• Tidak ada hasil yang ditemukan

FLIPPED CLASSROOM: PENGGUNAAN DAN PELAKSANAAN DI MALAYSIA DARI TAHUN (ANALISIS META)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "FLIPPED CLASSROOM: PENGGUNAAN DAN PELAKSANAAN DI MALAYSIA DARI TAHUN (ANALISIS META)"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

38

FLIPPED CLASSROOM: PENGGUNAAN DAN PELAKSANAAN DI

MALAYSIA DARI TAHUN 2014-2019 (ANALISIS META)

[FLIPPED CLASSROOM: USE AND IMPLEMENTATION IN MALAYSIA

FROM 2014-2019 (META ANALYSIS)]

1 ANDREW EMPARAN

andyrias.emparan@gmail.com

*1ROZITA RADHIAH SAID

radhiahrozita@upm.edu.my

1AZHAR MD SABIL

azhar.sabil@upm.edu.my

1NURZATULSIMA KAMARUDIN

nzshima@upm.edu.my

1Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. *Corresponding Author

ABSTRACT

Technological developments have led to a wave of change in various fields in Malaysia. The field of education is also not left behind to undergo various changes whether it is the operational event or the way the implementation of the education system. In line with the recommendation from the Ministry of Education Malaysia to highlight the involvement of Information and Communication Technology (ICT) in education is something that needs to be done to face the 21st century. The thing that is the main agenda is the teaching and learning methods used in education. It is time to change the way of delivery that is appropriate to the passage of time. The existing methods have played such an important role in the school. But new strategies and facilitators should also be highlighted in the teaching and learning process. Past studies have proven that the application of new methods involving technology has a positive impact. The use of the Flipped Classroom approach in teaching and learning acts as an active facilitator and is very close to its target group of students. The objective of this study is to review the extent to which studies related to Flipped Classroom have been conducted in Malaysia. These study reviews 35 randomly selected previous studies that have been conducted by researchers in Malaysia on the implementation and use of Flipped Classroom. Based on 35 studies that have been selected found that the study conducted by the researcher covers the effectiveness and influence of 8 studies, cognitive and High Level Thinking Skills (HLTS) of 3 studies, perceptions and views of 4 studies, level of readiness and acceptance of teachers and students as many as 3 studies. The study looking at the implementation activities of Flipped Classroom is a total of 6 studies and while the study related to achievement, motivation, involvement, satisfaction, abilities, learning style and interaction is a total of 8 studies. Finally, the study conducted to analyze foreign studies related to Flipped Classroom is a total of 7 studies. Overall, this study that has been conducted by researchers in Malaysia proves that this Flipped Classroom is suitable and gives a good impact on teaching and learning.

(2)

39

ABSTRAK

Perkembangan teknologi telah membawa kepada gelombang perubahan dalam pelbagai bidang di Malaysia. Bidang pendidikan juga tidak ketinggalan mengalami pelbagai perubahan sama ada acara pengoperasian mahupun cara implementasi sistem pendidikan tersebut. Selari dengan saranan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengetengahkan penglibatan Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan adalah sesuatu perkara yang perlu dilakukan bagi mendepani abad ke 21. Perkara yang begitu menjadi agenda utama adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam bidang pendidikan. Sudah tiba perubahan cara penyampaian yang bersesuaian dengan peredaran masa di terapkan. Kaedah yang sedia telah memainkan peranan yang begitu penting sekali di sekolah. Namun strategi dan pemudah cara yang baru juga harus diketengahkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian-kajian yang lepas telah membuktikan bahawa penerapan kaedah yang baru yang melibatkan teknologi adalah memberi kesan yang positif. Penggunaan pendekatan Flipped Classroom dalam pengajaran dan pembelajaran adalah bertindak sebagai pemudah cara yang aktif dan sangat dekat dengan golongan sasarannya iaitu pelajar. Objektif kajian ini adalah untuk meninjau sejauh mana kajian berkaitan Flipped Classroom telah di jalankan di Malaysia. Kajian ini meninjau 35 kajian lepas yang dipilih secara rawak yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji di Malaysia terhadap pelaksanaan dan penggunaan Flipped Classroom. Berdasarkan 35 kajian yang telah dipilih mendapati bahawa kajian yang di jalankan oleh pengkaji meliputi tentang keberkesanan dan pengaruh sebanyak 8 kajian, kognitif dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sebanyak 3 kajian, persepsi dan pandangan pula sebanyak 4 kajian, tahap kesediaan dan penerimaan guru serta pelajar pula sebanyak 3 kajian. Kajian yang melihat kepada aktiviti pelaksanaan Flipped Classroom adalah sebanyak 6 kajian dan manakala kajian yang berkaitan dengan pencapaian, motivasi, penglibatan, kepuasan, kebolehan, gaya pembelajaran dan interaksi adalah sebanyak 8 kajian. Akhir sekali kajian yang di lakukan untuk menganalisis kajian luar Negara yang berkaitan dengan Flipped Classroom pula adalah sebanyak 7 kajian. Secara keseluruhannya kajian yang telah di jalankan oleh pengkaji di Malaysia ini membuktikan bahawa Flipped Classroom ini sesuai dan memberikan impak yang baik terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Kata kunci: Flipped Classroom, Pengajaran, Pembelajaran, Pelaksanaan, Kaedah, Pendekatan

PENDAHULUAN

Menurut Missildine, Fountain, Summers dan Gosselin (2013), pendekatan Flipped Classroom mula diperkenalkan pada tahun 90-an di sekolah rendah dan menengah yang menegaskan pembelajaran berasaskan pelajar, iaitu guru harus memainkan peranan sebagai fasilitator yang membimbing pelajar, bukan sebagai pelakon utama di atas pentas dalam kelas. Namun, pendekatan tersebut tidak menjadi popular kerana pada itu tidak mempunyai kemudahan teknologi peranti digital dan capaian talian seperti masa sekarang.

Pendekatan Flipped Classroom adalah sama dengan pembelajaran “Inverted Classroom” seperti yang telah didefinisikan oleh Lage, Platt dan Treglia (2000), iaitu kelas terbalik bermaksud peristiwa yang berlaku secara tradisional di dalam kelas kini berlaku di luar kelas dan sebaliknya “Inverting the classroom means that events have traditionally taken place inside the classroom now take place outside the classroom and vice versa”, (hlm.32). Berdasarkan kenyataan maksud yang diberikan oleh Lage, Platt dan Treglia (2000) tersebut kelas terbalik bermaksud aktiviti yang sering dilakukan semasa kelas tradisional akan dilakukan di luar kelas dan proses pembelajaran akan dilakukan secara terbalik. Dalam model Flipped Classroom, perkara yang pelajar biasa lakukan dalam

(3)

40

kelas telah bertukar atau flipped dengan perkara yang biasa dilakukan sebagai kerja rumah. Sehubungan dengan itu, pendekatan Flipped Classroom juga dikenali sebagai kelas terbalik (reversed classroom) (Herreid & Schiller, 2013). Pendekatan ini menjadi terkenal dan trend baharu dalam pendidikan setelah Jonathan Bergmann dan Aaron Sams dari Colorada, Amerika Syarikat mengaplikasikan kaedah tersebut dalam kelas kimia pada tahun 2007.

Di samping itu juga, Missildine, Fountain, Summers dan Gosselin (2013) mengatakan pendekatan Flipped Classroom merupakan satu bentuk kaedah pengajaran dan pembelajaran blended learning ataupun kaedah hybrid. Blended learning fokus kepada penglibatan pelajar dan menggunakan pelbagai media dalam pengajaran untuk menarik minat pelajar. Manakala Flipped Classroom fokus kepada pelajar menggunakan sumber internet seperti audio dan video untuk sesuatu kandungan pengajaran tertentu di rumah sebagai kerja rumah, dan menumpukan masa dalam kelas kepada interaksi antara guru dan pelajar untuk menyelesaikan perkara yang dikenali sebagai kerja rumah dalam pengajaran dan pembelajaran tradisional.

Menerokai pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran antara lain telah melahirkan teknik Flipped Classroom. Sehubungan dengan itu, teknik pengajaran tradisional atau konvensional yang banyak berfokus kepada guru sesuai digantikan dengan teknik Flipped Classroom yang lebih berfokus kepada murid dengan guru berperanan sebagai fasilitator atau pembimbing (Nichols, 2012). Flipped Classroom adalah teknik pengajaran kini melalui pembelajaran yang disesuaikan dengan mempelbagaikan susunan atau prosedur pengajaran tradisional dalam menyampaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk baharu. Strategi ini dilaksanakan dengan mengurangkan jumlah arahan langsung dalam amalan pengajaran sambil memaksimumkan interaksi guru murid dan murid-murid semasa sesi perbincangan atau pembentangan (Brent, 2013). Strategi ini menggunakan teknologi tambahan yang menyokong pembelajaran melalui bahan yang boleh diakses secara online. Siti Hajar Halili & Zamzami Zainuddin (2015), Flipped Classroom adalah mempunyai hubung kait yang selari dengan pembangunan teknologi dari satu zaman ke zaman yang lain. Menurut Wahindah Suhari (2015), Flipped Classroom merupakan antara pedagogi yang kian mendapat perhatian dalam dunia pendidikan. Menurut Kathleen Fulton (2012) dalam kajian Wahindah Suhari (2015) menyatakan bahawa melalui kajiannya berpendapat bahawa model Flipped Classroom membenarkan murid untuk belajar pada kadar kecerdasan mereka sendiri. Tambahannya lagi, penggunaan teknik ini membolehkan masa di kelas digunakan dengan lebih efektif dan membuat tugasan rumah di dalam kelas membolehkan guru lebih memahami masalah yang dihadapi oleh murid dan bentuk pembelajaran mereka yang berbeza.

Flipped Classroom adalah suatu teknik pembelajaran yang mengoptimumkan penggunaan masa pembelajaran di dalam bilik darjah kepada sesi perbincangan konsep serta pertanyaan soalan yang boleh diklasifikasikan sebagai soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Saiful Nazri Nordin & Azlin Norhaini Mansor, (2016). Dalam proses penggunaan teknik Flipped Classroom ini dalam pengajaran dan pembelajaran guru memberikan murid tugasan dan tanggungjawab pada skala yang kecil mahupun pada skala yang besar supaya murid boleh meneroka pembelajaran itu secara sendiri dan mereka berpeluang untuk mengalami dan mencuba. Hasil daripada pengalaman yang murid peroleh dari segala tugasan dan peluang ini menjadikan murid lebih memahami dan kecerdasan pelbagai murid mudah bertindak balas dan akhirnya murid mampu untuk menterjemahkan idea dan maklumat ke dalam bentuk tulisan. Selari dengan Lila Salleh & Noranika Murni Dol Karim, (2016) bahawa penggunaan Flipped Classroom ini dapat meningkatkan penglibatan murid dan tanggungjawab kendiri terhadap pembelajaran kemahiran menulis karangan deskriptif.

(4)

41

Dan menurut Wahindah Suhari, Wan Alfida Suleiman & Zuraidah Saidin (2015) secara langsung penggunaan teknik Flipped Classroom ini dapat meningkatkan minat murid terhadap konsep pembelajaran dalam bilik darjah. Daripada itu merujuk kepada kajian yang dilakukan oleh Mohd Zairi Husain & Muhammad Furqan Abd Manan (2016) murid pada masa kini ke arah penggunaan gajet, alat elektronik media massa dan peralatan teknologi dan bersesuaian dan menepati ciri-ciri pembelajaran masa kini. Sama dengan penyataan yang dinyatakan oleh Siegle (2013), bahawa teknik Flipped Classroom ini boleh membantu mencipta dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang yang aktif.

PERBINCANGAN BERDASARKAN KERTAS KAJIAN YANG DIPILIH

Kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan Flipped Classroom di Malaysia telah dicari dan dimuat turun melalui pangkalan data elektronik seperti menggunakan enjin carian Google Scholar, freefullpdf, Omicsonline, ResearchGate, dan laman-laman jurnal universiti-universiti tempatan. Jurnal dan artikel malah juga kajian-kajian tesis sarjana yang dipilih adalah dari tahun 2014 sehingga 2019. Sebanyak 35 jurnal yang telah dipilih secara rawak yang memfokuskan kepada kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji di Malaysia sahaja seperti yang dinyatakan di Jadual 1. Pemilihan artikel ini telah dilakukan berdasarkan skop kajian di peringkat Universiti, kolej dan juga sekolah-sekolah di Malaysia. Kajian ini juga adalah melihat kepada kesan perlaksanaan dan penggunaan terhadap guru, pelajar dan juga pihak sekolah, kolej atau universiti. Dan kajian ini akan dibahagikan kepada kategori yang akan menjadi agenda utama perbincangan adalah, kesan terhadap pelajar, kesan terhadap guru, bidang kajian (disiplin) dan kaedah yang digunakan dalam melaksanakan Flipped Classroom dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Bil Nama Tahun Tajuk

1 M. Kaviza 2019 Kesan Kaedah Flipped Classroom dengan Teknik Peer Instruction terhadap

Kemahiran Berfikir Kritis

2 M.Kaviza 2019 Persepsi Penerimaan Murid Terhadap Pelaksanaan Model Flipped Classroom Peer Instruction dalam Mata Pelajaran Sejarah

3 Andrew Emparan, Rozita Radhiah Said & Roselan Baki

2019 Meneroka Penggunaan Teknik Flipped Classroom dalam Pengajaran Kemahiran Menulis

4 Shasitharan Raman Kutty, Vasanthan Gumsamy, Noor Banu Mahadir Naidu & Chandan Vengadasalam

2019 Penggunaan Schoology untuk

Memerihalkan Isu dalam Pendidikan Moral Menerusi Kelas Berbalik (Flipped

Classroom) 5 Halimahtussadiah binti

Salleh, Siti Aisah binti

2019 Kesediaan Guru Melaksanakan Flipped Classroom dalam Kalangan Guru-guru Sekolah Rendah Daerah Melaka Tengah

(5)

42

Mohamad & Ahmad Suhaizan bin Pandak 6 Yap Leng Lee & Ruhizan

Mohammad Yasin

2019 Keberkesanan Modul Flipped Classroom terhadap Pencapaian Bahasa Jerman dan Keterlibatan Pelajar

7 Siti Hajar Halili & Sumathy A/P Ramas

2019 Halili, Penerimaan Guru Sekolah Rendah Terhadap Pendekatan Kelas Berbalik Dalam Mata Pelajaran Bahasa Tamil

8 Juhary, Jowati, Amir & Ahmad Faimi

2018 Flipped Classroom at the Defence University Malaysia

9 Danial Heryanto Zainal Abidin

2018 Penggunaan Aplikasi WhatsApp Dalam Kaedah Flipped Classroom untuk Peningkatan Akademik Bahasa Melayu Tahun Lima

10 Siti Hamidah bin

Mohamad Razali & Lilia Halim

2018 Tahap Kepuasan Guru Terhadap Pendekatan Flipped Classroom

Menggunakan Frog-VLE dalam subjek Sains di Sekolah Menengah

11 Noraini Mohamed Noh, Norazilawati Abdullah, Wong Kung Teck & Mahizer Hamzah

2017 Keberkesanan Pendekatan Flipped Classroom dalam Pembelajaran Sains di Sekolah Rendah

12 Zanariah Binti Ahmad 2017 Pembangunan Modul Pedagogi Kelas Berbalik Berasaskan Pembelajaran Reflektif untuk Politeknik Premier

13 Noraini Binti Asirun@Hirun

2017 Student Engagement, Student Interactions and Quality of Use’ in Blended Learning using Flipped Classroom

14 Azlina Binti A.Rahman 2017 Kesan Kaedah Flipped Classroom Menerusi Pembelajaran Berasaskan Projek Ke Atas Pencapaian dan Gaya Pembelajaran Pelajar 15 Voon Yuen Ting &

Rozniza Zaharudin

2016 A Review of Flipped Classroom : An Approach to Develop Higher Order Thinking Skills

16 Jayanthi Mala Marimuthu 2016 The Flipped Classroom : The Response of TESL Teacher Trainees Using WhatsApp Videos in the Flipped Classroom

17 Saiful Nazri Nordin et al. 2016 Flipped Learning : Kajian Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Abad ke 21

(6)

43

18 Farina Nozakiah Tazijan, Che Haslina Abdullah, Noorliza Zainol, Syuhirdy Mat Noor & Noorsa Riza bin Johari

2016

Flipped Classroom: Fostering Active Learning

19 Suwarna Rani Subramaniam &

Balakrishnan Muniandy

2016 Concept and Characteristics of Flipped Classroom

20 Zamzami Zainuddin & Siti Hajar Halili

2016 International Review of Research in open and Distributed Learning

21 Mohd Zairi bin Husain, Muhammad Furqan bin Abd Manan

2016 Penggunaan Kaedah FC dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5

22 Zamzami Zainuddin & Mohammad Attaran

2016 Malaysian Student’s Perceptions of Flipped Classroom : A Case Study

23 Rozinah Jamaluddin, Siti ZUraidah Md Osman, Wan Mustaffa Wan Yusoff & Nur Farrah Azwa Jasni

2016 Flipped: A Case Study in Fundamental of Accounting in Malaysia Polytechnic

24 Zamzami Zainuddin & Siti Hajar Halili

2016 Flipped Classroom Research and Trends from Different Field of Study

25 Azlina A. Rahman et al. 2015 Emerging Project Based Learning in Flipped Classroom: Technology used to increase students engagement

26 Siti Hajar Halili & Zamzami Zainuddin

2015 Flipping the Classroom : What we know and what we don’t

27 Azlina A. Rahman, Zaleha Abdullah, Hasnah

Mohamed, Baharuddin Aris & Norasykin Mohd Zaid

2015 Flipped Classroom: A New Paradigm in Secondary Education

28 Mohammed Amin Embi, Supyan Hussin & Ebrahim Panah

2014 Flipped Learning Readiness Among Graduate and Postgraduate Students in UKM

29 Sazilah Salam, Norasiken Bakar, Halimatussaadian Mohd Asarani & Siti Fadilah Mohamed Saki

2014 Designing an Interactive Book for Flipped Learning. Blended & Flipped Learning : Case Studies in Malaysia HEIs

(7)

44

30 Zaid Alsagoff, Hasnain Baloch & Norhasliza Hashim

2014 Flipping large Lectures @ IMU

31 Azlina A. Rahman et al. 2014 Reviving Cognitive development among school students

32 Rozinah Jamaludin & Siti Zuraidah Md Osman

2014 The use of a Flipped Classroom to Enhance Engagement and promote active learning 33 Siti Zuraidah Md Osman

et al

2014 Flipped Classroom and Traditional Classroom: Lecturer and Student Perceptions between Two Learning Cultures. Case Study at Malaysian Polytechnic

34 Azlina A.Rahman, Baharuddin Aris, Hasnah Mohamed, Norasykin Mohd Zaid & Zaleha Abdullah

2014 Flipped Classroom dalam Konteks Malaysia

35 Azlina A.Rahman, Baharuddin Aris, Hasnah Mohamed & Norasykin Mohd Zaid

2014 The Influences of Flipped Classroom: A Meta Analysis

Jadual 1: Senarai jurnal dan artikel yang berkaitan dengan Flipped Classroom A. Penerangan Ringkas terhadap setiap jurnal, artikel dan tesis yang telah dilakukan

M.Kaviza (2019) berkaitan dengan kesan kaedah Flipped Classroom dengan teknik Peer Instruction terhadap kemahiran berfikir kritis. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kaedah Flipped Classroom dengan teknik Peer Instruction berkesan secara signifikan terhadap kemahiran berfikir kritis. Implikasi kajian ini telah mencadangkan kepada guru-guru Sejarah untuk menerapkan kaedah pengajaran menggunakan Flipped Classroom.

Di samping itu juga kajian yang telah dilakukan oleh M. Kaviza (2019) berkaitan dengan persepsi penerimaan murid terhadap perlaksanaan Model Flipped Classroom Peer Instruction dalam mata pelajaran Sejarah. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap persepsi penerimaan pelajar terhadap perlaksanaan Model Flipped Classroom Peer Instruction dalam mata pelajaran sejarah di sekolah menengah berada pada tahap tinggi. Selain itu tahap persepsi penerimaan pelajar berpencapaian tinggi terhadap perlaksanaan Model Flipped Classroom Peer Instruction adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar berpencapaian rendah. Namun begitu dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor min persepsi penerimaan terhadap perlaksanaan Model Flipped Classroom Peer Instruction di sekolah menengah berdasarkan tahap pencapaian pelajar. Jadi implikasi kajian ini telah mencadangkan bahawa guru-guru sejarah perlulah mempraktikkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif selaras dengan perkembangan strategi pembelajaran abad ke-21 dan penggunaan teknologi maklumat.

(8)

45

Andrew Emparan, Rozita Radhiah dan Roselan Baki (2019) mengkaji pandangan guru terhadap penggunaan teknik Flipped Classroom dalam pengajaran kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu. Dan dapatan kajian membuktikan bahawa penggunaan teknik Flipped Classroom boleh memberi kesan yang baik terhadap hasil penulisan murid. Teknik sebegini patut dilaksanakan kerana dapat membantu guru untuk melancarkan proses pengajaran dan memudahkan pemahaman murid ketika menulis.

Kajian yang telah dijalankan oleh Shasitharan Raman Kutty et. al, (2019) tentang penggunaan Schoology dalam memerihalkan isu dalam pendidikan moral menerusi kelas berbalik dan dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pra perkhidmatan opsyen pendidikan moral berupaya memerihalkan isu moral dan berupaya mengembangkan elemen pendidikan moral setelah menggunakan pendekatan Flipped Classroom.

Kajian Halimahtussadiah binti Salleh, Siti Aisah binti Mohamad & Ahmad Suhaizan bin Pandak, (2019) mengenai kesediaan guru untuk melaksanakan pendekatan Flipped Classroom dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Melaka Tengah dan dapatan kajian juga mendapati bahawa tahap kesediaan guru adalah di tahap yang bersedia. Dapatan juga menunjukkan budaya pembelajaran, matlamat kandungan dan aspek pendidikan professional juga adalah baik.

Seterusnya kajian berkaitan dengan keberkesanan modul Flipped Classroom terhadap pencapaian Bahasa Jerman dan keterlibatan pelajar oleh Yap Leng Lee & Ruhizan Mohammad Yasin, (2019). Kajian yang meninjau tentang keberkesanan pembelajaran Bahasa Jerman kerana didapati pelajar gagal dalam mengaplikasikan tatabahasa, dan dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar ada peningkatan yang lebih baik dalam pencapaian Bahasa Jerman dan juga keterlibatan pelajar juga meningkat jika dibandingkan dengan pelajar yang mengikuti pembelajaran secara modul tradisional. Kajian yang telah dilakukan oleh Siti Hajar Halili dan Sumathy A/P Ramas, (2019) mengenai penerimaan guru sekolah rendah terhadap pendekatan kelas berbalik dalam mata pelajaran Bahasa Tamil. Dapatan kajian menunjukkan penerimaan persepsi kepenggunaan dan penerimaan kemudahan penggunaan adalah menunjukkan nilai minimum adalah empat dan nilai maximum adalah tujuh. Hasil ini membuktikan bahawa perlaksanaan kelas berbalik merupakan satu kaedah yang mudah serta menjadi fleksibel dan kesemua responden meluahkan perasaan yang positif terhadap perlaksanaan dan penerimaan kelas berbalik.

Manakala Juhary, Jowati, Amir & Ahmad Faimi, (2018) yang melakukan peninjauan tentang penggunaan Flipped Classroom di Universiti Pertahanan Malaysia yang mendapati bahawa pembelajaran yang menggunakan Flipped Classroom ini perlu dilaksanakan seperti universiti-universiti yang lain yang banyak memberi manfaat kepada pelajar dan juga pensyarah.

Di samping itu juga Danial Heryanto Zainal Abidin (2018) yang melihat tentang penggunaan aplikasi WhatsApp dalam kaedah Flipped Classroom untuk meningkatkan prestasi akademik Bahasa Melayu pelajar tahun lima. Secara amnya kajian yang dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pemudahcaraan guru di bilik darjah dan seterusnya membudayakan corak dan trend pembelajaran abad ke-21. Dapatan kajian adalah menunjukkan prestasi murid dalam peperiksaan meningkat dan juga peningkatan motivasi pelajar yang memberangsangkan.

Seterusnya kajian Siti Hamidah bin Mohamad Razali & Lilia Halim, (2018) yang khususnya mengkaji tentang tahap kepuasan guru terhadap pendekatan Flipped Classroom terhadap penggunaan Frog-VLE dalam subjek sains di sekolah Menengah. Dan dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa tahap kepuasan para guru adalah menunjukkan tahap yang tinggi terhadap pendekatan Flipped Classroom dalam pengajaran sains dengan menggunakan Frog-VLE.

(9)

46

Manakala kajian yang telah dilaksanakan oleh Noraini Mohamed Noh et.al 2017 mengenai keberkesanan pendekatan Flipped Classroom dalam pembelajaran Sains di sekolah rendah terhadap peningkatan pencapaian berbanding pendekatan konvensional. Berdasarkan temu bual murid yang belajar Sains menggunakan pendekatan Flipped Classroom, masing-masing menyatakan rasa puas belajar, seronok belajar, seronok mendapatkan banyak maklumat dan berkeyakinan untuk bercakap dalam perbincangan dalam kelas dan ini menunjukkan penggunaan pendekatan Flipped Classroom dalam pengajaran dan pembelajaran boleh menyuntik budaya aktif bersaing serta dapat merangsang murid berfikir lebih kreatif.

Kajian berbentuk tesis yang dilakukan oleh Zanariah binti Ahmad (2017) tentang pembangunan modul pedagogi kelas berbalik yang berasaskan pembelajaran reflektif untuk Politeknik Premier yang bertujuan untuk mengatasi pelajar yang aliran kemahiran dalam menghubungkaitkan antara kemahiran dengan pengetahuan terutamanya dari segi akademik. Jadi pelaksanaan modul dengan menjadikan Flipped Classroom sebagai medium dalam pembelajaran maka pelajar akan boleh menjalin hubungkan kemahiran dengan pengetahuan.

Noraini binti Asirun@Hirun, (2017) dalam tesis PhD beliau yang mengkaji tentang penglibatan pelajar, interaksi pelajar dan kualiti penggunaan Blended Learning dengan menggunakan Flipped Classroom dan dapatan kajian mendapati ketiga-tiga elemen yang dikaji menunjukkan signifikan yang tinggi.

Menurut kajian Azlina binti A.Rahman, (2017) yang mengkaji kesan terhadap penggunaan kaedah Flipped Classroom dalam pembelajaran yang berasaskan projek yang memberi kesan terhadap mutu pencapaian dan gaya pembelajaran para pelajar. Kajian berbentuk tesis ini juga mendapati dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya pembelajaran yang dominan bagi pelajar sebelum pelaksanaan Flipped Classroom adalah gaya pembelajaran berkumpulan. Sementara itu dapatan dari ujian pencapaian menunjukkan bahawa kumpulan rawatan mengalami peningkatan yang signifikan dalam gred berbanding dengan kumpulan kawalan.

Voon Yuen Ting & Rozniza Zaharudin, (2016) pula yang mengkaji secara tinjauan tentang pelaksanaan Flipped Classroom terhadap perkembangan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Penggunaan Flipped Classroom adalah mempengaruhi dan merangsang perkembangan dan peningkatan kemahiran berfikir pelajar.

Tindak balas guru pelatih TESL terhadap penggunaan aplikasi video melalui WhatsApp yang dilakukan oleh Jayanthi Mala Marimuthu, (2016). Berdasarkan penggunaan aplikasi WhatsApp melalui penggunaan fungsi video di dapati bahawa semua respond telah melakukan aktiviti menjawab soalan soal selidik yang telah diberikan oleh pengkaji dan cara ini merupakan penggunaan kaedah Flipped Classroom. Kedua-dua pengkaji telah melakukan aktiviti Flipped Classroom dengan respond dan didapati bahawa kaedah tersebut memudahkan dan menyeronokkan.

Kajian Saiful Nazri Nordin et.al, (2016), Pembelajaran Berbalik berkaitan dengan persepi pelajar terhadap pembelajaran abad ke-21. Dapatan mendapati bahawa persepsi pelajar terhadap pembelajaran yang berkonsepkan kelas berbalik adalah sesuai dengan pembelajaran abad ke-21 dan sesuai dengan perkembangan terkini dan kebolehan pelajar.

Melalui kajian Farina Norakiah Tazijan et.al (2016) terhadap pelajar dalam mempelajari kemahiran berkomunikasi. Pelajar telah diberikan selama tempoh lima minggu untuk menjalani program komunikasi menggunakan Flipped Classroom demi mempertingkatkan kemahiran dan kebolehan berkomunikasi masing-masing. Dan dapatan kajian mendapati tempoh yang diberikan menggunakan kaedah tersebut berkesan dan berupaya untuk mempertingkatkan kerana pelajar

(10)

47

didapati meningkat kebolehan dan kemahiran berkomunikasi mereka. Dapatan juga mendapati berlakunya perhubungan yang signifikan antara pembelajaran secara aktif dengan pembelajaran secara Flipped Classroom. Penggunaan kaedah Flipped Classroom memberi kesan yang positif terhadap pelajar.

Dan berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh Suwarna Rani Subramaniam & Balakrishan Muniandy (2016) yang mengkaji tentang konsep serta ciri-ciri Flipped Classroom yang menyatakan bahawa kerja-kerja pelajar yang selalunya dilakukan oleh pelajar di rumah sebagai kerja rumah akan dilakukan oleh pelajar semasa berada di dalam kelas dengan bimbingan oleh guru. Dan juga sebelum pelajar masuk ke dalam kelas pelajar akan membaca dan menonton video di rumah sebagai persediaan mereka berdasarkan topik yang telah diberikan oleh guru pada hari sebelumnya. Kajian ini yang memfokuskan kepada konsep dan ciri-ciri Flipped Classroom dan diharapkan agar dapat memberikan manfaat kepada pengguna baru terhadap pembelajaran Flipped Classroom.

Zamzami Zainuddin & Siti Hajar Halili, (2016) berdasarkan tinjauan luar tentang Pembelajaran terbuka dan Distributed Learning yang telah meninjau tentang kesan Flipped Classroom yang menjurus kepada pencapaian, motivasi, penglibatan dan interaksi pelajar. Dapatan tinjauan berdasarkan kajian-kajian lepas luar negara mendapati bahawa elemen-elemen tersebut sangat dipengaruhi oleh pelaksanaan Flipped Classroom dan pengkaji mencadangkan kepada penggubal dasar Kementerian Pendidikan untuk memberikan perhatian tentang penggunaan Flipped Classroom dalam pendidikan di Malaysia.

Mohd Zairi bin Husain & Muhammad Furqan bin Abd Manan, (2016) telah melakukan kajian tentang penggunaan kaedah Flipped Classroom dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani bagi pelajar tahun lima. Kajian yang melihat tentang keberkesanan penggunaan Flipped Classroom dan ternyata penggunaan memberi impak kepada pelajar.

Kajian yang telah dijalankan oleh Zamzami Zainuddin dan Mohammad Attaran (2016) pula menunjukkan kebanyakan pelajar memberi respon yang positif terhadap penggunaan Flipped Classroom dan telah mengesyorkan pembelajaran untuk kursus dan pelajar yang lain. Manakala maklum balas terhadap video dalam talian, pelajar memberi cadangan agar video tersebut berdurasi lebih pendek dan perlu dalam konteks yang lebih autentik. Flipped Classroom memberi kesan yang positif terhadap pelajar yang pemalu dan pelajar antarabangsa yang tidak fasih berbahasa Inggeris serta memberi masa pembelajaran yang lebih kepada pelajar sepenuh masa. Namun, untuk pelajar separuh masa, menghadapi sedikit cabaran untuk menggunakan kaedah Flipped Classroom kerana tidak mempunyai masa yang mencukupi sebelum menghadiri kelas.

Kajian oleh Rozinah Jamaludin et.al (2016) untuk melihat kesan interaksi dan penglibatan pelajar serta pencapaian pelajar, pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar terhadap kursus dan kepuasan pelajar dalam Flipped Classroom di politeknik Malaysia. Dapatan menunjukkan tidak terdapat kesan yang signifikan antara interaksi pelajar dengan penglibatan pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar. Namun, pelajar memberikan komen yang positif terhadap perlaksanaan, pengajaran dan interaksi di luar kelas.

Satu kajian yang sangat menarik yang telah dilakukan oleh Zamzami Zainuddin & Siti Hajar Halili (2016) yang telah membuat penganalisisan berdasarkan kajian-kajian pengkaji-pengkaji yang terdahulu berkaitan dengan penggunaan Flipped Classroom dari tahun 2013-2015. Daripada analisis yang dilakukan oleh mereka didapati bahawa terdapat pelbagai bidang dan pelaksanaan Flipped Classroom daripada pendekatan sehinggalah kepada penggunaan peralatan atau aplikasi teknologi yang boleh digunakan untuk melaksanakan kelas berbalik ini. Analisis berkaitan dengan kesan atau

(11)

48

impak penggunaan Flipped Classroom ini mendapati bahawa kesan yang positif terhadap pembelajaran pelajar seperti pencapaian, motivasi, penglibatan dan juga interaksi pelajar. Namun apa yang disarankan oleh pengkaji dengan melihat kepada penggunaan peralatan yang lebih bagus sebagai penyampai dan pelaksanaan kelas berbalik.

Azlina A. Rahman et. al., (2015) yang mengkaji tentang penghubung kaitan antara Project Based Learning dalam Flipped Classroom. Penggunaan teknologi yang boleh meningkatkan penglibatan pelajar dan dapatan kajian memberikan respond kepada pengkaji bahawa penggunaan Flipped Classroom memberi kesedaran tentang kebolehan bakat pelajar sekolah. Seterusnya menurut Azlina A.Rahman, Zaleha Abdullah, Hasnah Mohamed, Baharuddin Aris & Norasykin Mohd Zaid,(2015) iaitu pada tahun yang sama dalam kajian mereka mengenai paradigma yang baru di sekolah menengah terhadap penggunaan Flipped Classroom berdasarkan kajian-kajian yang lepas dari luar negara dan melalui kajian tersebut pengkaji telah memberi cadangan kepada Kementerian Pendidikan supaya penggunaan kaedah Flipped Classroom ini dipertimbangkan dalam sistem pendidikan di Malaysia kerana pengkaji mendapati bahawa penggunaan kaedah ini memberi kesan yang baik kepada pembelajaran pelajar.

Siti Hajar Halili & Zamzami Zainuddin (2015) yang mengkaji tentang apa yang kita tahu dan tidak tahu berkaitan dengan Flipped Classroom. Di dalam kajian mereka, mereka menyatakan bahawa Flipped Classroom ini mempunyai banyak kebaikan untuk pembelajaran pelajar dengan penggunaan teknologi seperti YouTube atau video yang telah dirakam oleh guru yang akan ditonton oleh pelajarnya. Dan dalam kajian yang dijalankan oleh mereka adalah untuk memberi penerangan tentang aktiviti pengajaran berdasarkan model pembelajaran yang baru tersebut.

Kajian tentang kesediaan pelajar terhadap Flipped Classroom oleh Mohammed Amin Embi, Supyan Hussin & Ebrahim Panah (2014) kepada pelajar ijazah dasar dan ijazah tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dapatan menunjukkan pelajar ijazah dasar dan ijazah tinggi di UKM mempunyai tahap kesediaan terhadap Flipped Classroom yang dapat diterima. Pelajar bukan sahaja mempunyai perkakasan yang sesuai untuk pembelajaran dalam talian dan Flipped Classroom malah bersedia untuk menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran ini.

Kajian pembangunan bahan pengajaran Flipped Classroom oleh Sazilah Salam et.al (2014) di Universiti Teknikal Melaka (UTeM). Kajian ini merupakan salah satu cadangan untuk melaksanakan bahan dalam Flipped Classroom dan memerlukan beberapa penambahbaikan. Namun, pendekatan kajian reka bentuk dan pembangun (Design & Developmen: DDR) yang diperkenalkan oleh Ritchey dan Klien (2014) dilihat sebagai satu penambahbaikan dalam membangunkan bahan atau modul pengajaran untuk Flipped Classroom. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji membangunkan modul pedagogi menggunakan pendekatan kajian reka bentuk dan pembangunan.

Kajian yang dijalankan oleh Zaid Alsagoff, Hasnain Baloch dan Norhasliza Hashim (2014) mengenai kajian Flipped Classroom untuk kelas yang besar di International Medical University (IMU. Dapatan menunjukkan pelajar berpendapat bahawa Flipped Classroom mudah diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana untuk pelajar. Kedua, pelajar mudah untuk memainkan video mengundur dan memainkan semula untuk lebih pemahaman. Ketiga, pelajar juga boleh memahami keseluruhan pengajaran sebelum menghadiri kuliah. Terakhir dengan Flipped Classroom, pelajar boleh mempelajari proses pengajaran jika terlepas atau tidak menghadiri kuliah. Oleh itu, berdasarkan kajian ini dapat dilihat Flipped Classroom merupakan satu pendekatan yang memudahkan pelajar untuk memahami kaedah pengajaran.

(12)

49

Daripada itu juga Azlina A.Rahman et.al. (2014) pula melalui kajian Reviving Cognitive development among school student, yang mengkaji berkaitan dengan perkembangan kognitif pelajar sekolah. Kajian-kajian lepas mendapati bahawa kaedah Flipped Classroom mampu melonjakkan dan memaksimumkan potensi pelajar dari aspek kognitif ke peringkat yang lebih tinggi dan luar norma. Namun begitu kesesuaian pelaksanaannya di peringkat sekolah penuh perlu dikaji dan dibuat beberapa pengubahsuaian berdasarkan budaya kehidupan dan corak pembelajaran pelajar sekolah.

Berdasarkan Rozinah Jamaludin & Siti Zuraidah Md Osman (2014), penggunaan Flipped Classroom untuk meningkatkan penglibatan dan mempromosikan tentang pembelajaran yang aktif. Dalam kajian mereka, dapatan kajian menunjukkan bahawa penglibatan secara emosi adalah telah mendapat skor yang tertinggi sekali dan penglibatan emosi adalah satu faktor yang penting jika dibandingkan dengan jenis-jenis penglibatan yang lain.

Kajian persepsi oleh Siti Zuraidah Md Osman et al, 2014 mengenai pelajar dan pensyarah politeknik Malaysia serta pencapaian pelajar dalam perbandingan dua jenis strategi pengajaran iaitu kaedah tradisional dan Flipped Classroom. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan tradisional dan Flipped Classroom. Pelajar dari kedua-dua kumpulan mempunyai persepsi yang hampir sama terhadap budaya pembelajaran. Namun pencapaian kuiz antara kumpulan Flipped Classroom lebih tinggi berbanding dengan kelas tradisional. Oleh itu, dapatan menunjukkan pensyarah dapat memberi banyak masa dalam menyelesaikan masalah dalam kelas berbalik berbanding dengan kelas tradisional, dan walaupun ianya mengalami kekurangan kemudahan, Flipped Classroom masih boleh dilaksanakan.

Manakala kajian yang dilakukan oleh Azlina A.Rahman et.al (2014) yang mengkaji penggunaan Flipped Classroom dalam konteks Malaysia yang berdasarkan kajian-kajian luar negara dengan melihat apakah kesan sekiranya dilakukan di Malaysia dengan melihat kesan-kesan positif dalam pendidikan. Dan daripada tinjauan dan analisis yang telah dilakukan pengkaji melihat bahawa kesan Flipped Classroom ini adalah memberi kesan terhadap pembelajaran sebagai contoh mata pelajaran Matematik, Sains Kejuruteraan, dan Teknologi & Sains Sosial. Selari dengan itu, pengkaji memberi cadangan supaya penggunaan Flipped Classroom perlu dilaksanakan di dalam bidang pendidikan Malaysia kerana ianya telah terbukti membawa kejayaan terhadap pelaksanaan tersebut.

Manakala pula Azlina A.Rahman et.al (2014) dalam kajian Meta Analisis pula telah melihat bahawa pengaruh penggunaan Flipped Classroom berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji luar negara. Pengkaji telah melakukan analisis berkaitan dengan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji luar berkaitan dengan pelbagai dimensi dan skop kajian, dan dapatan kajian mereka adalah pengaruh Flipped Classroom ini telah banyak mempengaruhi sistem pembelajaran murid dan cara pengajaran guru juga sama ada dari segi minat, motivasi, persepsi, cara dan gaya pengajaran, pencapaian dan juga penglibatan murid dalam pembelajaran. Tujuan utama pengkaji melakukan kajian ini adalah untuk melihat peluang yang boleh dilakukan oleh pendidikan di Malaysia berdasarkan kepada hasil yang diperoleh daripada kajian tersebut.

Keberkesanan & Pengaruh

Nama Tahun Tajuk Dimensi

M. Kaviza 2019 Kesan Kaedah Flipped Classroom dengan Teknik Peer Instruction

(13)

50

terhadap Kemahiran Berfikir Kritis

Yap Leng Lee & Ruhizan

Mohammad Yasin

2019 Keberkesanan Modul Flipped Classroom terhadap Pencapaian Bahasa Jerman dan Keterlibatan Pelajar

Keberkesanan

Noraini Mohamed Noh, Norazilawati Abdullah, Wong Kung Teck & Mahizer Hamzah

2017 Keberkesanan Pendekatan Flipped Classroom dalam Pembelajaran Sains di Sekolah Rendah

Keberkesanan

Azlina Binti A.Rahman

2017 Kesan Kaedah Flipped Classroom Menerusi Pembelajaran

Berasaskan Projek Ke Atas Pencapaian dan Gaya Pembelajaran Pelajar Keberkesanan Farina Nozakiah Tazijan, Che Haslina Abdullah, Noorliza Zainol, Syuhirdy Mat Noor & Noorsa Riza bin Johari

2016 Flipped Classroom : Fostering Active Learning

Keberkesanan

Mohd Zairi bin Husain,

Muhammad Furqan bin Abd Manan

2016 Penggunaan Kaedah Flipped Classroom dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5 Keberkesanan Azlina A.Rahman, Baharuddin Aris, Hasnah Mohamed, Norasykin Mohd Zaid & Zaleha Abdullah

2014 Flipped Classroom dalam Konteks Malaysia

Keberkesanan

Azlina A.Rahman, Baharuddin Aris, Hasnah Mohamed & Norasykin Mohd Zaid

2014 The Influences of Flipped Classroom: A Meta Analysis

Pengaruh

Beberapa kajian yang secara khusus melihat kepada keberkesanan dan juga pengaruh pelaksanaan kaedah Flipped Classroom di Malaysia sama ada di sekolah mahupun di pengajian tinggi. Kajian

(14)

51

yang dilakukan oleh Azlina A.Rahman, Baharuddin Aris, Hasnah Mohamed & Norasykin Mohd Zaid, (2014) yang khusus melihat tentang pengaruh penggunaan Flipped Classroom secara kaedah menganalisis kajian-kajian lepas dan kajian Azlina A.Rahman at.el, (2014) pula yang melihat tentang keberkesanan penggunaan Flipped Classroom dengan melihat dari segi konteks Malaysia. Sememangnya penggunaan ini memberi kesan yang positif digunakan dalam pengajaran guru dan pembelajaran pelajar (Mohd Zairi bin Husain & Muhammad Furqan bin Abd Manan, 2016) dalam kajian mereka terhadap pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran pendidikan jasmani tahun 5. Pelajar menunjukkan pemahaman dan boleh mengikuti pembelajaran dengan baik. Selari juga dengan kajian M.Kaviza (2019), yang melihat tentang kesan penggunaan kaedah Flipped Classroom yang mana kemahiran kritis murid boleh dibangunkan dan dikembangkan melalui penggunaan kaedah Flipped Classroom tersebut.

Manakala Yap Leng Lee & Ruhizan Mohammad Yasin (2019), juga yang telah mengkaji tentang penggunaan Flipped Classroom terhadap pelajar universiti yang mengikuti pembelajaran Bahasa Jerman yang mengalami kesusahan dalam memahami tatabahasa Bahasa Jerman dengan melihat kepada kesan dan keterlibatan pelajar dalam penggunaan kaedah Flipped Classroom. Daripada kajian tersebut pelajar menunjukkan perubahan dan peningkatan serta pemahaman mereka dalam pembelajaran Bahasa Jerman. Sama juga dengan dapatan kajian yang telah dilakukan oleh Farina Nozakiah Tazijan et.al (2016) yang juga mengkaji tentang pelajar komunikasi UiTM yang telah diberikan selama lima minggu untuk menjalani program komunikasi dengan menggunakan kaedah Flipped Classroom. Dan akhir program didapati bahawa pelajar telah menunjukkan keberkesanan dari segi peningkatan kemahiran pelajar dan juga pelajar menunjukkan penglibatan yang sangat aktif sepanjang program tersebut.

Kajian yang telah dijalankan oleh Noraini Mohamed Noh et.al (2017) mendapati bahawa pelajar kelas pembelajaran mata pelajaran sains di sekolah rendah berasa seronok dan puas ketika mempelajari mata pelajaran tersebut. Pencapaian dan gaya pembelajaran murid juga turut terkesan apabila guru menggunakan kaedah tersebut, seperti yang dinyatakan oleh Azlina binti A. Rahman (2017) dalam kajian beliau terhadap pelajar dengan pembelajaran yang berasaskan projek. Berdasarkan kajian tersebut, dilihat bahawa gaya pembelajaran secara berkumpulan adalah sesuatu strategi yang baik untuk meningkatkan mutu pembelajaran murid dan cara tersebut yang diselarikan dengan penggunaan Flipped Classroom akan menambahkan peningkatan pencapaian prestasi murid yang berada dalam kumpulan rawatan jika dibandingkan dengan kumpulan pelajar kawalan semasa ujian dilakukan.

Kognitif & Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Nama Tahun Tajuk Dimensi

M. Kaviza 2019 Kesan Kaedah Flipped Classroom dengan Teknik Peer Instruction terhadap Kemahiran Berfikir Kritis

Kognitif

Voon Yuen Ting & Rozniza Zaharudin

2016 A Review of Flipped Classroom : An Approach to Develop Higher Order Thinking Skills

(15)

52

Azlina A. Rahman et al.

2014

Reviving Cognitive development among school students

Kognitif

Di samping penggunaan Flipped Classroom ini memberi kesan yang baik terhadap pencapaian, penglibatan pelajar, Flipped Classroom ini juga boleh mempengaruhi perkembangan dan peningkatan kognitif atau pemikiran pelajar atau pengguna. Ini seperti yang telah dinyatakan oleh M.Kaviza, 2019; Voon Yuen Ting & Rozniza Zaharudin, 2016 dan Azlina A. Rahman et. al., 2014, bahawa penggunaan kaedah tersebut boleh meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kemahiran Berfikir Aras Tinggi pelajar. Ini adalah sesuai dengan saranan KPM (2019) dalam pengumuman analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2019 yang menyatakan bahawa pelajar perlu menguasai KBAT kerana setiap tahun soalan peperiksaan sehingga tahun 2021 peratusan soalan KBAT akan terus meningkat sehingga 50%. Ini memerlukan pelajar perlu berupaya untuk menguasai kemahiran tersebut dengan sebaik-baiknya.

Persepsi & Pandangan

Nama Tahun Tajuk Dimensi

M.Kaviza 2019 Persepsi Penerimaan Murid Terhadap Pelaksanaan Model Flipped Classroom Peer

Instruction dalam Mata Pelajaran Sejarah

Persepsi

Andrew Emparan, Rozita Radhiah Said & Roselan Baki

2019 Meneroka Penggunaan Teknik Flipped Classroom dalam Pengajaran Kemahiran Menulis

Pandangan

Saiful Nazri Nordin et al.

2016 Flipped Learning : Kajian Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Abab ke 21 Persepsi Zamzami Zainuddin & Mohammad Attaran

2016 Malaysian Student’s Perceptions of Flipped Classroom : A Case Study

Persepsi

Dari segi pandangan dan persepsi guru dan pelajar juga memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan Flipped Classroom ini dalam sistem pendidikan kita di Malaysia ini. Menurut M.Kaviza (2019) hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap persepsi penerimaan pelajar terhadap perlaksanaan Model Flipped Classroom Peer Instruction dalam mata pelajaran sejarah di sekolah menengah berada pada tahap tinggi. Selain itu tahap persepsi penerimaan pelajar berpencapaian tinggi terhadap perlaksanaan Model Flipped Classroom Peer Instruction adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar berpencapaian rendah. Manakala berdasarkan kajian Andrew Emparan, Rozita

(16)

53

Radhiah Said & Roselan Baki, 2019 menyatakan bahawa guru Bahasa Melayu berpandangan baik dan menyatakan bahawa kaedah flipped classroom ini adalah sesuai digunakan dalam pengajaran kemahiran menulis pelajar. Sependapat dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Saiful Nazri Nordin et al., (2016) yang menyatakan bahawa persepsi pelajar terhadap pembelajaran yang berkonsepkan kelas berbalik adalah sesuai dengan pembelajaran abad ke-21 dan sesuai dengan perkembangan terkini serta sejajar dengan tahap kebolehan pelajar.

Ini juga menyokong tentang dapatan kajian yang dijalankan oleh Zamzami Zainuddin & Mohammad Attaran, (2016) terhadap pelajar Universiti Malaya yang mendapati bahawa pelajar telah memberikan persepsi yang positif terhadap penggunaan Flipped Classroom dan berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap pelajar dengan melihat tentang persepsi, pelajar telah mengesyorkan bahawa pembelajaran tersebut boleh juga dijalankan bagi pembelajaran untuk kursus dan terhadap pelajar yang lain. Berdasarkan pandangan dan persepsi pelajar juga bahawa penggunaan Flipped Classroom tersebut sangat bagus untuk pelajar-pelajar yang pemalu dan juga pelajar-pelajar antarabangsa yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Secara keseluruhannya pelajar memberikan pandangan yang positif terhadap penggunaan Flipped Classroom tersebut.

Kesediaan & Penerimaan Guru dan Pelajar

Nama Tahun Tajuk Dimensi

Halimahtussadiah binti Salleh, Siti Aisah binti Mohamad & Ahmad Suhaizan bin Pandak

2019 Kesediaan Guru Melaksanakan Flipped Classroom dalam Kalangan Guru-guru Sekolah Rendah Daerah Melaka Tengah

Kesediaan Guru.

Siti Hajar Halili & Sumathy A/P Ramas

2019 Halili, Penerimaan Guru Sekolah Rendah Terhadap Pendekatan Kelas Berbalik Dalam Mata Pelajaran Bahasa Tamil

Penerimaan Guru

Mohammed Amin Embi, Supyan Hussin & Ebrahim Panah

2014 Flipped Learning Readiness Among Graduate and

Postgraduate Students in UKM

Kesediaan

Kesediaan dan penerimaan pengguna kaedah Flipped Classroom ini sememangnya memainkan peranan yang penting sekali kerana tanpa ada kesediaan dan penerimaan yang positif maka pelaksanaan tidak akan dilakukan. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Halimahtussadiah binti Salleh, Siti Aisah binti Mohamad & Ahmad Suhaizan bin Pandak (2019) mendapati bahawa kesediaan guru dalam membudayakan pembelajaran Flipped Classroom ataupun pembelajaran secara aktif ini adalah baik dan bersedia untuk melaksanakan dan seperti juga dapatan kajian Siti Hajar Halili & Sumathy A/P. Ramas (2019) menunjukkan penerimaan guru adalah dalam skor yang tinggi dan ini membuktikan bahawa pelaksanaan Flipped Classroom ini merupakan satu kaedah yang mudah serta menjadi fleksibel.

(17)

54

Manakala kajian yang melibatkan pelajar Mohammed Amin Embi, Supyan Hussin & Ebrahim Panah (2014) mendapati bahawa pelajar ijazah di UKM mempunyai tahap kesediaan yang baik dan bersedia untuk menggunakan pembelajaran berkaitan dengan Flipped Classroom. Ini adalah kerana didapati pelajar bukan sahaja mempunyai perkakasan yang sesuai untuk pembelajaran dalam talian dan kelas Flipped Classroom malah mereka bersedia untuk menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran Flipped Classroom. Namun berdasarkan dapatan kajian tersebut adalah disarankan sebelum sesuatu kaedah baharu diperkenalkan atau diimplementasikan adalah perlu diberikan pendedahan dan kursus yang berkaitan dilaksanakan terlebih dahulu bagi memperlengkap pengguna.

Pencapaian, Motivasi, Penglibatan, Kepuasan, Kebolehan, Gaya Pembelajaran & Interaksi

Nama Tahun Tajuk Dimensi

Siti Hamidah bin Mohamad Razali & Lilia Halim

2018 Tahap Kepuasan Guru Terhadap Pendekatan Flipped Classroom Menggunakan Frog-VLE dalam subjek Sains di Sekolah Menengah

Kepuasan Guru

Noraini Mohamed Noh, Norazilawati Abdullah, Wong Kung Teck & Mahizer Hamzah

2017 Keberkesanan Pendekatan Flipped Classroom dalam Pembelajaran Sains di Sekolah Rendah

Kepuasan dan Keseronokan

Noraini Binti Asirun@Hirun

2017 Student Engagement, Student Interactions and Quality of Use’ in Blended Learning using Flipped Classroom

Penglibatan dan Interaksi

Azlina Binti A.Rahman

2017 Kesan Kaedah Flipped Classroom Menerusi Pembelajaran

Berasaskan Projek Ke Atas Pencapaian dan Gaya Pembelajaran Pelajar Pencapaian & Gaya Pembelajaran Pelajar. Zamzami

Zainuddin & Siti Hajar Halili

2016 International Review of Research in open and Distributed Learning

Pencapaian, Motivasi, penglibatan, Interaksi Azlina A. Rahman et al.

2015 Emerging Project Based Learning in Flipped Classroom: Technology used to increase students

engagement

Kebolehan dan penglibatan

Siti Hajar Halili & Zamzami

Zainuddin

2015 Flipping the Classroom : What we know and what we don’t

(18)

55

Rozinah Jamaludin & Siti Zuraidah Md Osman

2014 The use of a Flipped Classroom to Enhance Engagement and promote active learning

Meningkatan penglibatan

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidikan luar negara mahupun dari Malaysia, memang sudah terbukti bahawa penggunaan kaedah Flipped Classroom ini memberikan kesan yang baik sama ada dari segi pencapaian prestasi murid, motivasi, penglibatan, interaksi, kepuasan, kebolehan pelajar dan juga gaya pembelajaran pelajar. Berdasarkan kajian SIti Hamidah bin Mohamad Razali & Lilia Halim (2018) mendapati kepuasan dan keseronokan guru terhadap pendekatan Flipped Classroom dalam pengajaran subjek sains di sekolah menengah menggunakan Frog-VLE. Berdasarkan Noraini Mohamed Noh, Norazilawati Abdullah, Wong Kung Teck & Mahizer Hamzah, (2017) kepuasan dan keseronokan pelajar terjadi apabila penggunaan Flipped Classroom digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Manakala peningkatan penglibatan pelajar untuk terlibat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran juga bertambah dan memberangsangkan. Ini dapat dibuktikan berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan oleh Noraini Asirun, 2017 dan Rozinah Jamaludin & Siti Zuraidah Md Osman, (2014). Di samping itu juga kebolehan pelajar juga berkembang bukan sahaja penglibatan pelajar sahaja (Azlina A.Rahman et al., 2015)

Dari segi pencapaian dan motivasi pelajar juga meningkat (Zamzami Zainuddin & Siti Hajar Halili, 2016, 2016). Gaya pembelajaran juga berkembang dan berubah, daripada yang hanya pasif dan hanya memusatkan kepada guru akan bertukar menjadi lebih aktif kerana pelajar akan lebih melakukan kerja-kerja kumpulan dan lebih memusatkan kepada pelajar. Dengan ini maka pencapaian dan gaya pembelajaran pelajar akan meningkat (Azlina A.Rahman, 2017).

Aktiviti Pelaksanaan Flipped Classroom

Nama Tahun Tajuk Dimensi

Shasitharan Raman Kutty, Vasanthan Gumsamy, Noor Banu Mahadir Naidu & Chandan Vengadasalam

2019 Penggunaan Schoology untuk Memerihalkan Isu dalam

Pendidikan Moral Menerusi Kelas Berbalik (Flipped Classroom)

Schoology

Danial Heryanto Zainal Abidin

2018 Penggunaan Aplikasi WhatsApp Dalam Kaedah Flipped Classroom untuk Peningkatan Akademik Bahasa Melayu Tahun Lima

WhatsApp

Zanariah Binti Ahmad

2017 Pembangunan Modul Pedagogi Kelas Berbalik Berasaskan Pembelajaran Reflektif untuk Politeknik Premier

Modul / Pembelajaran Reflektif

(19)

56

Azlina Binti A.Rahman

2017 Kesan Kaedah Flipped Classroom Menerusi Pembelajaran

Berasaskan Projek Ke Atas Pencapaian dan Gaya Pembelajaran Pelajar Pembelajaran Berasaskan Projek Jayanthi Mala Marimuthu

2016 The Flipped Classroom : The Response of TESL Teacher Trainees Using WhatsApp Videos in the Flipped Classroom

WhatsApp

Sazilah Salam, Norasiken Bakar, Halimatussaadiah Mohd Asarani & Siti Fadilah Mohamed Saki

2014 Designing an Interactive Book for Flipped Learning. Blended & Flipped Learning : Case Studies in Malaysia HEIs

Modul Pedagogi/ Interactive Book

Pelbagai jenis cara pengendalian penggunaan Flipped Classroom boleh dijalankan oleh pengguna khususnya guru atau pensyarah. Ditambah lagi dengan perkembangan teknologi yang makin berkembang di negara kita Malaysia ini, maka makin mudahlah pelaksanaan Flipped Classroom ini dilaksanakan. Berdasarkan sebahagian daripada kajian yang telah dijalankan oleh beberapa pengkaji di Malaysia seperti Shatitharan Raman Kutty et.al 2019; Danial Heryanto Zainal Abidin, 2018; Zanariah Ahmad, 2017; Azlina A.Rahman, 2017; Jayanthi Mala Marimuthu, 2016 dan Sazilah Salam et.al 2014 yang telah mengetengahkan kajian mereka menggunakan aplikasi WhatsApp, Shoology, Modul Pembelajaran Reflektif, Model Pembelajaran Berasaskan projek, Interactive Book yang digunakan untuk membantu pelaksanaan Flipped Classroom. Dan secara amnya berdasarkan dapatkan kajian mereka, didapati telah membantu pengajaran dan pembelajaran pelajar menjadi lebih mudah, seronok dan lebih aktif. Pelajar lebih terbuka, fleksibel dan keterlibatan pelajar akan lebih meningkat serta boleh diakses pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.

Analisis Kajian Luar Negara

Nama Tahun Tajuk Dimensi

Suwarna Rani Subramaniam & Balakrishnan Muniandy

2016 Concept and Characteristics of Flipped Classroom

Analisis

Zamzami

Zainuddin & Siti Hajar Halili

2016 International Review of Research in open and Distributed Learning

Analisis

Zamzami

Zainuddin & Siti Hajar Halili

2016 Flipped Classroom Research and Trends from Different Field of Study

(20)

57

Siti Hajar Halili & Zamzami

Zainuddin

2015 Flipping the Classroom : What we know and what we don’t

Analisis

Azlina A. Rahman, Zaleha Abdullah, Hasnah Mohamed, Baharuddin Aris & Norasykin Mohd Zaid

2015 Flipped Classroom: A New

Paradigm in Secondary Education

Analisis

Azlina A.Rahman, Baharuddin Aris, Hasnah Mohamed, Norasykin Mohd Zaid & Zaleha Abdullah

2014 Flipped Classroom dalam Konteks Malaysia

Analisis

Azlina A.Rahman, Baharuddin Aris, Hasnah Mohamed & Norasykin Mohd Zaid

2014 The Influences of Flipped Classroom: A Meta Analysis

Analisis

Kajian-kajian yang telah dilakukan (Suwarna Subramaniam & Balakarishnan Muniandy, 2016; Zamzami Zamzami Zainuddin & Siti Hajar Halili, 2016,2015; Azlina A.Rahman, Zaleha Abdullah, Hasnah Mohamed, Baharuddin Aris & Norasykin Mohd Zaid, 2015, 2014) merupakan kajian yang melihat kepada kajian-kajian lepas daripada negera luar dengan melihat tentang konsep, ciri-ciri, keberkesanan, pengaruh terhadap pengajaran dan pembelajaran di Malaysia berdasarkan dapatan kajian lepas.

Ini adalah sesuatu yang penting sebagai panduan dan rujukkan Malaysia dalam melihat kepentingan pelaksanaan kaedah ini di dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dengan melihat kepada keberkesanan dan kelebihan kaedah Flipped Classroom adalah menjadi kemestian bahawa kaedah ini harus dipertimbangkan dan diambil tindakan oleh pelbagai pihak yang berkaitan dengan dasar pendidikan demi kelangsungan dan mutu pendidikan kita.

KESIMPULAN

Berdasarkan daripada sebahagian analisis kertas-kertas kajian yang dipilih secara rawak yang dilakukan di Malaysia dari tahun 2014-2019 dapat dikatakan bahawa pendekatan ini memang membawa kebaikan dan memberi kesan yang baik terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah, kolej dan juga universiti. Penggunaan teknik Flipped Classroom ini dapat menjana pemikiran yang kreatif dan juga dapat mengembangkan kecerdasan murid dalam pembelajaran. Ini juga dipersetujui oleh Freeman & Schiller (2013) dan Miller (2012) bahawa Flipped Classroom membawa kesan yang baik di mana murid mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjalankan pembelajaran sendiri di rumah. Ini adalah kerana teknik Flipped Classroom adalah berpusatkan murid. Murid dapat

(21)

58

meneguhkan pengalaman pembelajaran melalui teknik ini di luar bilik darjah dan ini akhirnya membantu murid untuk menjiwai kerja-kerja mengarang mereka.

Murid diharap dapat menterjemah segala idea dan gambaran tentang apa-apa yang mereka ingin tulis berdasarkan kepada bahan-bahan yang mereka cari dan peroleh di luar bilik darjah. Seiring dengan pandangan Luis Tirtasanjaya dkk (2012) menyatakan bahawa pelaksanaan model Flipped Classroom dalam lingkungan pembelajaran membolehkan murid menjelajahi ruang lingkup ilmu yang lebih luas namun berfokus. Namun masalah yang dihadapi oleh pengkaji semasa menjalankan kajian ini adalah, data yang diperoleh hanya melihat pandangan guru terhadap penggunaan teknik Flipped Classroom dan tidak mengkaji tentang hasil penulisan murid.

Oleh yang demikian pengkaji mencadangkan supaya kajian selanjutnya dijalankan khusus untuk mengkaji impak penggunaan teknik Flipped Classroom terhadap hasil penulisan karangan murid. Menurut Azlina A.Rahman (2014) pelaksanaan kaedah pedagogi yang baru seperti teknik Flipped Classroom ini memerlukan panduan ringkas terhadap prosedur pelaksanaannya kepada murid, tambahnya lagi adalah kerana teknik ini sangat berbeza berbanding kaedah konvensional sedia ada dan maklumat yang diberikan sebelum pelaksanaan membantu murid bersedia untuk menerima sesuatu yang baru.

RUJUKAN

A Rahman, Azlina & Abdullah, Zaleha & Mohamed, Hasnah & Zaid, Norasykin & Aris,

Baharuddin. (2014). Flipped Classroom: Reviving Cognitive Development among School Students. 37(1), 51-55

Ab Halim A. Hamid & Aliza Alias. (2017). Pengetahuan Guru tentang Pengajaran Tulisan Tangan Murid

Amy Roehl & Shweta Linga. (2013). The Flipped Classroom: An Opportunity to Engage Millennial Students

Azlina A.Rahman, Baharuddin Aris, Hasnah Mohamed, Norasykin Mohad Zaid & Zaleha (2014).Flipped Classroom Dalam Konteks Malaysia. Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 Ogos 2014.

Barker, W. (2000). The “Classroom Flip”: Using Web Course Management Tools Too Become The Guide By

Dean N. Shumamoto. (2012). Implementing a Flipped Classroom: An Instructional Module. Fulton, K.P. (2012). 10 reasons to flip. The Phi Delta Kappan of Journal Storage (JSTOR), 94(2),

20-24 Flipped Classroom.

Halili, S., & Ramas, S. (2019). PENERIMAAN GURU SEKOLAH RENDAH TERHADAP PENDEKATAN KELAS BERBALIK DALAM MATA PELAJARAN BAHASA TAMIL. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 7(2), 10-17. Retrieved from

https://juku.um.edu.my/article/view/18038

Jamaludin, Rozinah & Md Osman, Siti Zuraidah & md Osman, Siti. (2014). The Use of a Flipped Classroom to Enhance Engagement and Promote Active Learning. 5.

Johnson, Graham Brent. (2013). Student Perceptions of the Flipped Classroom. Columbia. The University of British Columbia

(22)

59

Kaviza, M. (2019). Implementing the Flipped Classroom approach with a Peer Instruction

technique in secondary school: Student perception of historical learning. Proceeding of The ICECR, 3. https://doi.org/10.21070/icecrs2019349

Kaviza, M. (2019). Kesan Kaedah Flipped Classrom Dengan Teknik Peer Instruction Terhadap Kemahiran Berfikir Kritis. E-Bangi Journal. 16(5), 1-12

Kaviza, M. (2019). Persepsi Penerimaan Murid Terhadap Pelaksanaan Model Flipped Classroom Peer Instruction dalam Mata Pelajaran Sejarah. Malaysian Online Journal. Vol 3(2), 39-47 Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajarn

Malaysia (SPM). Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kuala Lumpur

Lage, M.J, Platt, G. J..& Tregila, M. (2000). Inverting the classroom: A gateway to creating an inclusive Kingdergarten Teachers. Tesis Ph.D, Education, Capella University.

Lila Salleh & Norainika Murni Dol Karim. (2016). Membina Kemahiran Pembelajaran Kendiri Melalui Teknik Learning environment. The Journal of Economic Education, 31(1), 30-43. Lius Tirtasanjaya dkk. (2012). Assessing the Effectiveness of Flipped Classroom Pedagogy in

Promoting

Lowell. J. Et al..(2013). The Flipped Classroom: A Survey of the Research.

Mack, F.L. (2012). A Voyage in Emergent Writing: Case Study of Writing Instructional Practices of Two

Mohamed Amin Embi & Ebrahim Panah (2014). Overview of Flipped Learning. Centre For Teaching & Learning Technologies. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamed Amin Embi, Supyan Hussin & Ebrahim Panah. (2014). Flipped Learning readiness among graduate and postgraduate students in UKM. In Mohamed Amin Embi (Ed.), Blended & flipped learning: Case studies in Malaysian HEIs. (pp. 311-315), Centre for Teaching & Learning Technologies, Universiti Kebangsaan Malaysia & Department of Higher Education, Ministry of Education Malaysia.

Mohamed Noh, N., Abdullah, N., Kung Teck, W., & Hamzah, M. (2019). THE EFFECTIVENESS OF FLIPPED CLASSROOM APPROACH IN LEARNING SCIENCE IN PRIMARY SCHOOL (106-118). Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 7(2), 1006-118. Retrieved from http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2186

Mohd Zairi Husain, Muhammad Furqan Abd Manan. (2016). Penggunaan Teknik Flipped Classroom dalam Pengajaran Pembelajaran Pendidikan Jasmani

Saiful Nazri Nordin & Azlin Norhaini Mansor. (2016). Flipped Learning: Kajian Persepsi Pelajar terhadap Pembelajaran Abad ke 21.

Sazilah Salam, Norasiken Bakar, Halimatussaadiah Mohd Asarani & Siti Nor Fadilah Mohamed Saki (2014). Designing an Interactive Book for Flipped Learning. Blended & Flipped Learning: Case Studies in Malaysia HEIs

Siegle, D. (2013). Technology: Differentiating Instruction by Flipping the Classroom. Gifted Child Today,

Siti Hajar Halili & Zamzami Zainuddin. (2015). Flipping The Classroom: What We Know and What We Don’t. The Online Journal of Distance and e-Learning. Volume 3, Issue 1. Siti Zuraidah Md Osman & Rozinah Jamaludin & Wan Mustaffa Wan Yusoff & Nur Farrah Azwa

Jasni, 2016. : FLIPPED: A Case Study in Fundamental of Accounting in Malaysian Polytechnic’, Journal of Education and e-Learning Research, Asian Online Journal Publishing Group, vol. 391), pages 23-31

(23)

60

Ting, Voon & Zaharudin, Rozniza. (2016). A Review of Flipped Classroom: An Approach to Develop Higher Order Thinking Skills. through Active Learning Stategies. The Side. Paper presented at 11th International Conference on College Teaching and Learning, Jacksonville, FL. Students’ Learning Experience.

Wahindah Suhari, Wan Alfida Suleiman & Zuraidah Saidin. (2015). Flipped Classroom dalam Pengajaran Karangan. Seminar Bahasa Melayu. 77-85

Yap.L., & Yasin, R. M. (2019). Keberkesanan Modul Flipped Classroom terhadap Pencapaian Bahasa Jerman dan Keterlibatan Pelajar. Journal of Humanities, Philosophy and Language, 2(8), 249-265. DOI:10.3563/ijhpl.280019

Zaid Alsagoff, Baloch, H., & Norhasliza Hashim. (2014). Flipping large lectures @ IMU. In Mohamed Amin Embi (Ed.), Blended & flipped learning: Case studies in Malaysia HEIs. (pp.255-274). Centre for Teaching & Learning Technologies, Universiti Kebangsaan Malaysia & Department of Higher Education, Ministry of Education Malaysia.

Zamzami Zainuddin & Siti Hajar Halili (2016). Flipped Classroom Research and Trends from Different Fields of Study. The International Review of Research on Open and Distributed Learning (IRRODL), 17(3), 313-340.

Referensi

Dokumen terkait

Dapatan ini disokong kajian yang dijalankan oleh Nor Azliza bt Shariff yang bertajuk “Persepsi Pelajar Terhadap Kewajipan Menutup Aurat : Satu kajian ke atas pelajar Aliran Teknikal

Hasil kajian mendapati bahawa tahap pemikiran politik mahasiswa terhadap Pilihan Raya Kampus di Universiti Malaya keseluruhannya berada di.. tahap

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan kata sendi nama bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia.. berada pada tahap memuaskan, iaitu dengan

Dengan sebab itu dapatan kajian ini mendapati pelajar sekolah menengah yang mempunyai potensi dan ciri-eiri serta sikap yang tinggi perlu dipupuk untuk mewujudkan kesedaran

Dapatan kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jenis tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah.. Walaupun

Dapatan kajian ini selari dengan kajian Koh (2012) yang mendapati bahawa motivasi pelajar Pendidikan Moral berada pada tahap yang sederhana kerana pelajar lebih

Dapatan kajian yang mendapati bahawa perfeksionisme mempunyai hubungan dengan kesejahteraan psikologi ini disokong oleh kajian lepas yang dilakukan oleh Chang (2006),

Hasil dapatan kajian juga mendapati bahawa majoriti responden bersetuju dan sedar akan kepentingan penggunaan bahasa Inggeris hari ini dan faktor pengajaran pensyarah memainkan