIL TAMAN PULAI UTAMA

3.1 Maklumat Umum

3.1.1 Nama Taman : Taman Pulai Utama, Skudai 81300 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim

3.1.2 Daerah : Johor Bahru 3.1.3 Adun : Nusajaya. 3.1.4 Parlimen : Gelang Patah

3.1.5 Bilangan Penduduk : 12,000 orang (5,570 orang Islam) 3.2 Maklumat Sosio Ekonomi :

3.2.1 Penduduk di kawasan ini terdiri dari pelbagai golongan dan pekerjaan. Pekerjaan utama ialah bekerja sebagai :

3.2.1.1 Kakitangan Awam (Pensyarah, Guru Sekolah dan lain-lain)

3.2.1.2 Kakitangan Sektor Swasta (Pegawai Bank, Pengurus Projek dan lain-lain)

(5)

3.3 Kemudahan asas yang terdapat di tempat ini ialah :

3.3.1 Kemudahan jalan raya, elektrik, air dan telefon 3.3.2 Kawasan Permainan Awam

3.3.3 Kompleks Membeli Belah U-Mall 3.3.4 Ruang Perniagaan dan Kedai-kedai 4.0 MAKLUMAT SURAU SEDIA ADA

4.1 Kedudukan Surau Sedia Ada

4.1.1 Tarikh dibina : 1 April 2005 4.1.2 Tarikh diguna : 1 September 2005 4.1.3 Muatan : 350 orang.

4.1.4 Keluasan : 2750 kaki persegi.

- Ruang Dalam : 1,200 kp - Ruang Luar : 1,550 kp 4.2 Maklumat Penduduk setempat

4.2.1 Terdapat lebih daripada 680 keluarga Islam dan 87 rumah bujang mendiami Taman Pulai Utama, Taman Flora, sebahagian Taman Universiti (Jalan Pertanian) dan Pangsapuri Meranti, Taman Universiti serta rumah kongsi pemaju. Ini bermakna jumlah penduduk Islam di Taman Pulai Utama mencecah seramai 5,870 orang termasuk mereka yang masih belum berkahwin seperti anak bujang dewasa penduduk, pelajar UTM dan pekerja swasta.

4.2.2 Disamping penduduk yang tinggal tetap dan menyewa terdapat hampir 200 orang lelaki mukallaf yang bekerja di Taman Pulai Utama dan berhampiran seperti jadual di bawah ini.

Kawasan Bil / Orang

Kompleks Membeli Belah U-Mall 50 Kompleks Membeli Belah Jaya Jusco 70 Kilang Semi Industri Taman Universiti 50 Kedai/Restoran di Tmn Pulai Utama 30 Technovation Park UTM 50 JUMLAH PEKERJA 250

(6)

4.2.3 Bilangan Penduduk Taman Pulai Utama dan taman berdekatan termasuklah pekerja yang tidak tinggal di kawasan ini

Perkara Bilangan / Orang

Taman Pulai Utama 3,800 Taman Universiti 850 Taman Pulai Flora 700 Pangsapuri Meranti, TU 300 Taman Pulai Bayu 50 Rumah Kongsi Pemaju 200

Pekerja yang tidak tinggal di kawasan ini (rujuk jadual pada para 4.2.2)

250

Jumlah Penduduk Islam

6,150

Lelaki Mukallaf 1,150 Wanita Mukallaf 1,050 Penduduk Bukan Muslim (TPU) 5,500 4.3 Penambahbaikan dan pembesaran surau

4.3.1 Sejak surau ini diisytiharkan diberi kebenatran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat, surau ini telah mengalami proses pembesaran dan penambahbaikan bagi menampung jemaah yang semakin ramai khususnya ketika solat Jumaat

5.0 JAWATANKUASA PENTADBIRAN SURAU AT-TAQWA

5.1 Jawatankuasa Surau At-Taqwa untuk sesi 2011 – 2013 yang telah diluluskan adalah seperti berikut :

BIL NAMA JAWATAN

1. PM Dr. Tholudin bin Mat Lazim (15, Pulai 17) Pengerusi 2. Hj Mohd Mohshin bin Hj Jamiran (10, Pulai

71)

Timbalan Pengerusi 3. En. Abdul Hafidz bin Muhamad Sharif (3,

Pulai 65)

Setiausaha 4. Hj Rosli bin Kamaruddin (26, Pulai 18) Bendahari

5. Hj Musa bin Abdul Wahab (16, Pulai 31) Penolong Setiausaha 6. En. Zulfakar bin Aspar (57, Pulai 30) Biro Pembangunan dan

Ekonomi

7. Ustaz Mansor bin Jusoh (9, Pulai 67) Biro Pendidikan & Dakwah 8. Prof. Dr. Musa bin Mailah (23, Pulai 60) Biro Kebajikan, Sosial &

Kebudayaan

(7)

83/3)

BIL NAMA JAWATAN

10. Ustaz Abdul Ghani bin Jalil (44, Pulai 79) Biro Pengimarahan Masjid/Surau

11. Prof. Dr Zulkifli bin Yusop (22, Pulai 35) Biro Penerbitan & Teknologi Maklumat

12. Hjh Ramlah Abdul Rahim @ Nailah (15, Pulai 17)

Biro Hal Ehwal Wanita 13. Dr. Hishamuddin bin Alham (24, Pulai 17) Biro Rakan Muda 14. En. Saat bin Masran (D01-02, Blok D, Pulai

83/3)

Biro Keselamatan & Sukarelawan

15. En. Haris Fadzillah bin Samin Biro Pengurusan Aset & Prasarana Masjid/Surau 16. PM Dr. Sarifuddin bin Saad (4, Pulai 74) Pemeriksa Kira-kira 1 17. Prof. Dr. Mahmood bin Md Tahir Pemeriksa Kira-kira 2

5.2 Jawatankuasa Surau At-Taqwa bermesyuarat sebulan sekali bagi membincangkan aktiviti-aktiviti dan isu-isu yang berkaitan dengan Surau At-Taqwa dan ia akan diteruskan setelah surau ini dinaiktaraf ke masjid. Ahli kariah yang ingin memberikan pandangan dan buah fikiran juga dialu-alukan untuk diambil kira pandangan mereka.

5.3 Sumber kewangan yang utama sekarang ialah daripada kutipan Jumaat. Disamping itu, sumbangan ahli kariah juga amat menggalakkan terutamanya apabila sesuatu program dijalankan seperti Program Maulidur Rasul, Program Korban dan aktiviti-aktiviti Ramadan.

6.0 MENAIKTARAF SURAU KE MASJID

6.1 Bagi tujuan permohonan menaikkan taraf surau ke masjid, bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk pertimbangan pihak Jabatan Agama Johor :

i. Pelan tanah dan status tanah yang telah diwartakan. ii. Banci bilangan penduduk Islam yang layak solat Jumaat.

iii. Cabutan minit mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Surau At-Taqwa mengenai persetujuan menaikkan taraf surau ke masjid.

iv. Pelan bangunan sedia ada. v. Pelan kedudukan tapak surau.

vi. Maklumat kemudahan awam yang disediakan di surau. vii. Sokongan ahli jawatankuasa masjid yang berhampiran. viii. Jarak diantara surau dengan masjid yang berhampiran.

(8)

7.0 KESIMPULAN

Pihak Jabatan Agama Johor dimohon untuk mempertimbangkan dan memperakukan permohonan kebenaran menaikkan taraf Surau At-Taqwa Taman Pulai Utama ke masjid.

Referensi

Dokumen terkait