KAJIAN TERHADAP GERAKAN FEMINISME DI MALAYSIA DAN PERBANDINGAN
DENGAN AGAMA ISLAM
PUAN NOR’ASYIKIN BINTI HAMZAH
KUMPULAN 8 : MEGAMI
NUR SYAHIRA BT HOZAMI IIS 130009 019-7556765 FAIRUZ HANANI FARAHIYAH BT AZMAN IIS 13001 013-4410955 NOOR ANINA BT AB BAKAR IIS 130007 019-9805208 NUR SYAZWANI BT MOHD BOHARI IIS 130010 013-4467801 NOR HIDAYAH BT SUMSUDIM IIT 130002 017-4841509 SITI ZUHAILA BT ABD WAHID IIT 130003 011-12159303 NUR HIDAYAH BT HUSAIN IEF 130014 013-4274090 WAN NOOR HAZIRAH BT WAN SULAIMAN IEF 130022 013-3460416
PEMBENTANGAN MINGGU KE-8, 27/11/2013, GILIRAN PERTAMA
TAJUK KERTAS KERJA :
KAJIAN TERHADAP
GERAKAN FEMINISME DI MALAYSIA DAN
PERBANDINGAN DENGAN
AGAMA ISLAM
1.0 - PENGENALAN
Pada masakini, umat Islam terutamanya di Malaysia telah diserang dengan ideologi yang mengancam aqidah. Antaranyaialah ideologi feminism yang telah meracuni pemikiran umat Islam tanpa disedari.
Contohnya pada hari ini terdapat tuntutan hak kesamarataan dalam perwarisan harta antara lelaki dan perempuan, tuntutan penarikan semula hak poligami dan tuntutan persamaan hak dalam penceraian.
Maka kami memilih tajuk „Kajian Terhadap Gerakan Feminism di Malaysia Dan Perbandingannya Dengan Agama Islam‟. Responden kami adalah dalam kalangan pelajar Universiti Malaya (UM) dan kajian kami adalah berdasarkan objektif yang ingin kami capai.
1.1 - OBJEKTIF KAJIAN
1- Mengkaji sejarah dan pengaruh gerakan feminisme di Malaysia.
2- Mengenalpasti gerakan-gerakan feminisme yang ada di Malaysia.
3- Mengkaji ideologi gerakan feminisme dan perbandingannya dengan agama Islam.
4- Menilai tahap pengetahuan pelajar Universiti Malaya (UM) tentang gerakan feminisme di Malaysia.
5- Mengenalpasti sama ada ideologi feminisme ini memberi ancaman kepada aqidah umat Islam kini.
1.2 - KAEDAH PENYELIDIKAN
Sebelum memulakan kajian, kami telah mengenal pasti beberapa kaedah yang perlu kami gunakan untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, jenis- jeniskaedah penyelidikan yang kami gunakan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah kaedah penyelidikan secara kuantitatif dan kualitatif.
Umumnya, kaedah kuantitatifini melibatkan perangkaan, pengiraan dan analisis data secara menyeluruh. Manakala kaedah kualitatif pula melibatkan catatan. Di sini, kami telah mengkaji dan menganalisis data melalui kaedah kuantitatif dandisokong olehkaedah kualitatifuntuk memperoleh hasil kajian yang lebih tepat.Tanpa gabungan daripada kedua-dua kaedah ini, mungkin data yang dikaji terhad dan hasilnya tidak memuaskan.
Seterusnya, jenis-jenis pengumpulan data yang kami gunakan pula adalah menerusi kajian perpustakaan dan lapangan. Jika kami menggunakan kedua-dua kajian tersebut, maka hasil kajian yang berdasarkan pembacaan dapat dikukuhkan lagi dengan penemuan daripada kajian lapangan. Berikut menerangkan lagi kaedah-kaedah yang digunakan:-
(i) Rujukan
Sebelum memulakan kajian, kami perlulah membaca dan merujuk beberapa bahan rujukan terlebih dahulu. Oleh itu, kami telah berkunjung ke Perpustakaan Utama, Universiti Malaya(UM) untuk mendapatkan rujukan tersebut. Bahan rujukan yang kami gunakan terdiri daripada sumber primer dan sekunder.Contoh sumber primer yang kami gunakan ialah temu bual, al-Quran & al-Hadis. Manakala, bagi sumber sekunder pula, kami telah menggunakan bahan-bahan rujukan seperti buku dan laman sesawang. Kebanyakan info yang kami perolehterdapat di dalam blog dan laman web yang boleh dipercayai. Hal yang demikian dapat
memudahkan lagi kerja kami untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam waktu yang telah ditetapkan oleh pensyarah.
(ii) Soal selidik
Borang soal selidik kami dirangka menggunakan empat pendekatan iaitu soalan dikotomi, aneka pilihan, skala jumlah tetap dan subjektif. Kami telah mengedarkan borang ini kepada 35 orang responden di sekitar kolej-kolej kediaman UM. Responden terdiri daripada 16 orang lelaki dan 19orang perempuan yang merupakan pelajar-pelajar UM.Tujuannya adalah untuk memudahkan kami untuk menganalisis data yang diberikan sama ada positif atau sebaliknya. Kesemua responden ini telah dipilih secara rawak dari segi fakulti, tahun pengajian dan peringkat pengajian. Tiada masalah yang dialami sepanjang sesi soal selidik. Kesemua responden memberi kerjasama yang baik kepada kami. (Borang soal selidik – sila rujuk lampiran)
(iii) Temu bual
Untuk melengkapkan lagi hasil kajian kami, kaedah temu bual digunakan sebagai alternatif untuk mendapatkan data tambahan daripada responden. Kami telah memilih dua orang responden yang merupakan pensyarah dari Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam UM. Mereka telah diajukan beberapa soalan berhubung pelbagai perkara bagi mendapatkan pandangan mereka. Kedua-dua responden memberi kerjasama yang baik dalam kajian ini.Melihat kepada keperluan kajian, kami memilih untuk mendapatkan data dengan kaedah temu bual berstruktur secara individu. Seterusnya, kaedah bersemuka telah dilaksanakan kerana mudah untuk berinteraksi dengan responden bagi mendapatkan maklumat lanjut. (Soalan temu bual – sila rujuk lampiran)
1.3 – PENEMUAN DAN PERBINCANGAN HASIL KAJIAN
1.3.1 SEJARAH GERAKAN FEMINISME
a. Sejarah Penubuhan dan Perkembangan Gerakan Feminisme :
Feminisme ialah sebuah gerakan wanita yang menuntut hak kesamarataan dengan lelaki dalam bidang politik, social, ekonomi serta undang-undang keselamatan bagi melindungi wanita dari kebahayaan dan dari sebarang diskriminasi gender.
Gerakan feminisme tercetus di akhir abad ke-18, dipelopori oleh tokoh gerakan feminis pertama di eropah iaitu Lady Mary Wortley Montagu dan Marquis de Condorcet. Gerakan ini mula tercetus melalui pengaruh Lady Mary Wortley Montagu yang mencetuskan kebangkitan dalam kalangan wanita dalam menuntut hak kebebasan dan kesamarataan hak. Buku gerakan feminisme yang pertama diterbitkan ialah “A Vindication of the Rights of Woman” tulisan Mary Wollstonecraft di Britain.
Di Britain pada tahun 1903, di bawah pemerintahan Emmeline Pankhurst, sebuah pertubuhan gerakan feminisme bernama Women's Social and Political Union (WSPU) ditubuhkan bagi menuntut hak mengundi bagi kaum wanita. Demonstrasi jalanan dilakukan secara besar-besaran oleh kaum wanita dari pelbagai lapisan umur dan kelas sosial bagi menuntut hak mereka, mereka yang terlibat dengan demonstrasi ditangkap dan dipenjara, lokasi demonstrasi ditutup dan dihalang daripada berdemo, serta wanita-wanita yang menjadi ahli parlimen dikeluarkan daripada menjadi sebahagian ahli parlimen.
Apabila Perang Dunia Pertama tercetus, WSPU membuat keputusan untuk memberi bantuan dan sumbangan dalam peperangan tersebut. WSPU memberi sumbangan besar dalam
peperangan tersebut dengan kehadiran seribu sukarelawan turut serta memberikan sumbangan, dan ini menjadi faktor terbesar dalam menjadikan pertubuhan WSPU mula diterima kerajaan dan sekatan daripada kerajaan mula dikurangkan terhadap gerakan pertubuhan ini.
Di Amerika Syarikat, kebangkitan gerakan wanita ini pertama dilakukan bagi menuntut hak kebebasan dari perhambaan wanita pada tahun 1848 dibawah pimpinan Elizabeth Cady Stanton. Beliau menyuarakan tuntutan ini dalam Women's Rights Convention di Seneca Falls, New York. Pada tahu 1950, sebuah lagi konvensyen yang sama dianjurkan oleh Lucy Stone, juga merupakan aktivis feminisme dan akhirnya kedua-dua tokoh ini bersetuju menubuhkan satu pertubuhan “Women's National Loyal League”, pada tahun 1863, di bawah pimpinan Susan B.
Anthony.
Pada tahun 1920 hingga 1960, gerakan feminisme ini kemudiannya disebarluas melalui beberapa gerakan politikal wanita seperti pertubuhan League of Women Voters (1920) dan National Council of Negro Women (1935). Pertubuhan-pertubuhan ini menyatakan sokongan penuh terhadap reformasi liberal dalam feminisme yang memperjuangkan hak kesamarataan antara lelaki dan perempuan. Tuntutan terhadap kesamarataan hak ini telah diluluskan dalam undang-undang oleh National Women's party pada tahun 1913 dan dikekalkan sehingga 50 tahun lamanya.
Pada tahun 1960-an, gerakan feminis merebak ke Amerika Syarikat melalui kajian meluas terhadap gerakan feminis seperti “The Second Sex” (1953) oleh Simone de Beauvoir dan
“The Feminine Mystique” (1963) oleh Betty Friedan, seorang tokoh politik dan juga seorang feminis dan melalui gerakan minoriti yang menuntut hak kesamarataan dan anti-diskriminasi.
Akhirnya, sebuah gerakan wanita ditubuhkan iaitu “The Women's Liberation Movement” yang
lebih kepada gerakan sosialis berbanding politik dan gerakan ini manifestasikan perjuangan mereka melalui penulisan sastera dan beberapa siri demonstrasi jalanan oleh gerakan feminis yang radikal. Ini telah membangkitkan kesedaran wanita negara tersebut terhadap kelaziman diskriminasi dalam masyarakat.
Pada masa yang sama, ahli-ahli politik yang memperjuangkan gerakan feminisme kemudian bergabung menjadi sebuah pertubuhan yang memperjuangkan gerakan feminisme sepenuhnya pada tahun 1970-an, antaranya ialah National Organization for Women (NOW) pada 1966 bawah pimpinan Betty Friedan, yang kemudiannya mencetus kewujudan pertubuhan gerakan yang menyokong feminisme seperti National Women's Political Caucus (1971) oleh tokoh-tokoh feminis seperti Bella Abzug, Shirley Chisholm dan Gloria Steinem; Equal Rights Amendment Ratification Council (1973); dan Coalition of Labor Union Women (1973). Bermula 1980-an, gerakan feminisme kemudiannya telah memberi fokus pada pelbagai isu termasuk hak reproduktif, pencabulan seksual dan kesamarataan gender.
b. Sejarah Gerakan Feminisme di Malaysia
Gerakan feminisme yang aktif di Malaysia ialah pertubuhan Sister In Islam (SIS) yang ditubuhkan pada tahun 1988. Pertubuhan ini banyak menjurus kepada isu-isu kekeluargaan dan kebebasan hak wanita di Malaysia. Gerakan feminisme di Malaysia mempunyai matlamat yang sama bagi wanita sejagat, sama ada kesaksamaan dalam ekonomi, pendidikan, politik, mahupun sosial. Perkembangan isu wanita dan tuntutan kesamaan hak mula menjelma hanya selepas kemerdekaan negara Malaysia pada tahun 1957. Zaman pra-kemerdekaan melihat penglibatan wanita dan lelaki secara bersama dalam usaha mengusir keluar penjajah British.
Gerakan feminisme di Malaysia pada awal-awal penubuhanya banyak menjurus kepada isu-isu kekeluargaan dan kurang prihatin kepada pembanterasan keganasan dan gangguan seksual yang dihadapi oleh kaum hawa Malaysia. Selain itu, isu wanita yang diketengahkan hanya berhubung pendidikan khususnya bagi kanak-kanak perempuan yang buta huruf.
Namun kini gerakan feminisme di Malaysia mula menuntut beberapa hak lain seperti tuntutan hak kesamarataan dalam perwarisan harta antara lelaki dan perempuan, tuntutan penarikan semula hak poligami dan tuntutan persamaan hak dalam penceraian. Banyak tuntutan dilakukan menyumbang kepada rombakan Undang-undang Keluarga Syariah.
Antara tokoh gerakan feminisme di Malaysia ialah :
i) Zaiton Kasim
Beliau merupakan seorang graduan dari University of Denver dan Universiti Teknologi MARA. Beliau bekerja sebagai Pakar Perunding di IZEC Consulting, Malaysia. Selain itu, beliau juga turut bekerja sambilan sebagai guru Bahasa Inggeris dan editor di di IZEC Consulting. Zainton Kassim berpegang teguh pada prinsip
keadilan dan kesamarataan untuk semua tanpa mengira jantina, bangsa, agama dan mempunyai hak kebebasan masing-masing.
ii) Rohana Arifffin
Pengurus Syarikat di ACT Training & Team Management Systems pada tahun 2001- 2002. Beliau juga merupakan Presiden Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada tahun 2011 hingga kini.
iii) Cecelia Ng
Beliau antara tokoh gerakan feminisme di Malaysia yang telah banyak bergiat aktif dalam bidnag penulisan. Antara buku yang ditulis oleh beliau ialah Feminism And The Women's Movement in Malaysia : An Unsung Revolution.
Professor Dr Kamil Bin Abdul Majid pula mengatakan; “Sebenarnya gerakan feminisme hanya wujud di barat kerana wanita-wanita disana ditindas namun gerakan ini dibawa masuk ke Malaysia. Di barat, apabila wanita berkahwin mereka akan menggunakan nama suami dan tidak lagi menggunakan nama bapa. Selain itu, hak yang dikenakan keatas wanita tidak sama rata dan wanita yang bekerja akan mendapat gaji yang sedikit berbanding lelaki serta tidak dinaikkan pangkat. Daripada persekitaran inilah feminisme lahir.”