• Tidak ada hasil yang ditemukan

eBook -- Kisah Transformasi Kehidupan 360 -- Dari Universiti Jalanan Ke Planet Jutawan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "eBook -- Kisah Transformasi Kehidupan 360 -- Dari Universiti Jalanan Ke Planet Jutawan"

Copied!
60
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

2 Dengan lafaz bismillah dan selawat ke atas Muhammad SAW.

PERCUMA!

…Seandainya anda mendapatkannya secara berbayar daripada pihak lain,

mohon laporkan kepada saya di Truetech Publishing & Training

(Rangkaian di bawah CEO Samad Kinto) di emel

truetechbusiness@gmail.com atau PM FB Truetech TP di:

https://www.facebook.com/messages/truetechbusiness

eBook ini saya halalkan untuk anda berikan secara percuma kepada

seramai mungkin orang kesayangan anda!

Syarat ketat: Jika ia memberi manfaat kepada anda.

Produk ini adalah terbitan

Ditaipset oleh: Hajar Yahya

Hak cipta terpelihara tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku dalam apajua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis Truetech Publishing &

(3)

3

Isi Kandungan

1. Pengenalan : CEO Samad Kinto, Jutawan Dari Rumah...4

2. Panggil Aku Abang Kantin...7

3. Si Comot Yang Stylo...9

4. Pembantu Van Lembah Klang...11

5. Susahnya Menjual..!...13

6. Empat Jam Aku Mat Kilang...16

7. Mat Pion Berwawasan...18

8. Eksekutif Pasar Malam...20

9. Driver Paling Cemerlang...22

10. Anjali oh Anjali...34

(4)

4

Bab 1

Pengenalan : CEO Samad Kinto,

Jutawan Dari Rumah

"Lebih baik menjadi yang paling miskin di kalangan orang kaya daripada

menjadi orang yang paling kaya di kalangan orang miskin"

- Ceo Samad Kinto

Bismillah.

Nama aku Abdul Samad bin Abdul Rahman. Kini aku lebih dikenali dengan panggilan CEO Samad Kinto di laman sosial. CEO adalah satu panggilan yang bermula dari suka-suka, tetapi kerana kerap disebut, akhirnya menjadi branding diri aku. Alhamdulillah. Tahun ini genap umur aku mencecah angka empat puluh empat.

Telah banyak kejayaan aku kecapi sejak aku bermula hingga ke hari ini. Dengan izin Allah, aku berjaya mencatat rekod seorang jutawan dalam masa sesingkat 3 tahun sebelas bulan berniaga. Kisah kejayaan aku telah menjadi testimony berbentuk rakaman syarikat Richworks International Sdn. Bhd. Syarikat milik Jurulatih Kejayaan Nombor Satu di Malaysia, Dr. Hj. Azizan Osman.

Aku juga pernah dijemput menjadi tetamu di rancangan televisyen, Nasi Lemak Kopi 'O' bagi slot bisnes. Bisnes yang aku jalankan hanyalah bisnes kecil dari rumah dan secara solo. Produk yang aku usahakan adalah produk berasaskan makanan kesihatan lelaki dan kosmetik. Hingga ke cerita ini ditulis, aku tidak mempunyai kedai dan pekerja. Ini lah seni bekerja dari rumah.

Ini adalah kisah sebenar hidup aku. Aku cerita semula dan dibukukan. Bagaimana aku bermula dan bagaimana dari satu keputusan mampu mengubah keseluruhan hidup aku. Kisah pengembaraan aku menjalani Universiti Jalanan hingga tiba di Planet Jutawan.

Aku harap, semoga tulisan ini dapat menjadi inspirasi kepada ramai manusia di luar sana. Mungkin ada beberapa pengolahan cerita yang aku ubah sedikit, kerana cerita ini adalah sejak

(5)

5 dua puluh enam tahun atau lebih yang lalu. Namun, jangan khuatir. Jalan cerita tetap sama. Mesej yang aku ingin sampaikan tetap tidak berubah.

Mungkin masih ramai yang tidak mengenali siapa aku. Iyalah, aku bukannya Perdana Menteri yang satu Malaysia boleh kenal. Tidak mengapa, mari kita mula berkenalan dengan siapa aku. Sebelum itu, aku mahu semua pembaca senyum dahulu. Boleh mula senyum sekarang.

Pada 15hb Jun 1970, seorang bayi lelaki berlesung pipit di pipi telah dilahirkan di sebuah Hospital Teluk Intan, Perak. Itulah detik aku bermula di dunia ini. Kemudian, aku dibesarkan di sebuah kampung setinggan bernama Kampung Bukit Lanjan. Tinggal bersama jiran setinggan yang lain. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala.

Sekolah menengah pula di Sekolah Menengah Taman Tun Dr. Ismail sehingga tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Aku akui keluarga aku bukan dari keluarga yang mewah dan senang. Aku perlu kerja keras untuk mendapatkan sesuatu. Aku telah dididik untuk berdikari sejak dari bangku sekolah lagi.

Daripada adik beradik seramai sebelas orang, aku adalah hero ke enam. Boleh tahan comel juga la aku semasa kecil. Iya lah, lesung pipit menambah senyum comel aku. Ops! Terperasan comel pula. Ok, kita sambung cerita.

Dari kecil, memang aku tidak ada sejarah memakai baju baru. Masih aku ingat, setiap kali Hari Raya menjelang, aku lah kanak-kanak yang paling gembira memakai baju-baju Melayu lusuh. Walaupun lusuh, aku maintain comel dengan bajuku berjalan jalan mengutip duit raya sekitar kampung. Hampir semua kawan-kawan sebaya aku memakai baju raya yang baru. Aku akui sedikit cemburu, tetapi tidak mengapa. Aku bersyukur kerana lesung pipit dipipiku mengalahkan baju baru mereka. Hehe.

Makanan kegemaran aku pula adalah sambal petai udang yang dimasak oleh emak aku. Tak ada sayur pun tak apa. Aku boleh makan dengan nasi putih panas-panas. Tak toleh kiri dan kanan dah. Jangan tanya aku kenapa. Ia memang makanan paling sedap tahap dunia bagi aku. Kalau dikira markah mengikut bintang, aku mahu kasi semua pada Emak. Sambal petai udang emak memang terbaik! Itu juga menu aku yang disukai hingga hari ini.

Aku belajar setakat Sijil Pelajaran Malaysia. Sudahlah peringkat SPM, gagal pula dalam subjek teras. Aku mengaku aku memang lemah dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik.

Sukar untuk aku menangkap formula-formula yang diajar oleh cikgu ketika itu. Nombor-nombor dan teknik yang cikgu aku gunakan buat aku pening. Mungkin cikgu yang mengajar tu kurang seksi kot. Biasalah aku lelaki normal. Tapi aku hormat mereka. Ketika peperiksaan

(6)

6 berlangsung, kertas jawapan aku penuh dengan hasil lakaran dan contengan mengikut kreativiti aku. Ikutku, diriku. Hehe

Akibatnya, aku gagal dalam peperiksaan SPM. Aku telah ditolak untuk memasuki mana-mana pusat pengajian tinggi dan juga Tingkatan 6. Kalau mahu masuk juga, aku perlu mengulang kembali SPM dan lulus dengan cemerlang. Ah, aku mahu cari duit. Aku mahu kerja. Boleh lah aku beli apa yang aku idam-idamkan. Ada orang memandang rendah denganku ketika itu. Tidak mengapa, aku tidak malu dan tidak merasa rendah diri sedikit pun.

Siapa sangka, orang yang pernah gagal ketika SPM itu telah mencatat rekod simpanan tunai sebanyak RM 1, 000, 000 dalam tempoh sesingkat 3 tahun 11 bulan. Mari kita senyum sampai telinga dulu. Tanda meraikan kejayaan aku. Hehe. Terima kasih semua. Kalau mahu tahu, itulah titik peluh aku. Segala pahit dan jerih kehidupan telah aku lalui sehingga cita-citaku beroleh hidup senang tercapai. Ia bukan kisah pendek. Ia penuh dengan liku-liku yang beri banyak pengajaran dalam membentuk siapa aku. Jika sudah bersedia, jom kita kembali ke zaman "Universiti Jalanan" aku semula sekitar penghujung Tahun 1987.

(7)

7

Bab 2

Panggil Aku, Abang Kantin

"Salah satu kunci kejayaan adalah jangan berputus asa. Sentiasa ada jalan

bagi yang berusaha. In sha Allah."

- Ceo Samad Kinto

Tahun 1987.

Itu tahun aku tamat bersekolah. Orang kata, sudah merdeka dari memakai baju putih berlencana sekolah. Umur aku ketika itu menginjak tujuh belas tahun. Seronok betul rasanya sudah tamat sekolah. Bolehlah aku bekerja dan mencari duit sendiri. Banyak kerja yang aku idamkan sejak dari sekolah lagi. Maklumlah, budak tak rajin belajar. Hehe. Siapa yang telah habis exam tahu apa yang aku maksudkan. Otak jadi lapang seluas stadium bola sepak Old Trafford (Aku penyokong Manchester United). Merdeka!

Aku tidak menunggu lama. Keputusan SPM belum keluar, aku sudah mencari kerja. Oleh kerana badan aku yang cergas, aku telah diterima kerja di sebuah kantin di sebuah IPTA berdekatan dengan Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Kalau diikutkan, agak jauh juga tempat kerja dengan rumah aku. Tapi, atas ajakan kawan, aku menurut. Aku dan dia bekerja di kantin bersama-sama. Kerja kami adalah mengangkat pinggan-pinggan dan tray kotor kemudian mencucinya. Kadang kala kami perlu mencuci periuk juga.

Kebolehan menyental dan membersihkan periuk ini aku anggap sebagai satu kemahiran. Aku perlu membersihkan hingga tiada kotoran di periuk, pinggan dan tray supaya pelanggan rasa gembira menjamu selera di kantin aku bekerja. Memang penat, tetapi aku berpuas hati. Puas apabila melihat pelanggan gembira. Macam kantin itu aku yang punya. Hehe. Selain itu, aku juga seorang pembancuh air. Aku boleh buat air sesingkat dua minit. Sebab air panas sudah tersedia. Hanya perlu bancuh mengikut sukatan. Hehe. Ini kemahiran pertama aku bancuh air untuk orang lain.

(8)

8 Untuk kerja ini, aku kena bangun jam 5 pagi setiap hari. Dahulu, masa sekolah pun aku tak bangun awal begini. Aku perlu berada di kantin itu seawal jam enam pagi. Liat juga mata aku untuk bersiap-siap seawal itu. Aku habis kerja pada waktu malam. Iaitu pada jam 11 malam. Maknanya, aku kerja selama 17 jam sehari. Penat bekerja jangan tanyalah. Hanya pekerja kantin dan kedai makan sahaja yang tahu. Orang belum sampai, kita dah mula menyiapkan persiapan. Orang dah balik, kita masih belum boleh balik. Perlu mengemas dan memastikan semuanya bersih. Esok akan beroperasi lagi. Ada extra kerja, cuci toilet!

Untuk tempoh 17 jam aku bekerja itu, aku dibayar sebanyak RM 4 sehari. Jika dikira gaji mengikut jam, upah aku sekitar RM 0.23 sejam. Itulah pendapatan aku ketika itu. Letihnya jangan ceritalah. Lepas sembilan hari mengulang rutin yang sama, aku mula merasa tidak seronok. Aku tidak dapat menahan kerinduan pada keluarga aku ketika itu. Jarak dari Bukit Lanjan dengan tempat kerja aku bukan dekat. 15 kilometer itu sudah cukup jauh bagi aku.

Aku berhenti. Gaji aku terima sebanyak RM 36. Dengan kerja yang begitu penat, aku merasa tidak berbaloi. Itulah pembelajaran pertamaku dalam kehidupan. Kita mesti berani bertanya gaji sebelum bekerja. Jika tidak, orang lain akan mempergunakan kita. Aku semat dalam-dalam pemikiranku. Dengan wang yang aku ada, aku beranikan diri untuk pulang ke rumah Emak dengan menaiki teksi. Itulah kali pertama aku menaiki teksi. Terasa seperti Boss apabila dapat duduk di belakang dan ada pemandu. Hehe.

Setibanya di kampung, aku mula mencari pekerjaan lain. Kali ini gaji aku dapat besar sedikit. Diterima kerja sebagai tukang cat rumah dengan gaji setinggi RM 8 sehari. Sekali ganda dari gaji pembantu kantin sebelum ini. Wah, lumayan!

Kerja kedua aku ini, waktunya lebih singkat. Aku masuk jam sembilan pagi, balik jam lima petang. Aku seronok. Kalau dulu aku kena kerja sepanjang 17 jam sehari, yang ini cuma lapan jam. Selebihnya, aku boleh berehat dan buat apa aku suka. Upah aku dari RM 0.23 sejam meningkat kepada seringgit satu jam! Peningkatan 400% dari upah lamaku. Berbaloi lah juga dengan peluhku yang menitik, kan?

Namun, panas tidak hingga ke petang. Hujan muncul di tengah hari. Aku hanya bertahan untuk dua minggu. Aku merasa tidak adil. Kisahnya kerana aku bekerja bersama-sama dengan abangku, tetapi mengapa abangku mendapat gaji yang lebih tinggi daripadaku. Aku dibayar RM 8 sedangkan abangku dibayar RM 15 sehari. Gaji dia besar dari aku sebanyak RM 7.

Walaupun aku lebih hensem dari Abang, tapi gaji aku lebih rendah. Ini tidak adil. Kata aku dalam hati. Walhal kerja yang kami usahakan adalah sama! Ini tak boleh jadi. Aku berhenti serta merta dan mencari pekerjaan lain.

(9)

9

Bab 3

Si Comot Yang Stylo

"Orang yang miskin sekarang belum pasti miskin selama-lamanya, tetapi

orang yang menyimpan duit hari ini sudah pasti lebih kaya dari semalam."

- Ceo Samad Kinto

Tamat cerita mengecat rumah orang.

Aku menyambung kehidupan dengan menjadi seorang pemotong mesin rumput dan buat kerja kontrak. Kelakar juga bila aku ingat balik. Sebabnya aku kerja dalam keadaan comot. Kalau ada gambar, aku pasti letak di sini. Tapi masa tu mana ada telefon kamera macam sekarang. Kalau ada, boleh juga aku selfie. Hehe.

Bayangkan, setiap hari aku akan memastikan baju yang aku pakai adalah baju yang comot yang aku ada. Kenapa aku kena pakai baju comot? Sebab kerja aku kena mencuci longkang, gali perigi, angkat sampah dan beberapa kerja lain. Kalau aku pakai baju baru, habislah comot baju aku. Jadi aku buat peraturan sendiri. Setiap hari, baju paling comot itulah uniform kerja aku. Tapi tak mengapa. Lesung pipit di pipi kan ada, aku maintain stylo beb! Hehe.

Tugas aku mengangkat sampah ada jadual berasingan. Seminggu hanya tiga kali buat kerja itu, iaitu pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Aku dibayar upah tambahan iaitu sebanyak RM 100 untuk kerja ini. Kerja ini ada juga cabarannya. Sampah bukan sebarang sampah. Pada hari Isnin, hari paling mencabar bagi aku. Aku perlu mengangkat sampah yang telah terbiar selama hampir tiga hari. Kalau sampah makanan, sudah berulat pun. Apa lagi sampah-sampah yang lain. Bau busuk memang melekat dekat aku.

Kerana telah tiga hari terbiar, plastik sampah di setiap tong sampah juga mudah reput. Pernah beberapa kali aku mengangkat sampah yang busuk berkulat itu, serta merta plastik yang mengandungnya terburai. Habis comot dan busuk aku untuk satu hari itu.

(10)

10 Seingatku, gaji ketika itu aku perolehi sebanyak RM 15 sehari. Banyak? Boleh tahan kan. Oleh kerana gaji yang ditawarkan agak tinggi, aku berjaya berkhidmat di situ selama enam bulan. Suatu tempoh yang agak lama jika dibandingkan dengan pekerjaanku sebelum ini.

Cuma, ada satu yang menjadi masalah besar bagi aku. Kerja aku sekarang tidak menjamin gaji yang aku akan dapat. Bayangkan, gaji aku dikira berdasarkan hari aku bekerja. Bukan mengikut gaji bulanan. Jadi, pada hari-hari cuti, aku tidak diberikan gaji.

Kalau mahu kerja sekejap untuk mengumpul duit, boleh lah. Tapi, kalau mahu tampung keluarga hingga tua, aku mengaku kerja ini tidak memberikan ketenangan pada aku. Kalau disesuaikan dengan pepatah Melayu, aku pilih pepatah 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Kalau tidak mengais, tidak makanlah. Ops! Aku tambah ayat terakhir tu. Hehe.

Jadi aku buat keputusan lebih baik aku mencari peluang yang lebih sempurna. Untuk masa depan aku juga. Bukan masa depan orang lain. Dari buku yang aku baca, untuk berjaya, kita kena mula berfikir untuk masa depan. Kerana masa depan kita boleh dipilih. Dipilih oleh keputusan yang kita buat hari ini.

Jadi, dengan hati yang bulat, aku mula melangkah keluar dari kerjaya pemotong rumput dan pekerja kontrak itu. Aku mahu mencari peluang yang lebih sempurna.

(11)

11

Bab 4

Pembantu Van Lembah Klang

"Kita tidak memerlukan alasan untuk membuat kebaikan. Ini amalan untuk

menarik kejayaan."

- Ceo Samad Kinto

Tahun 1988.

Ini rentetan kisah kerja aku sebelum ini. Ini tahun kedua aku di alam pekerjaan. Kali ini aku memilih untuk menjadi pembantu van di sebuah syarikat.

Jika dulu aku memilih untuk memakai baju yang paling comot dalam almari aku, kini aku memilih untuk memakai baju paling kemas aku ada. Hari-hari memakai T-shirt dan jeans. Lebih stylo dari sebelum ini!

Hari pertama berjalan dengan baik sekali. Kawan-kawan pembantu van yang lain memberikan kerjasama dan tindak balas yang menyenangkan, seolah-olah mereka tahu bahawa itu pengalaman pertama aku bekerja sebagai pembantu van. Tugas aku agak mudah. Hanya perlu menghantar produk makanan Nestle ke seluruh Lembah Klang. Habis seluruh pelusuk Lembah Klang aku teroka. Jalan-jalan singkat pun aku sudah mahir. Beritahu saja mana laluan yang aku tak lalu. Dari seorang yang tidak tahu selok belok jalan, aku jadi seorang yang mahir.

Dengan van itu lah aku telah sesat beberapa kali dan belajar dari kesilapan. Sebenarnya kita semua sama sahaja. Yang bezakan kita adalah sikap kita, mahu keluar dari kepompong kebiasaan kita ataupun tidak. Apabila kita bersedia melakukan perubahan, kita akan dikuasai oleh satu perasaan keberanian. Keberanian itu yang membawa kita ke satu tahap yang lebih tinggi dari biasa.

Ok, kita sambung cerita. Boleh aku katakan, kerja sebagai pembantu van ini kena dengan minat aku. Gaji pun boleh tahan. Dikira secara bulanan sebanyak RM 250 dan ada tambahan

(12)

12 duit elaun sebanyak RM 60. Tak perlu lah aku bimbang macam dulu. Kali ini lebih selesa. Aku boleh beli baju baru dengan duit gaji.

Selepas bekerja dengan gembira selama enam bulan, perasaan aku mula berbelah bahagi. Bayangkan, senior aku yang telah bekerja berpuluh tahun di situ, tangga gaji mereka tidak berubah!

Bagaimana jika aku terus berkhidmat di situ? Mungkin sepuluh tahun lagi, gaji aku sama ataupun lebih sedikit dari sekarang. Umur pula semakin tua. Komitmen juga pasti bertambah. Aku nak mengorat awek pun tiada keyakinan.

Aku tidak dapat membayangkan aku kerja disitu sehingga usia senja. Ia satu perkara yang menakutkan untuk dibayangkan! Aku tidak mahu terus begitu! Selepas memikirkan dengan penuh teliti, dan atas nasihat kawan-kawan senior aku, aku berhenti berkhidmat di situ. Kisah aku dan van perlu ditamatkan segera. Aku tekad dan bulatkan hati. Aku letakkan jawatan di situ. Tiada pula yang sedih aku letak jawatan. Mungkin aku tiada nilai. Aku kerja teruk, berpeluh sehingga aroma jantan Bangla aku keluar. Bila resign, tidak ada seorang pun yang kisah. Diorang tak sedih, tapi aku sedih. Huwaaa...!

(13)

13

Bab 5

Susahnya Menjual..!

"Ada dua sebab yang lazim menjemput masalah. Satu, manusia yang

bertindak tanpa berfikir. Dua, manusia yang berfikir tanpa tindakan."

- Ceo Samad Kinto

Ketika ini, umur aku telah mencecah sembilan belas tahun. Dua tahun telah berlalu tanpa aku sedari. Hidup aku perlu diteruskan. Pengalaman lalu aku jadikan iktibar. Kisah pekerja kantin yang penat, tukang cat rumah yang tidak adil, pemotong rumput yang comot dan pembantu van yang tidak ada penghujungnya, aku semat dalam dalam.

Banyak benda aku pelajari. Memori itu utuh terpahat dalam ingatan aku. Kini, aku wajib mengubah nasib aku. Berbekalkan semangat mahu mengubah diri, aku mencuba nasib sebagai seorang Pegawai Pemasaran. Bahasa mudahnya, aku seorang Jurujual. Produk jualanku ketika itu adalah perkakas rumah seperti mesin basuh, peti sejuk dan lain lain.

Sebenarnya, pekerjaan aku kali ini bukan dalam minatku. Jauh sekali tersenarai dalam pekerjaan idaman. Aku terjebak kerana terpedaya dengan iklan di suratkhabar. Salah aku juga sebab tidak ada ilmu dalam mencari kerja. "Itulah, dulu masa cikgu mengajar kat sekolah, aku terlampau banyak bermain. Sekarang, terimalah nasib!" Aku berkata sendirian dalam hati. Memarah diri sendiri.

Pekerjaan Jurujualku beroperasi di Ipoh, Perak. Tempat tinggal disediakan oleh majikan. Aku ditempatkan di sebuah rumah sewa bersama rakan-rakan jurujual yang lain. Tugas aku adalah memasuki kawasan perumahan sambil membawa borang soal selidik.

Pada hari pertama hingga hari ketiga, aku tidak merasa apa-apa. Aku hanya menemani rakan-rakan senior memasuki rumah orang. Tidak perlu bersuara dan hanya mengikut arahan. Sebenarnya, aku perlu belajar daripada teknik yang mereka gunakan. Selain bermanis muka, aku lihat mereka juga perlu bermanis mulut. Kadangkala aku perasan mereka memuji hiasan dalaman si tuan rumah. Itu proses pembelajaran aku.

(14)

14 Pada hari keempat, aku menerima kejutan. Kata senior, aku perlu membuat jualan sendirian. Berseorangan membawa borang soal selidik dan memasuki rumah orang. Tidak aku sangka ia sepantas ini.

Gulp! Air liur aku telan terasa pahit. Lutut aku lemah dan longlai. Darah seakan tidak mengalir di badanku. Mahu saja aku pura-pura pengsan dan berehat di rumah sewa. Tapi tindakan itu seakan mustahil.

Aku lihat rakan-rakan jurujualku yang lain sudah bersiap sedia dengan rapi. Arghh, tiada alasan kali ini. Dengan berat, aku melangkah keluar dan mula mencari prospekku. Perasaanku sedikit cemas.

Aku berjalan tanpa ada hala tuju. Ini bukan apa yang aku mahukan. Aku tidak boleh menjual. Aku tidak mampu membuat skrip sebagaimana yang senior aku ajar. Aku tidak boleh membuka mulut pun. Suara aku macam emas. Tersimpan di lubuk paling dalam. Aku bingung. Hari panas terik. Cuaca cukup bahang. Tiada sepoi sepoi angin dapat aku rasa. Tekak aku perit. Haus betul tekak minta disiram dengan air sejuk. Kerja ini memang mencabar. Di luar bidangku.

Dengan bekal sedikit keberanian, aku mengetuk pintu sebuah rumah.

"Assalamualaikum." Aku memberi salam tanda hormat. Aku berdoa supaya tuan rumah ada di dalam. Niat aku hanya satu. Aku mahu meminta air sejuk untuk membasahkan tekakku. Aku tidak berminat ingin menyoal siasat tentang perkakas rumah yang mereka guna. Air sejuk adalah keutamaan aku ketika itu. Biarlah tidak laku jualan aku sekalipun, aku tidak kisah.

Kerja ini kerja gila pada aku. Sudahlah tidak diberi gaji pokok. Malah, pendapatanku seratus peratus berdasarkan komisen perkakas rumah yang terjual! Hingga ke hari itu, pendapatan aku masih kosong.

Bukan aku tidak mahu membuat jualan, aku jenis seorang yang gugup. Aku berdarah gemuruh. Lidah aku kelu bila berhadapan dengan orang luar. Aku masih mentah. Sebelum ini pun, aku tidak pernah ada pengalaman menjual. Kalau kerja kantin yang dulu pun lebih mudah. Pelanggan datang membuat tempahan dengan aku. Kali ini, aku pula perlu menjual pada mereka. Malu beb!

Bestnya jika aku boleh meminta bantuan Doraemon ketika ini (Aku memang pembaca buku cerita Doraemon).

Arghh, aku gagal menjual...!

Aku bertahan selama seminggu dengan rekod zero jualan. Ya, aku mengaku. Masih aku ingat, pada hari terakhir kerjayaku sebagai jurujual, aku dihantar ke sebuah kampung di sekitar Bagan Datoh, Perak.

(15)

15 Kebetulan ketika itu, kakak kandungku menetap di situ. Aku kira itu peluang keemasan aku untuk lari dari majikanku. Selepas bercerita dengan kakak perihal kisahku, dia bersetuju meminjamkan aku sejumlah wang untuk pulang ke Kuala Lumpur. Jelas terbayang hingga kini, aku menggenggam erat wang RM 30 di tanganku. Itu lah duit yang aku gunakan untuk membeli tiket keretapi pulang ke Kuala Lumpur. Itulah detik detik mencemaskan yang aku berjaya lalui dengan cemerlang. Terima kasih kakak!

Aku balik ke Kuala Lumpur dengan gembira walaupun aku lebih miskin dari sebelum ini. Hehe.

(16)

16

Bab 6

Empat Jam Aku Mat Kilang

"Apabila kita membantu orang lain, sebenarnya kita membantu diri sendiri

kerana apa jua kebaikan yang kita lakukan akan berbalik kepada kita.

Begitulah juga sebaliknya."

- Ceo Samad Kinto

Tiba di Kuala Lumpur.

Aku segera pulang ke rumah. Aku menceritakan kepada abah tentang kisah aku. Bukan untuk meminta simpati, sekadar meluah perasaan. Tanpa aku sangka, abah membuat keputusan untuk membeli sebuah motor untuk aku guna. Gembiraku bukan kepalang, jelas terpancar diwajah. Bolehlah aku meronda mencari kerja di tempat yang lebih jauh, aku berbisik dalam hati.

Selang beberapa hari dari kejadian aku lari dari Bagan Datoh, Perak, aku memiliki sebuah motor Honda Fame. Aku dan abah bersetuju untuk membuat bayaran secara ansuran tanpa deposit. Jumlah sebenar motor itu berharga RM 1,500. Aku membuat ansuran sebanyak RM 100 sebulan. Boleh lah kan. Duit aku akan usahakan kemudian. Motor Honda Fame bernombor pendaftaran WBF 2798 itulah kebanggaanku. Aku akan jadikan ia sebagai modal untuk aku mendapatkan pekerjaan lain.

Jam sebelas pagi, aku hidupkan enjin Honda Fame WBF 2798. Motor yang sentiasa berkilat menemani aku. Dalam tunggangan solo itu, aku mula mencari pekerjaan baru. Aku mesti mencari pekerjaan yang lebih sesuai dengan jiwa aku. Kali ini tidak boleh tidak! Akhirnya, aku nampak satu iklan jawatan kosong di sebuah kilang di Kepong. Iklan itu bertulis tulisan pekerja am diperlukan segera.

Dengan penuh semangat, aku melangkah kaki kanan ke kilang itu. Ya Allah permudahkan urusanku. Lembutkan hati bakal penemudugaku! Ish, aku mesti boleh. Yakin boleh! Malaysia boleh! Eh, tersasul pula. Hehe

(17)

17 Dari pemerhatian aku, kilang itu adalah kilang mewarnakan kain. Wah, ini pengalaman baru. Aku tidak pernah menjejakkan kaki bekerja di kilang sebagai seorang operator. Satu temuduga ringkas berjalan. Alhamdulillah aku ada berita baik. Aku diterima kerja di sini! Pendapatan diberi sebanyak RM 10 sehari.

Keesokannya, aku tiba di tempat kerja dengan senyuman. Ini tempat baru, aku perlu memulakan semuanya dengan baik. Aku mahu kelihatan segar dan cergas di hadapan kawan kawan yang lain. Jawatan aku sebagai operator kilang kain pun bermula.

Jeng jeng jeng...

Senyuman aku tidak kekal hingga ke petang. Aku tewas selepas empat jam berada di dalam kilang. Aku rasa aku telah memecahkan rekod kilang itu. Menjadi pekerja paling pantas berhenti. Hehe.

Boleh aku katakan, jiwa aku tidak secocok dengan susasana pekerjaan baruku itu. Aku dihadapkan dengan sebuah periuk yang besar dan panas. Suhu air di dalamnya aku agak lebih tinggi dari panas mentari diluar kilang aku.

Tugas aku pula adalah mewarnakan kain putih yang besar. Pewarna dimasukkan di dalam periuk yang berisi air mendidih. Selepas pewarna dimasukkan ke dalam periuk, aku perlu memasukkan kain putih pula dan menggaulnya sekata. Kain putih itu perlu dipastikan diwarnakan dengan sekata supaya tidak ada cacat cela.

Aku lihat kiri dan kananku. Semuanya melakukan kerja yang sama. Tiada beza antara kami. Dari jauh aku amati seorang lelaki bergelar supervisor hanya memerhati dan kadangkala memberi teguran kepada operator. Aku gagal meng'control' macho. Jika sekarang aku masih di kilang yang sama, aku pasti rupa aku kelihatan seperti pekerja Bangla. Hehe.

Di kilang itu, aku perlu mengulang rutin kerja yang sama. Jadual kerjaku ditentukan oleh loceng. Loceng pertama berbunyi menandakan telah masuk waktu kerja. Loceng kedua berbunyi pula menandakan waktu rehat. Begitulah seterusnya. Namun, pada hari pertama aku diterima kerja, selepas bunyi loceng kedua, aku telah berada di rumah sedang tidur dengan lena. Hehe.

Sebenarnya, loceng itu bukan loceng kilang aku pun. Kilang aku gunakan loceng dari kilang sebelah. Mungkin ini namanya Ekonomi Persahabatan antara jiran. Hehe.

Siapa yang pernah kerja kilang pasti faham apa yang aku kongsi. Loceng dan kilang tidak dapat dipisahkan.

Walaupun aku kerja hanya empat jam di sana, tapi memori tersebut terbenam rapat di minda aku. Dua puluh enam tahun kekal sebagai memori terindah. Itu lah kerja kilang aku yang pertama dan yang terakhir. Kecuali aku ada kilang sendiri.

(18)

18

Bab 7

Mat Pion Berwawasan

"Sentiasa berusaha menjadi insan yang senang melihat kejayaan insan

lain."

- Ceo Samad Kinto

Pencarian kerja aku tidak terhenti di situ. Selepas gagal bertahan lama di kilang kain, aku mula mencari lubuk kerja yang lain. Honda Fame yang berkilat, aku tunggang ke sana ke mari. Di tambah pula dengan pengalaman mengenai jalan yang telah aku kuasai, lebih mudah pencarianku. Aku gunakan teknik yang sama untuk mencari kerja seperti sebelum ini, iaitu melalui iklan di akhbar.

Aku memohon kerja di sebuah syarikat perfileman. Di bawah naungan HVD Film Productions, aku diterima kerja sebagai seorang Mat Pion ataupun despatch. Syarikat tempat kerjaku itu popular dengan pembikinan drama Cina seperti kung fu. Boleh tahan besar gaji aku ketika itu. RM 340 sebulan dan tambahan elaun sebanyak RM 60.

Aku seronok hingga mampu bertahan selama tiga tahun. Mengalahkan rekod kerja sebelum ini. Kerja ini agak bebas. Aku tidak perlu melakukan kerja berat. Tugasku hanya membawa surat-surat untuk di hantar ke syarikat lain. Mudah kan? Kerja pion ini hanya menurut arahan. Apabila kerani meminta untuk menghantar surat, aku perlu menghantarnya walau sepucuk surat.

Apa yang lebih kelakar adalah, aku perlu berada di luar pejabat walaupun kerja menghantar surat aku sudah selesai. Aku tidak dibenarkan berada di pejabat. Aku pernah dimarah kerani kerana terlalu cepat pulang ke pejabat.

Atas alasan ini, aku belajar mencuri tulang. Selesai kerja menghantar surat, aku akan merayau-rayau sehingga waktu kerja selesai. Kadangkala aku pulang ke rumah dan tidur. Itulah nikmat yang tidak dapat aku dustakan. Nikmat seorang pion. Aku harap pembaca tidak mengamalkan apa yang aku buat dulu. Hehe. Tapi aku rasa, majoriti Mat Pion senior memang tahap pakar di bidang membela ular ini. Jangan marah, kita semua serupa.

(19)

19 Tetapi selepas tiga tahun berkhidmat, aku mendapat tahu bahawa syarikat aku bakal berpindah ke Cheras. Jarak perjalanan untuk aku sampai ke tempat kerja jika mereka berpindah di Cheras, adalah sejauh 40 km. Ini telah melebihi bajet kewanganku. Selepas berbincang dengan majikan, aku terpaksa mengalah kerana gaji aku tidak akan dinaikkan.

Tidak mengapa. Ini semua dugaan hidup. Aku tidak boleh berhenti. Perjuangan aku masih jauh. Aku masih bekerja sebagai despatch. Tetapi kali ini di syarikat lain. Syarikat Azman & Tay Associates. Sebuah firma Quantity Surveyor, atau dalam Bahasa Melayunya, Juruukur Bahan. Gaji pertamaku memang besar, RM 500. Lebih berbaloi daripada pekerjaan sebelum ini.

Aku berkhidmat selama tujuh tahun tanpa aku sedar. Memang seronok kerja di sini. Aku di bawa melancong ke serata dunia oleh majikan. Bayangkan, walaupun aku seorang despatch, tetapi aku di bawa bersama ke Thailand, Indonesia, Amerika Syarikat, Mexico dan yang terakhir ke Beijing, China. Seronok kan?

Dalam kegembiraan aku bekerja di situ, aku mendapat tahu bahawa syarikat itu mengalami tsunami kewangan yang teruk. Syarikat itu tidak mampu bertahan lama. Aku memilih untuk berhenti berkhidmat ketika pendapatan bulananku mencecah RM 800. Jumlah yang besar bagi aku.

Namun, aku mengundur diri dengan rela hati. Ketika itu, syarikat masih belum ditutup. Hanya telahanku mengatakan bahawa syarikat itu bakal ditutup. Selepas enam bulan, ternyata telahanku benar. Syarikat itu ditutup secara rasminya. Mujur aku awal bertindak!

(20)

20

Bab 8

Eksekutif Pasar Malam

"Seribu kejayaan boleh musnah hanya dengan satu kesilapan"

- Ceo Samad Kinto

Tahun 1998.

Dalam tak sedar, umurku telah mencecah angka dua puluh lapan. Ini bermakna aku telah bergelumang dalam dunia pekerjaan selama sebelas tahun. Tahun ini aku mahu buat perubahan.

Daripada makan gaji, aku mula berjinak-jinak dengan perniagaan. Aku memulakan bisnes pertamaku, iaitu Bisnes Pasar Malam. Dapat bayangkan bagaimana aku yang stylo ini menjual di Pasar Malam? Maintain comel beb. Hehe. Perniagaan aku ketika itu adalah menjual jagung kukus dan air berperisa di dalam tong. Modal permulaanku berjumlah RM 800. Aku berkongsi dengan seorang rakanku.

Kami membeli beberapa perkakas seperti meja jualan, dapur, tong gas, payung dan empat buah tong air. Dalam seminggu, aku akan berniaga selama tiga hari. Jadual telah aku susun semoleknya. Hari Rabu berniaga di pasar malam Bukit Lanjan, hari Khamis di pasar malam Kayu Ara dan hari Ahad di pasar malam Rawang.

Uniform kami hanyalah baju putih Pagoda dan apron maron. Walaupun bisnes pasar malam, baju korporat tetap ada. Iyalah, baju Pagoda itu dikira korporat bagi aku.

Cabaran awal yang aku terpaksa hadapi adalah ketika mahu mula berniaga. Kali pertama aku nak pasang payung dan kelengkapan bisnes, aku rasa semua mata tertumpu dekat aku. Macam seluruh orang kat Pasar Malam tu perhatikan aku. Bermacam-macam emosi bercampur. Malu, segan, rendah diri dan kehilangan ego. Ini yuran kehidupan aku. Kos emosi yang aku perlu tanggung. Akhirnya, aku faham. Ini adalah perkara normal apabila kita memulakn sesuatu yang baru di luar kebiasaan.

(21)

21 Rutin berniaga di Pasar Malam agak memenatkan. Hampir sama situasinya dengan kerja aku menjadi pembantu kantin dahulu. Awal pagi aku ke pasar membeli bahan bahan berniaga. Tengahari aku sudah bersiap siap untuk berniaga. Kemudian di tapak Pasar Malam, aku perlu menyiapkan tempat niagaku. Setelah selesai, perlu mengemas semuanya. Begitulah rutin aku sebagai peniaga Pasar Malam.

Dalam kepenatan itu, aku sempat memasang angan-angan. Aku lihat banyak kenderaan mahal berkunjung ke Pasar Malam. Bestnya kalau aku dapat bawa.

Setiap kali berniaga, jualanku mampu mencecah RM 450 ke RM 700. Selama enam bulan aku meneruskan kehidupan begitu. Tapi, silap aku juga. Aku tiada ilmu kewangan dan matlamat bisnes yang jelas. Aku berniaga sekadar berniaga.

Tiada perancangan masa depan. Akibatnya, perniagaan aku semakin kabur. Aku terpaksa berhenti berniaga dan memulakan kerjaya lain. (Berita sedih : Rakan niaga di Pasar Malam aku itu telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Al-Fatihah untuk arwah Bob. Beliau sahabat aku ketika aku susah dan senang. Sehingga kini, arwah still aku anggap sahabat aku yang terbaik. Tiada ganti. Hingga kini.)

(22)

22

Bab 9

Driver Paling Cemerlang

"Biar bermula dengan energi miskin tetapi mesti berusaha untuk tidak

wariskan kemiskinan."

- Ceo Samad Kinto

Tamat kisah menjual di Pasar Malam.

Aku mencari pekerjaan semula. Kali ini, agak menarik kisah aku. Aku mendapat ilham untuk memandu kereta mahal secara percuma. Bukan sahaja percuma malah aku dibayar untuk memandu. Hehe. Jadi, bermulanya aku sebagai pemandu syarikat.

Sebenarnya memang dah lama aku mengidam mahu bawa kereta mewah. Tapi aku tahu, proses mendapatkan kerja sebagai driver ini tidak mudah. Daripada berpuluh-puluh permohonan, hanya seorang yang akan diterima. Aku bersaing dengan begitu ramai pemohon. Kali pertama aku ditemuduga, aku menggunakan rekod kerja sebagai seorang bekas Mat Pion. Aku gagal. Mereka mahukan seorang yang berpengalaman dalam bidang pemanduan kereta mewah. Yelah, mahu bawa Boss besar.

Tidak mengapa, aku usaha lagi. Beberapa hari selepas temuduga, aku mendapat idea baru. Aku berpakat dengan staff lama tentang rekod kerja aku. Aku hadir temuduga kedua, kali ini lulus. Wah, senyum sampai telinga ketika aku keluar dari bilik temuduga. Hehe. Tapi, itu belum menjamin lagi. Semua yang lulus temuduga perlu melakukan ujian pemanduan kereta bersama Boss. Aduh, cabaran betul mahu bawa kereta mewah ni! Aku berkata dalam hati.

Walaupun untuk interview sebagai driver, aku sudah ada strategi. Aku gagal pada awal temuduga tetapi aku tidak give up. Aku cuma ubah apa yang aku buat. Aku tidak guna rekemen dari orang lain. Aku cuma guna modal diri dan ubah strategi. Tiga hari aku gagal. Tapi selepas itu tiga syarikat terima aku. Aku sudah ada lebih pilihan. Bijak ke bijak aku?

(23)

23 Pada hari ujian pemanduan, seramai dua puluh orang yang dipanggil. Hanya tiga orang yang di test-drive. Dan daripada tiga orang itu, hanya seorang yang layak menjadi pemandu syarikat kepada Boss. Tahu siapa seorang itu? Aku lah tu. Hehe. Boleh raikan kejayaan aku dengan senyum.

Bermulalah episod aku bekerja di sebuah syarikat pembuatan konkrit terbesar di Malaysia. Nama syarikat itu LAFARGE Concrete. Letaknya di Jalan Kilang, Petaling Jaya. Gaji permulaanku sebanyak RM 934 sebulan dan zero elaun. Tempoh sah perkhidmatan ketika itu adalah enam bulan.

Aku memulakan tugas pada hari pertama dengan menghadirkan diri agak awal. Dari awal pagi aku sudah bersedia. Disiplin datang awal itu kekal sepanjang aku bekerja di situ. Itu menjadikan tempoh enam bulan sah perkhidmatan itu buat aku lulus dengan cemerlang.

Oleh kerana minatku di sini, aku bertahan selama sepuluh tahun. Tugasku mudah. Aku hanya perlu membawa Boss dan ahli keluarganya ke destinasi pilihan mereka. Kerja tambahanku adalah membersihkan kenderaan di samping menguruskan penyelenggaraan kenderaan.

Kadang kala aku diminta menghantar tetamu syarikatku ke destinasi tertentu. Kenderaan yang aku pandu semuanya mewah-mewah. Antara kereta yang aku pernah pandu adalah kereta Volvo 940, Volvo S60, Volvo S80, Volvo XC90, Proton Perdana dan Nissan Murano.

Memang lain benar perasaannya. Aku begitu bangga kerana aku dapat memandu kereta mewah secara percuma. Boleh dikatakan aku senyum setiap hari di tempat kerja. Itu memang minatku. Disiplin kerja aku jaga. Rekod kerjaku cukup cemerlang.

Bayangkan, selama sepuluh tahun aku berkhidmat, aku hanya mengambil cuti sakit selama enam hari dan datang lewat cuma tiga kali! Kali pertama kerana jam loceng yang aku biasa gunakan tidak berbunyi. Yang kedua kerana tayar motor aku bocor di pertengahan jalan. Dan yang ketiga kerana banjir.

Bukan itu sahaja, malah tiada rekod saman dan kemalangan tercatat sewaktu aku mengendalikan kereta mewah panduanku. Bangga beb!

Selepas sepuluh tahun berkhidmat, aku mendapati kerja overtimeku semakin berkurang. Ini atas faktor pertukaran Boss yang berlaku. Tujuh tahun aku membawa Boss berbangsa Cina. Manakala baki tiga tahun aku ditugaskan membawa Boss berbangsa Morocco dan British.

Aku akui Boss aku itu adalah yang paling tinggi jawatannya di dalam organisasi LAFARGE Concrete seluruh dunia tetapi oleh kerana beliau jarang berada di Malaysia, ia menjejaskan pendapatan bulananku. Jumlah overtimeku tidak sampai sepuluh jam jika

(24)

24 dibandingkan sebelum ini mencecah 120 hingga 170 jam sebulan. Akhirnya, aku tekad berhenti.

Terima kasih kepada Boss aku, Mr. Ho Yoon Tee (7 tahun), Mr. Younes Alaoui (3 tahun) dan Mr. Bradley (sebulan).

Setiap pekerjaan yang aku lakukan walaupun kelihatan tidak glamour atau bertaraf rendah, tetapi sarat dengan ilmu yang aku kutip untuk kegunaan di masa hadapan. Sepanjang dua puluh tahun bekerja makan gaji dan berniaga, aku gelarkan seluruh pengalaman aku sebagai "University Of Life".

Ini menunjukkan walau apa jua pekerjaan yang kita lakukan mesti ada ilmu jika kita membuka mata hati dengan lebih luas. Jangan pernah memandang hina insan yang rendah taraf pendidikan, pekerjaan atau pangkat daripada kita kerana kita tidak boleh meramal masa depan seseorang. Boleh jadi orang suruhan kita menjadi Boss kepada kita atau anak-anak kita di masa hadapan.

(25)

25

Ceo Samad Kinto yang dahulu

Ini motor Honda Fame kebanggaan aku. Ansuran RM 100 sebulan hingga selesai RM 1500. Banyak berjasa motor ni pada aku tapi tiada awek sangkut dengan aku. Apa nak buat, tahi

kambing bulat-bulat. Hehe.

Ini zaman aku bekerja sebagai pembantu van. Tahun 1988. Habis pelusuk Lembah Klang aku teroka. Memang nostalgia.

(26)

26 Ini kenangan aku dibawa melancong sewaktu bekerja dengan Syarikat Azman & Tay

Associates. Jadi despatch pun dibawa bersama. Terima kasih Boss!

Aku dah sampai Los Angeles. Ini pun bersama dengan Syarikat Azman & Tay Associates. Penuh memori beb.

(27)

27

Ceo Samad Kinto yang sekarang

Ini barisan usahawan di bawah bimbingan aku. Truetech Group ditubuhkan secara rasminya pada Tahun 2009. Biar kecil tetapi berhasil adalah tema kami. Slogan awal perniagaan

"Pelanggan Kami, Sahabat Kami".

Selesai program rakaman televisyen Nasi Lemak Kopi 'O' tentang kisah kejayaan aku, 01 Disember 2013. Pertama kali aku masuk TV!

(28)

28 Aku dijadikan testimoni oleh Mentor aku, Dr Azizan Osman. "Dari budak pejabat, saya

kini miliki syarikat sendiri". Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Buku terbitan aku telah berjaya di pasarkan di kedai-kedai buku seluruh Malaysia. Alhamdulillah dikategorikan di rak buku Best Seller.

(29)

29 Kalau dulu aku memandu kereta mewah orang, kini aku memandu kereta mewah milik

aku sendiri.

Disebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada insan yang selalu memberi galakan dan sokongan padanya. Terima kasih sayang atas kasih Sayang tanpa syarat pada Abang. Bergambar di

(30)

30 Aku pun nak bergambar juga. Ini yang dah siap.

Ini mentor aku yang paling comel. Aku kira satu Malaysia kenal dia. Terima kasih Dr. Hj. Azizan Osman! Ilmu yang aku kutip sangat besar hasilnya pada siapa aku sekarang. Nak

(31)

31 Bersama jutawan muda, Tuan Irfan Khairi. Banyak ilmu perniagaan online aku belajar daripada beliau. Walaupun beliau kelihatan "jambu" tapi aku lebih stylo. Hehe. Jangan marah

Tuan IK.

Ini mentor aku di bidang hartanah dan kewangan. Banyak aku belajar ilmu daripada beliau. Terima kasih Tuan Azizi Ali! Aku dah berhijrah ke Planet Jupiter!

(32)

32 Ini mentor aku yang berjantina wanita. Hehe. Puan Guru Ainon Mohd.! Aku memang hormat

dengan beliau. Kemahiran berfikir aras tinggi beliau memang luarbiasa.

Dulu berangan sekarang kenyataan. Dua buah buku yang telah diterbitkan. Jutawan Dari Rumah dan Bukan Tidak Boleh Tapi Tidak Mahu. Boleh didapati di kedai-kedai buku seluruh Malaysia. Aku memang gila membaca. Sehingga kini, aku dah baca 500 lebih buah

(33)

33 Bersama mentor dalam kemahiran bercakap. Terima kasih Dato' Roslan! Halalkan ilmu ya.

(34)

34

Bab 10

Anjali oh Anjali...

"Bersedekah setiap hari dengan keikhlasan, tambah nilai sedekah tanpa

harap balasan. In sha Allah."

- Ceo Samad Kinto

"Boleh saya tahu siapa di sana? Manjanya suara," aku mengusik di corong telefon. Sungguh aku terpaut hanya dengan mendengar suaranya sahaja.

"Err! Manja ke? Biasa aja. Saya Anjali," balas seorang gadis di hujung talian. "Manisnya nama, pasti secantik orangnya." Aku bermain kata-kata.

Seketika kemudian, kami sama-sama ketawa. Itulah detik perkenalan kami. Dari perbualan yang tidak disengajakan akhirnya cinta kami berputik. Bermula dengan usikan, akhirnya aku menjadi ketagih mendengar lenggok manja suaranya. Hari-hari aku dihiasi dengan manjanya.

Anjali (bukan nama sebenar) adalah seorang pelajar di salah sebuah universiti di Dungun. Dia masih lagi menuntut di Tahun Akhir Diploma. Aku pula bekerja sebagai driver di Kuala Lumpur. Walaupun kami jauh, namun jarak bukan penghalang cinta kami. Melalui telefon bimbit kami berhubung setiap hari. Nampaknya skill aku dalam talian ternyata tidak luntur. Walaupun aku tidak berada di sisi, tapi menurutnya aku seperti sentiasa ada di sebelahnya.

Kami merpati dua sejoli seperti pasangan lain juga. Cuma aku masih kurang yakin sebab kami masih belum pernah bertentang mata. Anjali belum pernah melihat aku. Sedangkan Anjali aku yakin memang lawa bergaya. Ini aku ketahui dari adik aku sendiri yang sama-sama menuntut di Dungun.

"Abang kirim gambar pada Anjali. Kalau setuju bermakna Anjali sudah menjadi kekasih Abang 50 peratus. Selebihnya Anjali boleh nilai sendiri bila kita berjumpa. Setuju?" Aku mengenakan syarat pada Anjali.

Anjali hanya melihat aku dari gambar yang aku kirim. Gambar itu gambar yang paling slim dan paling kacak dalam simpanan yang aku miliki. Beberapa hari selepas menerima

(35)

35 gambar, Anjali memberi kata persetujuan. Separuh perjanjian telah tercapai. Yahoo! Kami mengikat cinta melalui corong telefon. Percintaan kami bermula.

Hari-hari mengikat cinta bersama Anjali menjanjikan kedamaian dan kegembiraan yang tidak pernah aku rasakan sepanjang hidup aku. Bahagia apabila ada yang mengejutkan bangun pagi, mengambil kisah tentang makan minum aku, tempat meluah perasaan hari-hari dan macam-macam lagi..

“Assalamualaikum,” aku memulakan bicara.

“Hmmm..Kenapa Abang lambat telefon?,” soal Anjali dengan nada sedikit merajuk. “Maaf lah, Abang ada kerja extra tadi lepas hantar Boss. Sorry Sayang. Dah lama tunggu ya?,” aku cuba meminta maaf.

Namun, Anjali senyap dihujung talian. Merajuk barangkali. Biasanya waktu bergayut kami sekitar jam 10.30 malam setiap hari. Aku sudah selesai segala urusan kerja dan dia juga dah sedia menunggu aku. Tapi malam itu, aku terlewat sedikit. Lambat satu jam kerana aku ada kerja extra diberi oleh Boss. Terpaksa lah mukadimah aku panjang sikit memujuk semula Anjali yang dah mula muncung.

“Ok ok Abang minta maaf. Biar Abang nyanyi lagu untuk Sayang ya,” kata aku dengan ceria.

“Malam ini kasih teringat aku pada mu Seakan kau hadir di sisi menemani ku

Ku yakin kan diri agar tiada sepi Ku lewat kau hadir di dalam mimipi ku Seandainya mungkin ku mampu terbang ke awan

Detik ini juga ku akan melayang ke sana Kan ku bawa pulang

Dirimu yang selalu ku sayang Bersama berdua kita bahagia Kasih dengarlah hatiku berkata Aku cinta kepada dirimu sayang Kasih percayalah kepada diriku

Hidup matiku hanya untuk mu, Anjali buah hatiku.”

Terkumat-kamit aku menyanyi lagu Kasih dendangan Hetty Koes Endang. Boleh tahan sedap juga suara aku. Tak lama kemudian Anjali sudah senyum semula. Dengar ketawa kecilnya sudah aku bagai terbang ke bulan. Begitulah rutin harian aku dan Anjali. Setiap hari aku akan menyanyi sebuah lagu untuknya. Kalau boleh, sebelum tidur, aku akan pastikan dia terbuai lena dengan suara aku.

(36)

36 “Mestilah. Kenapa Abang Tanya?,” dia pula menyoal aku.

“Hmm. Saja. Abang suka nak tahu apa ada dalam hati Sayang.” Aku semakin terbuai dengan suara halusnya. Terasa mahu terbang ke sana menemaninya.

“Hmm..sebenarnya Sayang suka..Sayang suka lelaki yang berjiwa romantik macam Abang. Beriman, penyayang, hormat orang tua, dan boleh memahami Sayang seadanya.” Aku dihujung talian sudah tersenyum-senyum mendengar luahan teman wanita aku itu. Pancing aku mengena. Hehe.

Enam bulan lamanya kami bercinta melalui telefon. Bercinta jarak jauh memang seronok. Tak perlu dating setiap hari. Jadi aku boleh fokus dalam pekerjaan aku. Cuma, bila rindu sedikit terus SMS segera. Jika tidak boleh kawal kerinduan itu yang payah. Mesti dengar suara. Terpaksa buat panggilan. Bergayut di telefon pula. Hehe. Aku ingat jimat duit, tapi bil berjela. Perkara biasa dalam percintaan. Hero mesti berkorban.

Masa cukup pantas berlalu. Hinggalah pada suatu hari, kami bersetuju untuk berjumpa. Anjali menjemput aku hadir ke rumah ibu saudaranya di Selayang. Itulah kali pertama aku berjumpa dengan dia setelah berkawan sekian lama. Memang berdebar. Kumbang jantan ini telah kehilangan gaya stylo sekejap. Keyakinan diri bagai terbang melayang. First time nak berjumpa awek pujaan. Sekali dengan jumpa ibu saudaranya pula tu. Fuh.

Aku kumpul semua kekuatan. Sekejap sahaja aku dah kembali bersemangat. Aura kerajinan aku luarbiasa sekali. Kereta kancil yang aku pinjam dari kawan sudah siap dicuci, vakum dan polish dari malam lagi. Tayar kereta cukup berkilat sudah tersedia.

Jam di dinding tepat menunjukkan pukul 9.30 pagi. Aku masih berdiri di depan cermin, melihat penampilan aku. Baju kemeja warna biru muda itu menampakkan aku kelihatan lebih remaja. Ditambah pula dengan rambut yang sudah disisir rapi. Hensem juga aku ni, aku berbisik dalam hati dengan penuh senyuman.

Pukul 10.00 pagi. Aku hidupkan enjin kereta kancil. Dengan lafaz Bismillah, aku mulakan perjalanan. Sepanjang pemanduan aku secara solo ke Selayang, berbagai fikiran yang aku bawa. Aku mesti susun skrip untuk bercakap. Penting ke? Ish. Mesti penting. Malah wajib bagi aku. Degupan jantung aku lebih laju dari biasa. Lutut mula lemah bergoyang.

"Assalamualaikum...." Salam pertama aku hulurkan. Aku sudah berada di depan rumah ibu saudara Anjali. Rumahnya kelihatan kemas. Dindingnya dicat dengan warna kuning muda memberi seri. Lamannya penuh dengan pelbagai jenis pokok bunga. Aku kira ibu saudaranya memang rajin mengemas.

"Waalaikumsalam..." Salamku berbalas. Seorang gadis muncul di muka pintu rumah. Dia kelihatan anggun. Pipinya bagai pauh dilayang. Matanya bundar redup memandang aku.

(37)

37 Keadaan begitu hening sekali. Angin sepoi-sepoi bertiup, mendamaikan suasana menjadikan aku terpukau dengan sinar wajahnya.

Itulah Anjali. Ternyata dia lebih cantik daripada apa yang aku bayangkan. Tubuhnya kurus tinggi dan berkulit kuning langsat. Dia hanya memakai baju kurung corak bunga-bunga kecil warna lembut, seolah-olah menggambarkan dirinya juga begitu.

Untuk sesaat, mata kami bertautan tanpa sebarang kata. Jiwa aku gundah tiba-tiba. Begitu juga dengan jantung yang berdegup kencang tanpa amaran. Debaran di dada tidak mampu aku kawal melihat dia di depan aku. Sedikit kekok jadinya, namun hero tetap hero.

"Jemputlah masuk..," ujar Anjali. Dengan muka yang penuh ceria, aku disambut baik oleh Anjali dan keluarga ibu saudaranya. Sepanjang pertemuan, kami berbual mesra. Bertukar-tukar cerita. Sesekali aku bermain mata dengan Anjali. Setiap kali senyumannya dihulurkan kepada aku, perasaanku terasa mudah cair. Aduh, jiwa seekor kumbang sudah tertawan. Anjali sudah mendapat tempat dalam hati aku. Walaupun hanya baru berjumpa tidak sampai beberapa jam tetapi sudah ada chemistri antara kami.

"Boleh tahan juga Abang ni. Tengok dari gambar tak berapa jelas lesung pipitnya," usik Anjali sambil melirik senyuman. Kami sama-sama ketawa. Fuh, bergetar jantung beb bila kena puji. Terasa kembang sekejap aku tika itu. Anjali memang ayu. Lenggok bahasanya lembut dan manja. Ketawa kecilnya memukau hati aku. Betul-betul buat aku melayang ke bintang. Macam hero Hindustan menyanyi sambil menari kat taman dibuatnya. Tiada kata yang mampu mengungkap keindahan yang sedang aku nikmati waktu itu.

Tidak aku sangka, hari itu berlangsung dengan lancar. Alhamdulillah Anjali sudi menerima tawaran untuk menjadi kekasih sebenar aku. Termeterai ikatan cinta antara kami.

"Abang tidur mimpikan Sayang ya. Jangan main mata dengan orang lain!," itu antara mesej-mesej aku dan dia. Saat itu aku tersenyum geli hati mendengar pesanannya. Sebelum tidur memang wajib kami bermesej atau bergayut. Beberapa kali juga aku tertidur bersama telefon di sebelah. Maklumlah orang bercinta. Dia memanggil aku Abang dan aku membahasakan dia dengan panggilan Sayang.

Saban hari aku dan dia berhubung mesra. Jika tidak berjumpa, pasti bergayut di telefon. Mana boleh tidak dengar suara satu hari. Boleh angau dibuatnya. Senyuman, pandangan mata, gerak tubuh, derap langkah, juga auranya sentiasa bermain-main dalam minda aku.

Hari demi hari aku lalui bersama Anjali. Selama dua tahun menyulam kasih, pelbagai kenangan pahit manis aku tempuh dengan dia. Dia memang cukup manja dengan aku.

Hinggalah, pada suatu hari...

(38)

38 Aku menghantar mesej kepadanya. Selepas sepuluh minit, mesejku masih tidak berbalas. Tidak mengapa, aku cuba lagi.

"Makan apa sayang harini? Sedap tak?"

Aku menunggu lagi sepuluh minit. Juga tiada balasan. Rindu aku sudah menggunung tinggi. Biasanya tak sampai dua minit sudah berbalas. Mungkin Anjali sibuk, aku cuba sedapkan hati.

"Sayang tak rindu kat Abang ke?"

Aku menghantar mesej kali ketiga. Aku menunggu dengan penuh harapan. Aku menundukkan wajah. Bermain-main jari-jemariku dengan fikiran buntu. Tidak lena tidur jadinya bila diperlakukan begini.

Tetttt tetttt. Telefon tangan aku berbunyi. Tanda mesej masuk. Wah, ada balasan. Berbunga-bunga hati aku. Aku senyum kecil. Teruja mahu membuka balasan dia.

"Di tempat kerja. Dah. Sibuk sikit."

Errr..! Mesej aku semakin kurang sambutannya. Anjali balas dengan begitu hambar. Aku kecewa. Tidak ada tarikan seperti dulu. Tiga aku mesej, hanya satu dia balas. Itu pun pendek dan macam tidak ada hati. Panggilan telefon pun susah dijawab. Kadangkala dia matikan. Sudah beberapa lama aku perhatikan. Bukan hanya sekali ini. Hampir tiga bulan aku perhatikan perubahan pada Anjali.

Aku terkilan. Apa salah yang aku lakukan. Setahu aku, aku tidak pernah curang dengannya. Bermain mata dengan gadis lain adalah juga kadang-kadang. Itupun gadis lain yang terpikat dengan aku. Bukan salah aku. Anjali tetap kekasih pujaan nombor satu aku.

Aku terpaksa meminta kepastian Anjali tentang hal yang sebenar. Perkara ini tidak boleh ditangguh-tangguh lagi. Kalau dilihat dengan mata kasar, Anjali bagaikan tidak ada masa untuk menemui mahupun berhubung dengan aku. Anjali seakan-akan menjauhkan diri.

Anjali yang aku kenal dahulu adalah seorang yang suka bercerita. Kami tidak pernah putus berSMS setiap hari. Dan balasan-balasan SMS darinya jarang pendek. Pasti penuh satu mesej tu. Anjali memang suka mengadu. Apa lagi aku kekasihnya. Memang banyak ceritanya. Siap sahajalah aku melayannya. Kadang-kadang dia mengadu kisah kawan satu tempat kerjanya nya yang suka makan, ada kisah kawan sepejabat yang suka tidur, ada kisah kucingnya yang hilang dan macam-macam lagi. Aku tidak kisah langsung. Hati aku tercuit juga dengar bebelannya.

Aduan Anjali setiap hari adalah hiburan hari-hari aku. Aku seronok mendengar celotehnya. Aku akan mendengar dan sama-sama melayani kerenahnya. Setiap kali kami bergayut di telefon, aku seolah-olah dapat membayangkan kecomelan dia mengadu dengan

(39)

39 penuh reaksi dan mimik mukanya di samping aduan yang tidak boleh diterima oleh akalku. Geli hati dengan telatah awek aku ini. Beruntung aku dapat awek comel.

Tapi kali ini Anjali sungguh berbeza. Sepanjang minggu ini, waktu-waktu aku agak sepi tanpa teman untuk bersembang. Anjali semakin tenggelam dengan kesibukannya di tempat kerja. Dari pagi hingga ke malam setiap hari.

Terasa malas mahu menghubunginya. Entah kenapa aku dapat rasakan sesuatu yang tidak elok bakal terjadi dengan hubungan kami. Mahu tidak mahu, aku mengambil juga telefon bimbitku dan memintanya penjelasan darinya.

"Kita jumpa hari Sabtu pukul tiga di tempat biasa. Anjali ada sesuatu mahu beritahu Abang." Tertera mesej ini di paparan telefon aku. Hampir sepanjang malam aku tidak lena tidur memikirkan perkara yang bakal terjadi hari Sabtu nanti. Fikiran aku berserabut. Resah dan gelisah. Mungkinkah salah aku yang semakin pudar melayannya? Mungkinkah aku ada bermain-main mata dengan orang lain? Mungkinkah ada orang ketiga di antara kami? Pelbagai andaian bermain-main di fikiran aku.

Pada hari yang dijanjikan, tepat pukul tiga petang, aku sudah terpacak di taman bunga tempat biasa kami berjumpa. Kelihatan beberapa anak kecil bermain-main ditemani ibu dan ayah mereka. Ada yang berlari. Ada yang bermain buaian. Ada yang sudah memercik peluh di dahi. Aku seronok memerhatikan telatah mereka. Seandainya aku mempunyai anak suatu hari nanti, mungkin juga anak-anak aku seperti mereka nanti. Nakal, lincah dan comel-comel. Angan-angan aku yang entah dari mana.

Taman bunga itu menjadi saksi cinta kami. Bertemu hampir setiap minggu dan bergurau senda. Perasaanku bercampur-baur. Aku mengharapkan sesuatu yang baik terjadi. Serta-merta aku mengukir senyum. Anjali tetap milik aku. Dulu, kini dan selamanya. Itu bunga pujaan aku. Lima minit kemudian, Anjali muncul di pandangan. Seperti biasa, dia kelihatan anggun walaupun tanpa solekan di wajah. Anjali hanya memadankan jeans, t-shirt berlengan panjang dan tudung jenis kain casavoil berwarna kuning air. Aku kagum dengan Anjali. Walaupun dia kelihatan simple tapi menawan hati aku.

"Abang masih ingat janji kita sebelum couple?," Anjali memulakan mukadimahnya. Aku mengangguk tanda aku masih ingat. Ya, aku mengaku sebelum kami mengikat tali percintaan, ada perjanjian antara kami.

Jika ada lelaki yang lebih bagus daripada Abang sebelum kita bernikah, Sayang boleh pilih lelaki itu tanpa syarat.

(40)

40 Aku membenarkan dia memilih lelaki lain sekiranya ada yang lebih bagus daripada aku. Aku mengaku bahawa aku berada di tahap mana. Aku mahu dia hidup selesa. Tetapi itu bukan soalnya. Soal hati dan perasaan ini telah lama terbuai-buai dalam mimpi aku. Setiap hari aku menaruh harapan padanya.

"Andaikata Anjali sudah ada lelaki yang lebih bagus daripada Abang, Abang akan lepaskan Anjali?," soalnya tenang tanpa memandang wajah aku.

Aku menarik nafas panjang. Tergamam sebentar. Hilang kata-kata untuk bersuara. Aku sekadar mengangguk. Aku cuba tidak menunjukkan reaksi spontanku. Cuba menganggap tiada apa berlaku dengan kata-kata kekasih hati aku itu. Aku menahan gelora di jiwa. Sebak hati aku mendengar Anjali sudah mempunyai lelaki lain. Lebih bagus daripada aku pula tu. Bercampur-baur perasaan aku. Geram ada, marah ada, sedih pun ada. Patutlah layanan aku tidak bersambut.

Fikiran aku mengimbau kembali saat-saat kami memadu asmara dua tahun yang lalu. Anjali benar-benar buat aku terpesona. Dari lirikan mata, senyumannya, tawa kecilnya, semuanya memukau hati kumbang jantan ini. Memilikinya buat aku rasa sungguh bertuah.

Aku mengeluh panjang. Menahan perasaan yang entah apa. Namun ternyata, keluhan itu timbul dari perasaan yang tidak enak. Aku benar-benar tidak suka dengan apa yang aku dengar sebentar tadi. Aku belum bersedia untuk memikirkan tentang apa yang bakal terjadi selepas ini. Apa yang aku debarkan, itulah yang terjadi. Yang aku tidak inginkan, itu jugalah yang menghampiri.

Suasana sepi seketika. Anjali melemparkan pandangannya ke tasik di hadapan kami. Dari mula lagi dia tidak mahu memandang aku di sisi.

"Beginilah. Abang beri Sayang tempoh satu minggu untuk fikir tentang hal ini masak-masak, kemudian kita jumpa semula.," aku beri arahan ringkas padanya. Aku mengharap simpatinya. Aku harap Anjali dapat berfikir sehabis baik untuk perhubungan kami. Tempoh masa dua tahun bukan tempoh masa yang singkat bagi aku. Aku melihat lebih jauh dari itu. Aku melihat jalinan kasih sayang yang begitu kuat sekali. Bermacam kisah cinta sudah terpahat dalam memori aku. Bahkan, aku sudah bersedia mahu menempuh alam perkahwinan apabila Anjali tamat belajarnya nanti.

Hari-hari selepas itu aku tidak lena dalam tidurku. Anjali sudah tidak ada seperti kebiasaan kami bergayut sebelum tidur. Terasa tidak lengkap hidupku. Makanan pun tak terasa ketika mengunyah. Buat aku jadi tidak selera buat beberapa hari.

“Mat, kau okey ke? Asyik termenung je aku tengok,” tegur rakan tempat aku bekerja. Katanya aku kelihatan kurus sejak dua menjak ini. Aku hanya senyum membalas soalannya.

(41)

41 Mengiakan kata-katanya. Emosi aku bergolak. Semuanya begitu menakutkan. Setiap hari aku termimpikan Anjali. Aku tidak dapat membayangkan hidup aku tanpa Anjali. Kusut kepala aku memikirkannya.

Izinkan aku sayang Merinduimu selalu Biar bergetar nalurimu Walau berkali kau membenci

Cintaku takkan hilang Himpunkan semua kemaafan

Dengarkan oh rintihan Andainya kau pergi Gugurlah bunga cinta Terpadam mentari yang menyinar.

Pulanglah oh sayang, Kau ku nanti penuh pasti

Rintihan kecundang untukmu oh sayang.

Argh! Lagu di radio ini seakan-akan memerli aku. Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku mengeluh lagi. Entah mengapa beberapa hari ini lain sekali. Masa yang selalunya pendek, jadi panjang. Yang sekejap, boleh jadi lama.

Enam hari telah berlalu. Aku berjumpa semula dengan Anjali seperti yang dijanjikan. Kami berjumpa di taman bunga berhadapan tasik yang sama. Suasana di taman lewat petang itu agak lengang. Hanya ada beberapa anak kecil bersama penjaganya bermain buaian dan bersiar-siar membuat pusingan di tepi tasik. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa terasa dingin di kulit wajah. Harmoni, indah, tenteram berada di tasik ini.

Kali ini, ada satu perasaan yang cukup sayu bertandang di jiwa. Tidak tahu sama ada berada di sini mengembalikan kenangan lama ataupun sayu kerana tempat inilah yang menemukan aku dengan seorang wanita yang amat aku sayangi.

Aku lihat Anjali sudah mengambil tempat duduk di kerusi biasa kami. Pakaiannya serba ringkas tetapi tetap cantik di mata aku. Dengan slack warna coklat gelap serta blaus yang agak longgar, dia sudah tampak menarik. Pipinya sedikit merah hari ini, buat hati aku semakin memuji keayuan dia.

Sebaik sahaja aku mengambil tempat duduk, Anjali berkata, "Abang, Anjali sudah fikir sedalam-dalamnya."

Tidak beri aku peluang ambil nafas dia ni. Aku mengomel dalam hati. Ternyata nada suaranya begitu meyakinkan.

Aku memandang Anjali. Mulutku seakan terkunci. Menyedari renunganku yang tajam ke arahnya, dia segera berpaling dari aku.

(42)

42 "Anjali tidak mahu kita berhubungan lagi," dia menyambung ayatnya bersahaja. Jelas suaranya menangkap ke telinga aku.

Kata-katanya mengundang rasa tidak enak dalam jiwa aku. Aku mengharapkan takdir untuk kami berdua....Argh!

Aku menarik nafas panjang perlahan-lahan bila berasa tidak selesa. Mengapa aku diceraikan? Adakah aku tidak cukup kacak menjadi bakal suaminya? Adakah aku tidak cukup gagah untuk menjadi lelakinya? Siapakah lelaki yang telah mencabar kelakian aku?

Aku memberanikan diri menatap gadis di hadapanku.

"Sayang tidak menyesal?," aku memandang wajahnya dengan penuh simpati. Serta-merta dia menggeleng perlahan.

"Hati Anjali sudah tidak ada pada Abang. Hati Anjali telah lama mati dengan hubungan kita. Maafkan Anjali."

"Abang bukan lagi hero pujaan Anjali."

Aku terpaku di situ. Kepala aku berat. Aku tidak mahu memikirkan kemungkinan yang bakal terjadi. Aku tidak sanggup. Anjali cinta hati aku. Aku tarik nafas dalam-dalam.

Sepuluh minit berlalu tanpa kata. Aku dan Anjali seolah-olah dalam dunia kami sendiri. Aku kehairanan. Tapi cuba memberanikan diri menjawab kata-katanya.

"Tapi mengapa Anjali? Apa salah Abang? Anjali tidak bahagia dengan Abang selama ini?," aku menyoalnya dengan dahi yang berkerut. Bukan mudah untuk aku meninggikan suara dengan gadis yang aku sayang ini. Ini lah kali pertama dan mungkin yang terakhir. Aku semakin bingung. Aku mahu duga hatinya.

Serta merta dia menggeleng.

"Sayang, please. Please beritahu apa salah Abang." Aku seolah-olah cuba merayu dan memujuknya.

Suasana hening seketika. Aku lihat Anjali menyusun butir bicaranya. Aku diam. Enggan mengulas apa-apa lagi. Aku tidak mahu kembali mengingati kenangan lama. Aku renung wajahnya dalam-dalam. Tidak sedikit pun berganjak pandangan mataku.

"Ada tujuh sebab keputusan ini dibuat...." Anjali meneruskan bicaranya. Berasa tidak selesa diperhatikan begitu, Anjali segera mengalihkan pandangan. "Abang mahu dengar semuanya?," soalnya bersahaja.

Aku hanya mengangguk. Jantung aku berdegup hebat. Aku tertanya-tanya apa jawapan disebalik kata-kata Anjali itu. Tujuh sebab bukan sedikit. Apakah itu semua kekurangan aku? Apakah sungguh benar tujuh sebab itu yang membuat hatinya goyah? Aku mengerut dahi. Aku makin tidak senang duduk. Apa yang perlu aku buat? Fikiranku ligat berputar. Memikirkan

(43)

43 bagaimana aku boleh menyelesaikan ketujuh-tujuh alasan itu. Pasti ada caranya, aku berkata sendirian.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dia tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab. Meninggalkan aku terpinga-pinga dengan penjelasannya yang belum habis.

"Okey, you tunggu sekejap. I tengah jumpa kawan dulu, okey?" Serta merta telefon bimbit dimatikannya.

Aku cuba bersuara bertanyakan sesuatu, tetapi dia lebih pantas daripada aku. Aku betul-betul mahu tahu siapa gerangan yang menelefon dia sebentar tadi. Dan mengapa ungkapan kawan diberikan pada aku? Adakah aku benar-benar sekadar kawan setelah lama kami menyulam kasih? Aku keliru.

Dari cara dia melayani si pemanggil, tidak salah aku menduga bahawa si pemanggil mungkin adalah pesaing aku. Dada aku semakin berdebar-debar bila mengingati semula perbualan mereka sebentar tadi. Aku cuba meredakan perasaan. Aku cuba tidak mengaitkan panggilan telefon yang baru aku dengar ini dengan episod cinta kami. Berkali-kali aku meyakinkan diri bahawa aku masih di tangga teratas dalam hati Anjali. Namun, seandainya benar telahan aku, apakah akan terjadi dengan hubungan kami? Siapakah gerangannya yang berani mengganggu ketenteraman cinta kami ini? Gelora dihatiku saat itu, hanya aku sahaja yang tahu.

"Abang sungguh mahu tahu?," ujar Anjali penuh rahsia. Dia berpaling. Dia sedikit jauh dari aku ketika itu.

Aku cuba menggagahkan diri memandangnya. Aku mengangguk. "Ya, teruskan Sayang." Ungkapan sayang masih aku guna untuk dia. Bagi aku, dia kekasih aku dulu hingga kini. Kasih sayang aku tidak pernah berubah walau sedikit pun laut bergelora. Malah, dari hari ke hari perasaan cinta dan sayang itu membuak-buak untuk aku hidup bersamanya. Melihat dirinya ketika itu, perasaanku jadi tidak menentu. Hati aku berasa berat. Pantas aku mengalihkan pandangan. Tidak mahu melayani perasaanku ini. Namun, perasaan ini semakin kuat tetapi sepi dalam waktu yang sama. Aku pasti akan kehilangannya kali ini. Buat sesaat itu, perasaan dan keinginanku begitu hebat sekali.

Dalam sekelip mata, suara Anjali memecah gelodak perasaanku. "Satu, Abang tidak ada simpanan."

Gulp. Aku telan air liur. Dalam masa yang sama, aku tersentak. Tergamam tapi cuba bertenang. Kening mataku terangkat, seolah-olah tidak mempercayai kata-kata Anjali. Hati aku lantas terdetik, begitu mudah dia menilai kewangan aku. Apa dia tahu simpanan di bank aku sudah berapa? Aku membiarkan dia meneruskan bicaranya.

(44)

44 "Dua, Abang tidak ada rumah."

Aku menahan perasaan. Terasa seperti disindir. Rumah memang aku belum ada tetapi sebenarnya aku sudah bersedia untuk membelinya selepas kami kahwin nanti. Aku diam membisu tanda akur.

"Tiga, Abang tidak ada kereta."

Aku diam sahaja mendengar penerangannya satu persatu. Spontan, terlintas dalam fikiran aku, kenapa gadis ini memandang aku begitu rendah?

"Empat, jarak umur kita berbeza terlalu jauh."

Anjali mula menjarakkan ruang antara kami. Aku hairan, aku sudah berpacaran dengannya sudah dua tahun. Setahu aku, usia bukan penghalang cinta kami. Jika tidak, mengapa lamaran kekasihku dua tahun yang lalu diterima dengan mudah. Tetapi hari ini, isu itu dibangkitkan.

"Lima, keluarga tidak menyukai Abang."

Aku tersentak. Perasaanku sedikit tersinggung. Mahu sahaja aku angkat kaki ketika itu juga. Aku mengerutkan dahi tanda tidak puas hati. Aku fikir, hati ahli keluarganya sudah aku tawan dari permulaan kenal lagi. Namun, aku kawal reaksiku.

"Enam, taraf akademik kita bagai langit dan bumi."

Berderau darahku mendengar sebab keenam ini. Anjali benar-benar banyak berubah. Tidak seperti dulu. Aku diam. Kata-kata Anjali banyak kebenarannya.

"Tujuh, Abang seorang driver. Bagaimana mahu beritahu orang kampong. Malulah." Anjali menghabiskan bicaranya. Perbualan kami terhenti setakat di sini. Dalam sekelip mata, aku rasakan langit seakan runtuh menghempap aku. Betapa sukarnya aku melalui saat perpisahan ini. Wajah aku jelas kelihatan muram. Selesai memberi tujuh sebab memutuskan perhubungan kami, Anjali mengatur langkah pergi dari hidup aku. Kali ini dia pergi untuk selama-lamanya.

Aku masih mengambil tempat di hadapan tasik. Sedih, sepi, mengharap dan merindu. Anjali tidak sedikit pun peduli perasaan aku selama ini. Sulaman kasih kami sekadar cinta tak berpenghujung.

Aku mahu menangis. Hati aku punah dan ranap dalam beberapa masa sahaja. Ketujuh-tujuh sebab itu bagai diulang suara di telingaku. “Abang tidak ada simpanan, Abang tidak ada kereta, Abang tidak ada bla..bla..bla..” Bagai tidak percaya pada situasi itu, kembali ke kereta aku menangis semahunya. Tidak aku sangka, air mata kelakianku bergenang di kelopak mataku kerana seorang wanita. Inilah kali pertama aku diperlekehkan begini. Saat menghidupkan enjin

(45)

45 kereta yang aku pinjam hari itu, lagu Sandiwara Cinta pula berputar di radio. Seolah-olah memahami perasaan aku ketika aku. Dengan penuh kecewa, airmataku menitis jua.

Aku tahu ini semua tak adil Aku tahu ini sudah terjadi Mau bilang apa aku pun tak sanggup

Air mata pun tak lagi mau menetes Alasannya seringkali ku dengar

Alasannya seringkali kau ucap Kau dengannya seakan ku tak tahu

Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku Jujurlah sayang aku tak mengapa

Biar semua jelas telah berbeda Jika nanti aku yang harus pergi

Ku terima walau sakit hati Mungkin ini jalan yang engkau mau Mungkin ini jalan yang kau inginkan

Kau dengannya seakan ku tak tahu Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu

Jujurlah sayang aku tak mengapa Biar semua jelas telah berbeda Jika nanti aku yang harus pergi

Ku terima walau sakit hati

Kelu lidahku. Kalau ikutkan hati, jawapanku mudah sahaja. Mengapa menerima cinta aku dua tahun yang lalu? Saat yang sama aku menjawat jawatan driver. Jika benar tidak mahu seorang driver, mengapa sudi menjadikan aku kekasih hatinya. Aku masih tidak percaya dengan apa yang aku dengar. Aku terasa seperti berjalan di atas angin. Bagai mimpi. Terasa diri aku masuk ke dunia yang begitu asing.

Aku menggeleng beberapa kali seolah tidak mempercayai semua ini berlaku. Tubuhku yang sebelum ini cuba menunjukkan keberanian dan keyakinan, perlahan-lahan lesu.

Walau apa cara sekalipun, perkara tetap berlaku dan sudah berlaku. Cuma sedikit terkilan di hati ini, aku tidak mengerti kenapa cinta aku dipermainkan. Seumur hidup aku, tidak pernah ada insan yang berani kata begitu pada aku.

Kejadian itu sememangnya memberi tamparan hebat pada aku. Oleh kerana aku percaya bahawa manusia itu ada peluang memilih, aku akur dengan pilihan Anjali. Aku melepaskan dia dengan hati yang berat.

(46)

46 Kata-kata Anjali itu lebih kepada satu panduan untuk membantu aku bersedia menghadapi karenah menjemput jodoh di masa akan datang. Aku mula membezakan antara realiti dan impian, kenangan dan kenyataan. Aku kembali berdiri teguh tanpa memikirkan Anjali lagi. Aku pujuk diri supaya tidak terus hanyut dalam kekecewaan.

Selagi hayat dikandung badan, aku tidak akan lupa kata-kata Anjali ini. Kekecewaan ini telah membina kekuatan dan keyakinan diri. Diri ini kuat semula walaupun hakikatnya, luka itu masih terasa perit. Aku sedar, menangisi kebodohan diri di atas kekecewaan tidak akan membawa aku ke mana.

Di suatu sudut, aku mahu mengucapkan beribu terima kasih kepada Anjali kerana telah menyedarkan siapa aku yang sebenar. Selama ini aku tidak pernah tahu bahawa tujuh sebab itu menjadi penanda aras bagi seorang wanita untuk menilai lelaki yang bakal menjadi suaminya. Terima kasih Anjali.

Referensi

Dokumen terkait

Iklan Baris Iklan Baris JAKARTA UTARA Serba Serbi JAKARTA BARAT JAKARTA PUSAT RUPA-RUPA Rumah Dijual Rumah Dikontrakan JAKARTA SELATAN JAKARTA TIMUR JAKARTA TIMUR BODETABEK

pendanaan. Untuk melaksanakan manajemen sumber daya manusia yang komprehensif sesuai dengan teori manajemen sumber daya manusia yang ada diperlukan dana yang tidak sedikit.

Pembelajaran merupakan suatu proses kegiatan yang memungkinkan guru dapat mengajar dan siswa dapat menerima materi pelajaran yang diajarkan oleh guru secara

Berdasarkan masalah tersebut, dapat dilihat bahwa siswa kurang terlatih mengembangkan keterampilan berpikir dalam memecahkan masalah, sehingga aspek tingkat tinggi pada

Persyaratan-persayaratan lain yang harus dipenuhi oleh seorang suami yang akan melakukan permohonan ijin berpoligami ke pengadilan sebagaimana diatur dalam pasal 5 adalah

Peraturan Pemerintah Nomor 3 Tahun 2007 tentang Laporan Penyelenggaraan Pemerintahan Daerah Kepada Pemerintah, Laporan Keterangan Pertanggungjawaban Kepala Daerah kepada

Dalam kajian ini dibahas antara lain; identifikasi pola tanam dan kebutuhan air yang ada, perhitungan debit andalan, perhitungan kebutuhan air yang ada, analisa tenaga

TANGGUNG JAWAB DAN TANGGUNG GUGAT KEMUNGKINAN PENGGUNAAN WEWENANG LAGI DELEGASI DILAKUKAN DENGAN PERATURAN NPERUNDANG BERALIH PADA DELEGATARIS (PENERIMA DELEGASI) DELEGANS