• Tidak ada hasil yang ditemukan

"Bersedekah setiap hari dengan keikhlasan, tambah nilai sedekah tanpa

harap balasan. In sha Allah."

- Ceo Samad Kinto

Aku berbaring di atas katil. Fikiran aku berkecamuk. Kata-kata Anjali masih terngiang-ngiang ditelinga aku. Aku masih sayangkan dia? Dia masih ada cinta untuk aku? Mengapa begitu mudah berpaling tadah dengan alasan yang entah apa.

Ah! Aku langsung tidak mengerti. Percintaan yang aku semai benihnya tidak menghasilkan buah. Cinta aku punah di saat sedang bertunas. Luluh hati aku mengingatkan kisah itu. Sungguh aku mengharap untuk bernikah dengannya.

Sejak kejadian tempoh hari, aku tidak pernah sekali pun menggagahkan diri untuk mencari kekasih lain. Pada aku urusan jodoh akan datang kemudian. Soal hati aku tolak tepi. Kerjaya aku lebih penting dari segalanya. Aku kutip semula sebab-sebab aku diceraikan oleh Anjali dan memulakan langkah sebagai orang baru.

Aku seakan terjaga tiba-tiba. Bayangan Anjali aku perlu hapuskan dari minda. Sesekali bayangan itu menjelma tanpa dipaksa. Tawa kecilnya, bahasa tubuhnya, aura suaranya sudah sebati dalam rutin harian aku. Namun, keadaan sudah tidak sama seperti dahulu. Rasa kasih itu perlu aku buang sejauhnya. Anjali bukan milik aku lagi. Anjali sudah menjadi sebahagian daripada kisah silam aku. Anjali menjadi titik punca perubahan aku. Ya, aku perlu berubah. Aku perlu mengubah nasib hidup aku.

Tetapi bagaimana? Aku hanya belajar setakat SPM. Gagal pula. Masih ada ruangkah untuk insan seperti aku berjaya? Berfikiran untuk menjadi jutawan jauh sekali. Aku fikir gagal dalam pelajaran betul-betul telah menutup segala peluang aku. Aku buntu.

48 Tahun 2007.

"Samad, You jangan lupa ambil wife Boss sekejap lagi ya," tersentak aku mendapat arahan daripada secretary Boss.

Aku tersenyum. "Pukul berapa sekarang ni?"

"Pukul 2.30 petang. Pergilah bersiap-siap menjemput mem besar." Secretary cuba mengingatkan aku. Aku terus mengangguk.

Ketika ini, aku telah pun mendirikan rumah tangga bersama dua orang cahaya mata. Selepas kejadian lamaran cinta aku ditolak, aku lebih pandai menjemput jodoh dengan berpandukan alasan-alasan aku ditolak. Aku mula membeli kereta dan mengubah beberapa aspek dalam kehidupan yang membawa kepada jodoh aku dalam rumahtangga. Siapa sangka, dalam kekalutan itu, aku masih meneruskan kerja harianku sebagai driver. Tugas tetap tugas. Aku perlu melaksanakan yang terbaik. Aku bingkas bangun membawa kunci kereta dan meneruskan kerjaku seperti biasa.

Rutin harian aku sebagai driver berjalan dengan lancar. Hari-hari aku dipenuhi dengan urusan kerja. Di rumah pula aku menyibukkan diri dengan bermain dengan dua orang anak hasil perkahwinan aku. Yang sulung berumur 2 tahun. Yang kecil berumur setahun. Dunia aku kosong sedikit tetapi aku pasti akan datang sinar buat aku.

"Samad, you tolong hantar saya ke Hotel Concord malam ini. Jemput saya jam 7.30 malam." Boss aku memberikan arahan ringkas. Kalau ikut jadual, malam ini tidak ada apa-apa. Mungkin ini dinner tanpa dirancang. Aku hanya menurut.

Jam menunjukkan tepat 7.00 malam. Aku sudah bersiap sedia. Aku akan pastikan 15 minit sebelum 7.30 malam, aku sudah terpacul di depan pintu rumah Boss. Datang awal dan menjaga disiplin memang wajib bagi aku.

Sepanjang perjalanan, kami tidak banyak bersuara. Aku pula hanya akan menjawab apabila disoal oleh Boss. Jika tidak, diam sahaja lah. Selesai menghantar Boss ke destinasinya, aku mengambil kesempatan untuk menyiapkan kerja aku. Ketika itu, aku ada membuat bisnes kecil-kecilan menjual telefon bimbit terpakai. Telefon-telefon rosak aku beli pada harga rendah, baiki dan kemudian jual semula pada harga yang tinggi. Sementara menunggu Boss aku selesai dinnernya, boleh lah aku siapkan kerja part-time aku ini.

Beberapa telefon bimbit yang rosak ada dalam simpanan aku. Cadangnya, mahu menghantar untuk dibaiki pada malam itu. Aku meneruskan pemanduan. Kali ini, aku mahu berjumpa dengan seorang rakan berbangsa Cina yang pakar membaiki telefon.

Aku kenal dia sudah beberapa bulan. Sejak aku berkecimpung dalam dunia bisnes menjual telefon bimbit ini. Kami sama-sama terserempak di sebuah kedai telefon bimbit.

49 "You boleh repair itu telefon ya?," ujarku kali pertama melihat dia membawa beberapa telefon yang sudah elok untuk diserahkan pada tuan kedai.

Dia sekadar mengangguk. "Boleh la I hantar telefon-telefon rosak pada you?" Aku sekadar mencuba nasib. Tetapi berniaga dengan bangsa Cina memang sepenuhnya tentang duit. Apa sahaja yang mendatangkan untung, mereka akan terima. Itulah detik aku mula berkawan dengan Uncle Lim (bukan nama sebenar).

Uncle Lim lingkungan 40 an. Dia tergolong dalam golongan kurang upaya. Kakinya tempang menyebabkan dia perlu berjalan memakai tongkat. Pakaian Uncle Lim sangat selekeh pada aku. Tidak mencapai piawaian aku. Sekadar memakai seluar pendek dan baju pagoda putih. Langsung tidak menunjukkan ciri-ciri orang banyak duit. Kereta yang dia pakai pun biasa. Myvi berwarna putih sentiasa menemani Uncle Lim.

Dalam pada itu, aku kagum dengan kesungguhan Uncle Lim. Dia berusaha dengan menggunakan kemahiran yang dia ada. Tempang tidak menjadi penghalang dia mencari duit. Kemahiran yang dia ada menjadi sebab untuk orang membayar khidmat dia. Ada sesuatu yang aku boleh belajar dari dia. Tapi aku tidak pasti apakah sesuatu itu.

Malam itu, kali pertama aku disuruh menghantar telefon rosak di rumah Uncle Lim. Berpandukan alamat yang diberi, aku berusaha mencari rumahnya.

"You masuk USJ 10, dalam tu ada satu taman. Rumah I dekat corner lot. Boleh tanya

security nanti," kata Uncle Lim melalui telefon.

Wah, ada security. Rumah di USJ 10 pula tu. Bukan calang-calang Uncle Lim ni. Nampak sahaja tidak berupaya. Aku mengomel sendirian dalam kereta.

Aku sudah tiba di alamat yang diberi.

Aku seakan tidak percaya melihat apa di depan aku.

Benarkah ini rumah Uncle Lim? Sebuah rumah teres dua tingkat tersergam megah di depan aku. Pagarnya saja sudah cukup mewah dengan warna keemasan. Warna dinding rumah Uncle Lim aku tidak perasan kerana waktu malam. Rumah Uncle Lim di corner lot. Mempunyai laman yang luas dan kemas. Ada tiga buah akuarium menghiasi laman rumah Uncle Lim. Akuarium itu kelihatan sangat mahal. Karang didalamnya adalah karang hidup. Begitu juga dengan rumpai laut yang menghiasi dasar akuarium. Tidak ada yang palsu. Ikan-ikan didalamnya seakan-akan memberitahu aku bahawa tuannya ini lebih dari seorang yang kaya-raya. Aku tergamam. Aku kira nilai sebuah akuarium itu sahaja sudah mencecah 8 ribu ringgit. Dalam keadaan separuh sedar itu, aku mengaku bahawa Uncle Lim memang seorang yang hebat. Material yang dia miliki di luar jangkaan aku. Ternganga mulut aku melihat kemewahan lelaki tempang itu.

50 Beberapa buah kereta tersusun indah di garaj keretanya. Terselit sama sebuah Myvi putih yang biasa dipandu oleh Uncle Lim ada di situ.

Dalam kekalutan aku menekan loceng rumahnya. Lima minit kemudian, keluar seorang lelaki Cina berseluar pendek dan berbaju pagoda putih menghampiri aku.

"Mana telefon you nak baiki?," soal Uncle Lim mengejutkan aku dari lamunan.

"Ada ada. Ini dia," ujarku sambil menghulurkan beberapa buah telefon pada dia. "You siapkan yang ini dulu ya, mahu jual cepat, pelanggan sudah tunggu." Aku menyambung.

"Apa masalah ini?" Uncle Lim mengangkat telefon yang aku maksudkan.

"Skrin dia rosaklah. Tak mahu keluar. Boleh baiki?" Aku bertanya dengan nada penuh mengharap.

Satu persatu bahagian telefon itu dibuka. Aku melihat dengan penuh khusyuk. Uncle Lim mahu repair sekarang ke? Biar betul? Aku bermain teka-teki di dalam hati sambil mengemas kembali beg yang aku isi telefon di dalamnya.

"Nah, sudah siap. You tengok ini skrin sudah keluar. Betui kan?" Reaksi Uncle Lim selepas lima minit berlalu begitu mengujakan aku. Pelat cinanya kadang kala terkeluar juga.

Aku terkedu. Beberapa saat aku terdiam dan mengangguk. Ini lebih daripada magik. Ajaib! Apa tangkal yang dia pakai untuk baiki telefon ni?

"RM 400." Uncle Lim mengenakan bayaran pada aku. Aku telan air liur. Kaki aku tidak bergerak. Belum sempat aku hilang kejutan dengan rumah mewah tersergam milik Uncle Lim, nah, aku dihidangkan dengan keajaiban lagi. Uncle Lim memang hebat.

Kemahiran dia membaiki telefon bimbit itu dalam masa lima minit tapi menghasilkan upah RM 400 tanpa modal tunai. Magik apakah ini? Jika lima minit sudah buat duit RM400, bayangkan jika 60 minit? Satu hari ada 1440 minit. Sekali lagi aku terdiam. Terpukul dan terkaku.

Aku cubit diri aku supaya tidak tenggelam dalam dunia khayalan. Aduh, sakit! Aku mengaduh akibat cubitan aku sendiri. Ini bermakna aku tidak bermimpi. Ini benar-benar terjadi depan mata aku.

"Bayar dulu, baru boleh ambil ini telefon." Uncle Lim mengingatkan aku. Serta merta aku menghulurkan duit pada dia. Transaksi berlaku. Begitu mudahnya dia membuat duit. Jika dibandingkan dengan gaji driver aku, perlu tunggu sebulan baru dapat. Itu pun hanya seribu lebih. Kejadian ini benar-benar membuatkan aku terpukul.

Pulang dari rumah Uncle Lim, aku tidak boleh tidur malam. Kenangan di rumah Uncle Lim beberapa jam yang lalu bermain-main di fikiran aku. Ini telah menampar dengan kuat

51 segala keegoan dan kebodohan aku segala ini. Tumbukan padu dari beliau berjaya merobohkan tembok kepercayaan aku selama ini. Bodohnya aku!

Uncle Lim seolah-olah memberi aku satu signal yang mengatakan bahawa orang berjaya tidak memerlukan sijil akademik semata-mata. Sungguh benar apa yang aku lihat ini. Mungkin inilah turning point sebenar yang merubah hidup aku.

Kepercayaan selama 20 tahun yang aku pertahankan selama ini roboh berkecai dengan sendirinya. Taraf pendidikan bukan penentu untuk mendapatkan pendapatan yang banyak. Aku mesti belajar kemahiran ini. Kemahiran yang aku kuasai ini boleh menjadi sebab untuk orang lain membayar aku.

Aku seperti melihat satu sinar cahaya yang menerangi kehidupan aku dan keluarga. Sekarang aku mulai faham yang apa yang kita lakukan mempunyai nilai tersendiri.

Bekerja sebagai seorang driver tidak mungkin boleh mendapat pendapatan bulanan melebihi RM 5,000. Ini nilai yang semua orang setuju. Oleh sebab itu, aku mesti ubah situasi ini. Aku mesti cipta nilai yang tinggi kepada diri aku.

Satu persatu aku tulis di atas kertas bagaimana aku mesti bermula dengan versi diri yang baru. Aku yakin aku mempunyai potensi diri untuk pergi lebih jauh. Rekod aku sebelum ini menyatakan begitu. Menjadi seorang yang baik hati sahaja bukan lesen untuk kaya dan berjaya. Aku mesti kuasai kemahiran yang baru. Aku lihat perniagaan mempunyai peluang itu.

Perkara yang terburuk pun hanyalah aku hilang pendapatan bulanan. Apabila aku tulis income yang aku perlu cari hanyalah sejumlah RM100 sehari. Ianya aku lihat sangat mudah untuk aku capai. Jika aku berjaya repair 3 buah telefon bimbit, aku lepas piawai itu dengan cemerlang.

Aku seperti dilahirkan semula. Kemahuan yang tinggi dan semangat yang membara menjadi picu perubahan aku. Aku nekad untuk menghantar notis sebulan berhenti bekerja sebagai seorang driver. Di sinilah bermulanya perjalanan langkah pertama sebagai usahawan sepenuh masa dari rumah.

52

Dokumen terkait