• Tidak ada hasil yang ditemukan

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Peringkat Menengah Rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)Naim Lilbanat, Kota Bharu Kelantan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab dalam Kalangan Pelajar Peringkat Menengah Rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)Naim Lilbanat, Kota Bharu Kelantan"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

1

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MOTIVASI TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR PERINGKAT

MENENGAH RENDAH DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) NAIM LILBANAT, KOTA BHARU KELANTAN

Abdul Hakim Abdullah,1 Ab. Aziz Sulaiman,2 Wan Ismail Wan Abdullah,3 Hafisah Zakaria,4

abaziz@unisza.edu.my 1,2,3,4

Universiti Sultan Zainal Abidin

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang membentuk motivasi terhadap pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan. Bagi mencapai tujuan tersebut, empat objektif telah digariskan iaitumengenalpasti tahap pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Bahasa Arab, mengenalpasti tahap minat pelajarterhadap mata pelajaran Bahasa Arab, mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi motivasipelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Arab dan menguji pengaruh tahap motivasi terhadap pencapaian Bahasa Arab pelajar. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan soalselidik sebagai alat pengumpulan data. Responden yang terlibat seramai 93 orang pelajar peringkat menengah rendah di SMKA Naim Lilbanat. Kajian ini mendapati 88 orang (94.6%) responden mempunyai pencapaian yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Kajian ini juga mendapati 78 orang (83.9%) responden mempunyai tahap minat yang baik terhadap mata pelajaran Bahasa Arab. Lima faktor yang paling mempengaruhi motivasi pelajar secara turutan ialah:sikap terhadap Bahasa Arab yang dianggap penting, persekitaran bahasa Arab, sikap terhadap Bahasa Arab yang dianggap mudah dipelajari dan difahami, kesedaran diri dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Ujian korelasi Pearson memperlihatkan wujud hubungan positif yang signifikan pada kadar sederhana antara tahap motivasi dan pencapaian Bahasa Arab dalam kalangan pelajar peringkat menengah rendah di SMKA Naim Lilbanat. Kajian mencadangkan agar para penggubal dan pelaksana kurikulum Bahasa Arab memberikan tumpuan utama terhadap mewujudkan rasa bersemangat (passion) menerusi pemupukan sikap-sikap positif terhadap bahasa Arab bagi mempertingkatkan pencapaian para pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab. Aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh para pelajar peringkat menengah rendah di SMKA Naim Lilbanat boleh diteliti dan dijadikan contoh untuk memupuk motivasi yang tinggi dalam kalangan para pelajar bahasa Arab.

Kata Kunci: Faktor, Motivasi, Pencapaian Pelajar,Pembelajaran Bahasa Arab, Sikap Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014

disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti

Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, Unisza • ISBN 978-967-5478-78-9

(2)

2

PENGENALAN

Isu-isu yang berkaitan dengan motivasi dalam pembelajaran bahasa kedua mula mendapat perhatian para pengkaji pada tahun 1990-an. Berlaku banyak perbincangan dan perdebatan para sarjana mengenai motivasi dalam menguasai bahasa kedua (lihat Crookes & Schmidt 1991, Ames 1992, Dornyei 1994, Gardner & Tremblay 1994, Oxford 1994, Oxford & Shearin 1994, Dornyei 1998, Lightbown 1999). Walau bagaimanapun, masing-masing mengakui bahawa motivasi memainkan peranan yang amat penting dalam menjamin kejayaan menguasai bahasa kedua.

Motivasi ditakrifkan sebagai dorongan untuk mewujudkan tindakan serta mengekalkan niat bagi mencapai matlamat yang diingini(Ames &Ames1989). Ia merupakan satu elemen utama yang menentukan sejauh mana penglibatan peribadi, keaktifan, dan kejayaan dalam menguasai bahasa kedua (Oxford &Shearin 1994).Banyak hasil kajian mendapati elemen motivasi memberi sumbangan yang besar kepada pencapaian pelajar dalam pembelajaran bahasa kedua (Lightbown & Spada 1999). Misnan Jemali (1999) mendapati wujudnya hubungan yang signifikan antara motivasi dengan pencapaian pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab komunikasi. Nik Mohd Rahimi et. al. (2009) mengakui bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi dengan pencapaian pelajar dalam pembelajaran lisan bahasa Arab. Kajian Siti Sukainah et. al. (2014) merumuskan bahawa sikap yang positif, motivasi dan usaha menguasai bahasa sasaran merupakan elemen-elemen penting yang menentukan kejayaan pelajar bahasa. Justeru, adalah sangat penting bagi kita mengetahui dengan jelas faktor-faktor yang membentuk motivasi.

Setiap individu yang terlibat dalam pengajaran-pembelajaran bahasa kedua sama ada sebagai penggubal kurikulum, pelaksana atau penuntut perlu meneliti dan mengambilkira faktor-faktor yang sangat mempengaruhi motivasi. Motivasi terbentuk sebagai satu entiti hasil daripada pelbagai faktor (multi factorial) dan tahapnya boleh berubah dari semasa ke semasa. Noels (2002) membahagikan faktor-faktor yang membentuk motivasi kepada dua kategori iaitu yang pertama ialah orientasi dalaman (instrinsic orientations) yang merujuk kepada kepuasan dan rasa seronok samada kerana pengembangan ilmu pengetahuan, pencapaian diri atau memperoleh pengalaman yang mengembirakan. Kedua ialah orientasi luaran (extrinsic orientations) yang berlaku disebabkan pulangan luaran seperti mendapat ijazah, pekerjaan, hadiah dan sebagainya.Ellis (1985), Julkunen (1989) dan Dornyei (1994) menegaskan bahawa aktiviti-aktiviti pembelajaran, bahan pengajaran dan tugasan individu boleh mempengaruhi motivasi pelajar terhadap bahasa kedua. Oxford and Shearin (1994) pula menyenaraikan enam faktor yang memberi impak besar terhadap pembentukan motivasi iaitu sikap terhadap bahasa sasaran, kepercayaan diri, matlamat, penglibatan, persekitaran dan atribut diri. Abbas Pourhosein Gilakjani et. al. (2012) menyifatkan bahawa faktor yang paling utama dalam pembentukan motivasi ialah rasa bersemangat (passion).Lima usaha awal yang boleh dilakukan bagi menyuburkan motivasi awal pelajar merangkumi: memperkemaskan sikap para pelajar terhadap bahasa sasaran, mempertingkatkan jangkaan kejayaan mereka, mempertingkatkan matlamat mereka, menjadikan bahan pembelajaran berkaitan dengan mereka dan membentuk kepercayaan mereka yang realistik (Pourhosein Gilakjani et. al. 2012). Satu petunjuk yang amat berguna kepada kita ialah hasil kajian Kaseh Abu Bakar et. al. (2010) yang mendapati motif agama Islam merupakan satu faktor yang kuat dalam mempertingkatkan motivasi pembelajaran bahasa Arab.

(3)

3

PERMASALAHAN KAJIAN

Penguasaan dan pencapaian pembelajaran bahasa Arab di Malaysia secara keseluruhannya belum memuaskan dan masih tidak mencapai matlamat yang disasarkan.Terdapat banyak rungutan sejak dahulu lagi tentang kelemahan pelajar dalam menguasai bahasa Arab (lihat Osman Khalid 1993, Ab. Rahim Haji Ismail 1994, Siti Saudah Hassan 1994, Azlan Abd Rahman 2007, Asar Abdul Karim 2008, Zamri Arifin et. al. 2014).

Terdapat pandangan yang mengaitkan fenomena ini dengan tahap motivasi pelajar. Siti Saudah Hassan (1994) menyatakan bahawa masalah yang mempengaruhi kelemahan penguasaan bahasa Arab ialah suasana bahasa yang tidak memotivasikan pelajar. Bahasa Arab tidak mempunyai suasana yang baik memandangkan bahasa Arab ini tidak dapat digunakan dengan aktif dalam komunikasi harian serta dianggap sukar dipelajari. Sofian Muhammad dan Zainal Abidin Abd. Kadir (1986) pula mengaitkan kelemahan para pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab disebabkan oleh motivasi yang rendah sehingga mereka menganggap bahasa Arab adalah satu mata pelajaran yang sukar. Osman Khalid (1993) menyatakan bahawa ramai pelajar bahasa Arab kurang berminat dan berusaha disebabkan oleh tahap motivasi mereka yang lemah, sehingga tidak ramai pelajar yang mengambil kesempatan untuk memanfaatkan berbagai kemudahan yang disediakan untuk mempelajari bahasa Arab seperti makmal bahasa, filem, majalah, akhbar dan terbitan berkala dalam bahasa Arab. Zamri Ariffin et. al. (2014) menegaskan bahawa satu faktor utama yang menjadikan ramai pelajar ketinggalan atau gagal dalam pembelajaran bahasa Arab di Malaysia ialah sikap mereka terhadap bahasa Arab itu sendiri. Peratusan penggunaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar sama ada di dalam atau di luar bilik darjah adalah terlalu kurang. Ini memperlihatkan bahawa motivasi dan budaya penggunaan terhadap bahasa Arab dalam kalangan para pelajar adalah rendah (Abd. Halim Mohammad dan Wan Mohammad Wan Sulong 2006).

Memandangkan kelemahan bahasa Arab dan kemerosotan tahap motivasi pelajar, Noriati A. Rashid et al. (2009) mencadangkan supaya guru mestilah selalu berinteraksi dengan para pelajar dengan menggunakan bahasa Arab, mempraktikkan teknik pengajaran yang menarik dan menggunakan pelbagai bahan pembelajaran. Abdul Hakim Abdullah (2008) mencadangkan supaya kandungan pelajaran, bahan pembelajaran, kaedah pengajaran dan bahan penilaian diperkemaskan supaya masalah motivasi dan penggunaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar dapat diatasi. Nienke Vos et. al. (2011) menyatakan bahawa usaha membentuk permainan (game) yang baharu boleh mempertingkatkan motivasi dan pembelajaran yang teliti (deep learning) dalam kalangan para pelajar. Saranan ini turut dipersetujui oleh kajian Muhammad Sabri Sahrir & Nor Aziah Alias (2011) yang mencadangkan supaya permainan bahasa Arab secara online perlu diperkasakan setelah mendapati rata-rata pelajar bersetuju bahawa permainan bahasa Arab secara online mampu mempertingkatkan sikap, motivasi dan pencapaian mereka dalam pembelajaran bahasa Arab. Kajian Salasiah Hanin et. al. (2011) mencadangkan tujuh usaha yang boleh mempertingkatkan motivasi pelajar iaitu pembangunan personaliti pelajar, kesedaran kerjaya pensyarah atau guru, pemilihan rakan belajar, daya spiritual pelajar, dorongan keluarga, bantuan kewangan dan kemudahan pembelajaran.

(4)

4

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang membentuk motivasi pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu, Kelantan. Bagi mencapai tujuan ini, tiga objektif kajian telah ditetapkan iaitu:

1. Mengenalpasti tahap pencapaian pelajar peringkat menengah rendah di SMKA Naim Lilbanat dalam mata pelajaran Bahasa Arab

2. Mengenalpasti tahap minat pelajar peringkat menengah rendah di SMKA Naim Lilbanat terhadap mata pelajaran Bahasa Arab.

3. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar peringkat menengah rendah di SMKA Naim Lilbanatterhadap mata pelajaran Bahasa Arab.

4. Menguji pengaruh tahap motivasi terhadap pencapaian Bahasa Arab pelajar peringkat menengah rendah di SMKA Naim Lilbanat.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk kuantitatif. Alat kajian yang digunakan untuk mencapai objektif kajian ialah soalselidik. Kajian ini melibatkan 93 orang pelajar yang dipilih secara rawak mudah. Kesemua responden adalah perempuan.Soalselidik mengandungi tiga bahagian yang terdiri daripada: maklumat diri responden (4 item), tahap motivasi terhadap mata pelajaran Bahasa Arab (14 item) dan faktor-faktor yang mempengaruhi minat terhadap mata pelajaran Bahasa Arab (8 item). Ujian “Realibility Analysis-Scale Alpha” telah dijalankan menerusi perisian

SPSS versi 7.5 dan hasilnya didapati kebolehpercayaan semua item dalam soal selidik tersebut ialah 0.86. Oleh itu adalah diyakini bahawa semua item dalam soal selidik tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Analisis diskriptif dilakukan bagi mengenalpasti tahap minat dan faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi para pelajar. Analisis korelasi Pearson dilakukan bagi menilai pengaruh tahap motivasi terhadap pencapaian mata pelajaran Bahasa Arab pelajar peringkat menengah rendah di SMKA Naim Lilbanat.

DAPATAN KAJIAN Latar Belakang Responden

Kesemua responden(N=93 orang) adalah perempuan yang terdiri daripada 25 orang pelajar dari tingkatan 1, 40 orang dari tingkatan 2 dan 28 orang dari tingkatan 3 di SMKA Naim Lilbanat,Kota Bharu, Kelantan.

Dari aspek pencapaian dalam peperiksaan Bahasa Arab, kajian mendapati 67 (72%) orang pelajar memperoleh gred A, 21 orang memperoleh gred B (22.6%), 5 orang (5.4%) memperoleh gred C manakala tiada seorang pun responden memperoleh gred D dalam Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah (PKBS) 2 bagi matapelajaran Bahasa Arab sebagaimana yang diperlihatkan oleh jadual 1 di bawah:

(5)

5

Item Agreget Tingkatan 1

Bil % Tingkatan 2 Bil % Tingkatan 3 Bil % Keseluruhan Bil % A 17 68 31 77.5 19 67.8 67 72 B 5 20 7 17.5 9 32.1 21 22.6 C 3 12 2 5 0 0 5 5.4 D 0 0 0 0 0 0 0 0 N=25 N=40 N=28 N= 93

Jadual 1: Taburan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Arab

Maklum Balas Tentang Minat Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Arab

Kajian menunjukkan bahawa rata-rata pelajar berminat terhadap mata pelajaran Bahasa Arab. Seramai 29 orang (31.2%) menyatakan mereka sangat berminat dan 49 orang (52.7%) menyatakan berminat terhadap mata pelajaran Bahasa Arab. Manakala sejumlah 9 orang (9.7%) sahaja memilih tidak pasti, 5 orang (5.4%) kurang berminat dan 1 orang (1.1%) memilih tidak berminat sebagaimana yang diperlihatkan oleh jadual 2 di bawah:

No. Item (tahap minat) Tingkatan 1

Bil % Tingkatan 2 Bil % Tingktan3 Bil % Keseluruhan Bil % 1. Sangat berminat 11 44 11 27.5 7 25.2 2931.2 2. Berminat 9 36 25 63 15 54 49 52.7 3. Tidak pasti 2 8 2 5 5 18 9 9.7 4. Kurang berminat 3 12 1 3 1 4 5 5.4 5. Tidak berminat 0 0 1 3 0 0 1 1.1 N=25 N= 40 N=28 N=93

Jadual 2: Tahap minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Arab

Kajian mendapati tiga faktor paling relevan yang menjejaskan minat 15 orang responden terhadap Bahasa Arab ialah disebabkan oleh pengaruh rakan, tidak memahami pelajaran dan isi pelajaran yang dianggap rumit serta sukar difahami sebagaimana jadual 3 di bawah:

(6)

6

Jadual 3: Sebab-sebab yang menjejaskan minat terhadap mata pelajaran Bahasa Arab. Maklum Balas Tentang Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Motivasi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Arab

Kajian mendapati, lima faktor yang paling mempengaruhi motivasi pelajar secara turutan ialah:mata pelajaran Bahasa Arab adalah penting (79 orang/ 84.9%), persekitaran bahasa Arab yang kondusif (68 orang/ 73.1%), mata pelajaran ini mudah dipelajari dan difahami (65 orang/ 69.9%), kesedaran diri (64 orang/ 68.8%) dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah (63 orang/ 67.7%). Manakala tiga faktor yang kurang mendapat persetujuan secara turutan ialah dorongan keluarga (54 orang/ 58%), pengaruh rakan sebaya (56 orang/ 60.2%) dan usaha yang saya sendiri lakukan (57 orang/ 61.3%). Keputusan keseluruhan dapatan tentang faktor-faktor mempengaruhi adalah sepertimana jadual di bawah:

No Item Soalan Setuju

Bil %

Tidak Setuju Bil %

1. Saya tidak faham apa yang dipelajari. 10 66.6 5 33.4

2. Saya tidak diberi galakkan dan motivasi yang

mencukupi.

4 26.6 11 73.4

3. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran

tidak menarik.

2 13.3 13 86.7

4. Bahan pengajaran yang tidak menarik. 4 26.6 11 73.4

5. Kandungan pelajaran tidak berkaitan dengan

kehidupan saya.

2 13.3 13 86.7

6. Masa pelajaran yang terlalu singkat. 7 46.6 8 53.4

7. Isi pelajaran yang terlalu rumit untuk difahami. 8 53.3 7 46.7

8. Tiada galakkan daripada ibu dan ayah. 2 13.3 13 86.7

9. Pengaruh rakan sebaya yang banyak menggunakan

bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam perbualan harian.

11 73.3 4 26.6

N=15

No Item soalan 1(Sangat

Tidak Setuju) 2(Tidak Setuju) 3(Tidak pasti) 4(Setuju) 5(Sangat Setuju)

1. Persekitaran bahasa Arab

yang kondusif

1 (1%) 12 (12.9%) 12 (12.9%) 22 (23.6%) 46(49.5%)

2. Keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik

darjah

3 (3.2%) 12 (12.9%) 15 (16.1%) 22 (23.6%) 41 (44.1%)

(7)

7

Jadual 4: Faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Arab.

Hubungan Pengaruh Tahap Motivasi Terhadap Pencapaian Pelajar Bagi Mata Pelajaran Bahasa Arab

Ujian korelasi Pearson memperlihatkan wujud hubungan positif yang signifikan pada tahap sederhana antara motivasi dan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Bahasa Arab. Analisis kajian mendapati nilai pekali Pearson, r = .421 dan nilai sig. = 0.00. Oleh kerana nilai sig. lebih kecil daripada 0.01 maka kajian merumuskan bahawa terdapat hubungan yang signifikan dan pada tahap keyakinan 99 peratus. Hasil ujian ini turut memperlihatkan wujud hubungan positif yang sederhana antara tahap motivasi dan pencapaian pelajar bagi mata pelajaran Bahasa Arab berkenaan memandangkan nilai indeks korelasinya adalah pada tahap 0.43 sebagaimana yang diperlihatkan menerusi jadual 5 di bawah:

pencapaian motivasi

pencapaian Pearson Correlation 1 .428**

Sig. (2-tailed) .000

N 93 93

motivasi Pearson Correlation .428** 1

Sig. (2-tailed) .000

N 93 93

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Jadual 5: Hasil ujian korelasi Pearson

PERBINCANGAN DAPATAN

Sebahagian besar responden mempunyai tahap pencapaian dan minat yang baik terhadap mata pelajaran Bahasa Arab. Keadaan ini sesuai dengan kedudukan SMKA Naim Lilbanat yang telah terpilih pada tahun 2011 sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Pada tahun 2010, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pelancaran SBT sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan supaya ia menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini.Apa yang perlu diteladani oleh para pendidik di sini ialah pemupukan minat

4. Pengaruh rakan sebaya 2 (2.2%) 19 (20.4%) 16 (17.2%) 20 (21.5%) 36 (38.7%)

5. Dorongan keluarga 2 (2.2%) 18 (19.4%) 19 (20.4%) 20 (21.5%) 34 (36.5%)

6. Usaha yang saya sendiri

lakukan

2 (2.2%) 15 (16.1%) 19 (20.4%) 21 (22.6%) 36 (38.7%)

7. Bahasa Arab adalah penting 2 (2.2%) 2 (2.2%) 10 (10.7%) 25 (26.9%) 54 (58%)

8. Bahasa Arab mudah

dipelajari dan difahami.

2 (2.2%) 15 (16.1%) 19 (20.4%) 21 (22.6%) 44 (47.3%)

(8)

8

harus dilakukan dari permulaan tingkatan agar pencapaian mereka dapat dibentuk sejak awal lagi. Kelemahan pelajar dalam menguasai bahasa Arab sebagaimana yang dinyatakan oleh ramai penyelidik (lihat Osman Khalid 1993, Ab. Rahim Haji Ismail 1994, Siti Saudah Hassan 1994, Azlan Abd Rahman 2007, Asar Abdul Karim 2008, Zamri Arifin et. al. 2014) harus difikir dan ditangani segera. Pemupukan minat pelajar yang baik mestilah dimulakan seawal mereka memasuki alam pembelajaran bahasa Arab.

Kajian ini mendapati faktor-faktor yang membentuk motivasi yang baik dalam kalangan pelajar peringkat menengah rendah SMKA Naim Lilbanatialah disebabkan oleh sikap pelajar yang positif terhadap mata pelajaran Bahasa Arab yang mereka anggap penting, mudah dipelajari dandifahami di samping dorongan persekitaran bahasa Arab, kesedaran diri dan keberkesanan pengajaran-pembelajaran. Aktiviti-aktiviti pembelajaran bahasa Arab yang dilalui oleh para pelajar peringkat menengah rendah SMKA Naim Lilbanat boleh diteladani dan dijadikan panduan oleh para pendidik bahasa Arab dalam usaha memupuk daya bersemangat (passion) dan motivasi yang tinggi dalam diri para pelajar. Elemen agama boleh dijadikan serampang dua mata yang boleh memupuk sikap positif pelajar terhadap bahasa Arab sebagai bahasa yang penting untuk memahami al-Quran dan al-Hadith di samping menyuburkan penghayatan agama Islam di dalam diri mereka selaras dengan dapatan Kaseh Abu Bakar et. al. (2010) yang mengatakan bahawa faktor agama adalah antara pelonjak motivasi dalam pembelajaran bahasa Arab.

Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa ketinggian tahap motivasi pelajar merupakan satu penyebab besar kepada kemajuan pencapaian pelajar dalam bahasa Arab. Perkara ini selaras dengan pandangan para sarjana sebagaimana yang telah dinukilkan dalam halaman sebelum ini. Komentar dan keluhan para pengkaji sejak sekian lama perlu diberi perhatian dan diambil tindakan segera ( lihat Siti Saudah Hassan 1994, Sofian Muhammad dan Zainal Abidin Abd. Kadir 1986, Osman Khalid 1993, Zamri Ariffin et. al. 2014). Sudah tiba masanya para pendidik memperkasakan keazaman dan menjalankan usaha memupuk motivasi yang tinggi dalam kalangan para pelajar. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh sekolah-sekolah yang berjaya seperti SMKA Naim Lilbanat boleh diteladani. Binalah sikap dan motivasi pelajar terhadap bahasa Arab terlebih dahulu disamping menjadikan persekitaran dan strategi pengajaran-pembelajaran sebagai faktor penyokong kepada usaha tersebut. Nescaya, pencapaian para pelajar dalam bahasa Arab yang merupakan bahasa penting untuk mendalami agama Islam dapat dipertingkatkan.

RUJUKAN

Ab.Halim Mohamad dan Wan Mohammad Wan Sulong. 2006. Antara Minat dan Sikap Pelajar Terhadap Bahasa Arab: Satu Kajian ke Atas Pelajar Sarjana Bahasa

Arab di IPTA Malaysia. Dlm.Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri ke-5.Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 9-18.

Ab. Rahim Ismail. 1994. Pengajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua: permasalahan dan penyelesaian. Dlm. Muhammad Bukhari Lubis (pnyt.) Persuratan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Hlm. 38-49.

Abbas Pourhosein Gilakjani, Lai-Mei Leong & Narjes Banou Sabouri. 2012. A Study on the Role of Motivation in Foreign Language Learning and Teaching. International Journal of Modern Education and Computer Science. Vol. 7, 9-16.

Abdul Hakim Abdullah. 1998. Pengajaran Balaghah Peringkat STPM di Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Islam dan Masyarakat Kontemporari. Vol. 1 (1), 83-97.

(9)

9

Ames, C. 1992. Classroom Goals, Structures, and Student Motivation. Journal of Educational Psychology, Vol. 84(3), 261-271.

Ames, C., & Ames, R. 1989. Research in Motivation in Education. San Diego: Academic Press.

Asar Abdul Karim. 2008. Bahasa Arab Untuk Semua. Kuantan: Penerbit Universiti Malaysia Pahang.

Azlan Abd. Rahman. 2007. Masdar Bahasa Arab: Fungsi dan Penggunaan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Crookes, G., & Schmidt R. W. 1991. Motivation: Reopening the Research Agenda. Language Learning, Vol. 41(4), 469–512.

Dörnyei, Z. 1994. Motivation and Motivating in the Foreign Language Classroom. Modern Language Journal, Vol. 78, 273-284.

Dörnyei, Z. 1998. Motivation in Second and Foreign Language Learning. Cambridge: Cambridge University Press.

Ellis, R. 1985. Understanding Second Language Acquisition. Oxford: Oxford University Press.

Gardner, R. C., & Tremblay, P. F. 1994. On Motivation, Research Agendas, and Theoretical Perspectives. Modern Language Journal, Vol. 79, 359-368.

Julkunen, K. 1989. Situation and Task- Specific Motivation in Foreign Language Learning and Teaching. Finland: University of Joensuu Press.

Kaseh Abu Bakar, Nil Farakh Sulaiman & Zeti Akhtar Muhammad Rafaai. 2010. Self-Determination Theory and Motivational Orientations of Arabic Learners: A Principal Component Analysis. Gema Online - Journal of Language Studies. Vol. 10 (1), 71-86.

Lightbown, P.M. & Spada, N. 1999. How Languages are Learned. Oxford: Oxford University Press.

Misnan Jemali. 1999. Hubungan Antara Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian Bahasa Arab Komunikasi Sekolah Menengah Rendah di Negeri Perak. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Sabri Sahrir & Nor Aziah Alias. 2011. A Study on Malaysian Language Learners Perception Towards Learning Arabic Via Online Games. Gema Online - Journal of Language Studies. Vol 11 (3), 129-145.

Nienke Vos, Henny Van Der Meijden & Eddie Denesen. 2011. Effects of Constructing Versus Playing an Educational Game on Student Motivation and Deep Learning Strategy Use. Computer and Education. Vol. 56 (1), 127-137.

Nik Mohd Rahimi, Nurulasyikin Muda, Zamri Mahamod & Kamarul Shukri Mat Teh. 2009. Relationship Between Arabic Listening Skills and Motivation.International Journal of Learning. Vol. 16 (5), 139-150.

Noels, K. A. 2002. New Orientations in Language Learning Motivation: Towards a Model of Intrinsic, Extrinsic and Integrative Orientations and Motivation. In Dornyei, Z. & Richards, S. (pnyt.) Motivation and Second Language Acquisition. Honululu: University of Hawaii Press. Hlm. 43-68.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin Wan Hassan. 2009. Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Osman Khalid. 1993. Pengajian Bahasa Arab di sekolah-sekolah dan Pusat Pengajian Tinggi di Malaysia. dalam Ismail Ab Rahman, Abd Aziz @ Ahmad dan Mohd Yasin Muda (pnyt). Isu-isu Pendidikan Islam di Malaysia : Cabaran dan Harapan. Kuala Terengganu: Penerbit Kolej Agama Sultan Zainal Abidin. Hlm. 210-217.

(10)

10

Oxford, R. L. 1994. Where are we regarding language learning motivation?.Modern Language Journal. Vol. 78, 512-515.

Oxford, R. L. and Shearin, J. 1994. Language learning motivation: Expanding the theoretical framework. The Modern Language Journal. Vol. 78, 12-28.

Salasiah Hanin Hamjah, Zainab Ismail, Rosmawati Mohamad Rasit & Ermy Azziaty Rozali. 2011. Procedia- Social and Behavioral Sciences. Vol 18. 138-147.

Siti Saudah Hassan. 1994. Pengajaran Bahasa Arab dan Permasalahan Pembelajaran.

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Asing dalam Masyarakat Pelbagai Etnik di Malaysia. Bangi: Pusat Bahasa Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 90- 98.

Siti Sukainah Che Mat & Melor Md. Yunus. 2014. Attitudes and Motivation Towards Learning English Among FELDA School Students. Australian Journal of Basic and Applied Sciences. Vol 8 (5). 1-8.

Sofian Muhammad dan Zainal Abidin Abd. Kadir. 1986. Ke arah Sistem Pengajaran Bahasa Arab.Dlm. Mahayuddin Hj.Yahya (pnyt.)Islam dan Pembangunan Negara. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 76-85.

Zamri Ariffin, Ezad Azraai Jamsari, Khaulah Riddzwan, Muhamad Ridzuan Abdul Latif & Zulazhan Ab Halim. 2014. Attitudes of Distance Learning Students at UKM’s Faculty of Islamic Studies Towards Learning Arabic Language Skill Courses. Turkish Online Journal of Distance Education. Vol 15 (1). 174-188.

Referensi

Dokumen terkait

Nilai pencapaian pengetahuan diolah secara kuantitatif dengan menggunakan angka dengan skala 0 -100, predikat dan/atau deskripsi capaian kemampuan peserta didik ,

Efek dosis inokulum dan jenis medium terhadap aktivitas spesifik protease Berdasarkan hasil pengamatan diketahui bahwa dosis inokulum yang paling baik dalam menghasilkan

kemudian jika kamu takut tidak akan dapat Berlaku adil, Maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. yang demikian itu adalah lebih dekat

Deskripsi penalaran matematis KT dalam menyelesaikan soal persamaan kuadrat tersebut dapat disimpulkan bahwa pada saat mengidentifikasi bentuk persamaan kuadrat, KT

Darvai Tibor (2009): Öt recenzió, avagy az oktatáspolitikától a mintavétel metodológiájáig 7–8. Nők a dualizmus kori Magyarországon 1867–1914) (Csíkos Csaba

Adapun hasil penelitian menunjukkan bahwa pemberian upah yang dilakukan oleh Catering An Nur peraturan di Indonesia tidak memiliki kesesuaian dengan ketentuan peraturan

Berdasarkan hasil uji keefektifan terhadap produk pengembangan diperoleh informasi bahwa perangkat panduan pengembangan diri efektif diguna- kan untuk meningkatkan kompetensi guru

Hasil uji Error Correction Model (ECM) pada Tabel 7 dapat diketahui bahwa nilai probabilitas residualnya sebesar 0,0066 lebih kecil dari 0,05, maka dapat disimpulkan ECM