• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

 

PENCAPAIAN BIOLOGI DAN BAHASA INGGERIS PERINGKAT SIJIL PELAJARAN MALAYSIA :  KESAN KE ATAS KEPUTUSAN BIOLOGI (FQAH0113 DAN FQAH0114) DI PASUM 

 

Kamariah, H., Nor Azlina, A. A., Mahanom, J. dan Hashida, N. H. 

Bahagian Biologi, Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya, 50603, Kuala Lumpur 

k_haron@um.edu.my

ABSTRAK

Kajian ini telah dijalankan keatas 74 orang pelajar Asasi Sains Hayat sesi 2006/2007 Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM). Pelajar-pelajar ini diambil daripada 4 kumpulan tutoran yang dipilih secara rawak. Kajian dijalankan bertujuan untuk melihat perkaitan antara keputusan Biologi dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan pencapaian Biologi di PASUM. Keputusan Biologi dan Bahasa Inggeris pelajar di peringkat SPM dibandingkan dengan keputusan Biologi Semester II di PASUM. Hasil kajian mendapati bahawa daripada 46 orang pelajar yang mendapat gred A Biologi di peringkat SPM, 47% memperolehi gred A bagi kursus FQAH0113 dan 53% mendapat gred A bagi kursus FQAH0114. Manakala daripada 48 orang pelajar yang mendapat gred A dalam Bahasa Inggeris pada peringkat SPM, 50% mendapat gred A bagi kursus FQAH0113 dan 49% mendapat gred A bagi kursus FQAH0114. Kajian juga menunjukkan bahawa daripada 37 orang pelajar yang mendapat gred A bagi kedua-dua Biologi dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM, 68% mendapat gred A bagi kursus FQAH0113 dan 64% mendapat gred A bagi kursus FQAH0114. Hasil kajian menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara keputusan Biologi SPM dengan pencapaian Biologi (kursus FQAH0113 dan FQAH0114) di PASUM. Pelajar yang cemerlang dalam Biologi SPM menunjukkan pencapaian yang baik dalam Biologi di PASUM. Hubungan positif yang signifikan juga ditunjukkan antara keputusan yang baik bagi kedua-dua Biologi dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM dengan pencapaian Biologi di PASUM. Hasil dari kajian ini mendapati bahawa kumpulan pelajar yang cemerlang dalam kedua-dua Biologi dan Bahasa Inggeris menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam Biologi di PASUM berbanding pelajar yang hanya cemerlang di dalam salah satu matapelajaran sahaja. Kesimpulannya, pelajar-pelajar yang mempunyai asas Biologi dan Bahasa Inggeris yang kukuh di peringkat sekolah menengah akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam Biologi di PASUM.

PENGENALAN

Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua di Malaysia. Di dalam system pendidikan, Bahasa Inggeris mula di ajar tahun satu di sekolah rendah di Malaysia. Walaubagaimanapun, penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan rakyat Malaysia masih rendah. Sasaran menjadikan Malaysia sebuah Negara maju menjelang 2020 memerlukan suatu persediaan yang terperinci bagi menghadapi cabaran Selain dari itu globalisasi juga menyebabkan kita melakukan langkah- langkah tertentu bagi menyediakan rakyat Malaysia menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang. ntuk mencapai wawasan 2020, masyarakjat Malaysia perlu maju dan menguasai bidang Sains dan Teknologi. Salah satu cabaran yang akan timbul adalah masalah penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan warga Malaysia. Oleh itu kerajaan telah merangka satu pelan tindakan yang positif untuk mengatasi masalah tersebut dengan mewajibkankan pengajaran matapelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris bermula pada tahun 2003. Ini dilaksanakan dengan harapan bahawa pelajar terpaksa mempelajari Bahasa Inggeris dengan bersungguh-sungguh supaya mereka mahir dalam bahasa tersebut bagi memudahkan pembelajaran sains dan matematik. Semenjak itu, penggunaan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains telah menjadi salah satu isu pendidikan yang hebat diperkatakan. Banyak kajian telah dijalankan untuk melihat kesan pengajaran sains dan matematik di dalam Bahasa Inggeris.

(2)

 

Menurut Maznah dan Zuridah (2003), matapelajaran sains adalah subjek yang abstrak, padat dengan fakta yang rumit, teori serta konsep ynag memerlukan tahap kognisi yang tinggi dikalangan pelajar. Ini disokong oleh Krashen dan Biber (1987) bahawa mempelajari subjek sains adalah berbeza daripada subjek yang lain kerana sains mempounyai ciri-ciri istimewa dimana penggunaan bahasa dalam sains adalah berdasarkan bahasa saintifik. Ini ditambahkan lagi dengan latarbelakang sebahagian para pelajar kita dimana bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua, dengan ini menambahkan lagi kerisauan pembelajaran subjek Sains dalam Bahasa tersebut. Kamariah et al., (2007) menyatakan bahawa penguasaan Bahasa Inggeris yang kurang memuaskan boleh menjejaskan prestasi pelajar terutamanya motivasi mereka untuk belajar. Ini merupakan satu cabaran bagi para pelajar yang telah mempelajari subjek Sains dalam Bahasa Melayu semasa di peringkat sekolah menengah. Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mengenalpasti samada Bahasa Inggeris mempengaruhi pencapaian Biologi peringkat Pra- Universiti di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM).

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk :

i. Mengenalpasti samada asas Biologi yang kukuh di peringkat sekolah menengah penting untuk mendapat keputusan Biologi yang cemerlang di PASUM.

ii. Mengenalpasti samada Bahasa Inggeris yang kukuh di peringkat sekolah menengah penting untuk mendapat keputusan Biologi yang cemerlang di PASUM.

iii. Mengenalpasti samada kombinasi asas Biologi dan Bahasa Inggeris yang kukuh di peringkat sekolah menengah penting untuk mendapat keputusan Biologi yang cemerlang di PASUM.

PERLAKSANAAN KAJIAN

Seramai 74 orang pelajar daripada 4 kelas tutoran terlibat sebagai responden. Kajian ini dijalankan secara 2 bahagian iaitu :

i. kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada para pelajar selepas kelas tutoran.

ii. Menyemak borang peribadi daripada penasihat setiap kumpulan tutoran untuk melihat pencapaian responden dalam matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

Secara khususnya pendekatan yang digunakan di dalam kajian adalah secara kuantitatif. Data berkenaan dimasukkan ke dalam sistem data program Statistical Programme for Social Science SPSS. Pakej Komputer perisian SPSS versi 10.0 digunakan bagi menganalisis data di mana kaedah statistik deskriptif digunakan bagi menunjukkan kekuatan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji. Korelasi Pearson, r digunakan untuk melihat hubungan penguasaan Bahasa Inggeris dengan tahap taakulan saintifik responden.

(3)

 

3.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN Rajah 1: Peratusan Pencapaian Biologi 

(FQAH0113) melawan Biologi SPM 

Rajah 2: Peratusan Pencapaian Biologi  (FQAH0114) melawan Biologi SPM 

Rajah 3 : Peratusan Pencapaian Biologi  (FQAH0113) melawan B.Inggeris SPM 

Rajah 4 : Peratusan Pencapaian Biologi  (FQAH0114) melawan B.Inggeris SPM 

Rajah 5 : Peratusan Pencapaian Biologi (FQAH0113)  melawan Biologi dan B.Inggeris SPM 

Rajah 6 : Peratusan Pencapaian Biologi (FQAH0114)  melawan Biologi dan B.Inggeris SPM 

Petunjuk : 

K1 : Biologi A, B.Inggeris A  K2 : Biologi A, B.Inggeris B 

Peratusan Pencapaian Biologi (FQAH0114) melawan Biologi SPM

0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

A Biologi SPM B

Peratusan Biologi FQAH0114

A B C

 

Peratusan Pencapaian Biologi (FQAH0113) melawan Biologi SPM

0%

5%

10%

15%

20%

25%

30%

35%

40%

45%

50%

A B

Biologi SPM

Peratusan Biologi FQAH0113

A B C

 

Peratusan Pencapaian Biologi FQAH0113 melawan Biologi dan Bahasa Inggeris SPM

0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

70%

80%

K1 K2 K3

Biologi da n Ba ha sa Ingge ris SPM

Peratusan FQAH0113

A B C

 

Peratusan Pencapaian Biologi (FQAH0113) melawan Bahasa Inggeris SPM

0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

A B C

Bahasa Inggeris SPM

Peratusan Biologi FQAH0113

A B C

 

Peratus Pencapaian Biologi (FQAH0114) melawan Bahasa Inggeris SPM

0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

A B C

Bahasa Inggeris SPM

Peratusan Biologi FQAH0114

A B C

 

Peratusan Pencapaian Biologi FQAH0114 melawan Biologi dan Bahasa Inggeris SPM

0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

70%

K1 K2 K3

Biologi dan Ba hasa Inggeris SPM

Peratusan FQAH0114

A B C

 

(4)

 

Merujuk kepada Rajah 1 dan 2, daripada 46 orang pelajar yang mendapat gred A dalam Biologi pada peringkat SPM, 47% berjaya memperoleh gred A bagi kursus FQAH0113 dan 53% meraih gred A bagi kursus FQAH0114. Ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat korelasi antara pencapaian Biologi pada peringkat SPM dengan kedua-dua kursus Biologi di PASUM (r = 0.312, p = 0.00 bagi FQAH0113 dan r = 0.399, p = 0.024 bagi FQAH0114). Daripada dapatan ini, boleh dikatakan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Biologi pada peringkat SPM adalah mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk mencapai kejayaan cemerlang bagi Biologi di PASUM.

Seterusnya, analisis mendapati daripada 48 orang pelajar yang mendapat gred A dalam Bahasa Inggeris pada peringkat SPM, 50% mendapat gred A bagi kursus FQAH0113 dan 49% meraih gred A bagi kursus FQAH0114. Tiada korelasi ditunjukkan antara pencapaian Bahasa Inggeris pada peringkat SPM dengan kedua-dua kursus Biologi di PASUM dengan nilai r = 0.162 (p = 0.04) bagi kursus FQAH0113 dan r = 0.022 (p = 0.058) bagi kursus FQAH0114.

Secara perbandingan, pelajar yang cemerlang dalam Biologi di peringkat SPM lebih cenderung untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek Biologi di PASUM berbanding pelajar yang cemerlang dalam subjek Bahasa Inggeris di peringkat SPM. Ini menunjukkan bahawa asas Biologi yang kukuh di peringkat SPM di kalangan pelajar memungkinkan mereka mencapai keputusan baik bagi subjek Biologi di PASUM. Dapatan ini sepadan dengan laporan Dunkin dan Biddle (1974) yang mengatakan bahawa faktor latar belakang pelajar seperti pengetahuan dan kemahiran terdahulu adalah antara faktor yang memberi kesan terhadap pencapaian pelajar.

Adnan Kamis (1986) pula melaporkan bahawa minat merupakan satu faktor penting dalam mempelajari suatu matapelajaran seterusnya mencapai kecemerlangan dalam matapelajaran tersebut.

Bermula dari sesi pengajian 2004/2005, pengajaran dan pembelajaran di PASUM dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Walau bagaimanapun, soalan peperiksaan disediakan dalam dwi bahasa dan pelajar diberi pilihan sama ada untuk menjawab soalan peperiksaan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.. Daripada dapatan kajian, ditunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar menjawab dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Sebilangan kecil pelajar menjawab sebahagian soalan dalam Bahasa Melayu dan sebahagian lagi di dalam Bahasa Inggeris. Terdapat sebilangan kecil yang menjawab dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.

Ini memberi peluang kepada pelajar yang kurang cemerlang dalam Bahasa Inggeris tetapi cemerlang dalam Biologi di peringkat SPM mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek Biologi di PASUM. Keadaan ini ditunjukkan oleh pelajar yang mendapat C5 dalam Bahasa Inggeris di peringkat SPM berjaya memperoleh gred A bagi subjek Biologi di PASUM.

Dapatan kajian ini didapati menyokong keputusan kajian ke atas kumpulan pelajar yang sama dijalankan pada Semester 1 (Kamariah et.al., 2007) di mana pelajar yang mempunyai asas Biologi yang kukuh pada peringkat SPM meningkatkan kemungkinan untuk mereka mendapat keputusan Biologi yang cemerlang di PASUM dan pencapaian yang cemerlang dalam Bahasa Inggeris pada peringkat SPM merupakan satu nilai tambah (added value). Namun pada Semester 2, dapatan kajian menunjukkan bahawa Bahasa Inggeris tidak lagi menjadi faktor penyumbang dalam menentukan kecemerlangan dalam Biologi

Secara perbandingan, keputusan Biologi di PASUM bagi Semester 2 didapati lebih baik daripada pencapaian Biologi di Semester 1. Ini mungkin disebabkan oleh faktor lain seperti penyesuaian diri dengan cara pengajaran dan pembelajaran di PASUM, sesuai dengan laporan oleh Izlina et.

al. (2007). Walau bagaimanapun, kajian lanjut perlu dijalankan untuk menentukan hubungan antara faktor penyesuaian diri dengan keputusan Biologi di PASUM.

(5)

 

KESIMPULAN

Bahasa Inggeris yang cemerlang bukan faktor yang penting bagi pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam Biologi di peringkat pra universiti khasnya di PASUM.

RUJUKAN

Adnan Kamis. (1986). Pertalian sikap pelajar dan perkaitannya dengan pencapaian akademik.

Jurnal Pendidikan. 10 & 11. 17 – 30.

Dunkin, M. & Biddle, B. (1974). The Study of teaching. Austin, TX: Holt, Rinehart and Winston.

Izlina Supa’at, Norazlin Zainal, Nor Azlina Abd Aziz, Noor Hashida Hashim dan Asma Ahmad Shariff. (2007). Pencapaian Pelajar di PASUM: Apakah faktor penyumbang? Seminar Pendidikan Pra Universiti/Matrikulasi. 136 – 140.

Kamariah, H., Nor Azlina, A. A., Mahanom, J. dan Hashida, N. H. (2007). Hubungkait antara pencapaian Biologi dan Bahasa Inggeris peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan keputusan Biologi di PASUM. Seminar Pendidikan Pra Universiti/Matrikulasi. 131 – 135.

Maznah dan Zuridah (2003). Siri Pendidikan Sains. PTS

Krashen, S & Biber, D. (1987). Bilingual education in California, Sacramento: California Association for Bilingual Education.

Referensi

Dokumen terkait

Oleh itu, rasional kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pengetahuan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar terhadap mata pelajaran Pendidikan

Dapatan ini disokong kajian yang dijalankan oleh Nor Azliza bt Shariff yang bertajuk “Persepsi Pelajar Terhadap Kewajipan Menutup Aurat : Satu kajian ke atas pelajar Aliran Teknikal

Ekoran daripada itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti bentuk gaya pembelajaran yang menjadi keutamaan kepada pelajar-pelajar Tahun 4 Fakulti

Kajian ini hanya dijalankan di daerah Hulu Langat dan hasil yang didapati menunjukkan bahawa kumpulan guru-guru ini sudah bersedia untuk menggunakan teknologi maklumat dalam

Sebagai rumusan, dapatan kajian dapat membentuk model Minat kerjaya STEM yang tepat bagi memenuhi keperluan pembelajaran dalam kalangan pelajar aliran sains di Malaysia dengan

Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti adakah terdapat perbezaan tahap kecerdasan matematik-logik dalam kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik

Dapatan kajian ini menyokong hasil kajian yang dilakukan oleh Azhar Bin Rezali (2007:65) dalam kajiannya yang bertajuk "Faktorfaktor yang Mempengaruhi Pemilihan

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap minat pelajar terhadap matematik dan faktor penguasaan kefahaman konsep di kalangan pelajar Fakulti