• Tidak ada hasil yang ditemukan

MINIT MESYUARAT ASRAMA KALI KEDUA 2016.docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MINIT MESYUARAT ASRAMA KALI KEDUA 2016.docx"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

Lampiran PK 15/1 SURAT JEMPUTAN MESYUARAT

Ruj. ... Tarikh: 14 Jun 2016

Tuan/Puan,

MESYUARAT PENGURUSAN ASRAMA KALI KETIGA TAHUN 2016 Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan berikut;

Tarikh : 15 JUN 2016 (RABU) Masa : 2.30 PETANG

Tempat : BILIK KMK, KOLEJ VOKASIONAL KOTA TINGGI Pengerusi : HAJI AZMAN BIN HAJI IDRIS

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut; 3.1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

3.2. Membentangkan minit mesyuarat 3.3. Mengesahkan minit mesyuarat 3.4. Perkara berbangkit

3.5. Menu dan aktiviti bulan puasa

3.6. Jamuan berbuka puasa dengan guru dan alumni 3.7. Hal-hal lain

Kehadiran dan kerjasama tuan/puan diucapkan terima kasih. Sekian.

Saya yang menurut perintah,

... (TUAN HAJI AZMAN BIN HAJI IDRIS) Pengarah,

Kolej Vokasional Kota Tinggi

(2)

MINIT MESYUARAT KALI KEDUA

Panitia Mata Pelajaran : MESYUARAT UNIT PENGURUSAN KEDIAMAN KVKT KALI KETIGA

Tarikh : 15 JUN 2016

Masa : 2.30 Petang

Tempat : BILIK KMK, KOLEJ VOKASIONAL KOTA TINGGI Pengerusi : TUAN HAJI AZMAN BIN HAJI IDRIS

Kehadiran(Bilangan) : 9 ORANG

Nama Yang Hadir :1. TUAN HAJI AZMAN BIN HAJI IDRIS 2. EN. AZMI BIN MOHD SALLEH 3. EN. PADLI BIN MOHD SALLEH

4. EN. ABDUL SAMAD BIN MOHD DAHAN 5. EN. MOHD ZULKARNAIN BIN SAMRI

6. EN. MUHD. MUHAIMIN BIN ZAKARIA 7. PN. HJH NORIAH BINTI ADNAN 8. EN. SAADON BIN ABDULLAH

Nama Yang Tidak Hadir : - TN. HJ HANIZAM BIN MD ALI (CUTI REHAT) PN. NORZANA BINTI MOHD NOR EN. MOHD. ZEKLIN BIN ABU BAKAR

EN. ZAKARIAH BIN GHAZALI Hadir Bersama : CIK NOOR ZALINA BTE GHAZALI

(PENYELIA DEWAN MAKAN/WAKIL KONTRAKTOR DEWAN MAKAN)

BIL. BUTIRAN TINDAKAN

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1

Tuan Haji Azman Bin Haji Idris selaku pengerusi memulakan majlis dengan bacaan doa dan mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir. Beliau memaklumkan Puan Nuhha Zafira cuti bersalin menyuruh Hajah Noriah untuk memantau pelajar perempuan. Tn Haji memaklumkan bahawa Haji Hanizam cuti rehat khas kerana menghantar anak. Fokus kebajikan pelajar. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua atas kesudian hadir ke mesyuarat pada petang ini.

1.2

Tuan Haji Azman juga memaklumkan bahawa Penyelia Dewan Makan iaitu Cik Noor Zalina bte Ghazali Asrama yang baru dan tugasnya ialah untuk memantau dan menguruskan pergurusan dewan makan Kolej Vokasional Kota Tinggi dan meminta Cik Noor Zalina bte Ghazali untuk memperkenalkan

(3)

diri. Seterusnya beliau menjawab pertanyaan En Azmi berkenaan dengan skop tugas sebagai penyelia.

2.0 UCAPAN ENCIK AZMI BIN MOHD SALLEH

En Azmi bin Mohd Salleh mengucapkan terima kasih kepda semua yang hadir dalam mesyuarat.

3.0 MEMBENTANGKAN MINIT MESYUARAT

Pengerusi meminta semua membaca membaca minit mesyuarat yang lalu dan meminta supaya minit mesyuarat disahkan.

4.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

En. Abdul Samad mencadangkan supaya minit mesyuarat ini diluluskan dan En. Sa’adon menyokong.

5.0 PERKARA BERBANGKIT

 En. Muhd.Muhaimin Bin Zakaria

i. Pengawasan keselamatan oleh pengawal keselamatan masih belum mantap kerana beliau pernah mencadangkan agar kontraktor pengawal keselamatan menyediakan satu post kawalan di antara blok lelaki dan perempuan dan perkara ini masih tiada tindakan dari kontraktor pengawal keselamatan.

ii. Isu lompat pagar dan mencadangkan waktu rondaan dikemaskini kerana pengawal keselamatan kerana sentiasa dilihat duduk di pondok keselamatan

iii. Pelajar bermain wifi jadi tiada rondaan pengawal keselamatan terutama dibengkel elektrik.

 En. Azmi Bin Mohd Salleh

i. Memaklumkan bahawa wifi tu dari bengkel elektrik dan penah memaklumkan kepda pensyarah bengkel elektrik supaya menutup wifi tersebut selepas waktu berkerja supaya pelajar tidak mengambil kesempatan untuk menggunakan wifi.

ii. Tuan Haji Azman meminta semua wifi di tutup selepas waktu berkerja dan beliau akan memaklumkan kepada Ketua Bengkel Elektrik supaya tindakan yang sama diambil.

 En. Sa’adon Bin Abdullah

i. kurang kawalan dari pihak pengawal keselamatan menyebabkan motor yang masuk ke kawasan sekolah tidak mendapat keizinan dan kebenaran dari pihak pengawal keselematan terlebih dahulu.

 En. Azmi Bin Mohd Salleh

i.

En. Azmi memaklumkan kepada Cik Zalina tentang pelajar yang didenda atau ditahan balik kampung. En Azmi meminta supaya penyelia asrama memaklumkan kepada pekerja-pekerja dewan makan supaya menyediakan makanan

(4)

kepada pelajar-pelajar yang ditahan balik kampung. Tuan Haji Azman memaklumkan bahawa pekerja-pekerja dewan makan dibayar gaji penuh walaupun pelajar bercuti.

ii. En. Azmi memberitahu kepada Cik Zalina mengenai pekerja-pekerja dewan makan yang masih tidak memakai uniform yang lengkap dan tidak memakai topi semasa menyediakan makanan. Cik Zalina memaklumkan beliau akan menasihati pekerja tersebut.

iii. En Azmi juga memaklumkan ramai pelajar berpuasa di bulan Rejab dan menggunakan sistem kupon. Beliau juga memberitahu berkenaan masalah kelewatan pelajar pergi ke dewan makan kerana latihan sukan seperti perlawanan persahabatan dan sebagainya dan tidak mendapat makan malam. En. Azmi memberitahu selepas ini sebarang aktiviti sukan berakhir pada 6.30 petang untuk mengelakan pelajar turun lambat dan tidak mendapat makanan.

 En. Abdul Samad bin Mohd Dahan

i. En. Samad memberitahu isu di dewan makan iaitu masalah displin pelajar itu sendiri yang turun lewat dan juga masalah utamanya ialah kuantiti makanan yang disediakan kepada pelajar tidak mencukupi. Beliau juga menegur tentang kualiti makanan yang tdiak bersih serta pinggan dan cawan tidak mencukupi.

ii. Isu tidak cukup makanan bermula apabila tiada pekerja yang bertugas di kuanter. Cikgu Samad mengharapkan perkara ini ditangani sewajarnya memandangkan bulan puasa semakin hampir kerana dikhuatiri ada pelajar-pelajar yang berpuasa tidak mendapat makanan dan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelajar-pelajar.

iii. Beliau juga menyatakan bahawa kesilapan yang paling besar antara pekerja yang lepas ialah tidak mesra terhadap pelajar-pelajar dan juga kepada warden. Tetapi menurut Cikgu Samad sejak akhir-akhir ini terdapat perubahan dari segi kualiti makanan dan beliau mengharap perkara ini dapat dikekalkan atau ada lagi penambahbaikan.

 En. Muhd Muhaimin Bin Zakaria

i. Cikgu Muhaimin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Samad kerana membantu memantau dewan makan. Cikgu Muhaimin merujuk kepada laporan pelajar yang dibuat oleh ahli jawatankuasa pelajar dan pelajar mencatat bahawa masalah pemakaian pekerja-pekerja dewan makan yang tidak lengkap seperti pemakaian apron.

 Cik Noor Zalina

i. Cik Zalina memaklumkan bahawa kelengkapan seperti apron sudah disediakan sudah hilang.

 En. Padli Bin Mohd Salleh

i. Cikgu Padli bertanya tentang kaedah pengambilan pekerja. Beliau menegur ada pekerja-pekerja yang tidak matang dan ada segelintir pekerja ini menganggu pelajar-pelajar perempuan. Cikgu Padli meminta supaya perkara ini diambil perhatian kerana khuatir perkara-perkara yang tidak sopan berlaku. Cik zalina memaklumkan bahawa sekarang ini

(5)

beliau mengambil alih tugas penyelia yang lalu. Beliau memaklumkan bahawa beliau berusaha untuk memahami pekerja-pekerja tersebut.

En Sa’adon

i. En Sa’adon menyentuh masalah tentang kebersihan terutama pinggan yang kotor dan juga rungutan daripada pelajar-pelajar berkenaan dengan nasi yang tidak mencukupi. Beliau meminta nasi di bahagian pelajar diploma ditambah daripada 1 flask kepada 1 ½ flask. En. Sa’adon juga memaklumkan terdapat segelintir pelajar luar yang mengambil peluang makan tengah hari di dewan makan. En Azmi Bin Mohd Salleh

i. En Azmi memaklumkan bahawa ada pemeriksaan 5s dan beliau meminta Cik Zalina mengambil inisiatif untuk menghiasi dan mencantikan dewan makan sebelum pemantauan 5s di buat. Beliau juga memaklumkan bahawa Cik Zalina pintu dewan makan di tutup apabila pelajar tiada di dewan makan.

Tuan Haji Azman

i. Tuan Haji Azman memaklumkan bahawa terdapat pelajar masuk ke dalam dewan dari arah belakang dewan makan dan meminta pihak dewan makan mengatasi masalah ini. ii. Tuan Haji berharap kepada penyelia yang baru iaitu Cik

Zalina dapat lebih berkerjasama dengan pihak pengurusan kolej kediaman demi kebaikan dan kebajikan pelajar-pelajar asrama. Beliau juga berharap supaya Cik Zalina dapat menasihati pekerja-pekerja dewan makan dengan berhemah berkenaan dengan displin. Tuan Pengarah juga pernah terlihat beberapa pekerja menunggang motor di koridor dewan makan dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku. iii. Tuan Haji Azman juga meminta Hajah Noriah untuk

menyediakan cecair pencuci tangan di dalam bekas stainless steel bagi kemudahan pelajar untuk mencuci tangan dan cecair sabun pencuci tangan ini hendaklah disediakan oleh pihak kontraktor dan dipasang di dewan makan. Beliau juga memaklumkan bahawa lebihan makanan bukan hak pekerja tetapi hak pihak kolej kerana kolej sudah membayar kepada kontraktor dewan makan.

 Cik Noor Zalina

i. Cik Zalina memaklumkan bahawa tekanan air ke dewan makan tidak kuat dan menyebabkan air menjadi perlahan dan menimbulkan masalah kepada pekerja untuk membasuh dan sebagainya.

 Tuan Haji Azman

i. Tuan Haji Azman memaklumkan bahawa pihak kolej akan membeli tangki air untuk mengatasi masalah ini. En Sa’adon memaklumkan bahawa kontraktor akan membuat paip terus kedewan makan dan tidak melalui tangki supaya masalah tekanan air rendah dan juga masalah kekurangan air dapat diatasi. Tuan Haji Azman berharap dapat diadakan gotong royong di dewan makan pada hari Khamis (14 April 2016) dan pada hari Jumaat (15 April 2016)

 En. Abdul Samad bin Mohd Dahan

(6)

satu seminar yang bertajuk Sejarah Islam dan Kita di surau asrama puteri. Program ini akan berlangsung selama satu hari dan melibatkan semua pelajar perempuan. Cikgu Samad memaklumkan bahawa penggunaan talam atau dulang iaitu makanan tengah hari, petang dan makan malam.

6.0 PERSEDIAAN 5 S

 En Azmi Bin Mohd Salleh

i. Persediaan 5s. En Azmi memaklumkan bahawa plastik eliminate telah habis dan 95% pic telah dibuat. Beliau berharap rakan-rakan felow boleh membantu untuk persediaan 5s

ii. Beliau juga meminta juruteknik membaiki kerosakan-kerosakan yang berlaku pada punca-punca elektrik.

iii. Masalah bilik air di Aras bawah Blok D masih tidak diperbaiki.

Tuan Haji Azman Bin Haji Idris

i. Tuan Haji Azman memberi cadangan bahawa pintu itu diganti dengan pintu plastik.

 En Azmi Bin Mohd Salleh

i. En Azmi memohon bantuan Cikgu Samad untuk membuat grill di bilik C7 yang tiada penghuni. Tuan Haji Azman meminta supaya bilik yang tidak digunakan supaya berkunci.  En. Muhaimin Bin Zakaria

i. Cikgu Muhaimin memaklumkan beliau menyediakan bilik khas untuk mengosok baju.

 Tuan Haji Azman

i. Tuan Haji Azman meminta Hajah Noriah supaya menyediakan sebut harga untuk membuat grill di pintu kecemasaan di C7

 En. Sa’adon bin Abdullah

i. En Sa’adon meminta pihak kolej kediaman memasang grill ditembok penghadang diluar pintu kecemasan kerana tembok pengadang tersebut rendah dan pelajar boleh terjatuh.

 Tuan Haji Azman

i. Tuan Haji Azman bahawa pelajar-pelajar yang terlibat dalam mengecat mesti di pantau. Beliau menyatakan cat tersebut tidak digunakan dgn betul dan pembaziran berlaku.

ii. Tuan Haji Azman mengatakan bahawa agar menggunakan warna yang sama.

iii. Tuan Haji Azman mengharapkan 5 s ini berjalan berterusan. 7.0 KEJOHANAN KARNIVAL ANTARA TEKNIK DAN VOKASIONAL

7.1 Tuan Haji Azman memaklumkan bahawa esok (14 April 2016) ada dua trip menggunakan bas dan van kolej. Perjalanan ke Kolej Vokasional Perdagangan bermula pada pukul 8 pagi.

7.2 En. Abdul Samad memaklumkan ada pelajar yang terlibat dengan Kavot memohon balik pada minggu berikutnya kerana minggu ini mereka tidak dapat balik kampung kerana menyertai pertandingan.

7.3 Tuan Haji Azman memaklumkan bahawa pelajar yang mewakili pertandingan Kavot tidak dibenarkan balik kampung pada minggu

(7)

berikutnya kerana ada program asrama yang telah dirancang pada minggu tersebut.

8.0 DISPLIN PELATIH ASRAMA

En Azmi Bin Salleh

i. En Azmi memaklumkan semalam bahawa telah memanggil pelajar yang terlibat dalam pergaduhan dan membuat pengakuan dan penjelasan.

ii. En Azmi memaklumkan iaitu seorang pelajar bernama Hazim yang tidak mengaku terlibat dalam pergaduhan

iii. En Azmi memberitahu bahawa semalam dia dgn En Padli telah buat soal siasat dan pelajar tersebut masih tidak mengaku.

i. Pelajar yang lewat balik asrama akan ditahan balik kampung dan hanya 4 pelajar yang balik lewat ke asrama. En Azmi mencadangkan pelajar yang tidak turun solat pun ditahan balik kampung

ii. En. Azmi telah beri amaran kepada pelajar tahun 1 dan tahun 2 supaya tidak membawa telefon bimbit

iii. En Azmi mencadangkan bahawa pemeriksaan mengejut kepada blok A lepas solat isyak

iv. En Azmi memaklumkan bahawa terdapat pelajar perempuan membawa telefon bimbit

v. Meminta Puan Hajah Noriah membuat pemeriksaan mengejut En Azmi mencadangkan supaya dibuat pemeriksaan terhadap pelajar perempuan

 En Abdul Samad

i. En. Samad memaklumkan pelajar SKM yang terlibat dalam kes gaduh berpunca dari tuduhan pecah locker. Ada pelajar yang tarik balik aduan- kerana pelajar tersebut telah dapat balik barang beliau.

 Tuan Haji Azman

i. Tuan Haji mencadangkan bilik impiana dijadikan tempat dorm

ii. Tuan Haji Azman memaklumkan bahawa isunya bahawa tiada guru yang mengawal pelajar SKM sebab itu pelajar SKM dibenarkan balik awal pukul 2.

iii. Pelajar SKM ditempatkan di bilik bacaan mulai hari Ahad dibawah pemantauan Hajah Noriah dan En Sa’adon

9.0 PROGRAM ASRAMA

i. Jamuan asrama sebelum cuti bulan 5.

ii. En Azmi mencadangkan jamuan diadakan pada 6 Mei 2016 dan Kertas kerja akan dibuat.

iii. En Abdul Samad mencadangkan berbincang dengan Cik Zalina berkenaaan dengan menu jamuan.

iv. En Azmi mencadangkan hadiah-hadiah kejohanan seperti bola sepak atau takraw diberikan pada hari tersebut.

v. Pakaian baju outing kecuali tahun 4 smart kasual

10.0 LAPORAN KEROSAKAN

(8)

5.

0

kerosakan terus laporkan kepada En Sa’adon

10.2 Cikgu samad menyatakan keperluan amplifier didewan makan terutama di bulan puasa nati

11.0 HAL-HAL LAIN

Pemeriksaan mengejut pelajar-pelajar blok A akan di buat pada malam ini selepas solat Isyak .Cikgu Samad mencadangkan bahawa pelajar blok A ditahan supaya tidak keluar daripada surau. 12.0 UCAPAN PENANGGUHAN

12.1Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.

12.2 Minit mesyuarat asrama perlu dihantar sebanyak 7 kali setahun.

12.3 Mesyuarat ditangguhkan dengan Surah Al-Asr pada jam 5.28 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

... ...……… ...………...

(MOHD ZULKARNAIN BIN SAMRI) (AZMI BIN MOHD. SALLEH)

Pencatat Minit Mesyuarat , Ketua Felo, Kediaman Kediaman Kolej Vokasional Kota Tinggi Kolej Vokasional Kota Tinggi

Disahkan oleh,

... (HAJI AZMAN BIN HAJI IDRIS)

Pengarah,

Kolej Vokasional Kota Tinggi

(9)

6.

0

7.0

i.

En. Padli Bin Mohd Salleh meminta agar pengawal keselamatan mengurangkan penggunaan motosikal semasa meronda dan perlu berjalan kaki di kawasan-kawasan yang tertentu.

En. Mohd Zulkarnain Bin Samri

i.

Beliau meminta pengawal keselamatan memastikan penjaga yang ingin mengirim barang, makanan atau duit kepada anaknya perlu menulis nama penuh, tahun dan nama dorm untuk memudahkan pembahagian barang tersebut kepada anaknya. Pihak asrama akan memberi senarai nama penuh kepada pengawal keselamatan sebagai rujukan.

ii.

Untuk pelajar aspuri dibenarkan 3 orang pelajar perempuan mengambil barang di pondok pengawal.

iii.

Jika ada latihan silat dan gamelan pihak felo meminta

kerjasama pengawal keselamatan untuk memastikan para pelajar pulang ke asrama dan mengosongkan dewan jam 10 malam.

En. Muhd. Muhaimin Bin Zakaria

i.

En. Muhd. Muhaimin Bin Zakaria meminta pihak pengawal keselamatan meronda di kawasan asrama pada jam 2 hingga 3 pagi untuk memantau keselamatan pelajar di asrama.

ii.

Maklum balas – rondaan akan dilakukan 2 jam sekali dan akan dibincangkan selanjutnya

iii.

En. Azmi Bin Mohd Salleh meminta agar wujudkan pengawal keselamatan perempuan di antara bahagian Dewan Makan dan Aspuri selepas jam 11 malam.

Haji Azman Bin Haji Idris

i.

Beliau meminta pengawal keselamatan yang mengunci jam di kawasan asrama juga perlu meronda di kawasan asrama dalam masa yang sama. Bukan setakat mengunci jam.

ii.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pengawal keselamatan kerana berjaya mengecat dan mencantikkan pondok pengawal keselamatan.

En. Saadon Bin Abdullah

i.

Beliau meminta agar longkang dikawasan pondok pengawal dibersihkan dan juga barang-barang yang tidak digunakan perlu dikemas di tempat yang sepatutnya.

En. Mohd. Zeklin Bin Abu Bakar

i.

Beliau mencadangkan agar rondaan pengawal keselamatan di jalankan 1 jam setengah sekali.

Hjh Noriah Binti Adnan

(10)

pengawal keselamatan pada waktu siangdan sesi persekolahan kerana terdapat pelajar yang curi masuk ke dalam asrama dan seterusnya naik blok asrama.

PENGURUSAN KONTARAKTOR DEWAN MAKAN

En. Azmi Bin Mohd Salleh

i.

En. Azmi Bin Mohd Salleh memaklumkan bahawa kontraktor dewan makan perlu menyediakan makanan kepada pelajar mengikut jadual makan yang telah ditetapkan.

Sarapan – 6.30 – 7.00 pagi

Makan Tengah hari – 1.00 – 1.30 petang

Minum petang – 5.00 – 5.30 petang

Makan malam – 6.30 – 7.00 petang

Minum malam – 10.00 – 10.30 malam

Makan Tengah hari (Jumaat) – 12.00 – 12.30 tengah hari

Makan tengah hari (Rabu & Khamis) – 2 petang

ii.

Jika terdapat pelajar yang tidak berdisiplin dan melanggar

etika berpakaian semasa berada di dewan makan perlu laporkan kepada warden.

iii.

Beliau mengharapkan agar masalah ketidakcukupan makanan di dewan makan perlu diatasi segera.

Cik Shahida Binti Sukiman

i.

Beliau meminta agar pihak dewan makan mengasingkan bilangan kuih mengikut bilangan pelajar aspuri dan aspura kerana terdapat laporan yang mengatakan bilangan kuih tidak mencukupi untuk pelajar aspuri.

En. Saadon Bin Abdullah

i.

Beliau menyentuh tentang etika berpakaian pekerja dewan makan ketika menjalankan tugas. Beliau meminta agar pekerja dewan makan mengikut etika berpakaian yang betul ketika penyediaan makanan.

ii.

Tempat penyediaan pelajar diploma juga perlu ada yang memantau penyediaan makanan.

En. Muhd. Muhaimin Bin Zakaria

i.

Beliau hanya ingin memaklumkan bahawa 5 orang pekerja dewan makan akan menghadiri kursus pengendalian makanan.

En. Abdul Samad Bin Mohd Dahan

i.

Beliau menyatakan bahawa terdapat pelajar yang lewat sarapan iaitu pada jam 7.30 pagi dan menyebabkan mereka lewat ke sekolah iaitu pada jam 7.45 pagi.

ii.

Pada waktu makan malam pula terdapat sekumpulan pelajar yang lewat makan malam dengan sengaja atau yang memang berpuasa.

(11)

iii.

Kadang kala terdapat pelajar yang lewat datang ke surau pada waktu magrib kerana makanan untuk makan malam tidak mencukupi seperti lauk ayam.

iv.

Beliau juga menyatakan bahawa kaunter diploma tiada pekerja dewan makan yang pantau.

v.

Beliau juga mengingatkan agar pihak dewan makan menjaga kuantiti dan kualiti makanan seperti telur dadar perlu diberi mengikut sukatan yang ditetapkan kerana itu adalah hak pelajar.

vi.

Soal kebersihan juga perlu ditingkatkan dengan lebih baik.

vii.

Tempat makan juga perlu dijaga begitu juga dengan tempat makan untuk tetamu.

Haji Hanizam Bin Md Ali

i.

Beliau mengingatkan bahawa tindakan boleh diambil kepada kontraktor dewan makan jika berlaku ketidakcukupan makanan

ii.

Kebajikan pelajar perlu dijaga kerana itu adalah hak mereka.

iii.

Etika berpakaian juga perlu dititikberatkan semasa bekerja.

Haji Azman bin Haji Idris

i.

Beliau mengingatkan kontraktor dewan makan agar perkara-perkara yang serius perlu ditangani segera keran pelajar sudah membayar yuran makanan.

ii.

Hal-hal berkaitan dengan penyediaan makanan dan kebersihan dewan makan perlu diurus dengan baik.

iii.

Segala teguran perlu diambil kira demi kebaikan bersama.

iv.

En. Azmi mencadangkan agar pelajar yang berpuasa diberi kupon.

v.

Beliau juga memaklumkan bahawa waktu makan tengah hari untuk pelajar baru adalah pada jam 12.00 – 12.30 tengah hari sepanjang minggu orientasi.

Hjh Noriah Binti Adnan

i.

Beliau menyatakan bahawa kerap mendapat aduan tentang ketidakcukupan makanan terutama jika lauk pada hari tersebut adalah lauk ayam. Pelajar akan bertambah menjadi 280 orang.

ii.

Kaunter makanan akan dibuka sebanyak 4 kaunter iaitu:

Kaunter 1 – pelajar tahun 4 (33 orang) & tahun 3

(70 orang)

Kaunter 2 – pelajar tahun 2 (125 orang)

Kaunter 3 – pelajar tahun 1 (100 orang)

Kaunter 4 – pelajar aspuri (47 orang)

iii.

Timbangan makanan perlu cukup dan mengikut sepesifikasi yang telah ditetapkan.

(12)

iv.

Beliau juga menegaskan agar kebersihan peralatan, premis, dan pekerja dewan makan perlu dititikberatkan.

v.

Sinki perlu dibersihkan, lantai yang berlumut perlu

disental dan bahan-bahan kering tidak boleh diletak dibahagian bawah. Alas meja pelajar adalah dibawah tanggungjawab dewan makan begitu juga dengan alas kaki. Beliau mengharapkan agar usaha ke arah 5S diteruskan dengan konsisten.

vi.

En. Padli bin Mohd Salleh mencadangkan agar ‘tile’ diganti.

vii.

En. Saadon bin Abdullah memaklumkan bahawa tingkap yang pecah di dewan makan dan pintu yang rosak sudah diganti. Begitu juga dengan peti sejuk.

KONTRAKTOR KEBERSIHAN

En. Saadon Bin Abdullah

i.

Beliau meminta kerjasama pihak kontraktor kebersihan untuk memantau kebersihan di kawasan asrama dengan lebih kerap

En. Padli Bin Mohd Salleh

i.

Beliau mencadangkan agar aspura diletakkan pekerja lelaki lebih kurang 2 orang untuk menguruskan blok-blok di asrama. Beliau meminta agar sampah-sampah di kawasan blok perlu dipungut.

Cik Shahida Binti Sukiman

i.

Cik Shahida menyatakan bahawa lantai depan di aspuri perlu disental untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini kerana lantai tersebut berlumut.

ii.

Beliau juga menyatakan bahawa sinki-sinki jarang disental dan dibersihkan.

iii.

Beliau juga meminta agar pihak kebersihan meronda dan membersihkan kawasan-kawasan blok yang tidak digunakan untuk memastikan kebersihannya sentiasa baik.

Hjh Noriah binti Adnan

i.

Hjh Noriah Binti Adnan meminta agar pihak kebersihan membersihkan bilik air di blok A

ii.

Beliau menyatakan bahawa kebersihan tandas yang perlu ditingkatkan dan juga longkang yang masih berlumut perlu dibersihkan.

Haji Hanizam Bin Md Ali

i.

Beliau meminta agar rumput-rumput yang panjang perlu dipotong terutama menjelangnya audit 5S. Kerjasama di antara pihak asrama dan pihak kebersihan sangat penting untuk memastikan kejayaan 5S.

(13)

4.1 En. Abdul Samad bin Mohd Dahan menyatakan jika ada masalah katil atau locker boleh terus laporkan kepadanya dan masalah tersebut boleh diselesaikan dengan bantuan pelajar aspura.

4.2 En. Muhd. Muhaimin melaporkan terdapat soket lampu yang tercabut dan menyebabkan ‘trip’ di bahagian aras satu blok C. Beliau juga ingin meminta jasa baik pelajar kimpalan memasang engsel di locker dan pintu yang telah rosak.

4.3 Cik Shahida Binti Sukiman melaporkan pili air di aspuri perlu diganti segera untuk mengelakkan pembaziran.

4.4 En. Padli Bin Mohd Salleh menyatakan bahawa penggunaan komputer riba untuk pelajar blok D adalah diharamkan berikutan penyalahgunaan komputer riba tersebut.

PENDAFTARAN ASRAMA 2016

5.1 Pendaftaran asrama untuk pelajar baru tahun 1 akan dijalankan pada 26 Januari 2016. En. Azmi bin Mohd Salleh meminta 2 buah khemah untuk sesi pendaftaran dan diletakkan di foyer asrama. Pendaftaran pelajar perempuan adalah di aspuri.

5.2 En. Abdul Samad Bin Mohd Dahan menimbulkan isu cadar. Beliau mencadangkan agar cadar diseragamkan untuk mengurangkan kos pelajar membeli cadar setiap tahun kerana bertukar blok. Isu ini akan dimaklumkan dengan Puan Zilfa Halilah Binti Mokdeh untuk proses order cadar pada tahun hadapan.

5.3 Majlis penutupan minggu orientasi asrama akan diadakan pada 29 Januari 2016 iaitu pada hari Jumaat malam di dewan Vtech. Menu jamuan akan dibincangkan kemudian begitu juga dengan ahli jawatankuasa akan dibincangkan kemudia.

5.4 Pihak kolej meminta agar Jawatankuasa lalulintas perlu memainkan peranan mengawal lalulintas kenderaan penjaga semasa pendaftran untuk mengelakkan kesesakan.

5.5 Pn. Norzana Binti Mohd Nor meminta agar ketua-ketua jabatan dijemput jika melibatkan program dan majlis rasmi asrama.

5.6 En. Abdul Samad Bin Mohd Dahan menyatakan bahawa kuantiti makanan perlu mencukupi untuk para pelajar semasa jamuan diadakan.

HAL-HAL LAIN

6.1 En. Azmi Bin Mohd Salleh menyatakan bahawa jika hendak memesan barang yang berkaitan dengan asrama perlu menghantar nota minta terus kepada Hjh Noriah binti Adnan.

6.2 En. Azmi Bin Mohd Salleh mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warden dan staf terutama kepada Cik Shahida Binti Sukiman atas jasa beliau menguruskan asrama selama lebih kurang 6 tahun.

6.3 Cik Shahida binti Sukiman mengucapkan ribuan terima kasih atas segala pertolongan yang diberikan oleh semua warden dan staf sepanjang beliau menjadi warden dan menguruskan asrama. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada AJK biro pendidikan atas kerjasama yang diberikan.

(14)

dimerit dan setiap pelajar diberikan 100 merit. Jika melakukan kesalahan maka merit tersebut akan dipotong. Sistem ini boleh disesuaikan dengan tahap kolej dan dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin.

6.5 En. Abdul Samad Bin Mohd Dahan memberi respon terhadap sistem dimerit dan menyatakan bahawa sistem ini akan menemui kegagalan kerana kurang daripada segi kawal selia dan rekod merekod.

6.6 En. Azmi bin Mohd Salleh meminta agar diberi kebenaran kepada pihak warden untuk merotan para pelajar yang melakukan kesalahan.

UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.

7.2 Minit mesyuarat asrama perlu dihantar sebanyak 7 kali setahun. Begitu juga dengan laporan buli dan akujanji yang akan dibuat oleh En. Muhd. Muhaimin Bin Zakarian.

7.3 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada Cik Shahida Binti Sukiman atas jasa dan sumbangan beliau kepada asrama sepanjang menjadi warden aspuri.

7.4 Mesyuarat ditangguhkan dengan Surah Al-Asr pada jam 5.25 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

...……… ...………... (NUHAA ZAFIRA BT SANIT) (AZMI BIN MOHD. SALLEH) Pencatat Minit Mesyuarat , Ketua Felo,

Kediaman Kolej Vokasional Kota Tinggi Kediaman Kolej Vokasional Kota Tinggi

Disahkan oleh,

... (HAJI AZMAN BIN HAJI IDRIS)

Pengarah,

(15)

PENGURUSAN KEDIAMAN KOLEJ VOKASIONAL KOTA TINGGI

Bil Nama Guru Catatan

1. Tuan HajiAzman bin Haji Idris PENGARAH 2. Tuan Haji Hanizam bin Md. Ali SOKONGAN AKADEMIKTIMBALAN PENGARAH 3. Pn. Norzana Binti Mohd Nor KETUA JAMINANKUALITI 4. Encik Azmi bin Mohd. Salleh KETUA FELO

5. Encik Padli bin Mohd. Salleh FELO

6. Encik Mohd. Zulkarnain bin Samri FELO 7. Encik Abdul Samad bin Mohd Dahan FELO

8. Encik Muhaimin Bin Zakaria FELO

9. Cik Shahida Binti Sukiman FELO

10. Puan Nuhaa Zafira binti Sanit FELO

11. Puan Hajah Noriah binti Adnan PENYELIA KEDIAMAN 12. Encik Sa’adon bin Abdullah PEMBANTU OPERASI 13. Encik Mohd. Zeklin bin Abu Bakar PEMBANTU JURUTERA 14. Encik Zakariah bin Ghazali PEMBANTU JURUTERA

15. Encik Suliman Bin Abd. Majid KEBERSIHANPENGURUS 16. Encik Mawardi Bin Maskam PENGURUS PENGAWALKESELAMATAN 17.

Encik Mhd. Yusof Bin Junid

PENGURUS DEWANMAKAN

(16)

KEHADIRAN MESYUARAT KALI KEDUA

PENGURUSAN KEDIAMAN KOLEJ VOKASIONAL KOTA TINGGI

TARIKH : 13 APRIL 2016 (RABU)

TEMPAT : BILIK KMK

MASA : 2.30 PETANG

Bil Nama Guru Catatan Tandatanga

n 1. Tuan HajiAzman bin Haji Idris PENGARAH

2. Tuan Haji Hanizam bin Md. Ali

TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN

AKADEMIK 3. Pn. Norzana Binti Mohd Nor KETUA JAMINAN

KUALITI 4. Encik Azmi bin Mohd. Salleh KETUA FELO 5. Encik Padli bin Mohd. Salleh FELO 6. Encik Mohd. Zulkarnain bin Samri FELO 7. Encik Abdul Samad bin Mohd

Dahan FELO

8. Encik Muhaimin Bin Zakaria FELO 9. Cik Shahida Binti Sukiman FELO 10. Puan Nuhaa Zafira binti Sanit FELO

11. Puan Hajah Noriah binti Adnan PENYELIA KEDIAMAN 12. Encik Sa’adon bin Abdullah PEMBANTU OPERASI 13. Encik Mohd. Zeklin bin Abu Bakar PEMBANTU JURUTERA 14. Encik Zakariah bin Ghazali PEMBANTU JURUTERA

15. Encik Suliman Bin Abd. Majid PENGURUS KEBERSIHAN 16. Encik Mawardi Bin Maskam

PENGURUS PENGAWAL KESELAMATAN 17. Encik Mhd. Yusof Bin Junid PENGURUS DEWAN

(17)

Referensi

Dokumen terkait